Hidup Lebih Makmur Jika Bersyukur

4
1 Khutbah Jumaat 29 Jamadilakhir 1434H bersamaan 10 Mei 2013M Hidup Lebih Makmur Jika Bersyukur Oleh: Ustaz Najion Jamil ø ø ø øŒÎ Î Î Î)u ρ š š š šχ© © © ©Œr 's ? ö ö ö öΝä ä ä ä3š š š š/u È È È Ès 9 ó ó ó óΟè è è è?ö ö ö öx 6x © ö ö ö öΝä ä ä ä3Ρy ƒÎ Î Î ÎV V V V{ ( È È È Ès 9u ρ ÷ ÷ ÷ ÷Λ ä ä ä änö ö ö öx Ÿ Ÿ Ÿ Ÿ2 ¨ ¨ ¨ ¨βÎ Î Î Î) Î Î Î Î1#x t ã Ó Ó Ó ÓƒÏ Ï Ï Ït ±s 9 SAUDARA MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH! Kehadiran kita ke masjid ini pada hari yang mulia ini untuk sama-sama mendirikan Solat Jumaat merupakan satu petanda yang jelas bahawa Allah SWT masih memberi ruang dan kesempatan kepada kita untuk menambahkan akaun pahala kita selain daripada memohon ampun atas segala dosa dan kesalahan yang telah kita lakukan. Bersama-samalah kita syukuri dan hargai hayat yang masih berbaki kurniaan Allah SWT ini dengan sentiasa mematuhi dan mentaati segala perintah-Nya dengan melaksanakan segala suruhan dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan dan kesungguhan kita melaksanakan segala yang dianjurkan oleh Allah SWT akan menjadikan kita Muslim mukmin yang bertakwa di sisi-Nya, seterusnya mengecapi pelbagai nikmat yang melimpah-ruah sejajar dengan firman Allah SWT: öθs 9u ρ ¨ ¨ ¨ ¨βr & Ÿ Ÿ Ÿ Ÿ÷ ÷ ÷ ÷δr & # # # #t à à à à)ø ø ø ø9$ $ $ $# ( ( ( (#θã ã ã ãΖt Β#u ( ( ( (#ö ö ö öθs )¨ ¨ ¨ ¨?$ $ $ $#u ρ $u Ζó ó ó óst Gx s 9 ΝÍ Í Í Íκ ö ö ö ön =t ã ; ; ; ;Mx .t t / z Ï Ï Ï Ï i i i iΒ Ï Ï Ï Ï! ! ! !$y ϑ¡ ¡ ¡ ¡¡9$ $ $ $# Ç Ç Ç ÇÚö ö ö öF F F F{$ $ $ $#u ρ Å Å Å Å3≈s 9u ρ ( ( ( (#θç ç ç ç/¤ ¤ ¤ ¤x . Μß ß ß ßγ≈t Ρõ õ õ õs {r 's ù $y ϑÎ Î Î Î/ ( ( ( (#θç ç ç çΡ$Ÿ Ÿ Ÿ Ÿ2 t βθç ç ç ç7Å Å Å Å¡õ õ õ õ3t ƒ Maksudnya: “Dan (Tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.” (S. Al-A'raaf: 96). SAUDARA MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH! Sesungguhnya orang yang beriman dan bertakwa akan sentiasa bersyukur dan menghargai segala yang dikurniakan Allah kepadanya. Mereka redha dengan apa yang mereka terima dan tidak sekali-kali mengeluh apabila diuji dengan kesusahan dan cabaran hidup. Mereka sedar bahawa di sebalik setiap ujian dan cabaran hidup itu ada hikmah yang tertentu kerana hakikatnya Allah SWT mengurniakan terlalu banyak nikmat kepada manusia sehingga tidak terhitung banyaknya. Firman Allah SWT:

Transcript of Hidup Lebih Makmur Jika Bersyukur

Page 1: Hidup Lebih Makmur Jika Bersyukur

1

Khutbah Jumaat 29 Jamadilakhir 1434H bersamaan 10 Mei 2013M

Hidup Lebih Makmur Jika Bersyukur Oleh: Ustaz Najion Jamil

øø øøŒŒŒŒ ÎÎ ÎÎ)))) uu uuρρρρ šš ššχχχχ ©© ©©ŒŒŒŒ rr rr'''' ss ss???? öö ööΝΝΝΝ ää ää3333 šš šš//// uu uu‘‘‘‘ ÈÈ ÈÈ⌡⌡⌡⌡ ss ss9999 óó óóΟΟΟΟ èè èè???? öö öö���� xx xx6666 xx xx©©©© öö ööΝΝΝΝ ää ää3333 ‾‾ ‾‾ΡΡΡΡ yy yy‰‰‰‰ƒƒƒƒ ÎÎ ÎΗ——— VV VV{{{{ (( (( ÈÈ ÈÈ⌡⌡⌡⌡ ss ss9999 uu uuρρρρ ÷÷ ÷÷ΛΛΛΛ ää äännnn öö öö���� xx xx���� ŸŸ ŸŸ2222 ¨¨ ¨¨ββββ ÎÎ ÎÎ)))) ’’’’ ÎÎ ÎÎ1111#### xx xx‹‹‹‹ tt ttãããã ÓÓ ÓÓ‰‰‰‰ƒƒƒƒ ÏÏ Ïω‰‰‰ tt tt±±±± ss ss9999

SAUDARA MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH! Kehadiran kita ke masjid ini pada hari yang mulia ini untuk sama-sama mendirikan Solat Jumaat merupakan satu petanda yang jelas bahawa Allah SWT masih memberi ruang dan kesempatan kepada kita untuk menambahkan akaun pahala kita selain daripada memohon ampun atas segala dosa dan kesalahan yang telah kita lakukan. Bersama-samalah kita syukuri dan hargai hayat yang masih berbaki kurniaan Allah SWT ini dengan sentiasa mematuhi dan mentaati segala perintah-Nya dengan melaksanakan segala suruhan dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan dan kesungguhan kita melaksanakan segala yang dianjurkan oleh Allah SWT akan menjadikan kita Muslim mukmin yang bertakwa di sisi-Nya, seterusnya mengecapi pelbagai nikmat yang melimpah-ruah sejajar dengan firman Allah SWT:

öθ s9 uρ ¨¨ ¨¨ββββ rr rr&&&& ŸŸ ŸŸ≅≅≅≅ ÷÷ ÷÷δδδδ rr rr&&&& ## ##““““ tt tt���� àà àà)))) øø øø9999 $$ $$#### (( ((####θθθθ ãã ããΖΖΖΖ tt ttΒΒΒΒ#### uu uu (( ((#### öö ööθθθθ ss ss)))) ¨¨ ¨¨???? $$ $$#### uu uuρρρρ $$$$ uu uuΖΖΖΖ óó óóssss tt ttGGGG xx xx���� ss ss9999 ΝΝΝΝ ÍÍ ÍÍκκκκ öö öö���� nn nn==== tt ttãããã ;; ;;MMMM≈≈≈≈ xx xx.... tt tt���� tt tt//// zz zz ÏÏ ÏÏ ii iiΒΒΒΒ ÏÏ ÏÏ !! !!$$$$ yy yyϑϑϑϑ ¡¡ ¡¡¡¡¡¡9999 $$ $$#### ÇÇ ÇÇÚÚÚÚ öö öö‘‘‘‘ FF FF{{{{ $$ $$#### uu uuρρρρ ÅÅ ÅÅ3333≈≈≈≈ ss ss9999 uu uuρρρρ (( ((####θθθθ çç çç//// ¤¤ ¤¤‹‹‹‹ xx xx.... ΜΜΜΜ ßß ßßγγγγ≈≈≈≈ tt ttΡΡΡΡ õõ õõ‹‹‹‹ ss ss{{{{ rr rr'''' ss ssùùùù $$$$ yy yyϑϑϑϑ ÎÎ ÎÎ////

(( ((####θθθθ çç ççΡΡΡΡ$$$$ ŸŸ ŸŸ2222 tt ttββββθθθθ çç çç7777 ÅÅ ÅÅ¡¡¡¡ õõ õõ3333 tt ttƒƒƒƒ

Maksudnya: “Dan (Tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.” (S. Al-A'raaf: 96). SAUDARA MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH! Sesungguhnya orang yang beriman dan bertakwa akan sentiasa bersyukur dan menghargai segala yang dikurniakan Allah kepadanya. Mereka redha dengan apa yang mereka terima dan tidak sekali-kali mengeluh apabila diuji dengan kesusahan dan cabaran hidup. Mereka sedar bahawa di sebalik setiap ujian dan cabaran hidup itu ada hikmah yang tertentu kerana hakikatnya Allah SWT mengurniakan terlalu banyak nikmat kepada manusia sehingga tidak terhitung banyaknya. Firman Allah SWT:

Page 2: Hidup Lebih Makmur Jika Bersyukur

2

ββββ ÎÎ ÎÎ)))) uu uuρρρρ (( ((####ρρρρ ‘‘ ‘‘‰‰‰‰ ãã ããèèèè ss ss???? ss ssππππ yy yyϑϑϑϑ ÷÷ ÷÷èèèè ÏÏ ÏÏΡΡΡΡ «« ««!!!! $$ $$#### ŸŸ ŸŸωωωω !! !!$$$$ yy yyδδδδθθθθ ÝÝ ÝÝÁÁÁÁ øø øøtttt éé ééBBBB 33 33 āā āāχχχχ ÎÎ ÎÎ)))) ©© ©©!!!! $$ $$#### ÖÖ ÖÖ‘‘‘‘θθθθ àà àà���� tt ttóóóó ss ss9999 ÒÒ ÒÒΟΟΟΟ‹‹‹‹ ÏÏ ÏÏmmmm §§ §§‘‘‘‘

Maksudnya: "Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (S. An-Nahl: 18). Jika kita mengaitkan firman Allah SWT tersebut dalam konteks negeri dan negara kita, ternyata terlalu banyak nikmat yang kita kecapi dan rasakan. Selain daripada nikmat iman dan Islam, kita juga dikurniakan oleh Allah SWT negara yang aman, harmoni, selamat dan makmur. Berkat pengurniaan nikmat yang tidak ternilai tersebut, membolehkan negeri dan negara kita menempah kemajuan yang memberangsangkan terutama sekali dalam aspek pendidikan, ekonomi, kestabilan politik, kesejahteraan sosial dan sebagainya. SAUDARA MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH! Pada tahun 2013 ini Sabah meraikan jubli emas kemerdekaannya menerusi gagasan Malaysia. Ulang tahun ke-50 kemerdekaan ini amat bermakna bagi rakyat negeri ini kerana dalam tempoh berkenaan kemajuan yang dicapai begitu ketara sekali. Selain daripada wujudnya kemudahan infrastruktur asas yang lebih meluas seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik, kita juga dapat melihat banyak sekolah dan hospital di merata daerah. Demikian juga ladang-ladang pertanian dan ternakan, kilang-kilang perusahan dan firma-firma swasta tumbuh bagai cendawan yang menandakan negeri dan negara kita bertambah maju dan makmur. Sebagai natijahnya, sumber penghidupan semakin banyak dan luas, kadar kemiskinan menurun dan taraf hidup rakyat bertambah baik. Meskipun kenyataan ini merupakan satu fakta yang terang lagi bersuluh, namun bukan semua manusia mahu dan tahu bersyukur, sehinggakan terdapat sebahagian daripada mereka itu angkuh menafikan segala kemajuan dan kesenangan yang dikurniakan oleh Allah SWT tersebut. Mereka yang bersifat sedemikian mendakwa bahawa kemajuan serta kemewahan hidup yang mereka kecapi adalah atas usaha sendiri, bukan kurniaan Ilahi dan sumbangan orang lain yang berusaha membawa kemajuan dan kemakmuran kepada rakyat dan tanah air tercinta ini. Dan sememangnya sudah menjadi lumrah bahawa terdapat manusia yang tidak mahu bersyukur dan berterima kasih kepada Allah SWT atas segala nikmat yang dikecapi dan dirasainya seperti kuasa pemerintahan, kekayaan, kemewahan hidup, kepandaian dan sebagainya. Hal ini telahpun ditegaskan oleh Allah SWT dalam kitab suci-Nya al-Quran sebagai peringatan kepada kita semua, sebagaimana firman-Nya:

ôô ôô‰‰‰‰ ss ss)))) ss ss9999 uu uuρρρρ öö ööΝΝΝΝ àà àà6666≈≈≈≈ ¨¨ ¨¨ΖΖΖΖ ©© ©©3333 tt ttΒΒΒΒ ’’’’ ÎÎ ÎÎûûûû ÇÇ ÇÇÚÚÚÚ öö öö‘‘‘‘ FF FF{{{{ $$ $$#### $$$$ uu uuΖΖΖΖ ùù ùù==== yy yyèèèè yy yy____ uu uuρρρρ öö ööΝΝΝΝ ää ää3333 ss ss9999 $$$$ pp ppκκκκ���� ÏÏ ÏÏùùùù || ||···· ÍÍ ÍÍŠŠŠŠ≈≈≈≈ yy yyèèèè tt ttΒΒΒΒ 33 33 WW WWξξξξ‹‹‹‹ ÎÎ ÎÎ==== ss ss%%%% $$$$ ¨¨ ¨¨ΒΒΒΒ tt ttββββρρρρ ãã ãã���� ää ää3333 ôô ôô±±±± ss ss????

Yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.” (S. Al-A'raaf: 10). SAUDARA MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH! Sebagai peringatan kita bersama, Al-Quran memaparkan beberapa buah kisah kebinasaan manusia terdahulu yang kufur ingkar terhadap nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT. Firaun misalnya, yang dikurniakan Allah SWT kuasa pemerintahan mati tenggelam bersama pengikutnya di Laut Merah. Manakala Qarun yang kaya raya pula mati berkubur bersama harta kekayaannya dalam perut bumi. Di samping kisah kekufuran serta kebinasaan Firaun dan Qarun, al-Quran juga memaparkan kehancuran penduduk Saba' akibat keangkuhan dan kesombongan mereka terhadap pelbagai kemakmuran dan kemudahan yang dinikmati. Kisah mereka itu diabadikan oleh Allah SWT dalam firman-Nya:

Page 3: Hidup Lebih Makmur Jika Bersyukur

3

(( ((####θθθθ ää ää9999$$$$ ss ss)))) ss ssùùùù $$$$ uu uuΖΖΖΖ −− −−//// uu uu‘‘‘‘ ôô ôô‰‰‰‰ ÏÏ ÏÏèèèè≈≈≈≈ tt tt//// tt tt ÷÷ ÷÷ tt tt//// $$$$ tt ttΡΡΡΡ ÍÍ ÍÍ‘‘‘‘$$$$ xx xx���� óó óó™™™™ rr rr&&&& (( ((#### þþ þþθθθθ ßß ßßϑϑϑϑ nn nn==== ss ssßßßß uu uuρρρρ öö ööΝΝΝΝ åå ååκκκκ || ||¦¦¦¦ àà àà����ΡΡΡΡ rr rr&&&& öö ööΝΝΝΝ ßß ßßγγγγ≈≈≈≈ oo ooΨΨΨΨ ùù ùù==== yy yyèèèè yy yyffff ss ssùùùù yy yy]]]]ƒƒƒƒ ÏÏ ÏÏŠŠŠŠ%%%% tt ttnnnn rr rr&&&& öö ööΝΝΝΝ ßß ßßγγγγ≈≈≈≈ oo ooΨΨΨΨ øø øø%%%% ¨¨ ¨¨““““ tt ttΒΒΒΒ uu uuρρρρ ¨¨ ¨¨≅≅≅≅ ää ää.... AA AA−−−− ¨¨ ¨¨““““ yy yyϑϑϑϑ ãã ããΒΒΒΒ 44 44 ¨¨ ¨¨ββββ ÎÎ ÎÎ)))) ’’’’ ÎÎ ÎÎûûûû yy yy7777 ÏÏ ÏÏ9999≡≡≡≡ ss ssŒŒŒŒ ;; ;;MMMM≈≈≈≈ tt ttƒƒƒƒ UU UUψψψψ

ÈÈ ÈÈ ee ee≅≅≅≅ ää ää3333 ÏÏ ÏÏ jj jj9999 99 99‘‘‘‘$$$$ ¬¬ ¬¬7777 || ||¹¹¹¹ 99 99‘‘‘‘θθθθ ää ää3333 xx xx©©©©

Yang bermaksud: "(Maka kemakmuran dan kemudahan itu menjadikan mereka sombong dan kufur) lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, jauhkanlah jarak perjalanan kami (di antara sebuah bandar dengan yang lain)”, dan mereka berlaku zalim kepada diri mereka sendiri; lalu Kami jadikan (kisah perbuatan derhaka) mereka buah mulut orang ramai, serta Kami pecah-belahkan mereka berkecai. Sesungguhnya kisah mereka yang tersebut mengandungi tanda-tanda (yang besar pengajarannya) bagi tiap-tiap seorang (mukmin) yang sentiasa bersikap sabar lagi sentiasa bersyukur". (S. Saba': 19). SAUDARA MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH! Dengan mengambil pengajaran daripada peristiwa-peristiwa kebinasaan umat terdahulu sepertimana yang dipaparkan oleh al-Quran tersebut, sudah seharusnya kita bersyukur kepada Allah SWT di samping berazam untuk menjaga dan memulihara nikmat keamanan, keharmonian, keselamatan dan kemakmuran hidup yang kita kecapi hari ini. Penghargaan dan terima kasih juga perlu kita ucapkan kepada rakyat Malaysia yang tidak putus-putus berusaha membangunkan negara, termasuklah pihak pemerintah yang memacu pembangunan serta kemajuan negara sehingga meletakkan pertiwi tercinta kita ini di landasan yang baik mencapai wawasan menjadikan Malaysia negara maju berpendapatan tinggi berasaskan acuan sendiri menjelang 2020. Untuk ini, setiap lapisan masyarakat dari semua kaum dan suku keturunan perlu memahami sejarah kemerdekaan negeri kita dan pembentukan negara Malaysia. Ia penting bagi memastikan makna “merdeka secara aman” dapat difahami dengan rasa syukur, iaitu pernyataan penghargaan dan terima kasih yang mendalam terhadap pencipta sekelian alam di samping berterima kasih kepada tokoh-tokoh serta pemimpin-pemimpin yang telah menyumbang dan berjasa kepada pencapaian kemerdekaan negeri ini. Rasa syukur adalah resepi penting bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup beragama, bermasyarakat dan bernegara kerana ia dapat mewujudkan keadaan dan suasana kehidupan yang lebih rukun dan damai. Semakin kita bersyukur maka Allah SWT pasti akan menambahkan lagi nikmat-Nya kepada kita. Manakala orang yang ingkar dan sombong pula akan dibenci dan dimurkai Allah SWT. Hal ini dijelas dan ditegaskan oleh Allah SWT dalam firman-Nya:

øø øøŒŒŒŒ ÎÎ ÎÎ)))) uu uuρρρρ šš ššχχχχ ©© ©©ŒŒŒŒ rr rr'''' ss ss???? öö ööΝΝΝΝ ää ää3333 šš šš//// uu uu‘‘‘‘ ÈÈ ÈÈ⌡⌡⌡⌡ ss ss9999 óó óóΟΟΟΟ èè èè???? öö öö���� xx xx6666 xx xx©©©© öö ööΝΝΝΝ ää ää3333 ‾‾ ‾‾ΡΡΡΡ yy yy‰‰‰‰ƒƒƒƒ ÎÎ ÎΗ——— VV VV{{{{ (( (( ÈÈ ÈÈ⌡⌡⌡⌡ ss ss9999 uu uuρρρρ ÷÷ ÷÷ΛΛΛΛ ää äännnn öö öö���� xx xx���� ŸŸ ŸŸ2222 ¨¨ ¨¨ββββ ÎÎ ÎÎ)))) ’’’’ ÎÎ ÎÎ1111#### xx xx‹‹‹‹ tt ttãããã ÓÓ ÓÓ‰‰‰‰ƒƒƒƒ ÏÏ Ïω‰‰‰ tt tt±±±± ss ss9999

Yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azabKu amatlah keras". (S. Ibrahim: 7). Jelas di sini bahawa sifat bersyukur kepada Allah SWT bakal mendatangkan lebih banyak nikmat daripada Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Maknanya, jika manusia sentiasa bersyukur dan bersifat qanaah, pasti Allah SWT akan mengurniakan lebih banyak nikmat hatta menatijahkan keadaan dunia yang lebih aman, damai, selamat dan makmur. SAUDARA MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH! Bersyukur secara umumnya membawa maksud menyalurkan segala nikmat Allah SWT ke arah kebaikan dan kebajikan, bukan kemungkaran atau kemaksiatan. Ia boleh dizahirkan sekurang-kurangnya melalui tiga cara, iaitu melalui hati, lidah dan anggota badan. Menyatakan syukur melalui hati ialah berazam memanfaatkan nikmat yang dikecapi untuk beramal kepada Allah SWT, melakukan kebajikan kepada manusia dan makhluk, selain sentiasa mengingati Allah SWT.

Page 4: Hidup Lebih Makmur Jika Bersyukur

4

Mensyukuri nikmat melalui lidah atau lisan pula ialah dengan melafazkan kalimah syukur “Alhamdulillah” dan memperbanyak zikrullah. Menuturkan perkataan-perkataan yang baik dan menjauhi maksiat yang melibatkan lidah seperti berdusta, menfitnah, mengumpat dan sebagainya juga merupakan satu pernyataan rasa syukur. Kalimah syukur dan zikrullah akan mendekatkan lagi diri seseorang itu kepada Allah SWT kerana ia menyedarkan tentang hakikat bahawa Allah SWT berkuasa ke atas sekalian makhluk-Nya. Sementara itu, mensyukuri nikmat melalui anggota badan dizahirkan melalui perbuatan melaksanakan ibadah kepada Allah SWT dengan ikhlas dan istiqamah di samping melaksanakan tugasan amar makruf nahi mungkar secara berterusan. Seterusnya, menghindari anggota badan seperti tangan, kaki, mata, telinga dan sebagainya daripada melakukan perbuatan jahat dan keji. Perbuatan mengawasi anggota-anggota badan daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang agama akan menambahkan lagi rasa keimanan dan ketakwaan yang mendalam terhadap Allah SWT sehingga terhindar daripada dilalaikan oleh godaan-godaan dunia yang mengancam. SAUDARA MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH! Segala bentuk nikmat yang dianugerahkan Allah SWT di dunia ini perlu dilihat sebagai pendorong untuk lebih khusyuk dan tawaduk mengabdikan diri kepada-Nya dan memperteguhkan tahap keimanan demi kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Ia selaras dengan tujuan manusia diciptakan untuk beribadat kepada Allah SWT, dan kemudiannya mati untuk menuju kampung akhirat. Hendaknya hakikat ini menginsafkan kita supaya tidak bersifat tamak haloba dan rakus dalam mengecapi nikmat kurniaan Allah SWT seperti kuasa, pangkat, harta, kemewahan dan sebagainya di dunia ini kerana kesemuanya itu bersifat sementara dan merupakan ujian buat hamba-hamba Allah SWT. Pepatah Melayu ada mengatakan: “Orang tamak selalu rugi bagai anjing dengan bayang-bayang”. Oleh itu, seluruh rakyat tidak kira bangsa, suku keturunan dan agama diharap memahami dan menghayati sedalam-dalamnya erti syukur dan qanaah agar lebih redha terhadap segala anugerah Ilahi termasuk qada dan qadar-Nya. Semangat dan penghayatan yang mendalam terhadap erti syukur dan qanaah juga akan menghindarkan kita daripada bersifat tamak dan mengkufuri nikmat-nikmat kurniaan Allah SWT. Malah, sentiasa bersyukur dan bersifat qanaah juga akan merintis ke arah pengujudan keadaan dan suasana kehidupan yang lebih aman, harmoni, selamat dan makmur. Firman Allah SWT:

uu uuθθθθ èè èèδδδδ ““““ ÏÏ ÏÏ%%%% ©© ©©!!!! $$ $$#### ŸŸ ŸŸ≅≅≅≅ yy yyèèèè yy yy____ ãã ããΝΝΝΝ ää ää3333 ss ss9999 uu uuÚÚÚÚ öö öö‘‘‘‘ FF FF{{{{ $$ $$#### ZZ ZZωωωωθθθθ ää ää9999 ss ssŒŒŒŒ (( ((####θθθθ àà àà±±±± øø øøΒΒΒΒ $$ $$$$$$ ss ssùùùù ’’’’ ÎÎ ÎÎûûûû $$$$ pp ppκκκκ ÈÈ ÈÈ:::: ÏÏ ÏÏ....$$$$ uu uuΖΖΖΖ tt ttΒΒΒΒ (( ((####θθθθ èè èè==== ää ää.... uu uuρρρρ ÏÏ ÏÏΒΒΒΒ ÏÏ Ïϵµµµ ÏÏ ÏÏ%%%% øø øø———— ÍÍ ÍÍ hh hh‘‘‘‘ (( (( ÏÏ Ïϵµµµ øø øø‹‹‹‹ ss ss9999 ÎÎ ÎÎ)))) uu uuρρρρ ââ ââ‘‘‘‘θθθθ àà àà±±±± –– ––ΨΨΨΨ9999 $$ $$####

Maksudnya: "Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula, (maka hargailah nikmat-Nya dan takutilah kemurkaan-Nya).” (S. Al-Mulk: 15).

�������ءن ا���� ����آ� , ���رك ا� �� و���و()'�� وا�&��آ� �%��� $��# "�! ا ���ت وا ���* أ8.ل 8.7 ه��ا وا45�6)� , و3�0&2 "'�� و"'�� 10و0# ا(&# ه. ا-&%�, ا+�� , ا

��7 و���� و -���>� ا%-��+%�! وا%-��+%�ت وا%��;"'�! وا%;"'���ت $���� �����ا� ا . $.زا%-45)��! و�� (<�ة ا5&�ء��!

Diedar oleh: Bahagian Penyelidikan dan Informasi

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah