HBEF2303 KESIMPULAN

2
TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN (HBEF 2303) ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN (770218-01-5450) KESIMPULAN Perkembangan dunia teknologi dan komunikasi serta projek Multimedia Super Corridor (MSC) telah menempatkan Malaysia dalam hubungan global antara Negara-negara maju didunia. Untuk memaksimakan penggunaan atau integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi, pelbagai usaha telah dijalankan terutamanya dalam bidang pendidikan dalam mentransformasi masyarakat Malaysia kepada masyarakat bermaklumat. Dunia pendidikan telah mengalami perubahan yang pesat yang dibawa oleh kesan globalisasi, pendemokrasian pendidikan, ledakan teknologi maklumat, ekonomi yang berasaskan pengetahuan, persaingan hebat dan usaha ke arah pembentukan sistem pendidikan yang bertaraf dunia. Di peringkat sekolah, peningkatan dari segi bilangan pelajar, tuntutan ‘stakeholder’ kepada pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti, serta kekurangan bahan resos pengajaran dan tenaga pengajar telah mendesak pihak pendidikan untuk melihat semula peranan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Peranan guru juga telah berubah dari instruktor kepada fasilitator. Untuk memantapkan lagi integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pendidikan, sekolah juga harus menggunakan pelbagai perkhidmatan luar seperti pihak swasta, kerajaan, badan

description

HBEF2303 KESIMPULAN

Transcript of HBEF2303 KESIMPULAN

Page 1: HBEF2303 KESIMPULAN

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN (HBEF 2303)ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN (770218-01-5450)

KESIMPULAN

Perkembangan dunia teknologi dan komunikasi serta projek Multimedia Super

Corridor (MSC) telah menempatkan Malaysia dalam hubungan global antara Negara-

negara maju didunia. Untuk memaksimakan penggunaan atau integrasi Teknologi

Maklumat dan Komunikasi, pelbagai usaha telah dijalankan terutamanya dalam bidang

pendidikan dalam mentransformasi masyarakat Malaysia kepada masyarakat

bermaklumat.

Dunia pendidikan telah mengalami perubahan yang pesat yang dibawa oleh

kesan globalisasi, pendemokrasian pendidikan, ledakan teknologi maklumat, ekonomi

yang berasaskan pengetahuan, persaingan hebat dan usaha ke arah pembentukan

sistem pendidikan yang bertaraf dunia.

Di peringkat sekolah, peningkatan dari segi bilangan pelajar, tuntutan

‘stakeholder’ kepada pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti, serta kekurangan

bahan resos pengajaran dan tenaga pengajar telah mendesak pihak pendidikan untuk

melihat semula peranan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan

pembelajaran di sekolah. Peranan guru juga telah berubah dari instruktor kepada

fasilitator.

Untuk memantapkan lagi integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam

pendidikan, sekolah juga harus menggunakan pelbagai perkhidmatan luar seperti pihak

swasta, kerajaan, badan akademik, komersial serta komuniti setempat. Teknik

perkongsian pintar antara sekolah dengan pihak swasta adalah merupakan strategi

untuk meningkatkan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi guru dan semua

warga sekolah.

Page 2: HBEF2303 KESIMPULAN

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN (HBEF 2303)ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN (770218-01-5450)

Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pendidikan adalah penting

dan ia memerlukan sokongan serta usaha yang bersungguh-sungguh di antara

pemimpin sekolah, guru, pelajar dan semua pihak. Sekolah tidak ada pilihan lain

melainkan menerima perubahan dan fenomena ini serta guru-guru perlu cepat

menguasai ilmu dan ketrampilan Teknologi Maklumat dan Komunikasi untuk diterapkan

di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk itu, penglibatan pemimpin

sekolah dalam membina polisi, pelan pembangunan ICT dan sokongan terhadap

program pembangunan staf adalah menjadi teras utama. Sokongan dan sumbangan

pihak luar harus dilihat sebagai satu peluang untuk memantapkan penggunaan

Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.