HHHC9301 Set12 Sem 1 20132014 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
description
Transcript of HHHC9301 Set12 Sem 1 20132014 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
HHHC9301 SET12 SEM 1 20132014 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
PROGRAM MUTIARA ASPIRASIKELAB SAHABAT 1 MALAYSIA
2013KOLEJ TUN SYED NASIR
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
OBJEKTIF
Program ini adalah untuk memupuk amalan gaya hidup
yang sihat dengan mengimbangkan antara akademik
dan kokurikulum
Memupuk UKM sebagai medan rekreasi di antara
mahasiswa/i di Malaysia.
Mewujudkan identiti satu Malaysia disamping membina
sahsiah, semangat berpasukan dan muhibbah dalam
kalangan pelajar-pelajar UKM
PENDAHULUAN
Program ini dijalankan pada 13-15 Disember 2013.
Tempat yang menjadi pilihan adalah Kem Bina
Negara Ulu Sepri, Biro Tatanegara, Jabatan Perdana
Menteri, 71300 Rembau, Negeri Sembilan.
Bertolak daripada kolej Tun Syed Nasir pada pukul
2 petang(Jumaat) dan kembali pada pukul 2 petang
juga (Ahad).
PERANCANGAN
Pihak sekretariat pemasaran telah melakukan
beberapa mesyuarat untuk menjayakan program ini.
Pihak pemasaran diberi tanggungjawab untuk
mencari dana untuk membantu program supaya
berjalan lancar.
Dalam program ini semua sekretariat bekerjasama
supaya program ini berjaya.
PERANCANGAN
Semua ajk bekerjasama memainkan peranan
dengan memberi idea-idea bernas untuk menjual
barangan.
Kami mencapai kata sepakat untuk menjual roti
dan keropok untuk mendapatkan dana.
Exco sebagai ketua pemasaran menggerakkan ahli-
ahli dengan membahagikan tugasan.
PERANCANGAN
Kerja kami untuk mencari dana menjadi mudah apabila
terdapatnya program Bon Appetite.
Kami berbincang lalu dengan sebulat suara bersetuju
untuk menjual pada hari program Bon Appetite.
Kami bersepakat untuk menjual roti tortilla dan wedges.
Ajk-ajk yang mempunyai pengalaman dalam membuat
tortilla tidak lekok untuk berkongsi ilmu yang dimiliki.
PERANCANGAN
Ajk-ajk telah diberitahu syif masing-masing pada
hari program Bon Appetite.
Ajk-ajk menerima tanggungjawab yang diberikan
dengan hati yang terbuka.
Kami juga mengamalkan sikap toleransi apabila ada
ahli yang mempunyai masalah lain untuk diselesaikan
lalu menawarkan diri untuk menggantikan tempatnya.
PERANCANGAN
Selain itu juga kami merancang untuk menjual
tudung.
Alternatif yang kreatif dijalankan untuk menjual
tudung melalui laman sesawang iaitu media massa
utama untuk pelajar; facebook.
Kami juga merancang untuk menjual hand sock
yang terdiri daripada pelbagai warna.
PELAKSANAAN
Pada hari Bon Appetite, ajk-ajk menepati masa
seperti yang dijanjikan pada pukul 9 iaitu sebelum
gerai jualan dibuka dari pukul 10.00 pagi hingga 5
petang.
Semua ahli berganding bahu mendirikan gerai
jualan dan menyusun barang dengan kemas dan
teratur.
PELAKSANAAN
Roti tortilla yang
dimasak bersama. Roti
ini laris dalam jualan.
PELAKSANAAN
Wedges yang
disediakan bersama sos
cili.
PELAKSANAAN
Gerai semasa Bon
Appetite.
Selain menjual pada hari Bon Appetite, kami
juga menjual tudung dengan harga RM25 untuk
tudung bidang 55.
Tudung itu kami kayakan dengan pelbagai
pilihan warna.
PELAKSANAAN
PELAKSANAAN
Antara tudung-tudung yang dijual
Salah seorang pelanggan di facebook
yang merupakan pelajar ukm di kolej Tun
Syed Nasir membeli tudung.
http
://www.youtube.com/watch?v=t8Nm8JQpyQ
k&feature=youtu.be
PELAKSANAAN
PELAKSANAAN
Pada hari program berlangsung di kem Bina
Negara, Rembau, kami ahli pemasaran diminta
membantu ahli sekretariat program untuk
menjayakan aktiviti ‘treasure hunt’.
Saya diberi amanah untuk menjaga checkpoint
bersama-sama seorang ajk program.
PELAKSANAAN
Di checkpoint itu, kami diberikan tugas untuk
menjalankan satu permainan dimana hanya 7 orang
sahaja yang boleh bermain. Mereka akan diberikan
setiap seorang satu batang straw. Permainan ini
terdapat lima pusingan. Peserta hanya boleh
menggunakan straw untuk menghantar getah dari
seorang ke seorang yang lain. Aktiviti ini
memerlukan kerjasama semua ahli.
PELAKSANAANPermainan yang dimaksudkan:
Saya bersama rakan daripada exco program
sedang melengahkan masa peserta dengan
memberitahu bahawa mereka salah tempat.
http://www.youtube.com/watch?v=fD99JADab-Y
&feature=youtu.be
PELAKSANAAN
PERKARA YANG DIPELAJARI
Amanah
Saya perlu bersifat amanah apabila diberi tugasan sebagai
contoh menjual tudung. Saya perlu memberi wang secukupnya
kepada exco dan tidak mengambil kesempatan atas kepercayaan
yang diberikan kepada saya.
Adil
Saya perlu adil ketika mengadili permainan ‘treasure hunt’. Saya
tidak boleh bersikap memilih bulu untuk mengadili permainan
itu. Sebagai contoh, saya tidak boleh memberi markah lebih
kepada teman saya yang menjadi peserta permainan tersebut.
PERKARA YANG DIPELAJARI
Bersabar
Saya belajar bahawa kita perlu bersabar dalam melakukan
sesuatu. Sebagai contoh permainan straw dan getah. Kita
hanya boleh menggunakan mulut untuk menghantar getah
hingga ke peserta ke-7.
Selain itu, saya belajar untuk bersabar apabila saya perlu
meluangkan lebih masa untuk memastikan aktiviti treasure
hunt yang dijalankan dengan lancar.
PERKARA YANG DIPELAJARI
Kreatif
Saya belajar nilai ini ketika saya perlu mencari jalan
lain untuk melariskan jualan tudung. Saya
mengambil inisiatif untuk mengiklankan di facebook.
Selain itu, saya belajar untuk kreatif apabila
terpaksa mencipta petunjuk berbentuk pantun untuk
checkpoint yang diamahkan untuk menjaga.
PERKARA YANG DIPELAJARI
Menepati masa
Saya belajar untuk menepati setiap masa yang ditetapkan. Hal
ini supaya program dapat bermula dan tamat pada masa
dijanjikan. Masa aktiviti akan berganjak jika saya tidak menepati
masa.
Berkomunikasi dengan baik
Saya dapat memantapkan lagi kemahiran sosial saya ketika
menjual roti tortilla dan tudung. Saya juga dapat mengeratkan
silaturrahim dengan peserta yang lain ketika aktiviti treasure
hunt.
PERKARA YANG DIPELAJARI
Tolak ansur
Saya juga belajar untuk tolak ansur apabila saya
terpaksa menggantikan tempat ajk yang tidak dapat
bertugas kerana mempunyai hal-hal yang penting
yang perlu diselesaikan
RUMUSAN
Akhir kata, saya berterima kasih kerana diberi
peluang untuk menjadi sebahagian daripada ajk
pemasaran program mutiara aspirasi ini. Saya dapat
belajar pelbagai nilai-nilai murni seperti amanah,
bersabar, menepati janji dan bertola ansur. Saya juga
dapat pelajari cara untuk bercakap dengan
pelanggan dan sebagainya. Pengalaman ini saya
akan gunakan dengan baik untuk aktiviti yang akan
mendatang. Perkara ini saya dapat gunakan
sepanjang hayat saya.