Hidup Kumpulan Dan Hidup Menyendiri

download Hidup Kumpulan Dan Hidup Menyendiri

of 6

Transcript of Hidup Kumpulan Dan Hidup Menyendiri

  • 7/27/2019 Hidup Kumpulan Dan Hidup Menyendiri

    1/6

    1.1 Memahami sesetengah haiwan hidup dalam kumpulan dan

    sesetengah haiwan hidup menyendiri.

    Some animals live in groups and some animals live in solitary in a habitat.

    1. Sesetengah haiwan hidup bersama dalam kumpulan kecil atau besar.

    Hidup dalam kumpulan yang besar Hidup dalam kumpulan yang kecil

    Anai-anai SingaSemut Gajah

    Ikan bilis Babun

    2. Contoh haiwan yang hidup bersama dalam kumpulan adalah semut, lembu,

    lebah, singa, gorila dan gajah.

    3. Haiwan hidup bersama dalam kumpulan untuk :-

    a) Mencari makanan bersama-sama

    b) Untuk keselamatan dan perlindungan

    c) Untuk mempertahankan dan melindungi tempat perlindungannya.

    4. Haiwan-haiwan yang hidup bersama dalam kumpulan akan bekerjasama

    untuk memburu, melawan musuh, melindungi anak atau sarang dan

    mengumpulkan makanan.

    5. Kerjasama antara haiwan-haiwan yang hidup dalam kumpulan adalah sejenis

    interaksi.

    6. Ciri-ciri haiwan yang hidup bersama dalam kumpulan:-

    a) Berkongsi habitat yang sama

    b) Mencari dan memburu makanan bersama

    Pemangsa seperti serigala, singa dan hyena memburu dalam kumpulan.

    Haiwan-haiwan ini berkerjasama untuk memerangkap dan memburu

    mangsanya. Kerjasama ini membolehkan haiwan-haiwan ini berjaya lebih

    CNGuru cemerlang sainsNegeri Kedah Darulaman

    a) Haiwan an hidu dalam Kum ulan

  • 7/27/2019 Hidup Kumpulan Dan Hidup Menyendiri

    2/6

    baik dalam pemburuan , terutamanya dalam memburu haiwan yang

    bersaiz besar atau haiwan yang hidup dalam kumpulan yang besar.

    c) Membina sarang dan tempat perlindungan bersama

    d) Bekerjasama di dalam melindungi anak-anak dari dimakan oleh haiwan

    pemangsa

    e) Membiak antara haiwan sesame spesies dan di dalam kumpulan yang

    sama

    f) Untuk melarikan atau selamatkan diri daripada pemangsa, musuh dan

    saingannya

    Mangsa seperti biri-biri, rusa dan kuda belang selalunya hidup dalam

    kumpulan untuk melindungi diri dari pemangsa.

    7. Hidup dalam kumpulan dapat melidungi haiwan-haiwan ini dengan cara :

    I) Pemangsa mungkin tidak akan menyerang bila bilangan haiwan

    mangsa dalam kumpulan adalah banyak.

    II) Apabila diserang oleh pemangsa, ahli-ahli kumpulan akanbersatu untuk melindungi kumpulannya

    III) Berada dalam kumpulan memudahkan haiwan-haiwan ini

    mengesan musuh. Ini adalah kerana terdapat banyak mata yang

    sentiasa memerhatikan musuh. Apabila seekor haiwan yang

    berada dalam kumpulan ternampak musuh, ia akan

    memberikan amaran .

    IV) Haiwan seperti sekumpulan ikan dapat membentuk sesuatu

    corak seperti ikan yang besar untuk mengelirukan

    pemangsanya.

    g) Sesetengah kumpulan haiwan bergantung kepada haiwan lain untuk

    keselamatan.

    CNGuru cemerlang sainsNegeri Kedah Darulaman

  • 7/27/2019 Hidup Kumpulan Dan Hidup Menyendiri

    3/6

    h) Singa-singa berina dari satu kumpulan akan secara agresif melindungi

    tapak pemburuannya dan tempat sumber air dari kumpulan-kumpulan

    singa yang lain.

    i) Kumpulan haiwan selalunya mempunyai beberapa induk dan banyak anak

    untuk dijaga. Induk ini bekerjasama dalam menjaga anak-anak.

    Contohnya, apabila seekor singa betina pergi memburu, anak-anaknya

    akan dijaga oleh singa-singa betina yang lain dari kumpulan yang sama.

    8. Contoh-contoh haiwan yang hidup dalam kumpulan .

    CNGuru cemerlang sainsNegeri Kedah Darulaman

  • 7/27/2019 Hidup Kumpulan Dan Hidup Menyendiri

    4/6

    CNGuru cemerlang sainsNegeri Kedah Darulaman

    b) Haiwan hidu men endiri

  • 7/27/2019 Hidup Kumpulan Dan Hidup Menyendiri

    5/6

    1. Sesetengah haiwan hidup menyendiri.

    2. Kebanyakan haiwan hidup menyendiri. Ia hidup bersendirian kecuali semasa musimmengawan atau membiak atau semasa mengasuh anaknya.

    3. Haiwan seperti harimau hidup menyendiri. Harimau jantan dan betina cuma akan

    bersama semasa masa mengawan atau semasa berkongsi mangsa buruan. Apabila

    anaknya telah dewasa, anak harimau juga akan hidup menyendiri.

    4. Contoh haiwan yang hidup menyendiri ialah penyu, beruang, helang, buaya,

    beruang koala,tapir dan harimau

    5. Haiwan hidup menyendiri untuk

    a) Mengelakkan persaingan mendapatkan makanan

    Contoh, Musang selalunya hidup menyendiri. Setiap musang akan memiliki

    kawasan atau wilayahnya sendiri. Ini dapat memastikan musang mendapat buruanyang mencukupi sebagai makanannya. Tambahan pula, musang hanya makan

    makanan yang kecil seperti tikus dan arnab, musang tidak perlu memburu dalam

    kumpulan.Oleh yang demikian, musang tidak perlu berkongsi hasil pemburuannya.

    b) Mengelakkan persaingan untuk ruang/ wilayah/ tempat perlindungan

    4 Ciri-ciri haiwan yang hidup menyendiria) Haiwan yang hidup menyendiri tidak berkongsi habitat dengan haiwan-

    haiwan lain.

    b) Haiwan ini akan membuat semua perkara bersendirian seperti memburumakanan, , membina dan tinggal di dalam tempat perlindungannyabersendirian.

    c) Haiwan yang hidup menyendiri biasanya di dalam habitatnya akan menanda

    kawasan wilayahnya untuk mendapat makanan yang mencukupi dan memberi

    amaran kepada musuhnya. Contohnya, seekor harimau akan menjaga haknya

    dengan membuat tanda bauan dan tanda cakaran di pokok.

    CNGuru cemerlang sainsNegeri Kedah Darulaman

  • 7/27/2019 Hidup Kumpulan Dan Hidup Menyendiri

    6/6

    5. Hidup menyendiri juga membolehkan haiwan ini bergerak dengan diam tanpa

    menarik perhatian haiwan pemangsa.. Ini membantu haiwan-haiwan ini

    menyembunyikan diri dari musuh atau memburu dengan lebih berkesan.

    CNGuru cemerlang sainsNegeri Kedah Darulaman