Hbml 4303 Kurikulum & Kaedah Bahasa Melayu

31
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEPTEMBER / 2014 HBML 4303 KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU NAMA TUTOR : PN. CHRISTINE TEE SIEW SIA NAMA PELAJAR : RUSLINAH BINTI IDZSANG NO. MATRIKULASI : 710820125746001 NO. KAD PENGENALAN : 710820-12-5746 NO. TELEFON : 019-8332755 E-MEL : [email protected]

description

Tugasan

Transcript of Hbml 4303 Kurikulum & Kaedah Bahasa Melayu

Page 1: Hbml 4303 Kurikulum & Kaedah Bahasa Melayu

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEPTEMBER / 2014

HBML 4303

KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

NAMA TUTOR : PN. CHRISTINE TEE SIEW SIA

NAMA PELAJAR : RUSLINAH BINTI IDZSANG

NO. MATRIKULASI : 710820125746001

NO. KAD PENGENALAN : 710820-12-5746

NO. TELEFON : 019-8332755

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN TAWAU

Page 2: Hbml 4303 Kurikulum & Kaedah Bahasa Melayu

KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 1

2.0 DEFINISI DAN KONSEP KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF DAN KRITIS. 5

3.0 CIRI-CIRI KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF DAN KRITIS. 6

4.0 TATACARA PENERAPAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF DAN KRITIS DALAM PENGAJARAN 8

5.0 RUMUSAN 15

6.0 LAMPIRAN 17

7.0 RUJUKAN 21

i

Page 3: Hbml 4303 Kurikulum & Kaedah Bahasa Melayu

1.0 PENGENALAN

Menurut pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang mengawal tenaga bagi

memastikan otak manusia dapat bekerja dan beroperasi dengan baik serta tenaga ini boleh

diperolehi melalui tafakur atau merenung. Manakala, pemikiran pula merupakan proses

penyusunan konsep atau idea berkaitan tentang apa difikir yang melibatkan beberapa aktiviti

menyusun idea atau menjangka perkara tersembunyi, membuat kesimpulan untuk

mendapatkan ilmu atau kemahiran baru akan digunakan untuk penyelesaian masalah yang

kian mencabar. Kemahiran berfikir pula ialah kecekapan seseorang menggunakan akal

menjalankan proses pemikiran. Proses berfikir adalah seperti operasi yang menggunakan

fakta-fakta lain supaya fakta yang baru dapat dipercayai berdasarkan fakta yang sedia ada.

Penerapan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar pada hari ini, secara langsung

mendedahkan pelajar kepada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif untuk menghadapai

dunia yang saling berhubungkait tanpa sebarang sempadan, melatih mereka agar mempunyai

kebolehan memimpin dan berupaya menjana ekonomi negara pada masa akan dengan penuh

keyakinan dan berketrampilan. Dalam Falsafah Pendidikan Negara, perkembangan daya

intelek individu diberi penekanan bersama-sama dengan perkembangan rohani, emosi dan

jasmani.

(Kementerian Pendidikan Malaysia,1989:01)

Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) merupakan unsur yang diberikan

penekanan baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran BM dan mata-mata pelajaran

lain di bilik darjah. Kementerian Pendidikan melalui Pusat Perkembangan Kurikulum telah

memberi pendedahan kepada guru-guru tentang kaedah perlaksanaan unsur tersebut dalam

proses pengajaran dan pembelajaran.

1

Page 4: Hbml 4303 Kurikulum & Kaedah Bahasa Melayu

Usaha tersebut dijalankan dengan giatnya di peringkat kebangsaan, peringkat negeri,

peringkat daerah dan peringkat sekolah sejak tahun 1994. Dalam konteks pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Melayu unsur KBKK sebenarnya telah lama wujud melalui unsur-

unsur teras Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Cuma dalam proses

pengajaran dan pembelajaran, Penekanan unsur tersebut tidak begitu jelas dan semakin

terabai. Memandangkan KBKK adalah unsur penting yang dapat menghasilkan pelajar yang

berilmu serta berfikiran kritis dan kreatif, maka ia perlu diberi penekanan semula supaya

matlamat menghasilkan pelajar dan seterusnya rakyat yang berketrampilan dapat dicapai.

Sehubungan itu kajian perlu dibuat untuk melihat sejauh mana kehadiran unsur-unsur

KBKK dalam proses pengajaran dan pembelajaran BM supaya usaha memperlengkapkan

guru-guru BM dengan pengetahuan tentang KBKK dapat dijalankan secara tepat dan

berkesanJ usteru, penulisan tugasan ini akan membincangkan KBKK dari segi definisi dan

konsep, ciri-ciri KBKK dan bagaimana proses KBKK diterapkan dalam pengajaran dan

pembelajaran.

2.0 DEFINISI DAN KONSEP KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIFDAN KRITIS.

Menurut George (1970) dalam Som dan Mohd Dahalan (1993) menyatakan bahawa

pemikiran ialah suatu proses penyelesaian masalah dan perlakuan semula jadi yang

kompleks. Sementara Edward de Bono (1976) pula menyatakan pula terdapat perkaitan

antara kemahiran berfikir dengan pemikiran lateral yang membawa maksud bukan sahaja

untuk menyelesaikan masalah, malahan juga berfikir untuk melihat sesuatu berdasarkan

pelbagai perspektif bagi menyelesaikan masalah. Selain itu, Mayer (1977) menyatakan

bahawa kemahiran berfikir sebagai proses operasi-operasi mental tertentu yang berlaku

dalam minda atau system kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah.

2

Page 5: Hbml 4303 Kurikulum & Kaedah Bahasa Melayu

Manakala, Chaffee (1988) pula berpendapat bahawa kemahiran berfikir ialah proses luar

biasa yang digunakan dalam proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Vincent Ryan Ruggiero (1984) pula berpendapat“Thinking is any mental activity that helps

formulate or solve a problem, make a decision, or fulfil a desire to understand. It is a

searching for answers, a reaching for meaning.” Selari dengan itu, John Barell (1991)

mendefinasikan kemahiran berfikir iaitu;“…I define thinking as a search for meaning and

understanding that can involve tha anventurous generation of options, the attempt to arrive

at logical, reasonable judgements, and reflection on the process ”.

Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa konsep pemikiran ialah proses penggunaan minda

seseorang di dalam usaha memahami, mencari makna, penerokaan idea atau ciptaan,

membuat keputusan, menyelesaikan masalah terhadap perkara yang dilalui oleh seseorang.

Jadual gambar rajah KBKK.

3

Page 6: Hbml 4303 Kurikulum & Kaedah Bahasa Melayu

Definisi dan konsep Pemikiran Kreatif

Kemahiran kreatif membawa maksud kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk

menerokai pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli, luar biasa dan

bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, atau gagasan. Kemahiran berfikir secara kreatif

adalah keupayaan sesorang untuk menghasilkan dan mencetuskan idea yang baru dan

mempunyai originaliti yang tersendiri. Hasil idea yang kreatif juga merupakan hasil adea

yang diilhamkan sendiri daripada individu atau hasil daripada gabungan idea yang sedia ada.

 

Kemahiran berfikir secara kreatif sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana

ia dapat meningkatkan kebolehan pelajar untuk mencerna dan menghasilkan idea asli dan

bersifat generatif. Idea baru terhasil melalui ilham atau gabungan idea-idea yang ada.

Keupayaan meningkatkan pemikiran ini sudah tentu dapat membantu pelajar dalam

memahami dan menghuraikan sesuatu konsep yang sedang mereka pelajari semasa

pembelajaran.  Pemikiran kreatif mempunyai definisi yang berbeza dengan pemikiran kritis.

Ini kerana kreativiti merupakan sifat-sifat Allah yang berkaitan dengan daya ciptanya dalam

mencipta manusia dan alam ini. Kreativiti bukanlah sesuatu yang baru. Cuma ia semakin

berkembang dari segi budaya, serta bidang kehidupan lain seperti ekonomi dan politik.

Pemikiran kreatif adalah satu usaha secara sedar yang melibatkan pencetusan idea kreativiti

berserta tindakan kreatif terhadap suatu konsep atau pendekatan atau ciri-ciri lama.

Ringkasnya, kreativiti adalah kebolehan menjana sesuatu idea yang baru serta dapat

menggunakan idea tersebut untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi. Kreativiti

juga didefinisikan dengan melihat kepada empat aspek utama iaitu bakat kreatif yang

semulajadi, produk kreatif, proses kreatif dan penekanan terhadap kreativiti ataupun

persekitaran yang menyokongnya. Orang-orang yang berfikir kreatif dianggap sebagai orang

spontan dan sanggup mengambil risiko serta melakukan kesilapan. Mereka juga dianggap

sebagai orang yang boleh menerima idea-idea dan pengalaman yang baru. Pemikiran kreatif

juga dikenali sebagai pemikiran lateral yang bermaksud berkembang kepada beberapa cara

penyelesaian dari satu idea utama.

4

Page 7: Hbml 4303 Kurikulum & Kaedah Bahasa Melayu

Definisi dan konsep Pemikiran Kritis

Kemahiran berfikir secara kritis pula ialah satu proses pemikiran yang bermula dengan

proses menyoal kepada masalah bagi mendapatkan serta mempertingkat pemahaman. Ia

melibatkan tiga jenis aktiviti mental iaitu analisis, sintesis dan penilaian. Pemikiran kritis

menggalakkan individu menganalisis pernyataan dengan berhati-hati, mencari bukti yang

sah serta kukuh sebelum membuat kesimpulan.

Pemikiran kritis boleh juga sebagai proses pemikiran secara teliti demi menjelaskan dan

memperbaiki kefahaman, dengan erti kata lain pemikiran kritismendorong individu menguji

kebenaran sesuatu perkara. Seseorang pemikiran kritis tidak hanya cekap menggunakan

kemahiran dalaman (mikro) tetapi mempunyai sikap tertentu.Pemikiran kritis mendorong

individu bersifat rasional seperti menaakul secara kritis, malahdapat meneliti

pengalamannya, menilai dan menimbang pelbagai pendapat dan idea sebelummembuat

keputusan. Pemikiran kritis juga mempunyai kemahiran pengadilan, iaitu

dapatmempertimbangkan dan memutuskan kesahihan pernyataan yang dikemukaan oleh

pihak tertentu.

Terdapat beberapa teori mengenai pemikiran kritis yang dikemukakan oleh ahli pengkaji dan

ahli fikir.

Antaranya adalah:

1. Beyer (1985) berpendapat, pemikiran kritis adalah kebolehan manusia untukmembentuk

konsep, memberi sebab atau membuat penentuan.

2. Pascarella dan Terenzini (1991, 2005) pula mendefinisikan pemikiran kritis sebagai

kebolehan individu untuk mengenalpasti isu-isu dan membuat andaian untuk dibahaskan

serta mengenal pasti hubungan penting untuk mendapatkan rumusan yang tepat daripada

maklumat yang sedia ada.

5

Page 8: Hbml 4303 Kurikulum & Kaedah Bahasa Melayu

3. Menurut Dewey (1993), pemikiran kritis adalah berfikir secara serius dan mendalam serta

membuat pertimbangan daripadanya, 4. Manakala Marlina dan Shaharom (2007)

mendefinisikan kemahiran berfikir kritis sebagai kecekapan atau keupayaan menggunakan

minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan,

kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan

menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.

Kesimpulannya, pemikiran kritis dapat dikaitkan dengan proses menggunakan minda untuk

membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.Ia melibatkan satu proses intelektual yang

melibatkan pembentukan konsep,aplikasi,analisis dan menilai maklumat yang terkumpul

atau dihasilkan melalui pengamatan dan pengalaman sebagai suatu landasan ke arah

keyakinan.

3.0 CIRI-CIRI KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF DAN KRITIS.

Ciri-ciri pemikiran kreatif

Antara beberapa ciri-ciri pemikiran kreatif ialah keaslian, kelancaran, kefleksibelan, dan

penghuraian.

1) Keaslian

Idea-idea yang diterbitkan adalah luar biasa dan asli. Ia tidak ditiru atau diciplak bulat-bulat.

Keasliannya tetap dipelihara dengan syarat idea tersebut merupakan pembaikkan daripada

idea lama. Kita mendapat idea hasil daripada apa yang kita lihat dan saksikan seperti benda,

perkara dan peristiwa yang berlaku di sekeliling. Sudah sekian lama kita dapati orang

mengukur kelapa secara tradisional. Ia bukan sahaja tidak efisien tetapi amat memenatkan.

Apabila satu alat ukur kelapa yang canggih dan ekonomik dicipta, ia boleh dilabelkan

sebagai asli dan baru kerana masih belum terdapat idea yang kita bayangkan.

6

Page 9: Hbml 4303 Kurikulum & Kaedah Bahasa Melayu

2) Kelancaran

Bermaksud keupayaan untuk melahirkan idea kreatif secara spontan dan ada pula yang

memakan masa yang agak lama untuk diterbitkan. Ia bergantung kepada individu,

persekitaran dan darjah sesuatu penyelesaian masalah dan membuat keputusan.

Ciri-ciri pemikiran kritis

1. Mencirikan

Kemahiran ini dapat mengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu

konsep atau objek.

Kemahiran ini digunakan untuk:

a) Mendefinisikan konsep atau item.

b) Mengenali antara konsep atau item yang hampir serupa.

2.Membandingkan dan Membezakan

Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan

unsur sesuatu objek atau peristiwa.

Kemahiran ini digunakan apabila :

a) Terdapat dua atau lebih ciri atau kemungkinan.

b) Membuat pilihan atau keputusan.

3. Mengumpulkan dan Mengelaskan

Mengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-

masing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalah

berdasarkan ciri atau sifat sepunya.

Kemahiran ini digunakan apabila terdapat :

a) Banyak item atau maklumat.

b) Item atau maklumat yang tidak tersusun.

7

Page 10: Hbml 4303 Kurikulum & Kaedah Bahasa Melayu

4.0 TATACARA PENERAPAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF DAN KRITIS DALAM PENGAJARAN

Bagaimanakah Kemahiran Berfikir secara Kreatif dan Kritis diterapkan di dalam

pengajaran? KBKK bukan satu mata pelajaran khusus. ( Dr. De Bono merancang satu

sukatan khas untuk KBKK ) Ia diajar secara penyebatian. Penyebatian maksudnya ialah

strategi pengajaran yang menyepadukan kemahiran berfikir ke dalam mata pelajaran yang

diajar.

Terdapat 2 Kaedah Penyebatian :

i. Penyebatian sepenuhnya : KBKK disepadukan secara menyeluruh dalam setiap langkah

pengajaran yang dikenalpasti. Terdapat 2 cara :

a) kenalpasti tajuk/isi pelajaran dan bahan seterusnya tentukan KBKK

b) kenalpasti KBKK dan tentukan isi pelajaran yang sesuai serta bahan

ii. Penyebatian separa : strategi pengajaran yang menyepadukan sebahagian daripada unsur.

Unsur KBKK hanya disepadukan dalam langkah-langkah tertentu sahaja mengikut

keperluan dan kesesuian. Penyebatian separa biasanya setelah pelajar telah mengikut

penyebatian sepenuhnya dalam pembelajaran yang lepas.

Bahan pengajaran adalah segala peralatan yang digunakan oleh guru untukmembantunya

menyampaikan pelajaran di bilik darjah. Bahan bolehdibahagikan kepada dua kategori

berdasarkan fungsinya dalam kontekspengajaran guru iaitu bahan asas dan bahan bantu.

Dalam konteks kajian inibahan asas merujuk kepada media utama yang dijadikan sumber isi

pengajaran guru. Ia mungkin berbentuk elektronik seperti radio, televisyen, kaset radio atau

komputer.

Bahan juga boleh terdiri daripada media bukan elektronik seperti buku, akhbar, petikan

bercetak, gambar, bahan grafik atau bahan maujud. Bahan bantu mengajar pula merujuk

kepada bahan yang berfungsi sebagai penyokong atau pengukuh kepada penyampaian isi

oleh guru. Bahan bantu mengajar boleh terdiri daripada apa sahaja peralatan sama ada

elektronik atau bukan elektronik.

8

Page 11: Hbml 4303 Kurikulum & Kaedah Bahasa Melayu

Sebagai contoh guru menggunakan gambar-gambar sebagai bahan bantu untuk memudahkan

pelajar memahami isi pelajaran yangbersumberkan petikan bercetak sebagai bahan

pengajaran.Bahan merupakan rangsangan yang digunakan untuk melatih /mewujudkan

suasana berfikir dikalangan pelajar. Bahan boleh berbentuk :

i. Prosa - cerita, cerpen, rencana, berita

ii. Puisi - pantun, syair, sajak, lirik lagu

iii. Grafik - gambar, rajah, graf, kartun

4 Kategori Bahan:

i. Bahan seronok - menggalakkan pelajar menggunakan banyak daya imaginasi yang

memerlukan pelajar membuat ramalan yang berbagai-bagai sebagai contoh: 

" Bagaimana jari anda ada 5? "

ii. Bahan asing - bahan yang berlaku tetapi di luar pengalaman remaja/pelajar. Bahan ini

datang dari dunia orang dewasa.

" Bagaimana cara nak menyekat pemuda yang menunggang motor dengan laju? "

iii. Bahan persekitaran - bahan datang dari dunia remaja yang mereka alami dan gemari.

" Kamu tahu kawan kamu mengambil makanan dari kantin tanpa membayarnya. Apa yang

kamu akan lakukan ? "

iv. Bahan berat - Bahan yang mempunyai implikasi serius pada kehidupan remaja.

" Kamu ingin masuk kumpulan rock, tapi ibubapa kamu menentang. Apa yang patut kamu

buat ? "

 Penggunaan Alat Dan Bahan Berfikir

Alat-alat berfikir membantu kita menggunakan minda dengan lebih bijak dan

berkesan.Pemikiran kita menjadi lebih tersusun,luas, jelas dan kita tidak terburu-

burumelakukan sesuatu.

9

Page 12: Hbml 4303 Kurikulum & Kaedah Bahasa Melayu

Di sini dikemukakan  empat alat yang bolehdigunakan  untuk meningkatkan ketrampilan

berfikir  iaitu:

1.Soalan Dan Penyoalan

2.Peta Minda

3.Pengurusan Grafik

4. CoRT

Alat-alat berfikir ialah instrumen yangboleh membantu kita  membuat pengurusan lisan ,

mengurus  pemikiransecara visual dan terkawal.

1.Soalan Dan Penyoalan 

Soalan penyoalan  membantu kita berfikir secara  mendalam dan meluas, sebagai guru,

pengetahuan mengenai soalan dan penyoalan membolehkan kita membentuk soalan dan

menggunakannya secara berkesan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran. Soalan yang

baik ialah proses penyoalan mengikut aras taksonomi Bloom.

 

Penyoalan merupakan aspek penting yang membantu guru menguji pemahaman serta

merangsang pemikiran pelajar. Untuk melihat tahap soalan yang dikemukakan oleh guru,

kajian ini mengkategorikan soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru berdasarkan aras

kognitif seperti berikut:

(a) Pengetahuan

(b) Kefahaman

10

Page 13: Hbml 4303 Kurikulum & Kaedah Bahasa Melayu

(c) Penggunaan

(d) Analisis

(e) Sintesis

(f) Penilaian

Berdasarkan ciri-ciri soalan dalam setiap jenis, kajian ini membahagikan enam jenis soalan

di atas kepada dua kategori soalan iaitu soalan aras rendah dan soalan aras tinggi. Soalan

jenis pengetahuan dan kefahaman dikategorikan sebagai soalan aras rendah sementara

soalan jenis

penggunaan, analisis, sintesis dan penilaian dikategorikan sebagai soalanaras tinggi.

 Soalan  Bertumpu Dan  Bercapah

 Soalan boleh dikategerikan kepada  jenis bertumpu dan bercapah .

Soalan Bertumpu Soalan Bercapah

Aras rendah Aras tinggi

Jawapan atau respon terhad Jawapan atau respon luas

Berbentuk tertutup Berbentuk terbuka

Sesusi menguji daya ingatan Sesuai  menguji penaakulan dan

penafsiran

Lebih  bersifat objektif Lebih  bersifat subjektif

 

 

Lingkaran soalan

Soalan  jenis ini  mula diperkenalkan oleh Christenburydan Kelly (1983) dan telah

diperkenalkan di  Malaysia oleh William W.Wilen  pada 1994. Lingkaran soalan memberi

tumpuan kepada  tiga skop khusus iaitu:

1. Perkara(P)

2. Individu(I)

3. Luar Individu(LI) 

11

Page 14: Hbml 4303 Kurikulum & Kaedah Bahasa Melayu

Perkara (P) – dalam konteks pembelajaran BahasaMelayu misalnya, merujuk kepada sama

ada tema, tajuk, idea, isu, peristiwa atauteks yang dipelajari. Contohnya tajuk Buah-buahan

Tempatan, soalan yangdikemukakan hendaklah ditumpukan kepada tajuk atau teks bacaan

secara langsung.

Contohnya:

Namakan lima jenis buah-buahantempatan tanpa musim.

Mengapakah durian digelar raja segalabuah?

 

Perkara Individu (I)– merujuk kepada orang atau pelajar yang terlibat sebagai pembaca teks

atauorang yang dikehendaki menjawab soalan berkenaan. Oleh itu soalan yangdikemukakan

hendaklah dikaitkan dengan pengalaman, pengetahuan, pemerhatianatau pandangan pelajar.

Contohnya:

Adakahanda suka makan buah-buahan tempatan?

Pada pendapat anda, apakah buah-buahanyang mempunyai potensi untuk dieksport secara

besar-besaran?

 

Perkara Luar Individu (LI) – merujuk kepada skopdiluar individu (pelajar) seperti

masyarakat, komuniti, manusia sejagat,kawasan, daerah, negeri dan luar negara yang sesuai

dengan peringkat pelajar.

Contohnya;

Senaraikan buah-buahan luar negara yang terdapat di dalam pasaran?

 Mengapakah negara Australia banyak mengeksport buah-buahan?

 

Ternyata soalan-solan di atas dibina berdasarkan skop lingkaran yang berbeza. Untuk

mempelbagaikan lagi araspenyoalan, guru bolehlah menggunakan aras keupayaan kognitif

bloom bagi setiaplingkaran.Bagi mempertingkatkan kemahiran berfikir pelajar, setiap

lingkaran tersebut dapat digabungkan dengan lingkaran yang lainsehingga menjadi dua atau

tiga lingkaran. Kombinasi tiga skop ini  akan menjanakan lebih soalan yang  boleh

meningkatkan kemahiran berfikir .

12

Page 15: Hbml 4303 Kurikulum & Kaedah Bahasa Melayu

 

Contoh soalan 4: Harga buah-buahan tempatan semakin mahal (P). apakah komenanda (I)?

Contoh soalan 5: Apakah beza buah-buahan tempatan (P) dengan buah-buahandari luar

negara (LI)?

Contoh soalan 6: Pada pendapat anda (I), bagaimanakah industri buah-buahan tempatan

dapat dimajukan (LI)?

Contoh soalan 7: Buah-buahan tempatan lebih lazat dan berkhasiat (P)daripada buah-buahan

negara Barat (LI). Adakah anda bersetuju dengan pendapatini (I)? Beri alasan anda. 

2. Peta Minda 

Peta Minda adalah suatu lakaran grafik pemikiranindividu. Ia menjadikan sesuatu yang

tersirat kepada tersurat. Peta mindamembolehkan kita merangka, mencatat nota, merekod

maklumat atau peristiwa,merancang aktiviti, membuat sesuatu persembahan dan sebagainya.

Ia adalah alatberkesan untuk mendorong pemikiran kreatif.

 

Bentuk Peta Minda

Bentuk peta minda adalah pelbagai bergantung kepada kreativiti penulis. Perkara penting

yang perlu diberi peretimbangan ialah mudah, menarik dan bermakna kepada penulis.  

Panduan membina peta minda          

         Gunakan kertas kosong tanpa garisan

         Gunakan secara lanskap

         Sebaiknya mulakan dari pusat kertas

14

Page 16: Hbml 4303 Kurikulum & Kaedah Bahasa Melayu

         Lukiskan imej pusat yang mengambarkan idea,isi utama ataupun pemikiran. Guna

sekurang-kurangnya 3 warna. Hadkan saiz imejagar jangan terlalu besar

         Kembangkan dari pusat ke arah luar

         Tuliskan perkataan di atas garisankembangan. Boleh digantikan dengan gambar

ataupun kedua-duanya

 Boleh kembangkan lagi idea daripada garisan kembangan tadi. Gunakan garisan lebih

nipis dan saiz huruf yang lebih kecil.

         Bentukkan menjadi corak yang menarik.

         Gunakan anak-anak panah, gambar atau corakuntuk menunjukkan perkaitan.

         Gunakan kod-kod peribadi untuk keberkesanan.

         Biarkan kreatif dan asli.

         Jadikan peta minda sebagai sesuatu yangmenghiburkan.

 

5.0 RUMUSAN

Berfikir merupakan satu proses mental yang memerlukan interaksi antara pengetahuan,

kemahiran dan sikap bagi membolehkan individu memahami dan mencorakkan alam

sekelilingnya.Seseorang yang berfikir secara kritis sentiasa menilai sesuatu idea dengan

sistematik sebelum menerimanya. Perkataan kritis adalah berasal dari satu perkataan

Inggeris iaitu ‘ critic ’. Kata dasar ‘kritis’ merupakan perkataan Greek ‘kriths’ (kritikos)

yang membawa erti menimbang (judge). Menimbang pula bermaksud menilai,

membezakan, mencetuskan dan menyoal samada sesuatu itu benar atau salah.

Pemikiran kritis merupakan sejenis pemikiran yang bersifat terbuka dalam menerima

sesuatu idea atau pendapat dan berupaya untuk cuba mempertimbangkan idea itu semula

dengan menganalisa semula ia secara kritis dan mengambil kira pelbagai sudut dan aspek.

Pemikiran kritis turut memungkinkan pencernaan beberapa idea dan konsep baru yang lebih

sempurna daripada pandangan atau idea yang diterima sebelumnya.

15

Page 17: Hbml 4303 Kurikulum & Kaedah Bahasa Melayu

Kesimpulannya kritis membawa maksud kebolehan seseorang untuk membantu dan

membaiki idea-idea orang supaya ia boleh diterima atau ditolak sekiranya idea tidak benar

atau tidak ada kepastian samaada hendak menerimanya atau tidak disebab kerana tidak

cukup maklumat untuk menerima atau menolak. Kritis juga bererti keupayaan untuk

menganalisa apa yang diperkatakan, menilainya dengan teliti, mencari bukti tentang

kebenaran tentang sesuatu perkara, menyusun atur semua maklumat dengan tepat.

Tujuannya untuk mengelakkan dari membuat kesilapan cara berfikir, meneliti dan menyoal

perkara-perkara yang tidak munasabah serta membuat keputusan dan perancangan

berdasarkan maklumat yang ada. Selain itu ia juga bertujuan untuk mencari kefahaman-

kefahaman baru. Kritis dapat ditentukan sama ada sesuatu kenyataan itu betul atau salah.

Bagaimana pun, kritikan hanya boleh dibuat untuk membaiki idea-idea yang ada dengan

mencari kelemahan yang terdapat pada idea tersebut.Kemahiran berfikir secara kreatif dan

kritis merupakan salah satu kemahiran berfikir yang amat diperlukan oleh pelajar bagi

menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam pembelajaran mereka. Penguasaan kemahiran

berfikir akan membantu pelajar untuk menjadi warga negara yang cemerlang, gemilang dan

terbilang yang bakal menguasai kemahiran sains dan teknologi bagi memenuhi keperluan

warga negara maju menjelang 2020.

16

Page 18: Hbml 4303 Kurikulum & Kaedah Bahasa Melayu

6.0 LAMPIRAN

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) BM Tahun 5

Tarikh / Hari               :           30 Oktober 2014 ( Khamis)Masa                           :           9:10- 10:10 ( 1 jam)Kelas                           :           5 AmanahBil. Pelajar                  :           25 orangMata Pelajaran          :           Bahasa MelayuTema                           :           Sukan Dan KesihatanTajuk                           :           Kesihatan Asas Kesejahteraan          

Objektif                       :           Di akhir pengajaran murid dapat:i)              Mengelaskan maklumat berdasarkan topik yang dibincangkan.ii)             Membaca dan mengecam isi-isi penting daripada bahan bacaan.iii)            Memilih dan mengenal pasti penanda wacana.

Pengetahuan sedia ada :Konsep                       :           Murid  pernah didedahkan dengan frasa dan rangkai kata serta                                                   penanda wacana di dalam pengajaran yang lepas.Bahan                         :           Petikan teks m/s 58 buka teks Bahasa Melayu Tahun 5, kad                                                  gambar dan lembaran kerja.Nilai                           :            Menjaga kesihatan, bekerjasama, berdisiplinKemahiran                   :           Membaca, lisan dan menulis.

17

Page 19: Hbml 4303 Kurikulum & Kaedah Bahasa Melayu

Langkah/Masa

Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran Pembelajaran CatatanAktiviti guru Aktiviti Murid

Set Induksi(5 minit)

Bersoal jawab tentang makanan kesukaan murid.

1.Menunjukkan gambar hidangan makanan tengah hari.2.Meminta murid menyatakan makanan yang dimakan semalam

1.Menyatakan apa yang dilihat di dalam gambar.2.Menyatakan jenis makanan yangh dimakan semalam

BBM:Gambar makanan tengah hariNilai:BekerjasamaKBKK:Sumbangsaran

Langkah 1(15 minit)

Menganalisis data

Aktiviti berkumpulan:1.Meminta murid duduk dalam kumpulan2.Mengedarkan petikan kepada murid.3.Meminta murid membaca petikan secara mentalis (secara senyap)4.Meminta murid menganalisis data dengan mengkelaskannya mengikut jenis makanan

Aktiviti berkumpulan:1.Membaca petikan secara mentalis (secara senyap)2.Mengelaskan makanan mengikut jenisnya:Karbohidrat,Protein,Vitamin,garam galian dan lemak

BBM:- Petikan teks-jadualNilai:BekerjasamaKBKK:Mengklasifikasi

Langkah 2(15 minit)

Membentangkan laporan

1.Meminta ketua kumpulan membentangkan laporan di hadapan kelas.2.Menampal jadual yang dilengkapkan oleh murid di

1.Ketua setiap kumpulan membentangkan laporandi hadapan.

BBM:JadualNilai:Mematuhi arahanKBKK:Merumus

Page 20: Hbml 4303 Kurikulum & Kaedah Bahasa Melayu

papan putih.

Langkah 3(20 minit)

1 .Mengenalpasti penanda wacana2. Membina dan menulis ayat

1. Mengarahkan semula murid membaca teks secara senyap.2. Meminta murid mengenalpasti dan menggariskan penanda wacana yang terdapat di dalam petikan.3. Meminta murid menyenaraikan penanda wacana yang digaris.4. Meminta murid membina ayat menggunakan penanda wacana

1. Membaca teks secara senyap.2. Mengenalpasti dan menggariskan penanda wacana yang terdapat di dalam petikan.3.Menyenaraikan penanda wacana di dalam lembaran kerja .4. Membina dan menulis ayat menggunakan penanda wacana di dalam lembaran kerja.

BBM:Lembaran kerjaNilai:Mematuhi arahanKBKK:Mengenalpasti, Menjana idea

Penutup(5 minit)

1.Penerapan nilai murni

1.Mengingatkan murid agar sentiasa makan makanan seimbang.2.Meminta murid mengamalkan makanan seimbang.3. Menyebut semula penanda wacana yang telah dipelajari.

1.Menyebut semula makanan seimbang yang berkhasiat.2. Menyebut semula penanda wacana yang telah dipelajari.

Nilai:Menghargai kesihatanKBKK:sumbangsaran

Page 21: Hbml 4303 Kurikulum & Kaedah Bahasa Melayu

19

7.0 RUJUKAN

Beyer, B.K. (1991) Developing a Thinking Skills Program. Allyn and Bacon, Boston.

Chaffee, J. (1988). Thinking Critically. Boston: Houghton Mifflin Company.

De Bono, E. (1976). Teaching Thinking. England: Penguin Books.

Fraenkel, J.R. (1980). Helping Students Think and Value: Strategies for Teaching the Social

Studies. Englewood Cliffs,. New Jersey: Prentice-Hall, INC.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan

Pembelajaran. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mayer, B. (1983). Thinking, Problem Solving, Cognition. New York: Allyn Bacon.

Som Hj Nor dan Mohd Dahalan Ramli. (1993). Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif –

Pengenalan Am. Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

http://eprints.utm.my/2278/1/Zainudin.pdf

http://fizarahim1991.blogspot.com/

http://mujahid.tripod.com/kbkk.html

http://ollyusofalhaj.ipgkti.edu.my/sumber/resosbestari/IKG/KBKK/kbkk.htm

Page 22: Hbml 4303 Kurikulum & Kaedah Bahasa Melayu

http://pdbiasa30dec2011.blogspot.com/p/bab-2-pemikiran-kritis.html

20