HEBAHAN & MAKLUMAN WAKTU SOLAT - pic.upm.edu.my · Sesi Bacaan al-Quran & terjemahan sebelum Solat...

2
Mukasurat 02 Sebarang cadangan & komentar sila e mailkan kepada kami di: [email protected] atau, hubungi kami di: PUSAT ISLAM UNIVERSITI, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400 UPM SERDANG, SELANGOR DARUL EHSAN. TEL: 03-89468582 FAKS: 03-89483742 HEBAHAN & MAKLUMAN MUTIARA AL-QURAN Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang penuh dengan berbagai nikmat, Kekallah mereka di dalamnya. Demikian dijanjikan Allah - janji yang tetap benar; dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Surah Luqman ayat 8 – 9) SUBUH SYURUK 05:49 07:06 ZUHUR ASAR 13:12 16:11 MAGHRIB ISYAK 19: 15 20:24 WAKTU SOLAT Daerah Petaling dan kawasan yang sewaktu dengannya JADUAL KULIAH MINGGUAN MASJID SEPTEMBER 2013 13 JUMAAT Fiqh Lengkap : Ust. Hj. Ismail bin Hj. Omar 14 SABTU Kuliah Subuh Hadis 40 : Dr. Abd. Rahman bin Mahmod Kuliah Maghrib Ulum At-Tajwid : Ust. Fauzi bin Ariffin 15 AHAD Kuliah Subuh Tasawwuf : Ust. Hj. Hashim bin Mahmud Kuliah Maghrib Mustika Hadith : Dato’ Dr. Hj. Mohd Mokhtar bin Hj. Shafii 16 ISNIN CUTI UMUM 17 SELASA Tafsir Ibn Kathir : Ust. Muhammad Arif bin Musa 18 RABU Tazkiratul Maut : Ust. Wan Muhamad bin Wan Sulong 19 KHAMIS Bacaan Surah Yasin 1. Imam / Khatib yang bertugas Juma’at minggu ini 13 September 2013 / 7 Zulkaedah 1434H. Ustaz Alzasha Illiyyin bin Zainal Alam. 2. Sesi Bacaan al-Quran & terjemahan sebelum Solat Fardhu Juma’at , Ayat 16 - 22 Surah as-Syura yang akan disampaikan oleh Ustaz Ahmad Asrul Effendy bin Abu Bakar (Al-Quran) & (Terjemahan) 3. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam Universiti, Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Akademi Furqan (NUHA GEMILANG RESOURCES) akan menganjurkan Bengkel Asas Tarannum Al-Quran 2013 pada 29hb September 2013 (Ahad) jam 8.00 pagi – 5.00 petang bertempat di Dewan Ibnu Sina, Pusat Islam Universiti, Universiti Putra Malaysia Yuran adalah sebanyak RM30.00 (Seorang). Kepada yang berminat, bolehlah mendaftar melalui Borang Pendaftaran Kursus dan Bengkel yang telah dilampirkan atau melalui Sistem Pendaftaran Online Pusat Islam Universiti www.sppi.upm.edu.my. Untuk Maklumat lanjut tuan/puan bolehlah menghubungi Pejabat Am Pusat Islam UPM (03-8946 8582). Borang yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar ke Pejabat Am Pusat Islam Universiti atau fakskan ke 03-8948 3742. Penyertaan terbuka kepada semua warga UPM dan masyarakat setempat. 4. Pusat Islam Universiti, UPM dengan kerjasama Kariah Serdang akan mengadakan Majlis Program Korban & Akikah 1434H / 2013M pada 15hb Oktober 2013M bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1434H (Selasa). Borang penyertaan boleh didapati di pejabat Am Pusat Islam Universiti, UPM. Harga untuk satu bahagian lembu bagi tahun 2013M/1434H adalah RM 430.00 (RINGGIT MALAYSIA : EMPAT RATUS TIGA PULUH SAHAJA).

Transcript of HEBAHAN & MAKLUMAN WAKTU SOLAT - pic.upm.edu.my · Sesi Bacaan al-Quran & terjemahan sebelum Solat...

Mukasurat 02 Minbar Putra/01/2013

Sebarang cadangan & komentar

sila e mailkan kepada kami di: [email protected]

atau, hubungi kami di:

PUSAT ISLAM UNIVERSITI,

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,

43400 UPM SERDANG, SELANGOR DARUL EHSAN.

TEL: 03-89468582 FAKS: 03-89483742

HEBAHAN & MAKLUMAN

MUTIARA AL-QURAN

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh,

mereka akan beroleh Syurga yang penuh dengan berbagai nikmat, Kekallah mereka di dalamnya.

Demikian dijanjikan Allah - janji yang tetap benar; dan Dia lah jua

yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

(Surah Luqman ayat 8 – 9)

SUBUH SYURUK

05:49 07:06

ZUHUR ASAR

13:12 16:11

MAGHRIB ISYAK

19: 15 20:24

WAKTU SOLAT

Daerah Petaling dan

kawasan yang sewaktu

dengannya

JADUAL KULIAH MINGGUAN MASJID

SEPTEMBER 2013

13 JUMAAT Fiqh Lengkap : Ust. Hj. Ismail bin Hj. Omar

14 SABTU Kuliah Subuh Hadis 40 :

Dr. Abd. Rahman bin Mahmod

Kuliah Maghrib Ulum At-Tajwid :

Ust. Fauzi bin Ariffin

15 AHAD Kuliah Subuh Tasawwuf :

Ust. Hj. Hashim bin Mahmud

Kuliah Maghrib Mustika Hadith :

Dato’ Dr. Hj. Mohd Mokhtar bin Hj. Shafii

16 ISNIN CUTI UMUM

17 SELASA Tafsir Ibn Kathir :

Ust. Muhammad Arif bin Musa

18 RABU Tazkiratul Maut : Ust. Wan Muhamad bin Wan Sulong

19 KHAMIS Bacaan Surah Yasin

1. Imam / Khatib yang bertugas Juma’at minggu ini 13 September 2013 / 7 Zulkaedah 1434H. Ustaz Alzasha Illiyyin bin Zainal Alam. 2. Sesi Bacaan al-Quran & terjemahan sebelum Solat Fardhu Juma’at , Ayat 16 - 22 Surah as-Syura yang akan disampaikan oleh Ustaz Ahmad Asrul Effendy bin Abu Bakar (Al-Quran) & (Terjemahan)

3. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam Universiti, Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Akademi Furqan (NUHA GEMILANG RESOURCES) akan menganjurkan Bengkel Asas Tarannum Al-Quran 2013 pada 29hb September 2013 (Ahad) jam 8.00 pagi – 5.00 petang bertempat di Dewan Ibnu Sina, Pusat Islam Universiti, Universiti Putra Malaysia Yuran adalah sebanyak RM30.00 (Seorang). Kepada yang berminat, bolehlah mendaftar melalui Borang Pendaftaran Kursus dan Bengkel yang telah dilampirkan atau melalui Sistem Pendaftaran Online Pusat Islam Universiti www.sppi.upm.edu.my. Untuk Maklumat lanjut tuan/puan bolehlah menghubungi Pejabat Am Pusat Islam UPM (03-8946 8582). Borang yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar ke Pejabat Am Pusat Islam Universiti atau fakskan ke 03-8948 3742. Penyertaan terbuka kepada semua warga UPM dan masyarakat setempat. 4. Pusat Islam Universiti, UPM dengan kerjasama Kariah Serdang akan mengadakan Majlis Program Korban & Akikah 1434H / 2013M pada 15hb Oktober 2013M bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1434H (Selasa). Borang penyertaan boleh didapati di pejabat Am Pusat Islam Universiti, UPM. Harga untuk satu bahagian lembu bagi tahun 2013M/1434H adalah RM 430.00 (RINGGIT MALAYSIA : EMPAT RATUS TIGA PULUH SAHAJA). Pembayaran juga boleh dilakukan secara tunai atau cek atas nama Akaun Aktiviti Ramadhan Masjid UPM (CIMB Bank), (Nombor Akaun 12150008695053: UPM). Tarikh tutup penyertaan adalah pada 01hb Oktober 2013 (Selasa)

13 SEPTEMBER 2013 / 7 Zulkaedah 1434H http://www.pic.upm.edu.my

ميمبر ڤوترا Mimbar Putra

RISALAH JUMAAT MINGGUAN MASJID UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA Mimbar Putra/20/2013

SEDUTAN KHUTBAH " ZIKRULLAH : HATI AKAN TENANG "

(Petikan Khutbah JAIS)

Ibnu Masoud menjawab:

“Wahai saudara, bawalah hatimu itu mengunjungi tiga tempat”:

Pertama : Pergilah kamu ketempat orang membaca al-Quran. Di sana engkau boleh bersama-sama membaca al- Quran atau mendengar orang lain membacanya. Kedua : Pergilah kamu ke majlis-majlis ilmu, untuk mendapat petunjuk dan mengingatkan kebesaran Allah SWT. Ketiga : Carilah masa dan tempat sunyi, di saat orang sedang tidur nyenyak. Engkau bangun dan lakukan solat-solat sunat, serta mohon doa kepada Allah dengan penuh khusyuk dan tawaduk. Setelah mendapat nasihat itu, dia pun balik kerumahnya dan melakukan apa yang dinasihatkan. Beliau berwuduk dan solat sunat dengan khusyuk dan membaca al-Quran. Selepas melakukan amalan tersebut, maka di dapati jiwanya merasa tenang, tenteram dan hilang segala kegelisahan yang dihadapinya. Demikianlah hadirin sekalian, sesungguhnya mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan berzikir boleh menghilangkan kerunsingan dan kesusahan hati. Persoalannya, mengapa dengan zikir, hati menjadi tenang dan tenteram? Sesungguhnya “hati” atau “qalbu” menurut bahasa Arab, memiliki dua pengertian. Pertama : Qalbu adalah sepotong daging yang lembik dan lembut yang berada di sebelah kiri dada. Di bahagian dalamnya terdapat rongga-rongga tempat darah mengalir. Kedua : Qalbu adalah bersifat maknawi yang mengandungi perasaan dengan segala sifat-sifat mahmudah dan mazmumah. Menurut ulama’ tasawwuf, bahawa hatai atau qalbu itu tempat segala sifat-sifat mahmudah seperti iman, sabar, tawadhuk, Makrifah, redha dan ilmu pengetahuan. Oleh itu, ianya perlu dipelihara daripada segala kelakuan yang dicela dan dijaga daripada sifat-sifat mazmumah.

Perasaan tidak tenang dan tidak tenteram sering mengganggu seseorang. Samada bersifat dalaman, seperti perasaan takut akan sesuatu dan putus asa akibat tidak mendapatkan sesuatu, atau bersifat luaran seperti tewas dalam persaingan untuk mencapai sesuatu dan tidak adanya jaminan akan keselamatan masa depan. Perasaan tidak tenang seperti itu boleh mengakibatkan seseorang menjadi stress. Islam menganjurkan kepada umatnya bagaimana cara untuk mengatasi perasaan tidak tenang dan tidak tenteram, ialah dengan berzikir. Iaitu mengingat kebesaran Allah SWT. Menyebut-nyebut nama Allah, memuji-Nya, merenungkan kekuasaan, sifat, dan perbuatan Allah serta mensyukuri nikmat-nikmat-Nya yang dikurniakan kepada kita. Perbuatan itu dapat menghasilkan ketenangan batin kita. Firman Allah SWT dalam surah Ar-Ra’d ayat 28 yang bermaksud :

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah! Dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.

Menurut satu riwayat, seorang lelaki menemui Ibnu Masoud R.A. untuk meminta nasihat. Katanya:

“Wahai Ibnu Masoud, berilah saya nasihat untuk penawar jiwa saya yang gelisah, tidak tenteram, fikiran kusut, tidak selera makan dan sukar melelapkan mata ketika tidur malam”.