Hbsl1103 780601025431001 (1)

19
1. FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER 4 / TAHUN 2 HBSL1103 PENGENALAN KEPADA KANAK KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN NO. MATRIKULASI : 780601025431001 NO. KAD PENGNEALAN : 780601025431 NO. TELEFON : +60197171650 E-MEL : [email protected]

description

asssignment

Transcript of Hbsl1103 780601025431001 (1)

Page 1: Hbsl1103 780601025431001 (1)

1.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER 4 / TAHUN 2

HBSL1103

PENGENALAN KEPADA KANAK KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN

NO. MATRIKULASI : 780601025431001

NO. KAD PENGNEALAN : 780601025431

NO. TELEFON : +60197171650

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : JOHOR LEARNING CENTRE

Page 2: Hbsl1103 780601025431001 (1)

HBSL1103_780601025431001

PENGENALAN

Istilah austisme berasal daripada perkataan autos yang bererti diri sendiri dan isme yang bererti suatu aliran. Autisme dapat definisikan sebagai keadaan yang menyebabkan kanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri. Autisme adalah gangguan dalam perkembangan mental kanak-kanak menyebabkan mereka mengalami masalah pertuturan, komunikasi, interaksi social, pemikiran, perilaku emosi, pola bermain dan juga mempunyai tingkah laku yang luar biasa.

Tugasan kali ini mengupas tentang kemahiran sosial bagi kanak-kanak autisme. Kanak- kanak autism sering menimbulkan kekeliruan kerana mereka kelihatan normal. Apabila berada di tengah kanak-kanak yang biasa sukar untuk membezakan anatara kanak-kanak autism dan kanak-kanak biasa. Walaupun begitu, ada kalanya mereka memaparkan tingkah laku dan pola perkembangan yang berbeza. Apabila masalah ini lambat ditangani, ia memberi kesan yang serius pada perkembangan kanak-kanak dalam semua bidang terutamanya dalam bidang kemahiran sosial dan komunikasi.

Ini berkaitan dengan ciri-ciri autisme itu sendiri iaitu kanak-kanak autisme apabila dalam pergaulannya akan tidak mempedulikan perasaan orang lain, tidak ada sikap memujuk, sukar menerima arahan, tidak mengikut kata, tidak pandai menyesuaikan diri, menggelak daripada di sentuh, suka bersendirian, suka menunjukkan perasaan dengan cara yang kasar, tidak menunjukkan tindak balas pada kesakitan, mengelak dari bertentang mata dan tidak dapat mengawal diri dari bergerak. Kanak-kanak autisme boleh dirumuskan sebagai anti sosial.

Kemahiran sosial harus di terapkan sedari kanak-kanak itu kecil lagi. Hanya ibubapa yang dapat mengenalpasti tentang perilaku anak yang agak luar biasa. Kemahiran sosial yang di terapkan disekolah pada hari ini ialah penggalakan mereka untuk bercakap, melibatkan mereka dalam aktiviti berkumpulan dan memperkembangkan bakat serta kemahirannya. Persoalan mengapa kaedah ini tidak terlalu berkesan di Malaysia ialah kurangnya sikap keterbukaan minda masyarakat serta tiadanya usaha yang terus menerus dari rumah. Kebanyakan ibubapa menyerahkan masalah kanak-kanak autisme ini kepada pihak sekolah.

CIRI – CIRI AUTISME :

2

Page 3: Hbsl1103 780601025431001 (1)

HBSL1103_780601025431001

Setiap kanak-kanak mempunyai kekuatan tersendiri. "Setiap anak dilahirkan secara fitrah, kedua-dua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi."

3

Page 4: Hbsl1103 780601025431001 (1)

HBSL1103_780601025431001

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Begitu yang berlaku kepada kanak-kanak autism ini carilah kekuatan mereka pasti kecemerlangan bersama mereka. Dua orang kanak-kanak yang dipilih sebagai responden ini juga masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri. Mereka terpilih untuk menyempurnakan kajian kes ini kerana mereka mempunyai kekuatan yang agak sama tetapi pendekatan dan keterbukaan keluarga yang berbeza.

Responden 1 :

Responden 2 :

4

Page 5: Hbsl1103 780601025431001 (1)

HBSL1103_780601025431001

3.0 MASALAH KEMAHIRAN ASAS SOSIAL

Dari keterangan mengenai kedua-dua responden tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa kedua-dua kenak-kanak ini mengalami kecelaruan dalam kemahiran asas social. Mereka sukar menerima orang lain dalam hidup mereka. Mereka lebih suka menyendiri dan melakukan kerja-kerja yang tidak melibatkan orang lain.

Menurut Gargiulo R M ( 2003 ), permasalahan kanak-kanak autisme ini boleh dilihat dalam jadual cirri-ciri kanak-kanak autisme. Berikut adalah hasil yang dapat dirungkai dalam merangka permasalahan yang dihadapi oleh kedua-dua kanak-kanak autisme yang dikaji :

BIDANG MASALAH PEMERHATIAN YANG DIBUAT

Tumpuan dan pemerhatian - Kurang fokus kerana tidak

5

Page 6: Hbsl1103 780601025431001 (1)

HBSL1103_780601025431001

duduk diam

- Tidak memahami bahasa yang diguna pakai oleh guru.

Tingkahlaku yang mencederakan diri

- Menggulung diri

- Membaling barang ketika emosi terganggu

Ketidaknormalan dalam pemakanan

- Hanya makan makanan yang dibekalkan oleh ibu

- Sentiasa ingin makan

Masalah tidur - Tiada kesukaran tidur.

- Susah untuk tidur malam

Ketidaknormalan mood atau perasaan

- Kerap merajuk, suka menjerit tanpa sebab

- Ketawa tanpa sebab

KAEDAH – KAEDAH YANG DI GUNAKAN :

1) Galakkan Mereka Bercakap

Menjadi lumrah kanak–kanak autisme mengambil masa yang agak lama untuk mengeluarkan perkataan atau memulakan komunikasi. Dengan cara memberikan mereka peluang bercakap. Mereka perlu mencari perkataan yang sesuai supaya mereka dapat berkongsi kata–kata dengan rakan. Mereka perlu mengaturkannya terlebih dahulu sebelum menjadikannya ayat yang mudah difahami.

Apabila kita memberikan ruang kepada mereka untuk bercakap ini bermakna kita menghargai mereka. Perasaan mereka amat sensitif apabila kita menghentikan percakapan mereka. Ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada mereka tidak mahu lagi berkomunikasi pada masa akan datang.

Kita digalakkan bercakap dengan mereka agar perbendaharaan kata mereka bertambah.

6

Page 7: Hbsl1103 780601025431001 (1)

HBSL1103_780601025431001

Komunikasi adalah penting kerana dengan cara tersebut kanak-kanak dapat meluahkan apa yang di rasainya dan membantu mereka apabila dewasa kelak. Memandang tepat ke arah kita tidak bermakna mereka mendengar, begitu juga memandang kearah lain bukan bermakna mereka tidak mendengar. Kanak-kanak autisme sememangnya mengelak daripada kontak mata sewaktu berkomunikasi tetapi mereka sebenarnya mendengar.

Cara yang paling sesuai untuk membuatkan mereka bercakap ialah dengan kaedah bercerita. Membawakan tajuk-tajuk yang digemari oleh kanak-kanak akan membuatkan kanak-kanak autisme ini bukan sahaja bercakap malah memberi idea terhadap tajuk yang dibincangkan. Bercerita tentang persekitaran juga kadangkala dapat menarik minat kanak-kanak autisme untuk membincangkan isu. Walaupun kadangkala cara menyampaikan idea itu tidak sesuai ianya lama kelamaan akan menjadi lebih teratur dengan teguran demi teguran yang diberi ketika itu juga.

Penerapan pengucapan bertatasusila sebelum keluar rehat dan balik juga banyak membantu kanak-kanak autisme dalam pertuturan yang lebih teratur dan bermakna. Secara tidak langsung dengan cara begini dapat membantu kanak-kanak autisme berkomunikasi dengan guru dan rakan.

2) Penglibatan Dalam Aktiviti Berkumpulan

Aktiviti kumpulan adalah sangat penting. Penglibatan kanak-kanak autism dalam permainan kumpulan akan membuatkan hidup mereka lebih bermakna dan pergaulannya lebih meluas. Kanak-kanak autisme tidak boleh dibiarkan terus berada di dalam dunia khayalannya. Kanak-kanak autisme harus dibimbing untuk bergaul dengan kanak-kanak lain. Mungkin pada kanak-kanak normal ini adalah perkara biasa namun bagi kanak-kanak autisme ia sesuatu yang amat perlu untuk dikembangkan. Kebanyakan kanak-kanak autisme akan memilih untuk bertindak balas atau bergaul. Tabiat ini harus dihentikan dan mereka perlu bergaul dengan setiap orang di kelas.

Bagi responden, pengkaji sentiasa memberi peluang mereka untuk bergaul dengan mengadakan aktiviti seperti membina sesuatu dari blok permainan, bermain bola, bermain layang-layang dan membuat kolaj. Persekitaran yang baru juga antara yang tidak di sukai oleh kanak-kanak autisme. Bagi menangani tabiat ini kanak-kanak autism perlu didedahkan kepada persekitaran. Mereka perlu dibawa keluar dari rumah ke pasaraya, majlis keramaian dan tempat awam. Pelbagaikan usaha perlu dilakukan supaya kanak-kanak autisme ini tidak takut dengan kehadiran orang baru.

7

Page 8: Hbsl1103 780601025431001 (1)

HBSL1103_780601025431001

3) Pengembangan bakat dan kemahirannya.

Setiap insan di lahirkan dengan bakat yang tersendiri. Bakat inilah juga yang dinamakan sebagai kekuatan diri kanak-kanak autisme ini. Sekiranya kanak-kanak langsung tidak menunjukkan potensi diri maka peranan gurulah dalam mencungkil bakat kanak-kanak tersebut. Apabila sentiasa dibimbing kanak-kanak ini akan berasa dihargai. Kemungkinan besar juga kebolehan kanak-kanak ini dijadikan sumber pendapatan bila dewasa kelak.

Bagi responden, kekuatan dalam bidang sains di terapkan melalui kaedah memasak dan membancuh air. Responden amat berminat dengan aktiviti yang dilakukan iaitu menyediakan minuman untuk rakan sekelas. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan harga diri serta kemahiran bersosial mereka secara tidak sedar.

4.0 CARA-CARA MEMBANTU

Pengkaji akan membantu kanak-kanak ini dalam mengatasi masalah social yang dihadapi oleh kedua-dua responden. Antara cara-cara membantu yang akan dilakukan ke atas kedua-dua responden adalah seperti berikut :

1 : Adakan Ujian Kecergasan dan Ujian Tingkah laku.

Melihat keupayaan mereka berfungsi dalam masyarakat. Ujian Kecergasan adalah satu ujian yang penting bagi membolehkan kanak-kanak autism ini mengikuti perkhidmatan Pendidikan khas. Ujian Tingkah laku pula dapat membantu pengkaji dari segi fungsian tingkah laku. Kombinasi pendidikan dan hasil ujian yang dilakukan dapat menjadi panduan dan bukti terhadap perubahan dalam tingkah laku kanak-kanak ini.

8

Page 9: Hbsl1103 780601025431001 (1)

HBSL1103_780601025431001

2 : Memulakan perkhidmatan intervensi.

Pengambilan ubatan yang sesuai dengan kanak-kanak. Pengkaji akan berhubung dengan pihak keluarga kanak-kanak untuk mendapatkan khidmat perubatan mengenai masalah ini. Mereka berdua akan dibawa ke klinik untuk mendapat ubatan yang sesuai dengan masalah yang mereka hadapi. Contohnya, ubat Ritalin untuk merawat masalah kurang tumpuan. Vitamin B6 dan magnesium membantu meningkatkan kesedaraan dan tumpuan perhatian kanak-kanak.

3 : Latihan tingkah laku dan intervensi awal

Setiap aktiviti yang dijalankan akan dirancang dengan teliti. Aktiviti tersebut akan dapat merangsang tindak balas terhadap perubahan tingkah laku yang lebih positif. Intervensi awal juga dapat membantu kanak-kanak dalam perubahan tingkah laku. Antara intervensi awal yang akan dijalankan adalah kaunseling ibu bapa, perkhidmatan permakanan, terapi cara kerja dan terapi pertuturan.

4 : Sesi pembelajaran dan pengajaran

Kanak-kanak ini akan mengikuti sesi pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Khas yang dapat memberi tumpuan kepada masalah yang mereka hadapi. Bidang-bidang pendidikan yang akan mereka ikuti adalah :

- Bidang Pengurusan Kehidupan

- Bidang Akademik Berfungsi

- Bidang Kerohanian dan Nilai-nilai Murni

- Bidang Sosial, Riadah dan Kreativiti

Semasa sesi ini pengkaji dapat membantu dan membimbing bagi mendekati kanak-kanak autisme ini. Apabila kanak-kanak ini sudah mengenali dan mesra dengan pengkaji, maka mudahlah aktiviti pemulihan tingkah laku diserapkan.

5 : Memberikan penilaian kepada usaha yang dijalankan oleh pengkaji.

Terdapat beberapa pandangan oleh guru di Pendidikan Khas berkaitan dengan kanak-kanak autism ini. Antara pendapat mereka adalah seperti berikut :

Pada peringkat awal – cara mendekati kanak-kanak ini berbeza dengan kanak-kanak biasa. Mereka akan mengambil masa untuk menerima orang

9

Page 10: Hbsl1103 780601025431001 (1)

HBSL1103_780601025431001

lain dalam kehidupan mereka. Oleh itu, guru Pendidikan Khas menyarankan pengkaji mendekati responden semasa di dalam kelas di waktu sesi pembelajaran dan pengajaran.

Semasa kanak-kanak ini melakukan aktiviti sendiri, pengkaji perlu dan mengambil peluang ini untuk mendekati mereka.

Kanak-kanak ini mempunyai mood yang berbeza. Oleh itu pengkaji harus sabar menangani penerimaan mereka.

Aktiviti pembelajaran tidak boleh terlalu banyak kerana mereka hanya dapat memberi tumpuan dalam jangkamasa yang singkat.

5.0 LANGKAH-LANGKAH TUGASAN

Semasa mendekati responden, pengkaji menghadapai pelbagai masalah. Perubahan tingkah laku yang terdapat pada diri responden seolah-olah tidak dapat menerima pengkaji. Setiap kali kehadiran pengkaji, responden akan duduk kaku tanpa memberi sebarang tindak balas baik dari segi bahasa atau perbuatan. Selama sepuluh hari baru responden 1 mula mesra dengan pengkaji. Manakala Responden 2, hanya memerlukan tiga hari untuk menerima pengkaji.

Pada peringkat awal perkhidmatan intervensi telah dimulakan. Apabila pengkaji berbincang dengan ibu bapa, responden kemudiannya dibawa ke klinik dan mendapatkan perkhidmatan perubatan bagi menyelesaikan masalah sosial yang dihadapi oleh responden. Aspek pemakanan juga dipantau. Selain pengambilan ubat, permakanan mereka perlu seimbang bagi membolehkan mereka mendapat kandungan zat makanan yang cukup.

Latihan tingkah laku dan intervensi awal dijalankan terhadap responden1 dan 2. Dengan adanya keputusan ini ia dapat dibandingkan dengan penilaian di akhir sesi rawatan yang akan dilalui oleh responden-responden ini.

Setelah responden dapat menerima pengkaji, responden tersebut akan diberi bimbingan yang khusus dalam sesi pembelajaran mereka. Pendekatan ini dapat membantu Responden 1 dan Responden 2 dalam memahami pelajaran yang diajar oleh guru. Dari pemerhatian yang dibuat, terdapat beberapa perkara dalam sesi pembelajaran dan pengajaran dapat diterima oleh kedua-dua responden ini. Responden 1 lebih berminat dalam pembelajaran mata pelajaran Matematik. Dia dapat menyelesaikan masalah mudah terutama dalam olahan tambah yang menggunakan gambar. Kecekapan mengira dalam

1

Page 11: Hbsl1103 780601025431001 (1)

HBSL1103_780601025431001

kuantiti yang sedikit dapat memberikan jawapan yang betul semasa olahan tambah dilakukan ke atasnya. Manakala Responden 2 pula lebih berminat dalam matapelajaran muzik. Dia boleh menyanyikan semula lagu yang didengar dari cerita kartun yang di tonton.

Responden 1 akan tersenyum bila jawapan yang diberikan olehnya secara lisan betul. Dia gembira bila guru memberi pujian dan ganjaran kepadanya. Terdapat sedikit perasaan bangga. Namun dengan sekelip mata dia akan berkeadaan menyendiri semula.

Bagi Responden 2 pula, dia lebih berminat dalam aktiviti nyanyian. Suka menyanyi sambil membuat kerja dan apabila mendengar orang lain menyanyi serta merta dia akan menyanyi bersama. Dia juga akan menyanyi lagu yang sama sepanjang hari dan ingatannya amat kuat terhadap lagu-lagu yang pernah di ajarkan atau yang pernah di dengarinya.

Pengkaji dapat memberi bimbingan kepada kedua-dua responden dalam aktiviti pembelajarannya. Pengkaji juga dapat melihat kemajuan terhadap perkembangan sosial responden. Mereka mula ingin menerima beberapa orang rakan sebaya semasa menjalani aktiviti-aktiviti pembelajaran. Semasa perubahan ini berlaku, pengkaji hanya selaku pemerhati sahaja.

Setelah hampir dua bulan, pengkaji akan melaksanakan satu lagi ujian bagi melihat keberkesanan langkah-langkah penyempurnaan tugasan ini. Setiap perubahan tingkah laku dan perubahan terhadap responden dicatat dan menjadi hasil dapatan dalam kajian ini.

Instrumen 1 :

Senarai semak pemerhatian bagi perubahan tingkah laku sebelum dan selepas kajian

BIL Tingkahlaku respondan

R1 R2

Ya Tidak Ya Tidak1 Boleh bercakap dengan orang lain. Contoh : guru dan

rakan-rakan. / /

2 Memberi tindak balas terhadap teguran. / /

3 Boleh menggunakan peralatan dengan betul. / /

4 Dapat menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru. / /

1

Page 12: Hbsl1103 780601025431001 (1)

HBSL1103_780601025431001

5 Mengikuti aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah. / /

Jumlah 4 1 3 2

Instrumen 2 :

Senarai tingkah laku semasa proses kajian dilaksanakan.

BIL Perubahan tingkah laku responden Catatan

1 Boleh bercakap dengan orang lain Kemahiran komunikasi semakin meningkat

2 Memberi tindak balas terhadap teguran. R1 masih sukar menerima teguran dan masih merajuk.R2 sudah boleh menerima teguran

3 Boleh menggunakan peralatan dengan betul. R1 dan 2 telah boleh menggunakan alatan dengan baik.Hanya R2 masih memerlukan bimbingan.

4 Dapat menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru. R1 tidak memerlukan bimbingan sepenuhnya manakala R2 masih memerlukan bimbingan sepenuhnya.

5 Mengikuti aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah. Tumpuan R! dan 2 semakin meningkat.

1

Page 13: Hbsl1103 780601025431001 (1)

HBSL1103_780601025431001

6.0 SELEPAS PEMERHATIAN,

pengkaji mendapati modifikasi tingkah laku memang amat diperlukan oleh kanak-kanak autisme dalam membina keyakinan diri dan kemahiran sosial mereka. Dapatan pemerhatian juga menunjukkan bahawa norma-norma negatif telah dapat disingkirkan secara sedikit demi sedikit. Responden 1 telah mula berinteraksi dengan rakan sekelas tanpa mencari pasangan kembarnya. Penggunaan alatan bilik darjah juga telah dapat digunakan dengan cara yang betul tanpa bimbingan sepenuhnya oleh guru. Latihan dan tugasan yang diberikan oleh guru dapat disiapkan oleh murid hanya dengan penerangan awal sahaja. Kesediaan untuk belajar juga nampaknya agak meningkat. Hanya satu kelemahan responden 1 iaiatu mengawal emosi, dia sering merajuk dan kurang terbuka dalam menerima teguran. Modifikasi tingkah laku akan di teruskan untuk membendung masalah emosi responden 1.

Manakala responden 2 pula menunjukkan perubahan yang amat baik. Dia hanya mengalami kesukaran bertutur dan memahami Bahasa Malaysia. Dari segi kemahiran social, komunikasi dengan orang sekeliling amat baik dan tiada masalah. Penggunaan alatan bilik darjah juga dapat digunakan dengan baik setelah diterangkan cara penggunaannya. Responden 2 juga dapat mengawal emosi dengan baik iaitu bersedia mendengar teguran dan tidak merajuk. Ini membuatkan dia lebih cenderung dalam mengikuti pembelajaran dengan lebih efektif tanpa gangguan emosi. Dari aspek latihan dan tugasan ini responden memang masih memerlukan bimbingan sepenuhnya lantaran masalah bahasa.

7.0 RUMUSAN

1

Page 14: Hbsl1103 780601025431001 (1)

HBSL1103_780601025431001

Individu autistik ini dapat dibantu dengan pendidikan yang terancang melibatkan beberapa pihak serta disiplin.ini adalah kerana kecelaruan tingkah laku yang ditunjukkan amat jelas sekali memerlukan pembentukan dan bimbingan. Oleh yang demikian intervensi awal amat memainkan peranan yang penting supaya masalah yang mereka hadapi dapat di perbetulkan sebelum mereka melangkah ke alam persekolahan.

7.0 RUJUKAN/ REFERENSI

Abdul Rahim Talib, (2011), HBSL1103 Pengenalan Kepada Kanak Kanak Bermasalah

Pembelajaran, Faculty of Education and languages OUM

K. A. Razhiyah, (2008), Apa Itu Autisma ?, PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

http://www.nasom.com.my/

1