Headline: Strange that they can read and memorise the ... · 12/5/2014  · Quran mengagumkan...

1
Publication: Berita Harian, p 12 Date: 5 December 2014 Headline: Strange that they can read and memorise the Quran but not understand its meaning Musykil boleh baca., hafalQuran tapi tak reti maim a CIK SITI SYUHADA FAIZAL: Turut buat kajian sama ada kalangan tahfiz AI-Quran yang tidak berbahasa Arab tetapi mampu membaca dan menghafal AI-Quran dapat meraih ilmu melalui sebutan bahasa dan bunyi. - TAUFIK A. KADER Source: Berita Harian © Singapore Press Holdings Limited. Permission required for reproduction. Fenomena dalam kalangan umat Islam tarik perhatian pelajar kedoktoran yang ingin buat kajian secara saintifik IIJ>HASLEEN BACHIK [email protected] KEMAMPUAN golongan yang tidak memahami ba- hasa Arab, tetapi berupaya menghafal keseluruhan Al- Quran mengagumkan pelajar kedoktoran, Cik Siti Syu- hada Faizal, yang kemudian memutuskan ingin me- nyelidik proses hafalan Al-Quran bagi golongan terse- but dari sudut saintifik. Kajian penerokaan yang julung-julung kalinya di- buat mengenai cara pertuturan diproses dalam kalang- an tahfiz Al-Quran yang tidak berbahasa Arab itu juga . bakal meninjau secara khusus sama ada kumpulan tersebut meraih ilihu melalui sebutan bahasa dan bunyi walaupun tidak memahami maknanya. Penerima biasiswa berprestij bagi kategori possis- wazah daripada Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) bernilai $15,000 dan kini mengikuti program doktor falsafah (PhD) dalam bidang Pendidikan, Komu- nikasi dan Sains Bahasa di Universiti Newcastle, Uni- ted Kingdom (UK), itu berkata: "Semasa memilih topik penyelidikan, saya mencari sesuatu yang melibatkan pemprosesan bahasa kerana pengk):msusan PhD saya adalah dalam sains bahasa. Saya mahu melakukan sesuatu untuk bahasa Arab ke- rana ia adalah bahasa umat Islam. Saya juga mahu men- jalankan sesuatu yang unik untuk masyarakat kita, jadi mengapa tidak mendalami bahasa Arab dalam Al-Qu- ran?" Menurut Cik Siti Syuhada, daripada 1.6 juta umat Is- lam di seluruh dunia, sebahagian besar tidak bertutur dalam bahasa Arab. Namun demikian, ramai yang membaca dan meng- hafal kira-kira 80,000 perkataan dalam Al-Quran mes- kipun tidak memahami maknanya. "Bagi saya dan penyelia saya, ia merupakan fenome- na yang menarik. Beliau seorang warga Lebanon dan bahasa Arab adalah bahasa ibundanya. Secara periba- di, beliau sendiri tidak tahu bagaimana orang seperti ki- ta boleh n'lembaca dan menghafal bahasa Arab tanpa memahaminya," jelas beliau. Cik Siti Syuhada, yang merupakan antara siswazah terbaik semasa di Universiti Pengurusan Singapura (SMU) yang meraih Sarjana Muda Sains Kemasyaraka- tan dengan pengkhususan dalam Sains Politik dan Psikologi, memulakan projeknya awal tahun ini dan ia dijangka selesai Julai atau Ogos tahun depan. Memandangkan tiada buku mengenai penghafalan Al-Quran di Singapura, sebagai permulaan, Cik Siti Syuhada, 29 tahun, telah mewawancara 15 hafiz pada Januari lalu untuk memahami bagaimana mereka menghafal Al-Quran serta pengalaman mereka boleh dijadikan Jatar belakang penyelidikannya. Mereka berusia antara 25 dengan 45 tahun dan te- lah menghafal seluruh Al-Quran. "Matlamat utama projek ini ialah memahami ben- tuk pengetahuan yang diraih daripada membaca dan menghafal Al-Quran tanpa memahami apa yang dibaca dan dihafal. Adakah pell'\b!!ca dan penghafal itu stmsitif pada corak yang terdapat di dalam bahasa tersebut?" tambahnya, yang mengakui menghafal sedikit semasa menuntut di Madrasah Masjid En-Naeem bagi ko- mponen Tafsir dan Hafalan Al-Quran. -Anak ketiga empat beradik kepada penyelia tapak dan suri rumah itu bersyukur beliau mendapat keizin- an daripada Sekolah Agama Radin Mas dan Madrasah Aljunied Al-Islamiah dalam penyelidikannya kali ini dan berharap agar mendapat juga sokongan institusi pengajian Islam yang lain. "Insya-Allah projek ini berguna bukan sahaja dalam memahami corak di dalam Al-Quran, ilmu yang diraih tanpa pemahaman, bahkan bagaimana golongan pen- didik yang sedang mengajar Al-Quran dan penghafalan- nya boleh menggunakan hasil dapatan untuk memban- tu dan memperbaiki kaedah pembelajaran. "Projek ini memberikan kesan atau implikasi bukan hanya kepada masyarakat setempat, malah masya- rakat Islam secara global juga, terutama di negara yang tidak bertutur bahasa Arab dalam membaca dan meng- hafal Al-Quran," ujar bekas pelajar Maktab Rendah Victoria dan Sekolah Perempuan Raffles itu. Sementara itu, penyelia utamanya di Universiti Newcastle, Dr Ghada Khattab, berkata: "Penyelidikan yang Siti usulkan ini amat menarik minat saya kerana ia melihat konteks yang jarang dikaji iaitu mengenai pe- merolehan bahasa melalui hafalan tanpa pemahaman leksikal." Namun, Cik Siti Syuhada menambah: "Kita juga harus tahu apakah matlamat penghafalan. Adakah kita mahu anak-anak kita sekadar menghafal tanpa pemaha- man?"

Transcript of Headline: Strange that they can read and memorise the ... · 12/5/2014  · Quran mengagumkan...

Page 1: Headline: Strange that they can read and memorise the ... · 12/5/2014  · Quran mengagumkan pelajar kedoktoran, Cik Siti Syu hada Faizal, yang kemudian memutuskan ingin me nyelidik

Publication: Berita Harian, p 12 Date: 5 December 2014 Headline: Strange that they can read and memorise the Quran but not understand its meaning

Musykil boleh baca., hafalQuran tapi tak reti

maim a CIK SITI SYUHADA FAIZAL: Turut buat kajian sama ada kalangan tahfiz

AI-Quran yang tidak berbahasa Arab tetapi mampu membaca dan menghafal AI-Quran dapat meraih ilmu melalui sebutan bahasa dan

bunyi. - TAUFIK A. KADER

Source: Berita Harian © Singapore Press Holdings Limited. Permission required for reproduction.

Fenomena dalam kalangan umat Islam tarik perhatian

pelajar kedoktoran yang ingin buat kajian secara saintifik

IIJ>HASLEEN BACHIK [email protected]

KEMAMPUAN golongan yang tidak memahami ba­hasa Arab, tetapi berupaya menghafal keseluruhan Al­Quran mengagumkan pelajar kedoktoran, Cik Siti Syu­hada Faizal, yang kemudian memutuskan ingin me­nyelidik proses hafalan Al-Quran bagi golongan terse­but dari sudut saintifik.

Kajian penerokaan yang julung-julung kalinya di­buat mengenai cara pertuturan diproses dalam kalang­an tahfiz Al-Quran yang tidak berbahasa Arab itu juga

. bakal meninjau secara khusus sama ada kumpulan terse but meraih ilihu melalui sebutan bahasa dan bunyi walaupun tidak memahami maknanya.

Penerima biasiswa berprestij bagi kategori possis­wazah daripada Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) bernilai $15,000 dan kini mengikuti program doktor falsafah (PhD) dalam bidang Pendidikan, Komu­nikasi dan Sains Bahasa di Universiti Newcastle, Uni­ted Kingdom (UK), itu berkata:

"Semasa memilih topik penyelidikan, saya mencari sesuatu yang melibatkan pemprosesan bahasa kerana pengk):msusan PhD saya adalah dalam sains bahasa. Saya mahu melakukan sesuatu untuk bahasa Arab ke­rana ia adalah bahasa umat Islam. Saya juga mahu men­jalankan sesuatu yang unik untuk masyarakat kita, jadi mengapa tidak mendalami bahasa Arab dalam Al-Qu­ran?"

Menurut Cik Siti Syuhada, daripada 1.6 juta umat Is­lam di seluruh dunia, sebahagian besar tidak bertutur dalam bahasa Arab.

Namun demikian, ramai yang membaca dan meng­hafal kira-kira 80,000 perkataan dalam Al-Quran mes­kipun tidak memahami maknanya.

"Bagi saya dan penyelia saya, ia merupakan fenome­na yang menarik. Beliau seorang warga Lebanon dan bahasa Arab adalah bahasa ibundanya. Secara periba­di, beliau sendiri tidak tahu bagaimana orang seperti ki­ta boleh n'lembaca dan menghafal bahasa Arab tanpa memahaminya," jelas beliau.

Cik Siti Syuhada, yang merupakan antara siswazah terbaik semasa di Universiti Pengurusan Singapura (SMU) yang meraih Sarjana Muda Sains Kemasyaraka­tan dengan pengkhususan dalam Sains Politik dan Psikologi, memulakan projeknya awal tahun ini dan ia dijangka selesai Julai atau Ogos tahun depan.

Memandangkan tiada buku mengenai penghafalan Al-Quran di Singapura, sebagai permulaan, Cik Siti Syuhada, 29 tahun, telah mewawancara 15 hafiz pada Januari lalu untuk memahami bagaimana mereka menghafal Al-Quran serta pengalaman mereka boleh dijadikan Jatar belakang penyelidikannya.

Mereka berusia antara 25 dengan 45 tahun dan te­lah menghafal seluruh Al-Quran.

"Matlamat utama projek ini ialah memahami ben­tuk pengetahuan yang diraih daripada membaca dan menghafal Al-Quran tanpa memahami apa yang dibaca dan dihafal. Adakah pell'\b!!ca dan penghafal itu stmsitif pada corak yang terdapat di dalam bahasa tersebut?" tambahnya, yang mengakui menghafal sedikit semasa menuntut di Madrasah Masjid En-Naeem bagi ko­mponen Tafsir dan Hafalan Al-Quran.

- Anak ketiga empat beradik kepada penyelia tapak dan suri rumah itu bersyukur beliau mendapat keizin­an daripada Sekolah Agama Radin Mas dan Madrasah Aljunied Al-Islamiah dalam penyelidikannya kali ini dan berharap agar mendapat juga sokongan institusi pengajian Islam yang lain.

"Insya-Allah projek ini berguna bukan sahaja dalam memahami corak di dalam Al-Quran, ilmu yang diraih tanpa pemahaman, bahkan bagaimana golongan pen­didik yang sedang mengajar Al-Quran dan penghafalan­nya boleh menggunakan hasil dapatan untuk memban­tu dan memperbaiki kaedah pembelajaran.

"Projek ini memberikan kesan atau implikasi bukan hanya kepada masyarakat setempat, malah masya­rakat Islam secara global juga, terutama di negara yang tidak bertutur bahasa Arab dalam membaca dan meng­hafal Al-Quran," ujar bekas pelajar Maktab Rendah Victoria dan Sekolah Perempuan Raffles itu.

Sementara itu, penyelia utamanya di Universiti Newcastle, Dr Ghada Khattab, berkata: "Penyelidikan yang Siti usulkan ini amat menarik minat saya kerana ia melihat konteks yang jarang dikaji iaitu mengenai pe­merolehan bahasa melalui hafalan tanpa pemahaman leksikal."

Namun, Cik Siti Syuhada menambah: "Kita juga harus tahu apakah matlamat penghafalan. Adakah kita mahu anak-anak kita sekadar menghafal tanpa pemaha­man?"