HHHC 9301 PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
description
Transcript of HHHC 9301 PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
HHHC 9301 PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN
SEPANJANG HAYAT
PROGRAM : PROGRAM KEUSAHAWANAN KELAB KIMIA
NAMA : NURHAZIRAH BINTI ZAKARIA
NOMBOR MATRIK : A145869
PENDAHULUAN
Sebuah program keusahawanan telah dianjurkan oleh Kelab Kimia FST pada 16 Disember 2013.
Seramai 29 orang ahli Kelab Kimia telah terlibat dalam program ini.
Sebelum program diadakan, mesyuarat bersama ahli-ahli telah diadakan sebanyak dua kali.
Mesyuarat diadakan untuk melantik ahli jawatankuasa dan merancang aktiviti iaitu tarikh program dan barangan yang ingin dijual.
Penyediaan kertas kerja dan aktiviti jualan secara tidak langsung telah memberikan pengalaman dan ilmu baru kepada ahli-ahli sejajar dengan objektif kursus HHHC 9301 Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat.
MESYUARAT 22 NOVEMBER 2013.Perkara pertama yang dilakukan bersama ahli-ahli adalah mesyuarat. Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk menentukan jawatan, perbincangan kertas kerja dan cadangan awal tarikh program dan barang yang akan dijual. Hal ini sejajar dengan objektif kursus HHHC 9301 Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat.
Nurhazirah (barisan duduk, kiri).
PERSIAPAN LOKASI PERNIAGAAN.TARIKH : 16
DISEMBER 2013Pada hari program dijalankan, sebelum memulakan perniagaan, ahli-ahli bekerjasama untuk menyiapkan dan menguruskan lokasi perniagaan berdasarkan perancangan yang telah dibuat menepati objektif kursus HHHC 9301 Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat.
Nurhazirah (dua dari kanan).
PENYEDIAAN BUAH-BUAHAN UNTUK ROJAK BUAH.
Antara aktiviti semasa penyediaan lokasi perniagaan adalah memotong dan menyediakan buah-buahan untuk menjual rojak buah. Ahli-ahli telah memilih buah-buahan yang mempunyai nutrien untuk dijual sejajar dengan kursus HHHC 9301 Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat.
Nurhazirah (kanan).
PENYEDIAAN DAN PENJUALAN MARSHMALLOW COKLAT.
AJK jualan melayan permintaan pelanggan yang mahu membeli mrshmallow coklat.perkara baharu telah dipelajari iaitu selepas mencelup marshmallow ke dalam coklat, marshmallow tersebut dicelup pula ke dalam air sejuk supaya coklat tersebut menjadi beku. Hal ini bersesuaian dengan tujuan kursus HHHC 9301 Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat.
Nurhazirah (kiri).
SELEPAS SELESAI BERNIAGA.
Perniagaan tamat lebih kurang pada pukul 4.30 petang. Semua ahli berpuas hati terhadap kerjasama daripada setiap individu. Walaupun penat tetapi setiap ahli telah mempelajari sesuatu yang berharga yang tidak boleh didapati secara formal iaitu cara menjalankan perniagaan. Hal ini sejajar dengan tujuan kursus HHHC 9301 Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat.
Nurhazirah (barisan kedua dari hadapan, dua dari kiri).
KESIMPULAN
Program yang dijalankan secara tidak langsung mempunyai kaitan dengan kursus HHHC 9301 Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat.
Menimba pengalaman berniaga dan melayan karenah pelanggan yang pelbagai.
Menjual makanan yang mempunyai nutrien seperti buah-buahan.
Belajar menyelesaikan masalah yang timbul contohnya kekurangan bahan jualan.
SEKIAN, TERIMA KASIH.