Hbms4103 muzik dalam bilik darjah mei2014
-
Upload
ilut-johnny -
Category
Education
-
view
42 -
download
4
Transcript of Hbms4103 muzik dalam bilik darjah mei2014
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
MEI 2014(SMP KHAS)
HBMS4103MUZIK DALAM BILIK DARJAH
NAMA : SALLY BINTI JOHNNY @ NUR HIDAYAH BT. JOHNNY ABDULLAHNO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGNEALAN :
NO. TELEFON :
E-MEL :
PUSAT PEMBELAJARAN : SABAH LEARNING CENTRE
DISEDIAKAN UNTUK : EN. JESSEL C.P. YANSALANG
ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT
1 PENGENALAN................................................................ 2
2 LATAR BELAKANG KOMPOSER.............................. 3 – 5
3 MUZIK FRÉDÉRIC CHOPIN (1810 - 1843).................3.1 Ciri-Ciri Muzik Chopin3.2 Karya-Karya Chopin
6 – 18
4 GENRE ZAMAN KLASIKAL.......................................4.1 Rondo4.2 Sonata4.3 Concerto (Konserto) Orkestra4.4 Muzik Kamar Klasikal (Chamber Music Classical)
19 – 21
5 KERATAN KARYA........................................................5.1 CD video5.2 Keratan Ciptaan Karya
22 – 23
6 PENDIDIK MUZIK YANG BAIK..................................6.1 Latar Belakang Karya6.2 Tekstur / Jalinan Karya6.3 Genre6.4 Dinamik6.5 Alat-Alat Muzik Yang Digunakan
24 – 27
7 KESIMPULAN.................................................................. 28
8 RUJUKAN........................................................................ 29
9 LAMPIRAN..................................................................... 30
1
1. PENGENALAN
Dalam sejarah muzik, era peralihan dari Zaman Barok ke Zaman Klasikal ini dipanggil
Zaman Praklasik. Era peralihan ini berlaku lebih kurang pada tahun 1730 sehingga 1770. Antara
peneraju utama gaya baru ini adalah dua orang anak Bach iaitu Carll Philipp Emanuel dan
Johann Chritian.
Perkataan klasikal membawa pelbagai makna. Klasikal boleh digunakan untuk menunjukkan
sesuatu yang berkenaan dengan antiquity Zaman Yunani dan Rom atau untuk menunjukkan
sesuatu kejayaan yang tidak ditelan zaman seperti cerita klasik, filem klasik dan sebagainya.
Walaupun muzik pada zaman ini melalui perubahan bersama-sama dengan kesenian lain
tetapi pengaruh Yunani dan Rom terlalu sedikit. Persamaan yang ketara pada kedua-dua jenis
seni ini hanyalah pada gaya persembahan yang lebih jelas. Gaya klasikal berkembang antara
tahun 1770 sehingga 1820. Antara komposer yang terkenal dengan karyanya ialah Frédéric
Chopin.
2
2. LATAR BELAKANG KOMPOSER
Frédéric Chopin (1810 – 1849)
Frédéric Chopin terkenal sebagai penyair piano kerana beliau merupakan satu-satunya
pencipta agung yang hanya mencipta muzik untuk permainan piano sahaja. Beliau dilahirkan dan
dibesarkan di Warsaw, Poland. Ibu beliau berbangsa Poland sementara bapanya pula berbangsa
Perancis. Pada umur yang masih muda, beliau telah menunjukkan bakat bermain piano yang
menakjubkan. Gaya bermain piano dan penciptaan muzik beliau yang asli telah menarik minat
golongan aristokrat Poland.
Selepas menamatkan pengajian di Konservatori Warsaw, Chopin menjelajah ke Austria
dan Jerman untuk percembahan piano yang diciptanya sendiri. Semasa berjauhan dari tanah air,
Rusia telah menyerang dan menawan Warsaw. Mengetahui hal tersebut, Chopin berasa kecewa
dan berasa bersalah kerana tidak mampu melakukan sesuatu terhadap tanah kelahirannya itu.
Pada tahun 1831, Chopin tiba di Paris, tempat di mana beliau menghembuskan nafas
yang terakhir. Tahun 1830-an merupakan zaman romantisma dan Paris adalah pusat artistik di
Eropah. Di Paris, Chopin berpeluang bertemu dengan tiga penulis hebat pada ketika itu iaitu
Victor Hugo, Balzac dan Heine. Sementara seorang pelukis terkenal, Delacroix telah menjadi
3
sahabat karib beliau. Selain itu, beliau juga berkawan dengan pemuzik terkenal seperti Franz
Liszt dan Hector Berlioz. Sepanjang hayat, beliau hanya mengadakan beberapa konsert sahaja
dan hanya dihadiri oleh golongan kaya, golongan kenamaan, aristokrat serta wanita-wanita
bergaya.
Berbeza dengan kehidupannya sebagai orang terkenal, Chopin sebenarnya adalah seorang
yang pemalu dan pendiam. Beliau tidak selesa berada di tempat orang ramai dan lebih suka
memilih kelab-kelab kecil untuk bermain muzik berbanding dewan konsert. Kemesraan yang
wujud antara pengunjung kelab telah melahirkan beberapa buah karya pendek seperti nokturn,
prelud dan walts.
Chopin juga mempunyai fizikal yang lemah untuk menghasilkan bunyi piano yang besar.
Namun begitu, tidak bermakna permainan pianonya tidak bertenaga. Keindahan permainan piano
beliau terletak pada nada yang cantik, ritma yang fleksibel serta penggunaan pedal kaki untuk
melahirkan bunyi dinamik. Muzik piano beliau begitu mengasyikkan, seolah-olah suatu syair.
Beliau adalah satu-satunya pemain piano yang mempunyai reputasi sebagai legenda walaupun
cuma membuat tiga puluh persembahan di tempat awam semasa hayat beliau. Dengan mengajar
anak-anak perempuan orang kaya bermain piano, Chopin menerima upah yang lumayan
sehingga membolehkan beliau hidaup mewah dan bercita rasa tinggi.
Perkenalan Chopim dengan Aurore Dudevant, seorang penulis wanita terkenal
menjadikan beliau lebih produktif. Dudevant adalah seorang pejuang hak asasi wanita tetapi
lebih suka berpakaian seperti lelaki dan menghisap cerut, bahkan menggunakan nama pena
‘George Sand’. Akhirnya Chopin dan Dudevant menjadi pasangan kekasih. Ketika itu, beliau
berumur 29 tahun sementara Dudevant enam tahun lebih tua daripada beliau. Kasih sayang yang
dicurahkan oleh Dudevant menjadi inspirasi kepada Chopin dalam melahirkan karya-karya
hebat. Walau bagaimanapun, percintaan mereka terputus di tengah jalan. Mereka berpisah
setelah sembilan tahun bercinta. Perpisahan itu amat memeritkan buat Chopin sehingga kesihatan
beliau terganggu dan kurang berkarya.
4
Chopin menghidap penyakit batuk kering yang kritikal. Beliau meninggal dunia pada
tahun 1849 ketika berumur 39 tahun. Ketika sedang nazak, beliau telah berpesan supaya
Requiem Mozart (muzik pengkebumian ciptaan Mozart) dimainkan pada hari pengkebumiannya.
Orang ramai yang menghadiri pengebumian Chopin juga dapat mendengar muzik ciptaan beliau
iaitu Funeral March (kawat pengkebumian).
5
3. MUZIK FRÉDÉRIC CHOPIN (1810 – 1849)
3.1 Ciri-Ciri Muzik Chopin
a) Chopin merupakan komposer yang pertama mengabdikan dirinya untuk piano. Semua
karya muzik beliau tidak terlalu panjang.
b) Ciri-ciri muzik Chopin yang ketara ialah muzik beliau kaya dengan harmoni dan irama
yang menyentuh perasaan serta membangkitkan perasaan ingin tahu pendengar. Tekstur
dan melodi yang mengasyikkan dia gunakan meluahkan pemikiran dan perasaan. Karya
ciptaan beliau penuh dengan melodi atau harmoni yang variasi, muzik yang elegant,
lembut dan merdu. Beliau juga menggunakan pelbagai mud dalam karyanya. Gaya
bermain piano beliau adalah individual, secara teknikal, persembahan beliau sendiri
terkenal dengan muzik melebihi akal fikiran dan dan sensitiviti oleh pengemar muzik.
c) Chopin mencipta konsep ballade yang memainkan peranan penting; karya-karya piano
yang utama juga termasuk sonatas, mazurkas, waltzes, nocturnes, polonaises, études,
impromptus, scherzos, dan preludes, serta beberapa lagi karya yang hanya diterbitkan
selepas kematiannya. Karya beliau banyak mengandungi unsur-unsur muzik rakyat
Poland dan klasik tradisi J.S. Bach, Mozart dan Schubert yang mana komposer yang dia
amat kagumi. Inovasi beliau ialah dengan gaya, bentuk muzikal, dan keharmonian, dan
muzik yang digabungkan oleh perasaan nasionalisme beliau. Chopin mengembangkan
kemahirannya melalui ekspresi perasaannya secara terperinci.
d) Beliau juga mencapai kejayaan dalam mencipta semula scherzo; ballade dan sonata,
genre baru yang dicipta oleh beliau. Karya empat ballades dan Sonatas in B-flat minor
and B minor merupakan antara ciptaan terhebatnya. Ia menggabungkan drama kecintaan
dan kelembutan lirikal dengan cara yang tidak dapat dilupakan. Gaya beliau bermain
adalah ringan, halus, dan mempunyai fleksibiliti untuk beliau mencipta banyak lapisan
yang berbeza emosi.
6
e) Muzik Chopin juga banyak kepada teknik berirama dipanggil Rubato ketika bermain
piano. Istilah rubato merujuk kepada kebebasan ekspresif dan berirama yang
mempercepatkan atau memperlahankan tempo mengikut budi bicara atas aliran karya itu.
Karya nocturnes Chopin banyak menggunakan teknik rubato.
f) Muzik beliau juga menggunakan ciri skel kromatik untuk mewujudkan mud yang bertimbang rasa dan tinta. Beliau meletakkan kromatik pada karya yang diciptanya. Walaupun ia sukar dimainkan, namun ia mewujudkan perasaan menyeronokkan bagi Chopin.
g) Karya ciptaan Chopin sebahagian besarnya tidak mengikut aturan timing gaya klasik
iaitu ciri-ciri gaya klasik yang menggunakan antara tangan kanan dan kiri sejajar. Chopin
lebih bebas menggunakan berbagai bentuk tempo dan banyak grace note dalam karya
ciptaan Chopin.
h) Banyak juga ciptaan Chopin yang sering menggunakan figurasi apreggio dan broken
chord yang kompleks. Contohnya dalam karya ciptaan beliau Barcarolle, Op. 60 dan
Ballade, Op. 23.
3.2 Karya-Karya Chopin
Dalam masa yang singkat, Chopin juga telah mencipta pelbagai genre muzik. Setiap karya-
karya telah ditulis sebagai instrumen solo atau dalam kombinasi dengan instrumen lain. Majoriti
karya solo beliau adalah dalam bentuk yang lebih pendek, dan improvisasi semula jadi. Karya
ciptaan1 beliau adalah seperti berikut:
3.2.1 Piano Solo
a) Ballades
Op. 23: Ballade No. 1 in G minor (dicipta 1835-36) Op. 38: Ballade No. 2 in F major (1836–39) Op. 47: Ballade No. 3 in A-flat major (1841) Op. 52: Ballade No. 4 in F minor (1842–43)
b) Études
1 Sumber dari http://en.wikipedia.org/wiki/Frederic_Chopin
7
Op. 10, 12 Études:
No. 1: Étude in C major, Waterfall (composed 1830) No. 2: Étude in A minor, Chromatic (1830) No. 3: Étude in E major, Tristesse, or L'adieu (1832) No. 4: Étude in C-sharp minor, Torrent (1832) No. 5: Étude in G-flat major, Black Keys (1830) No. 6: Étude in E-flat minor, Lament (1830) No. 7: Étude in C major, Toccata (1832) No. 8: Étude in F major, Sunshine (1829) No. 9: Étude in F minor (1829) No. 10: Étude in A-flat major (1829) No. 11: Étude in E-flat major, Arpeggio (1829) No. 12: Étude in C minor, Revolutionary (1831)
Op. 25, 12 Études:
No. 1: Étude in A-flat major, Aeolian Harp, or Shepherd Boy (composed 1836) No. 2: Étude in F minor, The Bees (1836) No. 3: Étude in F major, The Horseman (1836) No. 4: Étude in A minor (1832–1834) No. 5: Étude in E minor, Wrong Note (1832–1834) No. 6: Étude in G-sharp minor, Thirds (1832–1834) No. 7: Étude in C-sharp minor, Cello (1836) No. 8: Étude in D-flat major, Sixths (1832–1834) No. 9: Étude in G-flat major, Butterfly (1832–1834) No. 10: Étude in B minor, Octave (1832–1834) No. 11: Étude in A minor, Winter Wind (1834) No. 12: Étude in C minor, Ocean (1836)
Trois nouvelles études (1839):
No. 1: Étude in F minor No. 2: Étude in A-flat major No. 3: Étude in D-flat major
c) Impromptus Op. 29: Impromptu No. 1 in A-flat major (1837) Op. 36: Impromptu No. 2 in F-sharp major (1839) Op. 51: Impromptu No. 3 in G-flat major (1843)
Diterbitkan selepas kematian beliau; Op. posth. 66: Fantaisie-Impromptu in C-sharp minor (1834)
8
d) Mazurkas
Op. 6, Four Mazurkas (1830)
No. 1: Mazurka in F-sharp minor No. 2: Mazurka in C-sharp minor No. 3: Mazurka in E major No. 4: Mazurka in E-flat minor
Op. 7, Five Mazurkas (1830-31) No. 1: Mazurka in B-flat major No. 2: Mazurka in A minor No. 3: Mazurka in F minor No. 4: Mazurka in A-flat major No. 5: Mazurka in C major
Op. 17, Four Mazurkas (1833) No. 1: Mazurka in B-flat major No. 2: Mazurka in E minor No. 3: Mazurka in A-flat major No. 4: Mazurka in A minor
Op. 24, Four Mazurkas (1835) No. 1: Mazurka in G minor No. 2: Mazurka in C major No. 3: Mazurka in A-flat major No. 4: Mazurka in B-flat minor
Op. 30, Four Mazurkas (1837) No. 1: Mazurka in C minor No. 2: Mazurka in B minor No. 3: Mazurka in D-flat major No. 4: Mazurka in C-sharp minor
Op. 33, Four Mazurkas (1838) No. 1: Mazurka in G-sharp minor No. 2: Mazurka in D major No. 3: Mazurka in C major No. 4: Mazurka in B minor
Op. 41, Four Mazurkas (1840) No. 1: Mazurka in C-sharp minor No. 2: Mazurka in E minor No. 3: Mazurka in B major No. 4: Mazurka in A-flat major
Mazurka in A minor (No. 50; "Notre Temps"; 1840; pub. 1841 in Six morceaux de salon, without Op. number; B. 134; KK IIb/4; S 2/4)
9
Mazurka in A minor (No. 51; "Émile Gaillard"; 1840; pub. 1841 in Album de pianistes polonais, without Op. number; B. 140; KK IIb/5; S 2/5)
Op. 50, Three Mazurkas (1842) No. 1: Mazurka in G major No. 2: Mazurka in A-flat major No. 3: Mazurka in C-sharp minor
Op. 56, Three Mazurkas (1844) No. 1: Mazurka in B major No. 2: Mazurka in C major No. 3: Mazurka in C minor
Op. 59, Three Mazurkas (1846) No. 1: Mazurka in A minor No. 2: Mazurka in A-flat major No. 3: Mazurka in F-sharp minor
Op. 63, Three Mazurkas (1847) No. 1: Mazurka in B major No. 2: Mazurka in F minor No. 3: Mazurka in C-sharp minor
Diterbitkan di Poland pada awal tahun berikut;
Two Mazurkas (tidak bernombor; 1826; pub. 1826, without Op. number; B. 16, KK IIa/2-3, S 1, No. 2):
a. Mazurka in G major b. Mazurka in B-flat major
Diterbitkan selepas kematian beliau;
Dengan nombor opus;
Op. posth. 67, Four Mazurkas (Nos. 42-45; pub. 1855):
No. 1: Mazurka in G major (1835)
No. 2: Mazurka in G minor (1849)
No. 3: Mazurka in C major (1835)
No. 4: Mazurka in A minor (1846)
Op. posth. 68, Four Mazurkas (Nos. 46-49; pub. 1855):
No. 1: Mazurka in C major (1827)
No. 2: Mazurka in A minor (1829)
No. 3: Mazurka in F major (1829)
No. 4: Mazurka in F minor (1849)
Tanpa nombor opus;
10
Mazurka in C major (1833; pub. 1870; B. 82; KK IVB/3; P 2/3) Mazurka in D major (1829; pub. 1875; B 31/71; KK IVa/7; P 1/7) Mazurka in B-flat major (1832; pub. 1909; B. 73; KK IVb/1; P 2/1) Mazurka in D major "Mazurek" (doubtful,1820?; pub. 1910; B. 4; KK Anh Ia/1; A 1/1) Mazurka in A-flat major (1834; pub. 1930; B. 85; KK IVb/4; P 2/4) Mazurka in D major (1832; pub. ?; P 2/2)
e) Nocturnes
Op. 9, Three Nocturnes: No. 1: Nocturne in B-flat minor (1830-1832) No. 2: Nocturne in E-flat major (1830-1832) No. 3: Nocturne in B major (1830-1832)
Op. 15, Three Nocturnes: No. 1: Nocturne in F major (1830–1831) No. 2: Nocturne in F-sharp major (1830–1831) No. 3: Nocturne in G minor (1833)
Op. 27, Two Nocturnes: No. 1: Nocturne in C-sharp minor (1835) No. 2: Nocturne in D-flat major (1837)
Op. 32, Two Nocturnes: No. 1: Nocturne in B major (1836–1837) No. 2: Nocturne in A-flat major (1836–1837)
Op. 37, Two Nocturnes: No. 1: Nocturne in G minor (1840) No. 2: Nocturne in G major (1840)
Op. 48, Two Nocturnes: No. 1: Nocturne in C minor (1841) No. 2: Nocturne in F-sharp minor (1841)
Op. 55, Two Nocturnes: No. 1: Nocturne in F minor (1844) No. 2: Nocturne in E-flat major (1844)
Op. 62, Two Nocturnes: No. 1: Nocturne in B major (1846) No. 2: Nocturne in E major (1846)
Diterbitkan selepas kematian beliau;Dengan nombor opus; Op. posth. 72:
No. 1: Nocturne in E minor (1827-29)
11
Tanpa nombor opus;
P. 1/16: Nocturne in C-sharp minor, Lento con gran espressione (1830) P. 2/8: Nocturne in C minor (1837) A. 1/6: Nocturne in C-sharp minor (Nocturne oubliée) (spurious)
f) Polonaises
Op. 26, Two Polonaises (1836) No. 1: Polonaise in C-sharp minor No. 2: Polonaise in E-flat minor
Op. 40, Two Polonaises (1841) No. 1: Polonaise in A major, Military No. 2: Polonaise in C minor
Op. 44: Polonaise in F-sharp minor (1841) Op. 53: Polonaise in A-flat major, Heroic or Drum (1843) Op. 61: Polonaise-Fantaisie in A-flat major (1846)
Diterbitkan di Poland pada awal tahun berikut;
KK IIa No. 1: Polonaise in G minor (1817)
Diterbitkan selepas kematian
Dengan nombor opus
Op. posth. 71, Three Polonaises: No. 1: Polonaise in D minor (1825) No. 2: Polonaise in B-flat major (1828) No. 3: Polonaise in F minor (1828)
Tanpa nombor opus
KK IVa, Five Polonaises: No. 1: Polonaise in B-flat major (1817) No. 2: Polonaise in A-flat major (1821) No. 3: Polonaise in G-sharp minor (1822) No. 5: Polonaise in B-flat minor, Adieu à Guillaume Kolberg (1826) No. 8: Polonaise in G-flat major (1829).
g) Preludes
Op. 28, 24 Preludes: No. 1: Prelude in C major (composed 1839)
12
No. 2: Prelude in A minor (1838) No. 3: Prelude in G major (1838–1839) No. 4: Prelude in E minor (1838) No. 5: Prelude in D major (1838–1839) No. 6: Prelude in B minor (1838–1839) No. 7: Prelude in A major (1836) No. 8: Prelude in F-sharp minor (1838–1839) No. 9: Prelude in E major (1838–1839) No. 10: Prelude in C-sharp minor (1838–1839) No. 11: Prelude in B major (1838–1839) No. 12: Prelude in G-sharp minor (1838–1839) No. 13: Prelude in F-sharp major (1838–1839) No. 14: Prelude in E-flat minor (1838–1839) No. 15: Prelude in D-flat major, Raindrop (1838–1839) No. 16: Prelude in B-flat minor (1838–1839) No. 17: Prelude in A-flat major (1836) No. 18: Prelude in F minor (1838–1839) No. 19: Prelude in E-flat major (1838–1839) No. 20: Prelude in C minor, Chord or Funeral March (1838–1839) No. 21: Prelude in B-flat major (1838–1839) No. 22: Prelude in G minor (1838–1839) No. 23: Prelude in F major (1838–1839) No. 24: Prelude in D minor (1838–1839)
Op. 45: Prelude in C-sharp minor (1841)
Diterbitkan selepas kematian beliau;
P. 2/7: Prelude in A-flat major (1834, published 1918; ded. Pierre Wolff) A. 1/2: Prelude in F major Prelude in E-flat minor, Devil's Trill
h) Rondos
Op. 1: Rondo in C minor (1825; arr. piano 4-hands 1834) Op. 5: Rondo à la mazur in F major (1826) Op. 14: Rondo à la Krakowiak in F major, with orchestra (1828) Op. 16: Rondo in E-flat major (1832)
Diterbitkan selepas kematian beliau;
Op. posth. 73: Rondo in C major for two pianos (1828; arr. piano solo 1840)
13
i) Scherzos
Op. 20: Scherzo No. 1 in B minor (1831) Op. 31: Scherzo No. 2 in B-flat minor (1837) Op. 39: Scherzo No. 3 in C-sharp minor (1839) Op. 54: Scherzo No. 4 in E major (1843)
j) Sonatas
Op. 35: Piano Sonata No. 2 in B-flat minor, Funeral March (1839) Op. 58: Piano Sonata No. 3 in B minor (1844)
Diterbitkan selepas kematian beliau;
Op. 4: Piano Sonata No. 1 in C minor (1828; pub. 1851)
k) Variasi
Op. 12: Variations brillantes in B-flat major on "Je vends des scapulaires" from Hérold's Ludovic (1833)
B. 113: Variation in E for Hexameron (1837; pub. 1839)
Diterbitkan selepas kematian beliau;
B.9: Variations in E for flute and piano on "Non più mesta" from Rossini's La Cenerentola, KK. Anh. Ia/5, (? 1824; pub. 1955) [1]
KK. IVa/6: Introduction, Theme and Variations in D on a Venetian air, piano 4-hands (1826; pub 1965)
B. 12a: Variations in D major or B minor on an Irish National Air (from Thomas Moore) for 2 pianos, P. 1/6 (1826)
B. 14: Variations in E major on the air "Der Schweizerbub: Steh'auf, steh'auf o du Schweitzer Bub", a.k.a. Introduction et Variations sur un Lied allemand (1826; pub. 1851)
B. 37: Variations in A, Souvenir de Paganini (1829; pub. 1881)
Karya yang telah hilang;
KK. Ve/9: Variations, (January 1818) KK. Vb/2: Variations in F, piano 4-hands or 2 pianos (1826) KK. VIIa/3: Variations on a Ukrainian Dumka for violin and piano, by Antoni Radziwill,
completed by Chopin (by June 1830)
14
l) Waltzes
Op. 18: Grande valse brillante in E-flat major (1833) Op. 34, Trois grandes valses brillantes:
No. 1: Waltz in A-flat major (1835) No. 2: Waltz in A minor (1831) No. 3: Waltz in F major (1838)
Op. 42: Waltz in A-flat major (1840) Op. 64, Three Waltzes:
No. 1: Waltz in D-flat major, Minute Waltz (1847) No. 2: Waltz in C-sharp minor (1847) No. 3: Waltz in A-flat major (1847)
Diterbitkan selepas kematian beliau;
Dengan nombor opus
1852: Two Waltzes, Op. posth. 69: No. 1: Waltz in A-flat major, L'Adieu (1835) No. 2: Waltz in B minor (1829)
1855: Three Waltzes, Op. posth. 70: No. 1: Waltz in G-flat major (1832) No. 2: Waltz in F minor (1841) No. 3: Waltz in D-flat major (1829)
Tanpa nombor opus;
1868: Waltz in E minor, B. 56, KK IVa/15, P. 1/15 1871-72: Waltz in E major, B. 44, KK IVa/12, P. 1/12 1902: Waltz in A-flat major, B. 21, KK IVa/13, P. 1/13 1902: Waltz in E-flat major, B. 46, KK IVa/14, P. 1/14 1955: Waltz in A minor, B. 150, KK IVb/11, P. 2/11 1955: Waltz in E-flat major (Sostenuto), B. 133, KK IVb/10 (not always classified as a
waltz) 1932: Waltz in F-sharp minor, Valse mélancolique, KK Ib/7, A. 1/7. Reattributed to Charles
Meyer as Le regret, Op. 332
m) Pelbagai karya untuk piano solo lain
Op. 19: Bolero in A minor (1833) Op. 22: Andante spianato in G major (1831) Op. 43: Tarantelle in A-flat major(1841) Op. 46: Allegro de Concert in A major (1841) Op. 49: Fantaisie in F minor(1841)
15
Op. 57: Berceuse in D-flat major (1843-44) Op. 60: Barcarole in F-sharp major (1845-46)
Diterbitkan selepas kematian beliau;
Dengan nombor opus
Op. posth. 72: No. 2: Marche funèbre in C minor (1829; B.20) No. 3: Three Écossaises (1830)
No. 1 in D major No. 2 in G major No. 3 in D-flat major
Tanpa nombor opus;
B. 17: Contredanse in G-flat major (doubtful) B. 84: Cantabile in B-flat major B. 109: Largo in E-flat major B. 117: Andantino in G minor (arr. of the piano part of the song Wiosna; 5 different MS
exist) B. 129a: Canon in F minor (unfinished) B. 133: Klavierstück in E-flat "Sostenuto" (1840; sometimes classified as a waltz) B. 144: Fugue in A minor B. 151: Album Leaf (Moderato) in E major B. 160b: 2 Bourrées P. 2/13: Galopp in A-flat (Galop Marquis) KK. Vb/1: Andante dolente in B-flat minor (lost) KK. Ve/3: Écossaise (? date; lost) KK. Vb/9: Écossaise in B-flat major (1827; lost) KK. VIIa/2: 3 Fugues (A minor, F major, D minor; arr. from Cherubini's Cours de
contrepoint et de fugue)
3.2.2 Piano Dan Orkestra
a) Concertos
Op. 11: Piano Concerto No. 1 in E minor (composed 1830) Op. 21: Piano Concerto No. 2 in F minor (1829–1830)
16
b) Pelbagai
Op. 2: Variations on "Là ci darem la mano" dari Mozart's Don Giovanni, in B-flat major (1827)
Op. 13: Fantasy on Polish Airs, in A major (1828) Op. 14: Rondo à la Krakowiak, in F major (1828) Op. 22: Andante spianato et grande polonaise brillante, in E-flat major (1830–1831)
3.2.3 Cello Dan Piano
B. 70: Grand Duo concertant in E major (1832; written jointly with Auguste Franchomme) Op. 3: Introduction and Polonaise brillante in C major (1829–1830) Op. 65: Cello Sonata in G minor (1845–46)
3.2.4 Violin, Cello dan Piano
Op. 8: Trio for Violin, Cello and Piano in G minor (1830)
Dengan nombor opus
Op. posth. 74, 17 Songs (1829–1847; Polish) No. 1 The Wish (Życzenie) (1829) No. 2 Spring (Wiosna) (1838) No. 3 The Sad River (Smutna Rzeka) (1831) No. 4 Merrymaking (Hulanka) (1830) No. 5 What She Likes (Gdzie lubi) (1829) No. 6 Out of My Sight (Precz z moich oczu) (1830) No. 7 The Messenger (Poseł) (1830) No. 8 Handsome Lad (Śliczny chłopiec) (1841) No. 9 From the Mountains, Where They Carried Heavy Crosses [Melody] (Z gór, gdzie
dźwigali strasznych krzyżów brzemię [Melodia]) (1847) No. 10 The Warrior (Wojak) (1830) No. 11 The Double-End (Dwojaki koniec) (1845) No. 12 My Darling (Moja pieszczotka) (1837) No. 13 I Want What I Have Not (Nie ma czego trzeba) (1845) No. 14 The Ring (Pierścień) (1836) No. 15 The Bridegroom (Narzeczony) (1831) No. 16 Lithuanian Song (Piosnka litewska) (1831) No. 17 Leaves are Falling, Hymn from the Tomb (Śpiew z mogiłki) (1836)
17
Tanpa nombor opus;
Enchantment (Czary) (1830) Reverie (Dumka) (1840)
18
1. GENRE ZAMAN KLASIKAL
Majoriti karya ciptaan solo beliau adalah dalam bentuk yang lebih pendek. Karya ciptaan
Chopin termasuk 20 nocturnes, 25 preludes, 17 waltzes, 15 polonaises, 58 mazurkas dan 27
etudes. Pendekatan Chopin dalam muzik iaitu genre dan genre tajuk adalah antara yang paling
menarik dan radikal penggubah muzik. Dia berada pada peralihan Zaman Klasikal dan Zaman
Romantis. Bagaimanapun, dia telah membuat dua sumbangan yang besar kepada pemahaman
kita terhadap genre dalam abad Kesembilan belas. Genre muzik Chopin berkaitan dengan
pemain piano pasca-klasik yang popular.
3.3 Rondo
Banyak gerakan muzik klasikal menggunakan bentuk rondo. Bentuk rondo juga digunakan
sebagai gubahan tersendiri atau sebahagian daripada gerakan sesebuah simfoni atau sonata.
Rondo selalu digunakan pada akhir muzik kerana sifatnya yang membawa mud riang yang
sesuainuntuk memberikan kesudahan yang berkesan. Rondo yang muncul dalam Chopin oeuvre
sebagai karya ciptaan lima kali, dalam beberapa tahun beliau muda di Warsaw dan kemudiannya
beliau awal tempoh Paris (1833). Hasil ciptaan karya rondo pertama Chopin ialah Rondo in C
minor, Op. 1 (1825). Ini merupakan karya beliau yang mengikut ciri muzik klasikal. Antara
karya ciptaan genre rondo beliau seperti berikut:
Op. 1: Rondo in C minor (1825; arr. piano 4-hands 1834) Op. 5: Rondo à la mazur in F major (1826) Op. 14: Rondo à la Krakowiak in F major, with orchestra (1828) Op. 16: Rondo in E-flat major (1832)
3.4 Sonata
Terminologi sonata form merujuk bentuk satu pergerakan atau bahagian. Sonata form
berlainan daripada sonata iaitu ciptaan muzik untuk sejenis atau dua jenis alat muzik selalunya
piano dan violin dan mempunyai beberapa pergerakan. Permulaan muzik dengan pergerakan laju
bagi sesuatu simfoni klasikal. Chopin menduduki tempat yang luar biasa dalam sejarah muzik
19
abad Kesembilan belas, bersama-sama dengan kerja-kerja ciptaan karya indah Beethoven,
Schubert, Liszt dan Brahms. Karya ciptaan Chopin terdiri empat sonata2 yang diberi di bawah:
Sonata in C minor, Op. 4 (dicipta 1827-1828, pertama kali diterbitkan pada 1851)
Sonata in B flat minor, Op.35 (Funeral March 1837, disiapkan 1839, diterbitkan pada
1840)
Sonata in B minor, Op. 58 (1844, diterbitkan pada 1845)
Sonata in G minor untuk piano dan cello, Op. 65(1846-1847, diterbitkan pada 1847)
3.5 Concerto ( konserto) Orkestra
Konserto klasikal ialah gubahan yang mempunyai tiga pergerakan untuk seorang solois
instrumental dan orkestra. Konserto orkestra menggabungkan kemahiran solois bermain alat
muzik, ton warna dan dinamik yang luas dihasilkan oleh orkestra. Minat masyarakat klasikal
terhadap keseimbangan dapat dilihat dalam persembahan konserto kerana peranan solois dan
orkestra adalah sama penting. Chopin telah mencipta dua konserto piano iaitu:
Concerto in F minor, Op. 21 (ditulis 1829-1830, diterbitkan pada 1836)
Concerto in E minor, Op. 11 (ditulis 1830. Diterbitkan pada 1833)
3.6 Muzik Kamar Klasikal (Chamber Muzik Classical)
Muzik kamar klasikal telah digubah dan susunan sesebuah bilik di rumah atau sesuatu tempat
sebagai ganti dewan konsert umum. Muzik kamar ini lebih rinfan bunyinya daripada muzik
orkestra simfoni. Pada zaman klasikal, muzik kamar menjadi satu aktiviti berprestij bagi
aristokrat dan orang kaya dengan rakan-rakan. Antara hasil ciptaan karya Chopin ialah seperti
berikut:
Trio in G minor, Op.8 -Piano, violin dan cello(1829, diterbitkan pada 1832-1833)
Polonaise brillante, in C major, Op. 3 – piano dan cello (1829 di rumah memburu
Duke Radziwill)
Grand Duo concerto in E major, Op. 16 –piano dan cello , dicipta bersama cellois
Auguste Franchomme (1832)
2 Sumber dari http://en.chopin.nifc.pl/chopin/genre/detail/id/8
20
Sonata in G minor, Op.65
2. KERATAN KARYA
3.7 CD video
21
“ Piano Concerto No. 1 in E minor, Op.11 ”
http://www.youtube.com/watch?v=mEFc-5Xturo
Sinopsis
Menampilkan pemain piano Daniil Trifonov mempersembahkan Chopin, Piano Concerto
no. 1 in E minor, op. 11, dengan iringan orchestra dari The Israel Philharmonic Orchestra,
dipimpin oleh Asher Fisch, di Arthur Rubinstein Piano Master Competition (May 2011,
Tel Aviv). The Arthur Rubinstein International Piano Master Competition merupakan
pertandingan piano klasikal antarabangsa, yang diplopori oleh oleh Arthur Rubinstein.
Pertandingan ini diadakah tiga tahun sekali di Tel Aviv, Israel, semenjak tahun 1974.
3.8 Keratan Ciptaan Karya “Piano Concerto No.1 in E minor, Op.11” (Piano)
(sila rujuk pada lampiran)
22
3. ANALISA KARYA
23
6.1 Latar Belakang Karya
Chopin telah mencipta karya “Piano Concerto No.1 in E minor, Op.11” ini pada tahun
1830. Karya ini pertama kali dipersembahan secara solois pada 11 October pada tahun yang
sama dia berada di Warsaw. Orkestra yang mengiringi persembahan ini terdiri daripada dua
flute, dua clarinet, dua basoon, empat horn, dua trumpet, trombon, timpani and alat muzik
bertali. Persembahan ini mengambil masa tiga puluh sembilan minit dipersembahkan.
Kumpulan orkestra Chicago simfoni merupakan kumpulan orkestra pertama yang
membuat persembahan karya pertama Concerto Chopin, yang diadakan di Auditorium Teater
pada 17 dan 18 Februari 1899. Dengan menampilkan Emil Sauer sebagai solois piano utama dan
orkestra yang dipimpin oleh Theodore Thomas.
Pada Setember 1831, Chopin telah sampai ke Paris, iaitu tempat kelahiran Berlioz,
Rossini, dan Liszt, penulis Honore de Balzac dan Victor Hugo, dan pelukis terkenal Jean-
Baptiste dan Eugene Delacroix. Kedatangan beliau ke Paris membuka mata setiap pengemar
muzik dan mengagumi beliau.
Chopin sudah terkenal sebelum datang ke Paris. Dia berpindah ke Paris ketika dia
berumur 21 tahun, meninggalkan kampung halamannya Poland. Nama baptis beliau ialah
Fryderyk Franciszek tetapi telah mengubah nama beliau kepada Frederic. Tiga bulan berada di
Paris, Robert Schumann telah menulis rebiu mengenai beliau yang diterbitkan di “La ci darem la
mano” dari Mozart Don Giovanni yang menyatakan “buka topi sekalian,.ada seorang genius”
walaupun Chopin belum memainkan sebarang karya kepada masyarakat Paris di kalayak umum.
Chopin telah menumpukan perhatian kepada karya ciptaannya iaitu piano concerto in F
major yang dikenali sebagai no.2. Walaupun karya tersebut ditulis sebelum concerto in E minor,
itu merupakan karya pertama beliau persembahkan di kalayak umum di Warsaw pada 17
Mac,1830. Beliau sudah dianggap sebagai wira negara. Pada 26 Februari 1832, merupakan
penampilan pertama beliau dalam concerto di Paris. Komposer Liszt dan Mendelssohn telah
menghadiri persembahan beliau dan beliau mendapat banyak pujian dari masyarakat Paris.
keberanian Chopin sendiri dan keberanian yang jelas hanya kelihatan apabila dia
dihidupkan dengan keyboard. Pada pergerakaan pertama concerto dalam E minor, muzik mula
hidup dengan alunan piano. Tiba-tiba, alunan sama yang didengar tidak diduga dan bunyi yang
mengiringi yang dimainkan oleh orkestra seolah-olah tersendiri, syair dan ciptaan yang
24
berkekalan. Di penjarian indah Chopin, concerto itu menjadi sebuah Monolog; ia seperti berada
di muzik kamar yang berhubung secara halus antara solo dan ensemble yang mempunyai
karakter karya Mozart atau dialog Epik mengenai Beethoven. Orkestra menjadi tuan rumah yang
mengiringi serta menjadi rakan kongsi yang tidak boleh diketepikan yang memperkenalkan
bahan, warna muzik dan menjadi sokongan kepada alunan muzik piano. Di karya demi karya,
Chopin menulis muzik tersebut dengan cemerlang, mulia, dan penuh dengan penuh dihiasi
emosi. Pergerakan pertama adalah besar dan fasih. Pergerakan yang kedua, dengan alat muzik
bertali disenyapkan, itu merupakan salah satu nocturnes awal Chopin, tanpa cetusan dramatik
tunggal lancar di permukaan yang tenang. Ini merupakan opera beliau, berputar lancar, sangat
dihiasi, melodi beralun dengan iringan. Pada kemuncak adalah polka pelbagai, dan seperti biasa
mengingatkan Chopin tetang tarian pada masa mudanya, disamping menggambarkan keteguhan
beliau dan bersemangat genius beliau.
.
6.2 Tekstur / Jalinan karya
Tekstur muzik pada concerto ini mempunyai lebih lapisan yang dimainkan bersama, ia
membentuk tekstur polifoni. Walaupun alunan piano tersendiri, namun iringan orkestra
menyokong antara satu sama lain dan memperkayakan ekspresi karya muzik tersebut. Okestra
akan dimainkan serentak pada babak pertama, alat muzik bertali akan menyusul dengan lagu
yang sama tetapi mereka bermula lambat sepuluh atau lebih bar kemudian dan diikuti oleh solois
piano.
6.3 Genre
Konserto klasikal ialah gubahan yang mempunyai tiga pergerakan untuk seorang solois
instrumental dan orkestra. Konserto orkestra menggabungkan kemahiran solois bermain alat
muzik, ton warna dan dinamik yang luas dihasilkan oleh orkestra. Minat masyarakat klasikal
terhadap keseimbangan dapat dilihat dalam persembahan konserto kerana peranan solois dan
orkestra adalah sama penting.
Concerto ini mempunyai tiga pergerakan iaitu pergerakan pertama ialah Allegro
maestoso iaitu Chopin menggabungkan sonata form dengan gaya yang unik tersendiri. Beliau
25
menggunakan imaginasi dan kreativiti dalam menggunakan alunan melodi dan tidak mengikut
ciri klasikal sonata. Walaubagaimanapun, ia menjadikan bunyi yang sedap dihayati. Pada
pergerakan kedua, Chopin menggunakan romance –larghetto iaitu bagi menggambarkan
perasaan yang kuat dan seseorang sedang mengingati semua kenangan indah seperti menanti
pancaran bulan waktu petang pada musim luruh. Dan pada pergerakan ketiga concerto ini,
Chopin menggunakan rondo-vivace iaitu ton muzik tarian tradisi Polish dalam genre rondo.
Chopin merupakan komposer yang unik dan genius.
6.4 Dinamik
Concerto ini ditulis untuk piano dan beberapa alat muzik untuk orkestra. Chopin banyak
menggunakan julat pertengahan dan tinggi not pada piano. Concerto ini banyak menggunakan
perubahan dinamik dari lembut ke keras (crescendo) dan dari keras ke lembut (decresscendo).
Ciri-ciri muzik klasikal juga terdapat pada karya ini iaitu perubahan tempo dengan cepat
(accelerando) dan lambat (ritardando).
6.5 Alat-alat muzik yang digunakan
Berikut adalah alat-alat muzik yang telah digunakan untuk concerto ini.
26
Tajuk Karya Piano Concerto No.1 Komposer Frédéric Chopin
Opus/No, Katalog Op.11 Key E minor
Pergerakan/seksyen
3 PergerakanI. Allegro maestosoII. Romance:Larghetto III. Rondo: Vivace
Tarikh 1830 Persembahan Pertama 1830-10-11 — Warsaw; Frédéric Chopin (piano)
Terbitan Pertama 1833 Dedikasi untuk Friedrich Wilhelm Kalkbrenner
Masa 40 minutes Stail Karya Romantic
Instrumen
Solo — pianoOrkestra —
2 flutes, 2 oboes, 2 clarinets, 2 bassoons,4 horns, 2 trumpets, trombone, timpani, strings
7 KESIMPULAN
27
Pada kesimpulannya, Frédéric Chopin merupakan komposer termasyhur di dunia pada abad
ke-19. Beliau merupakan komposer yang paling kreatif dalam sejarah muzik. Bentuk karya ciptaannya
menunjukkan hanya sedikit dipengaruhi oleh komposer yang lain. Beliau juga menulis sebahagian besar
karyanya dengan muzik piano. Dia menjadikan alat muzik itu bermadah dan bercerita dengan suatu cara
yang tidak pernah dibayangkan oleh pencipta lagu sebelumnya. Banyak karya milik Chopin juga
mempengaruhi komposer yang lain, khususnya Liszt yang juga seorang pemain piano. Piano Concerto in
E minor merupakan salah satu karya agung yang paling diminati oleh penggemar muzik kerana
pergerakan alunan muziknya yang sungguh mengasyikkan dan menimbulkan perasaan emosi yang luar
biasa.
8 RUJUKAN
28
1. Abbie Manaf (2005). Evolusi Seni Muzik: Istilah Muzik Bergambar. Selangor: Sejati
2. Abbie Manaf (2005). Evolusi Seni Muzik: Sejarah Muzik Barat. Selangor: Sejati
3. (French) Poliquin, Robert (2007-03-23). Catalogue des oeuvres "Catalogue of
Works". Music and Musicians. Retrieved 2007-04-08.
4. (French) Poliquin, Robert. "Works catalogues". Music and Musicians. Retrieved 2007-
04-08.
5. Kamien, R. (1996). Music: An appreciation (7th ed.). New York: McGraw-Hill
Companies.
6. Michael Kennedy, ed. (2004). The Concise Oxford dictionary of music. Oxford
University Press
7. Mueller, Roman (1997-11-18). "Frédéric François Chopin: Works List". Classical Net.
Retrieved 2007-04-08.
8. Newman, Danny. "Works by Frédéric François Chopin as compiled by Krystyna
Kobylanska" (TXT). Classical Archives. Archived from the original on 2007-02-
19. Retrieved 2007-04-08.
9. Prof Dr. Mansor Fadzil, Prof Dr. Widad Othman, (2011). OUM : HBMS1203
Pengajaran Muzik I. Selangor: Meteor Sdn. Bhd.
10. Prof Madya Zaharul Lailiddin Hj Saidon, Mohd Nizam Hj Nasrifan, (2011). OUM :
HBMS3103 Pengajaran Muzik IV. Selangor: Meteor Sdn. Bhd.
11. OUM, (2011). OUM : HBMS3403 Pengajaran Muzik IV. Selangor: Meteor Sdn. Bhd.
9 LAMPIRAN
29
30