Hidroponik ( tugasan )

16
HIDROPONIK DEFINISI: Secara am ialah sains menanam pokok tanpa tanah dengan hanya memberi unsur-unsur makanan dan mineral dalam larutan air.HIDROPONIK diambil dari perkataan Yunani HUDOR bererti air, PONOS bererti kerja. Apabila disatukan perkataan ini ia membawa maksud kerja air . SEJARAH HIDROPONIK. Eksperimen pertama bermula tahub 1699 oleh John Woodward, seorang Fellow dari Royal Society, England.Ia berjaya menanam pokok dalam air yang telah ditambah berbagai jenis tanah.Beliau ingin memastikan sama ada air atau tanah yang diperlukan untuk tumbesaran pokok. Penyelidikan oleh dua saintis Jerman Julius Von Sachs (1860) ahli botani dan W. Knop (1861-1865) ahli kimia pertanian adalah amat penting.Ia dianggap suatu permulaan sebenar sains hidroponik.Dalan tahun 1860-an mereka mencipta cecair mengandungi nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran pokok berupaya menjadi dewasa dalam cecair tersebut KEBAIKAN SISTEM HIDROPONIK. Bersih dari kekotoran yang biasa dikaitkan dengan tanah dan selamat dimakan. Cara pengambilan baja oleh tumbuhan lebih cekap kerana baja diserap melalui larutan. Serangan perosak dan penyakit kurang dibandingkan dengan tanah yang menjadi pelindung organisasi merbahaya. Sistem ini tidak perlu penyelenggaraan rapi. Hasil diperolehi dengan cepat dan lebih banyak serta berkualiti tinggi. Tumbuhan lebih ringan dan mudah alih.Keupayaan ini penting untuk penanaman dalam bangunan yang selalu di ubah kedudukannya. Tumbuhan tidak perlu disiram. Tumbuhan boleh ditanam dalam berbagai jenis bekas yang menarik.

Transcript of Hidroponik ( tugasan )

Page 1: Hidroponik ( tugasan )

HIDROPONIK

DEFINISI:

Secara am ialah sains menanam pokok tanpa tanah dengan hanya memberi unsur-

unsur makanan dan mineral dalam larutan air.HIDROPONIK diambil dari perkataan Yunani

‘HUDOR’ bererti air, ‘PONOS’ bererti kerja. Apabila disatukan perkataan ini ia membawa

maksud “kerja air”.

SEJARAH HIDROPONIK.

Eksperimen pertama bermula tahub 1699 oleh John Woodward, seorang Fellow dari

Royal Society, England.Ia berjaya menanam pokok dalam air yang telah ditambah berbagai

jenis tanah.Beliau ingin memastikan sama ada air atau tanah yang diperlukan untuk

tumbesaran pokok. Penyelidikan oleh dua saintis Jerman Julius Von Sachs (1860) ahli

botani dan W. Knop (1861-1865) ahli kimia pertanian adalah amat penting.Ia dianggap suatu

permulaan sebenar sains hidroponik.Dalan tahun 1860-an mereka mencipta cecair

mengandungi nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran pokok berupaya menjadi dewasa

dalam cecair tersebut

KEBAIKAN SISTEM HIDROPONIK.

Bersih dari kekotoran yang biasa dikaitkan dengan tanah dan selamat dimakan.

Cara pengambilan baja oleh tumbuhan lebih cekap kerana baja diserap melalui

larutan.

Serangan perosak dan penyakit kurang dibandingkan dengan tanah yang

menjadi pelindung organisasi merbahaya.

Sistem ini tidak perlu penyelenggaraan rapi.

Hasil diperolehi dengan cepat dan lebih banyak serta berkualiti tinggi.

Tumbuhan lebih ringan dan mudah alih.Keupayaan ini penting untuk penanaman

dalam bangunan yang selalu di ubah kedudukannya.

Tumbuhan tidak perlu disiram.

Tumbuhan boleh ditanam dalam berbagai jenis bekas yang menarik.

Page 2: Hidroponik ( tugasan )

Tumbuhan boleh ditanam di kawasan yang tiada tanah atau tidak subur, berbatu,

berpasir atau tidak mempunyai saliran yang baik.

Pengawalan rumpai tidak perlu dilakukan.

Pencemaran alam dari racun-racun dapat dielekkan.

Hasil pengeluaran adalah seragam.

KEBURUKAN HIDROPONIK.

Kos pembinaan memerlukan modal yang lebih dari penenaman biasa.

Dari segi teknikal, pengetahuan mendalam perlu terutama dalam pengurusan

nutrien.

Jika sistem yang menggunakan pam untuk menjalankan saliran air, tenaga

elektrik diperlukan.Dalam keadaan bekalan terputus atau sistem rosak lebih dari

masa yang ditentukan pokok akan mati.

Dari segi jenis tanaman, sayuran berakar panjang atau berubi tidak sesuai

seperti lobak, ubi kentang dan ubu keladi.

STRUKTUR PEMBINAAN HIDROPONIK.

Komponen asas yang perlu disediakan untuk kaedah hidroponik adalah seperti berikut:-

Bekas Takungan

Medium

Larutan Zat

Air

Alatan Khas

BEKAS TAKUNGAN

Takung ialah suatu bekas di mana larutan disimpan atau tempat medium diisi.

Takung boleg dibuat daripada konkrit, papan atau boleh dibeli siap seperti plastik

atau fiberglass.

Bentuk dan saiz takung ikut keperluan sendiri.

Elak guna takung diperbuat dari zink, tembaga, besi atau keluli.

Bahan yang sesuai ialah plastik, tembikar, kaca, konkrit dan fiberglass.

Bahan yang lutsinar perlu dicat untuk mengelakkan pertumbuhan alga.

Page 3: Hidroponik ( tugasan )

MEDIUM

Medium ialah bahan untuk menyokong pokok dan sebagai tapak untuk menyemai biji

benih.

Bahan-bahan yang sesuai mempunyai ciri-ciri berikut:-

a) Bahan bukan organan atau tidak mudah reput.

b) Berupaya menahan kelembapan.

c) Mempunyai saliran yang baik.

d) Mempunyai ruang rongga untuk pengudaraan.

e) Tidak mengeluarkan bahan beracun.

f) Senang untuk dicuci.

LARUTAN ZAT

Larutan zat ( nutrien ) mengandungi makanan seimbang untuk tanaman. Tanaman

memerlukan unsur nutrien untuk hidup.Unsur-unsur yang diperlukan ialah:-

NITROGEN - Pembentukan daun dan batang.

FOSFORUS - Pembentukan bunga, buah dan akar, cepat matang dan

menguatkan tangkai tanaman.

KALIUM - Mempercepatkan tumbesaran tisu, mengawal pergerakan stoma,

tahan penyakit dan menambah kebernasan.

KALSIUM - Tumbesaran pucuk dan akar, juga bantu proses menyerap unsur

Magnesium.

MAGNESIUM - Satu komponen klorofil.Aktif dalam proses penyebaran Fosforus

dalam tumbuhan.

SULFUR - Pengeluaran tenaga dan pembentukan protien.

FERUM - Pembentukan klorofil.

MANGANUM - Membantu penyerapan Nitrogen.

ZINK - Komponen yang diperlukan dalam proses pemindahan tenaga.

BORON - Perlu, tetapi proses khusus belum ditemui.

KUPRUM - Pembentukan Klorofil.

Page 4: Hidroponik ( tugasan )

AIR

Sumber air yang bersih adalah penting dalam penanaman hidroponik. Kandungan

klorin dalam air paip perlu diberi perhatian.Jika kandungan klorin tinggi biarkan air disinari

cahaya matahari beberapa waktu dan ia akan hilang atau boleh diuji dengan kimia Ortho-

Tolidine

ALATAN KHAS ( OPSIONAl )

Alatan yang diperlukan ialah:-

a) Pam Air - untuk menentukan peredaran larutan zat sekata

pengudaraan lebih berkesan.

mengawal suhu larutan.

b) Pam Udara – membantu menambah kandungan oksigen dalam larutan.

c) Penyukat Jangka ( timer ) – mengawal waktu perjalanan pam air.

PENGURUSAN HIDROPONIK DAN TANAMAN.

Persediaan Sebelum Menanam:-

1.Pembersihan

semua peralatan mesti dicuci untuk menghilangkan bekas-bekas akar atau kotoran.

2.Sterilisasi

semua peralatan perlu disterilisasi untuk menghapuskan organisma yang

mengakibatkan serangan penyakit.

3.Menanam

a) Semaian Terus

b) Biji benih dipracambah

4.Pemilihan Anak Benih

5.Persediaan Baja.

Page 5: Hidroponik ( tugasan )

Berikut adalah jenis-jenis tanaman yang boleh ditanam menggunakan kaedah

hidroponik. Kaedah-kaedah lain yang tak disebut juga boleh ditanam menggunakan kaedah

ini.

TANAMAN JENIS SAYUR-SAYURAN DAN HERBA

1. Sawi

2. Kailan

3. Bayam hijau

4. Bayam merah

5. Salad

6. Kangkung

7. Daun kesum

8. Misai kucing

9. Taugeh

10. Daun Bawang

11. Daun Saderi

12. Kucai

13. Cekur manis

14. Pudina

15. Selasih

TANAMAN JENIS BUAH DAN KEKACANG

1. Kentang

2. Tomato

3. Lobak merah

4. Lobak putih

5. Timun

Page 6: Hidroponik ( tugasan )

6. Kacang Bendi

7. Kobis bunga

8. Cili

9. Kacang buncis

10.Kacang panjang

11. Terung

12. Tembikai

13. Pisang Berangan

14. Rossele

15. Kacang botol

16. Petola

17. Peria

TANAMAN JENIS HIASAN DAN BUNGA-BUNGAAN

1. Mawar

2. Kekwa

3. Carnation

4. Puding

5. Melati

6. Bunga Lili

7. Bunga raya

Page 7: Hidroponik ( tugasan )

Gamba rajah 1 : Model system Hidroponik

Gamba rajah 2 : Tanaman Sawi Hidroponik

Page 8: Hidroponik ( tugasan )

Gamba rajah 3 : contoh Tanaman sistem Hidroponik

Gamba rajah 4 : cara-cara mengeluarkan tanaman Hidroponik

Gamba rajah 5 : cara-cara mengeluarkan tanaman Hidroponik

Page 9: Hidroponik ( tugasan )

Gamba rajah 6 : Set Hidroponik Gamba rajah 7 : Daun bawang Hidroponik

Gamba rajah 8 : Model sistem Hidroponik

Page 10: Hidroponik ( tugasan )

Gamba rajah 9 : Contoh-contoh tanaman secara Hidroponik

Page 11: Hidroponik ( tugasan )

Gamba rajah 10 : kaedah tanaman secara Hidroponik

Page 12: Hidroponik ( tugasan )

ISI KANDUNGAN

Bil Kandungan Muka surat

1 Biodata pelajar i

2 Hidroponik 1

3 Sejarah hidroponik 1

4 Kebaikan hidroponik 1-2

5 Keburukan hidroponik 2

6 Struktur pembinaan hidroponik

a) Bekas Takungan

b) Medium

c) Larutan Zat

d) Air

e) Alatan Khas

2-4

7 Contoh tanaman hidroponik

a) Tanaman Jenis Sayur-Sayuran Dan Herba

b) Tanaman Jenis Buah Dan Kekacang

c) Tanaman Jenis Hiasan Dan Bunga-Bungaan

4-6

8 bibliografi 7

Page 13: Hidroponik ( tugasan )

Bibliografi

Diperoleh: http/kebunwarisan.blogspot.com/2008/04/hidroponik.html

Diperoleh: http/ms.wikipedia.org/wiki/Hidroponik

Diperoleh: http/spt01.tripod.com/hidroponik.htm

Diperoleh: http/www.angelfire.com/biz/kazz hidroponik /laman6.html

Diperoleh: http/ www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel.../hidroponik.htm