HBEF2703 Topik 3 -...

20
PENGENALAN Penubuhan kelab atau persatuan yang dipimpin, dianggotai dan digerakkan oleh murid-murid adalah selaras dengan harsat menggiatkan lagi pelaksanaan program aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah seluruh negara. Malah Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti yang dimaktubkan dalam Warta Kerajaan P.U (A) 196 bertarikh 21 Mei 1998 menegaskan bahawa Guru Besar atau Pengetua, setelah menerima permohonan secara bertulis, hendaklah menubuhkan persatuan sekolah dari kategori mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997, hobi dan rekreasi; sukan dan permainan; badan beruniform; atau apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh pendaftar. Usaha menubuhkan kelab atau persatuan di T T o o p p i i k k 3 3 Pengurusan Kokurikulum di Sekolah HASIL PEMBELAJARAN Di akhir kursus ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan senarai organisasi pengurusan kokurikulum di sekolah; 2. Menyenaraikan jenis-jenis aktiviti kokurikulum yang terdapat di sekolah; 3. Menjelaskan fungsi-fungsi aktiviti kokurikulum dijalankan; 4. Membincangkan ciri-ciri utama pelajar yang mengikuti aktiviti kokurikulum di sekolah; dan 5. Menerangkan perancangan strategi yang sesuai untuk melaksanakan kokurikulum di sekolah.

Transcript of HBEF2703 Topik 3 -...

Page 1: HBEF2703 Topik 3 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2703/201301110310... · tersurat dan tersirat dalam Falsafah ... Merancang dan melaksanakan kursus-kursus

� PENGENALAN

Penubuhan kelab atau persatuan yang dipimpin, dianggotai dan digerakkan oleh murid-murid adalah selaras dengan harsat menggiatkan lagi pelaksanaan program aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah seluruh negara. Malah Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti yang dimaktubkan dalam Warta Kerajaan P.U (A) 196 bertarikh 21 Mei 1998 menegaskan bahawa Guru Besar atau Pengetua, setelah menerima permohonan secara bertulis, hendaklah menubuhkan persatuan sekolah dari kategori mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997, hobi dan rekreasi; sukan dan permainan; badan beruniform; atau apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh pendaftar. Usaha menubuhkan kelab atau persatuan di

TTooppiikk

33

� Pengurusan Kokurikulum di Sekolah

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir kursus ini, anda seharusnya dapat:

1. Menyatakan senarai organisasi pengurusan kokurikulum di sekolah;

2. Menyenaraikan jenis-jenis aktiviti kokurikulum yang terdapat di sekolah;

3. Menjelaskan fungsi-fungsi aktiviti kokurikulum dijalankan;

4. Membincangkan ciri-ciri utama pelajar yang mengikuti aktiviti kokurikulum di sekolah; dan

5. Menerangkan perancangan strategi yang sesuai untuk melaksanakan kokurikulum di sekolah.

Page 2: HBEF2703 Topik 3 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2703/201301110310... · tersurat dan tersirat dalam Falsafah ... Merancang dan melaksanakan kursus-kursus

TOPIK 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH �

25

sekolah adalah juga usaha pendidikan yang penting, khususnya untuk menyemai dan memupuk prinsip, kaedah dan kemahiran kepimpinan di kalangan murid, di samping membangunkan diri mereka menjadi insan yang mewarisi dan menghayati keseluruhan ciri-ciri kecemerlangan murid yang tersurat dan tersirat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sehingga kini inisiatif dan usaha sekolah menubuhkan kelab atau persatuan yang dipimpin, dianggotai dan digerakkan oleh murid-murid amatlah menggalakkan. Inisiatif dan usaha ini akan memberi impak yang lebih besar bagi menggiatkan lagi kegiatan kokurikulum sebagai sebahagian daripada program pendidikan di sekolah, apabila pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran murid-murid memimpin, mengurus dan mengoperasikan kelab atau persatuan yang ditubuhkan itu dipertingkatkan secara bersepadu dan berterusan.

JAWATANKUASA PENGURUSAN KOKURIKULUM SEKOLAH

Rajah 3.1 menyatakan antara jawatankuasa pengurusan kokurikulum di sekolah-sekolah.

Rajah 3.1: Jawatankuasa pengurusan kokurikulum di sekolah

3.1

Page 3: HBEF2703 Topik 3 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2703/201301110310... · tersurat dan tersirat dalam Falsafah ... Merancang dan melaksanakan kursus-kursus

� TOPIK 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH 26

3.1.1 Skema Pelaksanaan Kokurikulum Sekolah

Berikut adalah beberapa skema pelaksanaan kokurikulum sekolah, iaitu:

(a) Menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan dan Penyelarasan Kokurikulum Sekolah.

(b) Menubuhkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah (Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisan Bil.1/1985 bertarikh 2hb Januari 1986.)

(c) Merumuskan dan menetapkan visi dan misi kegiatan kokurikulum sekolah dan menghebahkannya kepada guru-guru dan pelajar-pelajar (visi dan misi sekolah dalam bidang kokurikulum ditetapkan dalam mesyuarat bersama di antara Jawatankuasa Pengurusan dan Penyelarasan Kokurikulum Sekolah dengan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah).

(d) Menubuhkan Jawatankuasa Kerja Pengurusan dan Penyelarasan Kegiatan Kokurikulum yang terdiri daripada guru-guru penasihat persatuan atau kelab, pasukan pakaian seragam dan sukan atau permainan.

(e) Mengkaji dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam pelaksanaan kegiatan kokurikulum pada tahun-tahun sebelumnya dan merumuskan dasar, pendekatan dan kaedah baru pelaksanaan.

(f) Memberi taklimat kepada guru-guru tentang dasar, pendekatan dan kaedah baru pelaksanaan kokurikulum yang telah dirumuskan.

(g) Menyediakan keperluan asas pentadbiran termasuklah fail, dokumen-dokumen rujukan prosedur, undang-undang atau peraturan dan tatacara pelaksanaan, kurikulum kegiatan, borang-borang penilaian dan sijil-sijil.

(h) Menyediakan atau memperoleh keperluan prasarana dan kemudahan-kemudahan asas.

(i) Mengenal pasti keupayaan sekolah dari aspek pelaksanaan seperti sumber tenaga dan kepakaran, kesesuaian persekitaran, sumber bantuan dan kewangan, dan kecendorongan pelajar.

(j) Memperoleh dan mengemas kini inventori, bekalan pejabat, dan harta modal bidang kokurikulum.

(k) Menyediakan perancangan dan jadual tahunan (takwim) kegiatan kokurikulum sekolah.

(l) Menubuhkan persatuan atau kelab atau badan beruniform dan melantik guru-guru penasihat. Rujuk peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan bertarikh 21hb Mei 1998 Jil.42/No.11: PU (A) 196.

(m) Menyediakan kurikulum kegiatan setiap persatuan/kelab.

Page 4: HBEF2703 Topik 3 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2703/201301110310... · tersurat dan tersirat dalam Falsafah ... Merancang dan melaksanakan kursus-kursus

TOPIK 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH �

27

(n) Melaksanakan kursus-kursus pengurusan kokurikulum kepada guru-guru.

(o) Menyelaraskan kegiatan atau aktiviti persatuan atau kelab atau badan beruniform berdasarkan objektif atau matlamat setiap persatuan atau kelab atau badan beruniform berkenaan, rangka perancangan kokurikulum sekolah dan jadual aktiviti kokurikulum peringkat daerah dan negeri.

(p) Memantau dan menyelia pelaksanaan kegiatan kokuikulum.

(q) Menyedia, mengumpul dan menyemak dokumentasi pelaksanaan oleh setiap persatuan atau kelab, badan beruniform dan persatuan atau kelab sukan dan permainan.

(r) Melaksanakan Skema Penilaian Aktiviti Kokurikulum untuk setiap pelajar.

(s) Merancang dan melaksanakan kursus-kursus kejurulatihan.

(t) Meneroka dan mewujudkan peluang-peluang penyertaan dan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum di peringkat dareah, negeri, kebangsaan dan antara bangsa.

(u) Menyediakan laporan Tahunan Kokurikulum.

3.1.2 Prinsip Pelaksanaan Kokurikulum

Berikut adalah beberapa prinsip pelaksanaan kokurikulum sekolah:

(a) Menyediakan ruang, peluang, kesempatan dan kemudahan pembelajaran yang menarik, menyeronokkan, dan merentasi kokurikulum, bagi membantu murid atau pelajar mengikuti, melalui, dan mengalami alam persekolahan dalam keadaan selesa, selamat dan sejahtera dengan pewujudan iklim, budaya dan persekitaran sekolah yang kondusif, ceria dan bersih.

(b) Merancang, menganjur dan mengelolakan kegiatan kokurikulum yang berbentuk aktiviti bagi tujuan mempelbagaikan pengalaman pembelajaran dan persekolahan murid atau pelajar dalam usaha untuk melengkapkan dan memantapkan lagi pelaksanaan program akademik dan menjadikannya lebih berkaitan dan relevan dengan alam dan kehidupan di luar sekolah.

(c) Dalam semua program kokurikulum penekanan diberi kepada pemerolehan dan peningkatan ilmu dan kemahiran baru, dan pemupukan sikap positif dan nilai-nilai murni kemanusiaan dan keinsanan demi meningkatkan kualiti sahsiah, disiplin, ketahanan diri, daya saing, dan kesejahteraan diri murid atau pelajar dan masyarakat.

Page 5: HBEF2703 Topik 3 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2703/201301110310... · tersurat dan tersirat dalam Falsafah ... Merancang dan melaksanakan kursus-kursus

� TOPIK 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH 28

(d) Dalam semua program kokurikulum penekanan diberi secara sedar kepada usaha bersepadu ke arah memperkukuhkan semangat patriotisme atau kesetianegaraan, dan semangat perpaduan antara kaum dan wilayah bagi kesejahteraan masyarakat, bangsa dan negara.

(e) Menyediakan peluang, ruang, dan kemudahan yang mencukupi dengan mempelbagaikan program dan aktiviti kokurikulum bagi membolehkan penyertaan murid atau pelajar secara beramai-ramai; penyertaan seramai mungkin murid-murid terpilih; dan peragaan murid kepada khalayak yang lebih ramai dan terbuka.

(f) Menyediakan skema peningkatan pengetahuan, kemahiran, pencapaian, dan kepimpinan dalam setiap bidang kokurikulum supaya murid atau pelajar dapat mengenal pasti kelemahan dan kekuatan masing-masing dalam bidang-bidang yang mereka sertai, dan berpeluang mengatasi atau mempertingkatkannya secara berterusan.

(g) Semua program dan kegiatan kokurikulum yang dirancang, dianjur, dan dikelolakan memberi peluang dan kesempatan kepada murid atau pelajar mengembangkan minat, bakat kreatif dan inovatif masing-masing; dan menatarkan idea, pendapat, buah fikiran, ilham dan cita rasa secara berhemah dan bijaksana melalui pelbagai genre atau jenis dan budaya warisan bangsa.

(h) Menyediakan peluang dan kesempatan kepada pelajar-pelajar memperagakan kepada khalayak bakat dan kebolehan masing-masing dalam bidang-bidang yang mereka minati.

(i) Menerapkan elemen-elemen kerjaya dalam program dan kegiatan kokurikulum yang dirancang, dianjur dan dikelolakan.

(j) Seberapa boleh mewujudkan rangkaian kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat swasta, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan institusi-institusi pengajian tinggi, untuk memperluas, mempelbagai dan mempertingkatkan penglibatan murid atau pelajar dalam kegiatan-kegiatan kokurikulum.

(k) Mewujudkan peluang kepada pelajar-pelajar mempertingkatkan daya saing dan daya tahan masing-masing, di samping memperteguh semangat kesukarelawan dan kekendirian.

(l) Merealisasikan unsur-unsur penghargaan dalam setiap aktiviti atau kegiatan kokurikulum yang dianjur dan dikelolakan.

Page 6: HBEF2703 Topik 3 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2703/201301110310... · tersurat dan tersirat dalam Falsafah ... Merancang dan melaksanakan kursus-kursus

TOPIK 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH �

29

JENIS-JENIS KOKURIKULUM

Aktiviti Kokurikulum terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian-bahagian ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut di dalam subtopik berikutnya.

3.2.1 Pasukan Pakaian Seragam

Berikut disenaraikan beberapa pasukan pakaian seragam:

(a) Kelab Judo;

(b) Kelab Karate;

(c) Kelab Taekwando;

(d) Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (darat, laut dan udara);

(e) Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat;

(f) Pasukan Kadet Majlis Keselamatan Jalanraya;

(g) Pasukan Kadet Pertahanan Awam (JPA);

(h) Pasukan Kadet Polis;

(i) Pasukan Kadet Remaja Sekolah;

(j) Pasukan Pancaragam atau Okestra Sekolah;

(k) Pergerakan Briged Putera atau Briged Puteri;

(l) Pergerakan Pandu Puteri;

(m) Pergerakan Pengakap;

(n) Pergerakan Puteri Islam;

(o) Persatuan Bulan Sabit Merah;

(p) Persatuan Seni Silat;

(q) Persatuan Silambam;

(r) Persatuan St. John Ambulans Malaysia; dan

(s) Persatuan Wushu.

3.2

Page 7: HBEF2703 Topik 3 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2703/201301110310... · tersurat dan tersirat dalam Falsafah ... Merancang dan melaksanakan kursus-kursus

� TOPIK 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH 30

3.2.2 Persatuan atau Kelab

Subtopik ini akan membincangkan tentang persatuan-persatuan dan kelab-kelab kokurikulum dengan lebih terperinci. (a) PPersatuan Akademik

Berikut disenaraikan beberapa persatuan akademik:

Persatuan Akademik Agama Islam

Bahasa

Drama dan Kesusasteraan

Ekonomi Rumahtangga

Geografi dan Sejarah

Kebudayaan

Kemahiran Hidup

Perdagangan

Persuratan dan Bahas

Sains dan Matematik

Sains Kemasyarakatan

Tingkatan Enam

(b) KKelab Hobi dan Rekreasi Berikut disenaraikan beberapa kelab-kelab hobi dan rekreasi:

Kelab Hobi dan Rekreasi

Alat Pandang Dengar

Astronomi

Bina Badan

Binaan/Bangunan

Elektronik

Equestrian

Kebajikan

Keceriaan Sekolah

Kembara

Koir Sekolah

Komputer

Page 8: HBEF2703 Topik 3 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2703/201301110310... · tersurat dan tersirat dalam Falsafah ... Merancang dan melaksanakan kursus-kursus

TOPIK 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH �

31

Kelab Hobi dan Rekreasi Koperasi

Memancing

Menaip

Motor Mekanik

Muzik dan Seni Suara

Perlancongan

Pembimbing Rakan Sebaya

Pencinta Alam

Pengguna

Permainan Tradisional

Perpustakaan atau Pusat Sumber

Rekreasi

Seni Foto

Seni Tampak/Halus

Seni Tari

Pandu Arah

Wayang Gambar

Pencegah Jenayah

Rukun Negara

Perlancongan

(c) KKelab Sukan Dan Permainan Subtopik ini akan menjelaskan antara kelab-kelab sukan dan permainan di

dalam kokurikulum dengan lebih terperinci. (i) PPermainan Berikut disenaraikan beberapa jenis permainan di dalam

kokurikulum:

Kelab Permainan

Badminton

Bola Jaring

Bola Baling

Bola Keranjang

Bola Sepak

Bola Tampar

Page 9: HBEF2703 Topik 3 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2703/201301110310... · tersurat dan tersirat dalam Falsafah ... Merancang dan melaksanakan kursus-kursus

� TOPIK 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH 32

Kelab Permainan Boling

Boling Padang

Catur

Dart

Gasing Pangkah

Gimnastik

Gimrama

Golf

Hoki

Karum

Kriket

Ping Pong

Ragbi

Sepak Takraw

Sofbol

Squasy

Tenis

Petanque

(ii) OOlahraga Berikut disenaraikan beberapa jenis olahraga di dalam kokurikulum:

Kelab Olahraga Berbasikal

Olahraga

Memanah

Merentas Desa

Motor/Go Kart

Senamrobik

Page 10: HBEF2703 Topik 3 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2703/201301110310... · tersurat dan tersirat dalam Falsafah ... Merancang dan melaksanakan kursus-kursus

TOPIK 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH �

33

(iii) SSukan Air Berikut disenaraikan beberapa jenis sukan air di dalam kokurikulum:

Kelab Sukan Air Berkeno atau Kayak

Luncur Air

Perahu Layar

Perahu Naga

Polo Air

Renang

Berdayung (Rowing)

Skuba

Skuter Air

Snorkeling

Terjun

FUNGSI AKTIVITI KOKURIKULUM

Aktiviti kokurikulum mempunyai beberapa fungsi tertentu. Fungsi-fungsi tersebut akan dibincangkan di dalam subtopik berikutnya.

3.3.1 Pengukuhan dan Pengayaan

Pengetahuan yang diperoleh daripada mata pelajaran akademik dapat diperkukuhkan dan diamalkan melalui aktiviti kokurikulum. Aktiviti ini juga dapat memberi peluang kepada murid-murid memahami konsep latihan dalam bidang tertentu dengan menggunakan pengetahuan tersebut dalam konteks yang lebih bermakna dan realistik. Di samping itu, pengalaman yang dilalui dalam aktiviti kokurikulum belum tentu lagi dapat diperoleh dalam bilik darjah. Segala aktiviti kokurikulum hendaklah dirancang terlebih dahulu supaya selaras dan melengkapi dengan apa yang diajar di bilik darjah. Ini boleh membantu murid-murid meningkatkan lagi prestasi mereka dalam pelajaran.

3.3

Page 11: HBEF2703 Topik 3 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2703/201301110310... · tersurat dan tersirat dalam Falsafah ... Merancang dan melaksanakan kursus-kursus

� TOPIK 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH 34

Berikut adalah beberapa contoh aktiviti pergerakan pasukan pakaian beragam dalam kokurikulum yang berfungsi bagi pengukuhan dan pengayaan: (a) AAktiviti Pergerakan Pasukan Pakaian Seragam Antara aktiviti pergerakan pasukan pakaian seragam adalah:

(i) PPertolongan Cemas Aktiviti ini dapat memberi peluang kepada murid mencuba

pengetahuan atau pengalaman tentang cara-cara memberi rawatan kecemasan dengan menggunakan pengetahuan yang dipelajari dalam mata pelajaran sains.

(ii) PPerkhemahan Aktiviti ini antara lain dapat memberi peluang kepada murid

menggunakan pengetahuan membaca peta (geografi), di samping dapat memberi pengetahuan dan pengalaman kepada murid tentang cara hidup berdikari, semangat kembara, berani dan berikhtiar.

(iii) KKawad Kaki Aktiviti ini dapat mewujudkan disiplin dalam pasukan, semangat

bekerjasama, menurut perintah serta melatih kepimpinan. (b) AAktiviti Persatuan atau Kelab Berikut adalah beberapa contoh aktiviti kelab persatuan atau kelab dalam

kokurikulum yang berfungsi bagi pengukuhan dan pengayaaan:

(i) KKuiz Aktiviti ini antara lain dapat memberi peluang kepada murid-murid

menambah pengetahuan dalam mata pelajaran yang berkaitan. (ii) BBahas dan Pidato Aktiviti ini antara lain memberi peluang kepada murid-murid

menggunakan kemahiran bahasa dalam memberi dan mematahkan hujah dengan menggunakan fakta.

(iii) PProjek Membuat Kincir Air Aktiviti ini antara lain dapat memberi peluang kepada murid-murid

menggunakan pengetahuan mereka dalam matematik, fizik dan geografi, di samping dapat meningkatkan daya kreativiti dan kemahiran hidup.

Page 12: HBEF2703 Topik 3 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2703/201301110310... · tersurat dan tersirat dalam Falsafah ... Merancang dan melaksanakan kursus-kursus

TOPIK 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH �

35

(c) AAktiviti Sukan atau Permainan Berikut adalah beberapa contoh aktiviti sukan atau permainan dalam

kokurikulum yang berfungsi bagi pengukuhan dan pengayaaan:

(i) OOlahraga Aktiviti ini dapat memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang

anatomi badan, iaitu bagaimana sistem otot dan pembinaan otot yang kuat dapat mempengaruhi prestasi. Ini bukan sahaja memperkukuhkan pelajaran mengenai biologi tetapi murid juga dapat memahami konsep latihan dalam sukan dan menggunakan pengetahuan yang ada dalam latihan.

(ii) BBola Sepak Aktivti ini dapat menimbulkan semangat berpasukan, persefahaman,

bekerjasama, ketabahan, ketangkasan, berdisiplin, ketahanan diri, dan ketepatan membuat keputusan. Ia memberi peluang kepada murid-murid memperkukuhkan dan memperkayakan Pendidikan Jasmani, nilai agama dan moral, sivik dan lain-lain.

3.3.2 Khidmat Masyarakat

Murid, guru dan kakitangan sekolah boleh memberi khidmat kepada masyarakat dan begitulah sebaliknya. Tujuannya adalah untuk memupuk hubungan dua hala antara sekolah dan masyarakat serta menyemai semangat berkhidmat, bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain. (a) SSumbangan Sekolah kepada Masyarakat Sekolah dapat menggunakan aktiviti kokurikulum sebagai satu sumber

bagi murid-murid mempraktikkan dan mengukuhkan segala pengetahuan yang diperoleh kepada masyarakat. Contohnya, melalui aktiviti Persatuan Bulan Sabit Merah, murid dapat pendedahan serba sedikit tentang kesihatan dan cara-cara rawatan asas kepada masyarakat setempat. Di samping itu, banyak lagi aktiviti khidmat masyarakat yang dapat menimbulkan suasana hubungan dua hala seperti bergotong-royong, membersihkan masjid atau surau, kawasan perumahan atau bandar, mengadakan minggu kerja, ceramah, bimbingan dan latihan tertentu.

(b) SSumbangan Masyarakat kepada Sekolah Masyarakat boleh memberi sumbangan dengan cara membantu

sekolahdalam bentuk material, tenaga, usaha, buah fikiran dan kepakaran. Antaranya ialah:

Page 13: HBEF2703 Topik 3 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2703/201301110310... · tersurat dan tersirat dalam Falsafah ... Merancang dan melaksanakan kursus-kursus

� TOPIK 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH 36

(i) Mengutip derma dan mendapatkan kemudahan-kemudahan tertentu bagi melengkapkan peralatan kokurikulum sekolah seperti peralatan sukan, pakaian, komputer dan lain-lain.

(ii) Memberi ceramah, tunjuk ajar dalam bidang kerjaya, bimbingan dan latihan dalam kemahiran tertentu seperti menganyam, membuat tembikar dan lain-lain.

(iii) Memberikan bantuan kepada murid-murid.

(iv) Mengadakan projek anak angkat

(v) Mengadakan rumah terbuka

(vi) Membantu pihak sekolah mengelolakan sukan, hari kokurikulum, hari kantin dan lain-lain.

(vii) Membantu sekolah menganjurkan gotong royong sama ada di sekolah atau luar sekolah.

(viii) Membantu projek khidmat ke rumah anak yatim, orang tua dan lain-lain.

3.3.3 Hobi dan Rekreasi

Dengan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum setiap murid akan memperoleh pengetahuan dan kemahiran serta mengisi masa lapang dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah dan sesuai dengan keperluan pembangunan sahsiah serta fizikal. Setiap aktiviti luar yang bersifat akademik dan bukan akademik akan dapat juga membantu perkembangan kemahiran serta pengetahuan murid-murid. Selain itu, setiap aktiviti yang dijalankan seperti berkebun, berriadah, menyanyi, bermain, bermain alat muzik, menulis esei, menulis sajak, ceramah, mengumpul setem, dan lain-lain akan memberikan impak yang amat positif kepada diri setiap orang murid. Di samping melaksanakan aktiviti mengikut kesukaan murid-murid, mereka juga akan berpeluang memperbaharui kecenderungan dan minat yang ada dalam diri mereka.

3.3.4 Kerjaya

Aktiviti kokurikulum juga akan dapat memberikan asas kerjaya kepada setiap murid. Dengan mengikuti aktiviti kokurikulum yang terancang, setiap murid akan dapat memilih serta memilih kerjaya yang bersesuaian dengan diri serta kemahiran dan kebolehan mereka. Pengetahuan dan kemahiran ini sangat berguna kepada murid-murid untuk melahirkan generasi bekerja yang cemerlang serta menghasilkan daya keluaran yang optimum mengikut pilihan

Page 14: HBEF2703 Topik 3 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2703/201301110310... · tersurat dan tersirat dalam Falsafah ... Merancang dan melaksanakan kursus-kursus

TOPIK 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH �

37

kerjaya mereka. Setiap aktiviti yang dijalankan boleh dilakukan sama ada secara individu ataupun berkumpulan dan tidak hanya terbatas kepada kemudahan yang ada di sekolah sahaja, malahan melalui perkongsian pintar sama ada bersama sekolah lain atau masyarakat setempat setiap aktiviti pasti dapat dilaksanakan dengan jayanya. (a) CContoh aktiviti kerjaya yang berkaitan dengan mata pelajaran Sila rujuk Jadual 3.1 untuk contoh aktiviti kerjaya yang berkaitan dengan

mata pelajaran.

Jadual 3.1: Aktiviti Kerjaya yang Berkaitan dengan Mata Pelajaran

Mata Pelajaran Aktiviti Kerjaya

Kemahiran Hidup Seni bina, pertukangan, mekanik, membaiki radio dan televisyen, kimpalan dan lain-lain.

Sains Pertanian Berkebun, berternak dan lain-lain.

ERT Gubahan, jahitan, masakan, perhiasan dan lain-lain.

Seni Lukis Tenunan, kraftangan, seni ukir, anyaman, membuat wau, dll.

Aktiviti yang dinyatakan di atas bukan sahaja bersifat dapat membangunkan kerjaya setiap orang murid, malahan juga akan dapat meningkatkan daya kreativiti inovatif serta kreatif dalam kalangan setiap orang murid. Ia juga merupakan aktiviti yang tidak banyak menggunakan pemikiran tetapi lebih tertumpu kepada pembangunan sahsiah dan kemahiran. Secara tidak langsung aktiviti-aktiviti seperti ini akan dapat menarik minat setiap orang murid untuk terus aktif dalam setiap kegiatan kokurikulum. (b) CContoh aktiviti yang berkaitan dengan pandangan dan pengetahuan

bidang kerjaya

(i) Ceramah;

(ii) Pameran;

(iii) Lawatan ke tempat kerja seperti kerjaya angkatan tentera, polis, bomba dan lain-lain;

(iv) Lawatan ke pejabat kerajaan;

(v) Lawatan ke tempat perusahaan, perniagaan, perkilangan dan lain-lain; dan

(vi) Lawatan ke lain-lain tempat perkihdmatan social dan profesional.

Page 15: HBEF2703 Topik 3 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2703/201301110310... · tersurat dan tersirat dalam Falsafah ... Merancang dan melaksanakan kursus-kursus

� TOPIK 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH 38

3.3.5 Perkembangan Diri Individu

Semua aktiviti kokurikulum yang dijalankan akan dapat memberikan peluang kepada murid-murid melatih diri sendiri untuk perkembangan kesihatan, disiplin, memupuk minat, dan bakat serta membina semangat untuk menghayati nilai perpaduan dan kewarganegaraan. (a) KKesihatan Banyak aktiviti kokurikulum yang boleh disepadukan dengan

perkembangan kesihatan diri murid-murid. Antaranya ialah:

(i) Aktiviti pakaian seragam yang memerlukan setiap orang murid dalam keadaan sentiasa kemas dan bersih.

(ii) Aktiviti pertolongan cemas yang mementingkan kebersihan dan langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan kemalangan.

(iii) Latihan sukan yang mementingkan kesihatan

(iv) Kerja-kerja amal dan ibadah serta khidmat masyarakat yang memerlukan diri berbakti dan berdisiplin.

(b) PPeningkatan Disiplin Dalam konteks ini, sudah pasti setiap aktiviti kokurikulum memerlukan

murid-murid mempunyai daya saing dan disiplin diri yang amat tinggi. Ketika aktiviti perkhemahan contohnya, setiap orang murid perlulah mempunyai disiplin yang tinggi dari segi pengurusan masa, diri, pakaian, kesihatan, aktiviti dan lain-lain. Hanya dengan kawalan serta penampilan disiplin yang tinggi, setiap aktiviti dapat dilaksanakan dengan jayanya.

CIRI-CIRI PELAJAR ATAU MURID YANG DIHASRATKAN MELALUI AKTIVITI KOKURIKULUM

Berikut disenaraikan beberapa ciri yang perlu dimiliki oleh pelajar atau murid melalui aktiviti kokurikulum:

1. Celik huruf dan menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3 M).

2. Menguasai asas kemahiran belajar.

3. Menyedari kepentingan pengetahuan.

4. Mengetahui dan mengamalkan pelbagai kaedah memperoleh ilmu pengetahuan.

3.4

Page 16: HBEF2703 Topik 3 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2703/201301110310... · tersurat dan tersirat dalam Falsafah ... Merancang dan melaksanakan kursus-kursus

TOPIK 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH �

39

5. Bijak menggunakan ilmu pengetahuan dan kemahiran.

6. Mampu menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang bijaksana.

7. Sentiasa berusaha mencari ilmu pengetahuan baru.

8. Memikir dan menemukan ilmu pengetahuan dan kemahiran, pendekatan dan teknologi baru.

9. Mencintai ilmu untuk mencari rahsia dan nikmat kebesaran Tuhan.

10. Menjadikan ilmu pengetahuan sebagai pembimbing kehidupan.

11. Pembelajaran sepanjang hayat.

12. Sentiasa bersiap sedia untuk belajar.

13. Suka dan gembira belajar.

14. Sihat tubuh badan dan terhindar daripada bahaya.

15. Sentiasa hadir ke sekolah.

16. Mengamalkan gaya hidup sihat.

17. Berbudi pekerti mulia.

18. Menjaga keselamatan diri.

19. Mendapat layanan yang saksama dalam persekolahan.

20. Menerima sokongan dan kemudahan yang mencukupi untuk belajar.

21. Maju dan menunjukkan peningkatan pembelajaran dari semasa ke semasa.

22. Mendapat peluang menyuburkan pembelajaran dan kebajikan diri.

23. Peluang mengembangkan bakat.

24. Peluang mengembangkan keintelektualan.

25. Mengetahui bakat dan potensi diri serta berusaha mengembangkannya.

26. Suka berbakti kepada rakan, keluarga dan sekolah.

27. Suka mencipta dan berkarya.

28. Berani bersaing dan bertanding.

29. Berani merebut, meneroka dan mencipta peluang.

30. Rajin dan bijaksana membuat penyelidikan dan meneroka dapatan baru.

31. Menguasai teknologi.

32. Mampu memimpin diri sendiri dan rakan.

33. Mampu mengemukakan idea yang kritis dan analitis secara berhemah dan spontan semasa di khalayak ramai.

Page 17: HBEF2703 Topik 3 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2703/201301110310... · tersurat dan tersirat dalam Falsafah ... Merancang dan melaksanakan kursus-kursus

� TOPIK 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH 40

34. Mampu berkomunikasi secara berhemah, bijaksana dan berkesan.

35. Mampu melahirkan perasaan secara berhemah.

36. Mampu berdikari dan menyumbangkan kepada kemakmuran dan kesejahteraan sekolah dan masyarakat.

37. Berketrampilan dalam pelbagai bidang.

38. Mencintai alam sekitar.

39. Mempunyai dan merealisasikan sifat penyayang.

40. Mencintai bangsa dan negara.

41. Bersyukur, bertakwa, beriman dan bertawakal.

42. Melahirkan insan yang syumul dan berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

PERANCANGAN STRATEGIK

Perancangan strategik merupakan satu perancangan jangka panjang yang boleh diubah suai dan dinilai dalam proses pelaksanaannya berdasarkan tahun semasa. Terdapat beberapa elemen penting yang perlu diteliti semasa menyempurnakan perancangan strategik ini. Antaranya ialah:

(a) Cadangan visi kokurikulum;

(b) Cadangan misi kokurikulum;

(c) Matlamat strategik kokurikulum;

(d) Objektif khusus kokurikulum;

(e) Pelan tindakan; dan

(f) Penilaian.

3.5.1 Cadangan Visi

Cadangan visi kokurikulum merupakan pernyataan cita-cita atau harapan atau melalui impian atau hala tuju sesebuah sekolah dalam mencapai sasaran yang diharapkan kegiatan kokurikulum. Ia juga memerlukan perancangan berkaitan dengan sasaran tahun di mana setiap perancangan aktiviti kokuriklum akan tercapai kelak.

3.5

Page 18: HBEF2703 Topik 3 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2703/201301110310... · tersurat dan tersirat dalam Falsafah ... Merancang dan melaksanakan kursus-kursus

TOPIK 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH �

41

3.5.2 Cadangan Misi

Misi ialah pembentukan langkah-langkah bagi mencapai setiap visi yang dicadangkan. Di dalam misi terdapat enam elemen penting yang perlu digarap oleh pihak pengurusan. Antaranya ialah:

(a) Pernyataan kurikulum;

(b) Pernyataan kokurikulum;

(c) Pernyataan hal ehwal murid;

(d) Pernyataan pengurusan sekolah;

(e) Pernyataan persekitaran sekolah; dan

(f) Pernyataan hubungan dengan masyarakat.

3.5.3 Matlamat Strategik

Matlamat strategik merujuk kepada tujuan dalam jangka panjang sesuatu aktiviti yang akan dilaksanakan. Ia akan diperincikan mengikut subunit masing-masing di sekolah. Mereka yang menggubal matlamat ini di sekolah ialah Penolong Kanan Kurikulum, Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Kokurikulum, Guru-Guru Kanan, Ketua-Ketua Panitia, Setiausaha Peperiksaan, Ketua-ketua unit HEM dan Kokurikulum serta Penyelaras Pusat Sumber. Matlamat strategik setiap unit berbeza mengikut penyataan di dalam cadangan misi. Setiap matlamat strategik setiap unit berbeza mengikut penyataan cadangan misi dan keperluan setiap unit itu sendiri. Setiap matlamat strategik perlu diperincikan kepada beberapa pembahagian, contohnya jika antara misinya ialah „Semua Pelajar Aktif Dalam Kokurikulum‰, maka matlamat strategiknya berkemungkinan seperti berikut:

(a) Memestikan setiap guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu permainan, kelab dan unit berunifom

(b) Memastikan setiap unit berunifom, persatuan dan kelab mempunyai sukatan dan perancangan tahunan dan pemantauan aktiviti sepanjang tahun.

(c) Menggalakkan penyertaan pelajar dalam aktiviti sukan permainan, kokurikulum sama ada di peringkat sekolah, daerah, zon, negeri dan kebangsaan.

Page 19: HBEF2703 Topik 3 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2703/201301110310... · tersurat dan tersirat dalam Falsafah ... Merancang dan melaksanakan kursus-kursus

� TOPIK 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH 42

3.5.4 Objektif Khusus

Objektif khusus ialah objektif yang jelas dan bersifat nyata pengukurannya. Ia amat penting kerana akan memberikan impak dari segi pengurusan keseluruhan sesuatu aktiviti kokurikulum. Contoh objektif khusus seperti berikut:

(a) Pada akhir Januari 2010 semua unit berunifom, percangan untuk aktiviti sepanjang tahun.

(b) Pada akhir Mac 2010 sukan olahraga peringkat sekolah telah selesai diadakan.

(c) Pada akhir April dan Jun 2010 perkembangan staf untuk guru dapat dilaksanakan khususnya dalam bidang sukan permainan.

(d) Pada akhir Jun 2010 Karnival Kokurikulum telah selesai dijalankan.

(e) Pasukan bola sepak, bola jaring, dan bola baling sekolah menjadi johan di peringkat zon pada tahun 2010

(f) Pada akhir September 2010 Hari Perkhemahan Unit Berunifom selesai dijalankan.

3.5.5 Pelan Tindakan

Pelan tindakan ialah suatu rancangan bertindak bagi menyempurnakan sesuatu aktiviti atau program yang telah dirancangkan. Contoh jadual pelan tindakan boleh dilihat seperti dalam jadual berikut:

Bil. Huraian Aktiviti

Pegawai Bertanggungjawab

Anggaran kos

Tarikh jangkaan

Tarikh Laksana

Petunjuk kejayaan

Catatan

Catatan: Kertas projek (berdasarkan huraiaan aktiviti) perlu dibuat sekiranya aktiviti yang hendak dilaksanakan memerlukan penglibatan ramai guru dan kos yang tinggi.

Page 20: HBEF2703 Topik 3 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2703/201301110310... · tersurat dan tersirat dalam Falsafah ... Merancang dan melaksanakan kursus-kursus

TOPIK 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH �

43

3.5.6 Penilaian

Penilaian sesuatu aktiviti atau program boleh dilaksanakan sama ada selepas selesai sesuatu aktiviti (postmortem) atau selepas satu tahun kemudiannya. Terdapat beberapa kaedah untuk membuat penilaian. Antaranya ialah:

(a) Rajah tulang ikan;

(b) Penandarasan (benchmark);

(c) Sumbangsaran (brainstorming);

(d) Carta dan graf; dan

(e) Carta gantt.