Hbls4303 Pengajian Kejuruteraan Awam

download Hbls4303 Pengajian Kejuruteraan Awam

of 5

description

huhu

Transcript of Hbls4303 Pengajian Kejuruteraan Awam

TUGASAN

________________________________________________________________________HBLS4303

PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM

SEMESTER MEI 2015________________________________________________________________________ARAHAN KEPADA PELAJAR

1. Tugasan ini mengandungi TIGA (3) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini. 2. Jawab dalam bahasa Melayu.

3. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. 4. Tugasan anda hendaklah mengandungi 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Pemeriksa tidak akan membaca jawapan tugasan yang melebihi had patah perkataan yang dibenarkan. Jumlah perkataan hendaklah dinyatakan di penghujung tugasan anda.5. Anda dikehendaki menghantar tugasan KEPADA TUTOR BERSEMUKA. Anda dinasihatkan menyimpan salinan tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri.6. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 10hb - 12hb Julai 2015 atau Tutorial 4. Serahan selepas 12hb Julai 2015 atau Tutorial 4 TIDAK akan diterima. 7. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.8. Sila ambil maklum tentang PENALTI yang akan dikenakan ke atas penghantaran lewat tugasan seperti yang tertera di pekeliling pejabat Pendaftar 6/2012 (Rujuk Registrars Announcement di myVLE).PENILAIAN Tugasan ini menyumbang sehingga 40% daripada jumlah markah kursus berkenaan dan akan dinilai berdasarkan kepada Rubrik atau Skema Jawapan yang dilampirkan. Anda akan diberikan maklum balas tentang tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula. PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH Amaran: Tugasan yang diserahkan, secara automatik, akan disemak untuk menentukan kadar pertindihan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut: Bil.Kadar PertindihanPotongan Markah

1.0 300

2.30.01 505

3.50.01 70 10

4.70.01 - 100100

SOALAN TUGASAN

Soalan 1 [40%]

Kotak alat (tool box) merupakan peralatan penting untuk menyimpan alat tangan di bengkel sekolah. Kebanyakan alat tangan yang ada di dalam bengkel digantung pada panel alat atau disimpan dalam stor. Keadaan ini menjadikan bengkel tidak kemas atau pelajar perlu mengambil masa untuk mendapatkan alat tangan.Anda sebagai seorang guru Kemahiran Hidup telah diminta untuk untuk merekabentuk satu tool box untuk menyimpan peralatan alat tangan. Tool box yang direkabentuk ini akan digunakan oleh setiap pelajar pada waktu amali. Ia akan digunakan untuk menyimpan alat tangan yang lazim digunakan seperti gergaji tangan, pahat, tukul, pembaris, dan lain-lain alat yang sesuai.Rekabentuk anda harus merangkumi aspek-aspek berikut:

(a) mudah dialih,

(b) kos pembuatan yang berpatutan(c) penggunaan bahan yang sesuai,(d) selamat, ergonomik dan ada nilai estetika(e) menjimatkan ruang ketika ditempatkan pada mana-mana lokasi di bengkel.Anda diminta untuk menyediakan tugasan ini dalam bentuk penulisan dan lakaran. Tugasan anda harus memberi penerangan seperti berikut:

(a) Sedia lakaran untuk reka bentuk /idea anda. Anda digalakkan memberi lakaran butiran untuk setiap bahagian tool box itu. Anda diminta memberi dimensi yang sesuai untuk reka bentuk anda. Pastikan reka bentuk anda memenuhi aspek-aspek yang dinyatakan di atas.

(b) Berikan sebab-sebab/rasional anda memilih reka bentuk seperti dalam (a)(c) Senaraikan langkah-langkah/proses untuk membuat tool box mengikut reka bentuk anda.(d) Senaraikan bahan yang digunakan.(e) Senaraikan alat-alat yang diperlukan untuk membuat tool box ini.(f) Buat anggaran kos pembuatan reka bentuk tool box anda.Anda diminta menyediakan tugasan ini dalam 5-6 muka surat (tidak termasuk halaman tajuk)Soalan 2 [30%]

Rajah 1 menunjukkan sebatang rasuk disokong pada RL dan RR. Rasuk ini menanggung beban 5kN, 12 kN dan 10 kN dengan jarak yang ditunjukkan.

Rajah 1(a) Lukiskan gambarajah momen lentur rusuk,

(b) Lukiskan gambarajah daya ricih rusuk.Soalan 3 [30%]

Rajah 2 menunjukkan pelan bumbung dan pandangan hadapan sebuah bangunan. Dengan menggunakan skala yang sesuai lukiskan

(a) Rekabentuk pelan struktur kerangka bumbung bangunan ini.

(b) Lukiskan pandangan sisi keratan kerangka bumbung yang anda telah rekabentuk dalam (a) dan nyatakan bahagian-bahagiannya.

Rajah 2

[Jumlah: 100 markah](Jumlah 100 markah akan ditukar kepada 40% jumlah markah kursus)

41