Hikayat Johor [Fasal 5 - 55]

download Hikayat Johor [Fasal 5 - 55]

of 350

Transcript of Hikayat Johor [Fasal 5 - 55]

(1) HIKAYAT JOHOR Penggal Kedua Dan Tawarikh Yang Maha Mulia Ibrahim Sultan Johor FASAL YANG KE-5 Perihal Yang Amat Mulia Ibrahim Tengku Mahkota Diserukan jadi Raja BERKENAAN DENGAN JENAZAH BAGINDA SULTAN ABU BAKAR Bahawasanya bagaimana yang tersebut dalam hikayat Johor penggal yang pertama setelah mayat baginda almarhum Abu Bakar itu dengan sempurna dimumiakan (ditaruh ubatnya) dengan memperoleh kehormatan dan kemuliaan dari pihak-pihak kerajaan Inggeris dan Yang Maha Mulia Queen Victoria di London dibawalah balik dengan kapal F.N.O Mail dengan nama Bambi bertolak pada 18 Julai 1895 sampai ke Pulau Pinang pada 28 Ogos dan dengan permintaan Kerajaan Inggeris dipindahkan kepada sebuah kapal perang Inggeris yang bernama Mercury lalu menuju Singapura. Apakala tiba berhampiran Kuala Johor sebelah barat dialu-alukan oleh sebuah kapal kerajaan Johor dengan menunjukkan tanda perkabungan dan kemashgulan lalu mengiring akan kapal perang kenaikan jenazah itu. Kemudian dari itu dari satu ke satu tempat kelihatan perahu-perahu Melayu dengan bendera putih alamat perkabungan dan kehormatan sepanjang laut itu sampailah ke laut Telok Blangah maka di situ hadir menanti sebuah kapal garuda lambung berisi dengan orang-orang Telok Blangah (dan penulis seorang daripada mengambil berat dalam hal sambutan itu) setelah menunjukkan hormat tazim dengan aturan bendera mengiringlah di belakang lalu menuju ke Pelabuhan Singapura.

1

(2) JENAZAH BAGINDA SAMPAI SINGAPURA DAN BERTOLAK KE JOHOR Sebaik-baik sahaja sampai ke Pelabuhan Singapura maka disambutlah oleh pihak kerajaan dengan 17 pucuk bedil selamat dari Bukit Larangan dan kapal perang itu pun bagaimana adat yang biasa membalaslah tembak kehormatan itu satu persatu. Maka naiklah beberapa orang dari pihak kerajaan Straits Settlement ke kapal perang itu mengunjungi keranda jenazah yang diperlihatkan dengan baik di atas dada kapal itu serta ada kawalan senjata daripada kelasi kapal perang itu disisinya. Setelah selesai kapal itu pun membongkar sauh belayar menuju Johor dengan Jalan Changi. Di kuala sebelah timur ini sebuah lagi kapal kerajaan Johor hadir menanti kerana mengalu-alu dan mentazimkan jenazah itu dan bila sampai di rantau Tanjung Surat (kuala Sungai Johor) sebuah lagi kapal dan di sini ada beberapa orang prebet dan Datuk naik ke kapal itu mengunjungi jenazah itu serta mengiringi sekali. Maka dari rantau ini tiadalah berputusan sepanjang perjalanan kapal perang itu dengan perahu-perahu Melayu dengan berbendera putih menunjukkan kedukaan yang besar dan apakala berbetulan dengan laut Pasir Gudang adalah pula sebuah kapal kerajaan menanti dan prebet-prebet dan datuk-datuk serta pegawai-pegawai yang dalamnya naiklah jua mengadap serta mengiring akan jenazah Yang Maha Mulia itu. Shahadan pada 30 Ogos sampailah kapal perangkatan itu serta beberapa kapal dan perahu yang mengiringinya ke pelabuhan Johor Baharu maka disambutlah dari Bukit Bendera dengan bedil selamat 21 pucuk serta dibalas oleh kapal perang kehormatan itu dengan selengkapnya dan kapal pun berlabuhlah di Laut Pabyan Istana Besar. Tatkala itu kapal-kapal kecil kerajaan beberapa buah berisi dengan prebet-prebet, dato-dato dan

2

pegawai serta orang-orang yang terutama naiklah ke kapal kenaikan itu mengadap tazim ke atas jenazah itu. Kemudian masing-masing baliklah ke darat melainkan tinggal manamana yang ditentukan bagi mengiringi perangkatan jenazah itu naik ke Pabyan. (3) JENAZAH BAGINDA SAMPAI KE JOHOR BAHARU DIBAWA KE ISTANA BESAR Dengan tidak berlanjutan masa sangat yang ditentukan maka jenazah Yang Maha Mulia itupun diedarkan dari kapal perang itu ke sebuah kapal kecil yang diperalatkan membawa ke Pabyan. Apakala usungan jenazah naik sahaja ke tangga Pabyan sekali lagi sambutan bedil selamat ditembak dari Bukit Kubur dan pasukan kawalan kehormatan daripada askar dan pancaragam pun memberi hormat tazim. Setelah imam besar membaca doa maka keranda jenazah itu diangkat kepada sebuah pedati usungan ditarik oleh orang-orang Melayu daripada penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampung berpakaian sama berbaju seluar kuning dengan perkabungan dan beredarlah perangkatan itu di kapal akan oleh pancaragam dengan bersampul perkabungan tambornya diiringkan oleh pasukan askar dan polis dan juga alatan istiadat yang lengkap. Adapun Pabyan itu telah termaklumlah diperhiaskan dengan sebaik-baiknya dan pada jalan-jalan hendak menyampaikan Istana Besar itu ada beberapa buah bangunan lingkungan (iraj) yang diperbuat dengan indah rupanya serta mengandungi tulisan lafazlafaz yang munasabah dengan cantik keadaannya terkhasnya bangunan lingkungan di hadapan tangga besar Istana Besar itu. Maka hal manusia tiadalah terkata banyak bukan Melayu dengan perkabungan sahaja tetapi daripada berbagai jenis bangsa dan setengah daripada itu bersusah-susah datang dari Singapura dan tempat lain jua.

3

JENAZAH BAGINDA DISEMAYAMKAN DI ISTANA BESAR Dari kereta usungan itu diedarkanlah keranda jenazah itu naik tangga langsung ke majlis singgahsana ditolong oleh prebet-prebet dan pegawai terutama dengan pakaian kebesaran masing-masing. Dan disemayamkanlah jenazah Yang Maha Mulia itu di atas peterana dengan sebaik-baik aturan serta perhiaskan dengan bungaan. Setelah siap dianjungilah oleh pihak kerabat perempuan datin-datin serta lain yang terutama setelah itu dihadirkan kawalan bertunggu dan ditentukan orang-orang (4) mengaji Quran bergilir-gilir siang malam beberapa hari jenazah disemayamkan di situ tiap-tiap waktu dengan tertib yang baik. Pada 16 Rabiulawwal 1313 (6 September 1895) dikhaskan suatu istiadat bagi ahli negeri dan lain-lain mengunjung jenazah itu dengan aturan tazim tatkala itu dibukakan tutup keranda itu dinampakkan wajah baginda almarhum yang dibahagia tuhan di dunia dan akhirat dan pada keesokkan harinya dikeluarkan daripada keranda itu disiramkan jenazah itu semula oleh pihak Jabatan Agama serta dikapankan dengan sepertinya setelah itu disembahyangkan dengan sempurnanya kemudian dimasukkan dalam lewang mengikut adat istiadat Melayu dan agama dengan sebaik-baik dan sedialah mayat bagi dimakamkan sebelah petang itu. ISTIADAT MELANTIK DAN MENYERUKAN YANG AMAT MULIA IBRAHIM JADI RAJA Menurut bagaimana adat istiadat Melayu iaitu ganti raja yang mangkat itu dilantik dan diserukan pada hari jenazah baginda yang mangkat itu bagi dikebumikan. Maka dalam hal kerajaan Johor adalah dilakukan sedemikian.

4

Pada hari yang terpilih dan amat diingati iaitu pada hari Sabtu 17 Rabiulawwal 1313 bersamaan 7 September 1895 pada pukul 11 pagi jam waktu diadakan suatu istiadat yang khas di Balai Zaharah atau disebutkan Balai Cengkih kerana bercabang empat bagi melantik menjadikan Sultan Johor menggantikan baginda almarhum Sultan Abu Bakar yang mangkat itu. Adapun perihal istiadat yang dilakukan telah tersebut dalam fasal yang ke-25 penggal yang pertama bagi Hikayat Johor dan diringkaskan ulangan ceritanya dalam Balai Zaharah itu beraturlah sekalian yang beroleh kelulusan hadir dalam majlis itu pada empat-empat sorongan mengadap kepada petarana yang disediakan di tengah itu. Adalah Yang Amat Mulia itu berangkat ke situ bersama dengan Gabenor Singapura iaitu dengan memakai uniform hitam askar berbintang emas. Setelah memeriksa kawalan (5) kehormatan terus ke peterana Di-raja berdiri berdua dengan Tuan Yang Terutama. Maka Datuk Menteri Besar pun tampillah memberi tazim serta mohon kebenaran memulakan istiadat setelah itu berlafaz kepada rakyat Johor atas kewajiban diadakan ganti almarhum serta serta bertanya adakah suka bahawa iaitu Yang Amat Mulia Tengku Mahkota dilantik dijadikan raja menggantikan. Maka menyahutlah sekalian rakyat yang hadir dengan suatu suara mengatakan suka. Maka berpalinglah Dato itu mengadap kepada Yang Amat Mulia menyembahkan keredaan rakyat sekalian dan bermohon akan persetujuan jua lalu diisyaratkan oleh Yang Amat Mulia perkenannya maka Yang Amat Berhormat Dato itupun menyembahkan ucapan mentabalkan Yang Amat Mulia jadi Sultan Yang Di-pertuan Johor yakni menjadi raja yang memerintah kerajaan Johor serta segala daerah takluknya serta menyembahkan

5

ucap selamat baginya. Maka Yang Amat Mulia pun bertitah jawab kesudahannya disambut oleh kawalan hormat memberi kehormatan senjata dan pancaragam menyambut dengan lagu bangsa. Maka sekalian yang hadir memberi tazim setelah itu Tuan Yang Terutama Gabenor, pihak Queen bagi Great Britain dan Empress bagi India mengucapkan selamat dan yang berhormat Dato Abdul Rahman Seri Amar Diraja menjawabkan bagi pihak Duli Yang Maha Mulia menerima kasih atas ucapan itu serta berharap akan pertolongan bagi pihak kerajaan Inggeris memandukan dengan tulisnya supaya dapatlah Yang Maha Mulia menurut jejak langkah Seri Paduka Ayahandanya yang amat ditangisi itu setelah dipersembahkan doa selamat maka majlis pun bersurailah. BERKENAAN DENGAN JENAZAH BAGINDA DIMAKAMKAN Dengan sepucuk meriam ditembak dari Bukit Timbalan pada sebelas atas tengahari 17 Rabiulawwal itu berhimpunlah sekalian orang-orang ke Istana Besar bagi istiadat memakamkan jenazah baginda almarhum itu di makam raja-raja di Bukit Mahmudiyyah iaitu suatu kawasan besar bagi perkuburan orang-orang Islam kira-kira satu batu lebih sedikit jauhnya dari Istana Besar. Maka segala aturan (6) dan tertib yang dilakukan berkenaan dengan perangkatan dan istiadat itu hingga sempurna amatlah memberi puas hati dan terpuji seperti butir-butirnya dalam penggal yang pertama dalam hikayat ini. Shahadan daripada lepas waktu Maghrib petang itu berangkatlah Duli Yang Maha Mulia Sultan baharu ke majlis tahlil bagi baginda almarhum itu yang diadakan pada tiaptiap petang hingga seratus hari lamanya sama ada di Istana Zaharah atau di Balai Zaharah.

6

Adapun majlis bila diadakan di Balai Zaharah itu kerana hari-hari yang pertama seperti pada hari yang ke-3, 7, 20, 40, dan yang ke-100. Maka pada hari yang akhir atau ke-100 itu terlebih besar keadaannya hingga orang dari jauh-jauh pun dipanggil hadir bersama-sama. Maka pada hari itu bila telah selesai bertahlil dan jamuan kenduri adalah diperbahagikan kepada tiap-tiap seorang yang hadir bertahlil itu sebuah tebak dan sebatang taju yang bergembal keemasan. TEBAK PADA HARI YANG KE-100 Adalah yang dikatakan tebuk itu iaitu sebuah ceper yang berisi dengan kuih-kuih kering berbalut dengan kertas tetapi pembungkus tebuk itu dijadikan dua peringkat: iaitu bagi orang kebanyakkan daripada setangan sutera putih yang lebar dan bagi orang-orang yang khas seperti kerabat-kerabat, syed-syed, Datuk-datuk dan tuanhaji-tuanhaji yang ternama bungkusannya daripada setangan atau kain sutera atau mastawli dan ada yang bertelepuk atau bersongket dan sebagainya munasabah bagi jadi ingatan pada yang menerimanya. Tentang tajunya begitu jua ialah bagi am taju perak sahaja atau bercelup emas dan bagi peringkat khas daripada taju emas. Maka pada taju itu ada pula bergantung dengan pitas-pitas daripada perak atau emas berukir dengan tulisan dan tarikh-tarikh baginda almarhum itu disebutkan tingkat (tanda ingat). (7) Dan lagi pula telah teradat dan kelaziman kepada sultan-sultan yang damping diperhadiahkan kain bekas tubuh baginda almarhum itu tanda kasih mesra adanya. Maka sungguhpun namanya bekas tubuh tetapi lazimnya daripada jenis pakaian yang elok-elok dan seumpama baharu. PERIHAL MAKAM DAN PERKABUNGAN

7

Adapun hal di makam itu pula ditentukan orang-orang mengaji Quran lapan orang sehingga seratus hari. Di belakang daripada itu ditetapkan empat orang sahaja berkekalan. Maka apakala selesai seratus hari dari tempoh memakamkan pada esoknya dibukalah perkabungan iaitu kain putih yang dililit selebar empat jari pada songkok ataupun dipasang pada lengan baju dan bendera negeri dan pepanji Sultan serta bendera yang lain-lain dalam negeri yang masa perkabungan itu separuh tiang dinaikkanlah hingga ke pucuk tiang. Shahadan ditentukan pula diadakan sedekah wang pada tiap-tiap pagi jumaat dalam kawasan makam diraja itu kepada kanak-kanak dan orang-orang miskin serta diperintahkan bagi pegawai masjid-masjid kerajaan seluruh Johor terkhasnya di Masjid Abu Bakar bertahlil apakala selesai sembahyang jumaat dan pada ulang tahun hari memakamkan iaitu 17 Rabiulawwal atau disebutkan hari Hol almarhum diadakan istiadat ziarah ke makam beramai-ramai membawa bunga dan air bunga serta berdoa kemudian diiringkan pula dengan majlis bertahlil dan kenduri di Istana Besar atau tempat yang ditentukan demikianlah diamalkan bagi ingatan Yang Maha Mulia Baginda yang berbahagia itu. BAGINDA ALMARHUM DIHAJIKAN DAN MAKAMNYA DIPERKUBAHKAN Sebermula adalah ditentukan pula oleh Yang Maha Mulia Tuanku bagi kerajaan supaya menghantar ke Mekah seorang yang khas bagi mengerjakan haji dan ziarah kemudian serta membawa sedekah-sedekah dengan kadar yang berpatutan dibahagikan di sana. Maka 13 Syaaban (29.1.1896) yang Mulia Syed Salim mufti Johor bertolaklah belayar ke Mekah bagi menyempurnakan haji yang tersebut hingga selesai dan kembalilah

8

(8) dengan selematnya seperti boleh dilihat ingatannya terukir pada sekeping batu marmar berwarna hijau dipasang di tembok di dinding makam itu. Adapun hal makam baginda almarhum itu dengan tiada berlewatan masa dibina sebuah bangunan yang panjang berseorang mengandungi beberapa makam-makam kerabat yang telah sedia dan lapang bagi cadangan yang lain. Maka pihak-pihak di atas bangunan ini diperbuat suatu binaan pecah lapan berjendela cermin dan bumbungnya seperti keadaan dome berkemuncakkan sebuah mahkota Johor bermercukan bulan berbintang lima dengan amat indah kelihatan rupanya. Semasa itu dengan kehendak Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah dipesan dengan khas dari Eropah, perkubahan daripada batu marmar maka apakala sampai berserta dengan beberapa perkubahan kerana kerabat-kerabat yang lain jua maka dipasangkanlah dalam bangunan makam diraja yang sedia berlantaikan batu marmar putih, sekalian perkubahan itu dengan indah diperbuat daripada batu marmar berjenisjenis warna serta mengandungi tulisan ayat-ayat Quran dan tawarikh terukir pada nisan dan pada perkubahan itu. Adapun bagi perkubahan baginda itu sendiri di sebelah bawahnya berikat batu marmar putih jadi ketapak kemudian barulah dipasang perkubahan yang bertingkattingkat tinggi daripada batu marmar yang berjenis-jenis warna yang sedap pada mata memandangnya dan nisan yang permai perbuatannya itu empat persegi berukir dengan air emas nama sahabat-sahabat Nabi dan di atasnya berkemuncup dengan mahkota Johor maka tentang nama baginda alamrhum itu bertulis dengan cantik pada badan perkubahan itu demikianlah

9

AL-SULN AL-ATIQ AB BAKAR IBN IBRHM Maka digantungkan diwangga berkeadaan boleh atasnya daripada kain jenis sakhlah yang halus berwarna kuning diraja berbelah berupul kiri kanannya disingkapkan ke sebelah ulu kepala dan duli kaki menambahkan indah pandangan ke atas perkubahan itu maka perkubahan kerabat-kerabat yang lain ada jua diperbuat sedemikian adanya. (9) FASAL YANG KE-6 PERIHAL YANG MAHA MULIA BAHARU-BAHARU JADI RAJA BEROATH SETIA Sebermula adalah kerja bagi kerajaan yang terutama dilakukan iaitu mengadakan suatu istiadat bagi raja beroath setia menjalankan tadbir negeri menurut undang-undang tubuh kerajaan yang demikian diadakanlah pada hari Sabtu 24 Rabiulawwal 1313 bersamaan dengan 14 September 1895. Maka Duli Yang Maha Mulia Tuanku pun menurunkan tandatangan dalam sebuah buku undang-undang yang tersebut di hadapan jemaah menteri dan ahli-ahli mesyuarat kerajaan negeri iaitu bertulis mengaku: Dengan tolong Allah Subhanahu Wataala menyempurnakan seperti syarat-syarat yang ditentukan Disambutlah dengan bedil selamat 21 pucuk dari Bukit Bendera dan tanda tangan Yang Maha Mulia itu disetiakan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Jafar bin Haji Muhammad Menteri Besar serta ditarikhkan oath sumpahan itu di Istana Besar. Maka doa keselamatan pun dibaca oleh Yang Berhormat Y.M. Syed Salim Datuk Mufti setelah itu majlis pun bersurai. DIDOAKAN DALAM KHUTBAH JUMAAT

10

Bermula dalam tempoh itu dikeluarkan perintah kepada Jabatan Agama supaya diserukan bagi nama Yang Maha Mulia Ibrahim Sultan Johor dalam khutbah bagi Jumaat-Jumaat dan hari raya-hari raya beriring dengan nama Yang Maha Mulia Baginda Sultan Turki yang dikatakan jadi penaung bagi agama Islam pada zaman itu. (10) Shahadan bolehlah disebutkan di sini bila kerajaan Turki jadi kerajaan Jumhuriyyah (tiada memakai Sultan atau Khalifah lagi) dan tiada mengambil tanggungan atas hal agama Islam maka seruan atas nama Sultan Turki itu pun dihapuskan dalam khutbah-khutbah yang tersebut dan diangkatlah pula dalam Johor akan sebutan ke atas nama Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim itu. AL-HRIS SYARTK yakni pengawal bagi shariat dan berkekalanlah seruan itu dipakai dalam khutbah-khutbah yang tersebut. MEMBACA WASIAT BAGINDA ALMARHUM SULTAN ABU BAKAR Adapun satu lagi kerja dilakukan pada tempoh itu iaitu hal surat wasiat Yang Maha Mulia baginda Almarhum yang diperbuat lebih dahulu sedikit daripada berangkat yang akhir ke Eropah lalu mangkat itu iaitu diadakan satu majlis khas tetapi sulit (bukan kerana kertas khabar) bagi kerabat-kerabat yang damping, ahli-ahli jemaah menteri, ahliahli mesyuarat kerajaan, pegawai-pegawai dan orang-orang yang ditentukan bagi dibacakan wasiat yang dihormati itu serta diperbahaskan dan diberi mengerti atas maksud-maksudnya kepada yang berkenaan dan disahkan iaitu Yang Amat Berhormat Dato Jafar bin Haji Muhammad (Datuk Menteri Besar) dibantui oleh peguam (lawyer orang putih) melihatkan pada memberi puas hati atas masing-masing yang berkenaan.

11

Maka dalam pada itu kelak jika ada sesiapa yang musykil bolehlah di tengah dan dibicarakan bagaimana sepatutnya. Maka dilangsungkan sekali dalam perkara tanah Teluk Belanga Singapura yang jadi harta pusaka daripada almarhum Ibrahim mana-mana yang belum selesai bolehlah diperselesaikan supaya memberi keputusan hati kepada sekalian yang berkenaan adanya. (11) HUTANG PIUTANG RAJA DAN KERAJAAN Sebermula diadakan pula suatu persidangan oleh Yang Maha Mulia Tuanku dalam perkara hutang piutang raja dan kerajaan supaya diaturkan jangan menjadikan susah atas kerja-kerja dan juga jika ada perjanjian dengan sesiapa bagi disempurnakan disiasat dijadikan kerja menyelesaikan iaitu jangan jadi sangkut paut tiada berkesudahan serta mengendalakan atas hal menjalankan tadbir negeri seolah-oleh terikat dengan pihak kerajaan. Maka hal ini jadi suatu daripada perkara bagi Yang Maha Mulia mengambil berat pada hendak membersihkan dari sebab itu dipungut ingatan atas tiap-tiap suatu serta dengan cermat dikirakan di belakang daripada itu oleh suatu jawatankuasa dengan beransurkan dijalankan supaya berkeadaan seperihal semua perkara-perkara itu dapat diperbetulkan dengan baik terutama tentang berkenaan tentang concession (kurnia kebebasan) dan wakaf (kurnia yang menjadi terhenti) seperti tanah kebun dalam daerah Kukup adanya. KANGCU BAGI SUNGAI-SUNGAI Adapun hal aturan bagi sungai-sungai yang ada berkebun besar bertanam gambir dan lada hitam itu ialah yang menjadi suatu daripada hasil besar bagi Johor maka iaitu tepulang pada perkuasaan kangcu-kangcu dan ada pula pakatannya yang besar disebutkan

12

kungsuh ialah pejabat dan tempat mesyuarat mereka diadakan pada sebuah rumah sewa di tepi Sungai Singapura. Maka sungguhpun iaitu pada mulanya jadi penggalak hati atas sesiapa yang boleh memasukkan modalnya ke dalam Johor tetapi bila pihak kerajaan hendak menjalankan aturan yang merdeka dan sama rata adalah terganggu sedikit berkenaan dengan kangcu-kangcu itu seolah-olah ada banyak kecualian yang demikian perkara itu dengan kehendak Duli Yang Maha Mulia supaya dilihat ditimbangkan dengan halus dan perlahan dengan tujuan menjadikan baik bagi semua adanya. (12) FASAL YANG KE-7 PERIHAL YANG MAHA MULIA MULA-MULA MENJALANKAN KERJA KERAJAAN PERBENDAHARAAN JOHOR Bermula sungguhpun Duli Yang Maha Mulia telah menjalankan kerja-kerja kerajaan pada masa jadi pemangku raja tetapi banyaklah perkara yang berkenaan dengan kerja-kerja itu kadar bergantung kepada perjalanan yang biasa sahaja. Maka bila telah terjadi tanggungan mendiri mulailah mengambil berat menyiasat dalam tiap-tiap suatu kerja yang berkenaan dengan pertahanan negeri yang demikian adalah suatu daripada jabatan yang terutama dilawatinya iaitu perbendaharaan kerajaan. Maka didapatinya peti besi di situ kosong dan diperiksa dalam buku kira-kiranya wang hasil daripada wang pajak-pajak yang patut diterima bulan-bulan didapatinya banyak yang tiada membayar hingga beberapa bulan kebelakang yang tidak disempurnakan begitu jua hasil-hasil daripada pejabat-pejabat yang berkenaan. Maka tentang gaji-gaji dan belanja apatah lagi bayaran pencen tidak berbayar dengan betul demikian jua hutang-hutang kerajaan mana-mana yang patut dibayar atau

13

diansur tinggallah terpendek hingga beberapa bulan menarik kebelakang melainkan jika ada sedikit seperti kaedah diansur mana-mana yang mustahak sahaja. Dan lagi pula nampak kepada Yang Maha Mulia belanja-belanja kerajaan tidak ditadbir dan dicermatkan betul-betul yang demikian tidaklah Yang Maha Mulia bersetuju dengan keadaan yang ada atas apa-apapun kenyataan yang dipersembahkan hingga titah perintah dari jam itu tiap-tiap satu wang masuk hendaklah akuan menerimanya itu ditanda tangan tiga orang pegawai perbendaharaan yang ditentukan supaya mana-mana yang tidak membuta tuli bayarannya boleh segera dituntut dan hendaklah kira-kira wang masuk keluar dipersembahkan kepadanya hari-hari pada sebelah petang terkecuali hari Jumaat dan hari kelepasan. Dan lagi tiada suatu bayaran boleh dilakukan melainkan ada perintah ditanda tangan olehnya sendiri bagi dibayar dan juga diperintahkan kepada segala pejabat tiada boleh membeli sama ada tunai atau dengan (13) jalan berhutang atau memesan barang-barang walau sebagaimana kecil dan sedikit harganya sekalipun melainkan ada perintah yang bertulis daripadanya membenarkan. Kalakian berlakulah sekalian titah perintah itu dengan keras aturannya bukannya dalam Johor Baharu sahaja hingga sekalian daerah dan pejabat-pejabat yang berkenaan juga. Sebagai lagi diberitahu kepada sekalian yang kena mengena segala jenis hasil bagi bulan yang telah lalu dibayarkan tunai ke perbendaharaan dalam bulan yang ada berjalan dan segala tuntutan gaji, pencen dan belanja bulan yang lalu boleh dilihatkan bayarannya. Tentang bulan-bulan yang lebih dahulu daripada itu boleh dibicarakan di belakang disifatkan seperti kira-kira lama. Semua hasil-hasil dan tuntutan hendaklah dihantarkan ke perbendaharaan lebih dahulu daripada 5 haribulan tiap-tiap bulan dan tentang

14

membayarnya mula ditentukan pada tiap-tiap 15 haribulan tetapi bila wang telah jadi semakin banyak tersimpan dalam perbendaharaan berkinsut dideraskan bayaran hingga akhirnya ditentukan bayaran gaji dan pencen pada tiap-tiap 5 haribulan dengan syarat tuntutan dihantarkan keperbendaharaan lebih segera. Maka dalam Johor Baharu Yang Maha Mulia berangkat sendiri ke perbendaharaan memeriksa wang-wang itu semuanya dikeluarkan hadir di hadapannya kemudian Yang Maha Mulia memberi perintah bertulis atas tiap-tiap suatu tuntutan itu yang demikian hasil-hasil pun dapatlah berterima dengan betul dan segala tuntutan dapat bayaran jelas tiap-tiap bulan. Maka dalam sedikit bulan segala hasil yang ketinggalan dan gaji-gaji begitu juga belanja-belanja yang benar semuanya jadi selesai dan berjalanlah keadaan perbendaharaan dan pejabat-pejabat kerajaan berkenaan dengan wang berkeadaan baik lebih daripada biasa kerana wang-wang yang diterima itu bukannya sahaja mencukupi belanja bulan-bulan tetapi berlebih lagi hingga boleh mengansur hutang-hutang yang besar serta menjelaskan yang sedikit-sedikit. Bila baharu-baharu dijalankan aturan bagi berbelanja hendaklah dapat kebenaran lebih dahulu seumpama membeli kertas, dakwat dan sebatang pensil maka jadi sungut besar kepada masing-masing tetapi dalam sedikit masa tidaklah menjadi terasa gendala istimewa pula diluluskan dalam hal serta merta iaitu dikecualikan tetapi hendaklah cukup cermat dan dipersembahkan kepada Yang Maha Mulia dengan (14) seberapa segera supaya dipersetujukan mana-mana yang munasabah jika tidak tertangguhlah atas diri yang melakukan. HAL PEGAWAI KAKITANGAN KERAJAAN

15

Bermulalah tiadalah menjadi suatu hairan disebutkan bila gaji-gaji upahan-upahan dan borongan-borongan atau seumpamanya itu dibayar dengan betul iaitu waktu masingmasing bekerja dikehendakkan membetuli pula. Maka dengan titah Yang Maha Mulia dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan perintah hendaklah sekalian pegawai dan kakitangan kerajaan hadir ke pejabat masing-masing membetuli waktu tidak boleh lengah atau melacurkan diri mengadakan berbagai-bagai kemaafan dan hendaklah membuat kerja dengan rajin, tekun dan bersungguh-sungguh hingga cukup waktu yang ditentukan atau tutup pejabat. Dan lagi tiadalah masing-masing boleh bercuti melainkan dengan kebenaran titah. Mana yang sakit hendaklah segera mendapat akuan pegawai ubat kerana adalah masing-masing yang bekerja dengan kerajaan itu tentang berubat dengan pegawai ubat kerajaan tiada apa-apa bayaran begitu jua duduk rumah sakit (hospital) adanya. KE PEJABAT BERPAKAIAN BERSIH Sebagai lagi ada dikeluarkan perintah hendaklah masing-masing yang bekerja ke pejabat dengan pakaian yang betul dan bersih serta membawa laku yang adab satu dengan lain begitu jua dengan orang-orang yang datang kerana kerja tidak diperlengah atau dikasarkan apatah lagi mencuba hendak menerima wang upahan kerana sendiri dan makan suap ataupun menerima apa-apa pemberian dengan bertepat atau dengan jalan yang terlindung. Maka dengan perintah yang tersebut itu terasalah pada masing-masing berat pada mulanya istimewa pula hukuman-hukuman itu dijalankan dengan keras kerana banyak bagi masing-masing itu telah lazim setengah daripada setengahnya mengikut sedap sendiri terutamanya bagi waktu hadir ke pejabat dan balik dari pejabat, tambahan pula tiada boleh keluar dari tempat masing-masing apatah lagi dari negeri melainkan

16

dengan ada kebenaran yang khas. Seginya hukum-hukum itu dijalankan memberi kesankesan yang baik sekalian yang berkenaan adanya. (15) FASAL YANG KE-8 PERIHAL YANG MAHA MULIA SEBELUM JADI RAJA KEADAAN YANG TIADA DISANGKA Bahawa dengan sebanyak langkah yang dimula oleh Yang Maha Mulia atas hal menjalankan kerja-kerja kerajaan telah membukakan mata kebanyakan pihak pegawai Melayu dan orang-orang putih yang lama dalam Johor betapa cerdik dan tajamnya bagi Yang Maha Mulia menjalankan kerja-kerja kerana tiada disangka oleh mereka ada tadbir yang sedemikian tinggi ialah oleh sebab diketahui mereka adalah Yang Maha Mulia itu kadar seorang anak raja yang muda baik adab, tutur bahasanya terutama kepada pihak yang tua-tua dan jua hemah pada tegur sapanya kepada sebayanya. Maka tentang persekolahan telah maklumlah mereka iaitu tidak tinggi sama ada dalam Melayu apatah lagi Inggeris dan tiada pula yang berdamping mendidiknya lain daripada Paduka bondanya masa pengecilnya dan tidak pula ada campuran sahabat handai atau lain-lain yang demikian terhasillah kepujian kesyukuran itu ke atas yang disebutkan dan memusakai daripada Seri Paduka Ayahandanya berketurun. BEKERJA ASKAR DAN KE EROPAH Adalah pada masa belia Yang Maha Mulia itu hanyalah berlatih dalam suatu cawangan kerja ialah dalam jawatan askar tempatan dan bukan pula tetap dalam pejabat melainkan banyak kerja luar. Maka itupun dari tahun 1890 (1308 Hijrah) bila berangkat balik dari pelayaran kadar beberapa bulan sahaja melawat Eropah dan England dengan

17

kehendak Seri Paduka Ayahanda baginda almarhum dengan hajat hendak mengenalkan dengan sahabat-sahabatnya. Maka perangkatan Yang Maha Mulia itu mulanya ke Switzerland kerana Seri Paduka Ayahandanya pada masa itu bersemayam di sana kemudian dari situ baru menjajah ke Paris dan ke Jerman akhirnya menyerang ke England dan di sana dapat berkenal dengan Prince (16) of Wales masa itu yang kemudian bergelar Yang Maha Mulia baginda King Edward VII setelah berangkat melihat merata-rata dan berkenal dengan beberapa orang yang terutama daripada sahabat baginda almarhum maka Yang Maha Mulia pun terus berangkat balik ke Johor. HAL CAMPURAN MASA BELIA Shahadan dengan perangkatan yang sedikit ke Eropah itu kemudian bersahabat dan berkenalan dengan bangsa-bangsa Eropah dalam Johor dan Singapura sedikit sebanyak dapatlah Yang Maha Mulia dengan terang otaknya bertutur Inggeris dengan keadaan yang fasih dan bertambah baik dari satu-satu masa maka dibahagi tuhan bukanlah Bahasa Inggeris sahaja dapatlah dipelajarinya demikian tetapi Yang Maha Mulia boleh bertutur Keling dan Bawaen dengan lancarnya ialah sebab mereka itu banyak bekerja memeliharakan lembu-lembu dan kuda dan hal Yang Maha Mulia pula sangat suka melihatkan binatang peliharaan itu setiap masa apakala tiada kerja yang lain mengganggukan. UNTUNG DAN TUAH DISERTAI ALLAH Bahawasanya bolehlah dengan ringkas dikatakan di sini adalah keadaan bawaan Duli Yang Maha Mulia dalam kerja-kerja yang dijalankannya sampai menjadikan

18

kebanyakan orang hairan itu ialah kerana untung baginya beroleh didikan masa kecilnya itu dan tuah dan bijaksana baginda almarhum dengan memerhatikan sahaja kebetulannya tidak mungkir serta dihajatkan bagi puteranya yang hanya itulah seorang lelaki menunggal jadi waris dikurniai dan dipersertai Tuhan sedemikian baik dengan tajam pula fikiran dan otaknya bagi menurut langkah jejak baginda itu dengan berlebih-lebih cergas dan selia jika tidak alangkah rugi segala lelah dan susah payah almarhum itu menjadikan negeri Johor ini padahal tidak diperhubung dan diperlanjutkan tapak tukul dan kesan yang baik telah diadakannya adanya demikianlah ketiga-tiga benda tidak berciri jikalau untung sahaja tidak bertuah tidak berlaku jika dengan tuah sahaja tidak dipersertakan Allah tiada berjaya. (17) PELUANG YANG PERTAMA KERETA-KERETA DAN KUDA-KUDA BAGINDA ALMARHUM Bermula pada tatkala Paduka isteri baginda Almarhum iaitu Sultanah Fatimah meninggal (kembali ke Rahmatullah) dalam tahun 1890 pada masa itu Yang Maha Mulia baginda dalam perangkatan ke Eropah. Yang demikian dititahkan dengan kuat supaya Paduka anakanda ialah Duli Yang Maha Mulia bagi melihatkan harta punya milik baginda sendiri dan menjagakan tentang kereta-kereta kenaikan dan kuda-kuda yang banyak dimiliki dan disimpan oleh baginda terutamanya iaitu berbagai jenis daripada kuda-kuda bagi kereta-kereta kuda tunggang dan kuda-kuda lumba. Maka tentang harta benda almarhumah Sultanah itu telah memang ada wasiat almarhumah itu bagi yang menjadi wasi menjaganya. TARIKH HARI JADI DULI YANG MAHA MULIA

19

Kelakian dengan hal yang tersebut jadi suatu peluang yang pertama ke atas Duli Yang Maha Mulia (yang pasa masa itu masih dalam sebutan yang lazim Tengku Ibrahim) sedang belia remaja berusia kita-kira tujuh belas tahun setengah iaitu dihantarkan di Bidadari, Seranggon Singapura pada Rabu 17 September 1873 waktu Subuh bagi menyampaikan kegembiraan yang sedia daripada pengecilan suka akan binatang-binatang kerana adalah permainan Yang Amat Mulia Tengku itu seekor himar (keldai) dipasangkan kang menarik kereta atau pedati yang diperbuat dengan kasar maka sekarang beroleh kuasa atas kuda-kuda sama ada dipakai kepada kereta yang berbagai jenis dan rupa ataupun ditunggang ke mana-mana dan sedia pula orang-orang yang boleh melatihkan. JENIS KERETA YANG DISUKAI Adalah jenis yang disukai oleh Yang Amat Mulia iaitu kereta yang disebutkan Dog Cart berlereng dua yang ada bermacam bentuk dengan cantiknya. Apakala Yang Amat Mulia selesai daripada kerja berkenaan dengan askar ialah kerja dan jawatan yang digemarinya iaitu pada sebelah pagi maka asyiklah pula ia (18) supaya pada waktu petang menggilirkan kuda-kuda yang banyak itu dipakai kepada kereta dan ada yang ditunggang hingga mahirlah ia atas hal kuda-kuda itu dan menjalankan kuda-kuda juga bukan pula dengan tunggal sahaja dipasang kepada kereta yang panjang berlereng empat dan bertempat duduk berhadap di belakang dinamakan brek. Maka tempat memegang rasnya itu tinggi. Maka ada pula masanya dipasang kudakuda itu bersusun bendung dua ialah jadi empat ekor kuda. Maka sedemikianlah halnya hari-hari tambahan pula Yang Amat Mulia itu telah berpindah dengan keadaan bujang

20

Indera bersemayam di Istana Besar berhampiran dengan stable (bangsal) tempat menyimpan kuda-kuda dan kereta-kereta itu maka apakala baginda almarhum berangkat balik dari Eropah amatlah suka dan berkenan menengar dan melihat akan paduka anakandanya itu adanya. BERGELAR TENGKU MAHKOTA JOHOR Ada kira-kira sebulan Yang Maha Mulia baginda almarhum telah bersemayam di Johor dari masa perangkatan balik dari Eropah maka diadakan suatu istiadat yang besar bagi menggelar akan Yang Amat Mulia jadi Tengku Mahkota Johor iaitu suatu gelaran baru di antara orang-orang Melayu ialah bermakna waris yang pertama atau bakal raja pada hal mahkota itu memang kebesaran bagi raja Melayu seperti tersebut ceritaceritanya dalam sejarah Melayu keturunan Sultan Iskandar Zulkarnain ada menggunakan tetapi banyak jua raja-raja yang tiada lazim menggunakan. Maka adalah gelaran yang kebiasaan dipakai iaitu Raja Muda. Adapun istiadat itu dilakukan pada 14 Syawal 1308 bersamaan dengan 23 Mei 1891 ialah pada masa itu usianya sedang 18 tahun dengan parasnya dengan begitu sikap dan cergas memakai uniform officer bagi askar dengan pangkat Leftenan. Maka dianugerahi pula oleh Yang Maha Mulia baginda pada tempoh itu Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati pangkat yang pertama serta dipasangkan kalongan yang demikian bertambah-tambah berserilah keadaan Yang Amat Mulia itu. (19) MENOLONG BERBUAT BERBAGAI KERJA Shahadan daripada dewasa itu baliklah masa dikehendaki oleh baginda itu akan Yang Amat Mulia hampir kepadaNya sama ada di Johor atau di Singapura kerana berbuat

21

berbagai kerja istimewa pula pada waktu itu hendak diadakan istiadat membuka istana Tyresall Singapura kemudian bersiap pula dalam hal kerja hendak mengahwinkan Yang Amat Mulia Tengku Maryam ialah puteri yang sulung kepada baginda almarhum itu jadi Paduka Kekanda kepada Yang Amat Mulia Tengku Mahkota seibu sebapa kerana telah diperjodohkan dengan Yang Amat Mulia Tengku Besar Mahmud pada masa itu telah diangkat jadi bakal Raja Pahang. Maka oleh kerana kegeringannya sedikit yang menharuskan pekerjaan kahwin itu dilakukan jadi ditangguhkan tambahan pula bagi Yang Maha Mulia baginda almarhum itu sendiri segera hendak berangkat belayar bertukar angin ke Eropah adanya. FASAL YANG KE-9 PERIHAL PERKAHWINAN YANG MAHA MULIA BEROLEH PUTERA YANG SULONG DAN BERPUTERA AKAN TENGKU MAHKOTA KERJA KAHWIN Bermula dengan sebab tergendala kerja bagi hendak melangsungkan perkahwinan Yang Amat Mulia Tengku Maryam puteri yang sulung dengan Yang Amat Mulia Tengku Besar Mahmud Pahang yang demikian dititahkan oleh baginda almarhum kepada Datuk Menteri Besar supaya dilihatkan hal Yang Amat Mulia Tengku Ibrahim Tengku Mahkota Johor bagi dikahwinkan dengan paduka anak saudara kepada baginda bernama Engku Maimunah bte Abdul Majid. Maka amatlah suka Datuk itu menjunjung titah perintah yang demikian lalu dimuafakatkan serta diaturkan dengan sebaik-baiknya. (20) Shahadan dengan tiada berlengahan dipersiapkanlah serba serbinya bagi mengangkat pekerjaan kahwin itu dengan sebesar-besar angkatan bagi zaman itu. Maka pada 5 Oktober 1892, malam Khamis (Rabu malam) dilakukanlah istiadat bagi akad

22

Yang Amat Mulia itu dengan sebaik-baik keadaan serta diperikutkan istiadat berinai hingga tiga malam barulah diadakan majlis persandingan dan beberapa hari itu diiringkan dengan jamuan temasya permainan daripada wayang, joget dan sebagainya. Maka sedikit sahaja disebutkan di sini bagi perarakan pengantin lelaki bagi berinai dan hari langsung itu menggunakan kereta kenaikan yang khas. Dan bagi pengiring-pengiring juga iaitu bercat dan berhias kuning di sebelah luar dan dalam serta beralat dengan kain sutera dan baldu kuning. Maka sekalian kereta-kereta itu perbuatan Eropah dan ditarik oleh dua kuda sebendung dengan kusirnya (Dutch driver) memakai pakaian sakhlah kuning dan dua orang sais berdiri di belakang kereta itu. Maka lain daripada kereta kenaikan ini ada beberapa buah lagi semuanya beralat kuning bagi kenderaan kerabat-kerabat dan pengiring-pengiringnya ialah suatu pandangan yang luar dari biasa, maka rupa kenaikan itu seakan-akan kereta brum yang boleh naik berempat dan springnya bergantung maka kereta bagi kerabat-kerabat dan pengiring-pengiringnya itu ada berjenis-jenis rupa. Ada yang seperti Gurry ada yang seperti Brum naik berdua dan ada seakan-akan Buggy. Arakian setelah sempurnalah pekerjaan kahwin itu dilakukan di Balai dan Istana Zaharah bagaimana telah dinyatakan dalam penggal 1 hikayat ini maka tiada berapa hari di belakangnya itu berangkatlah pindah Yang Amat Mulia pengantin-pengantin itu laki isteri ke Istana yang baru dipersiapkan baginya dinamakan Istana persemayaman duduknya berhampiran dengan Istana Besar. Maka di sini amatlah kesukaan Yang Amat Mulia tambahan hampir dengan tempat kuda-kuda dan kereta baginda almarhum yang dibebaskan bagi Yang Amat Mulia menggunakan dan ada beberapa daripada itu yang telah ditentukan bagi kepunyaan Yang Amat Mulia itu sendiri.

23

(21) YANG AMAT MULIA MULA BERKAWAN BERAMAI SEPAK GETAH DAN RODEO Kelakian sungguhpun seperti yang telah disebutkan hal Yang Amat Mulia gemar atas jawatan askar dan berkuda kereta yang boleh menghabiskan waktunya tetapi ada jua tempoh dijadikan peluang bagi berkawan-kawan ramai terutama bila dimulakannya membangkitkan sebuah kelab tempat berhimpun dikhaskan bagi permainan sepak getah (football) dan rodeo (basikal) hingga beberapa buah daripada jenis rodeo itu jadi keretanya kepada setengah daripada ahli-ahli kelab itu kerana Yang Amat Mulia bila menggunakan rodeo itu suka berangkat beramai-ramai ke sana ke mari terutama pada hari-hari kelepasan pejabat tatkala itu jadilah Yang Amat Mulia bukan seorang yang dipermulai dan dikasihi oleh ahli-ahli askar sahaja tetapi daripada pihak orang-orang muda yang bekerja dalam jawatan kerajaan jua yang menjadi ahli-ahli kelab itu dan disebutkan sekali hal Yang Amat Mulia sememang digemari dan dipermuliakan dengan taat oleh sekalian orang gaji berkenaan dengan kereta kuda dan lain adanya. YANG AMAT MULIA BEROLEH PUTERA PUTERA YANG SULONG Bermula adalah kesukaan Yang Amat Mulia pada tempoh itu bertambah dari sehari ke sehari kerana didapatinya paduka isterinya telah hamillah dan dalam bulan Ogos 1893 bersiaplah orang ramai bagi menyambut perkhabaran yang ria. Maka sudahlah dengan takdir Tuhan yang berkuasa iaitu belum hendak menjadikan berlebih-lebih kesukaan. Tiba-tiba hanyalah dapat perkhabaran yang hampa daripada doctor-doktor dan bidan yang ada. Iaitu putera itu zahirnya tidak berhayat yang demikian dengan segeranya

24

tiada apa-apa istiadat melainkan disempurnakan bagi yang wajib-wajib berkenaan dengan agama lalu dimakamkan ialah kubahnya boleh (22) didapati di sisi sebelah kiri perkubahan Yang Maha Mulia baginda Almarhum Seri Paduka Nenda di Mahmudiyyah. Segayanya itulah pertama kali bagi Yang Amat Mulia berasa muram keduakaan hatinya tetapi dengan berkat doa ramai dan tuah Yang Amat Mulia segera jua berganti dengan sukacita yang berganda-ganda. PUTERA YANG KEDUA IAITU YANG AMAT MULIA ISMAIL (TENGKU MAHKOTA JOHOR) DIPUTERAKAN Bahawa pada waktu dan saat yang amat berbahagia pada 27 Rabiulakhir 1312 bersamaan dengan 28 Oktober 1894 dianugerahi Allah atas Yang Amat Mulia seorang putera lelaki diputerakan oleh paduka isterinya Yang Mulia Engku Maimunah bte Abdul Hamid itu (yang kemudian bergelar Engku Ampuan Johor pada tahun 1895 miladiyyah) Maka dianugerahi Allah Subhanahu Wataalla sekaliannya berlaku dengan selamat serta baik parasnya dan putih bersih wajahnya. Maka dilakukanlah adat istiadat Melayu dan agama dengan sepertinya serta ditembak bedil selamat sembilan pucuk dari Bukit Bendera. Maka sekalian isi negeri yang menengar amatlah kesukaan dan bagi rakyat Islam mengucapkan kesyukuran dan doa mudah-mudahan lanjut usia dengan sihat afiat serba serbinya adanya. Pada mengambil sempena Yang Termulia iaitu dengan petua mufti dinamakan ia Ismail menurut nama Nabi Ismail anak kepada Nabi Ibrahim Khalilullah mudahmudahan beroleh rahmat di dunia dan akhirat. Maka bolehlah disebutkan di sini adalah pada masa itu Yang Amat Mulia Ibrahim masih gelarannya Tengku Mahkota Johor masuk 21 tahun usianya. Maka 7 September 1895 tatkala Yang Amat Mulia Ibrahim

25

Tengku Mahkota itu diserukan menjadi Sultan menggantikan Seri Paduka Ayahanda Almarhum Yang Maha Mulia baginda Abu Bakar. Maka anakandanya Yang Amat Mulia Tengku Ismail ini mewarisilah gelaran Tengku Mahkota Johor adanya. (23) FASAL YANG KE-10 PERIHAL ZAMAN YANG AKHIR BAGI SERI PADUKA AYAHANDA YANG MAHA MULIA PERANGKATAN BELAYAR KE EROPAH LALU KE ISTANBUL Adapun hal perangkatan baginda Almarhum ke Eropah dengan bersegera serta menitahkan Datuk Menteri Besar sahaja menyempurnakan perkahwinan Paduka Anakandanya Tengku Mahkota itu ialah bukan kerana hendak berubat di Jerman sahaja tetapi hendak menyempurnakan niatnya hendak melawat ke Istanbul jua yang belum pernah ia berangkat dan dengan sebab bimbang bagi keuzurannya geringnya adalah dibawanya seorang doktor mengiringnya bersama-sama. Maka tiada berapa lama Yang Maha Mulia ditempat air panas di Hamburg yang amat masyhur dibuat mandi dalam air minum ialah berhampiran dengan bandar Frankfurt dalam Jerman Datuk Seri Amar Diraja yang dititahkan membawa barang-barang pertunjukan dari Johor ke negeri Amerika bagi pertunjukan besar yang diadakan di Chicago itu balik ke Eropah lalu mengadap Yang Maha Mulia tatkala itu baginda almarhum pun telah berasa betah. Shahadan berangkatlah Duli Baginda diiringkan oleh Datuk itu mengedari beberapa negari di Eropah tengah itu berjumpa-jumpa dengan orang besar-besar dan rajaraja di situ maka pada akhirnya sampai ke Istanbul dan diterima oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Hamid dengan besar kesukaan kerana berjumpa sama Islam. Maka dihadiahkannya bintang kebesaran kepada baginda Yang Maha Mulia dan pengiring-

26

pengiringnya. Setelah beberapa hari bersemayam di situ penuh dengan beberapa keraian berangkatlah balik ke London dan dengan tidak berlamaan di sana langsung berangkatlah balik terus ke Johor dengan tidak singgah ke Singapura (24) kerana telah ditentukan oleh Duli Yang Maha Mulia sebuah kapal kenaikannya menanti di rantau Laut Karimun apakala bertemu kapal dari Eropah yang baginda berangkat itu berpindahlah ke kapal Johor itu teruslah sahaja masuk ke Selat Tebrau maka disambutlah oleh isi negeri Johor dengan amat kesukaan adanya. YANG AMAT MULIA SEOLAH-OLAH JADI ADIKUNG SERI PADUKA AYAHANDANYA Adalah hal Yang Amat Mulia Ibrahim Tengku Mahkota ini dari semenjak tiba Seri Paduka Ayahandanya balik dari Eropah itu jadi semakin berat kerjanya kerana adalah ia dikehendakkan lalu hadir mengadap tambahan pula baginda itu banyak masa tiada dalam keadaan yang sihat sungguhpun yang demikian baginda berkehendak diadakan suatu majlis menari (ball) dengan sebesar-besar angkatan dan sebaik-baik aturan di Istana Tyresall. Maka berlakulah bagaimana titah itu pada 14 Februari 1895 iaitu jadi suatu zaman yang payah tolok bandingnya di sebelah sini majlis yang sedemikian maka kesukaan duli baginda almarhum pada malam itu boleh dikatakan sepenuh-penuhnya dan Yang Amat Mulia sendiri pun boleh dikatakan seolah-olah meraikan berbagai-bagai peringkat dif yang hadir ialah seperti seorang Adikung kepada baginda adanya. BERBUAT TUBUH KERAJAAN DAN WASIAT Bahawasanya temasya yang diadakan suatu malam kerana majlis menari itu kepada diri baginda yang tidak berapa sihat itu memberi kesan yang berat dengan sebab

27

memakai baju kebesaran yang tebal dan darjah-darjah yang penuh sarat dan menguatkan pula diri meraikan dif-dif yang terutama dan bertitah (speech) lafaz yang panjang dalam jamuan tengah malam (supper). Maka di belakang daripada hari itu terasalah pada diri Yang Maha Mulia membawa berat uzur geringnya yang demikian dikehendakkannya kerabat-kerabat yang didamping lelaki dan perempuan dan jua pegawai-pegawai yang termustahak kepadanya sentiasa tiada berjauhan daripadanya terkhas Paduka

Anakandanya Tengku Mahkota. (25) Shahadan bertitahlah Yang Maha Mulia dengan sulit kepada pihak-pihak yang dipercayakan supaya menyediakan suatu surat wasiat dan lebih susah lagi bagi diadakan sebuah undang-undang tubuh kerajaan supaya menjadi asas dan panduan kepada wariswaris dan sekalian yang berkenaan maka sekaliannya itu hendaklah diperbuat dengan sempurna dan segera kerana adalah cita-cita baginda hendak berangkat belayar semula mudah-mudahan dengan pertukaran hawa baik jagaan doktor-doktor di sebelah Eropah dapatlah pulih seperti sediakala. Arakian dengan beberapa susah payah antara ahli-ahli jemaah menteri dan ahliahli mesyuarat kerajaan diperbantu pula oleh beberapa lawyer-lawyer yang mahir sedialah kedua surat yang dikehendakkan itu. Maka diadakanlah suatu majlis bagi isitadat meluluskan dan ditanda tangan di atas undang-undang tubuh kerajaan iaitu dimulakan dengan baginda Yang Maha Mulia Abu Bakar sendiri Sultan Yang Dipertuan Johor menurunkan tanda tangannya di rantau kepala undang-undang itu setelah itu diiringkan oleh Paduka adindanya Yang Amat Mulia Engku Mahmud Khalid Ibn Temenggung Ibrahim di akhir undang-undang itu

28

kemudian Yang Amat Mulia Tengku Ibrahim (Tengku Mahkota Johor) di belakang daripada itu barulah ahli-ahli jemaah menteri dan ahli-ahli mesyuarat kerajaan lalu dimeterai dan ditarikhkan dengan sempurnanya adanya. Adapun bagi surat wasiat itu ditanda tangan oleh Yang Maha Mulia Baginda kadar di hadapan mereka yang mustahak sahaja mengikut undang-undang dan peraturan yang lazim berkenaan dengan hukum syarak dan aturan negeri dalam hal itu adanya. YANG AMAT MULIA IBRAHIM TENGKU MAHKOTA DIANGKAT MENJADI PEMANGKU RAJA Bahawasanya apakala selesai perkara tubuh kerajaan dan wasiat itu

disempurnakan tetaplah fikiran baginda pada berangkat belayar dan seberapa pun dipersembahkan mohon sabar tiadalah dapat baginda menghasilkan melainkan pada akhir titah menetapkan iaitu Paduka anakandanya yang sekarang telah cukup (26) umur seperti ditentukan jadi Pemangku Raja. Maka lihat dan bantu akan ianya serta nasihatkan apa-apa yang patut dari satu ke satu masa adanya. PERANGKATAN BAGINDA YANG AKHIR KE EROPAH LALU MANGKAT DI SANA Sebermula pada 18 April 1895 bertolaklah Yang Maha Mulia baginda dari Telok Blangah Singapura dengan kapal Mail F.N.O iaitu terus ke Marseille dan Paris diiringkan oleh Datuk Seri Amar Diraja bagi menteri dan Haji Kassim bin Taha bagi setiausaha Sulit dan Captain Kritton Commandant Johore Military bagi Adikung (Adika) serta Dr. Galloway (kemudian bergelar Dato) bagi pegawai ubat menjaga kesihatan Yang Maha Mulia.

29

Shahadan apakala sampai bersemayam di Paris kegeringan baginda semakin berat dan bila ada kurang sedikit berpindah ke London bersemayam di Baileys Hotel di tempat yang lazim bagi baginda bila berangkat ke England iaitu duduknya di rantau British Museum. Bahawasanya pada malam yang ke delapan di London kegeringan Yang Maha Mulia telah menjadi kuat dan harapan doktor-doktor tiadalah lagi maka pada malam 4 Jun 1895 dengan iman dan aman habislah hayat baginda Yang Maha Mulia Inna Lillah Waina Lillah Irajiun Kelakian diutuskanlah dengan kawat perkhabaran yang dukacita itu ke Singapura kepada pemangku raja ialah Yang Maha Mulia Tengku Ibrahim Tengku Mahkota dan diterimanya perutusan itu dengan sebesar-besar kemashgulan serta dihebohkan kepada Datuk Menteri Besar, kerabat-kerabat dan lain-lain. Maka hal telegram itu diterima oleh Yang Maha Mulia malam di Singapura setelah bertelefon ke Johor berangkatlah balik dengan serta merta terus ke Istana Besar di mana orang-orang Johor berhimpun menanti bagi mengadapnya maka dimuafakatkan apa-apa yang patut dan termustahak lalu dibalas telegram itu serta ditentukan benda-benda yang dikehendakkan diperbuat di London dan dalam Johor dan dimulakan dari saat itu berkabunglah sekalian adanya. (27) FASAL YANG KE-11 BERSIRAM TABAL DAN KEMAHKOTAAN BAGI YANG MAHA MULIA BERDUA LAKI ISTERI ISTIADAT BERTABAL Bermula pada hari sabtu 14 haribulan Jamadil Awal 1313 bersamaan dengan 2 November 1895 kira-kira enam bulan dari masa mangkat baginda almarhum ataupun 10

30

Jumaat di belakang daripada diserukan bagi Yang Maha Mulia Ibrahim jadi raja diadakanlah istiadat bersiram tabal dan kemahkotaan mengikut adat cara Melayu (bukan seperti aturan kerajaan sebelah barat yang lanjut jaraknya ialah melepaskan tempoh perkabungan). Adapun bersiram tabal itu ertinya mandi diiringkan dengan bunyian gendang nobat iaitu diadakan di atas sebuah panca persada ialah suatu balai yang diperbuat tujuh tingkat (sekurang-kurangnya 5 tingkat) tetapi jika berlebih berkurang tingkatnya sebutannya sama jua. Maka bagi panca persada yang digunakan ini balainya lapan persegi dan tujuh tingkatnya berkajang kayan kuning berombak-ombak maka pada tingkat yang di atas sekali berbumbung lapan persegi dan berkemuncak. Adalah panca persada ini sebuah bangunan sementara kerana mengikut petua Melayu apakala telah digunakan kayu pihak bawah bangunan ini yang disifatkan basah kena air persiraman semuanya dibuang dihanyutkan ke laut kerana tolak bala daripada sial majal. Adapun bangunan ini didirikan di halaman dewan dengan Istana Besar dan keadaannya amat permai pada penglihatan. Sebermula pada pukul 3,30 A.T (Malaya) dipersiapkanlah beratur penjawatpenjawat daripada perempuan bagi jawatan Lelban, kain dukong dan lain-lain semuanya bertetempan dan lengan baju berketat adat cara Melayu dudukan sebelah tingkat berkeliling peterana persiraman itu berserta dengan lain-lain (28) orang-orang perempuan baik-baik dan anak raja perempuan ialah sekaliannya yang ditentukan bagi berbuat kerja atau kadar hadir mengadakan sahaja di majlis peterana persada itu dan diaturkan pula kawalan daripada lelaki dengan tembak benderang pada

31

tiap-tiap penjuru itu persada itu ialah di tanah. Maka pada kawasan luarnya dikawali dengan askar dan polis bersenjata. Bermula perangkatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku dua laki isteri beredarlah dari Istana Besar dengan beberapa pengiring perempuan daripada kerabat-kerabat dan datin-datin serta orang baik-baik turun dari tangga besar itu seolah-olah bagai pengantin hendak mandi dan direstui Yang Maha Mulia berdua laki isteri berangkat dengan kerera kenaikan ditarik oleh dua ekor kuda sebendong. Maka yang lain-lain itu mengiring dengan berjalan menuju ke panca persada. Apakala sampai berbunyilah nobat dan bedil selamat ditembak dari Bukit Kubu 21 pucuk maka disambutlah oleh kerabat-kerabat perempuan dan lain-lain yang hadir mananti di situ dan perangkatan Yang Maha Mulia naiklah langsung ke atas peterana persiraman yang disediakan itu. Setelah tetap dimulakanlah istiadat menepuk tepung tawar oleh sembilan orang kerabat lelaki yang ditentukan habis seorang yang lain pula. Apakala selesai dan mustaballah bagi istiadat persiraman tabal maka nobat pun berbunyilah lagu persiraman itu disaingi oleh pancaragam negeri tatkala itu air diri pancuran dari mulut naga dan lainlain saluran dari penjuru persada itu memancutlah dengan indah keadaannya dan istiadat persiraman tabal dilakukanlah oleh pihak-pihak perempuan hingga selesai disertakan dengan bunyi nobat itu berhenti. Shahadan Yang Maha Mulia dua laki isteri berserta dengan pengring-pengiring perangkatannya turunlah dari panca persada itu diiringi oleh semua penjawat-penjawat lilin kain dukong dan lain-lain yang hadir di situ menuju ke istana naik dari tangga besar

32

terus ke majlis dalam yang demikian tamatlah bagi isitadat bersiram tabal dialamatkan dengan sambutan bedil selamat 21 pucuk. (29) ISTIADAT KEMAHKOTAAN Shahadan bagaimana ditentukan dalam pemrita adalah istiadat kemahkotaan ini dilakukan berikutan dengan istiadat bersiram tabal yang demikian terdahulu sedikit daripada pukul empat setengah petang berhimpunlah kerabat-kerabat, datuk-datuk pegawai-pegawai besar kerajaan serta dif-dif yang khas iaitu Tuan Yang Terutama Gabenor Selat, wakil-wakil kerajaan Eropah dan lain-lain, syed-syed taukeh dan tuantuan daripada berbagai bangsa dan juga mam-mam di persibaran majlis singgahsana maka dalam majlis singgahsana itu beraturlah jawatan alatan istiadat kerajaan selengkapnya di bawah perintah Datuk Penghulu Istiadat. Maka apakala sampai saat yang ditentukan sekalian yang hadir pun mengambil tempat taraf yang diaturkan dan setelah mustaballah sekaliannya berserulah Bentara Kanan iaitu Yang Maha Mulia Sultan dan Yang Maha Mulia Sultanah hendak berangkat ke majlis kemahkotaan. Maka baginda laki isteri berangkatlah ke majlis dengan pengiring-pengiring yang ditentukan. Apakala Duli Yang Maha Mulia baginda menjejak sahaja peterana singgahsana disambutlah oleh pancaragam dengan lagu bangsa dan sekalian yang hadir menurut memberi tazim. Maka bersemayamlah Yang Maha Mulia itu di atas takhta kerajaan iaitu Yang Maha Mulia Sultan di singgahsana yang besar di sebelah kanan dan Yang Maha Mulia Sultanah di singgahsana yang terkecil sedikit sebelah kiri.

33

Adapun pakaian Yang Maha Mulia Tuanku pada masa itu uniform hitam bertekat benang emas berpedang kerajaan dan bersarung tangan putih dan bersongkok baldu yang bertaja intan hadapannya serta memakai darjah dan kalung dan berhiasan pingat-pingat dan jua Igred benang emas sebelah kanan sarat berjubah kebesaran yang panjang daripada satin putih luarnya dan biru dalamnya dan dihujung jubah yang panjang meleret di belakang dicibat oleh dua orang anak raja yang kecil comel memakai satin putih bagi seluar dan bajunya dan bersongkok hitam bertaburan emas. Maka bagi Yang Maha Mulia Sultanah (Tengku Ampuan yakni Engku yang diangkat kepada taraf Tengku) iaitu baju kurung bertekup dada daripada baldu hitam dan kain benang emas bersongket (30) dan berstoking sepatu dan bagi perhiasan ulunya bertudung kepala melampai ke belakang kerana terpasang sebuah mutiara intan di atasnya bersambut cekap musang dan kalong intan (buatan Benson London) iaitu yang amat indah dan sangat berharga serta bergelang intan yang berpatutan dengan cincin-cincin intan yang berbuku-buku terangterang bersinaran gilang gemilang cahayanya. Maka seperti Duli Yang Maha Mulia Tuanku memakai jubah kebesaran daripada satin putih sebelah luar dan biru sebelah dalam dan di hujung jubah kebesaran oleh dua anak raja perempuan yang comel dan lagi keadaan berkain baju satin putih berstoking dan sepatu serta bertudung kepala panjang kebelakang dan berhiasan dengan karangan emas intan yang menambahkan seri keelokannya.

34

Adalah berikutan dengan ini cabutan dari pemberita kerajaan bagi istiadat kemahkotaan itu dimulakan dari masa ke bawah Duli Tuanku berdua laki isteri telah berangkat ke majlis mahkota. 11. Yang Amat Mulia Engku Muhammad Khalid (Diikuti oleh Yang Mulia Engku Muhammad, Engku Sulaiman dan Engku Usman) berdatang sembah mohon kebenaran hendak memahkotakan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku laki isteri. 12. Titah membenarkan. 13. Yang Berhormat Dato Bentara Dalam ditimbal oleh Dato Penggawa Timur, Dato Penggawa Barat dan Dato Yahya bin Awaluddin menyerahkan mahkota Yang Dipertuan kepada Imam Besar. 14. Titah kepada Imam Besar menyuruh sempurnakannya. 15. Imam Besar memakaikan mahkota kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan 16. Yang Berhormat Dato Bentara Luar ditimbal oleh Dato Seri Setia Raja, Dato Seri Amar Diraja dan Dato Yahya bin Shaban membawa mahkota permaisuri kepada Imam Besar. 17. Imam Besar memakaikan mahkota kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah. (31) 18. Dato Menteri mara dengan lakon kerajaan mengeluarkan seruan Daulat Tuanku tiga kali dengan diikuti dengan tiap-tiap kalinya oleh sekalian yang hadir.

35

19. Berbunyi nobat daripada seruan yang pertama dan meriam 21 pucuk. 20. Yang Mulia Tuanku mengucapkan syukur. 21. Timbalan Imam Besar (Yang Berhormat Dato Haji Abdul Rahman) mengucap selawat tiga kali dengan disahut oleh sekalian yang hadir. 22. Anak-anak raja yang kerabat beredar ke sebelah kanan Tuanku. 23. Ahli-ahli mesyuarat kerajaan negeri beredar ke sebelah kiri Tuanku. 24. Doa selamat oleh Dato Mufti Dato Syed Salim Al-Attas. 25. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku menerima ucap selamat ahli-ahli kerajaan asing. Tatkala itu ke bawah Duli Yang Maha Mulia laki isteri pun berdiri menerima mereka menggoncang tangan melafazkan dengan tazim ucap selamat. Setelah itu barulah pihak yang lain mara menurut susun taraf masing-masing mengadap tazim, Apakala selesai maka Bentara Kiri pun berseru ke Bawah Duli Yang Maha Mulia dan Duli Yang Amat Mulia hendak berangkat keluar dari majlis tatkala itu pancaragam pun bermain lagu bangsa. Apakala selesai berangkatlah baginda dua laki isteri dari rostrum. Seketika di belakang daripada itu majlis pun bersurai ke majlis bawah bagi persediaan ringan lalu berpecah. Shahadan pada malam itu diadakan jamuan pesta yang amat besar di istana itu dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Gabenor Selat dan wakil-wakil kerajaan serta sekalian orang-orang besar diiringi dengan minum dan ucap selamat ke atas baginda laki isteri. Sungguhpun demikian adalah bagi pihak Johor masih dalam perkabungan dari sebab itu tiadalah apa-apa temasya yang diadakan pada tempoh itu adanya. (32)

36

HIKAYAT JOHOR PENGGAL YANG KE-2 DAN TAWARIKH YANG MAHA MULIA IBRAHIM SULTAN JOHOR FASAL YANG KE-12 PERIHAL YANG BERLAKU DALAM TAHUN YANG PERTAMA PERAJAAN YANG MAHA MULIA DAN RIWAYAT YANG BERKENAAN PERENGGAN 1 HAL KEADAAN KERJA YANG MAHA MULIA HARI Adalah hal Yang Maha Mulia telah jadi kebiasaannya bangkit daripada beradu subuh-subuh pagi, apatah lagi sekarang banyak kuda-kuda yang hendak dilihat dan diperiksa dan juga lembu-lembu susu yang baru dipelihara. Maka dimulanya dengan menunggang kuda atau dipasangkan kepada dogcart. Apakala habis ia melihat apa-apa yang mustahak kemudian berkelilinglah ia di bandar atau di mana-mana tempat yang hendak diperiksainya dengan membawa buku saku ditulisnya segala ingatan-ingatan yang patut diperbuat. Setalah itu ia berangkat ke istana santap air dan berjumpa orang-orang yang ditentukan dan dikehendakkan serta menyatakan apa-apa yang dimaksudkan diperbuat. Apakala waktu pejabat terbuka pagi berangkatlah ia ke perbendaharaan memeriksa hal wang-wang. Di belakang daripada itu berangkatlah pula ke tempat kereta melatihkan kuda-kuda. Bila balik ke istana hampir tengahari ada pula Datuk-datuk pegawai besar-besar mengadap kerana kerja kerajaan. Maka pada sebelah atas tengahari berangkatlah lagi ke perbendaharaan melihat wang-wang yang masuk dan bertanyakan hal-hal yang berkenaan dengan hasil kemudian berangkatlah Yang Maha Mulia berpusing-pusing merata tempat terutama dalam bandar melihatkan kuda-kuda sambil melihat kerja hingga petang singgah ke kelab melihat dan merancakkan hal permainan

37

sepak getah ataupun bersemayam di rest house (rumah berehat) berjumpa orang-orang dan ada kalanya bersemayam di situ hingga waktu santap malam demikianlah adanya. (33) PERANGKATAN RAJA SIAM KE JOHOR Adalah suatu daripada istiadat diadakan dari semenjak Yang Maha Mulia jadi raja iaitu menyambut perangkatan menyambut King Chulalongkorn Raja Siam ke Johor bersama-sama dengan paduka saudaranya serta beberapa orang besar-besarnya dan juga Gabenor Selat. Kedatangan itu dengan kapal kerajaan selat Jalan Changi pada 9 Dzulhijjah bersamaan dengan 22 Mei 1896. Maka zaman baginda almarhum ada jua perangkatan raja Siam ke Johor Baharu iaitu pada 27 Julai 1891 dan nama raja itu King Damrong ialah jadi Seri Paduka Ayahanda raja yang baru ini. Bermula apakala kapal kenaikan itu sampai ke Pelabuhan laut Istana Besar dengan memakai Pepanji King Siam di puncak tiangnya maka ditembaklah bedil selamat 21 pucuk dari Bukit Bendera, serta dihantarkan A.D.K (Audika) Yang Maha Mulia serta beberapa orang besar-besar ke kapal itu mengalu-alukan. Maka apakala king itu berangkat ke darat dengan kapal kecil kerajaan Johor serta terjejak sahaja Yang Maha Mulia baginda ke atas tangga pabyan ditembaklah 21 pucuk meriam lagi dan kawalan kehormatan memberi tazim. Setelah itu berangkatlah dengan kereta ke Istana besar. Tatkala sampai ke tangga besar Yang Maha Mulia Tuanku sendiri dan beberapa orang besar-besar dengan pakaian uniform lengkap serta darjah dan berias mengalu-alukan kemudian bersama-sama berangkat naik ke majlis singgahsana disambut pula dengan alatan istiadat kerajaan setelah itu diperkenalkan dengan kerabat-kerabat dan pegawai-pegawai besar serta lain-lain yang hadir mana-mana yang patut adanya.

38

Di belakang daripada itu diadakan jamuan santapan tengahari kemudian bergambar beramai-ramai berhampiri dengan dewan. Setelah itu dibawa berangkat melihat merata-rata yang munasabah lalu dihantarkan turun ke kapal kenaikan tadi. Tatkala itu ditembak 21 pucuk bedil selamat sekali lagi dan kapal itupun belayarlah berpusing balik ke Singapura. (34) Adapun Yang Maha Mulia King ini lebih dahulu daripada berangkat dari Johor telah bertentu dengan Yang Maha Mulia Tuanku bagi berangkat ke Istana Tyresall santap teh tiga hari di belakang daripada tarikh itu supaya Yang Maha Mulia Queen dapat berjumpa dengan Yang Amat Mulia Tengku Ampuan dan lain orang-orang perempuan baik-baik Johor tetapi bukan dengan aturan pejawatan hanya sulit sahaja. Shahadan pada hari yang ditentukan itu diadakanlah majlis itu di Tyresall dengan beramai-ramai tetapi pihak Yang Amat Mulia Tengku Ampuan adalah jua pengiringpengiringnya daripada orang baik-baik membawa puan setangan selepa setangan kunci dan tempat ludah semuanya itu bertetempan kuning. Setelah Yang Maha Mulia King dan Queen santap teh dan melihat merata-rata di Istana Tyresall yang amat indah dan lengkap keadaannya pada masa itu maka bergambar pula ramai-ramai di halaman istana itu yang boleh kelihatan menjadi zaman. Apakala selesai majlis itupun berpecah dan mana-mana yang datang dari Johor teruslah kembali adanya. PERANGKATAN KING RAMA SIAM Bermula pada tahun 1924 Yang Maha Mulia King Rama yang mengganti jadi raja apakala King Chulalongkorn itu mangkat berangkat pula ke Johor Baharu bersama Queen dan orang besar-besarnya dengan pejawatan.

39

Adalah perangkatan dari Singapura itu dengan keretapi. Apakala sampai ke Woodland disambut dengan kapal kecil kerajaan Johor lalu dibawa ke Pabyan Istana Besar. Bila Yang Maha Mulia menjejak tangga sahaja berbunyilah bedil selamat 21 pucuk. Setelah itu seperti raja dahulu juga dipermuliakan dengan kawalan kehormatan dan diraikan oleh Yang Maha Mulia di Istana Besar dengan dihadirkan alatan istiadat kerajaan di majlis singgahsana dan diperjamu santap tengahari. Setelah itu melawat ke masjid, ke makam baginda almarhum, ke Pasir Pelangi dan lain-lain tempat yang terutama. Pada akhirnya terus ke pabyan Istana Besar lalu turun ke kapal kecil menanti di situ (35) diiringkan oleh dua orang A.D.K (audika) Yang Maha Mulia Tuanku. Maka bedil selamatpun ditembaklah dan kapal itu menuju ke sebelah timur kerana Yang Maha Mulia baginda hendak melawat Naval Base (tempat perkumpulan kapal perang) dan dari situ dengan motokar terus balik ke Singapura. Apakala Yang Maha Mulia King ini berangkat balik ke negerinya dikirimnya dengan jalan Consul Generalnya suatu darjah Gajah Putih Siam pangkat yang pertama kepada kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan beberapa darjah-darjah yang lain lagi kepada kerabat-kerabat dan pegawai-pegawai Johor. Maka diadakanlah istiadat bagi menerimanya, akan tetapi raja ini tiada berapa lamanya kemudian daripada itu mangkat pula adanya. PERANGKATAN KING PRADJADIPOK SIAM Sebermula pada tahun 1928 Yang Maha Mulia King Pradjadipok berserta dengan Queennya berangkat melawat Johor dari Singapura terus ke Johor dengan aturan sulit

40

(pada masa itu Johor telah ada jalan tambak melintangi Selat Tebrau) diiringkan oleh seorang anak raja dan Consul General yang di Singapura dan tiadalah baginda berhajat berjumpa sesiapa dalam pada itu ditentukan oleh Yang Maha Mulia supaya Datuk Menteri Besar, Yang Amat Mulia Tengku Temenggung, Yang Mulia Engku Abdul Aziz bin Abdul Majid dan Datuk Daud bin Haji Sulaiman meraikan serta membawa berkeliling-keliling mana-mana yang patut hingga Yang Maha Mulia balik ke Singapura. Adapun baginda ini tiada lama di atas kerajaan lalu belayar ke Eropah laki isteri dari jalan Pulau Pinang membawa diri kerana negerinya telah berbangkit huru hara iaitu setengah berkehendakkan aturan jumhuriyyah dan setengah bermaksud akan ada raja dengan kuasanya berhad. Dalam hal kacau bilau itu diangkat oleh puak-puak itu tiga orang jadi jemaah pangkuan negeri bagi sementara mendapat perselesaian. Maka tatkala itu King itupun menarik diri lalu berangkat belayar meninggalkan negeri. Maka pada akhirnya ditentukan paduka saudara kepada raja itu dijadikan raja tetapi anak raja itu masih kecil yang demikian berjalanlah aturan jemaah pangkuan negeri sehingga raja itu cukup umur dan dipersembahkan kuasa-kuasa yang dihadkan baginya. Maka negeri Siam itupun diubah namanya mengambil nama yang asal konon iaitu Thai adanya. (36) YANG MAHA MULIA IBRAHIM SULTAN BERANGKAT KE THAI (LAND) Bermula dengan sebab kisah-kisah di atas ini meriwayatkan raja-raja Siam atau Thai berlapis-lapis berangkat melawat ke Johor Baharu sama ada dengan pejawatan atau sulit yang demikian disekali disebutkan di sini peri perangkatan Yang Maha Mulia Tuanku berserta Yang Amat Mulia Sultanah Helen ke negeri Thai pada masa menjajah negeri di sebelah timur. Maka adalah Yang Maha Mulia itu diiringkan oleh Liutenant

41

Colonel Yang Berhormat Datuk Yahya bin Abdul Talib Second and Command Johore Military Force dan Liutenant Abdul Kadir bin Haji Muhammad Said bagi audika (A.D.K) kepada Yang Maha Mulia dan jua Tuan Paul Arthur Barlyur (kemudian bergelar Datuk) iaitu Kounsil Perancis di Singapura iaitu seorang sahabat baik kepada Yang Maha Mulia. Maka perangkatan itu dengan keretapi memakai kereta saloon (kereta kenaikan) Yang Maha Mulia sendiri hingga terus ke Bangkok. Kapal Negeri Thai berlepas dari Johor pada 5 Januari 1933. Maka apakala sampai ke sana disambut oleh bekas Council General Siam di Singapura yang telah kenal biasa dengan Yang Maha Mulia berserta beberapa orang besar-besar negeri itu dan Yang Maha Mulia serta pengiringnya bersemayam di sebuah hotel yang telah ditentukan. Shahadan di belakang daripada itu dengan bawaan bekas Council Jeneral itu berjumpalah Yang Maha Mulia dengan pihak-pihak pangkuan negeri di istana serta dan berkenal dengan orang-orang yang terutama. Setelah itu Yang Maha Mulia dan Yang Amat Mulia meraikan dengan jamuan serta dibawa mereka melihat beberapa tempat yang khas. Dan lagi wakil pihak kerajaan Inggeris di situ amatlah mengambil berat meraikan Yang Maha Mulia serta diperkenalkan dengan saudagar-saudagar yang berniaga besar dalam negeri Thai itu. Setelah Yang Maha Mulia dan Yang Amat Mulia melawat meratarata tempat yang patut dilihat dalam dua tiga hari persemayaman di situ berangkatlah Duli Yang Maha Mulia dengan pengiring-pengiringnya dengan keretapi memakai saloonnya jua hingga ke sempadan Kemboja lalu berpindah kepada motokar meninggalkan negeri Thai itu dan saloon itu dikirimkan balik ke Johor adanya. (37) FASAL YANG KE-13

42

PERIHAL YANG BERLAKU DALAM TAHUN YANG PERTAMA BAGI KERAJAAN YANG MAHA MULIA DAN RIWAYAT BERKENAAN DENGAN PERENGGAN 2 MEMBUKA KOTA TINGGI Sebermula pada hari Raya Haji sanah 1313 bersamaan dengan 23 Mei 1896 lepas daripada sembahyang hari Raya beramai-ramai di masjid Johor masa itu duduknya di kaki Bukit Bendera Negeri, maka berangkatlah Yang Maha Tuanku dengan beberapa kerabat-kerabat, datuk-datuk, dan orang-orang muda jua dengan sebuah kapal kerajaan menuju ke sebelah Timur dan di antara mereka itu ada dua tiga taukeh-taukeh Cina yang kenal baik dengan Yang Maha Mulia dan akrab dengan kebanyakan orang-orang Johor. Adalah maksud perangkatan itu hendak mengesahkan peraturan tempat dijadikan bandar di Kota Tinggi yang duduknya di Sungai Johor zahirnya pemergian itu kadar bersuka-suka sebab lebih kurang semuanya dianggarkan dalam pelan tempat itu. Adapun sebab digelarkan tempat ini Kota Tinggi kerana konon asalnya zaman dahulu bila Raja Johor berbuat negeri berhampiran dengan kuala tiada tertahan langgaran musuh di sinilah berkota tinggi berkubu kuat hingga tewas dan undur musuh-musuh itu. Apakala perangkatan Yang Maha Mulia masuk ke Sungai Johor mudik sampai ke Batu Sawar berhentilah kapal itu sejurus kerana orang-orang naik ke darat mana-mana yang berhajat ziarah ke makam baginda Almarhum Sultan Mahmud yang mangkat kena tikam masa dijulang pada tahun 1699 miladiyyah. Kampung perkuburan di situ digelarkan makam Tauhid dan bila didapti banyak sangat jadi penyakit ke atas orangorang diam di rantau itu diubah namanya disebut Kampung Batu Sawar sebab banyak ada batu berlonggok-longgok di situ seperti kota keadaannya. Setelah Yang Maha Mulia ziarah ke makam itu adalah dikehendakkan bagi kehadapan supaya kerajaan melihatkan

43

tempat itu dijaga dengan bersih didirikan bangunan yang munasabah serta diperbuatkan sebuah masjid batu maka sekarang boleh dilihat ada sekeping (38) luh tembaga berukir jadi peringatan makam itu, dan juga di makam Bendahara Tun Abdul Majid di Padang Saujana tidak berapa jauh ke sebelah atas Kampung Batu Sawar ini dan lagi tempat ini telah ada jalan darat menerusi dari Kota Tinggi yang demikian menjadi kemudahan masing-masing hendak melawat ke tempat-tempat itu tidak payah dengan jalan perahu. Shahadan bertolaklah kapal dari situ dan tidak berapa jauh meninggalkan sampailah ke tempat yang dianggarkan jadi bandar Kota Tinggi lalu berlabuh. Adalah Sungai Johor di rantau itu tidak berapa lebar (dan sekarang telah diperbuat jambatan bagi seberang menyeberang) tetapi di sebelah kanan mudik tempat yang hendak diperbuat bandar itu airnya dalam boleh senang kapal rapat ke tebing bila diadakan tambatan sekadarkan tempatnya tiada banyak tanah keras melainkan lumpur dan baron tetapi tidak mengendalakan (betul juga kerana sekarang telah bertambak penuh dengan tanah keras) Maka bertentang di sebelah kiri mudik tanahnya keras dan jadi hujung jalan yang terus dari Johor Baharu. Maka molek jua disebut di sini terlanjurkan teringat adalah Johor ini sungguhpun namanya konon dari Bahasa Arab Jauhari tapi bila diambil rupa harimau dijadikan suatu darinya cogan kebesaran bagi kerajaan (aram atau jata) iaitu amat munasabah kerana daripada bumi ju itu jadi pangkal perkataan juang dan har itu jadi pangkal perkataan harimau yang demikian bagi jata yang dipakai oleh kerajaan itu harimau berjuang mengampu mahkota adanya.

44

Arakian naiklah masing-masing ke darat berpecah-pecah melihat tempat-tempat di kiri kanan sungai itu kerana di situ ada sebuah sampan kotak Cina boleh seberang menyeberang dengan mudah bila tiada berarus (kerana ada kalanya keras arusnya masa bah) dan tambangnya pada seorang kadar satu sen. Maka dengan tidak berpanjang kata tetaplah rundingan itu di sebelah kiri menjadi rumah pasung dan juga rumah pegawai daerah dan rest house bagi sementara dan di sebelah kanan jadi bandar dan juga pejabat kerajaan dan lain-lain Dan lagi ditentukan jalan terus bagi bandar itu (39) supaya bertentang dengan jalan sebelah Johor dicadangkan jadi bagus bila diperbuat jambatan kelak sebagai lagi pada tepi sungai sebelah menyebelah jangan dibenarkan orang membuat rumah apatah lagi belakangnya sebelah sungai dan hendaklah diadakan cadangan membuat jalan mengikut tepi sungai itu. Maka menentukan pula tempat pasar dan tambahan kapal ulang alik ke Singapura kerana pada masa itu belumlah ada dalam kiraan kenaikan dan pedati yang ringkas perjalanan seperti motokar dan lori yang ada sekarang tambahan pula pada zaman itu mengikut jalan darat dengan kereta lembu mengambil tempoh dua hari baru sampai kerana jalan itu melalui bukit-bukit tinggi dan terlalu banyak bengkang bengkok seakan lipat kajang ialah terutama berbelanja dengan cermat. Maka hendak potong memotong bukit dan tambak menambak pada lembah berkehendakkan wang banyak padahal jalan itu kadar sejauh kira-kira tiga puluh miles tetapi melalui hutan rimba tempat harimau dan gajah bersiar mencari mangsanya. Shahadan setelah berjamu makan minum dan bertentu lebih kurang dengan tauke Cina yang ada bersama-sama supaya berbuat rumah sewa dan memasukkan orang-orang dibacakanlah doa keselamatan lalu bertolak balik ke Johor kapal kenaikan itu dan sampai

45

dengan selamatnya pada waktu malam. Maka disebutkan di sini iaitu di antara orangorang Melayu ada jua menerima tawaran menerima mengambil tanah dalam bakal bandar itu tetapi almaklum kadar sanggup sahaja tatapi tidak terdaya beriktiar masa itu adanya. MENYAMBUT ULANG TAHUN HARI KERAJAAN YANG PERTAMA Mengikut bagaimana kelaziman masa baginda almarhum iaitu kira-kira sebulan lebih dahulu daripada jatuh ulangtahun hari kerajaan diadakan mesyuaratt dengan segala pihak isi negeri dan rakyat apa-apa temasya atau hajat hendak diadakan jua jamuanjamuan tetapi pada kali ini kata titah kepada setiausaha kerajaan panggillah orang-orang seperti masa tetapi beritahu buatlah dengan kadar sahaja tak usah berbanyak belanja buang wang. Mana yang sempit dan terasa susah tidak usah datang terutama pukat-pukat dari sungai-sungai itu mana-mana yang suka berbuat seperti biasa. Maka tentang orangorang Melayu dari teluk tanjung telah nyata kesusahan mereka duduk beberapa hari dalam perahu (40) makan minum tiada tentu tinggal rumah tangga tinggal pencarian. Tak usah begitu lagi mana-mana yang ingat akan baginda almarhum bermuafakat beramai-ramai di tempat sendiri diadakan tahlil kenduri dan doa akan raja dan negeri dan kemudian buatlah temasya apa yang patut menyukakan hati jadi senang dapat dilihat oleh anak bini bukannya melepaskan mata sendiri. Maka titah itu dijunjungkan kepada pihak orang ramai dan masing-masing mengucap syukur mendengarkan atas limpah timbangan yang ihsan sungguhpun demikian dalam bandar Johor berbelanja masing-masing menurut hawa nafsu mereka.

46

Shahadan pada 17 Rabiulawal 1314 bersamaan dengan 26 September 1896 mulailah disebut ulangtahun hari kerajaan bagi yang pertama kali dan pada waktu Subuh malam itu bertolak sebuah kapal kecil membawa beberapa orang dengan alatan bagi istiadat ziarah makam-makam di Teluk Belanga berdoa dan menjirus air bunga di situ dan bertolak balik ke Johor segera lekas. Dari itu dan hal Johor diperbuat jua istiadat menjirus air bunga di makam baginda almarhum di Mahmudiyyah serta dibacakan doa kira-kira pukul 7 pagi. Sebermula pada pukul 9 pagi itu dilakukan istiadat membaca doa kesyukuran di dewan disambut dengan bedil selamat dan pancaragam bermain lagu bangsa. Setelah itu mengadap tazim di Istana Besar dan masing-masing yang ada pakaian kebesaran hendaklah dipakai dengan secukupnya dan mana-mana yang ada kalung darjah hendaklah memakai kalungan maka bagi yang lain memakai pakaian kehormatan. Apakala selesai istiadat di Istana Besar itu temasya perlumbaan laut dimulailah dan pada sebelah atas tengahari disambung oleh temasya darat perlumbaan berlari atau disebutkan sukan dan permainan wayang joget dan sebahagiannya bermainlah hingga hampir masuk matahari baru berhenti kemudian malam bermain lagi tanglung dan lantera dipasang terang benderang. Tentang jamuan kerajaan terlebih besar dan ramai daripada yang sudah-sudah dan banyaklah dif-dif dari Singapura hadir bersama-sama iaitu Tuan Yang Terutama Gabenor Selat, pegawai-pegawai besar kerajaan dan saudagar-saudagar juga dan semuanya memakai uniform atau pakaian hormat. Maka hal lain-lain lebih kurang seperti zaman baginda almarhum jua adanya. (41)

47

FASAL YANG KE-14 PERIHAL YANG BERLAKU DALAM TAHUN YANG KEDUA KERAJAAN YANG MAHA MULIA DAN RIWAYAT YANG BERKENAAN PERENGGAN 1 ORANG-ORANG MELAYU DI JOHOR BAHARU DIKURNIAKAN TANAH Bermula adalah hal orang-orang Melayu pada zaman itu dalam Johor Baharu kebanyakan rumah di tepi pantai berhimpit-himpit dan di darat pada barn-barn dan lembah-lembah sehingga berhampiran dengan istana itu ada beberapa banyak rumahrumah di situ. Maka sangatlah risau Duli Yang Maha Mulia Tuanku melihat keadaan yang demikian pada hal kerajaan ada banyak mempunyai tanah kosong di sebelah darat dan ada yang bekas kebun gambir dan lada tetapi masing-masing tiada berhajat hendak mendiami jauh dari pantai dari sebab itu dititahkan oleh Yang Maha Mulia kepada pejabat tanah supaya ditanding-tanding tanah yang dianggarkan boleh tempat orangorang Melayu duduk iaitu kira-kira dua rantai makanan pada suatu tanding terutama tanah di sebelah belakang Mahmudiyyah hingga ke atas Bukit Sungai Cat serta ditandakan dengan batu bagi sempadan. Maka dikerjakanlah oleh pejabat tanah bagaimana kehendak titah itu. Hatta apakala siap maka dititahkan oleh Yang Maha Mulia kepada Setiausaha Kerajaan mengeluarkan perintah supaya masing-masing berpindah dari tepi laut dan jua dari tempat-tempat berhampiran dengan kawasan Istana Besar dan istana persemayaman dalam tempoh yang ditentukan. Maka sesiapa yang ada tanah boleh diperiksa di pejabat tanah di mana-mana berkenan masuklah surat permohonan supaya ditimbang dan dibenarkan yang patut. (42)

48

Shahadan masing-masingpun mendapatlah tanah hingga penuh kawasan yang ditentukan itu lalu mereka memindahkan rumah masing-masing ataupun membuat rumah baru sekali. Maka mana-mana yang ada bermodal ataupun ada berumah batu di tempat yang berhampiran dengan Istana Besar atau istana persemayaman boleh bertentu dengan pihak kerja raya bagi mendatangkan permohonan kepada kerajaan yang munasabah maka dengan hal yang demikian dalam tiada berapa bulan licinlah di tepi laut tempat yang disusahkan itu melainkan tinggal rumah-rumah batu atau yang seumpamanya dan blok rumah sewa di rantau penjuru Jalan Air Molek tetapi pada akhirnya semua dibuka diruntuhkan dengan beroleh bayaran atau ganti dari kerajaan. Maka kampung-kampung tempat orang-orang itu berpindah suatu dinamakan Kampung Baru dan satu lagi Tarum. Maka masing-masing pun barulah mempunyai tanah dan tempat kediaman yang betul serta boleh bercucuk tanam dan negeripun nampak baik adanya. MEMBUAT PARIT DAN TEMBOK LAUT Adalah yang kena bekerja kuat ialah orang salah (banduan) yang hukum penjara dengan keras diperintahkan mereka membersihkan kotor-kotor dalam bandar ialah seperti menyapu jalan raya. Membuang sampah-sampah pada tempat-tempat yang ditentukan dan membersihkan parit-parit dan longkang-longkang yang banyak kadar tanah sahaja. Kemudian diajar pula setengah daripada mereka itu berbuat kerja tukang batu, mengikat parit dengan batu bakar dan membuat kelbat-kelbat yang kecil yang mana difikirkan oleh kerja raya memadai mereka sahaja mengerjakan tidak payah diri kepada pemborongpemborong yang demikian dalam sedikit masa nampaklah baik jalan-jalan dalam bandar itu dengan bersih parit-parit dan longkang-longkang.

49

Setelah itu diperintahkan kerja raya supaya dapat banyak kayu bakau kerana pile dan disuruhkan tanda di tepi laut bagi dipasang kayu bakau itu Maka setengah daripada kerja memukal kayu bakau pile itu diborongkan dan setengah pihak orang salah itu sahaja mengerjakan. Tatkala itu (43) banduan yang lazim menolong kerja membersihkan rumah setengah daripada pegawaipegawai atau datuk-datuk semuanya dilarang melainkan ditentukan kerja mereka sematamata membuat kerja bandaran dan kerajaan. Maka mana-mana pantai yang telah siap ditaruh pagar kayu pile bakau itu disuruh isi dengan sampah-sampah dan tanah hingga penuh. Pertama disebalah laut bandar dan di kuala Sungai Seget dan kemudian memanjanglah ke laut Istana Besar. Maka pekerjaan itu mengambil tempoh yang lanjut sebab banyak tempat-tempat yang hendak dikerjakan tetapi dengan tekun dan bersungguh-sungguh kerja itu hingga betullah rupa tepi laut bandar Johor dan juga sebelah dalam Sungai Seget dan lain-lain jua. Maka oleh sebab kayu bakau pile itu tidak boleh tahan lama jadi dititahkan pula dapatkan batu granit dan batu karang diikat disebelah luar kayu pile itu. Maka itu suatu kerja yang besar dengan belanja yang banyak tetapi pada akhirnya Johor beroleh berikat batu tepi laut lebih daripada tiga miles panjang. Maka ada jua tempat yang diikat batu itu tanahnya lembut hingga berulang-ulang kali diperbaiki merus dan pecah juga. Shahadan adalah kerja itu disambung dengan kerja menambak blok-blok yang penuh dengan barn di sebelah Kampung Apo di rantau kaki Bukit Timbalan membawa ke jalan ke sebelah laut dan sebelah Jalan Air Molek hingga blok berhampiran dengan Istana Besar dan dikiri naik Jalan Air Molek maka pekerjaan ini berkehendak

50

disungguhkan juga tetapi dengan tetap fikiran Yang Maha Mulia habislah akhirnya tempat-tempat itu bertutup dengan tanah maka di sebelah darat jalan tembok sungai cat keadaan barnnya amat luas maka dengan cekal mengadap pekerjaan itu dapatlah dihabiskan jua menambaknya hingga jadi suatu padang yang molek dan jua dibangunkan hospital yang tinggi dan cantik dan lain-lain bangunan adanya. (44) FASAL YANG KE-15 PERIHAL YANG BERLAKU DALAM TAHUN YANG KE-2 KERAJAAN YANG MAHA MULIA DAN RIWAYAT YANG BERKENAAN PERENGGAN 2 MEMULANG BINTANG BAGI ALMARHUM KE EROPAH Bermula dalam bulan Rejab 1314 bersamaan dengan bulan Disember 1896, Datuk Seri Amar Diraja dengan titah belayar ke Eropah hendak memulangkan bintang-bintang yang dihadiahkan kepada baginda almarhum itu sungguhpun iaitu boleh diserahkan kepada wakil-wakil kerajaan masing-masing di sebelah sini, tetapi lebih utama jika dapat dihantarkan terus kembali kepada kerajaan masing-masing di negerinya sendiri kerana nampaklah lebih diperhargakan dan juga ada tanda-tanda yang mahabbah di situ tetapi moleklah setahu wakil-wakil masing-masing kerajaan itu supaya tiada membelakangkan mereka dan lagi boleh mereka berutus memberitahu bagi kedatangan itu. Bagi pengetahuan mana-mana yang tiada sedia tahu adalah darjah-darjah yang dikeluarkan oleh kerajaan itu masing-masing dengan adat dan aturannya tetapi kebaikan juga kepada rakyat sendiri termustahak bila mati yang menerimanya bagi waris si mati itu mengambilkan dan jikalau mati dalam perang kerana negerinya, harus jua ada kenangan diserahkan bagi simpanan ingatan warisnya tetapi jika orang-orang luar ada yang

51

dihadiahkan lepas dan ada yang suka juga dikembalikan kerana adalah pemberian antara sama raja itu pada tanda muhibah persahabatan, dan lagi tentang kurnia (45) kepada orang-orang keluaran itu lazim dikenakan ahli yang kehormat pada hal ada jua yang dihadiahkan kerana jasa bukan kerana kenalan atau kehormatan sahaja maka bagi yang menerima itu pula hendaklah ia memaklumkan kepada pihak kerajaannya serta memohon kebenaran memakainya barulah sah apabila diperkenankan. Adapun di antara darjah-darjah yang hendak diserahkan balik di Johor itu iaitu bagi kerajaan Inggeris berwujud kepada Colonial Office di London ialah sebuah darjah pangkat yang pertama bagi Darjah Grand Commander of St Micheal and St George (G.C.M.G) iaitu kerana jasa dan bakti baginda almarhum dalam berbagai-bagai hal terutama menolong dalam menyelesaikan perkara-perkara berkenaan dengan Tanah Melayu dan sebuah lagi bintang pangkat yang kedua bernama Knight Commander Star of India (K.C.S.I) terutama kerana persahabatan ialah diperoleh Yang Maha Mulia baginda pada masa berangkat ke India bersam-sama menyambut dan berjumpa Prince of Wales (yang kemudian bergelar King Edward VII) yang kenal baik pada masa berangkat ke England dan jua bagi memperhargakan keadaan Yang Maha Mulia menawangkan bangsa India yang mencari kehidupan dalam Johor. Maka sebuah lagi bintang yang terutama hendak dikembalikan iaitu kepada baginda Yang Maha Mulia Sultan Abdul Hamid Turki ialah Bintang Uthmani Pangkat Yang Pertama yang ia sendiri menghadiahkan kepada baginda almarhum seperti yang telah lalu disebutkan perihalnya. Maka sekaliannya itu dipersampaikan oleh Datuk itu diiringkan dengan surat dan lafaz-lafaz yang baik daripada Duli Yang Maha Mulia maka

52

amatlah memberi kesan yang demikian kepada pihak kerajaan Inggeris dan bagi hal darjah dari Istanbul itu dibawa pula oleh pihak menteri mengadap Yang Maha Mulia baginda sultan tatkala itu dapatlah datuk itu menyembahkan lafaz-lafaz yang termulia daripada pihak Duli Yang Maha Mulia Tuanku hingga terasa gembira baginda lalu bertitah supaya dipersampaikan ingatannya yang baik kepada Yang Maha Mulia Tuanku... (46) dengan dikurniakan pula suatu warkah yang khas diserahkan ke tangan datuk itu menyampaikan jua sebuah darjah yang baru yang sama pangkat dengan yang lama bagi tanda ingatan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku adanya. Adapun pemergian Datuk Seri Amar Diraja itu ke Eropah ada juga membawa kerja-kerja yang lain jua bagi kerajaan dan juga kerja-kerja ia sendiri bagi mengambil datinnya dan anak-anaknya bagi berpindah ke Johor adanya. PERIHAL YANG DAHSYAT Dalam Majalah Selamat Johor yang dikeluarkan oleh Encik Onn bin Jaafar (kemudian bergelar Dato) tempoh 40 tahun kerajaan Yang Maha Mulia Tuanku ada tersebut kisah seperti berikut ini: Pada 26 Ramadan 1314 maka telah berlaku satu pergaduhan orang-orang salah mengamuk di dalam penjara besar di Johor Baharu. Orang-orang salah itu telah melukakan mata-mata penjara dan Awang bin Umar kepala mata-mata yang luka parah hingga tiada berapa hari sahaja hidupnya dan empat orang semuanya telah lepas lari memanjat dari tembok penjara malam itu juga sebelum dapat bantuan dari luar. PERIHAL YANG HEBAT

53

Dalam bulan Syawal 1314 telah dinikahkan anak-anak raja tujuh orang sekali dalam suatu masa melainkan masa berinai dan bersatunya sahaja masing-masing harinya. (47) Adapun perihal perkahwinan tujuh orang dengan sekali gus iaitu dilakukan di Istana Zaharah dengan kehendak Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada menimbangkan hal anak-anak raja yang muda belia lelaki dan perempuan berkeadaan bujang yang demikian dijodohkannya. Maka dari antara yang kahwin itu ada beberapa orang dalam jumlah sepupu kepada Yang Maha Mulia iaitu Engku Ahmad bin Muhammad Khalid, Engku Mahmud bin Muhammad Khalid, Engku Muhammad bin Abdullah dan bagi perempuan pula ialah Engku Fatimah bte Engku Abdul Majid, Engku Zainab bte Engku Abdul Majid dan lain-lain lagi. MENYAMBUT ULANG TAHUN HARI KERAJAAN YANG KEDUA Seperti ulangtahun yang pertama iaitu dalam bulan Safar, pihak Setiausaha Kerajaan mengadakan persidangan ramai bagi bermuafakat apa-apa yang hendak dibuat supaya ditimbang dan diaturkan akan tetapi pada kali ini seperti tahun lalu telah ada titah Duli Yang Maha Mulia dijunjungkan kepada masing-masing tiada usahlah berbelanja berbesar-besar dengan kadar dan memadai temasya itu dua hari sahaja tak usah seperti biasa sampai tiga hari dan pejabat pun kadar ditutup dua hari juga. Maka titah itu terjunjung oleh masing-masing dengan taat. Shahadan pada 17 Rabiulawal 1315 diadakanlah sambutan ulangtahun hari kerajaan bagi tahun yang kedua perajaan Yang Maha Mulia dengan sentosa dilakukan

54

seumpama tahun yang pertama jua dalam serba serbinya sekadaran selama dua hari adanya. _________________________ (48) FASAL YANG KE-16 PERIHAL YANG BERLAKU DALAM TAHUN YANG KE-3 KERAJAAN YANG MAHA MULIA DAN RIWAYAT YANG BERKENAAN PERENGGAN 1 KAHWIN YANG AMAT MULIA TENGKU PUAN BESAR MARYAM Sebermula adalah tahun yang ketiga perajaan Yang Maha Mulia dimulakan dengan mengangkat kerja kahwin Yang Amat Mulia Paduka Kekandanya Tengku Maryam timangannya Tengku Sulong dengan Yang Amat Mulia Tengku Besar Mahmud bakal raja Pahang ialah kerja yang hendak dilakukan oleh Seri Paduka Ayahandanya Yang Maha Mulia baginda almarhum Sultan Abu Bakar sendiri bersama-sama dengan Yang Maha Mulia baginda Sultan Ahmad Pahang yang berangkat bersemayam di Johor kerana ini dalam tahun 1892 dan telah diadakan istiadat menghantar belanja dengan bertemasya tiba-tiba Yang Amat Mulia pengantin lelaki beroleh keuzuran gering lalu ditempohkan dan Yang Maha Mulia Seri Paduka Ayahandanya Sultan Pahang pun berangkat kembali ke Pekan, Pahang. Hal pekerjaan ini telah ditempohkan dari satu ke satu masa beberapa kali hingga banyak menyangkakan tiada akan jadi kerana hampir-hampir lima tahun akan tetapi dengan kudrat Tuhan pertemuan mereka keras maka pada 16 Rabiulawal 1315 bersamaan dengan 14 September 1897 disempurnakan oleh kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku

55

diadakan istiadat di Balai Zaharah dengan sebaik-baiknya dipersertakan dengan berbagaibagai temasya dan keraian. (49) Setelah selesai bersemayamlah Yang Amat Mulia itu laki isteri di Istana Zaharah dan ada kalanya di Istana Tyresall Singapura dengan bersuka ria hingga kira-kira enam bulan lamanya. Maka pada 23 Syawal 1315 bersamaan dengan 16 Mac 1898 berangkatlah Yang Amat Mulia Tengku Besar Pahang itu membawa paduka isterinya Yang Amat Mulia itu berpindah ke negerinya di Pekan iaitu dengan kapal kerajaan selat bernama Sea Bell. Tatkala itu ada beberapa orang perempuan baik-baik Johor mengiringi seolah-olah berpindah, bersama-sama lain daripada yang kadar menghantar mereka. Adapun hal Yang Amat Mulia Tengku Maryam itu bersemayam di Pahang amatlah dipermuliakan dan dikasihi oleh pihak-pihak kerabat dan orang ramai kerana baik budi bahasa dan pandai melakukan dirinya. Maka tiada berapa lamanya di belakang daripada itu ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ahmad Pahang yang sentiasa dalam uzur gering sedikit itu menguatlah dan dengan takdir sampailah suratannya. Maka berkabunglah seisi negeri Pahang itu daripada rakyat-rakyat Melayu dan apakala dapat perkhabaran yang dukacita itu ke Johor dengan titah Yang Maha Mulia diturunkan pepanjinya dan bendera negeri separuh tiang hingga 40 hari bagi perkabungan. Bahawa pada masa jenazah baginda itu hendak dimakamkan iaitu diadakanlah istiadat bagi melantik ganti almarhum itu. Maka Yang Amat Mulia Tengku Besar Mahmud pun diserukanlah jadi Su