Hhhc

3
NAMA : NURUL ATIKA BINTI MOHD ROSMAN NO. MATRIK : A143450 NAMA PROGRAM : MALAM RESEPSI GEMILANG ZA’BA 2014 (MAGIZ’14) NO. KELULUSAN JPPEL : DN00871/2013 Saya, Nurul Atika binti Mohd Rosman telah mengambil bahagian dan menjadi krew sewaktu ‘Malam Resepsi Gemilang Za’ba 2014’ pada 21 Mei 2014 yang lalu. Malam resepsi gemilang za’ba ialah sebuah majlis makan malam tahunan bagi penghuni kolej pendeta za’ba. Program ini telah dianjurkan oleh biro kewangan kolej pendeta za’ba, dimana saya merupakan ahli dalam biro tersebut. Melalui biro ini, kami telah dipecahkan kepada beberapa unit-unit kecil seperti unit persembahan, unit protokol dan beberapa unit kecil yang lain. Pengagihan ahli melalui unit-unit kecil adalah bertujuan untuk memudahkan lagi perjalanan program kami ini. Saya telah ditempatkan dalam unit cenderamata dan skop pekerjaan kami adalah untuk mencari ‘doorgift’ kepada VVIP, VIP dan tak lupa juga untuk penghuni kolej pendeta za’ba yang akan hadir pada malam dinner tersebut. Disebabkan saya ditugaskan sebagai ahli unit cenderamata, tugas saya memerlukan saya untuk berjumpa dengan pihak-pihak luar. Saya harus mencari cenderamata mengikut ‘budget’ yang telah ditetapkan oleh pihak atasan kolej saya. Oleh itu, saya telah pergi ke kedai-kedai cenderamata di sekitar Kajang dan juga di Pasar Seni, Kuala Lumpur untuk ‘survey’ harga yang terbaik sebelum membuat keputusan untuk membeli. Keputusan membeli bukan terletak di tangan saya sahaja namun ia berdasarkan keputusan bersama ahli biro yang lain dan juga pengetua kolej saya. Perjumpaan bersama ahli biro diadakan pada setiap minggu iaitu pada hari ahad malam.

Transcript of Hhhc

Page 1: Hhhc

NAMA : NURUL ATIKA BINTI MOHD ROSMAN

NO. MATRIK : A143450

NAMA PROGRAM : MALAM RESEPSI GEMILANG ZA’BA 2014 (MAGIZ’14)

NO. KELULUSAN JPPEL : DN00871/2013

Saya, Nurul Atika binti Mohd Rosman telah mengambil bahagian dan menjadi krew sewaktu ‘Malam Resepsi Gemilang Za’ba 2014’ pada 21 Mei 2014 yang lalu. Malam resepsi gemilang za’ba ialah sebuah majlis makan malam tahunan bagi penghuni kolej pendeta za’ba. Program ini telah dianjurkan oleh biro kewangan kolej pendeta za’ba, dimana saya merupakan ahli dalam biro tersebut. Melalui biro ini, kami telah dipecahkan kepada beberapa unit-unit kecil seperti unit persembahan, unit protokol dan beberapa unit kecil yang lain. Pengagihan ahli melalui unit-unit kecil adalah bertujuan untuk memudahkan lagi perjalanan program kami ini. Saya telah ditempatkan dalam unit cenderamata dan skop pekerjaan kami adalah untuk mencari ‘doorgift’ kepada VVIP, VIP dan tak lupa juga untuk penghuni kolej pendeta za’ba yang akan hadir pada malam dinner tersebut.

Disebabkan saya ditugaskan sebagai ahli unit cenderamata, tugas saya memerlukan saya untuk berjumpa dengan pihak-pihak luar. Saya harus mencari cenderamata mengikut ‘budget’ yang telah ditetapkan oleh pihak atasan kolej saya. Oleh itu, saya telah pergi ke kedai-kedai cenderamata di sekitar Kajang dan juga di Pasar Seni, Kuala Lumpur untuk ‘survey’ harga yang terbaik sebelum membuat keputusan untuk membeli. Keputusan membeli bukan terletak di tangan saya sahaja namun ia berdasarkan keputusan bersama ahli biro yang lain dan juga pengetua kolej saya. Perjumpaan bersama ahli biro diadakan pada setiap minggu iaitu pada hari ahad malam.

Bagi unit cenderamata, kami hanya mempunyai 3 orang ahli termasuk saya. Maka, segala perbincangan kami adalah melalui aplikasi ‘group whatsapp’. Melalui aplikasi ini, kami menjalankan segala perbincangan, mengutarakan sebarang masalah dan juga saling mengingatkan ahli-ahli lain berkenaan tugas-tugas yang perlu dilakukan untuk program MAGIZ ini.

Apabila keputusan pembelian telah ditetapkan, urusniaga mula dijalankan antara unit cenderamata kami dengan pihak luar iaitu peniaga-peniaga cenderamata. Melalui proses pembelian ini, saya telah belajar bahawa sebelum urusniaga kami diproses, kami perlu membayar deposit pembayaran dahulu.

Melalui program MAGIZ’14 ini, saya telah banyak belajar banyak perkara-perkara baru yang mungkin sukar untuk saya peroleh di dewan kuliah. Disamping itu saya juga dapat menerapkan kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban dalam diri saya. Pada awalnya, saya menyangka

Page 2: Hhhc

bahawa kemahiran sosial hanya dapat diperoleh jika kita membantu atau membuat kebajikan lebih-lebih lagi kepada anak-anak yatim atau orang yang kurang berkemampuan. Namun, pada pandangan saya, kemahiran sosial juga boleh diperoleh apabila kita menyumbangkan sesuatu kepada kolej kita tanpa mengharapkan balasan. Ini adalah kerana, kolej merupakan tempat yang penting sepanjang kita berada di UKM. Maka, penglibatan kita sebagai penghuni sesuatu kolej dalam mana-mana aktiviti kolej juga boleh diklasifikasikan sebagai tanggungjawab sosial. Selain itu, melalui program MAGIZ ’14 ini juga, saya menjadi lebih bertanggungjawab terutamanya dari segi pengurusan masa dan disiplin diri. Ini adalah kerana, sebelum ini saya merupakan seorang yang malas ingin melibatkan diri dalam mana-mana program. Namun, setelah saya terlibat dalam program MAGIZ ini, saya menjadi seorang yang lebih ‘aware’ tentang orang-orang sekeliling kerana apabila kita terlibat dalam sesuatu organisasi kita tidak boleh bersifat ‘selfish’. Contohnya, apabila ‘meeting’ bersama ahli biro diadakan. Apabila sesorang tidak hadir meeting pada hari tersebut, ia akan menyusahkan kerja/tugas orang lain. Jadi, dari situ saya cuba untuk menghadirkan diri saya pada setiap ‘meeting’ yang diadakan oleh biro saya.

Sekian itu sahaja dari saya. Terima kasih.