Hbms4303 perancangan pengajaran muzik

15
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEPTEMBER 2014 (SMP KHAS) HBMS4303 PERANCANGAN PENGAJARAN MUZIK NAMA : SALLY BINTI JOHNNY @ NUR HIDAYAH BT JOHNNY ABDULLAH NO. MATRIKULASI : NO. KAD PENGNEALAN : NO. TELEFON : E-MEL :

Transcript of Hbms4303 perancangan pengajaran muzik

Page 1: Hbms4303 perancangan pengajaran muzik

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEPTEMBER 2014(SMP KHAS)

HBMS4303PERANCANGAN PENGAJARAN MUZIK

NAMA : SALLY BINTI JOHNNY @

NUR HIDAYAH BT JOHNNY

ABDULLAH

NO. MATRIKULASI :

NO. KAD PENGNEALAN :

NO. TELEFON :

E-MEL :

PUSAT PEMBELAJARAN : SABAH LEARNING CENTER

DISEDIAKAN UNTUK : PN. LUCY BINTI GAWIS @ NORANISSA ABDULLAH

Page 2: Hbms4303 perancangan pengajaran muzik

HBMS4303 PERANCANGAN PENGAJARAN MUZIK

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1 PENGENALAN 3

2 LAGU KBSR TAHAP II2.1 Gubahan Skor Lagu “Keselamatan Diri” 4

3 PERSEDIAAN PEDAGOGI3.0 Pengenalan3.1 Membuat Latihan Memanaskan Suara Dan Latihan Pernafasan3.2 Menentukan Bahagian Yang Susah Dalam Skor Muzik3.3 Strategi Mengajar Menyanyi Bahagian Yang Susah3.4 Membuat Latihan Mengikut Lapisan Suara3.5 Kaedah Mengajar Keseluruhan Skor Muzik

5 – 7

4 PERSEDIAAN LATIHAN4.1 Memilih Hari Untuk Sesi Latihan4.2 Menetapkan Kekerapan Sesi Latihan4.3 Tempat Latihan Koir4.4 Peruntukan Masa Untuk Sesi Latihan 4.5 Objektif Latihan

8 – 9

5. KESIMPULAN 10

6. RUJUKAN 11

7. LAMPIRAN 12

Muka surat 2

Page 3: Hbms4303 perancangan pengajaran muzik

HBMS4303 PERANCANGAN PENGAJARAN MUZIK

1. PENGENALAN

Pendidikan muzik kini bukan lagi suatu pendidikan yang harus diabaikan. Ini adalah

kerana melalui pendidikan muzik yang betul, kanak-kanak akan diserapkan dengan nilai-nilai

murni dan semangat patriotik. Yang mana, murid akan dididik untuk berfikir, berilmu

pengetahuan luas terutama dalam bidang muzik, beretika tinggi dan bijaksana serta dapat

mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi dengan lebih berkesan.

Oleh itu, koir iaitu dikenali sebagai kumpulan muzikal vokal yang beramai-ramai

yang membentuk satu nyanyian yang harmoni merupakan salah satu ensembel muzik yang

dianggap sebagai rekreasi atau ksenggangan yang amat sesuai sebagai pilihan aktiviti

kokurikulum di sekolah-sekolah. Pembentukan kumpulan koir dalam sesebuah sekolah

sedikit banyak memberi penekanan ke arah pembentukan kualiti diri dan sahsiah murid yang

merangkumi aspek perasaan, kreativiti, nilai sosialisasi, estetika dan etika. Di samping itu, ia

juga sebagai pendorong yang berungsi sebagai penggerak minda untuk berfikir dengan lebih

ke arah peningkatan diri, penglibatan dalam aktiviti koir yang memerlukan komitmen dan

disiplin diri yang tinggi.

Muka surat 3

Page 4: Hbms4303 perancangan pengajaran muzik

HBMS4303 PERANCANGAN PENGAJARAN MUZIK

2. GUBAHAN LAGU “ KESELAMATAN DIRI”

Muka surat 4

Page 5: Hbms4303 perancangan pengajaran muzik

HBMS4303 PERANCANGAN PENGAJARAN MUZIK

3. PERSEDIAAN PEDAGOGI

3.0 Pengenalan

Pengajaran dan pembelajaran koir di sekolah bukanlah sesuatu yang baru diwujudkan.

Tidak dinafikan bahawa perkara ini makin hari makin lebih diberi perhatian oleh pendidik-

pendidik muzik. Sesetengah sekolah mampu membiayai tenaga pengajar dari luar namun

begitu ini menelan belanja yang besar. Melihat kepada matlamat program Pendidikan Muzik

di peringkat persekolahan, nyata sekali mata pelajaran ini adalah ke arah pendidikan estetik

yang tidak kurang pentingnya dalam perkembangan individu yang seimbang. Hal ini perlu

dipandang serius lebih-lebih lagi pada masa munculnya banyak informasi dan dapatan baru

tentang perkembangan individu seperti pelbagai kecerdasan dan kecerdasan emosi yang

mengambil kira unsur-unsur afektif dalam usaha mencapai kecemerlangan.

Dalam teori pelbagai kecerdasan (Multiple Intelligence) oleh Garder (1983), muzik

diperakukan sebagai satu kecerdasan manusia kepada lapan kategori; iaitu kecerdasan verbal-

linguistik (mendengar, bertutur, membaca, menulis, membuat encoding dan decoding

bahasa), kecerdasan logik iaitu matematik (menyelesaikan masalah, penaakulan, logik dan

kemahiran nombor), kecerdasan visual spatial (berkaitan dengan arah, arkitek, penyusunan

dan hiasan), kecerdasan muzikal (mengarang, menggayakan, menghayati dan mengenal

muzik), kecerdasan interpersonal (empati, mudah memahami, menyelesaikan konflik,

kemahiran mencari konsensus, kecerdasan kinestatik (menari, melompat, membuat

pergerakan), dan kecerdasan naturalis (mengenal pasti, membuat kategori mengenai alam).

Potensi individu dalam aspek ini telah dibuktikan melalui kajian saintifik dan maka itu

terpulang kepada kita sebagai guru untuk mengeksplotasinya ke arah pembinaan insan yang

seimbang dan berketampilan.

Guru-guru muzik di sekolah dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan hakikat

ini. Ini hanya boleh dibuat dengan penglibatan murid-murid sekolah dalam aktiviti-aktiviti

yang berunsurkan muzik seperti kumpulan koir sekolah. Koir sekolah tidak diterapkan dalam

kurikulum sekolah, tetapi adalah salah satu komponen dalam Ko-Kurikulum sekolah.

Biasanya latihan untuk mengajar sesuatu kumpulan itu dijalankan selepas waktu

persekolahan dan bukan sewaktu pengajaran dan pembelajaran (pdp) sekolah dijalankan.

Bagaimanapun, hampir setiap sekolah mempunyai koir sekolah yang tersendiri.

Muka surat 5

Page 6: Hbms4303 perancangan pengajaran muzik

HBMS4303 PERANCANGAN PENGAJARAN MUZIK

Untuk mengendalikan sesebuah koir sekolah itu bukanlah mudah mengekalkan kualiti

sesebuah koir itu merupakan satu cabaran yang besar, khasnya kepada pendidik-pendidik

muzik. Ini adalah kerana latar belakang ahli-ahli koir juga merupakan satu faktor yang

menyumbang kepada pengekalan kualiti.

Mengikut Van A. Christy (1990), menyanyi merupakan sifat semulajadi manusia di mana ahli

antropologi sendiri mendapati bahawa nyanyian dalam semua jenis budaya sejak zaman

dahulu. Misalnya, nyanyian dodoi (lullaby) membantu kanak-kanak mempelajari sesuatu

bahasa serta membantu dalam koordinasi pergerakan. Di samping itu, menyanyi juga

menyampaikan kasih sayang atau cinta yang begitu mendalam.

3.1 Membuat Latihan Memanaskan Suara Dan Latihan Pernafasan

Aktiviti memanaskan suara amat penting kerana aktiviti ini harus dilakukan sebelum

latihan. Bagi sesi latihan terdapat pelbagai teknik boleh guru buat. Pemanasan vokal penting

kerana ia banyak mempengaruhi kualiti nyanyian ahli kumpulan koir. Latihan pernafasan

pula boleh dibuat sama ada melatih mengendalikan sistem pernafasan bagi sesuatu vokal

yang panjang, pendek, terhenti-henti dan sebagainya.

3.2 Menentukan Bahagian yang Susah dalam Skor Muzik

Sebelum latihan koir dimulakan, adalah baik bagi guru untuk mengenal pasti

bahagian-bahagian yang terdapat dalam skor lagu yang dirasakan akan menimbulkan masalah

kepada murid kelak. Yang mana bahagian yang susah ini selalunya melibatkan corak irama

yang kompleks. Oleh itu, murid-murid perlu diajar menyanyikan keseluruhan lagu untuk

merasai konsep-konsep muzik yang terdapat dalam skor lagu seperti detik, tekanan, corak

irama, sinkopasi dan lain-lain. Melalui pengukuhan konsep-konsep muzik sewaktu latihan

koir, murid-murid juga secara tidak langsung memahami dan merasai nilai not, nama not dan

tanda rehat. Sebagai contoh dalam latihan koir, adalah lebih baik jika diperkukuhkan dahulu

corak irama yang terdapat di dalam skor dengan cara:

(a) menyebut lirik lagu mengikut irama lagu.

(b) Sebutan Perancis.

(c) Sebutan Kodaly.

(d) Tepuk irama ostinato mengiringi sebutan lirik.

Muka surat 6

Page 7: Hbms4303 perancangan pengajaran muzik

HBMS4303 PERANCANGAN PENGAJARAN MUZIK

3.3 Strategi Mengajar Menyanyi Bahagian Yang Susah

Apabila bahagian yang susah telah dikenal pasti, latihan boleh dijalankan secara

berperingkat dilakukan. Guru akan melatih murid pada bahagian yang susah berulangkali

sehingga murid dapat menguasai dan menyanyikan dengan corak irama yang betul. Setelah

masalah pada bahagian berikut dapat diatasi, barulah lagu itu dimainkan dari mula

sehinggalah selesai. Bahagain yang susah perlu diatasi terlebih dahulu. Oleh itu, murid perlu

sentiasa berlatih bahagian yang susah untuk pengukuhan kerana kadangkala ada diantara

murid mudah lupa.

3.4 Membuat Latihan Mengikut Lapisan Suara

Sebagai asasnya, guru vokal sedia memahami tentang lapisan suara dalam kumpulan

koir. Oleh itu, ahli kumpulan koir harus menguasai melodi asas lagu tersebut sebelum

mempelajari bahagian lapisan suara lain. Dengan ini, guru akan melatih ahli kumpulan koir

yang menyanyikan lapisan suara alto secara berperingkat agar mereka tidak terikut-ikut serta

terpengaruh dengan lapisan suara soprano secara berasingan. Apabila ahli kumpulan koir

yang menyanyikan lapisan suara alto menguasai nada, barulah lagu itu dinyanyikan secara

serentak. Guru juga harus peka akan kesilapan nada yang dinyanyikan oleh dua lapisan suara

bagi mengurangkan risiko lagu tersebut kedengaran sumbang dinyanyikan.

3.5 Kaedah Mengajar Keseluruhan Skor Muzik

Dalam kumpulan koir yang terdiri daripada dua suara iaitu soprano dan alto, setiap

ahli mestilah mahir dalam bahagian masing-masing. Disini, setiap murid perlu memastikan

mereka dapat menyanyikan dan menguasai lapisan bahagian masing-masing terlebih dahulu

sebelum penggabungan suara. Apabila ahli kumpulan koir dapat menguasai dan menyanyikan

mengikut lapisan suara masing-masing, barulah dimasukakan latihan mengenai elemen-

elemen interpretasi sesuatu muzik itu seperti dinamik, phrasing, ekspresi dan sebagainya.

Muka surat 7

Page 8: Hbms4303 perancangan pengajaran muzik

HBMS4303 PERANCANGAN PENGAJARAN MUZIK

4. PERSEDIAAN LATIHAN

Salah satu kejayaan dalam apa jua bidang ialah latihan. Latihan yang baik

memerlukan perancangan serta strategi yang akan membawa kepada objektif yang ingin

dicapai. Setiap perancangan haru dilaksanakan secara sistematik dan terperinci. Jadual latihan

yang terperinci perlu disediakanuntuk panduan semuapihak yang terlibat agar segala aktiviti

dapat dilaksanakan tanpa sebarang gangguan. Papan kenyataan perlu diadakan bagi

memudahkan setiap ahli menerima maklumat dengan tepat serta sentiasa dikemasikinikan

bagi menggelakkan kekeliruan. Guru muzik juga bertanggungjawab untuk membentuk serta

membuat persediaan yang terbaik untuk program muzik yang akan dilaksanakan.

4.1 Memilih Hari Untuk Sesi Latihan

Guru perlu berbincang dengan pihak pentadbiran sekolah, guru-guru pembantu serta

murid dalam menetapkan hari serta kekerapan untuk latihan. Guru tidak sepatutnya hanya

melihat kepada jadual peribadi semata-mata. Terdapat beberapa masalah yang mungkin

timbul jika latihan dibuat tanpa berbincang dengan pihak-pihak terbabit dan ianya akan

memberi kesan kepada kehadiran ahli dalam latihan. Ibu bapa terutamanya perlu

dimaklumkan tentang jadual latihan kerana kehadiran murid juga melibatkan perancangan

masa dan keselesaan ibubapa. Sebagai contoh, ada mungkin terdapat murid yang berbakat

dan amat diperlukan dalam koir tetapi pada masa latihan, murid tersebut ada komitmen lain

seperti menghadiri kelas tusyen dan sebagainya.

4.2 Menetapkan Kekerapan Sesi Latihan

Kekerapan masa boleh ditetapkan dari awal dalam membuat perancang penubuhan

koir. Guru boleh menetapkan seminggu sekali pada waktu-waktu yang dirancang bersama

pihak kokurikulum sekolah. Latihan mingguan ini melibatkan ahli-ahli yang dipilih awal

dalam kelab koir melalui sesi uji bakat atau pilihan sendiri oleh murid. Kekerapan hari latihan

mingguan semestinya sudah sedia dimaklumkan kepada murid dan ibu bapa dan

berkemungkinan tiada masalah. Latihan seminggu sekali biasanya dalam dua jam seminggu

melihatkan perancangan program latihan yang dirancang awal. Namun begitu, jika sekiranya

kumpulan tersebut akan memasuki pertandingan maka sesi latihan perlu dilakukan sekerap

mungkin. Oleh itu, guru juga perlu memaklumkan kepada pihak ibu bapa tentang jadual

latihan intensif yang akan diadakan.

Muka surat 8

Page 9: Hbms4303 perancangan pengajaran muzik

HBMS4303 PERANCANGAN PENGAJARAN MUZIK

4.3 Tempat Latihan Koir

Tempat latihan boleh ditentukan oleh pihak sekolah. Bagi sekolah yang mempunyai

bilik muzik yang khas, latihan boleh dijalankan di situ. Namun begitu jika kumpulan koir

mempunyai bilangan ahli yang ramai, berkemungkinan tempat itu tidak sesuai lagi. Latihan

boleh dijalankan di dewan, di bilik darjah yang disusun atur semula atau di ruang-ruang yang

selesa.

Namun begitu, terdapat beberapa aspek yang perlu guru pertimbangkan dalam menentukan

tempat iaitu seperti berikut:

i. Keselesaan semasa latihan, tidak panas dan berhimpit-himpit.

ii. Mempunyai peralatan seperti alat muzik iringan dan radio

iii. Tiada gangguan bising dari luar seperti bunyi kenderaan di jalan raya tanpa henti-

henti atau berhampiran kilang

iv. Tiada gangguan pelajar yang tidak terlibat di sebelah luar bilik latihan

v. Tidak menganggu pengajaran dan pembelajaran kelas-kelas bersebelahan.

4.4 Peruntukan Masa Untuk Sesi Latihan

Setiap sesi latihan sebaik-baiknya masa diperuntukkan adalah 2 jam. Jika masa yang

diperuntukkan terlalu pendek atau singkat, dikhuatiri objektif sesi latihan pada hari tersebut

tidak tercapai memandangkan terdapat beberapa bahagian yang perlu diajar serta dikuasai

oleh ahli kumpulan koir. Namun begitu, jika masa yang diperuntukkan terlalu panjang, ia

boleh menyumbang kepada kebosanan dan keletihan kepada ahli. Sebagai contoh, guru

terlalu leka sehingga tidak menyedari masa latihan telah tamat, ahli kumpulan yang sudah

letih akan tidak bermotivasi serta menganggu ahli-ahli yang lain dengan bercerita atau

membuat latihan sambil lewa. Ini akan memberi kesan kepada sesi latihan akan datang.

4.5 Objektif Latihan

Guru perlulah menetapkan objektif bagi setiap kali sesi latihan. Ini bagi memastikan

setiap bahagian dalam skor lagu tersebut diajar dan dilatih dengan sempurna sebelum

menggabungkan dua lapisan suara. Penetapan objektif ini akan memastikan tiada pertindihan

berlaku dan sekali gus mengelakkan pembaziran masa.

Muka surat 9

Page 10: Hbms4303 perancangan pengajaran muzik

HBMS4303 PERANCANGAN PENGAJARAN MUZIK

5. KESIMPULAN

Dengan penelitian kesesuaian gubahan skor lagu, perancangan serta persediaan dari

segi pedagogi dan latihan yang telah dibuat dengan teratur dan teliti, sebuah kumpulan koir

dapat dihasilkan dengan berkesan dan berkualiti. Ketegasan guru, disiplin dan komitmen

murid serta kerjasama dalam kumpulan koir amatlah penting bagi menubuhkan kumpulan

koir yang berkualiti. Pujian atau motivasi perlu diberikan sebagai peransang dan dorongan

kepada murid-murid untuk bersungguh-sungguh berlatih dan yakin semasa untuk membuat

latihan.

Muka surat 10

Page 11: Hbms4303 perancangan pengajaran muzik

HBMS4303 PERANCANGAN PENGAJARAN MUZIK

6. RUJUKAN

1. Abdul Fatah Karim (1999). Panduan harmoni asas dalam muzik. Kuala Lumpur:

Penerbit Universiti Malays.

2. Abdullah, J. (1993). Pendidikan muzik semasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &

Pustaka

3. Abdullah, J. (2002) Music Education in Malaysia: The Current Reality: Paper

presented at the 1st Malaysian National Conference for Music Education

PWTC, Kuala Lumpur, Malaysia, July,2002.

4. Ayob, A. (2008). Merekayasa Sebuah Universiti Pendidikan Gemilang. Paper

Presented at Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Malaysia,

January, 2008

5. Cambell & Kassner (1995). Music In Childhood. New York: Schirmer Books.

6. Kwami, R. (2001). ‘Music education in and for a pluralist society’, Issues in music

teaching. London: RoutledgeFalmer.

7. Kementerian Pendidikan Malaysia (1983). Sukatan pelajaran sekolah rendah: muzik

(1983). Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia.

8. Kementerian Pendidikan Malaysia (1995). Sukatan pelajaran sekolah rendah:

pendidikan muzik (1995). Malaysia: Pusat Perkembangan Kurikulum.

9. Reimer, B. (1989). A philosophy of music education. 2nd ed. Englewood Cliffs, NJ:

Apprentice-Hall.

10. Volk, T. (1998). Music, education, and multiculturalism: foundations and principles.

New York: Oxford University Press.

11. Walker, R. (1996). ‘Music education freed from colonialism: a new praxis’,

International Journal of Music Education 27, 2-15

Muka surat 11

Page 12: Hbms4303 perancangan pengajaran muzik

HBMS4303 PERANCANGAN PENGAJARAN MUZIK

LAMPIRAN

Muka surat 12