Hbae 2203

48

Click here to load reader

description

for teacher

Transcript of Hbae 2203

Page 1: Hbae 2203

Zahrah Binti Abdul Rahman HBAE 2203 690107115918001

________________________________________________________________________

HBAE 2203

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

JANUARI 2014

________________________________________________________________________

NAMA : ZAHRAH BINTI ABDUL RAHMAN

NO.KAD PENGENALAN: 690107115918

NO. MATRIK: 690107115918-001

E-MEL: [email protected]

NO.HP : 019-7737169

NAMA TUTOR: PUAN MAZLINA BINTI MUSA

PUSAT PEMBELAJARAN:KUANTAN, PAHANG

1

Page 2: Hbae 2203

Zahrah Binti Abdul Rahman HBAE 2203 690107115918001

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 4

2.0 SEJARAH BONEKA 5 3.0 DEFINISI BONEKA 6 4.0 JENIS-JENIS BONEKA, ALAT DAN BAHAN SERTA CARA MEMBUAT 7 4.1 BONEKA SARUNG TANGAN 7 4.2 BONEKA LIDI 9 4.3 BONEKA WAYANG KULIT 10 4.4 BONEKA PIRING KERTAS 12 4.5 BONEKA POLISTIRENA 13 4.6 BONEKA BEG KERTAS 15 4.7 BONEKA SILINDER 16 4.8 BONEKA JARI 17 4.9 BONEKA LIDI 18 4.10 BONEKA BERTALI 20 5.0 KEGIATAN MEMBENTUK DAN MEMBUAT BONEKA DI DALAM BILIK DARJAH 21 6.0 APREASIASI SENI TERHADAP KARYA MURID 32

7.0 PENUTUP 35

LAMPIRAN 1 35

BIBLIOGRAFI 36

2

Page 3: Hbae 2203

Zahrah Binti Abdul Rahman HBAE 2203 690107115918001

Syukur ke hadrat Allah swt kerana memberi ruang dan peluang kepada saya untuk menghasilkan tugasan HBAE 2203 seperti adanya ini.Kesempatan yang ada, ingin saya rakamkan setinggi penghargaan dan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada tutor PSV saya iaitu PUAN MAZLINA BINTI MUSA yang telah banyak memberikan bimbingan dan paNduan kepada saya dalam menyempurnakan tugasan ini.

Juga sekalung penghargaan yang tulus ikhlas kepada suami tercinta ENCIK A.WAHAB BIN IBRAHIM atas dorongan serta semangat yang diberi.Juga atas keprihatinan dan sikap memahaminya yang memungkinkan saya menyiapkan tugasan saya ini.

Tidak lupa Kepada anak-anak kesayanganku iaitu Muhammad Al Hadi,Nur Najihah,Husna Nabila,Hajar Nadhirah dan Muhammad Al Haziq.Terima kasih kerana pengorbanan kalian atas sudinya memberi’privacy’ kepada ummi menyebabkan masa emas kalian untuk bersama ummi begitu terbatas.

Rakaman terima kasih juga buat rakan-rakan guru di SK Bandar Endau,Mersing terutamanya Pengerusi Panitia Pendidikan Seni Visual iaitu Puan Ruhailah Binti Mohd. Safian yang sudi mengongsi maklumat dan titipan idea yang bernas. Juga sekalung penghargaan kepada murid-murid Tahun 3 Arif di Sekolah Kebangsaan Bandar Endau,Mersing,Johor atas kerjasama dan sumbangan keringat dalam menghasilkan karya yang dilampirkan di dalam tugasan saya ini.

Semoga hasil tugasan saya ini dapat dimanfaatkan secara efektif oleh semua yang berkecimpung di bidang perguruan khasnya.

3

Page 4: Hbae 2203

Zahrah Binti Abdul Rahman HBAE 2203 690107115918001

1.0 PENGENALAN

Boneka adalah satu alat permainan peringkat global. Seluruh dunia menggunakan boneka

dalam bercerita, menyampaikan mesej serta hiburan. Boneka mempunyai nilai-nilai estetikanya

yang tersendiri.Namun ia memerlukan manusia untuk menghidupkan atau menggerakkan

wataknya dalam menyampaikan informasi kepada penonton sekaligus membawa mereka ke

dalam dunia fantasi atau situasi sebenar sesuatu cerita.

Boneka ialah benda bukan hidup atau figura berupa manusia, haiwan atau apa-apa jenis

benda lain yang dianimasikan atau dimanipulasi oleh sekurang-kurang seorang dalang untuk

dipersembahkan dalam teater, filem atau televisyen. Pelbagai objek boleh dijadikan boneka.

Semasa memainkan boneka, pemain akan menghidupkan watak sama ada menerusi dialog yang

dipertuturkan atau sekadar aksi boneka tanpa suara.

Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, boneka digunakan untuk menyampaikan cerita

supaya menjadi lebih menarik dan berupaya menarik perhatian kanak-kanak. Di samping itu

permainan boneka dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi, melahirkan idea kreatif dalam

penciptaan cerita, meransang daya imaginasi dan menggalakkan kerjasama dalam kumpulan..

Jackman (1977) berpendapat boneka adalah salah satu cara yang menghiburkan dan dapat

menarik minat kanak-kanak ke arah pemikiran kreatif dan imaginatif. Menurutnya lagi,

penggunaan boneka dapat membantu perkembangan kemahiran afektif, kognitif dan fizikal.

Nillie Mc Caslin (1984) pula menyatakan bahawa boneka dapat berfungsi sebagai alat bantuan

mengajar dan dapat menarik perhatian pelajar, menghidupkan suasana yang lebih

menyeronokkan, menarik minat, seterusnya dapat memotivasikan pelajar untuk terus belajar.

4

Page 5: Hbae 2203

Zahrah Binti Abdul Rahman HBAE 2203 690107115918001

2.0 SEJARAH BONEKA

Perkataan boneka berasal dari bahasa Portugis iaitu boneca. Boneka adalah salah satu alat

permainan yang paling tua kerana ianya telah wujud semenjak zaman Yunani, Romawi ataupun

Mesir lagi. Namun bentuk,dan bahan yang digunakan untuk membuatnya sangat berbeza sekali

antara zaman dahulu dan sekarang.

Menurut para ahli sejarah, boneka merupakan mainan paling tua. Ia ditemukan kira-kira 2000

tahun Sebelum Masihi pada zaman Mesir Kuno. Pada zaman itu, boneka dibuat dari bahan yang

wujud dipersekitaran seperti kayu, tanah liat,gading gajah, tulang dan juga bulu haiwan.

Bentuknya kaku dan tidak boleh digerakkan. Pada tahun 600 Sebelum Masihi barulah tercipta

boneka yang dilengkapi kaki dan tangan serta boleh digerakkan. Fungsi boneka pada waktu itu

hanya untuk upacara adat atau keperluan ritual keagamaan semata.

Umumnya boneka adalah alat permainan anak-anak, namun kadang-kadang digunakan untuk

fungsi fungsi ritual yang berhubungan dengan alam atau hal-hal yang bersifat  ghaib  ataupun

mistik misalnya untuk upacara upacara ritual keagamaan ataupun upacara memuja roh. Seiring

kemajuan zaman, boneka kini telah menjadi barang hiasan,cenderamata dan koleksi. Terkini

ianya turut menjadi kegemaran orang dewasa. Boneka telah menjadi sumber ekonomi. Boneka

yang terdapat di Negara ini diperbuat daripada pelbagai bahan seperti kayu, plastic,kapas,

kertas,kain dan sebagainya lagi.

.

5

Page 6: Hbae 2203

Zahrah Binti Abdul Rahman HBAE 2203 690107115918001

3.0 DEFINISI BONEKA

Kamus Dewan Edisi keempat ( 2007) mendefinisikan boneka sebagai patung ( misalnya

orang atau binatang ) yang boleh digerakkan dengan menarik tali yang dilekatkan padanya, atau

dengan memasukkan tangan ke dalam badannya dan menggerakkannya. Boneka adalah sejenis

permainan dari hasil kerja tangan yang boleh dibentuk dalam dua atau tiga dimensi. Ianya

dihasilkan dengan mencantumkan pelbagai bentuk untuk menghasilkan objek boneka

Boneka dari prinsip Pendidikan Seni Visual merupakan sebarang benda atau objek yang

digerak lakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan untuk

menyampaikan mesej. Apa sahaja objek boleh menjadi boneka selagi ia digerakkan oleh pemain.

Pemain akan cuba menghidupkan watak menerusi dialog yang dipertuturkan atau aksi boneka

tanpa sebarang dialog.

Boneka digunakan sebagai alat bantu untuk menyampaikan cerita dengan berkesan.

Pendengar dapat menghayati disamping melibatkan diri secara tidak langsung melalui

penggunaan boneka. Kesannya cukup baik ke arah pendedahan komunikasi, melahirkan idea

kreatif dalam penciptaan cerita ,merangsang daya imaginasi,memberikan peluang kepada

kanak=kanak untuk mencipta suatu alam khayalan serta memberi murid pengalaman belajar

bekerjasama secara berkumpulan Boneka juga memberi kesedaran imbangan, harmoni dan kadar

banding dalam proses binaan dan membentuk.

Gambar 1 : Boneka

6

Page 7: Hbae 2203

Zahrah Binti Abdul Rahman HBAE 2203 690107115918001

4.0 JENIS-JENIS BONEKA

Terdapat berbagai-bagai jenis boneka yang diperbuat daripada bermacam-macam bahan yang

sesuai dengan bentuk atau kegunaannya. Penghasilan boneka tidak kenal tahap kerumitannya.

Seperti yang diulas oleh Oscar Wilde "Boneka ada banyak kelebihannya, termasuklah tidak

mampu berhujah, tidak mengulas seni dengan lantang, dan tiada kehidupan peribadi."

Boneka yang sering digunakan oleh masyarakat seantero dunia, antaranya:-

Boneka Jari

Boneka Tongkat

Boneka sarung tangan

Boneka Wayang Kulit

Boneka pinggan kertas

Boneka Beg Kertas

Boneka Lidi

Boneka Sudu

Boneka Silinder

Boneka Polistirena

Boneka Span

4.1 Boneka sarung tangan

Boneka sarung tangan juga dikenali sebagai hand puppets. Boneka sarung tangan diperbuat

daripada kain. Ia memerlukan kraetiviti dalam mereka watak yang dikehendaki. Untuk membuat

boneka ini, kemahiran menjahit amat diperlukan. Ianya agak mudah disediakan dan lebih

praktikal digunakan oleh kanak-kanak. Boneka jenis ini mempunyai bahagian kepala, bahagian

pakaian, sepasang tangan dan kadangkala dilengkapkan dengan sepasang kaki. Ketika

melakonkan boneka sarung tangan, kanak-kanak akan memasukkan keseluruhan pergelangan

tangan mereka ke dalam watak yang dibentuk. Satu pentas khas diperlukan ketika membuat

persembahan. Pemain boneka dapat melindungi diri di bahagian bawah manakala boneka tangan

7

Page 8: Hbae 2203

Zahrah Binti Abdul Rahman HBAE 2203 690107115918001

hanya dapat ditontoni dengan bahagian badan dan kepala sahaja. Bahagian yang penting bagi

boneka jenis ini adalah bahagian kepala.Dengan menggunakan boneka sarung tangan, kanak-

kanak lebih bebas membuat pergerakan dan menngekpresitasikan imaginasi mereka.

Gambar 2 : Boneka sarung tangan

4.1.1 Alat dan Bahan

Kain belacu/sarung tangan/stokin

Pensil

Gunting

Jarum

Benang jahit dan benang bulu

Berus cat

4.1.2 Cara Membuat

1. Lipat kain belacu sekali. Letakkan tapak tangan di atas kain itu dengan melunjurkan semua

Jari. Kemudian tekapkan bentuknya. Lukiskan garisan terputus diluar garisan pertama tadi.

Garisan itu merupakan garisan jahitan. Kemudian, lukis pula garisan ketiga di luar garisan

terputus-putus itu. Garisan tersebut ialah garisan pengguntingan. Guntinglah kain tersebut

mengikut garisan pengguntingan.

2. Jahitlah di atas garisan putus-putus tadi menggunakan jahitan halus.

3. Terbalikkan sarung tangan yang telah dijahit tadi agar nampak kemas.

8

Page 9: Hbae 2203

Zahrah Binti Abdul Rahman HBAE 2203 690107115918001

4. Lakarkan wajah atau rupa watak yang dikehendaki.

5. Warnakan boneka dengan menggunakan cat atau cat air yang bersesuaian dengan watak.

6. Untuk menghias bahagian kepala, anda boleh menggunakan bulu atau benang sulaman sebagai

rambut.

7. Akhirnya, boneka telah siap dan sedia untuk digunakan.

4.2 Boneka Lidi

Lazimnya, boneka jenis ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Boneka ini juga boleh dibuat daripada

kulit,plastic,lutsinar dan kertas tebal. Pada peringkat awalnya boneka dilukis di atas kertas tebal atau apa sahaja

bahan bersesuaian, kemudian diwarnakan dan bentuknya dipotong keluar. Lidi panjang diletakkan pada badan

boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang bakal digerakkan semasa mengunakannya nanti.

Gambar 3 : Boneka Lidi

4.2.1 Alat dan bahan

Kad bod

Kulit

Plastic lut sinar

Kertas tebal

4.2.2 Cara membuat

9

Page 10: Hbae 2203

Zahrah Binti Abdul Rahman HBAE 2203 690107115918001

1. Lakaran boneka dilukis di atas kertas tebal atau apa sahaja bahan bersesuaian.

2. Kemudian warnakan lakaran tersebut dengan warna yang bersesuaian dan menarik.

3. Apabila siap diwarnakan, bentuknya dipotong keluar.

4. Letakkan lidi panjang dengan menggunakan pita litup pada badan boneka termasuk dan juga anggota-anggota

tertentu yang bakal digerakkan semasa mengunakannya nanti.

4.3 Boneka Wayang Kulit

Boneka wayang kulit dipercayai satu permainan yang terawal mencipta kesenian gerak dan tampak seolah-olah

hidup sekiranya dilakonkan dengan baik.Secara tradisionalnya, boneka ini direka menggunakan kulit kerbau.

Biasanya boneka ini nipis dan berbentuk dua dimensi.  Semasa memainkan boneka ini,ia ditempatkan di bahagian

belakang satu skrin putih.Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebut akan kelihatan di atas skrin.Lidi

digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka. Pada masa yang sama pencerita ( Tok Dalang ) akan

bercerita menggunakan dialog mengikut watak.

Gambar 4: Boneka wayang kulit

4.3.1 Alatan dan Bahan

10

Page 11: Hbae 2203

Zahrah Binti Abdul Rahman HBAE 2203 690107115918001

Kad bod/kulit kerbau/kepingan plastic tebal/filem pancaran X terpakai.

Kertas pasir

Tukul

Seketul kayu

Newsprint

Gunting

Pemotong NT

Penebuk mata bulat

Gam yang kuat

Cat tempera atau cat minyak

4.3.2 Cara Membuat

Secara tradisionalnya, boneka ini direka menggunakan kulit lembu atau kambing. Pada masa kini, bahan-bahan

seperti filem pancaran-x terpakai,kepingan plastik tebal dan kertas bod digunakan. Biasanya boneka ini nipis dan

berbentuk dua dimensi. Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu. Dalang

merupakan orang yang bertanggungjawab dalam membuat patung wayang kulit yang ingin

dipersembahkan. Seorang dalang perlu mempunyai kreativiti dan kepintaran dalam membuat

watak-wataknya sendiri dan setiap watak yang dihasilkan itu seharusnya mempunyai seni reka

bentuk yang menarik dan sesuai untuk dipadankan dalam cerita yang ingin dipersembahkan.

Antara proses untuk membuat patung wayang kulit dengan menggunakan kulit lembu ialah :

1) Kulit lembu dijemur untuk dikeringkan.

Kulit lembu atau kambing yang telah dibersihkan akan direndam ke dalam air campuran garam,

lada, lengkuas dan serai untuk beberapa hari dan kemudian dijemur menggunakan pacang di

penjurunya. Setelah dipastikan kulit tersebut telah benar-benar kering dan tidak berbau, bulu-

bulu yang terdapat pada kulit yang telah kering itu akan dikikis menggunakan kepingan kaca

sehingga bersih.

2) Kulit ditebuk dengan menggunakan lingkaran kertas.

11

Page 12: Hbae 2203

Zahrah Binti Abdul Rahman HBAE 2203 690107115918001

Kertas yang telah siap dilukis dengan wajah dari watak wayang kulit akan ditekapkan ke atas

kulit yang telah dibersihkan. Di sinilah terletaknya kreativiti dan kewibawaan seorang dalang

untuk membentuk patung wayang kulit mengikut watak yang ingin dipersembahkan.Setiap

lorekan dan garis lubang yang ditebuk mempunyai fungsinya yang tertentu dan watak-watak

yang dihasilkan mempunyai identiti estetika yang tersendiri.

3) Buluh, tali dan pewarna

Buluh sebagai bahan penyadang diraut rapi dan diikat menggunakan tali kepada kulit yang telah

siap ditebuk. Tali digunakan untuk membuat gerakan pada bibir, tangan dan lain-lain anggota

yang diperlukan pada patung tersebut. Tali ini akan diikat apabila patung tersebut telah siap

diwarnakan mengikut watak yang digambarkan melalui cerita-cerita tertentu. Warna yang

biasa digunakan ialah dari bahan dye fabrik dan cat air. Kerja-kerja mewarnakan patung wayang

kulit ini memerlukan kreativiti, bakat dan kesabaran yang jitu.

4.4 Boneka Piring Kertas

Boneka ini diperbuat daripada piring kertas yang boleh dibeli di kedai. Kreativi pengkarya akan

menghasilkan boneka piring kertas yang menarik. Ianya sesuai untuk kanak-kanak peringkat

rendah.

Gambar 5: Boneka piring kertas

4.4.1 Alat dan Bahan

12

Page 13: Hbae 2203

Zahrah Binti Abdul Rahman HBAE 2203 690107115918001

Piring kertas

Dawai halus

Pelekat

Gunting

Kayu atau buluh

Kain reja (perca)

kertas warna

Tali

Pita litup

Warna air / krayon / pensil warna

4.4.2 Cara Membuat

Untuk membuatnya, lukiskan bahagian muka di atas piring kertas. Anggota pada bahagian muka

seperti mata hidung dan mulut boleh juga menggunakan kertas warna yang dilukis bentuknya

dan ditampal pada piring kertas. Kemudian lekatkan bilah kayu di belakang piring. Kain yang

digunting dan dilubangkan ditengah-tengahnya dimasukkan bilah kayu dan dilekatkan pada

lehernya dari dalam kain.Rambutnya boleh dibuat dengan menggunakan jalur-jalur kertas

berwarna yang dilurut atau bulu benang.

4.5 Boneka Polistirena

Boneka polistirena mudah dibuat kerana bahan utamanya iaitu polistirena yang berbagai bentuk

mudah diprolehi. Contoh bekas untuk mengalas atau melapik alat-alat elektrik sesuai digunakan

untuk membentuk boneka ringkas. Ianya boleh dibuat dengan mudah dan sesuai dijadikan

aktiviti murid-murid peringkat rendah.

13

Page 14: Hbae 2203

Zahrah Binti Abdul Rahman HBAE 2203 690107115918001

Gambar 5 : Boneka polisterina

4.5.1 Alat dan Bahan

Polistirena,

Kayu buluh/rot kayu

Pensil

Gam

Kertas pasir

Gunting

Pita litup

Pisau

Berus gam

Warna tempera

4.5.2 Cara Membuat

Korek mata, hidung dan mulutnya dengan sebatang pensil. Kemudian tampalkan telinga pada

tepi kotak. Gunakan sebatang kayu buluh sebagai tangkai. Bola polistirena boleh digunakan

untuk membuat boneka tangan. Bulu benang atau tali plastic rafia yang dibelah-belah boleh

digunakan untuk bahagian rambut,

14

Page 15: Hbae 2203

Zahrah Binti Abdul Rahman HBAE 2203 690107115918001

4.6 Boneka Beg Kertas

Beg kertas boleh digunakan untuk membuat topeng atau boneka. Ia sangat sesuai untuk

kanak-kanak kerana ia mudah dibuat. Bahan utamanya iaitu beg kertas pula amat mudah di

perolehi oleh kanak-kanak.

Gambar 7: Boneka beg kertas

4.6.1 Alat dan Bahan-

Gunting,

Kertas berwarna

Gam kanji

Cat air atau krayon.

Dawai kokot

Dua beg kertas

Pita litup

Rot kayu

Kertas tisu lembut

15

Page 16: Hbae 2203

Zahrah Binti Abdul Rahman HBAE 2203 690107115918001

4.6.2 Cara Membuat

Gumpalkan surat khabar pada hujung rot kayu dan lekatkan gumpalan itu dengan menggunakan

dawai kokot. Masukkan gumpalan surat khabar tersebut ke dalam beg kertas. Ikat leher beg

kertas dengan menggunakan pita litup .Ratakan bucu beg kertas tersebut. Sapukan gam seluruh

permukaan hadapan untuk membentuk muka. Bina ciri-ciri muka dengan menggunakan kertas

tisu lembut. Warnakan muka boneka dengan menggunakan cat air. Buat rekaan baju dengan

menggunakan kain reja.

4.7 Boneka Silinder

Boneka silinder adalah boneka yang mudah dibuat dan juga menarik.

Gambar 7 : Boneka silinder

4.7.1 Alatan dan Bahan-bahan

Kertas warna

Pollistirena

Penutup botol

Gabus

Pisau

Tali

Gunting

Gam

16

Page 17: Hbae 2203

Zahrah Binti Abdul Rahman HBAE 2203 690107115918001

4.7.2 Cara Membuat

Potong sekeping kad manila yang berukuran 20 cm x 27.5 cm atau 25 cm x 40.50 cm.

Gulungkan kertas tebal ini supaya berbentuk silinder. Stapel atau lekatkan tepinya dengan kanji

supaya ia sentiasa berbentuk silinder. Ini ialah asas kepala boneka. Setelah membuat bentuk

asasnya, kita boleh menentukan apa jenis watak yang hendak dibentuk dari silinder masing-

masing. Apabila sudah menentukan jenis boneka yang hendak dibuat maka bolehlah mula

memotong bahan-bahan yang hendak ditampal pada silinder tersebut untuk permukaan

mukanya.. Untuk menyediakan boneka itu, kita perlu membuat satu tiub kecil dari kad manila

dan lekatkan pada bahagian dalam boneka itu. Apabila kita memasukkan jari ke dalam tiub kecil

itu, kita akan dapat mengendalikan boneka itu dengan sempurna.

4.8 Boneka Jari

Boneka jari atau dikenali juga dengan nama finger puppets merupakan boneka yang

dimainkan oleh kanak-kanak secara sendiri.Boneka jari dilakukan dengan memasukkan jari ke

dalam boneka yang bersaiz jari.Jari digerakkan semasa watak dimainkan. Boneka jari amat

seronok digunakan kerana pelbagai watak boleh dimainkan serentak.

Gambar 9 : Boneka Jari

17

Page 18: Hbae 2203

Zahrah Binti Abdul Rahman HBAE 2203 690107115918001

4.8.1 Alat dan bahan

Kain / kertas

Pensil

Gunting

Jarum

Benang jahit

Cat / pensil warna

Berus cat

Pita litup

4.8.2 Cara Membuat

1. Letakkan jari di atas kain , kemudian tekapkan bentuknya. Buat untuk setiap jari kerana setiap

jari adalah berbeza saiznya. Lukiskan garisan terputus diluar garisan pertama tadi. Garisan itu

merupakan garisan jahitan. Kemudian, lukis pula garisan ketiga di luar garisan terputus-putus

itu. Garisan tersebut ialah garisan pengguntingan. Guntinglah kain tersebut mengikut garisan

pengguntingan.

2. Jahitlah di atas garisan putus-putus tadi menggunakan jahitan halus( kecuali pada bahagian

untuk dimasukkan jari)

3. Terbalikkan sarung jari yang telah dijahit tadi agar nampak kemas.

4. Lakarkan wajah atau rupa watak yang dikehendaki.

5. Warnakan boneka dengan menggunakan cat atau pensil warna yang bersesuaian dengan

watak.

6. Akhirnya, boneka telah siap dan sedia untuk digunakan.

4.9 Boneka Lidi

Boneka ini seakan sama dengan boneka wayang kulit.Boneka ini diperbuat daripada bahan yang

keras atau tebal.Kemudian lidi panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-

anggota tertentu yang bakal digerakkan semasa menggunakannya.Boneka dijulang pada lidi

utama dan lidi-lidi yang lainnya digoyang untuk menggerakkan anggota badan tersebut.

18

Page 19: Hbae 2203

Zahrah Binti Abdul Rahman HBAE 2203 690107115918001

Gambar 10 : Boneka Lidi

4.9.1 Alatan dan bahan

Lidi

Kad bod / kertas tebal

Gunting

Pemotong NT

Penebuk mata bulat

Gam yang kuat

Cat air / pensil warna

Berus cat

4.9.2 Cara Membuat

Mula-mula watak lengkap yang dikehendaki dilakar pada kertas tebal.Pada masa kini, bahan-bahan seperti filem

pancaran-x terpakai,kepingan plastic tebal dan kertas bod digunakan. Biasanya boneka ini nipis dan berbentuk dua

dimensi. Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu. .

19

Page 20: Hbae 2203

Zahrah Binti Abdul Rahman HBAE 2203 690107115918001

4.10 Boneka bertali

Boneka Bertali atau ‘marionette’ diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti papier

mache, plaster-of-Paris atau kayu. Boneka menggunakan tali atau string puppets berbeza dari

segi saiz dan rupa bentuk.Ia lebih kompleks kerana kepala watak akan dibentuk dan akan diikat

dengan tali bagi tujuan pergerakan.Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian-bahagian

boneka yang boleg bergerak.Bahagian kaki dan tangan watak akan dibentuk supaya boleh

digerakkan dengan menggunakan tali.Boneka jenis ini sesuai digunakan bagi cerita-cerita yang

memerlukan watak tersebut untuk lari, terbang, lompat dan menggelongsor.Tali yang digunakan

boleh berupa tali biasa ataupun tali tangsi .Semasa digunakan, tali-tali itu ditarik-tarik untuk

membuat anggota-anggota boneka tersebut bergerak.

Gambar 11: Boneka Bertali

20

Page 21: Hbae 2203

Zahrah Binti Abdul Rahman HBAE 2203 690107115918001

5.0 KEGIATAN MEMBENTUK DAN MEMBUAT BONEKA DI DALAM BILIK DARJAH

21

Page 22: Hbae 2203

Zahrah Binti Abdul Rahman HBAE 2203 690107115918001

22

Bagi tujuan pemerhatian dan mengutip

pengalaman sebenar menyaksikan murid-murid

melakukan aktiviti membentuk dan membuat

boneka, saya telah turut serta dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran

Dunia Seni Visual di kelas Tahun 3 Arif di

Sekolah Kebangsaan Bandar Endau, Mersing

Johor iaitu tempat saya bertugas. Berikut ialah

Rancangan Pengajaran Harian yang telah

digunapakai oleh guru Dunia Seni Visual kelas

tersebut iaitu Puan Ruhailah bt. Mohd Safian.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

DUNIA SENI DAN VISUAL

Tahun : 3 Arif

Bidang : Membentuk dan Membuat Binaan

Modul : Boneka Piring Kertas ( 9 )

Tema : Alam semulajadi

Tajuk : Manusia

Masa : 60 minit

Media : Alat - Gunting, marker pen,berus cat, pallet

Bahan – Piring kertas,kain perca,kertas warna,gam,warna air,benang buluu

dan bahan lain yang sesuai.

Bahan Bantu Belajar: Contoh boneka

EMK : Keusahawan, Kreativiti dan Innovatif

STANDARD KANDUNGAN

1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni Visual iaitu bentuk, jalinan, dan imbangan yang terdapat

pada alam semulajadi dan karya seni dalam penghasilan boneka.

2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik

dalam penghasilan boneka.

Page 23: Hbae 2203

Zahrah Binti Abdul Rahman HBAE 2203 690107115918001

Mengikut Teori Perkembangan artistik kanak-kanak Lowenfeld dan Britain (1982), pada

peringkat Dawning Realism yang terdiri daripada kanak-kanak dalam lingkungan umur 9-12

tahun cenderung untuk menghasilkan imej yang realistik dan teliti. Oleh itu, Seramai 30 orang

murid kelas Tahun 3 Arif di Sekolah Kebangsaan Bandar Endau,Mersing ,Johor yang berumur 9

tahun telah dilibatkan. Bidang Membentuk dan Membuat Binaan yang bertemakan alam

semulajadi melalui aktiviti membuat Boneka Piring Kertas yang bertajuk Manusia telah

dipilih.Peruntukan masa yang digunakan ialah satu jam.

Proses pengajaran dan pembelajaran bermula dengan menggunakan kaedah Laura

H.Chapman yang pertama iaitu Kaedah Penjanaan Idea. Guru memainkan peranan sebagai

fasilitator dengan menetapkan hala tuju penghasilan karya iaitu dengan menetapkan tema serta

tajuk. Guru memberi penegasan bahawa setiap murid perlu menghasilkan sebuah boneka yang

menggunakan piring kertas bertemakan alam semulajadi bertajuk ‘Manusia’ .

Guru merangsang murid untuk penjanaan idea sebelum menghasilkan karya dengan meminta

murid meneliti rakan sekelas yang dijadikan model dihadapan kelas. Murid-murid dapat

mengaitkan tajuk yang akan dipelajari dengan mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi yang

telah mereka pelajari. Minda murid akan mendapat gambaran yang lebih jelas dan tepat

mengenai wajah manusia apabila melalui pengalaman sebenar ini. Tambahan pula rupa paras

manusia adalah sesuatu yang sentiasa di hadapan mata mereka. Murid-murid akan bersoal jawab

dengan guru berkaitan bahagian wajah manusia.Contohnya, murid diminta menamakan

bahagian-bahagian fizikal manusia iaitu kaki,,kepala,mata, hidung, mulut, dan telinga.Ianya

mampu merangsang murid saling berkomunikasi sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.

23

Page 24: Hbae 2203

Zahrah Binti Abdul Rahman HBAE 2203 690107115918001

Gambar 12: Murid menjadi model manusia di hadapan kelas.

Kemudian guru membuat demonstrasi untuk menghasilkan wajah boneka. Kaedah

demonstrasi dapat memberi gambaran yang jelas kepada murid bagaimana menghasilkan

boneka yang sempurna . Guru memberikan suntikan motivasi kepada murid melalui paparan

contoh-contoh hasil kerja yang boleh menjadi panduan kepada murid-murid dalam melaksanakan

tugasan mereka. Pada peringkat ini, guru dapat meningkatkan lagi keyakinan murid-murid dalam

menjana idea mereka melalui penerangan mengenai pelaksanaan aktiviti yang akan dilakukan.

Secara tidak langsung, murid-murid akan menetapkan hala tuju penghasilan karya yang bakal

mereka laksanakan.

24

Page 25: Hbae 2203

Zahrah Binti Abdul Rahman HBAE 2203 690107115918001

Gambar13: Guru memberi penerangan dan menunjukkan contoh hasil kerja.

Guru juga memberi pengenalan dan penerangan berkaitan penggunaan alat dan bahan yang

sesuai digunakan untuk aktiviti membuat boneka piring kertas yang akan dilakukan oleh murid-

murid. Secara tidak langsung murid mempelajari kemahiran menggunakan bahan.

Gambar 14: Alatan Dan Bahan yang digunakan

Aktiviti diteruskan dengan setiap murid mula melakar dan mewarna bahagian wajah boneka

dengan menggunakan warna air. Murid mula mengolah idea yang telah diperolehi melalui

demonstrasi guru, aktiviti soaljawab, paparan contoh hasil kerja dan juga pengalaman sedia ada

mereka. Ketika melakar muka boneka, murid dipantau oleh guru bagi memastikan lakaran imej

25

Page 26: Hbae 2203

Zahrah Binti Abdul Rahman HBAE 2203 690107115918001

yang dibuat adalah menepati tema dan objektif yang telah ditetapkan tanpa menghalang kreativiti

murid dalam meluahkan idea mereka sendiri. Ketelitian mereka untuk menghasilkan lakaran

bahagian wajah boneka amatlah diperlukan ketika mewarnakannya menggunakan marker pen

ataupun magic colour.

Gambar 15: Murid-murid sedang leka melakar bahagian wajah boneka

Semasa proses melakar bahagian boneka, sebahagian murid menggunakan kertas warna

untuk membentuk mata, mulut, hidung, dan juga telinga. Mereka memilih kertas warna yang

bersesuaian untuk di tampal pada bahagian muka boneka tersebut. Di sini, kreativiti murid akan

lebih terserlah melalui pemilihan alat dan bahan yang telah ditetapkan. Alat yang di gunapakai

ialah pensil dan gunting,manakala bahannya pula ialah kertas pelbagai warna serta gam.

Kebolehan murid mengaplikasikan kemahirannya dalam menggunakan alat dan bahan tersebut

adalah salah satu faktor yang menjadikan hasil karyanya ‘menjadi’ atau sebaliknya.

Gambar 16: Murid sedang mewarnakan bahagian wajah boneka

26

Page 27: Hbae 2203

Zahrah Binti Abdul Rahman HBAE 2203 690107115918001

Gambar 16: Murid sedang mewarnakan bahagian wajah boneka

Bagi memberikan sentuhan kreatif pada bahagian kepala boneka, ada murid yang menggunakan

kertas warna bagi menghias rambut dan ada juga yang menggunakan benang bulu, tali mop dan

kapas. Begitu juga ketika membentuk bahagian badan bodeka, ada murid yang menggunakan

perca kain,ada juga yang menggunakan kertas pelbagai warna.

Gambar 17 : Murid menghias bahagian rambut boneka menggunakan benang bulu

27

Page 28: Hbae 2203

Zahrah Binti Abdul Rahman HBAE 2203 690107115918001

Gambar 18 : Guru membimbing murid menggunakan alat dan bahan dengan betul

Gambar 19 : Wajah Boneka yang telah siap.

Ternyata,Kemahiran Menggunakan Bahan dalam menghasilkan karya berjaya dipraktikkan

oleh murid-murid dikelas ini hasil bimbingan guru DSVnya samada secara langsung atau tidak

langsung . Bagi merumuskan pengajaran dan pembelajaran pada hari itu, guru bertindak sebagai

pengurus dan motivator dengan mengadakan pameran hasil karya murid-murid. Semasa pameran

tersebut, murid-murid diberi peluang untuk bercerita mengenai hasil karya sendiri atau karya

rakan-rakannya.Guru juga turut memberi kritikan membina terhadap hasil ciptaan murid dengan

memberi pujian. Manakala hasil karya yang tidak menepati objektif diberi panduan untuk

melakukan penambahbaikan di masa akan datang. Setiap murid diberi penghargaan atas kejayaan

menyempurnakan hasil karya mereka pada hari itu.

28

Page 29: Hbae 2203

Zahrah Binti Abdul Rahman HBAE 2203 690107115918001

Gambar 20 : Pameran Hasil kerja terbaik

Sebagai penutup, lakonan spontan /menggunakan boneka ciptaan sendiri secara individu dan

berpasangan oleh murid diadakan diatas pentas yang sememangnya wujud di bahagian belakang

kelas tersebut. Didapati murid-murid kelas ini turut berbakat dalam lakonan dan mereka

kelihatan gembira dengan aktiviti membuat boneka yang telah dipelajari pada hari itu. Guru

matapelajaran DSV kelas ini telah berjaya memotivasikan semua murid untuk sentiasa peka

terhadap daya kreativiti masing-masing.

29

Page 30: Hbae 2203

Zahrah Binti Abdul Rahman HBAE 2203 690107115918001

Gambar 21: Murid membuat lakonan spontan menggunakan boneka yang berjaya direka

Selepas aktiviti penilaian seusai proses pengajaran dan pembelajaran, satu karya murid daripada

pelbagai tahap kebolehan di kelas tersebut dijadikan bahan untuk tugasan ini. Hasil karya milik

Sufia Insyirah binti Muhammad Jefri telah dijadikan pesampelan huraian.

6.0 APRESIASI SENI TERHADAP KARYA MURID

30

Page 31: Hbae 2203

Zahrah Binti Abdul Rahman HBAE 2203 690107115918001

Gambar 22: Sufia Insyirah bersama boneka rekaannya.

Boneka yang dihasilkan oleh Sufia Insyirah ini boleh diangkat sebagai karya terbaik

dikalangan murid-murid di Kelas 3 Arif yang terdiri daripada pelbagai tahap kebolehan

ini.Berdasarkan boneka ini ,kita dapat menilai tahap pengetahuan sedia ada dan pengalaman

lampau murid ini tentang boneka piring kertas. Beliau berjaya mengaplikasikan pengetahuan

sedia ada dan pengalaman masa lampaunya dengan membuat boneka piring kertas yang

menarik.

Hal ini adalah menepati pandangan Herbert Read bahawa pengalaman sedia ada memberi

ketepatan gambaran semangat perjuangan kepada kanak-kanak terhadap avant-garde ( hasilkerja

yang berkualiti tinggi). Boneka ini dihasilkan secara bermakna dan penuh kreativiti yang boleh

memberi gambaran kepada penonton bahawa pembuatnya mempunyai tahap intelek yang tinggi.

Tambahan pula guru PSVnya turut memain peranan untuk merangsang dan memberi bimbingan

dalam menetapkan objektif dan tujuan penghasilan boneka pada awal sesi pengajaran.

Dari sudut persepsi estetik, murid ini terbukti dapat mengenal,menamakan dan memahami

bahasa seni visual yang ada pada boneka piring kertas. Murid ini juga berjaya menepati objektif

dari segi pemahaman terhadap bahasa seni visual seperti warna,imbangan dan kesatuan yang

terdapat pada alam semulajadi. Menilai dari segi penggunaan warna kontras yang menarik

menambahkan nilai estetika karyanya. Warna hijau yang digunakan pada sekeliling tepi

31

Page 32: Hbae 2203

Zahrah Binti Abdul Rahman HBAE 2203 690107115918001

muka,warna hitam pada rambut,warna merah pada bow tie ,warna hitam untuk baju dan warna

hijau pada saku baju adalah gabungan warna kontras yang disusun dengan baik dan

menyerlahkan hasil karyanya.Ternyata murid ini berjaya mencetus ideanya dalam menyediakan

boneka dengan gaya kreativiti yang tersendiri. Proses pengolahan dan pemurnian hasil karya

yang dilakukan murid ini dijalankan dengan tersusun dan bersistematik.Ternyata murid ini

kreatif dalam memilih warna yang bersesuaian untuk bonekanya bagi membangkitkan mood

ceria.

Terdapat banyak unsur seni yang dapat ditonjolkan oleh murid ini dalam menghasilkan

karyanya. Elemen garisan dan jalinan dapat dilihat dengan jelas pada bahagian mata, hidung, dan

mulut boneka. Elemen garisan yang menonjolkan mata dan anak mata yang berwarna hitam

menimbulkan kesan irama dan pergerakan.Begitu juga garisan yang membentuk mulut boneka

yang sedang tersenyum dan susunan rambut yang beralun turut menampilkan kesan irama dan

pergerakan. Elemen ruang di dalam boneka ini dapat dilihat dengan jelas melalui penggunaan

warna hijau untuk bahagian kepala dan warna hitam pada bahagian baju memisahkan bahagian

kepala dan badan boneka. Unsur jalinan tampak terutama pada bahagian rambut boneka ini

menjadikan karyanya kelihatan lebih cantik dan menarik.

Keharmonian dapat dikesan daripada karya murid ini melalui unsur warna sejuk yang

digunakan iaitu hijau. Unsur penegasan dinyatakan melalui imej kedua-dua anak matanya yang

berwarna hitam. Keseimbangan juga wujud dalam karya murid ini melalui kedudukan mata ,

hidung mulut kening dan kedudukan bow tie yang simetri di tengah-tengah ruang. Murid ini

juga berjaya menimbulkan perasaan selesa dan suasana tenteram di dalam karya bonekanya.

Adalah tidak dinafikan bahawa keberhasilan karya Murid ini adalah berasaskan kepada

keberkesanan penerangan dan demonstrasi oleh gurunya di awal proses pengajaran dan juga

bimbingan berterusan yang diberikan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran pada hari

itu. Ianya telah membantu murid menyiapkan hasil karya dalam masa yang ditetapkan.

Guru telah memain peranan dengan membimbing murid –murid di kelas 3 Arif

menggunakan alatan serta bahan dengan betul. Bagaimanapun,ekspresi kreatif Sufia Insyirah

terserlah dan mantap dalam proses perkembangan kreativitinya. Murid ini jelas berjaya

menggunakan kreativitinya secara maksima dalam penghasilan boneka. Beliau dapat

mengaplikasikan pengetahuan,kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan teknik

32

Page 33: Hbae 2203

Zahrah Binti Abdul Rahman HBAE 2203 690107115918001

dalam penghasilan boneka dengan cemerlang. Buktinya hasil kerjatangan origami yang

digunakan untuk membentuk baju bonekanya menunjukkan kematangannya dalam memilih dan

memanipulasi bahan secara kreatif. Beliau berjaya mengaplikasikan proses dan teknik yang

sesuai dalam menyempurnakan bonekanya.

Berdasarkan boneka yang berjaya dihasilkan, murid ini dapat mewujudkan nilai-nilai estetik

dalam dirinya seperti yang diungkap oleh Herbert Read “ Art is creative self-expression”. Murid

ini dapat menyuarakan rasa hatinya iaitu kecintaannya terhadap sesama manusia .Dia bagaikan

mengajak rakan-rakannya yang lain agar saling menyayangi . Beliau juga mampu berinteraksi

dengan diri sendiri dan orang lain sepanjang proses menyiapkan bonekanya. Begitu juga selepas

menyiapkannya, murid ini dapat membuat persembahan bercerita dengan menggunakan

bonekanya di atas pentas kelasnya. Melalui penghasilan bonekanya dan persembahan spontan,

murid ini ternyata seorang yang ceria dan mudah memberi kerjasama kepada semua orang.

Gambar 23 : Sufia Insyirah membuat persembahan bercerita menggunakan boneka rekaannya.

Keberhasilan bonekanya menunjukkan sikap ketelitian dan ketekunan yang jitu dalam

dirinya. Ketelitiannya ini membuktikan dia mempunyai tahap disiplin yang tinggi kerana proses

penghasilan boneka agak rumit kerana ia menggunakan kemahiran psikomotor iaitu kemahiran

menggunakan jari-jemari untuk membentuk rambut,menggunakan berus cat,membuat origami

baju, membentuk dan melekatkan bow tie dengan sempurna.Ianya memerlukan kesabaran dan

33

Page 34: Hbae 2203

Zahrah Binti Abdul Rahman HBAE 2203 690107115918001

ketekunan.

Walaubagaimanapun, tidak dinafikan akan kehadiran faktor-faktor lain yang turut

membantu keberhasilan murid ini dalam menyempunakan karyanya dengan cemerlang. Faktor

bakat semulajadi adalah kelebihan yang ada padanya.Bakat semulajadi yang disuburkan dengan

latihan dan bimbingan berterusan akan menghasilkan impak yang positif terhadap individu

seperti murid ini di dalam bidang seni visual. Faktor pengalaman dan pengetahuan yang ada

padanya juga membolehkannya berkarya dengan baik dan berkesan.Faktor latar belakang dan

budaya murid ini iaitu bapanya adalah seorang pegawai latihan vokasional dan ibunya seorang

penyelia asrama juga diambil kira dalam menilai hasil karyanya yang baik dan melangkau

lingkungan umurnya ini. Murid ini akan dapat meningkatkan lagi potensi seni yang ada dalam

dirinya sekiranya diberi bimbingan dan galakan yang berterusan oleh guru DSV dan juga

sokongan moral kedua ibubapanya.

7.0 PENUTUP

Bidang membentuk dan membuat boneka adalah satu bidang yang memerlukan penguasaan

kemahiran serta penyesuaian watak-wataknya. Aktiviti ini memerlukan perancangan rapi dan

mendalam bagi mendapatkan hasil yang relevan dengan mesej yang ingin disampaikan oleh

pengkaryanya. Seorang pengkarya boneka perlu ada pengetahuan mengenai alat dan bahan bagi

mengimbangi ciri-ciri reka bentuk disamping kesesuaian terhadap mesej dan watak yang akan

dipersembahkan.Persembahan boneka pasti menjadi lebih menarik apabila pereka dapat

menampilkan watak-watak yang relevan dengan plot cerita. Aktiviti membuat boneka adalah

satu aktiviti yang digemari oleh kanak-kanak kerana ianya begitu sinonim dengan dunia kanak-

kanak mereka.

( 4813 patah perkataan )

Lampiran 1 : Sampel Boneka Piring Kertas hasil rekaan murid ( Rujuk sampel disertakan)

34

Page 35: Hbae 2203

Zahrah Binti Abdul Rahman HBAE 2203 690107115918001

BIBLIOGRAFI

Abdul Halim Hussain, (2004). Pendidikan Seni Visual dan Muzik.Tanjung Malim.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2012). Panduan Pengajaran Dunia Seni Visual Tahun

3,Kementerian Pelajaran Malaysia,

Chang Hon oon.(2008). Teori Seni Visual Edisi Kedua.Dewan bahasa dan Pustaka.

Haslinda Madon.(2011).HBAE1403 Menggambar, Selangor Darul Ehsan: Open

University Malaysia.

Hamidah Abdul Hamid , (1993). Pengantar Estetik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Kamus Dewan Edisi keempat, (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kathleen Chee. (2013). Pendidikan Seni Visual SPM Tingkatan 4,5,Selangor Darul Ehsan:

Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Buku Sumber Guru Pendidikan Seni Visual,

KBSR.KL.DBP.

Mohd.Johari Ab.Hamid. (2004). Falsafah dan Kritikan Seni.Penerbit Universiti

Pendidikan Sultan Idris.

Mohd Zairi Husain (2011) HBAE 2203 Membentuk dan Membuat Binaan,Selangor Darul

Ehsan: Open University Malaysia.

Prof Dr Haji Abdul Shukor Hashim,Badrul Isa,Khairezan Rahmat dan Zuraimi Zakaria

(2011) HBAE 1203 Perkembangan Seni Kanak-Kanak,Selangor Darul Ehsan:

35

Page 36: Hbae 2203

Zahrah Binti Abdul Rahman HBAE 2203 690107115918001

Open University Malaysia.

Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986

Rousliluddin Ambia,Mohd Jamel Haji,Mohd Taslim Abd Rahim dan Manan Sarbani,

(2011) HBAE 1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual,Selangor darul Ehsan:Open

University Malaysia.

Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Maskon.(2010). Budaya dan Pembelajaran

Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Zakaria Ali. (1985). Dialog Seni Tampak, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rujukan Internet

www.slideshare.net/

www. boneka anak.com

http://oumclub.blogspot.cm/

LAMPIRAN 1: SAMPEL REKAAN BONEKA

36

Page 37: Hbae 2203

Zahrah Binti Abdul Rahman HBAE 2203 690107115918001

--------------------------------------------------------------------------------------------

HBAE 2203

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

JANUARI 2014

--------------------------------------------------------------------------------------------

NAMA : ZAHRAH BINTI ABDUL RAHMAN

NO.KAD PENGENALAN: 690107115918

NO. MATRIK: 690107115918-001

E-MEL: [email protected]

NO.HP : 019-7737169

NAMA TUTOR: PUAN MAZLINA BINTI MUSA

PUSAT PEMBELAJARAN:KUANTAN, PAHANG

37