HBEF2303

33
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI 2011(SMP KHAS) HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN NO. MATRIKULASI : 810608115434001 NO. KAD PENGNEALAN : 810608-11-5434 NO. TELEFON : 012-9678305 E-MEL : [email protected]

description

contoh assignment

Transcript of HBEF2303

Page 1: HBEF2303

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI 2011(SMP KHAS)

HBEF2303

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

NO. MATRIKULASI : 810608115434001

NO. KAD PENGNEALAN : 810608-11-5434

NO. TELEFON : 012-9678305

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : TERENGGANU LEARNING CENTRE

Page 2: HBEF2303

HBEF2303

ISI KANDUNGAN

Muka Surat

1.0 Penghargaan 2

2.0 Abstrak 3

3.0 Pendahuluan

3.1 Pengenalan PPBK 4

3.2 Pengenalan Perisian Reken Test 4

3.3 Objektif Kajian 7

3.4 Kaedah Kajian 8

3.5 Sampel Kajian 9

3.6 Analisis Data 9

4.0 Rumusan 12

5.0 Rujukan 17

6.0 Lampiran 18

6.1 Borang Soal Selidik

6.2 CD PPBK

6.3 Brosur

1

Page 3: HBEF2303

HBEF2303

1.0 PENGHARGAAN

Dengan kesabaran yang terdapat dalam diri sendiri, saya dapat melaksanakan

tanggungjawab sebagaiseorang pelajar akhirnya projek penilaian perisian PPBK ini dapat

disiapkan. Saya berpegang kepada pepatah Melayu ‘sedikit demi sedikit lama-lama jadi

bukit’ atau ‘sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain’. Saya mengambil

kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada En.

Mohd Nazari Bin Mohd, selaku penyelia di atas tunjuk ajar dan bantuan dalam usaha

untuk menyiapkan projek ini dan 2ember kuliah mengenai proses penyediaan laporan

penulisanilmiah dengan betul kerana masih banyak lagi yang belum saya ketahui.

Ucapan terima kasih juga kepada guru besar, guru-guru serta pelajar-pelajar

SJK© CHUNG HWA WEI SIN yang telah dilibatkan secara langsung dalam projek ini.

Kerjasama dan sokongan yang sepenuhnya di sepanjang projek ini amatlah saya hargai.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah member kerjasama

dan teguran yang membina, banyak membantu saya dalam menghasilkan karya dengan

baik. Jasa dan budi kalian akan saya ingati dalam hati.

Sekian, terima kasih.

2

Page 4: HBEF2303

HBEF2303

2.0 ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk menilai sebuah perisian latih tubi Matematik yang

bertajuk Reken Test. Di dalam perisian ini merangkumi topik Nombor Bulat, Perpuluhan,

Wang, Peratusan dan Pecahan berdasarkan Sukatan Pelajaran Matematik KBSR dalam

Bahasa Inggeris yang mengambil kira pengintegrasian proses pembelajaran. Reka bentuk

perisian merangkumi aspek isi kandungan, aspek teknikal dan aspek dokumentasi.

Perisian ini juga menyediakan persekitaran pembelajaran kendiri yang menarik lagi

interaktif kepada pelajar. Perisian Reken Test ini berasaskan kepada penilaian terhadap

pemahaman pelajar dan ia dilaksanakan secara kendiri. Selain itu, perisian ini mampu

membenarkan pelajar mencetak keputusannya setelah menyiapkan latih tubi sesuatu

topik.

Penilaian perisian ini telah dijalankan ke atas 30 orang pelajar Tahun 5 SJK(C)

CHUNG HWA WEI SIN, Kuala Terengganu, Terengganu, dengan memberikan satu set

borang soal selidik. Pelajar diberi masa untuk menjawab soal selidik berkaitan aspek isi

kandungan, aspek teknikal dan aspek dokumentasi tentang perisian tersebut.

Dapatan penilaian menunjukkan pelajar mengutamakan minat mereka dalam

proses pembelajaran Matematik. Seterusnya mengukur kesesuaian perisian ini dengan

mengambil kira sama ada perisian ini dapat membantu pelajar untuk mencapai objektif

pembelajaran. Ia juga mengambil kira sama ada perisian ini mudah digunakan oleh

pelajar-pelajar.

3

Page 5: HBEF2303

HBEF2303

Penilaian Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) Bagi

Mata Pelajaran Matematik Bertajuk REKEN TEST

NG PEI SIAN

Fakulti Pendidikan,

Universiti Terbuka Malaysia (OUM)

3.0 PENDAHULUAN

3.1 Pengenalan PPBK

Pengajaran dan Pembelajaran Berbantu Komputer (PPBK) mendorong pelajar

menanam sifat berdikari sewaktu mereka mempelajari dan meneroka sesuatu bidang

ilmu. Perkara ini selaras dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) iaitu

pembelajaran berpusatkan pelajar. Oleh itu, sumbangan dan penglibatan guru-guru dalam

proses penghasilan bahan-bahan PPBK akan membantu mempertingkatkan kualiti serta

keberkesanan sistem pendidikan secara

keseluruhannya.

Penilaian ini ialah bertujuan menilai perisian PPBK latih tubi yang sesuai dalam

menepati keperluan perlaksanaan proses pembelajaran berbantu komputer yang bertajuk

Reken Test. Oleh itu, perisian ini seharusnya mempunyai reka bentukaspek isi

kandungan, aspek teknikal dan aspek dokumentasi yang memenuhi keperluan

pembelajaran serta kehendak kurikulum.

3.2 Pengenalan Perisian Reken Test

Reken Test

Pengarang : Hendrik Jan Runhaar (4x4 Software)

Tempat Pengeluaran : Dewan Perniagaan di Amsterdam, Belanda, nr. 34245324

Jenis lesen : Percuma

Sistem Operasi : Windows 9X/ME/2K/XP/2003

4

Page 6: HBEF2303

HBEF2303

Yuran Pendaftaran : tidak dinyatakan

Saiz fail : 1.3 MB

Tarikh Pengeluaran : 4/24/2007

Laman Web produk : http://www.4x4software.nl

e-mel : [email protected]

Rajah 1: Menu utama perisian Reken Test

RekenTest merupakan satu program latihan dan amalan mengira. Ia adalah

interaktif dan boleh digunakan untuk amalan, menganalisis dan menguji kemahiran

matematik asas. Ia telah direka untuk masalah dengan nilai-nilai di atas 100, tetapi ia juga

sesuai untuk melatih sifir.

RekenTest adalah perisian yang percuma. Ia mengamalkan kemahiran aritmetik

dan menyokong operasi aritmetik asas seperti Operasi Tambah, Tolak, Darab, Bahagi dan

sebagainya, serta operasi aritmetik yang lebih maju seperti Perpuluhan, Wang, Peratusan

dan Pecahan. Perisian ini boleh digunakan dalam kelas atau sebagai kerja rumah. Ia

mempunyai banyak pilihan untuk membuat pelajaran yang anda mahu dan membolehkan

anda menyusun kelas anda berasaskan tugas dan kumpulan. Program ini sesuai untuk

digunakan di rumah dan di kelas. Perisian ini terdapat dalam bahasa Inggeris, Sepanyol,

Portugis dan Belanda.

5

Page 7: HBEF2303

HBEF2303

Rajah 2: Pengenalan topik kemahiran Matematik yang disediakan oleh perisian Reken Test

Perisian Reken Test ini sangat mudah digunakan untuk sesiapa sahaja. Pelajaran

diwujudkan dengan cepat. Berdasarkan prestasi pelajar, pelajar itu akan menerima

soalan-soalan berdasarkan pengetahuan mereka sendiri dan tahap kemahiran dan

bukannya menerima soalan yang terlalu sukar atau terlalu mudah. Di samping itu,

terdapat pelajaran yang telah ditetapkan manakala pelajaran tambahan boleh ditambah

jika dan apabila diperlukan untuk sokongan tambahan dan pembelajaran.

Selepas setiap sesi yang siap dengan RekenTest, satu laporan yang menyeluruh

dan komprehensif akan dipaparkan dan boleh dicetak oleh ibu bapa atau guru. Pengarang

RekenTest telah menyediakan pemulihan masalah secara automatik untuk pelajar-pelajar

apabila dan jika diperlukan. Masalah pemulihan diperlukan apabila pelajar memberikan

jawapan yang salah soalan dalam masa lebih daripada masa yang diperuntukkan

disyorkan. Satu masalah mudah dan tambahan senaman atau amalan diberikan untuk

membantu pelajar lebih memahami masalah aritmetik.

Reken Test menawarkan peluang untuk memiliki akaun demo semasa pemasangan

perisian. Dengan cara ini pelajar dapat log masuk dengan cepat sebagai pelanggan. Dua

domain dan tiga akaun akan diwujudkan, bergantung kepada bahasa yang dipilih semasa

pemasangan. Reken Test juga menawarkan bantuan talian untuk pelajar yang mendaftar

sebagai pelanggan perisian.

6

Page 8: HBEF2303

HBEF2303

Pemasangan perisian Reken Test adalah mudah. Satu manual pemasangan telah

disediakan dengan fail setup. Perisian ini telah dibangunkan beberapa tahun, kadang-

kadang perlahan, kadang-kadang berdedikasi dan ia sentiasa seronok untuk

melakukannya. Perisian Reken Test ini memerlukan sekurang-kurangnya: Windows 95

atau lebih tinggi. Program ini tidak akan berjalan pada Windows 3.x. 6 MB diskspace

ruang diperlukan untuk fail pengguna. Sekurang-kurangnya 64MB RAM. Paparkan

dengan resolusi 800x600 piksel, 256 warna.

3.3 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah:

a. Menilai ciri-ciri perisian Reken Test .

b. Menilai kefahaman pelajar terhadap penggunaan perisian Reken Test.

c. Menilai kefahaman pelajar tentang masalah aritmetik dengan soalan-soalan yang

dikemukakan dalam perisian ini.

d. Menilai sama ada perisian Reken Test mampu memberikan contoh dan latihan

yang mencukupi untuk mengukuhkan kefahaman pelajar.

e. Mengenal pasti sejauh mana perisian Reken Test dapat diaplikasi dalam bilik

darjah.

f. Menilai reka bentuk perisian Reken Test sesuai dalam menepati keperluan

perlaksanaan proses pembelajaran berbantu komputer bagi aspek isi

kandungan, aspek teknikal dan aspek dokumentasi.

7

Page 9: HBEF2303

HBEF2303

3.4 KAEDAH KAJIAN

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan set borang soal selidik sebagai kaedah

kajian. Soal selidik dipilih kerana ia lebih praktikal dan berkesan bagi populasi yang

lebih besar. Pengumpulan data yang banyak dapat memberikan ketepatan terhadap kajian

ini.

Seterusnya beberapa langkah telah disusun untuk memastikan proses dan kajian

ini dapat dijalankan dengan sempurna. Langkah-langkah tersebut ialah:

Langkah 1

Memohon kebenaran daripada pentadbir sekolah untuk membuat kajian di

sekolah tersebut.

Langkah 2

Mendapat bantuan seorang guru matematik tahun 5 untuk memilih 30 orang pelajar.

Langkah 3

Selepas 30 pelajar dikenalpasti, maka borang soal selidik diedarkan untuk

dijawab. Masa yang diberikan selama 30 minit untuk menjawab set soalan

yang diagihkan kepada pelajar.

Langkah 4

Borang soal selidik yang telah ditanda akan dikumpul.

Langkah 5

Menganalisis data berdasarkan borang soal selidik.

Langkah 6

Membuat rumusan kajian yang telah dijalankan dan seterusnya memberikan cadangan

atau idea yang bernas.

8

Page 10: HBEF2303

HBEF2303

3.5 SAMPEL KAJIAN

Sampel ialah sumber untuk mendapatkan data (Mohd. Majid Konting, 2000).

Sampel kajian terdiri daripada 30 orang pelajar Tahun 5 . Pelajar Tahun 5 oleh kerana

mereka dianggap telah melalui dan sepatutnya menguasai kemahiran asas membaca,

menulis dan mengira. Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Hwa Wei Sin, Kuala

Terengganu, Terengganu. Sekolah yang dipilih untuk menjalankan kajian ini. Sekolah

tersebut mempunyai 5 buah kelas Tahun 5 yang berturutan iaitu Merah, Kuning, Biru,

Hijau, Perang dan Biru Tua. Tahap pelajar dalam 30 orang pelajar yang dipilih itu adalah

berbeza iaitu pandai dan sederhana.

3.6 ANALISA DATA

Borang soal selidik telah diedarkan kepada 30 orang pelajar Tahun 5. Soal selidik

ini telah diedarkan bagi mengetahui sejauhmanakah minat dan kecenderungan mereka

terhadap latih tubi yang terdapat di dalam perisian Reken Test. Hasil soal selidik yang

dilakukan adalah bagi menguji keberkesanan latih tubi dalam perisian Reken Test

menyatakan bahawa tidak terdapat kesan negatif terhadap pelajar selepas penggunaan

perisian ini. 30 orang pelajar Tahun 5 ini perlu menjawab mengikut skala. Skala yang

digunakan di dalam soal selidik ini adalah seperti berikut:

TS : Tidak Setuju

TP : Tidak Pasti

S : Setuju

Jadual berikut merupakan hasil soal selidik yang telah dijawab oleh 30 orang pelajar

setelah menggunakan perisian Reken Test.

Bil Soalan TS TP S

1.Saya faham bahasa yang digunakan dalam

perisian ini.-

26.67%

8 orang

73.33%

22 orang

9

Page 11: HBEF2303

HBEF2303

2.Saya boleh menggunakan perisian ini dengan

mudah.-

23.33%

7 orang

76.67%

23 orang

3.Saya boleh membuat aktiviti yang diberikan

dalam perisian ini.

3.33%

1 orang

20%

6 orang

76.67%

23orang

4.Saya dapati latihan dalam perisian ini

membantu saya.-

6.67%

2 orang

93.33%

28 orang

5. Saya bebas memilih topik yang ingin dipelajari. -6.67%

2 orang

93.33%

28 orang

6.Saya dapat belajar lebih baik dengan

menggunakan perisian ini.-

23.33%

7 orang

76.67%

23 orang

7.Saya dapati paparan perisian ini pada skrin

komputer adalah jelas.

3.33%

1 orang

10%

3 orang

86.67%

26 orang

8.Saya dapati persembahan perisian ini adalah

menarik.

13.33%

4 orang

30%

9 orang

56.67%

17 orang

9.Saya dapati saiz huruf pada perisian ini adalah

mudah dibaca.-

3.33%

1 orang

96.67%

29 orang

10.Saya dapati gambar yang dipaparkan adalah

menarik.

43.33%

13 orang

20%

6 orang

36.67%

11 orang

11.

Saya dapati bunyi di dalam perisian ini adalah

jelas.100%

30 orang- -

10

Page 12: HBEF2303

HBEF2303

12.Saya dapati ikon atau butang dalam perisian ini

senang difahami.

6.67%

2 orang

40%

12 orang

53.33%

16 orang

13.Saya dapati warna yang digunakan dalam

perisian ini adalah menarik.

10%

3 orang

40%

12 orang

50%

15 orang

14.Saya dapati perisian ini membolehkan saya

mencetak maklumat.- -

100%

30 orang

15.Saya dapati setiap kali saya klik, saya mendapat

maklum balas segera.-

6.67%

2 orang

93.33%

28 orang

16.Saya dapati ikon atau butang dalam perisian ini

berfungsi dengan baik.-

6.67%

2 orang

93.33%

28 orang

17.Saya dapati perisian ini membolehkan saya

menamatkan pelajaran pada bila-bila masa.-

10%

3 orang

90%

27 orang

18.Saya dapati perisian ini menyebabkan komputer

saya selalu tergendala/ tidak berfungsi.

100%

30 orang- -

19.Saya dibimbing oleh guru setiap kali

menggunakan perisian ini.-

6.67%

2 orang

93.33%

28 orang

20.Pengajaran guru saya lebih menarik dengan

menggunakan perisian ini.

13.33%

4 orang

10%

3 orang

76.67%

23 orang

11

Page 13: HBEF2303

HBEF2303

4.0 RUMUSAN

Hasil daripada soal selidik menyatakan bahawa terdapat 73.33% pelajar setuju

bahawa mereka faham bahasa yang digunakan dalam perisian ini. Seramai 26.67%

mengatakan tidak pasti, ini adalah berkemungkinan bahasa yang digunakan adalah

Bahasa Inggeris, pelajar tidak dapat memahaminya. Tiada pelajar yang mengatakan tidak

setuju.

Selain itu, sebanyak 76.67% mengatakan setuju bahawa mereka boleh

menggunakan perisian ini dengan mudah. 23.33% mengatakan tidak pasti serta tiada

pelajar yang menyatakan tidak setuju. Peratusan yang tinggi dapat dicapai dalam soalan

ini mungkin pelajar-pelajar sudah pernah menggunakan perisian yang sebegini.

Soalan yang bertanyakan samada pelajar boleh membuat aktiviti yang diberikan

dalam perisian ini, sebanyak 76.67% mengatakan setuju, 20% mengatakan tidak pasti dan

3.33% mengatakan tidak setuju. Bilangan yang menyatakan tidak pasti dan tidak setuju

adalah mungkin mereka tidak dapat membuat aktiviti yang agar sukar bagi tahap mereka.

Di samping itu sebanyak 93.33% menyatakan setuju dimana mereka mendapati

latihan dalan perisian ini dapat membantu mereka dan 6.67% mengatakan tidak pasti.

Walaupun bilangan pelajar yang menyatakan setuju tinggi, masih terdapat bilangan

pelajar yang menyatakan tidak pasti. Kemungkinan perkara ini terjadi adalah latihan yang

terdapat di dalam perisian ini agar sukar untuk pelajar yang tidak pandai mengira.

Sebanyak 93.33% pelajar setuju menyatakan bahawa mereka bebas memilih topik

yang ingin dipelajari. 6.67% pelajar yang menyatakan tidak pasti. Sebilangan besar

adalah setuju dan hanya jumlah kecil sahaja tidak pasti dan tidak setuju, inilah yang

menyebabkan pencapaian peratusan yang tinggi.

Di samping itu, sebanyak 76.67% mengatakan setuju bahawa mereka

berkeyakinan mereka dapat belajar lebih baik dengan menggunakan perisian ini. 23.33%

menyatakan tidak pasti dan tiada pelajar yang menyatakan tidak setuju. Mengikut

pencapaian kebanyakan mereka tiada masalah untuk menjawab dengan baik. Segelintir

sahaja yang mungkin masih belum menguasai sepenuhnya kemahiran Matematik asas.

12

Page 14: HBEF2303

HBEF2303

Namun demikian sebilangan besar mengatakan setuju dimana mereka dapat

melihat dengan jelas semasa paparan perisian ini pada skrin komputer. Sebanyak 86.67%

mengatakan setuju, 10% mengatakan tidak pasti dan 3.33% mengatakan tidak setuju.

Soalan yang bertanyakan samada pelajar mendapati persembahan perisian ini

adalah menarik, sebanyak 56.67% mengatakan setuju, 30% mengatakan tidak pasti dan

13.33% mengatakan tidak setuju. Bilangan yang mengatakan tidak pasti dan tidak setuju

harus diambil kira kerana mereka mungkin berasa persembahan perisian ini tidak

menarik perhatian mereka.

Di samping itu, sebanyak 96.67% menyatakan setuju dimana mereka mendapati

saiz huruf pada perisian ini adalah mudah untuk dibaca, malah 3.33% mengatakan tidak

pasti. Saiz huruf tidak menjadi satu gangguan bagi mereka untuk membaca soalan

latihan.

Di samping itu, 36.67% pelajar setuju menyatakan bahawa mereka mendapati

gambar yang dipaparkan adalah menarik. 20% menyatakan tidak pasti dan sebanyak

43.33% pelajar mengatakan tidak setuju. Bilangan besar pelajar yang mengatakan tidak

setuju, disebabkan gambar yang dipaparkan itu amat membosankan.

Sebanyak 53.33% pelajar mengatakan setuju bahawa mereka mendapati ikon atau

butang dalam perisian ini senang difahami. 40% menyatakan tidak pasti dan 6.67%

menyatakan tidak setuju. Aktiviti menjawab soalan dapat dijalankan dengan lancar

kerana pelajar memahami fungsi ikon dan butang.

Di samping itu, terdapat 100% mengatakan setuju bahawa mereka dapati perisian

ini membolehkan mereka mencetak keputusan apabila mereka ingin menamatkan perisian

ini.

Soalan yang bertanyakan samada pelajar dapat menamatkan perisian ini pada

bila-bila masa, sebanyak 90% mengatakan setuju, 10% mengatakan tidak pasti dan tiada

pelajar yang mengatakan tidak setuju. Bilangan yang banyak mengatakan setuju adalah

mungkin pelajar berasa bebas dan tidak perlu terikat dengan masa yang sudah ditetapkan.

Namun demikian semua pelajar mengatakan setuju dimana mereka mempendapat

bahawa perisian ini boleh dipercayai dan tidak akan menyebabkan komputer selalu

tergendala atau tidak berfungsi.

13

Page 15: HBEF2303

HBEF2303

Soalan terakhir di dalam soal selidik menanyakan kepada pelajar adakah mereka

berpendapat bahawa penggunaan perisian ini dalam pengajaran guru akan menjadi lebih

menarik. Sebilangan besar mengatakan setuju iaitu 76.67% , 10% tidak pasti dan 13.33%

tidak setuju.

Pada keseluruhannya, dapatan penilaian perisian ini menunjukkan bahawa

perisian Reken Test ini sesuai dalam membantu pelajar untuk mencapai objektif

pembelajaran Matematik. Pelajar dapat membuat latihan mengira dengan pemahaman

mereka secara kendiri. Selain itu, pelajar berpendapat bahawa perisian ini mudah difaham

dan mudah diguna. Kemahiran matematik asas dapat diuji dan dinilai dengan diberikan

soalan –soalan Matematik yang mengikut topik masing-masing. Dengan itu, perisian ini

akan memberikan maklum balas berdasarkan jawapan yang diberi oleh pelajar. Perisian

ini juga menyediakan kemudahan pencetakan keputusan kepada pelajar untuk mencetak

keputusan mereka selepas menyelesaikan soalan mengira dalam perisian.

Perisian Reken Test ini merupakan perisian latih tubi. Menurut Abd. Samad

(1998), dalam kajian beliau bahawa perisian latih tubi ialah perisian yang dapat

menyediakan latihan berulangkali dan berterusan dalam usaha meningkatkan kemampuan

melatih mengingat kembali fakta-fakta kefahaman, melatih kemahiran mengingat dan

mengaplikasikan konsep berkenaan. Dengan itu, perisian ini dapat melaksanakan proses

pembelajaran bagi subjek Matematik dengan menyediakan pelbagai jenis latihan

mengira,terutamanya dalam topik Operasi Darab. Perisian ini dapat memainkan peranan

untuk melatih pelajar dalam kemahiran sifir.

Selain itu, menurut Ismail (2002), dalam kajian beliau bahawa latih tubi

merupakan kaedah yang digunakan untuk membolehkan pelajar memahami dan

menguasai konsep, prinsip atau prosedur yang lebih berkesan. Dengan menggunakan

perisian Reken Test, pelajar berperanan membuat latihan yang disediakan, menerima

maklum balas daripada jawapan yang diberikan serta memilih aras mengikut

kemampuan.

Menurut Alessi & Trollip (1991), dalam kajian mereka bahawa mereka telah

mencadangkan cara pemilihan soalan-soalan yang sesuai digunakan dalam latih tubi. Di

antara cara-caranya ialah pilihan secara rawak di mana soalan dipilih dari senarai soalan-

14

Page 16: HBEF2303

HBEF2303

soalan secara rawak. Selain itu, soalan-soalan disusun mengikut suatu susunan yang

ditentukan terlebih dahulu. Dalam dapatan penilaian perisian, perisian Reken Test telah

melaksanakan peranannya sebagai satu perisian latih tubi. Pemilihan soalan-soalan

Matematik dalam topik-topik adalah sesuai untuk dijadikan latih tubi untuk para pelajar.

Penyusunan soalan tidak mengelirukan pelajar, dengan itu aktiviti pengiraan dapat

dijalankan dengan lancar.

Setelah menerokai perisian Reken Test yang telah saya muat turun ini, saya boleh

menilai secara keseluruhan kekuatan dan kelemahan perisian ini dari segi aspek:

A. Isi kandungan

B. Aspek teknikal

C. Dokumentasi

A. Isi kandungan:

Isi Kandungan Kekuatan Kelemahan

Ketepatan. -Jawapan amat tepat.

-Komputer dapat memberi maklum balas

dengan cepat.

Pelajar tidak ditawarkan untuk

menjawab semula jika telah

memberi jawapan yang salah.

Kesesuaian. Sesuai dengan topik dan tahap 2. Tidak sesuai untuk tahap yang

lebih rendah.

Skop Skopnya luas untuk penghafalan sifir. Hanya sesuai tahap tinggi.

B. Aspek teknikal:

Isi Kandungan Kekuatan Kelemahan

Navigasi. Tidak kekeliruan. Warna kurang menarik.

Ciri Penyimpanan

Rekod.

Kemudahan untuk mencetak

keputusan.

Hanya data markah

dicetak.

Persembahan dan kualiti. Teks yang mudah dibaca dengan

mempunyai saiz huruf yang sesuai.

Tiada animasi ditunjukan.

15

Page 17: HBEF2303

HBEF2303

C. Aspek Dokumentasi:

Isi Kandungan Kekuatan Kelemahan

Sokongan teknikal Bantuan melalui email. Tidak ternyata di dalam

perisiann malah ternyata di

dalam laman web perisian.

Panduan pengguna Memberi latihan. Tiada soalan penyelesaiaan

masalah diberikan.

Dalam penilaian perisian Reken Test ini, ia dapat dilaksanakan dengan

mengambil kira tentang kriteria pemilihan perisian. Dalam membuat pemilihan perisian

PPBK, saya perlu memastikan ianya memenuhi beberapa kriteria iaitu dari segi aspek isi

kandungan, aspek teknikal dan aspek dokumentasi. Dengan adanya kriteria-kriteria ini, ia

dapat membantu saya untuk menentukan keberkesanan perisian ini di dalam pengajaran

dan pembelajaran.

Selain itu, saya mendapati bahawa bahan pengajaran berbantukan komputer

seperti penggunaan perisian Reken Test dalam sistem pembelajaran adalah berguna

sebagai satu alternative selain pengajaran tradisional. Teknologi Multimedia adalah

teknik untuk meningkatkan kefahaman dan ingatan terutamanya pada pelajar disamping

dapat memotivasikan mereka. Bahan pengajaran seperti perisian multimedia tidak boleh

menggantikan tempat guru tetapi boleh digunakan sebagai satu cara untuk menarik minat

pelajar untuk belajar dengan lebih baik. Kaedah pengajaran tradisional chalk dan talk

perlu diubah untuk disesuaikan dengan kaedah mengajar menggunakan peralatan ICT

seperti menggunakan perisian PPBK, projector LCD, komputer dan persembahan

PowerPoint.

16

Page 18: HBEF2303

HBEF2303

5.0 RUJUKAN

Ismail Zain (2002). Aplikasi multimedia dalam pengajaran. Kuala Lumpur:

Utusan Publications.

TQF. (1998). Reken Test. [Online].

Available: http://www.topqualityfreeware.com/mathsed/mathsed15.html [ 2011,

Julai 1 ].

H. Saridah. (2006).Keberkesanaan Penggunaan Perisian Multimedia Dalam Pengajaran.

[Online].

Available: http://eprints.oum.edu.my/175/1/Perisian_multimedia.pdf [ 2011, Julai 1 ].

Free-Download-Center. (2010).Download Reken Test 3.0.3. [Online].

Available: http://208.109.104.107/download/rekentest-3-0-3-115033.html [2011,

Julai 1].

4x4 Software. (2010).Reken Test. [Online].

Available: http://www.4x4software.nl/english/index.html [2011, Julai 1].

Pusat Perkembangan Kurikulum. 2001b. Pembelajaran masteri. Kementerian Pendidikan

Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum. 2001a. Penggunaan teknologi maklumat dan

komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran. Unit Komputer Dalam

Pendidikan.Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ow Kam Weng. 2000. Pembelajaran tajuk sistem pengangkutan dalam manusia sains

KBSMTingkatan Dua melalui laman web. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan

Malaysia.Bangi.

17

Page 19: HBEF2303

HBEF2303

6.0 LAMPIRAN

6.1 – SOAL SELIDIK

No. Responden

BORANG SOAL SELIDIK PERISIAN PPBK – REKEN TEST

SOAL SELIDIK UNTUK MURID TAHUN 5

Tujuan soal selidik ini adalah untuk mendapatkan maklumat tentang penggunaan perisianPPBK (Reken Test) oleh murid Tahun 5.

BAHAGIAN A

Sila tandakan (✓) di petak yang berkenaan.

A1. Nama : ____________________________

A2. Umur : ____________________________

A3. Jantina : ( ) Lelaki ( ) Perempuan

A4. Kaum : ( ) Melayu ( ) Cina ( ) India

( ) Lain-lain

A5. Tempat tinggal : ( ) Bandar ( ) Luar Bandar

A6. Mempunyai komputer di rumah : ( ) Ada ( ) Tiada

18

Page 20: HBEF2303

HBEF2303

Bahagian B:

Sila tandakan ( √ ) di petak yang berkenaan.

TS : Tidak Setuju

TP : Tidak Pasti

S : Setuju

Bil Soalan TS TP S

B1.Saya faham bahasa yang digunakan dalam perisian ini.

B2.Saya boleh menggunakan perisian ini dengan mudah.

B3.Saya boleh membuat aktiviti yang diberikan dalam perisian ini.

B4.Saya dapati latihan dalam perisian ini membantu saya.

B5. Saya bebas memilih topik yang ingin dipelajari.

B6.Saya dapat belajar lebih baik dengan menggunakan perisian ini.

B7.Saya dapati paparan perisian ini pada skrin komputer adalah jelas.

B8.Saya dapati persembahan perisian ini adalah menarik.

B9.Saya dapati saiz huruf pada perisian ini adalah mudah dibaca.

B10.Saya dapati gambar yang dipaparkan adalah menarik.

B11.Saya dapati bunyi di dalam perisian ini adalah jelas.

B12.Saya dapati ikon atau butang dalam perisian ini senang di fahami.

19

Page 21: HBEF2303

HBEF2303

B13.Saya dapati warna yang digunakan dalam perisian ini adalahmenarik.

B14.Saya dapati perisian ini membolehkan saya mencetak maklumat.

B15.Saya dapati setiap kali saya klik, saya mendapat maklum balas segera.

B16.Saya dapati ikon atau butang dalam perisian ini berfungsi dengan baik.

B17.Saya dapati perisian ini membolehkan saya menamatkan pelajaran pada bila-bila masa.

B18.Saya dapati perisian ini menyebabkan komputer saya selalutergendala/tidak berfungsi.

B19.Saya dibimbing oleh guru setiap kali menggunakan perisian ini.

B20.Pengajaran guru saya lebih menarik dengan menggunakan perisianini.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

6.2 – CD PPBK

20

Page 22: HBEF2303

HBEF2303

6.3 - BROSUR

21