Hbsl 1203- Psikologi Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran

40
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI 2012 KOD KURSUS HBSL 1203 PSIKOLOGI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN NO. MATRIKULASI : 830922035967001 NO. KAD PENGENALAN : 830922035967 NO. TELEFON : 0129434313 E-MEL : [email protected]

Transcript of Hbsl 1203- Psikologi Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran

Page 1: Hbsl 1203- Psikologi Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI 2012

KOD KURSUS HBSL 1203

PSIKOLOGI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN

NO. MATRIKULASI : 830922035967001

NO. KAD PENGENALAN : 830922035967

NO. TELEFON : 0129434313

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : PP. KENINGAU,SABAH.

Page 2: Hbsl 1203- Psikologi Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran

HBSL1203 Psikologi Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran.

PENGENALAN

Manusia adalah antara makhluk ciptaan yang amat unik.Cuba kita melihat kepada diri

sendiri, dan melihat pula pada sekeliling.Mereka juga manusia, berjantina sama, lahir

daripada bangsa yang sama juga namun, dengan sekali pandang sahaja, Ahmad dan

Kamal dapat dikenalpasti dengan mudah. Setiap manusia secara umumnya dilahirkan

dengan pelbagai keistimewaan dan kelebihan yang tersendiri samada ia kelihatan

amat jelas pada pandangan mata kasar mahupun agak hampir sehingga seakan-akan

menyerupai antara satu sama lain.Namun sehampir mana dua individu tersebut,

perbezaan tetap wujud jika diamati daripada sudut yang lebih spesifik. Inilah

pengertian mudah bagi menyatakan erti umum perbezaan individu. Ketidaksamaan

tersebut sering juga disebut sebagai keunikan.

Dalam organisasi social yang paling kecil iaitu sebuah keluarga. Seorang bapa akan

mendapati bahawa, anak kedua berbeza daripada anak pertama, ketiga berbeza

daripada kedua-dua anaknya yang lain dan begitulah seterusnya sehingga kepada

perkembangan dari satu generasi kepada generasi yang seterusnya. Perbezaan tersebut

umumnya boleh dilihat daripada aspek fizikal samada seseorang individu tersebut

berbadan besar, mungkin juga kurus, mempunya lebihan bulu pada badannya, aspek

jantina, bahkan dilihat juga keunikan itu pada sudut kecerdasan akal, corak pergaulan,

emosi ataupun dipengaruhi oleh factor luaran seperti taraf hidup, persekitaran tempat

tinggal dan sebagainya.Keunikan tersebut seharusnya dapat difahami oleh semua

orang agar sebarang tindakan susulan yang bakal diambil sentiasa memberi impak

yang positif kepada individu tersebut.

DEFINISI

Perbezaan individu berdasarkan kepada pengertian yang diberikan oleh Borich dan

Tombari (1997) ialah :

” Individual differences are the variations we observe among member of any group in

a particular charecteristic, such as temperement, energy level, friendship patterns

and parent-child attachment.”

Sumber : Modul Psikologi kanak-kanak bermasalah Pembelajaran, OUM.

1

Page 3: Hbsl 1203- Psikologi Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran

HBSL1203 Psikologi Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran.

Huraian kepada pengertian tersebut dipecahkan kepada 4 elemen iaitu :

Henson dan Eller (1999), dalam bukunya Educational Psychologi For Effective

Teaching memberi pengertian kepada kepelbagaian Individu sebagai ciri dan sifat

manusia yang mempunyai potensi samada meningkatkan kemajuan seseorang ataupun

membataskan keupayaan seseorang untuk belajar ( takut bertanya atau takut

melakukan kesilapan).

Selain daripada pendapat dan teori tersebut, beberapa pandangan lain dirujuk bagi

memahami aspek perbezaan individu antaranya ialah menurut Papalia (2001),

perbezaan manusia dilihat kepada aspek jantina, ketinggian, berat dan bentuk tubuh

badan. Tambahan kepada aspek tersebut merangkumi juga sudut kesihatan, tahap

tenaga , ciri-ciri personaliti serta reaksi emosi. Pengaruh persekitaran,status sosio-

ekonomi keluarga, tahap pendidikan ibu bapa, persekitaran dalam

komuniti,masyarakat mempengaruhi kehidupan seseorang individu.

( sumber : Topik 5, HBSL 1203 OUM,m/s 37).

Slavin (1997), lebih menumpukan kepada perbezaan individu dalam konteks

pengajaran dan pembelajaran. Pandangan beliau merumuskan bahawa kepelbagaian

pelajar terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya

pembelajaran(kognitif),etnik,budaya,kelas sosial,bahasa seharian, jantina,bakat dan

minat.

2

Page 4: Hbsl 1203- Psikologi Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran

HBSL1203 Psikologi Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran.

Secara umumnya, individu dilihat sebagai satu keperibadian dimana merujuk kepada

bagaimana individu tampil dan menimbulkan kesan bagi individu-individu lainnya.

Pada dasarnya definisi individu dari aspek keperibadian secara umum ini adalah

lemah karena hanya menilai perilaku yang dapat diamati saja dan tidak mengabaikan

kemungkinan bahwa ciri-ciri ini boleh berubah bergantung pada situasi sekitarnya

selain itu definisi ini disebut lemah karena sifatnya yang bersifat evaluatif (menilai),

bagaimanapun pada dasarnya kepribadian itu tidak dapat dinilai “baik” atau “buruk”

karena bersifat netral.

Untuk menjelaskan keperibadian menurut psikologi saya juga melihat kepada

teori dari George Kelly yang memandang bahawa keperibadian sebagai cara yang

unik individu itu dalam melontarkan pengalaman-pengalaman hidupnya. Sementara

Gordon Allport merumuskan kepribadian sebagai “sesuatu” yang terdapat dalam diri

individu yang membimbing dan memberi arah kepada seluruh tingkah laku individu

yang bersangkutan. Lebih detail tentang definisi kepribadian menurut Allport yaitu

kepribadian adalah suatu organisasi yang dinamis dari sistem psikofisik individu yang

menentukan tingkah laku dan pikiran individu secara khas.

Definisi Personaliti

Personaliti dan perkataan Inggeris person adalah dua perkataan yang berkait rapat.

Pada umumnya, personaliti akan memperihalkan seseorang individu tersebut tetapi

secara khusus, personaliti adalah sifat – sifat yang ada pada seseorang individu seperti

cara ia berfikir, beraksi, beremosi, berpersepsi dan lain – lain yang membolehkannya

dibezakan dengan orang lain. Oleh itu, personaliti akan memperihalkan sifat – sifat

fizikal, emosi, dan kognitif seseorang individu.

Personaliti juga berasal daripada perkataan “pesona” yang bermakna ‘topeng muka’

merujuk kepada sifat kebanyakan manusia ingin menonjolkan perilaku yang baik

sahaja dan menyembunyikan yang buruk, Mohd Saleh Lebar, (1994). Adler (1948)

mendefinisikan personaliti sebagai gaya hidup seseorang manusia. Allport( 1961 )

menyatakan personality sebagai susunan psiko fizikal yang dinamik dalam diri

individu yang menentukan ciri-ciri dan penyesuaiannya dengan persekitaran. Freud

pula menterjemahkan personaliti dalam bentuk id,ego dan superego berbanding Carl

3

Page 5: Hbsl 1203- Psikologi Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran

HBSL1203 Psikologi Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran.

Jung yang menbahagikan pula personaliti kepada tiga kumpulan iaitu ekstrovert,

introvert dan ambivert.

Personaliti atau sahsiah melambangkan ciri – ciri keperibadian seseorang individu itu,

dan sememangnya mencirikan perbezaan seorang manusia dengan manusia yang lain.

Dua konsep yang perlu diberikan penekanan iaitu tipikal dan berbeza. Personaliti

seseorang adalah mengandungi kesemua ciri psikologi yang secara relatifnya tidak

berubah, yang tipikal (yang biasa terdapat) pada orang tersebut. Contohnya mereka

mempunyai tipikal yang pemurah, pemalu, impulif dan lain – lain. Penekanan kedua

terhadap istilah berbeza. Pola – pola unik tipikal cara bertindak, berfikir, dan merasa

setiap orang adalah yang menyebabkannya berbeza daripada orang lain.

4

Page 6: Hbsl 1203- Psikologi Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran

HBSL1203 Psikologi Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran.

TEORI BERKAITAN PERBEZAAN INDIVIDU.

Dalam mengkaji dan memahami konsep perbezaan individu, terdapat beberapa teori

menguraikan perbezaan individu yang boleh dirujuk antaranya ialah Teori

perkembangan oleh Arnold Gesell dan Teori tugasan oleh Havighurst.Konsep

perbezaan ini pada mulanya diberi perhatian oleh Sir Francis Galton(1882), dengan

mengukur pendengaran, masa reaksi diambil, pandangan, dan lain-lain kebolehan

motor apabila beliau mendirikan bilik ujian di Muzium London.Tokoh yang lain

seperti Galton pula mendapati bahawa individu berbeza dalam ujian-ujian kebolehan

deria motor dalam melaksanakan sesuatu tugas. Selain itu, terdapat dua teori yang

menghuraikan perkembangan kanak-kanak dalam konteks sosial dan perubahan besar

dalam perkembangan sosio-emosional kanak-kanak dimana merupakan fokus saya

dalam pengkajian untuk penulisan ini iaitu Teori Psikososial Erikson dan Teori

Ekologi Bronfenbrenner.

TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER

Urin Bronfenbrenner adalah seorang psikologi yang lahir pada tahun 1917, beliau

telah mengembangkan teori ekologi pembangunan manusia, yang mana teorinya

menekankan kepada pembangunan manusia dalam konteks social di mana kanak-

kanak membesar dan individu-ivdividu yang mempengaruhi kehidupan sepanjang

perkembangan kanak-kanak tersebut. .Bronfenbrender menganalisis lima jenis sistem

yang membantu dalam pembangunan manusia, iaitu sistem mikro, mesosystem,

exosystem, dan sistem makro dan akhirnya dia mengembangkan sistem kelima yang

merupakan sistem Chrono. Setiap sistem tersebut akan saya perincikan dalam

bahagian seterusnya.

Rajah 2 : Pecahan system yang mempengaruhi ekologi menurut Bronfenbrenner.

5

Page 7: Hbsl 1203- Psikologi Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran

HBSL1203 Psikologi Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran.

Teori perkembangan ekologikal adalah teori yang menekankan pengaruh persekitaran

ke atas perkembangan individu. Menurut teori ini juga menjelaskan bahawa

perkembangan kanak-kanak adalah hasil interaksi antara alam persekitaran dengan

kanak-kanak tersebut. Dengan erti kata yang lain, dapat difahami bahawa interaksi

tersebut boleh mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak serta

membentuk personaliti seseorang dengan mengambil pengalaman tentang apa yang

dilalui diserap dan membentuk diri seseorang individu tersebut samada kita sedar atau

tidak, kanak-kanak yang berada dalam ruang lingkup mikro( berpusat di tengah) boleh

dipengaruhi oleh factor persekitaran.

Rajah 3

Dalam teori ini menyatakan bahawa proses perkembangan dan pertumbuhan yang

terangkum dalam sistem persekitaran itu mementingkan interaksi antara satu sama

lain.

SISTEM MIKRO

Mikrosistem merangkumi persekitaran terdekat yang mana kanak-kanak

menghabiskan masa paling banyak dengan interaksi secara terus.Bagi seorang kanak-

kanak, interaksi yang paling mudah bagi mereka ialah sesama ahli keluarga iaitu

6

Page 8: Hbsl 1203- Psikologi Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran

HBSL1203 Psikologi Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran.

kedua-ibu bapa dan juga adik beradik. Interaksi antara jiran, rakan sepermainan dan

guru merupakan antara penyumbang dalam proses perkembangan kanak-kanak.

Keluarga merupakan agen sosialisasi paling penting dalam kehidupan seorang kanak-

kanak terutamanya kedua ibu bapa.Mereka mempunyai pengaruh besar keatas tingkah

laku, cara pergaulan kanak-kanak. Sebagai contoh, merujuk kepada kajian yang

dilakukan di dalam dan luar Negara telah menunjukkan bahawa factor persekitaran

mempunyai kesan langsung ke atas semua aspek perkembangan seseorang kanak-

kanak.(Mac Noughtori,2005).

George Peter Murdock, seorang ahli antropologi telah menakrifkan bahawa keluarga

adalah satu kelompok social yang tinggal di bawah satu bumbung, bekerjasama antara

satu sama lain dalam kegiatan ekonomi dan menambah zuriat (Goode,m/s. 362).

Kepincangan keluarga, masalah sosio-ekonomi sesebuah keluarga akan mencorak

kehidupan kanak-kanak. Kegagalan dalam mencari jalan keluar daripada kepincangan

tersebut akan memberi impak negative kepada perkembangan kanak-kanak yang

mana menumbuhkan rasa kurang hormat anak-anak kepada ibu bapa dan sebagainya.

Ting(2005), dalam satu kajian mendapati tahap penglibatan ibu bapa luar Bandar

masih berada di paras yang rendah. Pernyataan ini didapati sejajar dengan satu lagi

kajian lain yang pernah dibuat oleh seorang lagi tokoh iaitu Berger(1995), yang

menyatakan wujudnya kepelbagaian model peranan ibu bapa untuk membantu proses

pembelajaran kanak-kanak disekolah.

Berdasarkan kepada hasil kajian, amat jelas untuk diterima bahawa institusi keluarga

memainkan peranan yang amat besar sebagai pembentuk sahsiah anak-anak. Bagi

membina suasana yang harmoni kea rah perkembangan yang positif, ibu bapa

haruslah membimbing, memudahcara, serta menyelami jiwa anak-anak mereka,

bukan secara pemerhatian umum dengan menyamakan setiap anak-anak mereka

kerana bagi ibu bapa yang amat prihatin, mereka akan mengerti bahawa setiap anak-

anak adalah berbeza.

7

Page 9: Hbsl 1203- Psikologi Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran

HBSL1203 Psikologi Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran.

MESOSISTEM

Mesosistem ditakrifkan sebagai perhubungan antara satu mikrosistem dengan

mikrosistem yang lain. Sebarang perkara yang berlaku dalam satu mikrosistem dapat

mempengaruhi interaksi dalam mikrosistem yang lain. Dengan erti kata yang lain,

jika berlaku sesuatu masalah di rumah, perkara tersebut dapat mempengaruhi

tingkahlaku dan personaliti seseorang individu di sekolah. Masalah yang berlaku

dirumah akan dibawa ke sekolah menyebabkan emosi mereka terganggu dan

impaknya ialah masalah disiplin dan juga kurang tumpuan dalam pelajaran.

EKSOSISTEM

Eksosistem merupakan pengalam dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid

secara langsung. Namun, sebarang tindakan dan keputusan yang diambil dalam

persekitaran tersebut telah memberi kesan terhadap kanak-kanak tersebut bahkan juga

kepada orang dewasa yang turut terlibat dengan kanak-kanak itu. Dengan erti kata

yang lain, hasil sesuatu tindakan individu itu mempengaruhi kehidupan orang

lain.Dalam konteks ini, sesuatu tindakan dan arahan perlaksanaan sesuatu polisi yang

baru oleh jawatankuasa pentadbiran sekolah walaupun tidak dilibatkan dengan

pandangan murid, namun penguatkuasaan perubahan tersebut mempengaruhi

perkembangan social kanak-kanak tersebut. Contohnya, polisi pengasingan murid

yang lemah dan cemerlang dalam kelas yang berbeza akan mendatangkan sikap

rendah diri, malu serta kurang motivasi dalam pelajaran.

8

Page 10: Hbsl 1203- Psikologi Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran

HBSL1203 Psikologi Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran.

MAKROSISTEM

Makrosistem melibatkan perkembangan individu yang dipengaruhi oleh norma-

norma, nilai dan amalan masyarakat.Perkara ini boleh dillihat dalam sesetengah

masyarakat, peranan jantina amat dititikberatkan( Santrock, 2008). Terdapat

sesetengah kaum di dunia mengamalkan dasar melebih-lebihkan kaum wanita sebagai

ketua berbanding lelaki seperti ketua keluarga, pewarisan harta dan sebagainya.

Namun kebanyakan Negara, memilih lelaki sebagai dominan tertutama melibatkan

aspek kepimpinan. Kaum lelaki diberi lebih peluang dalam bidang pendidikan dan

pekerjaan berbanding wanita. Bagi ibu bapa yang masih lagi berfikiran konservatif,

masih beranggapan bahawa pendidikan tidak penting kepada anak-anak perempuan

kerana tugas wanita yang paling sesuai hanyalah sebagai penjaga kepada anak-anak,

menguruskan hal-hal dirumah dan menyediakan masakan sahaja.

KRONOSISTEM

Kronosistem merupakan perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa. Mungkin

pada 20 tahun lalu, murid-murid tidak lengkap pakaian sekolah, berkaki ayam,

keperluan pelajaran agak terhad, kelas tidak selesa dan aktiviti masa lapang diisi

dengan melakukan kerja-kerja yang bersesuaian pada waktu itu misalnya berkebun,

mandi sungai, melastik burung, membuat laying-layang, bermain gasing dan

sebagainya. Namun berbeza pada masa kini, dengan arus pemodenan yang pesat,

jaringan maklumat yang cepat dan mudah, pelbagai teknologi baru yang ada maka

kanak-kanak lebih berfokus kepada permainan berteknologi seperti permainan

internet, memuat turun lagu dan sebagainya.Bidang pendidikan juga sudah banyak

berubah, penggunaan projector, pembelajaran interaktif, pembelajaran berkomputer

dan berbagai-bagai lagi penggunaan aplikasi teknologi.Oleh hal yang demikian,

pembangunan sesebuah Negara memberi implikasi yang besar kepada perkembangan

kanak-kanak dari banyak aspek. Namun, dalam menilai sesuatu perubahan tersebut,

pasti ada pro dan kontranya.Walaupun perkara luaran berupaya mempengaruhi

seseorang individu, kekuatan individu itu sendiri dan pemantauan berterusan daripada

ibu bapa sekurang-kurangnya mampu mengukuhkan jati diri kanak-kanak tentang

sikap dan personalitinya tersendiri.

9

Page 11: Hbsl 1203- Psikologi Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran

HBSL1203 Psikologi Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran.

TEORI PERKEMBANGAN SOSIAL ERIK ERIKSON (1902-1994)

Teori Erik Erikson dikenali sebagai Teori Perkembangan Psikososial Erik Erikson

kerana ia menggabungkan tiga factor yang mempengaruhi perkembangan individu

iaitu, factor kendiri, emosi dan social. Mengikut Erikson, kanak-kanak akan melalui

lapan tahap perkembangan di sepanjang hayatnya.( rujuk rajah peringkat

perkembangan) yang penuh dengan krisis.Untuk mencapai tahap kesihatan

psikososial, seseorang mesti berjaya mengatasi krisis yang terdapat pada setiap tahap

tersebut.

Erik Erikson(1902-1994) telah menganalisis perkembangan social kanak-kanak dalam

jangkamasa kehidupan mereka. Menurutnya, manusia mempunyai keperluan asas

yang sama dan perkembangan mereka adalah bergantung kepada tindak balas

terhadap keperluan tersebut. Perkembangan kanak-kanak berlaku mengikut tahap-

tahap tertentu yang mana setiap tahap tersebut mempunyai konflik tersendiri yang

perlu diatasi dengan betul agar perkembangan kanak-kanak tersebut tidak terjejas.

10

Page 12: Hbsl 1203- Psikologi Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran

HBSL1203 Psikologi Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran.

PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN EMOSI TEORI ERIKSON.

Peringkat perkembangan emosi mengikut Teori Erikson merangkumi kepada lapan

(8) iaitu :

TAHAP 1 : KEPERCAYAAN LAWAN KETIDAKPERCAYAAN ( 0-18 bulan)

Situasi ini terjadi pada usia 0 s/d 18 bulan iaitu bermula dengan tingkat pertama teori

perkembangan psikososial Erikson terjadi antara kelahiran sampai usia satu tahun dan

merupakan tingkatan paling dasar dalam hidup. Oleh karena bayi sangat bergantung,

perkembangan kepercayaan didasarkan pada ketergantungan dan kualitas dari

pengasuh kepada anak. Jika anak berhasil membangun kepercayaan, dia akan merasa

selamat dan aman dalam dunia. Pengasuh yang tidak konsisten, tidak tersedia secara

emosional, atau menolak, dapat mendorong perasaan tidak percaya diri pada anak

yang di asuh. Kegagalan dalam mengembangkan kepercayaan akan menghasilkan

ketakutan dan kepercayaan bahwa dunia tidak konsisten dan tidak dapat di tebak.

TAHAP 2 : AUTONOMI LAWAN MALU ( 18 bulan – 3 tahun)

Pada peringkat ini, konsep diri telah menjadi bertambah nyata. Kanak-kanak mula

tahu apa yang perlu dibuat dan dicakapkan. Mereka berkeinginan untuk bertindak

bebas (autonomi). Kanak-kanak juga didapati lebih gemar untuk membuat sesuatu

perkara tanpa bergantung kepada orang lain. Mereka cuba untuk mengambil air

minuman sendiri, menyuapkan makanan sendiri dan mandi sendiri dengan meniru

perbuatan mereka yang hampir dengan mereka.Selain daripada itu, tingkah laku yang

digalakkan dan dielakkan dapat dikenalpasti. Kadang-kadang dimarah atau didenda

11

Page 13: Hbsl 1203- Psikologi Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran

HBSL1203 Psikologi Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran.

membuatkan mereka malu dan ragu-ragu. Di peringkat ini juga, kanak-kanak sudah

mula berkeinginan untuk melakukan sesuatu perbuatan sendiri. Situasi tersebut

merupakan permulaan kepada pembentukan perasaan keyakinan diri pada kanak-

kanak tersebut. Namun, kecenderungan untuk berfungsi secara bebas hendaklah

diterima dan didorong agar keyakinan diri mereka lebih terarah.

TAHAP 3 : INISIATIF LAWAN BERSALAH ( 3-6 tahun)

Keadaan ini terjadi pada usia 3 s/d 5 tahun. Selama masa usia prasekolah mulai

menunjukkan kekuatan dan kontrolnya akan dunia melalui permainan langsung dan

interaksi sosial lainnya. Mereka lebih tertantang karena menghadapi dunia sosial yang

lebih luas, maka dituntut perilaku aktif dan bertujuan. Anak yang berhasil dalam tahap

ini merasa mampu dan kompeten dalam memimpin orang lain. Adanya peningkatan

rasa tanggung jawab dan prakarsa. Mereka yang gagal mencapai tahap ini akan

merasakan perasaan bersalah, perasaan ragu-ragu, dan kurang inisiatif. Perasaan

bersalah yang tidak menyenangkan dapat muncul apabila anak tidak diberi

kepercayaan dan dibuat merasa sangat cemas. Erikson yakin bahwa kebanyakan rasa

bersalah dapat digantikan dengan cepat oleh rasa berhasil

TAHAP 4 : Ketekunan lawan rasa rendah diri. ( 6-12 tahun)

Melalui interaksi sosial, anak mulai mengembangkan perasaan bangga terhadap

keberhasilan dan kemampuan mereka. Anak yang didukung dan diarahkan oleh orang

tua dan guru membangun peasaan kompeten dan percaya dengan ketrampilan yang

dimilikinya. Anak yang menerima sedikit atau tidak sama sekali dukungan dari orang

tua, guru, atau teman sebaya akan merasa ragu akan kemampuannya untuk berhasil.

Prakarsa yang dicapai sebelumnya memotivasi mereka untuk terlibat dengan

pengalaman-pengalaman baru. Ketika beralih ke masa pertengahan dan akhir kanak-

kanak, mereka mengarahkan energi mereka menuju penguasaan pengetahuan dan

keterampilan intelektual. Permasalahan yang dapat timbul pada tahun sekolah dasar

adalah berkembangnya rasa rendah diri,perasaan tidak berkompeten dan tidak

produktif. Erikson yakin bahwa guru memiliki tanggung jawab khusus bagi

perkembangan ketekunan anak-anak.

12

Page 14: Hbsl 1203- Psikologi Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran

HBSL1203 Psikologi Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran.

TAHAP 5 : Identiti lawan Kekeliruan ( 12-18 tahun)

Pada peringkat ini, kanak-kanak mula memasuki alam remaja, mereka mesti Berjaya

mencari identiti dalam pekerjaan. Peranan jantina, politik dan agama. Jika remaja

tidak Berjaya mencapai perkara tersebut, perasaan rendah diri akan mula timbul.

Terjadi pada masa remaja, yakni usia 10 s/d 20 tahun. Selama remaja ia

mengekplorasi kemandirian dan membangun kepakaan dirinya. Anak dihadapkan

dengan penemuan siapa mereka, bagaimana mereka nantinya, dan kemana mereka

menuju dalam kehidupannya (menuju tahap kedewasaan). Anak dihadapkan memiliki

banyak peran baru dan status sebagai orang dewasa –pekerjaan dan romantisme,

misalnya, orangtua harus mengizinkan remaja menjelajahi banyak peran dan jalan

yang berbeza dalam suatu peran khusus. Jika remaja menjajaki peran-peran semacam

itu dengan cara yang sehat dan positif untuk diikuti dalam kehidupan, identitas positif

akan dicapai. Jika suatu identitas remaja ditolak oleh orangtua, jika remaja tidak

secara memadai menjajaki banyak peran, jika jalan masa depan positif tidak

dijelaskan, maka kebingungan identitas merajalela. Namun bagi mereka yang

menerima dukungan memadai maka eksplorasi personal, kepekaan diri, perasaan

mandiri dan control dirinya akan muncul dalam tahap ini. Bagi mereka yang tidak

yakin terhadap kepercayaan diri dan hasratnya, akan muncul rasa tidak aman dan

bingung terhadap diri dan masa depannya.

TAHAP 6 : Kerapatan lawan pengasingan ( 18-35 tahun)

Status sebagai remaja mula bertukar kepada seorang yang dianggap dewasa. Peringkat

ini, individu dewasa akan membina hubungan rapat. Namun jika berlaku sebaliknya,

maka mereka akan berasa terasing kerana kegagalan dalam membina hubungan.

Erikson percaya tahap ini penting, tahap seseorang membangun hubungan yang dekat

dan siap berkomitmen dengan orang lain. Mereka yang berhasil di tahap ini, akan

mengembangkan hubungan yang komit dan aman. Erikson percaya bahwa identitas

personal yang kuat penting untuk mengembangkan hubungan yang intim. Penelitian

telah menunjukkan bahwa mereka yang memiliki sedikit kepakaan diri cenderung

memiliki kekurangan komitemen dalam menjalin suatu hubungan dan lebih sering

terisolasi secara emosional, kesendirian dan depresi.Jika mengalami kegagalan, maka

akan muncul rasa keterasingan dan jarak dalam interaksi dengan orang.

13

Page 15: Hbsl 1203- Psikologi Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran

HBSL1203 Psikologi Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran.

TAHAP 7 : Generativiti lawan Pemusatan Kendiri ( 35-60 tahun)

Seseorang yang dewasa akan mencari jalan untuk memuaskan hati dan menyokong

generasi yang akan datang atau mungkin ia berlaku sebaliknya iaitu hanya

memusatkan kepada aktiviti diri. Selama masa ini, mereka melanjutkan membangun

hidupnya berfokus terhadap karir dan keluarga. Mereka yang berhasil dalam tahap ini,

maka akan merasa bahwa mereka berkontribusi terhadap dunia dengan partisipasinya

di dalam rumah serta komuniti. Mereka yang gagal melalui tahap ini, akan merasa

tidak produktif dan tidak terlibat di dunia ini.

TAHAP 8 : Kesepaduan Lawan Putus Asa ( 60 tahun – akhir hayat)

Merupakan peringkat kemuncak kepada perkembangan dimana perasaan diterima

dengan perasaan puas atau mungkin perasaan itu ialah satu perasaan yang tidak

diterima. Kegagalan ini akan membawa kepada rasa putus asa terhadap kehidupan.

Setelah mengkaji dan meneliti lapan peringkat perkembangan yang diutarakan oleh

Erik Erikson, ada Sesuatu perkara yang amat menarik perhatian saya ialah kepada

persoalan iaitu Apakah yang akan berlaku kepada seseorang individu tersebut jika

berlaku keadaan dimana kanak-kanak tersebut gagal dalam mengatasi krisis pada

tahap-tahap tertentu? Kegagalan menangani krisis mungkin bukan juga kehendak

kanak-kanak tersebut kerana ia mungkin disebabkan oleh tekanan persekitaran serta

apa yang dikatakan eksosistem dan makrosistem (teori Urie Bronfenbrenner).

Menurut Erik Erikson, jika keadaan tersebut berlaku, kanak-kanak itu akan terus maju

ke tahap berikutnya, tetapi akan terus gagal sepanjang hayatnya. Misalnya, jika

seseorang itu gagal mengatasi krisis membentuk identiti pada tahap remaja , dia akan

terus maju pada tahap berikutnya iaitu tahap keenam( kemesraan lawan pengasingan

diri) namun akan terus gagal dengan menjadi seseorang yang terasing. Pada peringkat

ketujuh, generativiti melawan pemusatan kendiri akan memperlihatkan bagaimana

individu tersebut memusatkan perhatian kepada dirinya sahaja. Manakala orang lain

yang Berjaya mengatasi krisis pada peringkat tersebut sudah mempunyai anak dan

sedang membesarkan anak-anak mereka.

14

Page 16: Hbsl 1203- Psikologi Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran

HBSL1203 Psikologi Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran.

PERBANDINGAN ANTARA TEORI EKOLOGI URIE BRONFENBRENNER

DAN TEORI PERKEMBANGAN SOSIAL ERIK ERIKSON

BIL TEORI EKOLOGI

BRONFENBRENNER

TEORI PERKEMBANGAN

SOSIAL ERIK ERIKSON

1Menekankan pengaruh persekitaran

keatas perkembangan individu.

Menganalisis perkembangan sosial

kanak-kanak dalam jangkamasa

kehidupan mereka.

2 Terdiri daripada lima sistem.

Mikrosistem,mesosistem,

eksosistem,

makrosistem,kronosistem.

Mempunyai lapan tahap/peringkat

perkembangan emosi Teori Erikson.

IMPAK PERBEZAAN INDIVIDU TERHADAP PROSES PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN.

Impak merujuk kepada sesuatu perkara yang berlaku bersandar kepada sesuatu

punca.Dalam perbincangan ini, impak yang dikaji ialah implikasi terhadap pengajaran

dan pembelajaran yang berpunca daripada perbezaan individu. Sepertimana yang

diketahui, perbezaan yang ada pada setiap individu membawa kepada kepelbagaian

sikap, tahap penerimaan terhadap pelajaran dan cabaran dalam membantu kejayaan

pelajar dalam pelajaran termasuk kesesuaian bahan,kaedah, pendekatan dan

sebagainya. Implikasi perbezaan dilihat dalam beberapa keadaaan seperti mana yang

ditunjukkan di dalam rajah di bawah ;

15

Page 17: Hbsl 1203- Psikologi Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran

HBSL1203 Psikologi Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran.

IMPLIKASI PERBEZAAN INDIVIDU TERHADAP PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN.

a) Kesediaan Belajar

Dalam satu kelas, tahap kecerdasan adalah tidak sama. Sebagai seorang guru

seharusnya dapat mengenalpasti dan memastikan murid bersedia untuk

belajar.Perkara ini perlu diberi perhatian oleh para guru kerana tahap

penerimaan mereka adalah berbeza. Sekiranya guru mengabaikan mereka,

mereka akan terus ketinggalan berbanding rakan-rakan sekelas yang lain.

b) Objektif Pengajaran dan Pembelajaran.

Bersandar kepada perbezaan dan tahap penerimaan pelajar terhadap sesuatu

topik. Guru seharusnya memberi latihan bersesuaian, penerangan yang ringkas

dan sebagainya.

c) Tingkahlaku Mengganggu dalam pembelajaran.

Bagi murid yang bermasalah, selalunya terdiri daripada murid yang sering

mempamerkan tingkah laku disteruktif( negatif) atau destruktif(positif) yang

mana mengganggu tumpuan murid lain melalui tindakannya membuat bising,

agresif, hiperaktif dan sebagainya. Tingkahlaku destruktif merujuk kepada

perlakuan mengganggu dalam aspek yang positif seperti menyudahkan latihan

dengan pantas, selalu bertanya, proaktif dan sebagainya.

d) Perbezaan Gaya Kognitif.

Setiap pelajar adalah sukar untuk sepenuhnya belajar sepertimana yang

ditentukan oleh guru. Ini kerana setiap pelajar menggunakan pelbagai cara

untuk menguasai sesuatu. Contohnya ialah terdapat murid yang menyukai

alunan muzik, maka murid tersebut lebih bersemangat untuk belajar jika

terdapat sedikit hiburan dan bunyi-bunyian.

e) Perbezaan Personaliti..

Guru akan mendapati pelajar-pelajar dikelasnya adalah berbeza dalam aspek

personaliti.. Ada murid yang pendiam, tidak mempunyai ramai kawan, lemah

16

Page 18: Hbsl 1203- Psikologi Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran

HBSL1203 Psikologi Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran.

terhadap pelajaran dan sebagainya. Minat individu,sikap terhadap sekolah,

dan terhadap mata pelajaran bahkan juga merangkumi minat terhadap

personaliti guru.Murid yang suka membuat pekerjaan secara sendirian dan

memandang orang lain kurang berkebolahan daripadanya.Selain daripada itu,

terdapat juha individu yang bermasalah sukar menyesuaikan dirinya dengan

orang lain.

ASPEK PERBEZAAN INDIVIDU

Sebelum saya menjelaskan berkaitan faktor yang menyebabkan perbezaan individu,

eloklah jika saya turut menerangkan aspek perbezaan individu terlebih dahulu agar

konsep keseluruhan perbezaan individu dapat dilihat secara menyeluruh. Terdapat 13

aspek perbezaan yang dilihat membawa kepada perbezaan setiap individu.( rujuk

rajah aspek perbezaan individu). Papalia(2001), menyatakan bahawa manusia berbeza

dari segi jantina, berat dan bentuk tubuh badan. Manakala Slavin(1997) pula lebih

menekankan perbezaan individu dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Beliau

menyatakan kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya

kognitif, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa yang digunakan dirumah,jantina, bakat

dan minat.

17

Page 19: Hbsl 1203- Psikologi Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran

HBSL1203 Psikologi Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran.

Rajah : Aspek Perbezaan Individu

A. Perbezaan Jantina

Kanak-kanak lelaki dianggap sebagai ketua keluarga, ditanamkan dengan sikap

berani dan kepimpinan dengan meletakkan harapan yang tinggi dalam pelajaran

dan kejayaan berbanding anak perempuan. Namun jika dilihat dalam konteks

pembelajaran, fenomena biasa yang berlaku ialah kanak-kanak lelaki sering

dikelompokkan sebagai nakal dan sering melanggar peraturan sekolah. Murid

perempuan dilihat lebih yakin, mematuhi peraturan dan rajin dalam

pelajaran.Dalam aspek perkembangan fizikal,kognitif,emosi dan sosial, kanak-

kanak lelaki pula biasanya lambat dua tahun berbanding kanak-kanak perempuan.

Maccoby dan Jacklin(1974) mendapati pelajar perempuan lebih baik dari segi

kecerdasan lisan manakala pelajar lelaki lebih baik dari aspek kecerdasan ruang.

Berdasarkan perkara tersebut, seorang guru seharusnya memahami dan mencari

kaedah yang bersesuaian dalam membina keseimbangan untuk mencapai objektif

dalam pengajaran dan pembelajan dengan mengambil kira aspek-aspek tersebut.

18

Page 20: Hbsl 1203- Psikologi Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran

HBSL1203 Psikologi Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran.

Fizikal

Sebagai seorang guru, didalam sebuah kelas yang diajar didapati terdapat murid yang

agak gempal, kurus,mungkin ketinggian yang lebih dan juga terdapat murid yang

kerdil. Sesetengah kelas pula mempunyai murid berbangsa cina yang berkulit lebih

cerah daripada pelajar berbangsa melayu dan india. Dikalangan pelajar tersebut tidak

akan ada yang dua orang pelajar yang sama melainkan jika terdapat kembar seuri

yang menyukarkan untuk dikenali kerana rupa fizikal yang hampir sama.

Kognisi

Plato pernah membincangkan tentang perbezaan individu dari segi kecerdasan seawal

2000 tahun yang lalu. Galton (1865), Alfred Binet, Simon dan Terman (1916), yang

mendapati individu berbeza daripada aspek kecerdasan. Kajian telah menunjukkan

bahawa individu adalah berbeza dari segi kebolehan kognitif seperti menaakul,

berfikiran logis, kebolehan berbahasa, mengira dan berimaginasi. Alfred Binet (1905),

menyatakan seseorang yang cerdas ialah individu yang mempunyai keupayaan mental

yang lebih daripada kawan-kawan yang seusia dengannya. Piaget pula mendifinasikan

cerdas sebagai cara individu mengadaptasi kepada persekitaran.

Personaliti

Setiap orang mempunyai personaliti yang tersendiri. Kita akan dapat mengetahui

personaliti seseorang melalui wajah dan perwatakannya iaitu gaya percakapan,

bagaimana tingkahlakunya, corak berfikir, cara bertindak dan gaya bekerja.

Personaliti melambangkan ciri-ciri keperibadian seseorang. Ada individu peramah,

pandai berkawan, popular,disukai, menyendiri, pendiam,garang dan sebagainya.

Gaya Kognitif dan Gaya Belajar.

Gaya belajar merujuk kepada persekitaran pembelajaran yang digemari pelajar

manakala gaya kognitif pula ditafsirkan sebagai cara individu mempersepsi

maklumat. Witkin(1940) telah mengenalpasti dua gaya kognitif iaitu gaya belajar

bergantung pada latar( mempersepsi sesuatu secara global) dan gaya belajar bebas

latar(mempersepsi sesuatu secara analitikal).

Garsha dan Riehmann melihat gaya belajar dalam enam dimensi iaitu :

I. Bergantung

19

Page 21: Hbsl 1203- Psikologi Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran

HBSL1203 Psikologi Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran.

II. Bebas

III. Mengelak

IV. Bekerjasama

V. Bersaing

VI. Melibatkan diri

Kolb(1984) pula telah mengemukakan teori pembelajaran pengalaman yang

mengandungi gaya belajar dalam empat peringkat pengalaman iaitu ;

Pengalaman konkrit

Pengalaman reflektif

Perkonsepan abstrak

Percubaan aktif.

Dengan konsep itu maka lahirlah pelajar dengan gaya tersendiri iaitu divenger,

asimilator, konverger dan akomodator.

Kesihatan

Dalam aspek kesihatan, kita dapat lihat perbezaan individu ada pelbagai samada

riang, ceria, sihat, normal dan juga pelajar yang tidak sihat( Contohnya asma,

talsemia, hepatitis B, Hemofilia, anemia,alahan dan sebagainya).Terdapat juga

kelompok atau beberapa murid yang kekurangan daya penglihatan kerana rabun atau

buta, kurang pendengaran, bisu, sengau atau biasanya gagap adalah biasa dilihat di

sekolah.

Sosial

Terdapat dua jenis murid yang secara umumnya jelas kelihatan iaitu murid yang aktif

yang mana sering bermain, berkawan, serta berinteraksi antara satu sama lain.

Manakala murid yang kurang aktif iaitu sukar melibatkan diri dalam aktiviti

kokurikulum mahupun kesenian lebih suka melihat sahaja tanpa bersedia mengambil

bahagian.

Bangsa/Bahasa

Pertembungan bangsa dan bahasa telah berlaku sejak lama dahulu melalui migrasi

penduduk melalui pelbagai cara seperti pelarian, dasar perindustrian, kekangan

ekonomi memaksa perpindahan penduduk. Perkara ini boleh dilihat di semenanjung

20

Page 22: Hbsl 1203- Psikologi Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran

HBSL1203 Psikologi Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran.

malaysia yang dihuni oleh berbagai bangsa seperti bangsa cina, india, bangsa siam

dan sebagainya telah lama hidup bersama dan berkongsi budaya, cara hidup dan

sebagainya. Kepelbagaian tersebut memberi kekuatan kepada perbezaan individu

yang mana skop telah menjadi semakin luas dan perbezaan bagi setiap individu yang

merentasi bangsa menjadi semakin jelas.

Jadi, berdasarkan kepada semua skop yang dibincangkan dan dijelaskan dalam

bahagian ini maka bolehlah dikatakan bahawa terdapat pelbagai aspek perbezaan

individu yang merangkumi aspek jantina, ketinggian, tahap kesihatan dan sebagainya.

Namun demikian, aspek-aspek perbezaan individu ini boleh dikelaskan kepada dua

faktor yang besar iaitu faktor baka dan persekitaran.

21

Page 23: Hbsl 1203- Psikologi Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran

HBSL1203 Psikologi Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN PERBEZAAN INDIVIDU

Sepertimana yang disimpulkan pada bahagian aspek perbezaan individu, faktor

perbezaan individu dapat dilihat pada dua keadaan iaitu faktor baka dan juga faktor

persekitaran.

FAKTOR BAKA

Manusia mewarisi sifat-sifat tertentu daripada kedua ibu bapanya yang diperturunkan

semasa proses percantuman sel sperma yang mengandungi 23 kromosom dengan sel

ovum yang mengandungi 23 kromosom untuk membentuk sel anak.

Contoh 1 : Pewarisan Rupa Paras Ibu kepada Anak.

Pewarisan sifat tersebut mungkin merangkumi sebahagian besar paras rupa, tahap

kecerdasan, temperamen, tret personaliti, sikap, gaya hidup, bahasa dan minat.

Menurut Alfred Binet, Theodore dan Guiford mempercayai bahawa kecerdasan

adalah sesuatu yang diwarisi dan tidak dapat dipertingkatkan melalui pengajaran

( Borich & Tombari,1997).

Pendapat tersebut pula kurang dipersetujui oleh Howard Gardner et al.(1996) yang

berpendapat bahawa kecerdasan yang diwarisi boleh dipertingkatkan melalui proses

pembelajaran.

Selain daripada beberapa pendapat diatas, terdapat juga beberapa kajian yang

mendapati sebahagian kecacatan mental adalah diwarisi. Sebagai contohnya ialah

22

Page 24: Hbsl 1203- Psikologi Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran

HBSL1203 Psikologi Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran.

penyakit Tay-Sach yang mana bagi kanak-kanak yang menghidap penyakit ini

selalunya akan mati pada umur 3 atau 4 tahun. Jika kedua-dua ibu bapanya membawa

gen ini, anak meraka mempunyai peluang 25% menghidap penyakit ini. Penyakit-

peyakit lain yang boleh diwarisi adalah seperti sindrom down, Phenylketonuria,

Anemia sel- Sikel ( Asmawati Desa,1996).

FAKTOR PERSEKITARAN

Persekitaran membawa maksud ruang lingkup kehidupan seseorang merangkumi

individu yang ditemui, objek yang diketahui mahupun tidak diketahui serta peristiwa

yang berlaku pada seseorang itu mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan

dirinya. Perapatan atau interaksi dalam keluarga semasa proses asuhan dan didikan

memberi input kepada perkembangan individu. Selain daripada itu, pengaruh daripada

ahli keluarga samada abang atau kakak, ahli keluarga lain, guru-guru, rakan, bahan-

bahan cetak, media elektronik, masyarakat di sekeliling adalah antara penyumbang

dalam membentuk diri seseorang.

Terdapat juga contoh keadaaan yang mempengaruhi perbezaan individu yang bukan

disebabkan oleh bawaan gen iaitu kita lihat kepada aspek asuhan. Jika diperhatikan

bahawa cara asuhan ibu bapa adalah berbeza daripada satu keluarga kepada keluarga

yang lain.Impak daripada perkara tersebut maka lahirlah apa yang dipanggil

perbezaan individu.

Menurut Baumrind ( Santrock 2001), terdapat empat bentuk asuhan keluarga.

Cuba kita perhatikan didalam keluarga sendiri dan keluarga terdekat. Terdapat

perkaitan yang kuat bahawa bentuk asuhan memainkan peranan yang besar terhadap

perbezaan individu. Dapat dirumuskan disini berdasarkan kepada hasil

kajian,pemerhatian dan pengamatan serta saling kait antara pelbagai hasil kajian dan

23

Page 25: Hbsl 1203- Psikologi Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran

HBSL1203 Psikologi Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran.

teori dapatlah dirumuskan bahawa perbezaan individu dibahagikan kepada dua faktor

iaitu baka dan faktor persekitaran.

PERANAN GURU DALAM MENGHADAPI PERBEZAAN INDIVIDU

Setelah mememahmi konsep perbezaan individu, guru dapat memainkan peranan

yang lebih baik dalam aspek mempertingkatkan penyampaian pengajaran dan

pembelajaran melalui kaedah kumpulan, program pengayaan dan

pemulihan,pengajaran terancang, pembinaan modul/bahan bantu pembelajaran dan

sebagainya.

Rajah : Peranan guru menghadapi perbezaan individu.

KESIMPULAN

Dengan memahami teori-teori dan hasil kajian seperti ekologi Bronfenbrenner

dan Teori Erik Erikson adalah penting kerana ia menghasilkan satu panduan atau kayu

pengukur yang boleh digunakan untuk menilai pengajaran dan amalan pemeliharaan

kanak-kanak dari segi keupayaan untuk memupuk dan meningkatkan perkembangan

yang sihat dari segi emosi dan kognitif mereka. Contohnya, Setiap peringkat dalam

24

Page 26: Hbsl 1203- Psikologi Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran

HBSL1203 Psikologi Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran.

teori Erikson menitikberatkan perkembangan kemahiran yang sesuai pada sesuatu

tahap atau bahagiam dalam kehidupan. Jika sesuatu peringkat dikawal dengan baik

individu tersebut mempunyai masteri (sense of mastery) . Sebaliknya jika sesuatu

peringkat gagal diurus dengan baik, individu tersebut akan mempunyai perasaan

ketidakcukupan. Menurut Erikson, setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini

mesti diatasi sebelum individu dapat berfungsi dengan jayanya pada tahap berikutnya.

Kegagalan mengatasi konflik pada tahap sesuatu tahap akan menjejaskan

perkembangan tahap yang berikutnya. Sebagai seorang guru amnya, pengetahuan

terhadap perbezaan individu akan membantu dalam mencari kaedah yang berkesan,

memahami kelemahan dan kekuatan serta memberi satu bentuk pendidikan yang

berkesan terhadap setiap murid samada murid itu lemah ataupun mengawal kepintaran

seseorang murid agar berada dalam landasan yang terbaik.

25

Page 27: Hbsl 1203- Psikologi Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran

HBSL1203 Psikologi Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran.

RUJUKAN / REFERENSI

Jhon W. Santrock, Life-Span Development, University of Texas at Dallas, 1995

Singgih D. Gunarsa, Dasar dan Teori Perkembangan Anak, Gunung Mulia, Jakarta,

1990

Sarlito W Sarwono, Berkenalan dengan Aliran-aliran dan Tokoh Psikologi, Bulan

Bintang, Jakarta, 2002.

Alwilsol. Psikologi Kepribadian. UMM, Malang, 2004, 111-139.

Boeree, C. George, Personality Theories. Primasophie, Yogyakarta, 2005, 76-110.

Hall, C.S dan Lindzey, G. Theories of Personality. Terjemahan, editor Supratiknya.

Kanisius, Yogyakarta, 1978, 137-169.

Monks, F.J . Psikologi Perkembangan. Gadjah Mada University Press, Yogyakarta,

2002, 14-16.

Pervin, L.A dan Jhon, O.P. Personality Theory and Research. New York. 2001, 59-91.

Sumartiningsih, Dien. Diktat atau catatan kuliah Psikologi Perkembangan. 2002.

26