Hikayat Hang Tuah
-
Upload
norizansajili -
Category
Documents
-
view
8.555 -
download
5
Transcript of Hikayat Hang Tuah
KAJIAN ASPEK KANDUNGAN DAN BAHASA DALAM HIKAYAT HANG TUAH
1.0 PENDAHULUAN
Hampir setiap bangsa di dunia ini melahirkan karya epic masing –masing. Orang India
melahirkan Ramayana dan Mahabharata, orang Greek melahirkan Iliad dan Odyssey, bangsa
Inggeris melahirkan Beowulf, bangsa Sepanyol melahirkan Cid, dan bangsa Findland
melahirkan kalavala. Dalam masyarakat Melayu, epic yang terkenal ialah Hikayat Hang
Tuah.
Dalam meletakkan kedudukan karya Hikayat hang Tuah di sisi kesusasteraan Melayu, ramai
pengkaji menimbulkan berbagai-bagai kontroversi mengenai kedudukan sebenar karya ini.
Seorang pengkaji, Kassim Ahmad yang pernah membuat kajian mengenai teks ini,
meletakkan kedudukan Hikayat Hang Tuah sebagai sebuah karya epic. Alasan yang
dikemukakan oleh beliau ialah bahawa watak Hang Tuah itu bukan merupakan watak
manusia biasa, melainkan sebagai lambing kepada bangsa Melayu iaitu lambing kemegahan,
kegagahan, kebesaran, kesetiaan, kejayaan dan kemasyhuran kepada bangsa Melayu pada
zaman keagungan kerajaan Melayu iaitu kerajaan Melayu Melaka. Hikayat Hang Tuah adalah
satu-satunyacontoh sastera epic yang ditakrifkan sebagai sastera epic berunsur kebangsaan
atau sasterakepahlawanan berunsur kebangsaan. Hikayat ini dianggarkan terkarang selewat-
lewatnya pada abad ke-17, terkemudian daripada Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Selain
Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Hikayat Hang Tuah termaktub sebagai sebuah karya
sastera Melayu yang terindah.
1.1 Objektif
Objektif penulisan ini adalah untuk menerangkan dan memahami dengan lebih jelas
mengenai aspek kandungan dan bahasa yang terdapat dalam Hikayat Hang Tuah.
1
1.2 Batasan Kajian
Penulisan ini memfokuskan tentang aspek budaya dan kemasyarakatan serta aspek bahasa
dan tulisan yang terkandung dalam Hikayat Hamg Tuah . Dalam aspek budaya dan
kemasyarakatan, aspek yang dikaji ialah manakala dalam aspek bahasa pula ialah
1.3 Kaedah
Kaedah yang digunakan dalam menghasilkan penulisan ini ialah melalui rujukan ke
perpustakaan, perbincangan dengan tutor dan rakan sejawat serta melayari internet.
2.0 ISI-ISI
2.1 Pengenalan
2.1.1 Pengertian dan perkembangan bahasa Melayu Klasik.
Bahasa Melayu klasik dalam konteks ini dikategorikan sebagai bahasa Melayu yang pernah
digunakan atau dituturkan oleh sekelompok masyarakat pada suatu ketika dahulu. Oleh
kerana bahasa mempunyai cirinya yang tersendiri, ia juga turut berkembang mengikut
peredaran zaman dan tahap kemajuan sesebuah masyarakat. Bahasa Melayu yang mempunyai
sifat terbuka ini telah menerima pelbagai perubahan, terutamanya dari segi kosa kata.Dalam
memperkatakan bahasa klasik ini, kita perlu mengimbas kembali teks melayu lama yang
tertulis dalam bentuk puisi, prosa, surat perdagangan, surat perjanjian, batubersurat, batu
nisan dan sebagainya. Hasil tulisan itu kebanyakannya tertulis sebelum kurun masihi ke-18.
Ini bererti tulisan tersebut masih dalam bentuk asalnya dengan menggunakan tulisan jawi.
2
Asal usul bangsa dan bahasa Melayu dapat ditentukan melalui pelbagai pendapat atau
penemuan. Menurut Tun Seri Lanang dalam bukunya Sejarah Melayu bahawa bangsa Melayu
ini berasal daripada keturunan Raja Iskandar yang turun di Bukit Siguntang Mahamiru,
Palembang, Sumatera.Dari Palembang, kerajaan ini tersebar ke Bentan, Singapura dan
akhirnya ke Melaka. Manakala bahasa Melayu pula, ahli sejarah tidak dapat member
keterangan muktamad mengenainya. Ramai ahli sejarah berpendapat bahawa bahasa Melayu
dipercayai berasal dari sebuah kerajaan di Jambi yang bernama kerajaan Melayu. Pada kurun
masihi ke-7, kerajaan ini telah masuk ke dalam kerajaan Srivijaya. Kekuasaannya meliputi
bahagian timur Sumateradan selatan Tanah Melayu. Bahasa Melayu dikatakan turut
berkembang di tempat-tempat tersebut.
Pada kurun masihi ke-9, kerajaan Srivijaya telah dikalahkan oleh kerajaan Kadaha (Kedah)
dan kekalahan ini menyebabkan bangsa Melayu turut malap. Namun pada kurun masihi ke-
14, kerajaan Srivijaya telah membuat perhubungan dengan kerajaan Jawa dan dengan yang
demikianbahasa dan budaya Melayu mendapat tempay di kalangann rakyatnya dan Negara-
negara jiran seperti Brunei, Sulawesi dab Borneo.
Perkembangan bahasa Melayu Klasik
Perkembangan bahasa Melayu Klasik seharusnya dikaitkan dengan perkembangan karya
sastera. Ini bererti perkembangan itu bermula dari zaman sastera lisan. Dalam pengucapan
sastera tersebut, penuturnya tetap menggunakan bahasa sebagai pengantaranya.
Perkembangan kesusasteraan sesuatu bangsa pada masa lampau merupakan gambaran yang
jelas mengenai sejarah silam bangsa itu. Kekayaan kebudayaannya, sejarahnya, keperibadian
bangsanya terdapat dalam naskhah Melayu lama. Sejarah telah membuktikan kewujudan
3
Negara Melayu tua Sri Wijaya yang menggunakan bahasa Melayu Kuno. Bahasa Melayu
cukup lama digunakan sebagai bahasa perantaraan di Kepulauan Melayu.
Setelah jatuhnya pusat perkembangan kesusasteraan Melayu di Melaka, Acheh telah
mengambil alih pusat tersebut dan menjadikannya sebagai pusat tumpuan para alim ulama
dari seluruh kepulauan Melayu. Dalam tulisan pengembara seperti Marco Polo dan ibn Batuta
dapat disimpulkan bahawa akhir abad ke-13 adalah permulaan Islam mendapat tempat di
Alam Melayu. Dengan ini pengaruh Hindu mula hilang sedikit demi sedikit sehinggalah ke4
abad ke-15. Nyatalah bahawa Islam tidak bertindak drastic dalam menghapuskan pengaruh
Hindu di rantau ini. Islam mula bertapak di Bandar-bandar dan pelabuhan kerana di situ
menjadi tumpuan orang ramai dan para pedagang. Islam berkembang di rantau ini bukan
sahaja sebagainsatu agama tetapi sebagai satu peradaban yang member unsure dan pandangan
baru kepada masyarakat Melayu.
Pendapat yang menyatakan bahawa India sebagai perantaraan penyebaran agama Islam ke A
lam Melayu tidak dapat dinafikan. Kesan dari batu bersurat seperti yang terdapat di Minye
Tujuh turut memperlihatkan penggunaan bahasa campuran antara bahasa Melayu atau
Sumatera, Sanskrit dan Arab. Selanjutnya dalam kisah pengislaman Merah Silu (Malek al-
Saleh) terdapat imbasan perantaraan orang-orang dari selatan India yang turut belayar ke
Alam Melayu. Bahkan asalnya batu nisan Malek al- Saleh juga disebut dari Kembayat.
Dengan yang demikian nyatalah oran-orang dari pantai Coromondel, India telah memeluk
Islam daripada orang-orang di Alam Melayu. Just eru tidak hairanlah jika ada sastera Islam
yang tidak diterima secara langsung dari timur tengah, tetapi dari resensi-resensi India.
Contohnya Hikayat Berma Shahdan yang berasal dari timur tengah dan dating kea lam
Melayu melalui resensi India. Ada pendapat lain yang menyatakan bahawa pwngaruh Islam
di Alam Melayu datangnya dari Parsi-India, kerana perhubungan antara penduduk alam
4
Melayu dengan Arab agak terkemudian. Mengikut Marrison, orang-orang Gujeratlah ayng
mula-mula mengenalkan Islam dan membawa pengaruh Parsi ke Alam Melayu. Di Gujerat,
Islam disebarkan denagn penakhlukan secara besar-besaran oleh Muhammad Ghor.
Seterusnya Marrison mengatakan bahawa pengaruh Parsi menjalar melalui dua sumber:
Pertama melalui sumber Parsi-India di bawah pemerinyahan kerajaan Delhi, Gujerat dan
Deccan. Kedua, melalui pengembara Parsi yang melawat Asia Tenggara dan membawa
pertemuan kebudayaan.
Kedatangan Islam ke Alam Melayu disebut dalam beberapa buah buku yang bercorak
sejarah; seperti Hikatat Raja-raja Pasai, Sejarah Melayu dan Hikayat Merong Mahawangsa.
Dari segi sejarah, sember dan kesan dari buku tersebut tidak begitu penting, kerana
catatannya lebih banyak merupakan cerita yang didengar oleh pengarang buku berkenaan.
Dengan lenyapnya pasai sebagai pusat perkembangan kesusasteraan Melayu.Melaka
memang terkenal dengan pelabuhannya dan di sini ramai para sasterawan,alim ulama dan
para pedagang berkumpul.Banyak hasil terjemahan dan saduran sastera Islam yang
menempuh sejarah pembaharuannya di Melaka.
Perkembangan sastera Melayu yang berpengaruh Islam mencapai kemuncaknya pada zaman
kegemilangan kerajaan Aceh.Seperti Melaka,Aceh juga menjadi pusat tumpuan para alim
ulama yang mendapat galakan daripada sultannya.Antara tokoh ulama Aceh ketika itu
termasuklah Hamzah Fansuri,Shamsudin al-Samatrani,Abdul Rauf dari Singkel dan Sheikh
Nuruddin al-Raniri.Pada abad ini juga terdapat buku-buku sastera dan agama seperti;Sejarah
Melayu,Bustan al-Salatin,Taj al-Salatin dan sebagainya.
Buku ketatanegaraan kebanyakan adalah terjemahan dan saduran dari bahasa Arab.Sheikh
Nuruddin al-Raniri telah menyadur kitab Taj al-Salatin pada tahun 1603M dan kitab Bustan
5
al-Salatin pada tahun 1638M.Sheikh Nuruddin turut melahirkan buku-buku keagamaan
seperti ilmu tasauf atau mistik,tafsir al-Quran dan nahu,Sirat al-Mustakin dan akhbar al-
Akhirat.Sheikh Nuruddin dalam bukunya ada menyebut nama beberapa orang ulama seperti
Abu Khair ibn Sheikh al-Hajar yang mengarang kitab al-Saif al-Qati,Muhammad al-
Yaman,Sheikh Muhammad Jailani,seorang ilnuan dalam bidang fekah dan mantik.
Karya sastera yang dihasilkan pada masa itu sebahagiannya ditujukan kepada orang yang
menguasai bahasa Arab dan sebahagiannya lagi diterjemahkan oleh sarjana tempatan yang
menggunakan bahasa Melayu bercampur perkataan Arab.Contohnya kitab Sarab al-Ashiqin
telah ditulis dalam bahasa Melayu untuk dipelajari oleh orang yang tidak tahu bahasa Arab.
Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik
Bahasa Melayu Kuno digantikan dengan Bahasa Melayu Klasik. Peralihan ini dikaitkan
dengan kedatangan agama Islam yang ke Asia Tenggara pada abad ke-13.
Pengaruh Islam menjadi semakin kuat sehingga bahasa Melayu mengalami banyak
perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan. Ciri-ciri bahasa klasik ialah:
Ayat yang panjang, berulang, dan berbelit-belit.
Mempunyai banyak ayat pasif dan songsang
Menggunakan bahasa istana
Menggunakan kosa kata klasik spt. ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk
asmara), sahaya, masyghul (bersedih)
Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat) spt. sebermula,
alkisah, hatta, adapun.
Banyak menggunakan partikel pun dan lah
Menggunakan aksara jawi, iaitu aksara yang dipinjam daripada bahasa Arab
yang telah ditambah dengan beberapa huruf tambahan.
6
Telah menerima pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang
bahasa seperti alam bidang ilmu keagamaan, undang-undang, kesusasteraan,
pemerintahan dan pentadbiran, perubatan, falsafah, tasawuf dan kata-kata
umum.
Frasa dan ayat pengaruh Arab terutama dalam kitab-kitab klasik Melayu seperti
frasa ketahuilah olehmu (dari terjemahan I’lamL, maka kemudian daripada itu
(dari Amma ba’du); atau pada ayat sunat berbuka atas tamar dan lain-lain. Frasa
dan ayat bentuk ini wujud hasil daripada terjemahan harfiah daripada teks-teks
bahasa Arab.
Unsur-unsur falsafah Islam wujud dalam banyak tulisan Melayu spt. dalam bid
ilmu Kalam, Tasawuf, ilmu Aqa’id al-Iman dan lain-lain. Ini berbeza dengan
bahasa Melayu zaman kuno atau Hindu.
3.1 SINOPSIS HIKAYAT HANG TUAH
Isi cerita hikayat ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kisah awal, zaman kegemilangan
dan zaman kemerosotan.
i. Bahagian awal
7
Bahagian ini menceritakan kisah Hang Tuah semasa kecil yang dikaitkan dengan zaman awal
kerajaan Melayu Melaka. Kisah dimulai dengan memperkenalkan asal-usul raja Bentan yang
dikatakan berasal daripada Palembang.Kisah Hang Tuah sewaktu kecil,mengenai
keluarganya berpindah dari Sungai Duyung ke Bintan.Kisah-kisah Hang Tuah bersama lima
orang sahabatnya iaitu Hang Jebat,Hang Kasturi,Hang Lekir dan Hang Lekiu.Sejak berumur
10 tahun lagi Hang Tuah telah menunjukkan kelebihan dan keberanian.Hang Tuah bersama-
sama rakannya berjaya mengalahkan lanun,berusaha pergi berburu dan berjaya
menyelamatkan seorang pembesar negeri daripada amukan orang mengamuk dengan
menggunakan sebilah kapak.Bendahara yang diselamatkan oleh Hang Tuah amat tertarik
dengan sifat-sifat keberanian Hang Tuah itu,lalu memberitahu Sultan.Hang Tuah diambil
bertugas di istana.
Juga diceritakan bagaimana Hang Tuah turut melihat peristiwa ganjil sewaktu Raja Bentan
berburu di mana anjing perburuan raja telah ditendang oleh seekor pelanduk putih.Tempat
berlaku kejadian aneh itu dibuka dan dijadikan negeri sempena nama yang diberikan ialah
Melaka –nama pokok ketika raja melihat kejadian tersebut.Hang Tuah juga turut berada di
sisi raja ketika berlakunya peristiwa itu.Raja telah menghadiahkan sedikit minuman kepada
Hang Tuah dan Bendahara juga turut memberi persalinan kepada Hang Tuah.
ii. Bahagian KegemilanganKegemilangan kerajaan Melayu Melaka dikaitkan dengan
ketokohan dan kepahlawanan Hang Tuah. Heng Tuah memeiliki kedudukan tempat penting
dan istimewa di istana Melaka. Hang Tuah sebagai pahlawan Melaka memberikan sepenuh
taat setia dan patuh kepada segala perintah raja. Kegagahannya menyebabkan Hang Tuah
terkenal sebagai seorang pahlawan Melaka yang terbilang. Banyak negeri di takhluki dan
menjadi tanah jajahan serta tunduk di bawah kekuasaan raja Melaka. Hang Tuah juga sebagai
pengiring raja yang taat dan berani. Pernah mengiringi Sultan Melaka ke Majapahit. Hang
8
Tuah berjaya mempertahankan martabat Raja Melaka, juga menambahkan kedaulatan negeri
Melaka di mata negeri lain.
Melaka berjaya mencapai puncak kebesaran dan kekuasaannya hasil daripada keberanian dan
ketokohan Hang Tuah. Sebagai seorang pahlawan yang tiada tolok bandingnya, ramai
musuh-musuh yang cuba menganiayanya telah berjaya dibunuh. Hang Tuah telah mendapat
gelaran Laksamana. Hang Tuah juga dilantik sebagai diplomat dan utusan Melaka ke luar
negeri seperti utusana ke Siam, China, Benua Keling, Rome, Sailan dan juga ketua angkatan
perang.
Sifat-sifat Hang Tuah yang sabar, bijaksana dan warak membawa kejayaan yang cemerlang
kepada kerajaan Melaka dannn ini dengan sendirinya menambahkan kebesaran dan
kedaulatan Raja Melaka. Sifat Hang Tuah yang tiada bandingannya ialah ketaatan kepada
rajanya. Sungguhpun sultan telah berlaku tidak adil pada dirinya dengan menjatuhkan
hukuman bunuh tanpa usul periksa, akibat fitnah, (Hang Tuah diselamatkan oleh Bendahara)
tetapi apabila ia dipanggil oleh sultan bagi menghapuskan perbuatan derhaka Hang Jebat, dia
bersedia berkhidmat kepada sultan tanpa menaruh perasaan dendam. Malah dia sanggup
membunuh sahabat baiknya Hang Jebat, walaupun Jebat menderhaka kerana membela
keadilan. Bagi Hang Tuah, ‘Pantang Meleyu menderhaka kepada rajanya’. Hang Tuah juga
bersedia menjalankan tugas membawa lari anakBendahara Pahang, Tun Teja bagi
dipersembahkan kepada Sultan Melaka. Hang Tuah tudak mudah dikalahkan selagi ia
memiliki keris Taming Sari.
iii. Bahagian akhir (zaman kemunduran)
9
Kegemilangan dan kekuatan Hang Tuah semakin beransur pudar setelah Hang Tuah semakin
tua. Ini dikaitkan juga dengan kemunduran kerajaan Melayu Melaka. Dalam Hikayat Hang
Tuah, kemunduran Melaka kali pertamanya dilambangkan dengan kisah Sultan Melaka
kehilangan mahkotanya. Mahkota itu adalah tanda kebesaran kerajaan. Ketika peristiwa itu
terjadi, baginda sedang bermain-main di laut Singapura, Baginda menundukkan kepalanya
apabila melihat seekor ikan emas yang dikatakan berada di bawah perahunya. Ketika itulah
mahkota pusaka Bukit Siguntang itu terjatuh ke dalam laut. Hang Tuah turut menyelam dan
berhasil mengambilnya. Tetapi ketika hamper sampai di perahu, tiba-tiba dating seekor buaya
putih menyambar keris daripada pinggang Hang Tuah. Mahkotapun terlepas dari tangannya.
Keris Taming Sari yang dimiliki oleh Hang Tuah telah dirampas oleh seekor buaya putih.
Sejak itulah Hang Tuag hilang kekuatan dan kegagahannya. Selepas berlaku peristiwa ini,
sultan amat bersedih. Beberapa lama kemudian, Feringgi datang menyerang Melaka. Sultan
terpaksa berundur. Hang Tuah meninggalkan kehidupan di dunia dengan hidup bertapa di
gunung.
3.2 Pengarang Hikayat hang Tuah
Sehingga kini kita tidak mengetahui siapakah pengarang Hikayat Hang Tuah yang
merupakan sebuah cerita dalam kesusasteraan Melayu lama yang paling panjang ini (lebih
kurang 146,000 perkataan). Menurut Kassim Ahmad dalam bahagian pengenalan buku
Hikayat Hang Tuah yang telah diselenggarakan dan diberikan pengenalan baru oleh
beliau,“ Rasanya tidak ada kemungkinan pengarang hikayat ini akan diketahui. Kalaupun
pada satu hari kita bernasib baik lalu bertemu dengan naskhah asalnya tetapi nama
pengarangnya tidak mungkin akan tercatat di situ.Perihal karangan-karangan tidak diberi
nama pengarangnya memang umum dan terkenal dalam kesusasteraan lama”. Menurut
10
Kassim Ahmad keadaan ini berbeza dengan Sejarah Melayu dan Tuhfat al-Nafis yang
bercorak sejarah dan diketahui pengarangnya. Sejarah adalah karangan berat , sementara
hikayat hanya untuk menyedapkan hati pembaca atau seperti kata penyalin naskhah Leiden,
supaya “sukacitalah segala yang mendengar dia cerita ini”. Mengikut satu sumber iaitu ‘ The
Encylopaedia of Islam’, ( jilid 11 ) menyatakan bahawa di dalam Islam cerita-cerita yang
peranannya semata-mata untuk menghibur dipandang rendah. Peranan menghibur hanya
dilakukan oleh Pak Lawak. Sesuatu karangan akan dipandang tinggi hanya kalau ada maksud
untuk member pengajaran kepada pembaca. Oleh itu pengarang yang menulis untuk
menyedapkan hati pembaca, seperti pengarang hikayat, enggan mengakui ciptaan-ciptaan
mereka.
4. Analisis kandungan karya
Analisis kandungan karya di sini adalah merujuk kepada aspek budaya dan kemasyarakatan
yang terdapat dalam Hikayat Hang Tuah.
5. Aspek Bahasa dan Tulisan dalam Hikayat Hang Tuah
5.1 sistem ejaan
Sistem ejaan yang digunakan dalam hikayat ini ialah sistem ejaan jawi.
5.2 aspek bahasa
Bahasa dalam Hikayat Hang Tuah sebagai sebuah hasil sastera lama memang terpelihara.
Kata M.G. Emeis, dalam Bunga Rampai Sastera Kuno, “ Hikayat ini diceritakan dalam
bahasa Melayu yang hidup, yang bersemangat, yang jauh lebih baik dari roman sejati”.
11
Dalam usaha untuk menjadikan hikayat ini magnum opus (karya agung) dalam kesusateraan
Melayu yang diminati oleh pembaca Melayu zaman berzaman, penulis telah memasukkan
unsur-unsur sensasi yang berdaya menarik minat pembaca. Khayalak pembaca/pendengar
amat berminat dengan kisah-kisah yang berupa sejarah, cerita mitos, lagenda, cerita rakyat
dan cerita penglipur lara. Kisah-kisah ini disampaikan secara menarik melalui dialog,
hiperbola, unsure anachronism, wasia, waad atau sumpah setia dalam bentuk surat kiriman,
perlakuan watak seperti monolog, interior –monolog dalam gambaran suspen, imbas-depan
dan mimpi. Semua unsure-unsur ini digarap dalam gaya bahasa yang indah menerusi elemen-
elemen bahasa seperti simile, metafora, personafikasi dan pengulangan cerita pada fenomena
yang sama.
Di dalam karya-karya Melayu silam, unsure hiperbola amat diminati keranan ia bertujuan
membesar-besarkan sesuatu yang kecil. Sebab itu pengarang sengaja menjadikan “air
secawan dilautkan, tanah sekepal digunungkan”. Misalnya, Hang Jebat menikam hulubalang
istana seramai 700 orang. Semasa Hang Tuah di Majapahit, dia dan sahabatnya terpaksa
berlawan dengan perajurit dari pralente Jawa yang ramai jumlahnya. Jumlah yang disebutkan
pengarang itu tidak logic kerana terlalu ramai dibandingkan dengan ramai penduduk
sesebuah negeri.
Dalam perlukisan watak-wataknya, pengarang memasukkan unsure-unsur perwatakan dengan
amat berkesan seperti unsure interior-monolog, contohnya,
“Maka Seri Betara pun fikir dalam hatinya, terlalu sekali ingatnya orang enam
ini.Demikianlah hendaknya orang yang disuruh oleh tuannya seperti telursepeti,
pecah sebuah pecah semuanya”.
12
Unsur ini berbeza daripada unsure monolog kerana ia fikiran di dalam hati yang tidak
diucapkan. Unsur-unsur tersebut telah digarap melalui watak oleh pengarang dengan licin dan
meyakinkan.
Pengarang Hikayat Hang Tuah ialah seorang yang bijak menggunakan bahasa. Segala aspek
daripada elemen-elemen bahasa telah digunakan dengan sempurna dalam karyanya ini. Dia
menggunakan unsure simile seperti “ terlalu amarah seperti ular berbelit-belit”. “Suaranya
terlalu manis seperti buluh perindu”. Unsur simile bukan sahaja indah tetapi tepat
perbandingannya.
Pengarang juga menggunakan metafora seperti “burung terbang lakunya”. “Memakai dastar
bunga dikarang gajah gemulong”. Unsur ini memperindah gaya karangan yang sememangnya
terlalu indah itu.
Selain itu pengarang juga menggunakan unsure personafikasi yang dapat menghidupkan atau
member sifat-sifat manusia pada objek-objek bukan manusia seperti buah-buah berkata:
“Ambillah aku, aku baik, manis daripadanya”.
Peristiwa ini berlaku ketika Hang Tuah dan rakan-rakannya pergi ke Gunung Wirana Pura
hendak berguru dengan Sang Persanta Nala.
Selain itu, terdapat dalam hikayat ini ayat-ayat dan ungkapan bahasa Melayu silam yang
sungguh indah yang sudah pupus penggunaannya kini seperti “keluar masuk tidaklah
berpintu lagi”, ertinya bebas keluar masuk.
Unsur perlambangan.
Ketika pengarang menceritakan kelemahan dan kejatuhan Hang Tuah dan negeri
Melaka,cerita itu disampaikan secara analogy dalam bentuk symbol dan lambing-lambang
13
supaya penurunan martabat Hang Tuah dan Melaka itu tidak dirasai oleh pembaca/pendengar.
Pengarang menceritakan peristiwa mahkota raja Melaka terjatuh dalam Selat Singapura, hang
Tuah berjaya mengambilnya tetapi sebelm tiba di perahu, seekor buaya putih dating
menyambar Hang Tuah menyebabkan mahkota yang dipegangnya itu dan kerisnya ( Taming
Sari) terjatuh semula ke dasar laut. Hang Tuah tidak berdaya lagi menyelam untuk
mengambil mahkota dan keris itu keranan berasa lemas. Sejak kerisnya hilang, Hang Tuah
sering demam dan raja Melaka sering sakit.
Sebenarnya, peristiwa tersebut hanya sebuah simbolik yang menceritakan Hang Tuah sudah
tua dan tidak berdaya lagi (keris hilang) pada masa negeri Melaka dan Kesultanan Melaka
(mahkota raja) jatuh ke tangan Feringgi (buaya putih) kerana raja tunduk melihat ikan emas
(terpengaruh dengan kekayaannya). Buaya juga adalah binatang air yang melambangkan
Portugis yang dating dari laut. Buaya putih juga turut melambangkan kuasa Barat (Feringgi)
yang menyambar kekuasaan Melayu secara mencuri iaitu ketika raja dan orang besar-besar
sedang bertemasya. Mahkota raja yang jatuh ke laut melambangkan kedaulatan bangsa
Melayu. Kalaulah kedua-dua benda iaitu keris dan mahkota melambangkan pertembungan
dengan Barat, hal ini akan memperkuatkan lagi pendapat kita mengenai aliran sindiran ini.
Dalam keadaan lambing dan sindiran, Hikayat Hang Tuah dapat hidup sebagai sebuah hasil
sastera yang dapat dimegahkan oleh bangsa Melayu. Hingga hari ini belum ada sebuah hasil
sastera Melayu yang sebegitu dalam seni dan keindahan sasteranya.
Teknik penceritaan secara analogy seperti ini menjadi cirri penting dalam karya-karya
Melayu Klasik bagi merealisasikan berlakunya sesuatu peristiwa yang menyedihkan atau
keruntuhan sesuatu kerajaan dengan cara terhormat dan bermaruah.
14
6. PENUTUP
Kesimpulannya, Hikayat Hang Tuah telah memberikan sumbangan yang besar terrrhadap
perkembangan bahasa dan peradaban bangsa melayu. Profesor Mohd Taib Osman
mengklasifikasikan Hikayat Hang Tuah sebagai epic Melayu yang asli yang terbesar kerana
hikayat ini menggambarkan tentang perjuangan dan tindak tanduk seorang hero kebangsaan
dalam sejarah perkembangan bangsa Melayu. Pengarang telah mengangkat watak Hang Tuah
untuk menjadi lambing kemegahan Negara Melaka dan menjadi sumber inspirasi dan
kebanggaan bangsa Melayu. Menurut Kassim Ahmad, hikayat ini telah menerangkan tentang
sikap hidup bangsa Melayu sebelum kedatangan pengaruh peradaban Barat. Pertama kalinya
pembaca Eropah mendapat tahu tentang Hikayat Hang Tuah daripada mubaligh Belanda
Francois Valentijn Oud en Nieuw Oost-Indie yang terbit pada tahun 1726. Dalam buku itu,
pengarang menyifatkan hikayat tersebut sebagai “intan yang jarang terdapat” dan “sebuah
karya Melayu yang paling indah. Hikayat hang Tuah merupakan sebuah epos wira dalam
bentuk bertulis yang diserap semangat kebangsaan sedalam-dalamnya. Hooykaas telah 15
menyifatkan Hikayat Hang Tuah sebagai ‘ Malay Legendary Novel yang mempunyai
unsu=unsur sejarah. Hikayat Hang Tuah menyalurkan mesej menenamkan rasa taat setia
rakyat terhadap raja dan Negara, dan menggalakkan rakyat berasa bangga terhadap
negaranya. Dia sentiasa berusaha menjaga maruah bangsa, meninggikan martabat raja dan
Negara dan mempertahankan kedaulatan raja dan negaranya. Hang Tuah seorang pahlawan
yang gagah perkasa, dan kepahlawanan Hang Tuah menjadi inspirasi dan semangat
perjuangan kepada bangsa Melayu. Hikayat Hang Tuah menjadi sebuah teks pahlawan
bangsa yang menjadi kebanggaan bangsa Melayu. Kata-kata Hang Tuah, ‘Takkan Melayu
hilang di dunia’ masih menjadi slogan yang keramat dalam meniupkan semangat perjuangan
orang Melayu. ‘Pantang Melayu menderhaka kepada tuannya’ menjadi pegangan bangsa
Melayu untuk terus menumpahkan kesetiaan pada raja dan Negara.
Watak-watak dalam Hikayat Hang Tuah bertindak dilatari seluruh dunia Melayu yang
dipandang mereka sebagai ‘Tanah Melayu’ yang tunggal serta ‘negeri-negeri asing’,, iaitu
Majapahit, Wijayanagar, China, Turki dan Siam. Karangan itu sarat dengan butir-butir yang
mencerminkan keperibadian hidup sehari-hari di kota dan istana dengan tepat: upacara
perkahwinan dan pertabalan sultan; majlis jamuan diraja dan cara menyambut duta asing;
pelbagai hiburan seperti sepak raga, laga ayam, permainan catur; kepercayaan dan tahyul
yang tersebar di kalangan rakyat jelata. Pendek kata, segenap gambaran hidup Melayu pada
abad pertengahan yang unik, berwarna-warni dan penuh dengan pergolakan. Sifat ketaatan
Hang Tuah yang luar biasa disamping memiliki sifat-sifat yang mulia dan berhemah tinggi
telah menjadikan tokoh Hang Tuah bukan sahaja sebagai lambang kepahlawanan dan
keperwiraan bangsa Melayu, tetapi juga sebagai lambing kebesaran Raja Melaka, kerajaan
Melaka dan seterusnya menjadi kebanggaan bangsa Melayu.
16
Kejayaan pengarang Hang Tuah ialah dalam menggambarkan Hang Tuah sebagai perwira
Melayu. Sifat ini digunakan pada masa bangsa Melayu lemah moralnya, untuk memulih
kembali moral itu atau sekurang-kurangnya menanam kepercayaan dan pegangan bahawa
pada suatu masa dahulu bangsa Melayu bangsa yang gagah, setia dan mempunyai
kesanggupan untuk mendaulatkan bangsanya.
BIBLIOGRAFI
1. A. Bakar Hamid. (1983). Diskusi Sastera. Jilid 1: Sastera Tradisi. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
2. A. Bakar Hamid. (1983). Peristiwa-Peristiwa Dari Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
3. Annas Haji Ahmad. (1998). Sastera Melayu Lama dan Baru. Selangor: MASA Enterprise.
4. Ismail Hamid. (1987). Perkembangan Kesusateraan Melayu lama. Selangor: Longman
Malaysia Sdn. Bhd.
5. Kassim Ahmad. (1995). Hikayat Hang Tuah (Diselenggarakan dan Diberikan Pengenalan
Baru oleh Kassim Ahmad). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
6. Mohd Taib Osman & Abu Hassan Syam. (1984). Warisan Prosa Klasik. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
7. Mustafa Mohd Isa (1999). Kajian Teks Melayu Klasik Terpilih. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
8. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hasyim Hj. Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2006).
Tatabahasa Dewan. Edisi Baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
9. Penyelenggara Majlis Peperiksaan Malaysia. (1996). Warna Sari Sastera Melayu
Tradisional. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
17
10. V.I Braginsky. (1994). Perbantahan Budi dan Nafsu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
11. Zainon S Ahmad. (1988). Sastera Melayu Lama Untuk STPM. Kuala Lumpur: Percetakan
Dan Perniagaan Berlian Sdn. Bhd.
12. Zainon Sheikh Ahmad. (1997). Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional STPM. Kuala
Lumpur: Penerbit Elman.
18