HASIL SUMBANGAN intergiti.docx

download HASIL SUMBANGAN intergiti.docx

of 15

Transcript of HASIL SUMBANGAN intergiti.docx

Sinopsis BukuJEJAK GURU BERINTEGRITI Integriti memperkasaDalam buku ini, 6 orang guru yang berpengalaman dalam bidang kerjaya sebagai seorang pendidik telah berkongsi pengalaman dan nilai-nilai yang dipegang kuat oleh mereka. Semua pengalaman-pengalaman dan nilai-nilai yang dipegang oleh mereka telah menbolehkan mereka menjadi guru yang baik dan mulia.Dalam buku ini juga mengatakan dan menerangkan kepada kami, apa itu integriti pada gangapan dan pendapat setiap guru dalam buku ini. Sebagai contoh, Hj Jamia Bin Hj Affar. Beliau pegang dan hayati nilai-nilai integriti kemanusiaan yang bertaut rapat dengan nilai-nilai agama seperti ikhlas, jujur, displin, baik sangka, hormat, kasih saying, adil, benar, amanah, janji dan kerjasama. Buku ini juga ada mengatakan bahawa profesion keguruan adalah profesion yang mulia, hanya dengan guru yang bersedia untuk berkorban masa dan mulia sahaja dapat melahirkan murid-murid yang standing dengan pengaliran masa pada masa kini.Untuk melahirkan murid yang berkualiti bukan sahaja memerlukan guru yang berintegriti, ia juga memerlukan kerjasama dari semua pihak dari sekolah ini telah memberi suatu pandangan yang lain kepada saya mengenai kerjaya sebagai untuk merialisasikan hasrat ini. Pengalaman-pengalaman yang dikongsi oleh guru-guru seorang guru ini. Bagi saya pesanan dan tunjuk ajar yang diberi oleh mereka amat berguna Dengan membaca buku ini, banyak yang dapat saya pelajari dan saya faham bahawa bukan senang untuk menjadi seorang guru apatah lagi menjadi seorang guru yang berintegriti.

TN.HJ.JAMIAN BIN HJ.JAFFAR

Semasa mula-mula mengajar pada tahun 1976, Tn.Hj.Jamian mengajar mata pelajaran EKONOMI tingkatan enam sehingga tahun 1984. Sepanjang tahun tersebut beliau telah dilantik sebagaiPemeriksa Kertas Ekonomi oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (1977-1980), kemudian dilantik sebagai Ketua Pemeriksa Kertas Ekonomi (1981-1986).

Pada tahun 1990 -1991 beliau telah dilantik oleh Jabatan Pelajaran Johor sebagaiKakitangan Sumber (KS) bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB). Sepanjang tahun tersebut beliau terlibat secara aktif memberi ceramah dalam kursus-kurusu KHB di bawah seliaan Jabatan Pelajaran Johor.

Pada tahun 1991 beliautelah dilantik sebagai Pengetua di SMK Tun Dr.Ismail (STUDI) Bakri Muar. Beliautelah mengikutiKursus Program Perubahan Terancang (PPT) di IAB Genting Highlandsselama tiga bulan (6.6.1991-7.9.1991). Hasil daripada kursus tersebut beliau telah mendapat keputusan yang cemerlang dengan berjaya menyediakan sebuah buku program untuk kecemerlangan STUDI. Buku tersebut ialah"PPT SEKOLAH MENENGAH BAKRI 1992"- (Sekolah Menengah Bakri (SMB) ialah nama lama bagi STUDI) -

"PPT SMB 1992" ialah sebuah program terancangdan terperinci bagi mencapai sasaran:'KELULUSAN SPM 1992 PADA TAHAP 70%'. Setelah program tersebut dilaksanakan dengan berkesan maka keputusanSPM SMB 1992 ialah69.1% (dengan seramai 14calon mendapat PANGKAT 1, 24 calon mendapat PANGKAT 2 dan38 calon mendapat PANGKAT 3).

Hasil daripadapencapaian cemerlang program "PPT SMB 1992" tersebut,Tn.Hj.Jamian telah dilantik oleh Institut Aminuddin Baki (IAB) Genting Highlands sebagai"PENASIHAT SET"(Fasilitator) bagi kursus-kursus PPT di IAB untukpeserta-peserta (dari kalangan pengetua-pengetua) bagi ambilan tahun 1993 hingga 1996 (di bawah kelolaan pensyarah IAB Dr.Maheswary Kandasamy).

Semasa beliaudilantik sebagai Pengetua STUDI beberapa usaha dan 'program' yang berkesan telah dilakukan, antaranya:i. Menukar nama sekolah asal (SMK Bakri Muar) kepada nama baruSMK Tun Dr.Ismail(STUDI)Bakri Muar pada 1.8.1993.

ii.'PROGRAM PENDIDIKAN STUDI 1994'-ia merupakan sebuah program yang menyeluruh untuk pembaharuan dan pembangunan sekolah. Antara pembaharuan yang telah di buat ialah memperkenalkan nama-nama baru yang lebih 'bermakna' untuk blok-blok bangunan, kelas-kelas, taman-taman, kantin, halaman dan kawasan persekitaran sekolah.iii.'PROGRAM GALUS STUDI 1995'- iaitu program PPT bagi membantu pelajar-pelajar yang lemah (dijangka 'gagal'), supaya boleh 'lulus' di dalam peperiksaan PMR dan SPM 1995. Program ini telah melalui dua fasa aktiviti-aktiviti:-FASA 1:"HARGA DIRI"danFASA 2: "KEMBARA ILMU".

iv.'PROGRAM GEMPUR MATEMATIK 1995'- iaitu sebuah program bagi mempertingkatkan pencapaian matematik SPM 1995 ke tahap 'Lulus 70%'. (Hasilnya :Kelulusan Matematik SPM 1995 ialah 72.7%).

Semasa beliau dilantik sebagai Pengetua Sekolah Menengah Teknik Muar (1996-2000), beliau telah membangunkan beberapa program yang berkesan, antaranya:i.SISTEMMAKLUMAT MURID BERKOMPUTER- menggunakan rangkaianLANyang dibangunkan sendiri dalam kawasan sekolah. Sistem ini memasukkan semua maklumat setiap murid ke dalam 'Database' tersendiri, sehingga sistem ini telah digunapakai oleh semua sekolah teknik di seluruh negara kemudiannya; dengan beberapapenambahbaikan.

ii.PROGRAM SEKOLAH BERWATAK- iaitu program bagi membina'ETOS'sekolah melalui memperkasaPKBM(Pasukan Kadet Bersatu Malaysia) dengan menambah satu lagi platun PKBM sekolah dari kalangan pelajar wanita. Program ini telah menceburibanyak aktiviti di dalam dan di luar sekolah hingga membawa kejayaan-kejayaan dalam Pertandingan Kawad Kaki, Menembak, Perkhemahan PKBM di peringkat negeri dan kebangsaan.Semasa beliau dilantik buat pertama kalisebagaiPegawai Pendidikan Daerah(PPD) diSegamatbeliau telah memulakan kepimpinannya dengan hala tuju yang jelas. Untuk itu beliau telah menukilkan"AMANAT PPD SEGAMAT 2002",yang telah dibentang dan dikongsikan bersama dengan semua Pengetua dan Guru Besar Segamat pada27.12.2001, di SMK Gemerih Segamat.

Seterusnya beliau telah membangunkan"Program D'SMAT"(bermaksud ProgramDevelopment ofScienceMathematicAndTechnology)),bersama unit Sains dan Matematik PPD Segamat. Program ini mempunyai hala tuju yang jelas, iaitu 'meletakkan mata pelajaran Sains, Matematik dan Teknologi ke mercu keunggulan sesuai dengan hasrat Wawasan 2020 iaitu :'MEWUJUDKAN MASYARAKAT SAINTIFIK DAN PROGRESIF'.

Program ini telah melaksanakanLIMAaktiviti induk dengan jayanya iaitu:1.MEMPERKASAPANITIA SAINS & MATEMATIKDAERAH2. PEMANTAPAN'BAKMASS'(Badan Kebajikan Kakitangan Makmal Sains Daerah Segamat)3. PENERBITANBULETIN 'Smat'4. PENUBUHAN'SSIC'( Segamat Science Informatian Centre)5. PEWUJUDANLAMAN WEBSAINS & MATEMATIK dengan alamat:http://www.usmj.com/

*PROGRAM D'SMATini telah dianugerahkandengan'ANUGERAH KUALITI JABATANPELAJARAN JOHOR'pada tahun 2002.

Pada tahun 2003 hingga 2005 Tn.Hj.Jamian telah dilantik sebagai PPD Muar. Berbekalkan dengan ilmu pengetahuan dan pengalamannya dalam pengurusan secara terancang, beberapa program pembangunan untuk keunggulan Daerah Muar telah dibuat mengikut 'TEMA' Tahunan yang disepakati oleh semua kepimpinan Pengetua dan Guru Besar Daerah Muar. Antaranya:

A. TEMA TAHUN 2004 PPD MUARialah:TAHUN KERJA CEMERLANG (TKC).

Tema tersebut mendokong"FALSAFAH: KERJA SAMA" -PPD dan SEKOLAH kerja bersama-sama dengan bersungguh-sungguh supaya matlamat yang disasar mencapai kecemerlangansama adadi peringkat sekolah, daerah, negeri mahupun kebangsaan. Asas kecemerlangan bermula pada setiap diri 'pemimpin' iaitu:Pegawai Pelajaran Daerah, Pengetua-Pengetua dan Guru-Guru Besar; dan setiap diri 'pemimpin' tersebut saling bantu-membantu, lengkap-melengkapi, sokong-menyokong antara satu sama lain, dalamSATU PASUKAN KERJA YANG KUKUH -(BUKAN ARAH DAN PERINTAH DARI ATAS KE BAWAH) - TETAPI SAMA-SAMA BERUSAHA DALAM SATU 'BARISANBAHU-MEMBAHU' MENUJU KE HADAPAN - MEREMPUH SEGALA ONAK DAN RANJAU BERSAMA, DAN AKHIR MENJULANG KECEMERLANGAN MANISBERSAMA - BUKAN AKU PUNYA, TETAPI "KITA PUNYA".

Program Utama bagiTKC 2004ialah:'PROGRAM AKU JAYA' -iaitu suatu Program Kecemerlangan yang menyeluruh meliputi:-

1.KECEMERLANGANUPSR, PMR DAN SPM 2004(dengan meletakkan sasaran GPS (Gred Purata Sekolah) bagi sekolah dan daerah; mengikut kaedah: TOV (Take Off Value), ETR (Expected Targeted Result), ATR (Actual Targeted Result) dan OTI (Operational Target Incremental). Hasilnya: daerah Muar telahMENERIMA 'ANUGERAH KHAS': DAERAH TERBAIK SPM 2004- daripada Jabatan Pelajaran Johor.

2.Kecemerlangan dalam merangkul 'Anugerah-Anugerah'. Hasilnya: i.SK PARIT ZIN BAKRI MUARtelah menerimaANUGERAH KUALITI MENTERI PENDIDIKAN (AKMP) 2004 peringkat kebangsaanii.Lima buah sekolahtelah menerimaANUGERAH 'JOHAN' SEKOLAH HARAPAN NEGARA 2004 peringkat negeri Johormengikut kategori masing-masing. Sekolah-sekolah tersebut ialah:

SK BAKRI BATU 5, MUAR, SMK (P) SULTAN ABU BAKAR MUAR, SK BANDAR MAHARANI MUAR, SJKC PRESBYTERIAN MUAR dan SJKC PU NAN BAKRI MUAR.

iii.Tiga buah sekolahtelah menerimaANUGERAH 'JOHAN' 3K (KEBERSIHAN, KECERIAAN &KESELAMATAN) 2004 peringkat negeri Johor. Sekolah-sekolah tersebut ialah:SK BAKRI BT.5 MUAR, SMK TENGKU MAHMUD ISKANDAR SUNGAI MATI MUAR, dan SEKOLAH TINGGI MUAR.

iv.SMK TUN DR.ISMAIL BAKRI MUARtelah menerimaANUGERAH 'JOHAN' KUALITI PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN SEKOLAH 2004 peringkat kebangsaan pada 7.9.2004 di PWTC K.Lumpur.

v.PPD Muar telah menerima SIJIL MS ISO 9001 : 2000daripada MAMPU di Jabatan Pelajaran Johor pada 13.9.2004.

3. PROJEK RINTIS KGSK 2004(Kumpulan Guru Simpanan Kerajaan) PPD MUAR:KGSK ialah satu sistem'GURU GANTI'yang diperkenalkan olehEn. Mohd. Salleh bin Hussin TKPPM Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia adalah khidmat'Guru Sementara'di sekolah-sekolah, bagi mengatasi'ketiadaan' guru di sekolah kerana cuti bersalin,cuti sakit, menunaikan haji, berkursus atau lain-lain hal untuk jangkamasa sekurang-kurangnya seminggu dan tidak melebihi 28 hari.

Projek Rintis KGSK ini telah diusahakan dengan satu sistem yang berkesan berbantukan appikasi komputer, dan telah menunjukkan kejayaannyapelaksanaannya di Daerah Muar.En.Suratno pegawai daripada Bahagian Sekolah KPM telah membuat 'pemantauan' KGSK PPD Muar pada 5.7.2004 hingga 6.7.2004.Hasil daripada pemantauan tersebut Bahagian Sekolah KPM sangat berpuas hati dan mencadangkan Projek Rintis KGSK PPD Muar akan dijadikan'Modul CONTOH Projek KGSK'yang akan dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negaramulai tahun hadapan (2005). Maka itu beberapasiri mesyuaratbagi tujuan 'pemantapan' dan cadangan-cadangan penambahbaikan, bersama Bahagian Sekolah KPM,telah diadakanpada 3.8.2004 di Blok F Selatan, Aras4, KPM, Putrajaya; dan pada 8.11.2004 hingga 9.11.2004 di Cincord Inn KLIA

B. TEMA TAHUN 2005 PPD MUARialah:GERAK KERJA SEPADU (GKS)

Tema ini merupakan lanjutan daripada Tema 2004 (TKC) yang telah menunjukkan 'keberkesanannya. Kali ini tema tersebut diperkukuhkan dengan 'pernyataan' yang lebih tegas melalui tiga rangkai kata:GERAK KERJA SEPADU:* GERAK- ialah'ACTION' (hendak buat)bukan hanya 'kata-kata' yang menyedapkan telinga - ia lebih bermaksud mesti ada 'ACTION PLAN' (program-program pembangunan & pemajuan).* KERJA- ialah'PRACTICAL' (amali);iaitu dari apa yang di hasratkan/dirancang kini benar-benar dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti dan strategi-strategi yang dikenalpasi mampu dan berjaya.* SEPADU- ialah falsafah Tema 2004(KERJA SAMA) yang dikekal dan diteruskan antara PPD & SEKOLAH-SEKOLAH.

BEBERAPA PROGRAM UTAMA PPD MUAR Tahun 2005 dan hasil kejayaannya ialah:

1. PROGRAMMEMPERKASA AKUJAYA:Hasilnya ialah:-

Sebanyak 3 buah sekolah dari Daerah Muar Johor, telah memenangi Anugerah Sekolah Harapan Negara Peringkat Kebangsaan. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia,semasa Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di adakan di Hotel Royal Adalphi Seremban pada 16.5.2005. Sekolah-sekolah tersebut ialah:1. SJKC PRESBYTERIAN MUAR telah menerima ANUGERAH 'JOHAN' SEKOLAH HARAPAN NEGARA 2005 (Kategori SJKC Bandar).2. SK BAKRI BATU 5, MUAR telah menerimaANUGERAN 'NAIB JOHAN' SEKOLAH HARAPAN NEGARA 2005 (Kategori SK Luar Bandar).3. SMK (P) SULTAN ABU BAKAR MUAR telah menerima ANUGERAH 'NAIB JOHAN' SEKOLAH HARAPAN NEGARA 2005 (Kategori SM Bandar).

Padaawal tahun 2006 (semasaTn.Hj.Jamian masih lagi sebagai PPD Muar),dua buah sekolah dari daerah Muar telahterpilih untuk menyertaiPenilaianbagiAnugerahKualiti Menteri Pendidikan (AKMP) peringkat kebangsaan. Kedua-dua sekolah tersebut telah berjaya memenangianugerah tersebut yang telah disampaikan oleh KSU KPM sempena Sambutan Hari Kualiti KPM pada 11.9.2006. Sekolah-sekolah tersebut ialahSK BAKRI BATU 5, MUAR dan SK PARIT STONGKAT MUAR.

2. PROGRAM e-LAB:iaituProgram Laporan Adab Belajar (LAB) secara berkomputer. Program ini merupakan satu'report card'pelajar yang menyeluruh secara berkomputer; untuk rujukan ibubapa khasnya dan pehak-pehak lain amnya.Ianya melaporkan semua bidang yang berkaitan dengan seorang pelajar, iaitu:

i. MAKLUMAT PENUH PELAJARii.PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJARiii.KEGIATAN KOKURIKULUM PELAJAR SERTA PENCAPAIANNYAiv.REKOD SALAH LAKU/DISIPLIN PELAJARv.REKOD BUKU TEKS

* SMK BANDAR MAHARANI telah menjadi 'perintis' kepada pelaksanaan e-LAB* Beberapa buah SMK Daerah Muar telah melaksana dan menggunakan e-LAB sepenuhnya seperti SMK Ledang Tangkak..* Program e-LAB SMK BANDAR MAHARANI MUAR telah dibentangkan sebagai satu"KERTAS CADANGAN" dalam Mesyuarat Ketua Sektor dan PPD bil 2/2005 di Hotel Katerina Batu Pahat Johor pada 1-3 Jun 2005. Seterusnya program ini telah diterma oleh JPNJ untuk disebarluaskan kepada semua sekolah di negeri Johor.

3.'JELAJAH' PROJEK KGSK(Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan) Kementerian Pelajaran Malaysia:Bedasarkan kejayaanPROJEK RINTIS KGSK PPD MUAR 2004yangtelahBERJAYAdi laksanakan dengan berkesan, makaEn.Mohd.Salleh bin Hussin Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, telah menerima MODUL PROJEK RINTIS KGSK 2004 PPD MUAR untuk dijadikan contoh dan digunapakai oleh semua PPD dan Jabatan Pelajaran di seluruh negara.

Sehubungan dengan ituTn.Hj.Jamian selaku Pegawai Pelajaran Daerah Muar ketika itu telah diminta untuk menerangkan 'Modul KGSK PPD Muar' kepadaJabatan Pelajaran Sabah pada 1.2.2005 dan Jabatan Pelajaran Sarawak pada 2.2.2005 bersama-sama En.Mohd.Salleh Hussin TKPPM Bahagian Sekolah KPM. Kemudiannya beliau sekali lagi telah dimintauntuk menerangkan perkara yang sama kepadasemua PPD Negeri Perak pada 5.2.2005 bertempat di MRSM Taiping.Lanjutan dengan projek tersebut beberapa mesyuarat telah diadakan iaitu:-

i. MESYUARAT PENGURUSAN DATA KGSKpada 20.6.2005 hingga 22.6.2005 bersama En.Suratno (Pegawai daripada Unit Rendah Bahagian Sekolah KPM) di Hotel Katerina Batu Pahat serta lawatan pemantauan KGSK ke PPD Muar pada 22.6.2005.

ii. MESYUARAT PENGURUSAN KGSKpada 8.8.2005 hingga 11.8.2005 di Sandakan Sabah,

Pada1.4.2006Tn.Hj.Jamian telah dilantik sebagaiTIMBALAN PENGARAH PELAJARAN JOHOR (TPPJ)sehinggabeliaubersara pada 27.2.2008. Sepanjang bertugas sebagai TPPJbeliau telah membantu Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ) dalam melaksanakan program-program yang menjadi fokus utama JPNJ; antaranya:

1. PERANCANGAN STRATEGIK 2006-2008JPNJ- Suatu perancangan bagi mencapaiVISI JPNJ:JOHOR GEMILANG PADA TAHUN 2008; dengan menekankan kecemerlangan di dalam pelbagai skop:

1.1. KECEMERLANGAN AKADEMIKdengan PROGRAM JOHOR TOP-5pada tahun 2008: iaitu'matlamat'untuk meletakkan Johor antara tempat ke-5 teratas di peringkat kebangsaan dalam keputusan peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan/atau STPM pada tahun 2008.Bagi memastikan 'matlamat' tersebuttercapai beberapa projek telah dirancang dan dilaksana iaitu:PROJEK HEADCOUNT:SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN (SAP123HC: Versi 3.0), PROJEK AUDIT AKADEMIK JPNJ, PROJEK SKUAD PANTAS AKADEMIK: Dengan penggunaan 'MODUL MENANGANI TOPIK SUKAR' yang dibina oleh MGC (Majlis Guru Cemerlang) Johor dan PROJEK KUNJUNG BANTU SKM.

1.2 KECEMERLANGAN KEPIMPINANdenganKURSUS KEPEMIMPINAN INSTRUKSIONAL(bagi Pengetua, Guru Besar dan Penolong Kanan). Kursus ini telah malalui beberapa fasa mengikut kumpulan. Kurusu-kursus tersebuttelah dijalankan dibawah kelolaan 'Konsultan Pakar' di HutanNegara Selai Segamat.

1.3 KECEMERLANGAN PENGURUSANdenganPROGRAM e-TAKWIM.Programini ialah suatu program yang dibina menggunakan applikasi komputer bagi'mengawal' pergerakan guru yang selalu'keluar'kerana 'tugas di luar sekolah'; seperti terlibatdengan pelbagai kursus, sukan, kegiatan kokurikulum, agensi-agensi kerajaanyang lain dan sebagainya.

Sektor Pengurusan Sekolah (SPS) JPNJtelah membuat kajianatas isu guru keluar sekolah dan mencadangkansatukaedah yang sistematik untuk'mengawal' guru keluar sekolah supaya 'tidak melebihi 10%' daripada bilangan keseluruhan guru di sesebuah sekolah pada setiap hari persekolahan.Kaedah tersebut dinamakanPROGRAM e-TAKWIM.Program ini adalah atas TINDAKANDAN PERANCANGANTn.Hj.Jamian sendiri bersama SPS JPNJ.Program inikemudiannya telah dibentangkandalamMesyuarat Pengurusan Tertinggi Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM)KPM.Pada masa tersebutDato' Ahmad Sipon selaku KPPM KPM telah bersetuju agar programini dirintis di JPNJdan akan digunapakai kemudiannya oleh semua Jabatan Pelajaran Negeri,apabila semuanya telah lancar dan berkesan.

SUMBANGAN SELEPAS BERSARA:

Tn.Hj.Jamian bersara daripada perkhidmatan pelajaran pada 27.2.2008,dengan jawatan terakhir sebagai Timbalan Pengarah Pelajaran Johor. Setelah bersarabeliau dapat bergiat dengan lebih 'aktif' di dalam kegiatan-kegiatan NGO (yang sebahagiannya memang telah lamabeliau terlibat, dengan memegang beberapa jawatan tertentu). Ini keranasetelah bersara beliau mempunyai masa yang lapang.Selaku Pengerusi Surau Silaturrahim,pada tahun 2009 beliau bersama AJK surau telah berusaha menjalankan aktiviti-aktiviti surau dengan lebih berkesan, sehingga beliau berhasrat untuk memasuki 'PERTANDINGAN SURAU CEMERLANG TAHUN 2009' peringkat Mukim danDaerah Muar.

Akhirnya Surau Silaturrahim Parit Jawa telah berjaya memenangi'JOHAN SURAU CEMERLANG 2009'peringkat Mukim dan Daerah Muar dengan menerima sijil dan wang tunai RM4500. Selanjutnya surautersebut telah dicalonkan bagi mewakili Daerah Muar ke PERTANDINGAN SURAU CEMERLANG peringkat negeri. Kali ini Surau Silaturrahim Parit Jawa telah berjaya memenangiNAIB JOHAN SURAU CEMERLANG 2009 peringkat negeri Johor dengan menerima sijil dan wang tunai RM4000.

Sepanjang tahun 2008 (selepas bersara) sehingga kiniTh.Hj.Jamian sering dijemput untukberkongsi pengalaman dalam usaha membantu PPD Muar dan sekolah-sekolah daerah Muar untuk membangunkan potensi diri para guru supaya lebih bermotivasi dan berintegriti dalam tugas dan tanggunjawab mereka. Untuk tujuan tersebutbeliau memenuhi jemputan-jemputan untuk memberi ceramah dalam slot Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) di sekolah-sekolah juga di PPD Muar.

Ada kalanya juga juga beliau berkongsi pengalaman dengan memberi ceramah-ceramah yang berkaitan dengan peranan dan hala tujusesebuah pertubuhan, seperti PIBG, AADK(AgensiAntidadah Kebangsaan) Daerah Muar, MGB (Majlis Guru Besar) Daerah Muar, M4P (Majlis Pemimpin Pelapis Perkhidmatan Pelajaran) Daerah Muar iaitu dari kalangan Guru-Guru Penolong Kanan: Pentadbiran, HEM, KO-KO, Penyelia Petang dan MPSM (Majlis Pengetua Sekolah Menengah) Daerah Muar.

Mulai tahun 2010 hingga 2011Tn.Hj.Jamian terlibat aktif bersama programSIWP (Seminar Integriti Warga Pendidik) kelolaanInstitutIntegriti Malaysia (IIM) dalam slot 'BICARA TOKOH'di semua IPG(Institut Pendidikan Guru) dan PPD seluruh negara. Dalam slot tersebutbeliau berkongsi pengalamandengan para peserta seminar mengenaiETIKA KERJA yang berintegritiyang telah diamalkannya,- semasa beliausebagaiseorang guru biasa dan sebagai seorang Pengetua.

Tn.Hj.Jamian ada menulis sebuah artikal untuk jurnale-Majalah"JAUHARI"keluaranJabatan Pelajaran JohorBil:2/JPNJ April 2010berjudul"HIKMAH DISEBALIK PERKATAAN "SAYANG"...Beliaujuga ada menulis sebuah artikal berjudul"AZAM PENGETUA SETAHUN JAGUNG"untuk buku'JEJAK GURU BERINTEGRITI Integriti Memperkasa' keluaran IIM 2010.

Dalam Artikal "AZAM PENGETUA SETAHUN JAGUNG" tersebut beliau menulis pengalamannya sebagai pengetua baru di SMK Tun Dr.Ismail Bakri Muar denganprogram-program pembangunan dan kemajuan sekolah yang telah berjaya dilaksanakan. Program-program tersebutmerupakan'PROGRAM PERUBAHAN TERANCANG'.

Tn.Hj.Jamiantelah diwawancara oleh En.Azizi Abd.Majid dari Utusan Malaysiauntuk slot"BERSAMA TOKOH" edisi Utusan Melayu keluaran 13 Jun 2011. Dalam wawancara tersebutbeliauada menyarankanagar guru-guru hendaklah mendidik anak murid dengan ikhlasagar segala ilmu yang dicurahkan diberkati. Para guru masa kini hendaklah sentiasa ke hadapan bagimenghadapi pelajar-pelajar masa kini yanglebih suka kepada bentuk pembelajaran yangpenuh dengancabaran.Mereka bukan hanya inginkan jawapan yang betul sahaja, malah ingin mengetahui mengapa dan bagaimana jawapan itu betul.

Tn.Hj.Jamian juga telah memberikan pendapatnya mengenai"Cabaran integriti pada abad ke-21" keluaran Mingguan Malaysia (Ahad 28.8.2011)dengan mengatakan "Di dalam PIN (Pelan Integriti Nasional) ini, jelas menunjukkan bahawa faktor utama yang akan menjejaskan integriti ialah kepimpinan. Jika kepimpinan tidak berintegriti bagaimana mahu melahirkan sebuah institusi yang cemerlang. Bagi saya soal integriti ialah kualiti. Sekolah yang berintegriti adalah sekolah yang berkualiti dan cemerlang dari segi pengurusan dan akademik."

PROFIL

Datuk Mary Yap Kain Ching

JabatanPejabat Timbalan Menteri Pendidikan I

Tarikh Lahir10/03/1951

Tempat LahirKota Kinabalu, Sabah

PendidikanIjazah Sarjana (TESOL) ,University of Leeds, UK (1975)Ijazah Sarjana Muda ( Kepujian (English Literature) ,UniversitiMalaya, KL ( 1994)Diploma Pendidikan Universiti Malaya, KL (Opsyen: BahasaInggeris ) (1976)Sijil dalamTraining of Trainers , University of Manchester, UK.(1996)

Pengalaman Perkhidmatan--

KurniaanAnugerah Ahli Darjah Kinabalu (ADK)dari Kerajaan NegeriSabahAhli Setia Darjah Kinabalu (ASDK)dariKerajaan Negeri SabahJaksa Pendamaisempena Hari jadiTuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri SabahAnugerah Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran DatukdariTuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah

DatukMary Yap Kain Chingadalah ahli pemegang amanahYayasan Pintardan salah seorang yang dinobat sebagai Tokoh Guru Kebangsaan 2012. Kini beliau memegang portfolioTimbalan Menteri Pendidikan I. Beliau beragamaKristian.

Pada 16 Mei 2012, beliau dinobat sebagai 'Tokoh Guru Kebangsaan 2012' sempena Sambutan Hari Guru peringkat kebangsaaan diKuala Kangsar,Perak. DatukOmar Mohd Hashimterpilih sebagai 'Tokoh Guru Kebangsaan 2012'. Tokoh guru lain ialah bekas Pengarah Pelajaran Pahang, DatukAhmad Azmey Abu Talib; bekas Guru BesarSekolah Kebangsaan Telok Pulai,Kluang,Johor,Mohd Azman Abdul Rashiddan Tokoh Guru Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2010,Lim Ai Lee@ Lim Irene. DatukHassan Harundari sekolah swastaSekolah Kadir AdabidanSekolah Wadi Sofia,Kota Bharu,Kelantandianugerah 'Tokoh Guru Sekolah Swasta Kebangsaan 2012'. Mereka semua menerima sebutir pingat emas, plak, sijil dan wang tunai sebanyak RM10,000. Anugerah disampaikan olehTimbalan Perdana Menteri Malaysiamerangkap Menteri Pelajaran, Tan SriMuhyiddin Yassin.[1]

Tokoh Guru Sabah 2011 dan Tokoh Guru Kebangsaan 2012 Datuk Mary Yap Kain Ching, 62, bekas pengetua cemerlang, merupakan tokoh pendidikan yang bukan sahaja dikenali di Sabah, tetapi juga di seluruh negara.Timbalan Menteri Pelajaran I itu, yang juga merupakan Tokoh Maulidul Rasul Kebangsaan 2007, memulakan kerjayanya dalam pendidikan sebagai pensyarah Maktab Perguruan Sandakan pada 1975.

Pada 1976, beliau berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau sebagai guru bahasa Inggeris, dan pada 1983, berpindah ke SM Holy Trinity sebelum dilantik Ketua Jemaah Nazir Sekolah Zon Tawau pada 1989.

Pada 1993, Mary Yap dilantik Pengetua SM St Patrick sebelum ke SMK Jalan Apas, Tawau (1996), SM Vokasional Tawau (1996), SM Teknik Tawau (2003) dan kemudian menjadi Pengetua Cemerlang.

Pada tahun yang sama, Mary Yap menjadi Pengarah Maktab Perguruan Sandakan, dan setahun kemudian menyandang jawatan Pengarah Maktab Perguruan Tawau sehingga 2005.

Penerima Anugerah Wanita Cemerlang Sabah Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) bagi tahun 2004, Mary Yap kembali ke SM Teknik Tawau pada 2005 dan dilantik Pengetua Super berjawatan JUSA C.

Selepas bersara, pemilik ijazah sarjana dalam bidang pendidikan dari Universiti Leeds, United Kingdom itu menjadi perunding kanan Institut Aminuddin Baki selama dua tahun dan beliau merupakan panel penasihat kepada Menteri Pelajaran untuk sekolah kluster.

Mary Yap, yang pertama kali bertanding pada pilihan raya umum tahun ini, memenangi kerusi Parlimen Tawau dengan majoriti 4,979 undi dalam pertandingan empat penjuru.

Anak seorang kerani, dilahirkan di Kota Kinabalu dan dibesarkan di Tawau itu turut memiliki Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan Inggeris Dengan Kepujian dan Diploma Pendidikan pada 1974, serta memperoleh Sijil Trainer of Trainers melalui kursus pendek di Universiti Manchester pada 1997.

Mary Yap terus menyumbang baktinya kepada masyarakat dengan menyertai MPWS sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan selepas bersara.

Sejak 2009 hingga kini, beliau merupakan Ahli Pemegang Amanah Yayasan PINTAR di Kuala Lumpur dan Penasihat kepada Sekolah Kluster Cemerlang di Kementerian Pelajaran selain menjadi Pengerusi Majlis Persekutuan Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia.-BERNAMA

Mary Yap, yang pertama kali bertanding pada pilihan raya umum tahun ini, memenangi kerusi Parlimen Tawau dengan majoriti 4,979 undi dalam pertandingan empat penjuru.

Anak seorang kerani, dilahirkan di Kota Kinabalu dan dibesarkan di Tawau itu turut memiliki Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan Inggeris Dengan Kepujian dan Diploma Pendidikan pada 1974, serta memperoleh Sijil Trainer of Trainers melalui kursus pendek di Universiti Manchester pada 1997.

Mary Yap terus menyumbang baktinya kepada masyarakat dengan menyertai MPWS sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan selepas bersara.