Hiburan Bilik berperabot lama kembalikan Kaedah baru kesan ... · bertuah kerana kini mem-punyai...

1
EFARID HAMZAH [email protected] ENCIK Paul (bukan nama sebenar) pernah menghidap masalah sukar kencing pada satu ke- tika. Pada awalnya beliau sangka ia hanyalah di- sebabkan usianya yang sudah hampir men- cecah 80 tahun pada ketika itu. Beliau kemudian diminta doktor menjalani pemeriksaan bagi menentukan adakah beliau menghidap barah. Beliau kemudian menjalani biopsi pimpinan kaedah ultrasound sebanyak tiga kali. “Setiap kali saya perlu menjalani biopsi tersebut, saya rasa tidak selesa. “Tapi apakan daya, ketika itu apa yang pen- ting adalah mendapatkan rawatan seawal mungkin. “Jadi meskipun tidak selesa, saya tetap men- jalaninya,” kata bapa dua anak yang kini ber- usia 81 tahun itu. Biopsi ialah prosedur diagnostik yang dilaku- kan dengan mengambil sampel jaringan atau sel untuk dianalisis di makmal, baik untuk men- diagnosis sejenis penyakit mahupun untuk mengetahui jenis rawatan atau terapi yang ter- baik bagi pesakit. Menurut Encik Paul, setiap kali beliau men- jalani biopsi tersebut (yang dilakukan menerusi rektum), beliau dapat merasakan alat tersebut ‘mencucuknya’ sehingga 10 kali bagi setiap se- si. Pasti ini boleh menimbulkan perasaan ce- mas setiap kali sebelum beliau menjalaninya. Mujur baginya, terdapat satu kaedah penge- sanan barah prostat baru yang lebih berkesan diperkenal dan beliau berpeluang menjala- ninya. Biopsi imbasan MRI (pengimejan resonans magnetik) kaedah ultrasound itu mampu mengesan sehingga 92 peratus barah tahap pertengahan sehingga ke tahap tinggi. “Sejak menjalani kaedah baru ini, saya tidak lagi perlu menjalani biopsi susulan. Kini hanya menantikan masa menjalani sesi kemoterapi pu- la,” ujar peniaga itu lagi. Kaedah ini lebih baik berbanding 62 peratus sahaja sel barah agresif yang dikesan menerusi biopsi kaedah ultrasound yang digunakan sebe- lum ini, kata Profesor Adjung Dr Tan Yung Khan, konsultan di Jabatan Urologi Hospital Tan Tock Seng (TTSH). Baki 38 peratus sel barah gagal atau terlepas daripada dikesan. Sejak Mei tahun lalu, lebih 80 pesakit telah menjalani biopsi dengan kaedah sedemikian. Barah prostat biasanya menyerang bahagian kelenjar prostat kecil – yang mengeluarkan cecair yang melindungi sperma. Malangnya, biopsi tradisional biasanya di- lakukan secara rambang memandangkan tu- mor prostat tidak dapat dikesan menerusi im- basan ultrasound. Sehingga sedozen atau lebih sampel tisu pe- sakit akan diambil secara rambang daripada prostat untuk diuji bagi sel barah. Ini bermakna kesilapan boleh berlaku – sel barah tersebut boleh terlepas daripada dikesan atau yang lebih agresif boleh disalah tafsir se- bagai bertahap rendah. Justeru biopsi kaedah baru yang meng- gabungkan MRI itu boleh memberi panduan ke- pada pakar urologi, dengan membolehkan mereka menjalankan biopsi tersebut. TTSH yang menjalankan sehingga 700 biop- si setahun bagi barah prostat dijangka meng- gunakan kaedah baru biopsi itu ke atas sekitar 200 hingga 300 pesakit setiap tahun, tambah Dr Tan. “Mereka merupakan pesakit yang telah menjalani biopsi tradisional tapi masih disyaki menghidap barah prostat. “Jika tidak kerana kaedah biopsi baru ini, mereka mungkin terpaksa mengulangi biopsi tradisional itu yang boleh dianggap sebagai ‘traumatik’ bagi sesetengah pesakit,” jelas Dr Tan. Meskipun begitu, biopsi tradisional itu masih lagi ditawarkan kepada pesakit lelaki yang disyaki menghidap penyakit tersebut. LAGU Cina lama yang berkumandang me- nerusi alat pemain DVD mengembalikan kena- ngan lama semasa muda. Kehadiran perkakas dan perabot yang pernah digunakan sedikit masa dahulu turut mengingat- kan Cik Hong Poh Cho akan kisah-kisah lama yang pernah dilaluinya. Berserta sekitar 400 warga tua lain, Cik Hong berasakan dirinya amat bertuah kerana kini mem- punyai sebuah bilik tera- pi khas yang membantu warga senja sepertinya mengembalikan kenang- an silam mereka. Diberi nama Bilik Te- rapi Kenangan, ia terle- tak di bangunan Persatu- an untuk Pesakit Tua (SAS) di Hougang Ave- nue 1, yang menawarkan sekitaran yang dapat membantu pesakit demensia. Dianggarkan 25 peratus daripada sekitar 400 penghuni rumah itu menghidap pelbagai masalah demen- sia. Justeru Kumpulan Penjagaan Kesihatan Nasional (NHG) bersama SAS, mereka hias bilik tersebut bak sebuah rumah lama yang pernah wu- jud pada 1960-an dan 1970-an di tingkat lima bangunan tersebut. Ini termasuk menyediakan perka- kas, perabot dan barangan lama se- lain gambar yang memaparkan seki- taran masa lampau termasuk muzik serta kegiatan. Antaranya jam manual, radio an- tik, meja permainan karom selain kerusi lama ala kedai kopi. Sebuah alat karaoke yang me- mainkan lagu-lagu turut dipasang se- bagai sebahagian daripada kegiatan yang disediakan di situ. Kesemua ini diharap membantu pesakit mengingat kembali masa du- lu. Konsultan Kanan Jabatan Geri- atrik dan Penuaan Aktif Hospital Tan Tock Seng (TTSH), Dr Adeline Chuo, berkata tiada bukti kukuh yang menyatakan bahawa kemudah- an sedemikian dapat melengahkan proses demensia daripada menjadi lebih teruk. Namun bilik dengan suasana dan sekitaran yang agak biasa buat pesa- kit dapat membantu golongan sedemikian menjadi lebih tenang. “Hasilnya kehidupan para penja- ga dan pesakit lebih sempurna dan lebih mudah diuruskan. “Kami juga mendapati apabila pe- sakit pergi ke bilik sedemikian, mere- ka kelihatan lebih tenang dan dapat tidur lebih lena kerana melakukan pelbagai kegiatan pada siang hari di bilik tersebut,” katanya lagi. Pesakit, Cik Tan Swee Hiang, 83 tahun, menyifatkan sebuah kabinet yang menyimpan makanan dan mi- numan ringan sebagai sudut kegema- rannya. “Saya masih ingat kabinet ini di- gunakan untuk menyimpan makan- an agar dapat bertahan lama,” kata- nya sambil merenung kabinet lama yang diperbuat daripada kayu itu. Pada masa sama, sesi terapi seper- ti memasak olok-olok turut diada- kan untuk pesakit. EFARID HAMZAH Kaedah baru kesan hingga 92% sel barah Bilik berperabot lama kembalikan kenangan silam pesakit demensia KERJASAMA DUA BIDANG: Profesor Adjung Dr Tan Yung Khan (duduk), konsultan di Jabatan Urologi TTSH, bekerjasama dengan Penolong Profesor Adjung Tan Cher Seng, Konsultan Kanan Jabatan Diagnostik Radiologi TTSH, bagi kaedah baru pengesanan barah prostat yang lebih berkesan. – Foto KHALID BABA MACAM ZAMAN DULU: Cik Hong (kiri) dan Cik Tan berasakan perabot dan perkakas yang disediakan di Bilik Terapi Kenangan dapat mengembalikan memori zaman silam mereka. – Foto JOHARI RAHMAT Berita Harian | Rabu, 15 Mac 2017 9 Gah! Gaya Hidup · Artistik · Hiburan

Transcript of Hiburan Bilik berperabot lama kembalikan Kaedah baru kesan ... · bertuah kerana kini mem-punyai...

EFARID [email protected]

ENCIK Paul (bukan nama sebenar) pernah menghidap masalah sukar kencing pada satu ke-tika.

Pada awalnya beliau sangka ia hanyalah di-sebabkan usianya yang sudah hampir men-cecah 80 tahun pada ketika itu.

Beliau kemudian diminta doktor menjalani pemeriksaan bagi menentukan adakah beliau menghidap barah.

Beliau kemudian menjalani biopsi pimpinan kaedah ultrasound sebanyak tiga kali.

“Setiap kali saya perlu menjalani biopsi tersebut, saya rasa tidak selesa.

“Tapi apakan daya, ketika itu apa yang pen-ting adalah mendapatkan rawatan seawal mungkin.

“Jadi meskipun tidak selesa, saya tetap men-jalaninya,” kata bapa dua anak yang kini ber-usia 81 tahun itu.

Biopsi ialah prosedur diagnostik yang dilaku-kan dengan mengambil sampel jaringan atau sel untuk dianalisis di makmal, baik untuk men-diagnosis sejenis penyakit mahupun untuk mengetahui jenis rawatan atau terapi yang ter-baik bagi pesakit.

Menurut Encik Paul, setiap kali beliau men-jalani biopsi tersebut (yang dilakukan menerusi rektum), beliau dapat merasakan alat tersebut ‘mencucuknya’ sehingga 10 kali bagi setiap se-si.

Pasti ini boleh menimbulkan perasaan ce-mas setiap kali sebelum beliau menjalaninya.

Mujur baginya, terdapat satu kaedah penge-sanan barah prostat baru yang lebih berkesan diperkenal dan beliau berpeluang menjala-ninya.

Biopsi imbasan MRI (pengimejan resonans magnetik) kaedah ultrasound itu mampu mengesan sehingga 92 peratus barah tahap pertengahan sehingga ke tahap tinggi.

“Sejak menjalani kaedah baru ini, saya tidak lagi perlu menjalani biopsi susulan. Kini hanya menantikan masa menjalani sesi kemoterapi pu-la,” ujar peniaga itu lagi.

Kaedah ini lebih baik berbanding 62 peratus sahaja sel barah agresif yang dikesan menerusi biopsi kaedah ultrasound yang digunakan sebe-lum ini, kata Profesor Adjung Dr Tan Yung Khan, konsultan di Jabatan Urologi Hospital Tan Tock Seng (TTSH).

Baki 38 peratus sel barah gagal atau terlepas daripada dikesan.

Sejak Mei tahun lalu, lebih 80 pesakit telah menjalani biopsi dengan kaedah sedemikian.

Barah prostat biasanya menyerang bahagian kelenjar prostat kecil – yang mengeluarkan cecair yang melindungi sperma.

Malangnya, biopsi tradisional biasanya di-lakukan secara rambang memandangkan tu-mor prostat tidak dapat dikesan menerusi im-basan ultrasound.

Sehingga sedozen atau lebih sampel tisu pe-sakit akan diambil secara rambang daripada prostat untuk diuji bagi sel barah.

Ini bermakna kesilapan boleh berlaku – sel barah tersebut boleh terlepas daripada dikesan atau yang lebih agresif boleh disalah tafsir se-bagai bertahap rendah.

Justeru biopsi kaedah baru yang meng-

gabungkan MRI itu boleh memberi panduan ke-pada pakar urologi, dengan membolehkan mereka menjalankan biopsi tersebut.

TTSH yang menjalankan sehingga 700 biop-si setahun bagi barah prostat dijangka meng-gunakan kaedah baru biopsi itu ke atas sekitar 200 hingga 300 pesakit setiap tahun, tambah Dr Tan.

“Mereka merupakan pesakit yang telah menjalani biopsi tradisional tapi masih disyaki menghidap barah prostat.

“Jika tidak kerana kaedah biopsi baru ini, mereka mungkin terpaksa mengulangi biopsi tradisional itu yang boleh dianggap sebagai ‘traumatik’ bagi sesetengah pesakit,” jelas Dr Tan.

Meskipun begitu, biopsi tradisional itu masih lagi ditawarkan kepada pesakit lelaki yang disyaki menghidap penyakit tersebut.

LAGU Cina lama yang berkumandang me-nerusi alat pemain DVD mengembalikan kena-ngan lama semasa muda.

Kehadiran perkakas dan perabot yang pernah digunakan sedikit masa dahulu turut mengingat-kan Cik Hong Poh Cho akan kisah-kisah lama yang pernah dilaluinya.

Berserta sekitar 400 warga tua lain, Cik Hong berasakan dirinya amat bertuah kerana kini mem-punyai sebuah bilik tera-pi khas yang membantu warga senja sepertinya mengembalikan kenang-an silam mereka.

Diberi nama Bilik Te-rapi Kenangan, ia terle-tak di bangunan Persatu-an untuk Pesakit Tua (SAS) di Hougang Ave-nue 1, yang menawarkan sekitaran yang dapat membantu pesakit demensia.

Dianggarkan 25 peratus daripada sekitar 400 penghuni rumah itu menghidap pelbagai masalah demen-sia.

Justeru Kumpulan Penjagaan Kesihatan Nasional (NHG) bersama SAS, mereka hias bilik tersebut bak sebuah rumah lama yang pernah wu-jud pada 1960-an dan 1970-an di tingkat lima bangunan tersebut.

Ini termasuk menyediakan perka-kas, perabot dan barangan lama se-lain gambar yang memaparkan seki-taran masa lampau termasuk muzik serta kegiatan.

Antaranya jam manual, radio an-tik, meja permainan karom selain kerusi lama ala kedai kopi.

Sebuah alat karaoke yang me-mainkan lagu-lagu turut dipasang se-bagai sebahagian daripada kegiatan yang disediakan di situ.

Kesemua ini diharap membantu pesakit mengingat kembali masa du-lu.

Konsultan Kanan Jabatan Geri-atrik dan Penuaan Aktif Hospital Tan Tock Seng (TTSH), Dr Adeline Chuo, berkata tiada bukti kukuh

yang menyatakan bahawa kemudah-an sedemikian dapat melengahkan proses demensia daripada menjadi lebih teruk.

Namun bilik dengan suasana dan sekitaran yang agak biasa buat pesa-kit dapat membantu golongan sedemikian menjadi lebih tenang.

“Hasilnya kehidupan para penja-ga dan pesakit lebih sempurna dan lebih mudah diuruskan.

“Kami juga mendapati apabila pe-sakit pergi ke bilik sedemikian, mere-ka kelihatan lebih tenang dan dapat tidur lebih lena kerana melakukan pelbagai kegiatan pada siang hari di bilik tersebut,” katanya lagi.

Pesakit, Cik Tan Swee Hiang, 83 tahun, menyifatkan sebuah kabinet yang menyimpan makanan dan mi-numan ringan sebagai sudut kegema-rannya.

“Saya masih ingat kabinet ini di-gunakan untuk menyimpan makan-an agar dapat bertahan lama,” kata-nya sambil merenung kabinet lama yang diperbuat daripada kayu itu.

Pada masa sama, sesi terapi seper-ti memasak olok-olok turut diada-kan untuk pesakit. EFARID HAMZAH

Kaedah baru kesanhingga 92% sel barah

Bilik berperabot lama kembalikan kenangan silam pesakit demensia

KERJASAMA DUA BIDANG: Profesor Adjung Dr Tan Yung Khan (duduk), konsultan di Jabatan Urologi TTSH, bekerjasama dengan Penolong Profesor Adjung Tan Cher Seng, Konsultan Kanan Jabatan Diagnostik Radiologi TTSH, bagi kaedah baru pengesanan barah prostat yang lebih berkesan. – Foto KHALID BABA

MACAM ZAMAN DULU: Cik Hong (kiri) dan Cik Tan berasakan perabot dan perkakas yang disediakan di Bilik Terapi Kenangan dapat mengembalikan memori zaman silam mereka. – Foto JOHARI RAHMAT

Berita Harian | Rabu, 15 Mac 2017 9

Gah! Gaya Hidup · Artistik · Hiburan