HBAE2103

8
HBAE3103 KOD KURSUS : HBAE3103 TAJUK KURSUS : KRAF TRADISIONAL 1.0 PENGENALAN Seni dalam pendidikan menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Mata pelajaran seni khususnya Pendidikan Seni Visual lebih menegaskan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses inimenyentuh nilai estetika dan daya kreativiti individu, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Karya seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. Murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan karya seni, produk serta objekyang terdapat di sekeliling mereka. 1

description

Kraf Tangan

Transcript of HBAE2103

Page 1: HBAE2103

HBAE3103

KOD KURSUS : HBAE3103

TAJUK KURSUS : KRAF TRADISIONAL

1.0 PENGENALAN

Seni dalam pendidikan menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan.

Mata pelajaran seni khususnya Pendidikan Seni Visual lebih menegaskan aspek

pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses inimenyentuh nilai estetika dan daya

kreativiti individu, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Kanak-kanak dilahirkan

dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi

proses tumbesaran mereka. Karya seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat

komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak.

Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan

kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat

penilaian dan bijak membuat keputusan. Murid boleh mempertingkatkan dan

menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan karya seni,

produk serta objekyang terdapat di sekeliling mereka.

Daoed Yoesoef (1980) menyatakan bahawa seorang guru mempunyai tiga tugas

utama iaitu tugas profesional, tugas manusiawi dan tugas kemasyarakatan (sivic mission).

Secara umumnya, tugas profesional seorangguru adalah berkaitan dengan logika dan

estetika, manakala tugas kedua danketiga pula berkaitan dengan etika. Tugas-tugas

profesional seorang guru ialah menyampaikan ilmu pengetahuan dan nilai-nilai lain yang

belum diketahui anakdidik dan sewajarnya diketahui oleh mereka. Tugas manusiawi pula

adalah tugas-tugas mendidik anak murid agar menjadi manusia yang berguna

kelak.Tugas-tugas manusiawi itu termasuklah transformasi diri dan pencarian

identiti.Tugas kemasyarakatan pula merupakan konsekuensi guru sebagai warganegara

yang baik serta melaksanakan tanggungjawab yang telah digariskan oleh bangsa dan

1

Page 2: HBAE2103

HBAE3103 negara. Hal ini sejajar dengan gelaran “jurutera masyarakat” yang diberikan kepada

golongan pendidik dewasa ini.

Setiap guru Pendidikan Seni Visual yang telah melalui latihan professional

( initial training ) sewajarnya menguasai beberapa disiplin ilmu untuk disampaikannya di

sekolah kelak melalui jalur pendidikan. Seseorang itu tidak mungkin dianggap guru seni

yang cemerlang sekiranya dia tidak menguasai pengetahuan tentang seni dengan baik.

Namun begitu, hal ini bukanlah bermakna seseorang yang menguasai ilmu seni dengan

baik dapat menjadi guruseni yang cemerlang. Segalanya bergantung kepada kebolehan

seseorang guru itu menguasai seni mengajar ( art of teaching ). Selain mengajar, seorang

guru seni juga berperanan sebagai pengurus, pembimbing, motivator, pemudah

cara(fasilitator) dan inisiator bagi meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, dayaimaginasi

murid untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.

Peranan utama Guru Pendidikan Seni Visual ialah bertindak sebagai

pengurus.Apa yang dimaksudkan dengan pengurus? Guru perlu menjalankan tugas-tugas

pengawasan (supervisor ) serta tugas-tugas yang berkaitan dengan mendisiplinkan murid-

murid agar patuh kepada peraturan sekolah serta normahidup dalam keluarga dan

masyarakat (W.F. Connell, 1972). Takrifan ini membawa maksud guru perlu memainkan

peranan sebagai pengurus bukan sahaja dalam pentadbiran sekolah malah menjadi

pengurus kepada pelajar dalam proses P & P. Antara perkara-perkara yang perlu

diuruskan oleh seorang guru seni ialah:

1) Menguruskan rutin bilik darjah.

2) Mengurus murid-murid supaya menjalankan tugasan harian.

3) Mengurus murid-murid supaya mematuhi peraturan bilik darjah.

4) Mengurus keadaan fizikal bilik darjah.

5) Mengurus aktiviti kumpulan.

6) Mengurus karya dan hasil kerja murid.

7) Mengurus sumber, alat dan bahan Pendidikan Seni Visual.

8) Mengurus bilik seni dengan sempurna dan sistematik.

9) Menguruskan dan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran seni yang

menyeronokkan.

10) Mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif

2

Page 3: HBAE2103

HBAE3103 Antara lain, guru Pendidikan Seni Visual berperanan sebagai pembimbing dalam

pengalaman belajar. Setiap guru seni berperanan memberikan pengetahun baru kepada

murid mengenai seni, menambah baik pengalaman sedia ada serta mencungkil bakat dan

memupuk minat murid terhadap mata pelajaran Seni Visual. Proses bimbingan berlaku

apabila ia dijalankan di dalam kumpulan di mana peserta digalakkan mengambil

tanggungjawab di dalam hasil pembelajarannya (Van Maurik, 1994). Menurut beliau

juga, peranan guru adalah untuk mewujudkan kelas yang bersifat interaksi kolaboratif

dikalangan pelajar.Sebagai pembimbing, seseorang guru itu perlu peka terhadap tingkah

laku dan perkembangan spiritual murid dalam P & P Seni Visual. Sebagai contoh,

jikaseorang guru itu ingin mengajar murid-muridnya menghasilkan corak dengan

menggunakan penyedut minuman, guru tersebut perlu mengetahui pengetahuan sedia ada

murid-murid mengenai corak. Kemudian, guru perlu membimbing murid-murid

menghasilkan corak tersebut dengan memberikan input-input baru mengenai perkara

tersebut. Seterusnya, murid-murid akan melaksanakan tugasan tersebut dengan

bimbingan guru.

Seorang guru yang berperanan sebagai pembimbing perlu mempunyai sikap-

sikap berikut untuk membimbing murid-murid dalam P & P Pendidikan SeniVisual:

1)Bersopan santun

2)Menghormati pandangan murid

3)Peramah

4)Jujur

5)Prihatin

Bimbingan dan dorongan guru akan membantu murid-murid memahami denganlebih

jelas mengenai sesuatu konsep seni visual. Selain itu pembelajaran secarabimbingan akan

memupuk nilai instrumental seperti berdikari, rasional, beranidan bersemangat semasa

menghasilkan karya seni visual.

Pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah bergantung kepada kebolehan

guru untuk mengekalkan minat pelajar (Erickson, 1978). Pendapat ini dikemukakan oleh

seorang tokoh yang tidak asing lagi dalam kajian dunia pendidikan. Apakah kebolehan

yang dimaksudkan oleh tokoh tersebut?Kebolehan yang dimaksudkan merujuk kepada

kebolehan seseorang guru memotivasikan murid-murid yang diajar. Dalam P & P Seni

3

Page 4: HBAE2103

HBAE3103 Visual, guru perlu berperanan sebagai motivator untuk memupuk minat mereka terhadap

isi pelajaran yang disampaikan dan persepsi mereka tentang kepentingan dan

kegunaannya dalam kehidupan seharian. Selain itu, motivasi guru juga dapat

meningkatkan keyakinan diri murid dan memupuk perasaan ingin membuat yang terbaik

dalam penghasilan karya seni.

Dalam proses P & P Seni Visual, guru perlulah berperanan sebagai pemudah cara.

Sebagai contoh, sekiranya guru mahu mengajar murid membuat corak menggunakan

penyedut minuman. Seperti yang kita ketahui, kreativiti murid sekolah rendah masih di

tahap sederhana. Bagi menyempurnakan tugasan ini, agak sukar sekiranya guru tidak

memberi bantuan yang sewajarnya.Justeru, bagi peringkat permulaan ini, guru perlu

bertindak sebagai pemudahcara. Guru boleh menyeidakan contoh corak yang telah

dihasilkan dengan menggunakan kaedah ini.Dengan cara ini, murid-murid akan berasa

mudah untuk menguasai kemahiran asas membuat corak.

Apa yang dimaksudkan dengan inisiator? Inisiator bermaksud individu yang

sentiasa berusaha dan mempunyai jalan untuk berusaha. Guru seni sewajarnya

mempunyai inisiatif untuk menyampaikan ilmu seni visual kepada murid-muridnya

secara berkesan. Apabila seorang guru itu menunjukkan kesungguhan dalam

melaksanakan P & P, pasti murid-murid akan turut berusaha untuk melaksanakan yang

terbaik dalam penghasilan karya seni.Apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh

seorang guru seni?

1)Merancang aktiviti seni yang menyeronokkan dan boleh disertai oleh semua murid.

2)Merangsang murid mengambil bahagian secara aktif dalam P & P.

3)Memahami dinamika kumpulan.

4)Membantu murid memperkembangan ilmu seni.

5)Menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang memudahkan muridmenjalani aktiviti

P & P seni mereka.

6)Menggubah dan menyesuaikan strategi P & P yang dapat menarik perhatian murid.

Bagaimanapun terdapat pelbagai lagi usaha yang boleh ditonjolkan oleh para guru seni.

Peranan inisiator yang ditunjukkan oleh seseorang guru seni secaratidak langsung akan

mempengaruhi murid-muridnya untuk turut berusaha melakukan yang terbaik dalam

penghasilan karya seni.

4

Page 5: HBAE2103

HBAE3103

Penutup/kesimpulan

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

Nama Pengarang, (tahun), Tajuk Buku, Penerbitan

Abdullah Hassan & Ainon Abdullah. (2003).Mendorong Kreativiti Kanak-kanak .

Selangor Darul Ehsan: PTS Publications & Distributors SdnBhd

Chang Hon Woon. 1992).Panduan Dinamik PMR Pendidikan Seni Tingkatan1&2

KBSM. Selangor Darul Ehsan: Pustak Delta Pelajaran Sdn Bhd

Mazlan Othman, Ruzitah Tapah, Hassan Mohd Ghazali, (2005), Teks

LengkapPendidikan Seni Visual , Selangor: Fajar Bakti Sdn. BhdRaja Baharudin Raja

Husain, (1999)

Kursus Amali PMR Pendidikan Seni ,Selangor: Pan Asia Publications Sdn. Bhd..Open

University Malaysia, (2007)

HBAE1203 Perkembangan Seni san Kanak-kanak,Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd.Open

University Malaysia, (2007)

HBSS1103Pengenalan Pengajian Sosial,Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd.Open

University Malaysia, (2005)

HBEFPrinsip Teknologi Pengajaran,Selangor:Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Lampiran 1

5