HE - Satu Pandangan Holistik Mengenai Wibawa Media Dalam Konteks Budaya Politik Malaysia

download HE - Satu Pandangan Holistik Mengenai Wibawa Media Dalam Konteks Budaya Politik Malaysia

of 15

Transcript of HE - Satu Pandangan Holistik Mengenai Wibawa Media Dalam Konteks Budaya Politik Malaysia

  • 8/2/2019 HE - Satu Pandangan Holistik Mengenai Wibawa Media Dalam Konteks Budaya Politik Malaysia

    1/15

    P R O S I D I N G

    SeminarOLITIK MALAYSIA

    PenyuntingWorran Hj. KabulShireen HaronMat Zin Mat KibAbdul Kadir Rosline

    Pusat Penerb i tan Un ivers i t i (UPENA)Universiti Teknologi MARA SHAH ALAM 2008

  • 8/2/2019 HE - Satu Pandangan Holistik Mengenai Wibawa Media Dalam Konteks Budaya Politik Malaysia

    2/15

    ALAM DAN SISTEM POLITIK MALAYSIA:SATU PANDANGAN HO LI ST IK MENG ENAI WIBAWAMEDIA DALAM KONTEKS BUDAYA POLITIK MALAYSIANasrudin Mohammed

    ABSTRAKKertas pemikiran ini mengu tarakan perbincangan menge nai sistem politik Malaysia sertaaktiviti-aktiviti politik yang dilihat secara khusus dadri sudutpengam alan med ia. Liputanini dipilih atas beberapa alasan, antaranya yang utama termasuklah berkenaan aliranpendekatan media serta pemilihan isu-isu yang m enyum bang kepada keputusan politikdalam kerangka buday a politik M alaysia. Ini terutamanya dengan mem usatkan tumpuanpemerha tian dan perbincangan kepada Pilihanraya Um um ke-12. Kertas inijuga akanmenum pukan perbincangan kepada isu-isu yang berkaitan - secara langsung dan tidaklangsung - dengan ideologi dan pendekatan media; evolusi budaya politik; da npandanga n mengen ai politk dan politi Malaysia secara ringkas.

    MENG ENAI ALAM & SISTEM POLITI MALAYSIALingkungan alam dan sistem politi Malaysia adalah berteraskan Melayu. Ini adalah kenyataan asasyang menjadi landasan kertas pem ikiran ini. Bagaiman akah untuk m engetahui kedalaman kenyataanini? Nilai-nilai ritual, simbolisme dan estetika yang terpancar pada kepercayaan, nilai dan amalandunia Melayu dapat dilihat secara langsung dan secara tersirat pada teks-teks kesusasteraan Melayuklasik. Sumber-sumber teks tradisi seperti sejarah Melayu, Undang-Undang Melaka dan Undang-Undang La ut, adalah sekadar contoh. Selain itu, jurnal-jurnal dan buku-buku yang ditulis oleh ahli-ahli sejarah dan antropologis-sosiologis serta sumber-sumber bacaan secara atas talian (on-line) dandibukukan juga menyediakan peluang yang sangat luas untuk penderokaan maklumat tersebut. A ntarayang diperakukan termasuklah jurnal-jurnal yang diterbitkan oleh agensi-agensi yang diiktirafkewibawaan mereka seperti Council of Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (MBRAS)dan Ma laysian Historical Association (MHA).

    Selain itu, tidak kurang juga bilangan artikel dan buku yang disusun dan dikarang oleh me rekayang diakui ketokohan masing-masing. Artikel-artikel serta buku-buku seperti yang dikarangumpam anya oleh Aminudin Baki (1996); Buyong Adil (1991), Mohamed Am in Hassan (1966; 1967),Moham ed Ibrahim bin Abdullah Munshi (1075), Sheppard, (1985), Swettenham, (1890; 1900), KhooKay Kim (197 2; 1974; 1991) Gullick (1958; 1987; 1992; 1998) mem adai sekurang-kurangnya untukmemberi gambaran sistem politi alam Melayu.

  • 8/2/2019 HE - Satu Pandangan Holistik Mengenai Wibawa Media Dalam Konteks Budaya Politik Malaysia

    3/15

    SEMINAR POUTIK MALAYSIA

    Pada dasarnya, sistem politi M alaysia berkait-rapat dengan elemen-elemen sosio-budaya dansosio-politik Melayu sama ada tradisi dan m oden. Untuk lebih memahami, pengetahuan asas mengenaisejarah Tanah Melayu - terutamanya kisah-kisah kegemilangan Kerajaan M elaka - dianggap bolehmembantu.1 Dalam pem erhatian dan kajiannya yang mendalam terhadap kemajuan dan pembangunanTanah M elayu, Gullick (199 8:186) menyebutkan betapa dalam sejarah dunia Melayu, kawalan danpenguasaan ke atas sumber-sum ber ekonom i sentiasa menjadi asas kepada kuasa politik. Inilah aliranatau trend yang sering dicatatkan secara berterusan dalam sejarah Tanah M elayu sejak zaman tradisiMe laka (sejak tahun 1400). Khoo (1992: 44) turut mengungkapkan pertalian antara kuasa ekonomidan politik alam Melayu apabila beliau m engaitkan kedua,-dua "ku asa" tersebut dengan perubahanyang dialami oleh alam M elayu. Perubahan tersebut yang dilihat melalui beberapa fasa m engandungikelainan yang tersendiri dari segi pernyataan sejarah mengenai sistem politik negara ini dalamkaitannya dengan transformasi masyarakat Tanah M elayu.

    Dipandang dari pelbagai sudut, alam Melayu secara bandingannya menawarkan lingkungandan persekitaran sistem politi yang tenang dan selamat. Tidak pernah sekalipun alam Melayumenunjukkan episod sejarah yang melam pau - apatah lagi sebarang kemungkinan anarki - dari segitindakan komunti Melayu kepada bangsa lain, selain daripada tindakan untuk menjaga danmempertahan kesejahteraan dunia yang dirujuk sebagai "alam Melayu" itu sendiri. 2 Masyarakatalam Melayu - bi ar dari kalangan Bugis, M inangkabau, Sum atera, M andailing, Kerinchi, Jawa, Aslidan seumpam anya - tidak pernah direkodkan dalam sejarah pernah, secara sesuka hati, menganiayadan menyusahkan orang-orang lain yang datang dari luar alam Me layu. Sebaliknya, komuniti lain,terutaman ya orang -orang Cina di alam ini dilindungi secara eksklusif oleh ketua-ketua puak Melayusendiri. Buruh-buruh asing, terutamanya d i kalangan etnik Cina telah mula dibawa m asuk sebagaisumber tenaga manusia di lombong bijih timah dan emas di Titian Ak ar, dekat Bandar Melaka sejaktahun 1793. Sungai Ujong dan Lukut merupakan antara dua kawasan perlombongan utama yangdicatatkan dalam sejarah yang menyaksikan gabungan usaha orang-orang Melayu dengan orang-orang China. Sejak itu sehinggalah ke tahun 1880an, para pemerintah dan pentadbir alam M elayusudahpun mem berikan sam butan, penerimaan dan mem beri ruang yang luar biasa terhadap kehadiranorang-orang asing, terutamanya pelombong-pelombo ng China di alam ini. Para pentadbir tersebut,antaranya yang dicatat dalam dokum en-dokumen sejarah yang masih boleh dibaca oleh seluruh rakyatMalaysia pada hari ini, antaranya termasuklah Raja Busu (meninggal dunia pada 1834), Raja Jumaat(meninggal dunia pada 1864), Raja Abdullah (pengasas Kuala Lumpur), Sultan Ahmad Tajuddin(1855-1879), Sultan Abu Bakar (1862-1895) dan Tunku Kudin (1868-1878).

    M emanglah tidak dapat dinafikan bahawa beberapa peristiwa yang merupakan titik-titik hitamdalam alam Melayu ini tetap ada. Cuma, meskipun berlaku kekecohan dan kekalutan, namunkekecohan itu diyakini berpunca daripada tekanan ekonomi serta konflik dan krisis dalaman yangmelibatkan bangsa M elayu sendiri. Jika ada pun konflik yang melibatkan perhubungan antara orangMelayu dengan bangsa lain, ia terjadi akibat daripada pertentangan konflik nilai dan amaian antaraorang Melayu dengan bangsa lain yang terlibat yang tidak dijaga sensitivitinya.

    Pada tahun-tahun 1828 dan 1834 umpamanya,alam Melayu menyaksikan pertelingkahanberdarah antara orang Melayu dan China akibat daripada isu ekonomi dan kependudukan. Padatahun 1828, hampir-hampir 1,000 orang China dibunuh di Rasah, yang dikaitkan oleh sejarahwandengan isu lebihan dan kebanjiran penduduk akibat daripada bilangan lombong yang semakinbertambah. Pada September 1834 pula, dilaporkan antara 300-400 orang China menyerang dan

    14

  • 8/2/2019 HE - Satu Pandangan Holistik Mengenai Wibawa Media Dalam Konteks Budaya Politik Malaysia

    4/15

    WIBAWA MEDIA DALAM KONTEKS BUDAYA POLITIK MALAYSIA

    membakar kediaman pentadbir Lukut, Raja Busu serta beberapa 'majikan' Melayu yang lain. RajaBusu merupakan pembesar Melayu yang memberi peluang kepada orang-orang China untuk datangke Lukut dari Melaka untuk bekerja di lombong Lukut. Dalam tragedi itu Raja Busu meninggaldunia. Tragedi itu kemudiannya disusul dengan tindakbalas orang-orang Melayu yang membunuhorang-orang China sewaktu orang-orang China berusaha melarikan diri ke sempadan w ilayah Melaka.3Sifat alam Melayu memang unik. Kebanyakan ahli sejarah dan pencatat sejarah bersetujubahawa alam Melayu menyediakan platform pembelajaran yang amat sesuai untuk memahamikenyataan betapa perlunya rakyat negara ini men ghayati dan mengha rgai kehidupan bersama . AlamMelayu ini telah memberi ruang dan peluang kep ada sem ua ahli masyarakat negara ini selama tidakkurang daripada 210 tahun yang lampau. Asas pentadbiran alam Melayu ini bukanlah baru seharidua ini diwujudkan. Sew aktu kebangkitan Selangor dan Kuala Lum pur sebagai pusat pembangu nanekonomi di alam Melayu ini, seluruh alam Melayu serta antarabangsa, sejauh Belanda, British,Timur Tengah dan C hina, memah ami sifat negara ini yang sedem ikian unik. Am bil contoh Selangordan Kuala Lumpur. Apa yang dihidupkan pada hari ini - yang ditunjukkan oleh kepesatan

    pembangunan Selangor dan Kuala Lumpur khususnya - adalah jelmaan pemikiran dan usaha RajaJumaat dan Raja Abdullah khususnya yang membuka ruang dan memberi peluang kepada orang-orang China untuk bersama-sama dengan orang-orang Melayu yang sememangnya sudah sediabekerja di kawasan yang pada hari ini dikenali sebagai Kuala Lum pur.Pada hari ini, Kuala Lump ur bukan sahajajadi pusat perniagaan dan perdagangan paling sibukdi alam Melayu ini, malah menjadi benteng kebal tumpuan perekonomian m asyarakat bukan M elayu.Secara tradisi, alam Melayu menunjukkan bahawa tumpuan kuasa politik orang Melayu terletakpada amalan pemusatan kuasa Kesultanan Melayu. Atas sifat itulah maka Kuala Selangor menjadipusat pentadbiran kerajaan pada zaman lampau. Namun keadaan itu tidak lagi menjadi aliran di

    alam Melayu dalam konteks pembangunan Kuala Lumpur. Sehingga tahun 1875 misalnya,Swettenham m elaporkan keadaan Ku ala Lum pur yang jelas m enunjukkan pemisahan dari segi corakpetempatan dan pentadbiran yang berasaskan pengasingan antara Melayu, China dan Eropah. PetaKuala Lump ur lakaran Sw ettenham serta perbandingan d engan kajian-kajian lain selepas itu denganjelas menggambarkan persempadan antara Melayu, China dan Eropah.4 Yang nyata, persempadanitu memang sengaja diwujudkan, lalu diterima di alam Melayu ini, semata-mata atas kesediaankomuniti Melayu untuk mengelakkan sebarang pertelingkahan khususnya dengan komuniti Cina.5Selama ini, alam Melayu disejahterakan oleh paduan antara nilai-nilai berkehidupan secaramurni. Toleransi dan saling mem ahami m erupakan penawar yang telah menghidupi alam Melayu.

    Persefahaman itulah jug a yang ditunjukkan dalam soal-soal pentadbiran petem patan yang me libatkansensitiviti dan hak eksklusif masyarakat alam Melayu yang sentiasa diberikan perhatian oleh YapAh Loy selaku Ketua Pentadbir, atau Kapitan orang China di Kuala Lumpur. Dan ini membawalahsehingga ke saat-saat genting tatkala negara ini di ambang mencapai kemerdekaan. Ketikaketidakpastian masih terus menggelisahkan semua komuniti Melayu khususnya berkenaan soalkewarganegaraan, komuniti Melayu masih terus mempamerkan polisi penerimaan dan memberiruang.6Atas konsep dan semangat penerimaan serta memberi lalu itulah, maka sistem politi Melayumelihat sebarang ketidakpedulian pentadbir politik bukan Melayu dalam soal ini tentunya

    mengundang potensi kesangsian alam Melayu mengenai niat sebenar mereka, dan barangkali, niat

    15

  • 8/2/2019 HE - Satu Pandangan Holistik Mengenai Wibawa Media Dalam Konteks Budaya Politik Malaysia

    5/15

    SEMINAR POLITIK MALAYSIA

    sebenar orang-orang bukan M elayu tatkala mereka kembali mengungkit-ngungkit soal rakyat Malaysiadan kewarganegaraan yang dikatakan "hak " mereka.7 Dan kata-kata seperti "tidak perlu berterimakasih kepada pentadbir-pentadbir politik Melayu atas isu kerakyatan" umpamanya, dianggapmerupakan pro vokatif yang berisiko terhadap sistem politik negara.8

    Dari sudut sains politik, realiti dan proses hubungan etnik ada kaitannya d engan lim a tindakan.Pertama, pemisahan (segregation).9 Ini ada kaitan dengan latar belakang sejarah negara ini yangdijajah secara 'pecah dan perintah'. Inggeris mengamalkan dasar pemerintahan yang tidakmenguntungkan anak peribumi dengan cara membiarkan anak peribumi kekal dengan kegiatan-kegiatan tani dan luarbandar sedangkan buruh-buruh asing dibawa masuk secara beramai-ramaisehingga menjejaskan komposisi dan struktur sosial masyarakat negara ini. Pendekatan birokrasiInggeris di dalam m enangani isu-isu pem ban-gunan di negara ini misalnya dengan jelas dapat dikesansebagai tertumpu kepada tiga keutamaan:1. Menjana mo dal khususn ya daripada pelabur-pelabur Eropah , China dan Iain-lain;2. Menggalakkan kemasukan buruh-buruh terutamanya daripada China dan India; dan3. Membantu memajukan sumber-sumber galian dan pertanian.

    Pernyataan ini dijelaskan misalnya oleh penulis Inggeris, Tilman (1964) yang memetik lapo-ran Pemangku Residen-General Negeri-Negeri Melayu Bersekutu sebagai berkata:

    "The general policy of the British advisers has been to interfere as little as possible with themanners, customs, methods and prejudices of the different nationalities composing the populationof the States; to interfere not at all in matters touching the Mohammadan religion - the religion ofthe Malays; to attract capital - European, Chinese and other; to encourage the immigration ofChinese, Indian and other labourers; to assist the development of the mineral and agriculturalresources of the States..."

    Implikasi langsung dapat dikesan dengan mud ah. Kaw asan kampu ng dan luarban dar dibiarkanterpinggir. Penglibatan dalam kegiatan ekonomi dan politik disekat pada tahap minimum keranaInggeris bimb ang pengalaman mereka menjajah India misalnya menyebabkan rakyat bangkit setelahmendapat pendidikan dan pengalaman dari luar. Ini yang diakui misalnya oleh para pegawai Inggerisdi Tanah Melayu y ang mengatakan bahaw a warga peribum i sewajarnya dikekalkan d engan kegiatantani dan ketukangan tangan. Sedangkan untuk membangun sektor ekonomi, boleh dilaksanakanmelalui penglibatan buruh-buruh asing dari China dan India.

    Tindakan kedua yang mem beri kesan kepada hubungan etnik dalam k omuniti adalah prosesmemberi luang (accomodation). Proses ini antara lain melibatkan unsur-unsur tawar menawar dantolak ansur yang dibenarkan oleh penduduk tempatan kepada orang-orang asing atau luar. Ini jugamelibatkan seperti 'kontrak sosial' yang m emberi jaminan keselamatan dan keselesaan kepadakesemua pihak yang bersetuju untuk saling menerima dan memberi. Misalnya dalam soalmemberikantaraf warganegara kepada bukan Melayu. Ini persetujuan yang ada syaratnya dahulu. Dan inilahkemudiannya yang dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan.

    Pendekatan ketiga adalah melalui pertembungan budaya (acculturation). Proses ini m elibatkanpertemuan budaya-budaya yang berbeza yang kemudiannya memberi laluan dan peluang kepada

    16

  • 8/2/2019 HE - Satu Pandangan Holistik Mengenai Wibawa Media Dalam Konteks Budaya Politik Malaysia

    6/15

    WIBAWA MEDIA DALAM KONTEKS BU DAY A POLITIK MALAYSIA

    sesuatu budaya untuk m enerapkan nilai dan unsur budaya baru ke dalam budaya asal. Sama ada inidisenang atau tidak bergantung kepad a trend dan penerimaan pihak yang tertentu.

    Keempat, pendekatan secara penyebatian (assimilation). Keadaan ini berlaku apabila budayasesuatu masyarakat diserapkan - sama ada secara paksa atau rela - ke dalam budaya sesuatumasyarakat lain. Contoh antara lain termasuklah bagaimana kaum China di Melaka mengamalkanbudaya dan nilai Melayu seperti penggunaan bahasa dan adat budaya (B aba); atau seperti yang dialamioleh sesetengah Thai Muslim yang dipaksakan oleh pemerintah untuk menurut dan mengamalkanbudaya Thai-Buddha dengan meninggalkan adat resam dan budaya Melayu asal seperti di SelatanThai (Satun, Yala, Patani dan Narathiwat).

    Dan kelima, secara penyatuan (amalgamation). Proses ini melibatkan penyerapan pelbagaibudaya dan nilai yang pada akhirnya menjelmakan satu bentuk budaya baru di dalam masyarakat.Wujudnya apa yang dilihat sebagai polisi "komprom i dan mem beri ruang" secara berterusan tanparagu-ragu. Setelah agak lama berada di Tanah Melayu, mereka - buruh-buruh asing China dan India- mula menuntut taraf warganegara. Ini berbalik kepada kontrak sosial yang memperlihatkanpersetujuan kaum-kaum lain - sewaktu ambang kemerdekaan - untuk mengiktiraf dan mengakuiketuanan Melayu sebagai balasan kepada taraf kewarganegaraan yang dianugerahkan ke pada bukanMelayu.

    Hari ini, semenjak kemerdekaan, sistem politi dan politik Malaysia terus tertegak ataspengamalan model persekutuan yang berteraskan penggabungan komitmen politik antara kaum-kaum utama yang dikawal oleh Perlembagaan Persekutuan sebagai rujukan perunda ngan tertinggi.

    BUDAYA POLITIKIni adalah topik yang sangat luas. Budaya politik antara lainnya merangkumi nilai-nilai, sikap,kepercayaan dan orientasi yang dikongsi bersama. la jug a m elibatkan hala dan gaya pem ikiran sertaperilaku individu dalam konteks persekitaran serta institusi yang mereka berada di dalamnya.Kewibawaan media dalam menggunakan unsur-unsur yang berkaitrapat dengan budaya politikmem pengaruhi secara langsung sistem politi dan politik semasa. Leeds (19 81:194) m isalnya percayabahawa kepercayaan politik seseorang individu merupakan sebahagian daripada tindakbalaspersonalitmya serta beberapa pengaruh sosial dan persekitaran lain yang semuanya menyumbangkepada budaya politik semasa.10

    17

  • 8/2/2019 HE - Satu Pandangan Holistik Mengenai Wibawa Media Dalam Konteks Budaya Politik Malaysia

    7/15

    SEMINAR POLITIK MALAYSIA

    Beberapa faktor yang perlu dipertimbang dalam mencetuskan bud aya politik

    Faktor Contoh

    Sejarah Semua peristiwa bersejarah mem pengaruhi pembang unan negara. Dalamkonteks Malaysia, peralihan daripada Hinduisme kepada Islam; SistemKesultanan; pembangunan petempatan; Kemerdekaan dan sebagainyamempengaruhi budaya politik.Geografi

    Struktursosio-ekonomi

    Adat-Istiadat &tradisi politik

    Misalnya sifat lokaliti; iklim; topografi; geologi dan sebagainya. SejarahMalaysia misalnya dikaitkan dengan sumbangan sifat kepulauannya dalamrantau ini.Penggunaan polisi afirmatif (seperti DEB) yang melindungi hak dankeistimewaan Bum iputera disebut khusus dalam Perlembagaan Persekutuan.Contoh lain termasuk kadar urbanisasi, taraf pendidikan rakyat, pengagihankekayaan serta pembangunan ekonomi.Melayu - Muslim sebagai budaya dominan dan di je lmakan dalamkepemimpinan tertinggi negara; Yang Dipertuan Agong sebagai KetuaNegara; Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi; Islam sebagai agamaPersekutuan; manakala tradisi dan adat budaya pelbagai etnik diamalkansecara terbuka dan beba s.

    Sosialisasi Peranan pemim pin politik - yang diterajui M elayu Mu slim men dom inasipolitik lanskap politik dan politi Malaysia - dalam mem promosi dan dan menerapkanpemikiran mengenai budaya politik; dengan pertimbangan etnik di fikiranserta 'kon trak sosial' ditekankan yang mengim bangi sentimen politik semasa.

    Skala PolitikUngkapan bahawa 'rakyat menentukan siapa berkuasa dalam politik' itu sememangnyamerupakan satu kepercayaan umum. Alasannya, oleh kerana rakyat yang menentukan siapa yang

    akan menjadi wakil mereka pada setiap kali pilihanraya diadakan, maka rakyat yang berkuasa.Bagaimanapun, dalam pengamalan, siapa sebenarnya yang berkuasa di dalam skala kuasa politikselalunya menjadi topik perbahasan tidak berkesudahan. Ada yang berpandangan bah awa ahli-ahliparti politik-lah yang berkuasa kerana mereka menentukan 'siapa yang sewajaraya mendapat apa,bila dan bagaima na'. D alam pengajian Sains Politik, hal seumpama ini dikatakan sebagai pengagihanskala kuasa politik. la m elibatkan pengkajian meng enai kepercayaan individu sam ada kuasa politikdiagihkan berdasarkan bebe rapa aliran orientasi yang tertentu. Aliran-aliran yang besar itu termasuklahyang dianggap sebagai pluralisme politik (penglibatan banyak pihak dalam mengagihkan kuasapolitik), elit politik (kuasa diagihkan oleh kumpulan kecil namun amat 'istimewa'); atau Marxis(kuasa politik dikawal oleh perniagaan gergasi).

    18

  • 8/2/2019 HE - Satu Pandangan Holistik Mengenai Wibawa Media Dalam Konteks Budaya Politik Malaysia

    8/15

    WIBAWA MEDIA DALAM KONTEKS BUDAYA POLITIK MALAYSIA

    PluralistikPendekatan ini melihat tidak ada satu kumpulan pun yang benar-benar dianggap mentadbirkerajaan di negara ini. Sebaliknya, keputusan-keputusan penting m engenai polisi negara dibuat olehpelbagai kumpulan yang berbeza-beza yang terdiri daripada kalangan misalnya Pak-Pak Menteri

    tertentu, NG O, perw akilan parti, golongan ulama, profesional muda yang menjadi kumpulan pem ikir,pendidik dan sebagainya. Kumpulan-kumpulan tersebut mempengaruhi parti-parti politik, tetapitidak ada satu kumpulan pun yang benar-bena r menonjol yang bem paya boleh m engarah orang lain.Dalam keadaan sebenar, setiap kumpulan dianggap cukup berupaya untuk melindungi kepentinganmasing-masing.Da lam temubu al antara Perdana Menteri, Dato ' Serf Abd ullah HjAhmad B adawi dengan dengan

    Mingguan Malaysia (Ahad 17 Julai 2005), Perdana M enteri diajukan dengan pertanyaan berikut:"ORANG ada persepsi kononnya menantu Datuk Seri, Khairy Jamaluddin, ada peranan dan

    pengaruh tersendiri dalam pentadbiran dan keputusan yang dibuat oleh Datuk Seri?"Lalu Perdana Menteri membalas,

    " Boleh jadi kerana diapernah bekerja dengan say a (sebagai bekas Timbalan Ketua SetiausahaSulit 2). Apabila bekerja dengan Perdana Menteri ini maklumlah banyak perkara yang dia bantu,beri pandangan dan analisis. Mereka ini semua pun pembantu saya (menunjuk kepada pegawai-pegawainya) "

    Perwakilan UM NO dikira menyum bang kepada kaedah pengagihan kuasa seperti ini pada setiapkali Perhimpu an Agung diadakan. Mereka mengusulkan - dan mem ilih untuk tidak men gusulkan! -isu-isu yang patut dijadikan b ahan perbincangan pada setiap kali perhimpunan b erlangsung. Isu-isuseperti Agenda Melayu dalam konteks pendidikan tinggi dan profesional akan diungkapkan padaplatform seperti Perhimpunan Agung. Pada masa yang sam a, isu-isu lain yang dianggap m emp unyaiscoop juga akan dipertimban gkan seperti soal pembe rian AP ya ng dikatakan tidak telus ataupun soaldisiplin ahli parti yang dipersoalkan.Elitis

    Pendektana ini melihat kelibat satu kumpulan y ang kecil - yang berada betul-betul di bawa hdagu Perdana Menteri - yang turut 'mengendali' dan 'mentadbir' kerajaan. Kumpulan ini terdiridaripada ketua-ketua syarikat-syarikat perniagaan yan g besar, termasuk perbadanan negara, individu-individu tertentu pegawai-pegawai tertinggi kerajaan dan sektor pertahanan, serta beberapa ahlipolitik kanan dan bekas ahli politik yang masih berpengaruh. Kumpulan ini biasanya menguasaiatau pun setidak-tidaknya mempunyai kepentingan dalam parti-parti kerajaan. Mereka adalahkumpulan istimewa . Mereka mem punyai laluan langsung kepada pemim pin tertinggi kerajaan. Urasanrasmi mereka tidak berakhir sekadar di pejabat, tetapi dilangsungkan hingga ke kediaman pemim pin-pem uimpin tertinggi semata-mata untuk menyudahkan kerja-kerja rasmi yang masih tertangguh.

    19

  • 8/2/2019 HE - Satu Pandangan Holistik Mengenai Wibawa Media Dalam Konteks Budaya Politik Malaysia

    9/15

    SEMINAR POUTIK MALAYSIA

    Pendominasi EkonomiKum pulan yang ketiga, kumpulan yang terdiri daripada ahli-ahli perniagaan dan syarikat-syarikatkorporat yang yang berkuasa, yang benar-benar m enguasai negara. Ketua-ketua pentadbir syarikatberkenaan menguasai parti-parti dominan dalam kerajaan. Ini bermakna banyak urasan dalam

    pemerintahan negara dikendalikan dan ditangani dalam cara yang agak sehala dengan cara dan strategiperniagaan dilaksanakan.Mereka ini dianggap sebagai kumpulan terkuat yang menentukan hala-tuju corak pem erintahannegara pada peringkat eksekutif, atau pembuat keputusan. Bagaimanapun, pengaruh kumpulan inibergantung kepada hayat politik Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri. Kebiasaannya,hanya individu-individu yang tertentu dan bijaksana sahaja yang mem pu m elepasi tindakan cantasanpolitik semasa apabila kepemimpinan tertinggi negara bertukar orang. Apa yang jelas, siapa punyang akhirnya 'berkuasa' secara politik biasanya tidak dipersoalkan. Sistem politik mempunyaibudaya, peraturan dan undang-undang tersendiri yang sehingga kini diyakini rakyat. Malah, ahli-

    ahli parti politik sendiri pun menerima secara dasarnya bahaw a siapa yang patut berkuasa dan siapayang patut sekadar mengikut. Begitulah seterusnya, mereka juga yang menentukan m isalnya, sam adaAgenda Melayu itu releven atau tidak pada sesuatu masa dalam konteks siapa sebenarnya yangberkuasa.Deng an kata lain, ini adalah soal kematangan politik. la m ungkin m elibatkan beberapa unsurasas, antaranya: pertama , ciri-ciri profesional yan g ditunjukkan antara ahli-ahli politik dan pen tadbirkerajaan yang sama-sama menyokong sistem semasa, meskipun ada kemungkinan mereka sendiritidak memaham i mengenai sistem itu secara meny eluruh. Apa yang penting adalah sokongan p enuhmereka terhadap parti dan kerajaan. Kedua, keupayaan untuk menjiwai prinsip demokrasi asas di

    kalangan sem ua pengam al dan peserta dalam sistem politik. Ketiga, menerima faktor k epelbagaiandalam sistem politik (pandangan, pendekatan dan kepercayaan). Keempat, keupayaan untukmenyesuaikan diri dengan kepemimpinan dan sistem semasa secara sepenuhnya. Ini yang sentiasaperlu dipastikan.

    MENGENAI MEDIA, PEMBERITAAN & POLITIKBergantung kepada aliran serta ideologi (sama ada Authoritarian, Libertian, Soviet mahu puntanggungjawab sosial), prinsip asas yang mendasari peranan m edia secara sejagat adalah perananpemberitaannya dengan cara menyiasat dan mendalam i peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekelilingtanpa dibatasi oleh sempadan geografi, politik dan malahan masa. la juga meliputi soal-soalpentafsiran setiap peristiwa tersebut serta usaha m edia melancarkan proses sosialisasi individu didalam rangka kerja bud aya m ereka.

    Nilai-nilai berita pula sebahagiannya dipertimbang oleh unsur-unsur asas yang antara lainnyamerangkumi kekerapan berita diulang-ulangkan; keupayaan berita untuk mencetuskan emosi danseterusnya melahirkan pertimbangan dan tindakan seperti dalam bentuk keputusan dan pendirianpolitik; paduan unsur-unsur budaya yang mengakrabkan individu dengan sesuatu yang mungkindalam bentuk sentimental yang bolehmembuai-buai perasaan dan mencetuskan emosi; bolehmenyakinkan pembaca bahawa berita itu sememangnya 'berita' danbu kann ya 'fiksyen'; penggunaan

    20

  • 8/2/2019 HE - Satu Pandangan Holistik Mengenai Wibawa Media Dalam Konteks Budaya Politik Malaysia

    10/15

    WIBAWA MEDIA DALAM KONTEKS BUDAYA POUTIK MALAYSIA

    unsur-unsur mengejutkan dan di luar jangka an; keupayaan sesuatu berita untuk terus kekal sebagaiberita; serta kebijaksaan m edia menggam barkan sesuatu berita dengan cara berimban g dan rasionalserta dapat dipercayakan.

    Bebe rapa tinjauan yang dibuat dalam konteks pemilihan Presiden di Amerika Syarikat, meskipunsumbangan internet tidak dinafikan pengaruhnya m enunjukkan bahaw a media - terutamanya dalambentuk elektronik - menda hului sebagai sumber berita utama yang digunakan oleh individu sebagairujukan.11 Media - dalam kepelbagaian bentuknya - menjadikan pembaca dan penonton untukmenggabung kan diri mereka sebagai sebahagian daripada satu kom uniti besar dalam budaya politiksemasa. Media juga mengaitkan unsur-unsur keperibadian, komersilisasi, populariti serta tarikan-tarikan budaya, sekaligus mencetuskan semacam keakraban antara komuniti dengan media. Konseppersonalisasi politik (media mem berikan tumpuan y ang berlebihan kepada personaliti dan perwatakanpemimpin dan ahli-ahli poilitik) kemudiannya mendominasi persekitaran budaya politik. Konseppersonalisasi yang konvensyen - yang menunjukkan politik sebagai berpacukan mandat (yangberkaitan dengan polisi) kemudiannya dilihat berubah menjadi lebih kepada 'pemimpin individusebagai pemegang am anah'.

    Sebagai contoh, laporan satu sumber yang memerhati dan menilai Pilihanraya Umum 12Malaysia mengulas bagaimana media cetak utama negara mem pem ntukkan ruang yang sangat besarkepada pemaparan personaliti calon-calon pilihanraya khususnya yang pro-kerajaan semasa.12 Padahari pilihanraya itu sendiri, media dikesan m empertingkat penerbitan iklan-iklan yang berunsurkanpujukan dan tarikan untuk pengundi membuat keputusan politik pada saat-saat akhir denganmemaparkan iklan-iklan yang pro-kerajaan.13

    PAPARAN MEDIA & PERSONALISASI POLITIKMemahami pemikiran pemimpin - terutamanya pemimpin politik - bukanlah mudah. Pemimpindan kepemimpinan adalah dua perkara yang berbeza-beza meskipun kedua-dua ungkapan itukelihatannya sangat berhubungan. la boleh diibaratkan sebagai sekeping wang syiling, meskipunberada dalam lingkungan yang sama namun m empun yai dua permukaan yang saling mem belakangi.

    Secara ilmiah, ada beberapa teori yang menerangkan mengenai kepemimpinan. Teori sifatmenerangkan kepemimpinan dari sudut sifat-sifat fizikal (seperti ketinggian dan kegagahan) danpersonaliti (kesabaran dan kemesraan) seseorang. Ungkapan k arisme - yang menekankan sifat-sifatluarbiasa seseorang pemim pin - dikaitkan dengan teori ini.Teori perilaku peribadi melihat seseorang pemimpin dan daya kepemimpinannya dari suduttindakan atau akibat daripada tindakan pemimpin. Satu teori yang lain, teori situasi, melihatkepemimpinan dari segi tumpuan kepada tugas atau pun perhubungan antara pemimpin denganpengikut manakala teori ketiga pula, teori transformasi, menumpukan perhatian kepada perananpemimpin dari sudut karisme, pertimbangan dan daya memb uat keputusan, serta keupayaan pemimpinuntuk mencetuskan rangsangan intelektual kepada pengikut.Dari sudut Islami, kepemimpinan d ilihat dari sudut ummah (masyaraka t) serta institusi-institusi

    dan proses-proses yang berkaitan dengan umm ah. Jika tidak, kepemimpinan tidak boleh diharapkan

    21

  • 8/2/2019 HE - Satu Pandangan Holistik Mengenai Wibawa Media Dalam Konteks Budaya Politik Malaysia

    11/15

    SEMINAR POLITIK MALAYSIA

    untuk mem bangun dan sejahtera secara holistik. Ini kerana kepem impinan dikaitkan secara langsungdengan keutamaan yang diberikan kepada pemban gunan insan secara meny eluruh. Dengan itu, nilai-nilai seperti amanah (Al-Nisa (4): 58); ikhlas (Al-Zumar (39): 14); tanggungam anah (Al-Zalzalah(99): 7-8) dan Al-Fatir (35): 18); tekun dan tabah (Hadith - Al-Bayhaqi); bersyukur (Al-Baqarah(2): 172; 151); bersederhan a (Al-Furqan (25): 67); bersih (Al-Maidah (5): 100); berdisiplin (Al-Saff(16): 4); bekerjasama (Al-Maidah (5): 21); dan sabar (Al-Qur'an (94): 6) semuanya diangkat sebagaikepemimpinan berkualiti dan berkesan.

    ANALISIS RINGKAS 1Segmen pendek ini menyingkap pem ikiran seorang pemimpin berdasarkan pandangan-pandanganyang sentiasa bersifat subjektif. Alasannya mudah. Seaw al tahun-tahun 1950an lagi, pelbagai kajianyang dibuat oleh sarjana daripada berbagai-bagai disiplin tidak memperoleh konsensus ataukesepakatan dari segi bagaimana kepemimpinan wajar dilihat. Sebahagian besar daripadanyamengembalikan usaha-usaha penelitian mereka kepada faktor-faktor situasi, hasil kerja dan keputusanpemimpin serta nilai-nilai dan kepercayaan pemimpin dalam mencetuskan perubahan bermakna.

    Dengan memikirkan itu di minda, segmen ini melihat personaliti Datuk Seri Anwar Ibrahimberdasarkan jawaban-jawaban yang beliau berikan dalam dua sesi temubual kepada pihak media.Temu bual pertama, yang diterbitkan atas tajuk "Brinkmanship" mem aparkan perbualan antara DatukSeri Anwar Ibrahim (DSAI) dengan Eddin Khoo & Jason Tan disiarkan oleh majalah The EdgeDaily pada 2 Februari 2005. Temubual yang berlangsung di kediaman Anwar, merupakan siri-siritemubual yang diberikan oleh DSA I semenjak beliau dibebaskan daripada tahanan. Terdahulu, satulagi temubual eksklusif beliau - diadakan di Munich, Germany - melibatkan beliau dengan w artawan(Lorraine Hahn) disiarkan di agensiberita CAWmelalui segmen CNN Talk Asia pada 25 September2004. Sehubungan itu, apa yang dianalisis melalui segmen ini dibataskan hanya kepada skoppemikiran beliau berdasarkan intipati perbualan Anw ar dengan pihak med ia melalui dua sesi temubualyang berlangsung antara empat dan lima tahun itu sahaja. Persoalan sama ada berlaku sebarangperubahan kepada segi-segi pemikiran beliau pada hari ini, kelihatannya wajar ditangguhkan buatsementara waktu sekarang ini.Kepercayaan Anwar

    Merenungi pemikiran Anwar Ibrahim boleh memberi gambaran awal mengenai apa yangdipercayainya. Gam baran aw al tersebut adalah berkenaan sistem politik negara ini yang korup dantidak berlandaskan nilai serta etika agama sama sekali. Nilai-nilai kemanusiaan digambarkan sebagaisudah terhakis akibat daripada tekanan dan paksaan yang dikenakan oleh sistem politik negara inike atas rakyat secara k eseluruhan.

    Akibat daripada sifat dan watak sistem politi negara ini yang sebegitu, rakyat digambarkanseolah-olah dikunci dan dibelenggu pemikiran m ereka. Mereka digambarkan sebagai tidak berupayasama sekali untuk menggunakan pemikiran sendiri bagi menyuarakan ketidakpuasan had masing-masing. Dengan kata lain, itulah situasi budaya politik rakyat yang dibentuk sekian lama oleh prosessosialisasi politik yang temp ang. Sistem politik yang ditadbir oleh pemerintah digambarkan sebagaisistem yang kaku, yang sarat dengan peraturan-peraturan yang sengaja diciptakan untuk men gekang

    22

  • 8/2/2019 HE - Satu Pandangan Holistik Mengenai Wibawa Media Dalam Konteks Budaya Politik Malaysia

    12/15

    WIBAWA MEDIA DALAM KONTEKS BUDAYA POUTIK MALAYSIA

    kebebasan pemikiran rakyat dan menimbulkan ketakutan di kalangan bukan sahaja rakyat negaraini, malah turut kejam terhadap rakyat asing. Golongan-golongan yang disifatkan sebagai'cendekiawan' yang sepatutnya bersuara menegakkan kebenaran seperti para profesor dan jugamahasiswa, juga tidak terlepas daripada 'sindrom m em bisu' lantaran bimbang segala keistimewaandan keselesaan mereka terjejas sekiranya mereka bersuara. Akta Keselamatan Dalam Negeridigambarkan sebagai senjata berkesan ya ng selama ini menga wal akal budi rakyat secara tidak sahdan malah kejam. K erosakan dan kebobrokan sistem politik dan pemerintahan negara ini dikaitkanantara lain dengan perlakuan-perlakuan pihak parti pemerintah yang berkiblatkan kepentinganperibadi serta amalan rasuah.

    Akibatnya, gejala-gejala buruk seperti kronisme dan konspirasi menjatuhkan lawan politikmenjadi agenda utama dalam perjuangan politik. Semua gejala buruk sebagaimana diungkapkan didalam sesi-sesi temubu al berkenaan - antaranya tiada kebeb asan, wujudnya ketakutan, m enyu bum yagejala-gejala kepentingan peribadi dan rasuah - dikaitkan dengan kegagalan sistem untukmenyediakan platform atau forum yang sesuai untuk rakyat menyuarakan pandangan mereka kepadakerajaan. Lebih buruk, sistem politik dan pemerintahan negara ini telah gagal untuk memberikankeadilan sewajarnya kepada pembangkang untuk mem ainkan peranan mereka sebagai 'pengimb ang'kepada urusan mentadbir masyarakat. Ini diburukkan lagi oleh gambaran Anwa r mengenai amalanmedia yang memilih-milih dalam m enyalurkan kandungan m aklumat kepada rakyat yang dianggapoleh Anw ar sebagai satu cabaran terbesar bagi membetulkan sistem yang sedia goyah.

    MENGENAI KEBEBASANAnwar Ibrahim membangkitkan isu-isu seperti sistem kerajaan yang didakwanya bersifat tidakberperikemanusiaan dan merendahkan martabat manusia; unsur-unsur ketakutan yang dipaksakanke atas rakyat; ketidakwajaran pentadbiran ke atas tiga cabang pemisahan kuasa - eksekutif,perundangan dan kehakiman - yang mengandungi unsur-unsur kesangsian; tekanan melampau keatas pemb angkang; ketiadaan ruang untuk m eluahkan pemikiran secara terbuka; isu ISA yang dibantahkeras oleh Anwar; isu agama dan bangsa dalam kaitan dengan kebebasan beragama dan mengam alkankepercayaan m asing-masing; serta pengoperasian m edia yang dikawal sepenuhnya oleh kerajaan.Mengenai Polisi & Sistem Kerajaan

    Anwar menyentuh soal-soal polisi dan sistem kerajaan yang didakwanya sebagai komplekskerana berkaitan dengan pelbagai elemen. K ebanyakan elemen tersebut tertuju kepada amalan-amalanyang dilumrahkan atas kepentingan peribadi dan rasuah; dasar kerajaan meng enai pendatang tanpaizin; suara dan peranan pembangkang yang ditekan oleh pemerintah. Pokoknya, Anwar percayatidak ada peluang bagi pem bangkang untuk 'mem betulka n' sistem negara yang pincang. Selain itu,Anwar melihat isu dasar afirmatif ekonomi dan pembangunan negara yang digunakan untukmenakutkan rakyat mengenai hak keistimewaan Melayu/Bumiputera, hanya mengeraskan sifatstereotaip orang-orang Melayu. Begitu juga dengan keterbatasan peluang yang diberikan kepadaorang-orang bukan Melayu dalam kedudukan tertentu seperti yang ditunjukkan melalui senario diuniversiti-universiti tempatan yang disifatkan oleh Anwar sebagai sudah terlalu mem budaya.

    23

  • 8/2/2019 HE - Satu Pandangan Holistik Mengenai Wibawa Media Dalam Konteks Budaya Politik Malaysia

    13/15

    SEMINAR POLITIK MALAYSIA

    Mengenai Sistem & Proses PolitikAnwar menyuarakan kebimbangan mengenai unsur "ketakutan" yang didoktrinkan di dalamdiri rakyat terutamanya di kalangan golongan-golongan penting seperti pelajar dan m alahan profesor-profesor di universiti. Anwar mem persoal kematangan budaya po litik yang disifatkannya dilentur

    secara tidak wajar m anakala proses-proses politik seperti pilihanraya dicemari dengan penipuan danpemanipulasian. Akhirnya, ketidakwajaran seperti itu kemudiannya mewujudkan lawan-budaya atau'counter-culture' di dalam masyarakat lantaran ketiadaan forum yang dianggap 'selamat' dan'terbuka'.Mengenai Golongan Muda

    Anwar percaya bahaw a golongan m uda hari ini "dirasuah" oleh parti pemerintah dengan pelbagaitarikan aktiviti 'bud aya pesta-pestaan' dan bukannya menggunakan aktiviti-aktiviti pendidikan dankebebasan. Beliau mendakwa semua aktiviti ini dirancang oleh para "strategis muda" parti pemerintah.Mengenai Islam

    Ini merupakan antara komponen-komponen yang mengukuhkan kepemimpinan Anwar. Isuberkaitan Islam disentuh dan dihuraikan dengan agak luas oleh pemikiran Anwar. Antaranyatermasuklah isu-isu yang berkaitan dengan Islam dalam konteks hub ungannya dengan am alan dankepercayaan pelbagai kaum di Malaysia. Persefahaman antara pelbagai penganut agama yangdikembangkan melalui dialog secara berskala besar melibatkan Muslim dan bukan Muslim turutdiperjuangkan oleh Anwar.Kepem impinan bukan lah anugerah. la melibatkan paduan pelbagai unsur, nilai dan kepercayaanyang menyatu ke arah niat untuk mewujudkan situasi sejahtera kep ada umat m anusia. Dari sudutpandangan umum bidang kepemimpinan, Anwar adalah personaliti yang amat mudah diungkapkelebihannya menurut hampir-hampir semua teori dan pendekatan m engenai kepemimpinan. Ka risme,perilaku peribadi, situasi, serta transformasi adalah komponen-komponen yang memberikan imejdan reputasi sedemikian kepada Anwar selaku pemimpin. Drucker, pakar bidang pengurusanmenyebutkan bahawa seorang pemimpin akan terus menjadi pemimpin selama dia masih m empunyaipengikut. Berdasarkan anggapan itu, Anwar akan terus diangkat sebagai pemimpin menurut caradan kadarnya. Persoalan sama ada pemikiran Anwar diterjemah secara nyata melalui sebarangperubahan yang sudah, masih atau akan dibuatnya kelak, belum lagi menjadi sesuatu yang relevendalam keadaan sekarang.

    ANALISIS RINGKAS 2Pada 4 Mac 20 08, akhbar The Star menyiarkan laporan berita mengena i Pilihanraya Umum ke 12 dihalaman N18 dengan salah satu laporannya memaparkan laporan temubual media dengan bekaspemimpin Keadilan, Dr Chandra Muzaffar atas tajuk "Disaster if Anwar is PM ". Antaranyatermasuklah isu-isu bagaimana A nwar digam barkan sebagai tidak boleh dipercayai sebagai seorangahli politik, misalnya dalam kaitan beliau dengan isu Bahasa Melayu dan kes Kampung Jawa diPulau Pinang yang menyaksikan ketidakbijaksanaan Anw ar menangani pergaduhan antara pendudukberagama Islam dan Hindu yang mem ungkinkan risiko meleb arnyap olarisasi antara kaum. Seterusnya

    24

  • 8/2/2019 HE - Satu Pandangan Holistik Mengenai Wibawa Media Dalam Konteks Budaya Politik Malaysia

    14/15

    WIBAWA MEDIA DALAM KONTEKS BUDAYA POLITIK MALAYSIA

    media mem etik dan mem aparkan kenyataan C handra Muzaffar yang antara lain berbunyi:"M y fear is that this com ing election w ill reinforce and aggravate the ethnic polarisation if a

    large number ofnon-Malays vote for the Opposition, and worse if a large percentage of Malays votefor the Opposition. This will cause Um no to be very cautious in making any changes to the ethnicquestion and addressing issues related to religion."

    Selepas sahaja rencana temubual i tu disiarkan, pelbagai maklumbalas diterima yangmemaparkan pro dan kontra kenyataan Chandra Muzaffar dalam konteks politik semasa sertakesannya ke atas pilihanraya um um . Begitu besarnya wibaw a me dia ke atas budaya politik.

    KESIMPULANWibawa media dalam konteks budaya politik dalam lingkungan sistem politi dan politik di mana-mana negara pun m enjadi antara faktor besar yang tidak boleh diketepikan pad a setiap kali analisismen genai aktiviti-aktiviti politik dibuat. Penggu naan internet khususnya serta kelebihan med ia cetakmenjadikan budaya politik sebagai sesuatu yang sangat dinamis sifatnya pada hari ini. Framing,atau pembingkaian, yang dibuat terhadap sesuatu berita seharusnya menonjolkan peristiwa atau isudan mengaitkannya dengan teliti dan beradab untuk mencetuskan pentafsiran dan penilaian yangmurni dan berimbang. Itu seharusnya peranan besar media. Melainkan hal itu disepakati dandiamalkan segera, budaya politik dalam konteks sistem politi dan politik negara ini akan diraguikandungan dan hala-tujunya.

    NOTA AKHIRKegemilangan kerajaan Melaka, dengan Melayu sebagai bahasa dan Islam sebagai agamanya, memberikan tanda asal-usul politialam Melayu yang kekal di rantau ini sehingga lebih lima kurun. Dan meskipun kerajaan ini berakhir pada 1511, negeri-negeriberikutnya mengekalkan ciri-ciri politi Melayu yang telab diasaskan terdahulu, iaitu sekurang-kurangnya dari segi bahasa, agama,budaya, politik dan pentadbiran. Pihak British selaku penjajah pada masa itu turut mengakui kesultanan politi-politi Melayu-Muslim ini dan me ngikat pelbagai perjanjian atas dasar-dasar tersebut. Huraian lanjut berkenaan soal hubungan antara komunitiMuslim dan bukan Muslim ini dalam konteks alam melayu serta peranan Islam dijelaskan oleh Chandra Muzaffar dalam kertaspemikiran beliau, "Accommodation and Acceptance of Non-Muslim Communities within the Malaysian Political system: The Roleof Islam", dalam The American Journal of Islamic Social Sciences, V o. 13 (1) Spring 1996 pp. 28-41.

    " Chandra Muzaffar, ibid. Di sebalik semgala fakta berkaitan kesukaran hidup dan keadaan tertekan yang dialami oleh kom unitiMelayu, khususnya sebagaimana diperlihatkan pada tahun-tahun 1950an, mereka - yakni orang-orang Melayu - masih lagi bolehmenerima dan memberi laluan kepada komuniti bukan Melayu. Di sudut inilah, Chandra mengemukakan pesoalan, "What were thereasons behind what appears to be the Malay's tremendous political mag nanimity?" (hal. 29).Untuk laporan yang lebih lengkap, sila rujuk Gullick, (1998) dalam A History ofSelangor 1766-1939, halaman 35.Lihat, misalnya Gullick (1998) dalam A History ofSelangor 1766-1939, halaman 69.Ini merupakan antara bentuk pendekatan yang dijadikan asas untuk kehidupan bersama antara komuniti berlainan etnik di TanahMelayu sejak zaman Yap Ah Loy, Kapitan bagi orang-orang China pada zaman awal Tanah Melayu. Lihat misalnya, penjelasanGullick (1998) dalam A History ofSelangor 1766-1939, halaman 122. Antara lain, Gullick menceritakan bagaimana lingkunganperaturan persekitaran komuniti pada m asa tersebut begitu unik. Orang-orang M elayu dan Cina telah menga singkan diri di kawasanmasing-masing untuk mengelakkan pertelingkahan dengan orang-orang Cina mengenai isu penternakan babi dan isu-isu lain.Straits Echo, 11 Julai 1957 melaporkan bagaimana Tunku Abdul Rahman menyatakan, sewaktu dalam sidang Majlis PerundanganPersekutuan dalam tahun 1957, bahawa "la (kewarganegaraa n) ada lah hak yang menyebabkan orang -orang Melayu b imbangdan gusar. Bagaimanapun disebabkan liasrat untuk menjadikan orang-orang Melayu mendorong sebagai negara merdeka, merekabersedia untuk memberikan hak tersebut kepada orang-orang baru". Tunku juga telah, sebelum itu, menenangkan orang-orangMelayu dengan mengatakan bahawa orang-orang Melayu "tidak akan kehilangan apa-apa, sebaliknya beruntung bila mendapat

    25

  • 8/2/2019 HE - Satu Pandangan Holistik Mengenai Wibawa Media Dalam Konteks Budaya Politik Malaysia

    15/15

    SEMINAR POUTIK MALAYSIA

    kemerdekaan."Lihat misalnya, bagaimana akhbar melaporkan kenyataan Presiden Parti Gerakan, Dr. Lim Keng Yaik yang meminta parti politikmelupakan formula kontrak sosial yang telah dipersetujui semua kaum ketika negara ini kemerdekaan pada tahun 1957 dahulu.Pada 15 Ogos 2005, Dr. Lim Keng Yaik dipetik oleh akhbar menyam paikan mesej, antara lain, bermaksud "Malaysia will never seethe creation of a Bangsa M alaysia as long as there are people using the 1957 social contract to silence the non-Malaysa." {NewStraits Times, August 15 , 2005 , pg. 22). Pada 17 Ogos 2005 pula, akhbar - m isalnya Utusan Malaysia - melaporkan bagaimanaDr. Lim Keng Yaik me nemui Perdana Menteri untuk menjelaskan isu kontrak sosial; manakala pada 18 Ogos 2005, Utusan M alaysiamelaporkan keputusan Kabinet untuk menerima penjelasan Dr. Lim Keng Yaik berkenaan kontrak sosial dan ungkapan bangsaMalaysia sebagai merujuk kepada rakyat negara ini. Sebelum itu, pada 14 Ogos 2005, Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Tingmengungkapk an semu la konsep "Rakyat Malaysia" yang disifatkan sebagai penting dan tepat pada masanya dalam keadaan sekarang

    ' (Utusan Malaysia, 15 Ogos 2005 , halaman 13). Sekali lagi, pendirian 'accomodation & acceptance' ditunjukkan secara teori danamali oleh sistem politi Melayu negara in i. Dengan hal ini di fikiran, per&nyaan Chandra Muzaffar di nota bernom bor 11 di atas,wajar dibaca bersama.Ini merupakan isu yang sangat penting kerana pada kenyataannya, soal penerimaan (accomodating) bukan sahaja melibatkankomuniti bukan Melayu atau bukan Islam semata-mata, malah turut melibatkan di kalangan orang-orang Melayu sahaja. Gullick(1998: 147) dan Milner (1982: 2) umpamanya memerhatikan bahawa di kalangan komuniti Melayu sendiri pun, para pendudukasal sesuatu tempat memandang pihak imigran "Melayu" yang lain (yang dikenal sebagai 'orang dagang') sebagai orang asingyang tidak dialu-alukan; ini memanglah agak ironis kerana sebagaimana menurut Milne, memang betul orang-orang Melayu yangmeninggalkan kampung halaman dan "merantau" di dalam 'alam Melayu' yang bahasa mereka adalah sama, manakala ciri budayamereka - seperti monarki dan Islam - adalah pemandangan yang sama, namun dari segi identiti da n ketaatan politik, tidakterdapat unsur kesatuan sama sekali.Dari perspektif Islam, keadaan sebegini adalah berlawanan dengan anjuran dan ajaran Rasualallah, sebagaimana sabda Baginda,"Orang yang tidak berterima kasih kepada orang lain (yang melakukan kebaikan kepadanya) adalah tidak berterima kasih kepadaAllah SWT" (RasullaLlah S.A.W, riwayat Abu Daud)Rujuk G ullick, di nota bernom bor 14 di atas.

    10 Leeds, C.A. (1981). 3 rd Edition. Political Studies. Plymouth: Macdonald & Evans.1 Diliputi oleh Crawford Johnson & Northcott http://broadcastengineering.com/news/tv-rides-high-survey-election-news-0523/,

    dipetik pada May 23, 2008 08:00; tulisan Alexis simendinger melalui makalahnya "New media as the message internet videos,news, and citizen-generated media are having an impact, but it's not certain that they are powerful enough yet to be game-changers. "

    ' Antara enam akhbar yang diliputi - The Star, NST, theSun, Utusan Malaysia, Malaysia Nanban dan Makkal Osai - peratusanruangan yang diperuntukkan kepada pemberitaan dan penceritaan yang dikategori sebagai pro-BN adalah: Utusan Malaysia 82%,Malaysia Nanban 70% , Makkal Osai 66%, The Star 63% , NS T 60%, dan The Sun 43%. Sumber: Aliran, boleh dicapai pada 26September 2008 di alamat http: //www.aliran.com/elections/archives/2008_03_01_archives.html The Sun memaparkan 14 halaman iklan atau peningkatan 80 peratus daripada minggu sebelumnya; NS T dan The Star masing-masing menunjukkan pen ingkatan 77 dan 71 peratus; manakala Utusan Malaysia memaparkan 5 halaman penuh. Iklan-iklan tersebutdibuat dalam bentuk mesej penuh halaman, berewarna-warni dan memaparkan pelbagai kementerian dan agensi serta ditambahdengan keluaran khas pilihan raya.

    26

    http://broadcastengineering.com/news/tv-rides-high-survey-election-news-0523/http://broadcastengineering.com/news/tv-rides-high-survey-election-news-0523/http://www.aliran.com/elections/archives/2008_03_01_archives.htmlhttp://www.aliran.com/elections/archives/2008_03_01_archives.htmlhttp://broadcastengineering.com/news/tv-rides-high-survey-election-news-0523/