HBAE1203_831203135237.pdf

download HBAE1203_831203135237.pdf

of 18

description

seni

Transcript of HBAE1203_831203135237.pdf

  • FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

    KOD KURSUS : HBAE 1203

    PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

    SEMESTER JANUARI 2013

    NAMA : MOHD KHAIRUL SHAHRIR BIN OSMAN

    NO. MATRIKULASI : 831203135237001

    NO. KAD PENGENALAN : 831203-13-5237

    NO. TELEFON : 019-88152312

    E-MEL : [email protected]

    PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN SIBU

  • ISI KANDUNGAN

    Pendahuluan

    Pendidikan Seni Visual

    Peranan Guru dan Pendidikan Seni Visual

    Definisi Kreativiti

    Perkembangan Kreativiti Kanak-Kanak

    Chapman dan Pendekatannya

    Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak Pendidikan Seni Visual

    Kaedah Penjanaan Idea (Bagaimana guru memainkan peranan agar pelajar melakukan aktiviti

    penjanaan idea)

    Pengolahan dan Pemurniaan (Bagaimana guru memainkan peranan agar pelajar melakukan

    pengolahan dan pemurniaan)

    Kemahiran Menggunakan Bahan (Bagaimana guru memainkan peranan agar pelajar melakukan

    aktiviti mempelbagaikan penggunaan bahan)

    Kesimpulan

  • 1.0 PENGENALAN

    Falsafah Pendidikan Negara (FPN) mempunyai matlamat yang jelas iaitu melahirkan

    insan dan bangsa yang cemerlang melalui pendidikan. Sebagai seorang guru pengetahuan

    guru hendaklah lebih luas daripa pengetahuan pelajar seperti yang disarankan oleh FPN.

    Oleh itu,guru-guru pendidikan seni visual hendaklah memahami segala proses

    penghasilan karya yang pelbagai dalam bidang seni visual. Cara dan kaedah yang

    pelbagai boleh menghasilkan satu karya seni yang bermutu di kalangan pelajar. Bagi

    menggalakkan pelajar menghasilkan karya seni, seseorang guru itu sendiri perlu

    mempunyai pengalaman luas di dalam penghasilan karya seni. Dalam masa yang sama

    guru akan menjadi pemudahcara, memberi bimbingan serta panduan bergantung kepada

    pengalaman dan kemahiran yang diketahui dan dikuasai oleh guru. Pengajaran

    pendidikan seni visual di sekolah mempunyai panduan yang telah ditetapkan oleh

    Kementerian Pelajaran Malaysia dan guru hendaklah sentiasa merujuk kepada standard

    pembelajaran agar menepati objektif asal pendidikan seni di sekolah.

    Kaedah penyampaian ilmu yang berkesan dan mudah untuk difahami oleh murid-

    murid adalah salah satu prasyarat untuk memastikan objektif tercapai semasa pengajaran

    dan pembelajaran dijalankan. Berdasarkan kepada pendapat Joyce, B., & Weil, M.,

    (2003), hasil pengajaran yang paling penting sekali mungkin adalah meningkatkan

    kebolehan murid-murid untuk belajar dengan lebih mudah dan berkesan kelak akibat

    perolehan pengetahuan dan kemahiran serta pengusaan proses pembelajaran. Ini

    bermakna, pembelajaran yang mudah akan memberi kesan yang lebih mendalam dan

    mudah difahami oleh murid.

  • 2.0 PERANAN GURU DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

    Guru seni berkemampuan untuk menyampaikan ilmu seni visual kepada murid-muridnya

    secara berkesan. Apabila seorang guru itu menunjukkan kesungguhan dalam melaksanakan P &

    P, pasti murid-murid akan turut berusaha untuk melaksanakan yang terbaik dalam penghasilan

    karya seni. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh mewujudkan suasana pembelajaran

    yang berkesan di dalam P & P.

    Merancang aktiviti seni yang menyeronokkan dan boleh disertai oleh semua murid.

    Merangsang murid mengambil bahagian secara aktif dalam P & P.

    Memahami dinamika kumpulan.

    Membantu murid memperkembangan ilmu seni.

    Menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang memudahkan murid menjalani aktiviti P & P seni mereka.

    Menggubah dan menyesuaikan strategi P & P yang dapat menarik perhatian murid.

  • 3.0 PERKEMBANGAN KREATIVITI KANAK-KANAK

    Menurut Kamus Dewan (2002) kreativiti sebagai satu kemampuan (kebolehan) mencipta

    daya kreatif, kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta,

    menghasilkan dan mengembang sesuatu idea baru dan asli.

    Manakala Mead, 1959 dalam Mohd Azhar Abd Hamid, 2001 berpendapat bahawa

    Kreativiti adalah proses yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan ia mencipta

    sesuatu baginya. Kreativiti merupakan keupayaan seseorang memproses maklumat bagi

    menghasilkan sesuatu yang baru. Konsep pemikiran kreatif itu pula berkisar kepada beberapa

    entiti iaitu seseorang dapat melakukan sesuatu dengan cara yang unik.

    Kreativiti merujuk kepada proses yang berterusan serta keupayaan seseorang untuk

    memproses maklumat yang menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Ia juga boleh dilihat

    daripada penggunaan imaginasi, penerokaan dan hubungan baru. Oleh itu, penglibatan kanak-

    kanak dalam aktiviti seni amat penting untuk memberi peluang kepada mereka untuk meneroka

    bidang seni visual melalui mewarna, melukis, membentuk, saiz, bunyi struktur dan fungsi

    sesuatu bahan. Melalui aktiviti seni juga mereka dapat menggunakan pengalaman mereka

    untuk menjalankan aktiviti tersebut. Untuk menghasilkan sesuatu karya atau aktiviti seni

    mereka berpeluang untuk mengetahui pelbagai jenis media dan teknik yang perlu digunakan

    dalam satu masa.

    Isernberg (2001) berpendapat bahawa seni adalah suatu sistem simbol yang boleh

    digunakan untuk menjana makna dan alat pembelajaran. Dalam aktiviti seni ia dapat

    mengeluarkan bakat yang terpendam dan melahirkan perasaan ceria kanak-kanan, cara

    berkomunikasi tanpa berbahasa, serta merangsang mereka untuk bersama-sama meneroka

    pengetahuan sedia ada mereka dan segala aktiviti yang dijalankan berperanan penting dalam

    perkembangan kanak-kanak dari masa ke semasa.

    Menurut Chapman (1985), ada tiga aspek yang menentukan perbezaan ekspresi iaitu

    daya intuisi, persepsi dan konsepsi. Ketiga-tiga aspek ini mempunyai pengertian yang berlainan

    dan ada pelbagai faktor pula yang akan membawa kepada perbezaan bentuk ekspresinya.

    Konsep ekspresi visual pada sebuah lukisan umpamanya boleh membawa pelbagai pengertian

    bergantung kepada si pelukis itu. Sebenarnya terdapat pelbagai pendekatan yang digunakan

    oleh manusia bagi tujuan ekspresi antaranya melalui lisan, perasaan dan emosi , tulisan dan

    bahasa, penciptaan dan penghasilan pergerakan. Yang paling lazim dan tradisional ialah

  • membuat penggambaran visual. Bagi kanak-kanak melalui aktiviti seni merupakan jalan yang

    paling mudah bagi mereka memperkembangkan daya kreativiti serta membuat ekspresi visual

    (pernyataan hasrat diri atau ekspresi diri)

    Laura H. Chapman di dalam bukunya bertajuk Approches in Art Education (1978)

    menjelaskan bahawa proses kreativiti mempunyai pertalian dan hubungan yang hampir

    sama dengan proses penghasilan karya ataupun dikenali sebagai artistik. Menurut beliau,

    proses artistik ini digunakan oleh penggiat seni dalam penghasilan karya. Proses artistik

    yang dijelaskan oleh Chapman tidak bersifat statik, bersifat boleh ubah dan berulang-

    ulang. Menurut Chapman lagi, 3 disiplin ini tidak menjadi keutamaan asalkan objektif

    menghasilkan karya seni tercapai.

    3.1 Kaedah Chapman dalam Penghasilan Karya Seni

    3.1.1 Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea)

    Kaedah penjanaan idea amat penting kepada pengkarya kerana di saat ini

    pengkarya akan menetapkan beberapa kretiria yang penting di dalam menghasilkan karya

    seni yang bermutu.Diantaranya ialah objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya. Oleh

    yang demikian, peranan guru dalam pengajaran dan pembelajaran seni visual adalah

    membimbing pelajar dalam menetapkan tujuan dan hala tuju penghasilan karya selain

    menerangkan kaedah menjana idea dalam penghasilan karya. Tahap pemikiran setiap

    pelajar adalah berbeza-beza jadi guru tidak boleh beranggapan bahawa semua pelajar

    dapat memahami apa yang sampaikan dengan baik. Sekiranya guru mengabaikan

    pendekatan ini, berkemungkinan besar ada segelintir pelajar yang tidak akan dapat

    mengikuti p & p serta tidak dapat melaksanakan tugasan dengan baik dalam tempoh masa

    yang ditetapkan.

    3.1.2 Pengolahan dan Pemurnian (Elaboration and Refinement)

    Dalam menghasilkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun ia

    memerlukan proses pengolahan dan pemurnian idea. Ia dititikberatkan oleh pengkarya

    untuk memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih sesuai dengan

    tema dan objektif penghasilan bagi sesuatu karya. Bagi peringkat kanak-kanak, proses

    pengolahan dan pemurnian biasanya dilakukan berkali-kali bagi mendapatkan hasil

  • terbaik dan bermutu. Guru digalakkan memberi peluang kepada murid untuk mengulangi

    aktiviti yang sama berulang kali mahupun selepas membuat pengamatan dari hasil karya

    yang dipaparkan kepada mereka.

    3.1.3 Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium)

    Untuk menghasilkan satu karya yang baik ia sangat bergantung kepada pemilihan

    bahan yang akan digunakan.Pengkarya seni akan membuat eksperimentasi menggunakan

    bahan yang sama bagi menghasilkan karya dan melihat kesan-kesan tertentu. Sebagai

    contohnya pemilihan warna, teknik dan kaedah dalam menghasilakan karya kerana kanak-

    kanak bersifat ingin tahu dan berani mencuba sesuatu yang baru.

    Dalam menyiapkan sesuatu karya, pemilihan bahan yang dipilih akan memberikan

    kesan terhadap masa yang diambil bagi menyiapkan sesuatu karya. Untuk menangani

    masalah tersebut, guru sebagai fasilitator hendalah membimbing murid dari masa ke

    semasa.Guru perlu menunjukkan demonstrasi dan tunjuk cara sebagai panduan pelajar

    supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai makna dan nilai estitika tersendiri dalam

    menghasilkan sesuatu karya seni.

  • 4.0 STRATEGI MENINGKATKAN KRETIVITI DALAM PENDIDIKAN SENI

    VISUAL

    Dalam proses penghasilan karya tidak hanya tertumpu kepada satu cara sahaja dan

    pemahaman ini perlu diaplikasikan ke atas murid di dalam kelas.Ini bermakna, guru-guru

    perlulah memahami bahawa pelbagai kaedah boleh diutarakan semasa proses penghasilan karya

    tersebut. Bagi menggalakkan perlibatan pelajar dalam menghasilkan karya seni, guru itu

    sendiri hendaklah menguasai kemahiran di dalam menghasilkan karya seni yang diajar.

    Bimbingan dan panduan yang diberikan kepada pelajar oleh guru boleh memastikan

    kemenjadian sesuatu karya seni yang berkualiti.

    Terdapat pelbagai cadangan dan aktiviti yang boleh digunakan bagi merangsang

    pemikiran kreatif murid, namun guru perlu peka terhadap faktor utama seperti faktor murid

    kerana proses memupuk kreativiti pelaja memerlukan keinginan dan kerjasama dikalangan

    mereka.. Berikut adalah beberapa cadangan yang boleh diguna pakai bagi menimbulkan

    rangsangan murid bagi menyediakan karya yang baik. Diantaranya ialah:

    4.1 Pemilihan Bahan dan Alatan Murid diberikan kebebasan untuk memilih bahan dan alatan yang boleh digunakan

    untuk setiap aktiviti seni visual. Ia menggalakan murid untuk menghasilkan karya

    mereka yang tersendiri. Secara amnya, ianya juga memberi kesempatan kepada murid

    untuk mengatur dan menetapkan hasil karya mereka.

    4.2 Masa Murid wajar diberikan kebebasan masa semasa menjalankan aktiviti untuk

    melengkapkan aktiviti seni visual mereka kerana ianya boleh meningkatkan daya

    imaginasi dan penghayatan mereka terhadap karya. Kurangkan arahan yang melampau

    kerana ia boleh mengurangkan motivasi mereka untuk menjana idea yang lebih baik

    dalam menghasilkan sesuatu karya.

    4.3 Rangsangan Mempamerkan hasil karya murid adalah satu bentuk motivasi yang berterusan. Ia

    boleh merangsang pelajar lain untuk menghasilkan banyak lagi hasil karya seni visual

    kerana lumrah semulajadi manusia ialah ingin dihargai selalu. Selepas sesi p & p sudut

  • tersebut hendaklah selalu dikemaskini bagi menimbulkan persaingan pelajar dalam

    menghasilakn satu karya yang baik. Selain hasil karya pelajar, bahan pameran boleh

    dipelbagaikan seperti poster alam semula jadi dan gambar bermotifkan flora dan fauna

    boleh diletakkan sebagai satu rangsangan dari sudut artistik dan kronologi masa dalam

    seni.

    4.4 Pengajaran dan Pembelajaran Fleksibel Guru hendaklah peka dengan kehendak dan minat pelajar semasa proses pengajaran.

    Mereka hendaklah kreatif dan sentiasa bersedia dari segi fizikal dan mental bagi

    memenuhi kecenderungan pelajar semasa p & p dijalanakan didalam kelas. Guru juga

    hendaklah bijak menggunakan persekitaran agar pelajar bersedia dan berminat untuk

    meneruskan sesi p & p dalam keadaan yang selesa dan memberangsangkan dari masa ke

    semasa.

    4.5 Hormat-menghormati Guru perlu mempunyai sikap menghormati murid serta karya murid dan menghargai

    sumbangan,komitmen dan penghayatan yang ditunjukkan oleh mereka di dalam

    menghasilkan karya seni visual. Sentiasa menghargai setiap usaha yang ditunjukkan

    oleh pelajar agar mereka mempunyai motivasi yang tinggi dalam menghasilkan karya.

    4.6 Memberi Galakkan dan Motivasi Pelajar akan sentiasa bermotivasi tinggi sekiranya guru sentiasa memberi galakan dan

    adil dalam membuat penilaian. Kanak-kanak sememangnya terguris dan mudah putus

    asa. Oleh itu guru perlu sentiasa memberikan semangat dan harapan kepada mereka.

    Elakkan daripada mengkritik karya pelajar kerana mereka mungkin akan patah

    semangat dan tidak berminat untuk meneruskan penghasilan karya mereka.

    4.7 Penghargaan Guru hendaklah sentiasa adil dan saksama semasa menjadi juri dalam memberikan

    markah dan gred. Setiap pelajar berhak untuk diberi penghargaan dan pujian kerana

    mereka berkarya adalah untuk diri sendiri. Menghargai karya pelajar bermakna

    mengharagai penglibatan mereka di dalam p & p yang dijalankan oleh guru.

  • 5.0 PENDEKATAN CHAPMAN DALAM P&P PENDIDIKAN SENI VISUAL

    Di pe r i ngka t sekolah rendah aktiviti seni boleh diselitkan dengan pengalaman

    sedia ada pelajar dan pengalaman belajar kanak-kanak dalam pengajaran dan pembelajaran

    untuk merangsangkan dan meningkatkan pembelajaran.

    Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah merangkumi empat bidang iaitu:

    (a) menggambar;

    (b) membuat rekaan dan corak;

    (c) membentuk dan membuat binaan; dan

    (d) kraf tradisional.

  • 5.1 Bidang Menggambar

    Menggambar adalah salah satu daripada empat bidang kegiatan yang terdapat dalam Sukatan

    Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Sub tajuk ini disediakan untuk membina

    pengetahuan dan kemahiran menggambar melalui penggunaan pelbagai alat, olahan bahan

    dan jenis aktiviti menggambar. Melalui asas-asas menggambar, guru seharusnya dapat

    menghasilkan pelbagai jenis aktiviti menggambar. Murid dapat mengaplikasikan

    pengetahuan dan kefahaman kemahiran bahasa seni visual, media, serta proses dan

    teknik dalam penghasilan karya.Contohnya catan.

    Kaedah Chapman dalam Penghasilan Catan

    Kaedah Penjanaan Idea

    Guru menunjukkan gambar rama-rama.

    Guru menunjukkan contoh catan.

    Guru bersoal jawab tentang bahasa seni visual yang

    ada pada catan menggunakan pelbagai media basah.

    Guru menyatakan definisi catan.

    Pengolahan dan Pemurnian

    Guru memperkenalkan dan menyatakan media yang

    akan digunakan.

    Guru menunjuk cara melakar gambar rama- rama

    dengan memberikan penekanan pada ruang dan

    imbangan.

    Guru menunjuk cara mewarna lakaran dengan

    menekankan penggunaan ton warna untuk menimbulkan

    bentuk.

    Kemahiran Menggunakan

    Bahan Murid menghasilkan catan dengan bimbingan guru.

    Murid menghasilkan catan mengikut kreativiti.

  • 5.2 Bidang Membuat Corak dan Rekaan

    Dalam bidang kegiatan ini, guru akan memberi peluang kepada murid memahami

    pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu

    rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana

    hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya.Persepsi dan

    pemahaman bahasa seni visual iaitu rupa, jalinan, warna, harmoni, serta ritma dan

    pergerakan yang terdapat pada objek buatan manusia dan karya seni dalam penghasilan

    corak menggunakan teknik capan.

    Kaedah Chapman dalam Penghasilan Capan

    Kaedah Penjanaan Idea

    Guru menunjukkan contoh corak teknik capan.

    Guru meminta murid mengenal pasti dan

    menyatakan bahasa seni visual yang ada pada corak

    teknik capan.

    Guru menyatakan definisi capan.

    Pengolahan dan Pemurnian

    Guru memperkenalkan media yang digunakan.

    Guru menunjuk cara bancuhan warna dan

    mengecap pada kertas lukisan secara terancang.

    Kemahiran Menggunakan Bahan

    Murid menggunakan bahan secara kreatif.

    Murid menghasilkan corak teknik capan mengikut

    kreativiti.

  • 5.3 Bidang Membentuk dan Membuat Binaan

    Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada pelajar

    membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa

    idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil kerja

    diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam

    pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita. Persepsi dan

    pemahaman bahasa seni visual iaitu bentuk, ruang, jalinan, dan imbangan, yang ada

    pada objek alam semula jadi dan karya seni dalam penghasilan topeng serkup.

  • Kaedah Chapman dalam Penghasilan Topeng Serkup

    Kaedah Penjanaan Idea

    Guru menunjukkan beberapa contoh topeng serkup.

    Guru menerangkan bahasa seni visual yang ada pada

    topeng serkup.

    Guru menyatakan definisi topeng.

    Pengolahan dan Pemurnian

    Guru menyatakan media yang akan digunakan

    dalam penghasilan topeng.

    Guru menerangkan dan menunjuk cara membuat

    serkup untuk topeng.

    - membuat serkup mengikut saiz kepala

    Guru menunjukkan cara melukis dan menghias

    muka topeng serkup.

    Kemahiran Menggunakan Bahan

    Murid menghasilkan serkup seperti yang ditunjukkan

    oleh guru.

    Murid mengaplikasi unsur rupa, bentuk, imbangan dan

    penegasan dalam penghasilan topeng.

    Murid membuat kemasan pada topeng serkup yang telah

    siap.

  • 5.4 Bidang Mengenal Kraf Tradisional

    Kraf Tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja berunsurkan seni

    yang melibatkan kemahiran kerja-kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif

    masyarakat yang diwarisi turun temurun mengikut kaum masing- masing. Persepsi

    dan pemahaman bahasa seni visual iaitu garisan, rupa, jalinan, warna, harmoni dan

    kontra yang terdapat pada objek alam semula jadi dan karya seni dalam penghasilan

    anyaman siku keluang.

    Kaedah Chapman dalam Penghasilan Anyaman

    Kaedah Penjanaan Idea

    Guru menunjukkan contoh anyaman.

    Guru menerangkan kepada murid bahan sebenar

    menghasilkan anyaman.

    Pengolahan dan Pemurnian

    Guru menyatakan media yang akan digunakan

    dalam penghasilan anyaman.

    Guru menunjuk cara membuat anyaman kelarai siku

    keluang.

    Kemahiran Menggunakan Bahan

    Murid menghasilkan anyaman berpandukan langkah-

    langkah yang telah ditunjukkan oleh guru.

    Murid melekatkan hasil anyaman kelarai pada kad

    manila untuk dijadikan alas pinggan atau cawan.

  • KESIMPULAN

    Penghasilan lukisan dapat memberikan peluang kepada pelajar untuk meluahkan

    ekspresi mereka melalui hasil lukisan. Ia juga mampu membina dan meningkatkan psikomotor

    halus pelajar dalam proses menggambar.pembentukan sikap melalui nilai murni dapat

    dilakukan semasa proses penghasilan lukisan di dalam kelas.Jika guru menyediakan bahan

    bantu mengajar, ia akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran menarik dan lebih berkesan

    bagi melahirkan kreativiti pelajar.Tanpa penggunaan alat bantu mengajar , murid akan berasa

    cepat jemu dan pembelajaran satu hala atau pengajaran yang hanya menggunakan satu medium

    kurang memotivasikan murid pada zaman sekarang ini. Oleh sebab itu perlu melibatkan

    kesemua deria murid dalam proses pembelajaran melalui alat bantu mengajar yang menarik dan

    sesuai dengan tahap murid serta objektif yang diingini. Dengan penggunaan contoh lukisan

    yang telah siap, pelajar dapat melihat sebuah hasil dan memberi peluang kepada mereka untuk

    meniru atau mencetus idea mereka sendiri. Contoh-contoh gambar sebenar boleh digunakan

    sebagai rujukan. Ia sedikit sebanyak dapat membantu mereka pemilihan teknik yang sesuai.

    Guru perlu memberi kebebasan kepada pelajar untuk melihat sendiri bahan sebenar seterusnya

    mengaplikasikan unsure tersebut ke dalam lukisan menggunakan idea tersendiri. Oleh yang

    demikian, amatlah penting guru menjadi fasilitator semasa proses pengajaran dan

    pembelajarannya bagi memperkembangkan kreativiti pelajarnya. Bagi memperkembang

    kreativiti pelajar, guru PSV perlu menggunakan pelbagai cara dalam menghasilkan karya dan

    yang penting sekali ialah guru PSV harus menguasai bidang seni visual ini supaya guru

    mempunyai pengalaman yang lebih banyak untuk mengajar pelajar.

    Aktiviti seni dapat direka bentuk untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan

    kanak-kanak pada setiap peringkat. Bila diberi peluang untuk bekerja dengan berbagai bahan,

    cara dan teknik kanak-kanak dapat meneroka secara kreatif dengan variasi yang tidak terhad

    dan tidak terkongkong. Aktiviti seni juga mudah direka bentuk untuk mendekati keperluan dan

    naluri ingin tahu kanak-kanak. Kanak-kanak melihat sesuatu dengan caranya tersendiri. Kanak-

    kanak suka menyentuh, mengguling, menguli, meramas, menggosok, mendengar, mengesan

    bunyi, menghidu, dan meniru aksi untuk mengenal sesuatu. kita sedia maklum bahawa bermain

    merupakan satu aktiviti yang penting bagi kanak-kanak. Apabila kanak-kanak bermain, secara

    tidak langsung dia telah memperkembangkan jasmani, emosi, rohani, intelek dan aspek

    sosialnya. Untuk itu, aktiviti seni juga mudah dilaksanakan ketika bermain dan boleh dikaitkan

    dengan sesuatu yang digemari dan diminati dan dengan demikian menjadi bermakna

    kepadanya.

  • Pengalaman dalam melakukan aktiviti seni secara berkesan membolehkan kanak-kanak

    meluahkan keinginan dan keperluan mereka. Lazimnya, mereka dapat membina pengalaman

    baru hasil daripada beberapa penerokaan dalam kehidupan seharian dan akan berasa seronok

    apabila dapat mencipta sesuatu yang baru. Untuk meluahkan rasa hati, mereka akan mencipta

    sesuatu dengan menggunakan kaedah dan cara tersendiri dalam pelbagai bentuk. Cara yang

    unik ini mencerminkan kreativiti kanak-kanak.

  • RUJUKAN

    Kamus Dewan (2002), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Mok Soon Sang (2008), Perkembangan Kanak-kanak, Selangor : Penerbitan Multimedia

    Sdn. Bhd.

    Khairuddin Mohamad (2011), Literasi Bahasa Melayu, Siri Pendidikan Guru, Selangor :

    Oxford Fajar Sdn. Bhd.

    Chang Hon Woon (2008), Teori Seni Visual Edisi Kedua, Kuala Lumpur : Dewan

    Bahasa dan Pustaka.

    Website :-

    1. http://blogcikgumazlan.blogspot.com/2012/05/6-seni-dan-perkembangan-kanak-kanak.html

    2. http://zulprasekolah.blogspot.com/

    1.0 PENGENALANFalsafah Pendidikan Negara (FPN) mempunyai matlamat yang jelas iaitu melahirkan insan dan bangsa yang cemerlang melalui pendidikan. Sebagai seorang guru pengetahuan guru hendaklah lebih luas daripa pengetahuan pelajar seperti yang disarankan oleh FP...Kaedah penyampaian ilmu yang berkesan dan mudah untuk difahami oleh murid-murid adalah salah satu prasyarat untuk memastikan objektif tercapai semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Berdasarkan kepada pendapat Joyce, B., & Weil, M., (2003), ha...2.0 PERANAN GURU DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL