Hikayat Patani

59
BMS 3022 Karya Agung Melayu Hikayat Patani Nor Amira binti Mohd Noor D20121057988 Liyana Shazwani binti Rosdi D20121057991 Nusratina binti Zulkifeli D20121058000 Nor Zulaikha binti Abu Bakar D20121058001 Siti Hawa binti Harun D20121058022 Nur Hiedayah binti Zulkipli

Transcript of Hikayat Patani

Page 1: Hikayat Patani

BMS 3022Karya Agung Melayu

Hikayat PataniNor Amira binti Mohd Noor D20121057988Liyana Shazwani binti Rosdi D20121057991Nusratina binti Zulkifeli D20121058000Nor Zulaikha binti Abu Bakar D20121058001Siti Hawa binti Harun D20121058022Nur Hiedayah binti Zulkipli D20121058024

Page 2: Hikayat Patani

Sinopsis

Page 3: Hikayat Patani

Bermula dengan pemerintahan Raja Phaya Tu Kerub Mahajana di Kota Mahligai.Setelah beliau mangkat, digantikan oleh puteranya, Raja Phaya Tu Antara yang menggelarkan diri sebagai Phaya Tu Naqpa.Pada masa itu negeri Patani dibuka dengan nama Patani Dar al-Salam.Phaya Tu Naqpa mempunyai dua putera dan seorang puteri iaitu Kerub Picai Paina, Tunku Mahacai dan Mahacai Pailang.

Page 4: Hikayat Patani

Pada masa pemerintahan Phaya Tu Naqpa negeri Patani menerima Islam.Diceritakan bahawa baginda menghidap penyakit (merekah tubuh).Kemudian, seorang orang Pasai bernama Syekh Said telah berjanji untuk mengubati baginda sekiranya baginda mahu memeluk Islam.Setelah memeluk Islam baginda bergelar Sultan Ismail Syah.

Page 5: Hikayat Patani

Putera sulung bergelar Sultan Mudaffar Syah, puteri bergelar Siti Aishah, dan putera bongsu bergelar Sultan Manzur.Perhubungan dengan negara asing bermula pada masa ini apabila sebuah wangkang dari China datang ke Patani membawa sebutir peluru yang besar.Melalui peristiwa itu, baginda lalu memerintahkan pembesar-pembesar supaya mencari tukang membuat meriam dan bedil.

Page 6: Hikayat Patani

Semasa pemerintahan Sultan Mudaffar Syah perdagangan di Patani berkembang pesat dan terkenal sebagai sebuah negara yang memeluk Islam.

i. Sebuah masjid dibina.ii. Seorang syekh dari Pasai (Syekh Saifuddin) diberi

gelaran fakih.iii. Hubungan persahabatan dengan Ayuthia dijalinkan.iv. Hubungan dengan Johor terjalin melalui

perkahwinan Raja Kuning dengan Yang Dipertuan Johor.

Page 7: Hikayat Patani

Sultan Manzur Syah mempunyai tujuh orang anak iaitu Raja Ijau,Raja Biru, Raja Ungu, Raja Kuning, Raja Bima (anak gundik), Raja Emas Kerecang (mangkat semasa berumur lima tahun), dan Sultan Bahadur Syah.Pengganti Sultan Manzur ialah Sultan Patik Siam (putera Sultan Mudaffar) yang berusia sembilan tahun.Atas hasutan pembesar (Seri Amrat), Raja Bambang (abang) membunuh Sultan Patik Siam.Kemudian, Seri Amrat membunuh Raja Bambang.

Page 8: Hikayat Patani

Sultan Bahadur Syah menjadi pemerintah tetapi baginda mati dibunuh oleh Raja Bima atas hasutan Seri Amar Pahlawan.Raja Bima pula dibunuh oleh Seri Amar Pahlawan.Selepas itu tiada lagi waris lelaki untuk mewarisi takhta kerajaan Patani.Pemerintahan dilakukan oleh raja-raja perempuan.

Page 9: Hikayat Patani

Raja perempuan pertama dilantik ialah Raja Ijau (Phra Cau).Baginda menawarkan air sungai Jambatan Kedi dengan menggali sungai di Tambangan. Bagi menghargai jasa setelah mangkat digelar Marhum Tambangan.Phrau Cau digantikan oleh Raja Biru.Pada zaman itu, Raja Kuning diperisterikan oleh Apya Deca.Oleh itu, berlaku peperangan antara Siam dan patani.Tentera Siam dapat diundurkan.

Page 10: Hikayat Patani

Raja Biru diganti oleh Raja Ungu (Paduka Syah Alam), kemudian diganti oleh Raja Kuning (Marhum Besar).Sampai sini putuslah salasilah diraja Patani.Patani kemudiannya bernaung di bawah pemerintahan seorang anak raja yang berasal dari Kelantan bernama Raja Bakal (Marhum Teluk).Digantikan oleh Raja Emas Kelantan (Marhum Kelantan), dan seterusnya Raja Emas Jayam.

Page 11: Hikayat Patani

Dikisahkan tentang seorang anak raja Kedah bernama Raja Putera yang lari ke Patani semasa Aceh mengalahkan Kedah.Baginda mengahwini Sulung (hamba Nang Kebun) dan mendapat seorang puteri (Raja Dewi).Raja Dewi dilantik menggantikan Raja Emas Jayam.Diberi gelaran Phra Cau.

Page 12: Hikayat Patani

Negeri Patani diperintah pula oleh Raja Bendang Badan (Paduka Syah Alam).Selepas itu, diperintah oleh Raja Laksamana.Baginda lari ke Senggora kerana berkelahi dengan Datuk Kun Pangkalan Pauh dan Datuk Sai.Untuk balas dendam baginda membawa tentera Siam menyerang Patani tetapi gagal.Baginda berundur ke Cenak dan membina negeri di Nanggim.

Page 13: Hikayat Patani

Datuk Pangkalan Pauh ambil Datuk Tarab dari Kelantan dijadikan bendahara dan dirajakan di Jambu.Setelah itu, Alung Yunus pula mendirikan kerajaan di Air Lilih dan digelar Yang Dipertuan.Baginda merombak Istana Raja Dacang (Raja Laksamana) dibuat masjid.Pada masa itu, beberapa orang alim datang ke Patani dan mengajar hukum-hukum Islam.

Page 14: Hikayat Patani

Mereka ialah:i. Sayid Abdullah dari Terengganu.ii. Haji Yunus dari Jawi, Patani.iii. Syekh Abdul Kadir dari Pasai.iv. Haji Abdul Rahman dari Jawa.

Baginda mangkat dalam peperangan dengan Datuk Pangkalan Pauh (bapa saudara).Negeri Patani akhirnya huru hara tidak beraja.

Page 15: Hikayat Patani

PENGARANGHIKAYAT PATANI, sastera hikayat berunsur

sejarah. Hikayat ini tidak menyebut nama pengarangnya. Hikayat ini dibukukan oleh A. Teeuw dan D.K. Wyatt dengan judul Hikayat Patani, Bibliotheca Indonesia 5 pada tahun 1970 dan diterbitkan oleh Martinus Nijhoff.

Cerita ini terselamat dalam beberapa manuskrip asal lain, terawal disalin oleh Abdullah Menshi pada 1839, dan berada di Perpustakaan Kongress.

Page 16: Hikayat Patani

Pemikiran

Page 17: Hikayat Patani

Definisi Pemikiran-S.Othman Kelantan (1997) turut menjelaskan bahawa pemikiran merupakan satu fikiran atau idea yang muncul dan wujud dari golongan bijak pandai.

-Golongan ini menggunakan akalnya dalam memikirkan konflik yang dihadapi oleh masyarakat dalam lingkungannya, dan pemikiran tersebut dilebarkan oleh golongan cerdik pandai ke luar lingkungannya.

-Pemikiran pengarang juga merupakan penampilan makna dalaman dalam sesuatu karya klasik juga dapat dilihat daripada sikap pengarang yang menampilkan pengembaraan watak yang baik dan mengandungi unsur-unsur pengajaran yang tinggi dalam sesebuah karya klasik.

Page 18: Hikayat Patani

Unsur Sejarah Dalam Hikayat Patani

• Hikayat patani sebuah teks yang membawa pemikiran tentang asal-usul raja negeri Patani Dar al-Salam.• Phaya Tu Naqpa berbincang dengan orang-orang

besar untuk membuka negeri di tempat pelanduk putih ditemui dan diberi nama Patani Dar al-Salam .• Setelah beberapa lama memerintah, baginda

dikurniakan tiga cahaya mata bernama Kerub Picai Paina, Tunku Mahacai dan Mahacai Pailang.

Page 19: Hikayat Patani

Kedudukan Dan Kuasa

• Mengadakan hubungan dengan kuasa-kuasa luar negeri, terutamanya dengan Siam, Acheh, Pahang, Palembang, China, Melaka, Pasai dan Johor.• Semasa pemerintahan Sultan Mudaffar Syah,

baginda telah berkunjung ke Siam untuk menjalinkan persahabatan dengan negeri tersebut. • Sewaktu keberangkatan pulang, baginda

dihadiahkan beberapa tawanan Pegu (Burma) dan Khmer (Kemboja).

Page 20: Hikayat Patani

Pengaruh Kedatangan Islam

• Raja Patani yang pertama memeluk islam ialah Raja Phaya Tu Naqpa. • Bagaimana raja ini memeluk islam diceritakan agak

menarik juga. Dikatakan bahawa baginda telah menghidap sejenis penyakit yang tidak dapat diubati oleh para tabib( penyakit merekah tubuh). • Syekh Said berjanji untuk mengubati beliau

seandainya beliau berjanji untuk memeluk agama Islam• Setelah raja memeluk islam, semua pembesar dan

rakyat turut memeluk agama tersebut.

Page 21: Hikayat Patani

Kemunculan Patani Sebagai Sebuah Pelabuhan Entrepot

• Selepas menerima dan memeluk agama Islam, negeri Patani telah menjadi sebuah negeri yang masyhur.• Menjalinkan persahabatan dengan negeri-negeri

asing, terutama sekali melalui hubungan perdagangan.• Dari China diperoleh barang-barang tembikar.

Sementara dari india pula didapati kain-kain.

Page 22: Hikayat Patani

 

Siri Peperangan Patani

• Peperangan yang pertama kali berlaku masa pemerintahan Sultan Mudaffar Syah.

• Dikatakan sultan Patani mempunyai hasrat untuk merampas kerajaan Siam pada masa itu. Berpunca daripada perasaan untuk membalas dendam atas sambutan yang diterima oleh Sultan Patani daripada Raja Siam dahulu.

• Peperangan seterusnya berlaku pada masa pemerintahan Raja Ungu. Peperangan ini telah melibatkan raja Johor kerana pada masa itu Yang Dipertuan Johor telah mengahwini Raja Kuning, puteri raja Patani.

• Peristiwa ini berlaku pada tahun 1636 dan Siam telah mengalami kekalahan teruk.

Page 23: Hikayat Patani

Nilai Budaya dan Pandangan Hidup Dalam Karya Agung

Melayu

Budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang merangkumi pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam serta kebiasaan yang diperoleh oleh manusia sebagai anggota masyarakat.

Dari perspektif Islam, pandangan hidup ialah pandangan tentang realiti atau hakikat yang terjelma dari mata hati manusia mengenai kewujudan seluruh alam

Page 24: Hikayat Patani

Adat Pantang Larang

Pantang larang dalam Hikayat Patani berkaitan dengan kematian keturunan raja iaitu rakyat tidak dibenarkan menumbuk dalam negeri selama empat puluh hari bagi menghormati mayat keturunan raja.

Adapun Raja Emas Kercang itu mati umurnya ada lima tahun, terlalu kasih padukan ayahanda akan anakanda baginda, itulah yang diperbuatkan nisan emas dan dikuburkan pun hampir dengan istana, empat puluh hari tiada diberi orang menumbuk dalam negeri itu, kalau rentan sampai kepada mayat paduka anakanda itu dan barang siapa hendak menumbuk keluar menumbuk ke Sungai Pandan dan segala yang berbuat makanan sedikit sebanyak digiling dengan batu.

(Hikayat Patani, 1992: muka surat 20)

Page 25: Hikayat Patani

pantang larang seterusnya ialah berkaitan dengan kemangkatan seseorang pemerintah.

bagi golongan lelaki, mereka perlu bercukur bagi golongan perempuan, mereka perlu mengunting hujung

rambut.

Setelah berapa lama Phra Cau di atas takhta kerajaan maka Phra Cau pun gering, lalu mangkat. Maka segala rakyat di dalam negeri Patani itu semuanya laki-laki disuruh bercukur dan segala perempuan bergunting hujung rambutnya.

(Hikayat Patani, 1992: muka surat 34)

Page 26: Hikayat Patani

Adat Mengarak Surat dan Utusan

sebagai tanda persahabatan serta memperlihatkan tanda kemuliaan dan kebesaran.

Sultan Mansur Syah menyuruh Wan Muhammad untuk pergi ke Siam berjumpa dengan Raja Bercau bagi memohon maaf dan menjalinkan semula hubungan kemesraan antara Patani dengan Siam

Setelah sampai ke labuhan pada keesokan harinya maka surat dan segala

bingkis pun diarak oranglah dengan gendang nafiri, dan payung iram

kekuningan pun terkembanglah kiri kanan gajah menunggang surat itu.

Setelah sampai maka surat dan bingkis itu pun disambut orang dibawa

mengadap Bercau.

(Hikayat Patani, 1992: muka surat 22)

Page 27: Hikayat Patani

pandangan hidup berteraskan islam iaitu pengukuhan islam terhadap seluruh rakyat patani

Sultan Mudaffar Syah memanggil Syekh Safiuddin untuk bertanyakan berkaitan agama islam.

Hasilnya, sebuah masjid dibina bagi mengukuhkan lagi agama islam di Patani

...masjid tempat segala rakyat menyembah Allah Taala, maka nyatalah agama Islam, dan

jikalau tiada masjid itu jua tiadalah kenyataan agama Islam itu.” Arakian maka Sultan

Mudaffar Syah pun memberi titah kepada bendahara menyuruh berbuat masjid seperti

sembah Syekh Safiuddin itu. Hatta maka masjid itu pun diperbuat sudahlah, maka

Syekh Safiuddin pun dikurniakan nama Fakih.

(Hikayat Patani, 1992: muka surat 10)

Page 28: Hikayat Patani

golongan pemerintah menjadi contoh dan teladan kepada golongan diperintah

Apabila raja Patani iaitu Phaya Tu Antara memeluk Islam dan diikuti oleh semua golongan rakyat yang turut sama memeluk agama Islam.

Syahadan pada zaman itu segala rakyat yang di dalam negeri juga yang

membawa agama Islam, dan segala rakyat yang di luar daerah negeri seorang

pun tiada masuk Islam. Adapun Raja itu sungguhpun ia membawa agama Islam,

yang menyembah berhala dan makan babi itu juga yang ditinggalkan, lain

daripada itu segala pekerjaan kafir itu suatu pun tiada diubahnya.

(Hikayat Patani, 1992: muka surat 2)

Page 29: Hikayat Patani

NILAI ILMU DALAM

HIKAYAT PATANI

Page 30: Hikayat Patani

KONSEP NILAI ILMU

•Kamus Dewan Edisi Keempat (2010: 1081) perkataan nilai merujuk sebagai darjat, kualiti, mutu, dan taraf. Nilai membolehkan manusia membezakan antara perkara yang baik dengan perkara yang buruk, yang betul dengan yang salah.

•Seri Lanang Jaya Hj. Rohani et. al (2014) menyatakan bahawa nilai dan etika masyarakat berkait rapat dengan perkara yang mempunyai nilai yang tinggi dari aspek kebenaran, kebaikan, dan keindahan yang sangat sinonim dengan agama Islam.

Page 31: Hikayat Patani

•Manakala ilmu pula bermaksud pengetahuan mengenai perkara dunia, akhirat, zahir, batin, dan sebagainya.

• Oleh itu, ilmu dikatakan sebagai hal-hal yang berkaitan dengan usaha menyebarkannya dalam bentuk maklumat kepada orang lain. Maklumat yang disebarkan itu mengandungi pelbagai fungsi seperti untuk menambahkan ilmu pengetahuan, dan merungkaikan segala kemusykilan.

• Ilmu dan maklumat yang dikaji berdasarkan karya agung, antaranya ialah ilmu pendukunan, ilmu firasat, ilmu jampi, ilmu pengasih, strata masyarakat Melayu, serta adat dan istiadat Melayu.

Page 32: Hikayat Patani

ILMU PERUBATAN MELAYU

Perubatan Islam adalah satu bidang ilmu dan amalan yang berasaskan ilmu sains perubatan di mana terkandung di dalamnya paradigma, konsep, nilai-nilai tatacara ujian serta rawatan yang selaras dan tidak bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Ia bukannya satu kaedah rawatan yang biasanya diamalkan oleh pengamal-pengamal tradisional tetapi ia merupakan keseluruhan konsep ilmu dan amalan perubatan.Sebagai contohnya,

Page 33: Hikayat Patani

Syeikh Said merupakan seorang pendakwah Islam yang bertanggungjawab menyembuhkan Raja Patani yang bernama Raja Phaya Tu Naqpa.

Raja ini menghidap satu menyakit merekah yang tidak dapat diubati oleh tabib lain. Syeik Said bersedia mengubati baginda seandainya baginda berjanji untuk memeluk agama Islam. Namun, Raja Phya Tu Nakpa telah memungkir janji setelah baginda sembuh dan menyebabkan baginda kembali sakit. Kejadian ini berulang sebanyak tiga kali.

Pada kali ketiga inilah Raja sedar akan kesilapannya dan berjanji tidak akan memungkir janjinya lagi. Setelah Raja Patani sembuh dari penyakitnya, baginda bersama keluarga, pembesar istana dan seluruh rakyatnya memeluk Islam.

Page 34: Hikayat Patani

ILMU FIRASAT

Firasat menurut Kamus Dewan (2010) bermaksud pengetahuan mengenai tanda-tanda pada muka, badan, dan lain-lain untuk mengetahui kelakuan atau nasib seseorang. Tilikan atau ramalan ahli nujum juga antara contoh ilmu firasat. Kelemahan atau kekuatan seseorang juga dapat diketahui melalui ilmu firasat. Hal ini sangat penting bagi pahlawan-pahlawan untuk menewaskan musuh.

Page 35: Hikayat Patani

“Kembalilah sembahkan kepada raja, yang menjadi menantu

raja itu hamba tidak mahu, dan jikalau mahu raja masuk agama

Islam, hambalah cakap mengubati penyakit raja itu.”

(Halaman 12)

Berdasarkan petikan di atas, dapat dibuktikan bahawa Syeikh

Said berpendapat atau berfirasat bahawa beliau dapat

menyembuhkan penyakit Raja Patani iaitu Raja Phya Tu Nakpa

tapi dengan syarat bahawa Raja Phya Tu Nakpa hendaklah

memeluk Islam setelah sembuh dari penyakit baginda.

Page 36: Hikayat Patani

Contoh kedua,

…“Pegu di kaki jambatan itu kena sangat horanya.” Arakian maka Sultan Manzur Syah pun pergilah mendapatkan Pegu itu. Maka titah baginda, “Hai kalwa, lihat apa di dalam tambera handal itu: adakah kita ini akan menjadi raja atau tiadakah?’ Setelah Pegu itu mendengar titah raja itu, maka ia pun segera melihat tamberanya. Setelah habis dilihatnya, m aka sembah Pegu itu, “Pada tahun ini sampai kepada bulan dua inilah tuanku akan menjadi raja”…

(Halaman 12)

Page 37: Hikayat Patani

Berdasarkan petikan tersebut, dapat dibuktikan bahawa Pegu berpendapat atau berfirasat bahawa Sultan Manzur Syah akan menjadi raja sehingga bulan dua tahun ini.

Hal ini demikian kerana, Sultan Mudaffar Syah telah ke Siam untuk bertanya iman Islam di sana. Oleh itu, sementara ketiadaan baginda, Sultan Manzur Syah akan menjadi raja di Patani buat sementara waktu.

Page 38: Hikayat Patani

TEKNIK KEPENGARANGAN

Page 39: Hikayat Patani

Menurut Dr. Haji Mohd Rashid Hj. Md Idris et.al (

2014 ),kepengarangan dianalisis daripada

pelbagai aspek keperibadian yang dicapai oleh

pengarang. Keperibadian merupakan kemuncak

kejayaan seseorang pengarang.

DEFINISI KEPENGARANGAN

Page 40: Hikayat Patani

1.Pengarang mengaitkan asal usul

penyebaran agama Islam di Patani.

Penyebaran agama Islam bermula daripada seorang lelaki

yang bernama Syekh Said yang merupakan seorang hamba yang

telah mengislamkan Sultan di Patani. Bukti yang menunjukkan

bahawa Syekh Said seorang yang menyebarkan agama

adalah seperti yang berikut:

Page 41: Hikayat Patani

Maka kata Syekh Said “ Apa kerja tuan-tuan memalu canang ini ?”

Maka kata penghulu canang itu, “ Tidakah tuan hamba tahu akan raja

di dalam negeri ini sakit merekah segala tubuhnya? Beberapa segala

hora dan tabib mengubati dia tiada juga mahu sembuh, jangankan

sembuh, makin sangat pula sakitnya. Dari kerana itulah itulah maka

titah raja menyuruh memalu canang ini, maka barang siapa bercakap

mengubati raja itu jikalau sembuh penyakitnya, diambil raja akan

menantu.” Maka kata Syekh Said ,“ Kembalilah sembahkan kepada

raja,yang jadi menantu raja itu hamba tiada mahu, dan jikalau mahu

raja masuk agama Islam, hambalah cajap mengubati penyakit raja itu”

( Hikayat Patani, halaman :4 )

Page 42: Hikayat Patani

2. Menggarap corak penulisan dengan menggunakan

pengaruh bahasa Arab.

Digunakan pada awal sebelum permulaan bab iaitu dengan

menggunakan perkataan “ Bismillahirrahmanirahim”. Selain itu,

bahasa Arab juga digunakan di dalam teks hikayat Patani

setelah berlakunya penyebaran agama Islam di Patani.

Page 43: Hikayat Patani

i. Kalimat syahadah

Sudah itu maka diajarkanlah kalimat syahadat oleh Syekh,

demikian bunyinya, “ Asyhadu an la ilaha illaLlah waasyhadu

anna Muhammadan RasululLah.” Maka Raja pun kararlah

membawa agama Islam.

( Hikayat Patani, Halaman :6)

Page 44: Hikayat Patani

3. Menggunakan pelbagai teknik penceritaan

Teknik penceritaan yang digunakan oleh penarang dalam Hikayat

Patani ialah teknik cerita dalam cerita, teknik cerita imbas kembali

dan teknik berdialog. Contohnya:

Teknik Imbas Kembali

Menceritakan semula situasi yang telah terjadi dan diceritakan

selepas perkara itu terjadi di dalam babak yang lain. Dapat dilihat

melalui penceritaan Raja Kuning yang telah dipersuamikan oleh

Marhum Tengah dengan Apya Deca. Cerita ini diceritakan setelah Raja

Biru ( Marhum Tengah ) mangkat.

Page 45: Hikayat Patani

“Sebermula adapun Raja Kuning itu pada masa Marhum Tengah di atas

takhta kerajaan dipinang oleh Apya Deca. Maka Raja Kuning pun

dipersuamikan oleh Marhum Tengah dengan Apya Deca. Maka umur

Raja Kuning pun pada masa itu baharu dua belas tahun.”

( Hikayat Patani, halaman : 35 )

Page 46: Hikayat Patani

4. Teknik penerangan

Teknik penerangan yang digunakan oleh

penyelenggara adalah untuk menerangkan kepada

sesuatu perkara yang merujuk kepada sesuatu

perkara.

Teknik penerangan yang digunakan secara langsung

dapat menarik perhatian pembaca untuk mengetahui

sesuatu perkara itu. Misalnya, penerangan terhadap

penggunaan gelaran bagi Sultan yang telah mangkat

serta penerangan terhadap p0kok bayam yang

dipanggil rajakali. .

Page 47: Hikayat Patani

“Maka pada tempat dibunuh Raja Kali itulah mulanya sekonyong-

konyong tumbuh bayam berduri. Sebab itulah bayam berduri itu

dipanggil orang rajakali”

( Hikayat Patani, halaman : 50 )

Page 48: Hikayat Patani

5. Kreatif kerana melibatkan pelbagai

perasaan di dalam karya.

Pengarang berjaya menghasilkan sebuah karya yang

melibatkan pelbagai perasaan seperti perasaan marah,

sedih dan riang gembira bagi membentuk sebuah karya

yang berupaya menghidupkan watak itu di samping

mengajak pembaca merasai sesuatu perkara itu.

Page 49: Hikayat Patani

i. Perasaan marah

Dilihat semasa Raja Kuning telah dipersuamikan oleh Paduka Syah

Alam dengan Yang Dipertuan Johor. Walhal pada waktu itu, Raja

kuning telah pun berkhawin dengan Apya Deca.

“ Hatta antara beberapa bulan maka Raja Kuning pun dipersuamikan oleh

Syah Alam dengan Yang Dipertuan Johor. Arakian maka khabar itu pun

dipersembahkan orang kepada Apya Deca. Maka Apya Deca pun terlalu

marah lalu pergi meminta tolong kepada bakelang menyembah Bercau

hendak menyerang Patani.”

( Hikayat Patani, halaman :

37 )

Page 50: Hikayat Patani

KESENIAN BAHASA

Page 51: Hikayat Patani

Retorik merupakan seni penulisan atau pengucapan yang berkesan iaitu, seni yang memberikan tumpuan kepada gaya, strategi, bahan dan khalayak.

menyentuh juga hal yang berkaitan dengan cara menyampaikan pendapat, idea dan saranan atau cara menghuraikan sesuatu wahana kepada penulis untuk mempersembahkan pemikirannya, tanggapan atau perasaan dengan jelas dengan menggunakan gaya yang berkesan.

RETORIK

Page 52: Hikayat Patani

Dari sudut bahasa, hikayat ini ditulis dengan menggunakan bahasa Melayu klasik.

Pengaruh bahasa Arab masuk menerusi penyebaran agama Islam. Contohnya hikayat ini dimulakan dengan bismillah… dan sepanjang teks istilah-istilah dalam bahasa Arab seperti syariat, syahadat, kudrat,dan lain-lain dipakai.

Kata-kata daripada bahasa Jawa juga banyak digunakan apabila pengarang membincangkan peristiwa Palembang. Misalnya pakanira, paseban, ratu, lawang dan lain-lain. (Hikayat Patani, 19)

Page 53: Hikayat Patani

RETORIK PEMUJUKAN

Menggunakan bahasa pujukan untuk mempengaruhi pemikiran dan keyakinan orang lain supaya

mempercayai sesuatu perkara yang diperkatakan.

Maka titah raja kepada Syekh Said, “sungguhlah tuan hamba bercakap mengubati penyakit hamba ini?” maka sembah Syekh Said, “Jikalau tuanku masuk agama Islam hambalah yang mengubat penyakit Syah Alam itu.” Maka titah raja, “Jikalau sembuh penyakit hamba ini, barang kata tuan hamba itu, hamba turutlah.” (Hikayat Patani, 4)

Page 54: Hikayat Patani

RETORIK PENCERITAAN

Merupakan satu bentuk penyampai melalui cerita, sama ada dalam penulisan mahupun lisan. Ia juga menghubungkan beberapa siri peristiwa yang berkaitan dalam satu plot yang logik.

Adapun masa baginda tinggal pergi ke Siam itu isteri baginda itu sudah hamil delapan bulan. Setelah genaplah bulannya, maka isteri baginda pun berputeralah seorang laki-laki. Maka ada pula putera baginda dengan gundik seorang laki-laki bernama raja Bamban, ada tiga puluh umurnya duduk dengan bondanya diluar Kota Wang. (Hikayat Patani, 14)

Page 55: Hikayat Patani

ANAFORA

Sejenis gaya bahasa pengulangan, iaitu pengulangan perkataan pertama pada setiap baris atau pada setiap ayat yang biasanya secara berturutan supaya memperoleh kesan tertentu

Setelah sudah bendahara berpesan itu, maka bendahara Raja Jalal pun mudiklah ke Sai. Setelah sampai ke Tabih maka orang yang dititahkan baginda melihat Raja Jalal itu pun datanglah ke Beruas mengadap baginda menyembahkan, Bendahara Raja Jalal itu sudah mudik ke Tabih.”

Page 56: Hikayat Patani

MAJAZ PERBANDINGAN

SIMILE

Ada seekor pelanduk putih, besarnya seperti kambing (Hikayat Patani, 2)

Mengungkapkan sesuatu perbandingan atau persamaan dengan menggunakan kata “seperti”, “ibarat”, “laksana”, “bagai”, “umpama”, “bak”, dan sebagainya.

Page 57: Hikayat Patani

PERSONAFIKASI

Merupakan sejenis gaya perbandingan iaitu penginsanan atau pemberian ciri-ciri peribadi atau sifat-sifat manusia kepada sesuatu benda, binatang, tumbuh-tunbuhan, keadaan, peristiwa, objek atau idea.

Syahadan maka baginda pun berdiri dipegang Nang Liu-Liu itu seraya bertitah, “ Hai Nang Liu-Liu, jikalau engkau lepaskan aku selamat sampai ke Patani aku tabalkan engkau tujuh hari.” (Hikayat Patani, 16)

Page 58: Hikayat Patani

MAJAZ PERTENTANGAN

Bentuk bahasa yang mengemukakan makna yang bertentangan dengan makna sebenarnya.

Ada seekor pelanduk putih, besarnya seperti kambing, tubuhnya gilang gemilang(Hikayat Patani, 2)

Maksud hiperbola ialah untuk mencapai kesan tertentu,iaitu suatu gaya bahasa yang mengandungi kebenaran yang diperbesar-besar. pembaziran atau suatu cara yang melebih-lebihkan semata-mata

HIPERBOLA

Page 59: Hikayat Patani

KESIMPULAN

Dari segi nilai sejarahnya, Hikayat Patani ialah sebuah hasil historiografi Melayu

tradisional yang tidak kurang pentingnya jika dibandingkan dengan hasil-hasil yang lain.

Hikayat ini amat penting untuk melahirkan hakikat bahawa pernah munculnya sebuah kerajaan Melayu lama yang menjadi pusat

agama Islam yang kuat di Pantai Timur Tanah Melayu, selepas runtuhnya kerajaan

Melayu Melaka.