HIMPUNAN HADIS

download HIMPUNAN HADIS

of 50

Transcript of HIMPUNAN HADIS

  • 7/30/2019 HIMPUNAN HADIS

    1/50

    Rasulullah s.a.w bersabda:

    Tidak seorang pun yang dikehendaki Allah memimpin rakyat, kemudian ketika mati dia masih dalam keadaan

    menipu rakyatnya, melainkan Allah pasti mengharamkan syurga ke atasnya.

    (Riwayat Bukhari dan Muslim)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "SenyumaN kepada saudaramu adalah sedekah"

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Semua amal anak Adam A.S. dilipatgandakan kebaikan (pahala)dari 10 sampai 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ada pun puasa itu adalah untuk Allah s.w.t.. dan Dia

    akan terus memberikan pahala kepada sekelian" (Riwayat Muslim)

    Dari Ummu Mukminin Aisyah R.A, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Adalah Rasululluh s.a.w. apabila

    masuk (tanggal) sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, Baginda s.a.w. bersedih dan bersiap-siap

    menghidupkan (beramal) pada malam hari. (Riwayat Muttfaq Alaihi)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata dusta (bohong semasa

    berpuasa) maka Allah s.w.t. tidak berhajat padanya untuk meninggalkan makan minumnya. (Riwayat Bukhari)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang menunaikan suatu fardhu pada bulan

    (Ramadhan) itu, adalah dia sebagai seorang yang telah menunaikan 70 bulan fardhu pada bulan-bulan

    lainnya.

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Permulaan Ramadhan itu adalah rahmat, pertengahannya adalah

    keampunan (maghrifah) dan penghujungnya adalah kebebasan dari api neraka"

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bagi orang yang melaksanakan ibadah puasa, baginya ada dua

    saat kegembiraan.Pertama pada waktu berbuka dan kedua ketika menghadap Ilahi"

    Dari Khalifah Umar bin Abdul Aziz berkata,Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sembahyang itu

    membawa ketengah jalan, berpuasa memajukan kamu kehadapan dan sedekah (saling membantu)

    memasukkan kamu kedalamnya"

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang bangun pada malam hari raya (Aidil Fitri) dengan ikhlas

    kerana Allah s.w.t., maka tidak akan mati hatinya saat hati semua orang telah mati" (Riwayat Ibn Majah dari

    Abu Umamah)

    Dari Abu Ayub al-Ansari berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang berpuasa

    Ramadhan kemudian dia berpuasa pula sebanyak enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa

    sepanjang masa" (Riwayat Muslim)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiga doa yang sangat mustajab iaitu doa orang yang berpuasa, doa

    orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir" (Riwayat Ahmad, Bukhari,Abu Daud &al-Tarmizi)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Apabila salah seorang kamu lupa bahawa ia berpuasa, lalu ia

    makan dan minum, maka hendaklah ia menyempurnakan puasanya kerana sesungguhnya ia telah diberi

    makan dan minum oleh Allah s.w.t." (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Andaikan kamu berbuat dosa sehingga dosamu mencapai langit,

    kemudian kamu bertaubat nescaya Allah s.w.t. memberi keampunan kepada maku" (Riwayat Ibn Majab)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bukan yang bermakna puasa itu sekadar menahan makan, minum

    tetapi puasa yang sungguh itu menahan diri dari langha (perkataan tidak berguna) dan kata-kata yang keji"

    (Riwayat Muslim)

  • 7/30/2019 HIMPUNAN HADIS

    2/50

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali

    (berturut-turut) makan Allah s.w.t. mengecap hatinya (sebagai munafik atau orang yang melengah-

    lengahkannya)" (Riwayat Ahmad)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada seorang Muslim yang melihat wanita lalu dia memejamkan

    matanya, melainkan Allah s.w.t. akan memberi pada rasa lazat beribadat dihatinya" (Riwayat Ahmad & Al-

    Tabrani)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Jika kamu berpuasa maka bersiwaklah (gosok gigi) diwaktu pagi

    dan jangan diwaktu petang,maka sesungguhnya tiada orang puasa yang kering bibirnya diwaktu petang

    melainkan akan menjadi cahaya didepan matanya pada hari kiamat" (Riwayat Al-Tabrani)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Allah s.w.t. telah berfirman: Hamba-Ku yang lebih Aku cintai iaitu

    mereka yang segera berbuka (jika telah nyata maghrib)" (Riwayat Al-Tarmizi)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Riba itu mempunyai 73 cara (jalan), yang amat ringan dosanya

    sama dengan seorang berzina dengan ibu kandungnya" (Riwayat Al-Hakim & Al-Baihaqi)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya saat yang mustajab (berdoa) itu diantara duduk

    imam antara dua khutbah hingga selesai sembahyang Jumaat" (Riwayat Muslim & Abu Daud)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Satu dirham riba yang dimakan oleh setengah yang mengetahui,

    lebih berat disisi Allah s.w.t.daripada dosanya tiga puluh enam kali penzinaan" (Riwayat Ahmad & Al-Tabrani

    dari Abdullah bin Hanzalah r.a.)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang berperang untuk menegakkan kalimat (agama)

    Allah s.w.t. maka itu Fisabilillah" (Riwayat Bukhari, Muslim &Abu Daud dari Abu musa al-Asyari r.a)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tidak akan masuk syurga orang yang jirannya tidak aman dari

    gangguan-gangguannya" (Riwayat Muslim)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sinarilah rumah kamu dengan mendirikan sembahyang dan

    membaca Al-Quran" (Riwayat Al-Baihaqi)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Roh orang mukmin akan tergantung dengan sebab hutangnya

    sehinggalah diselesaikan hutang tersebut" (Riwayat Ahmad,Al-Tarmizi,Ibn Majah & Al-hakim)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Jika seorang berzina maka keluarlah iman daripadanya bagaikan

    payung diatas kepalanya dan bila menghentikannya maka kembalilah iman kepadanya" (Riwayat Abu Daud,

    Al-Baihaqi & Al-Tarmizi)

    Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sekiranya tidak menjadi

    keberatan kepada umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi (menggosok gigi) setiap kali mereka

    hendak mengambil wudhu" (Riwayat Ahmad, Malik & An-Nasai)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Orang yang memulakan salam adalah terlepas daripada sifat

    sombong dan takabbur" (Riwayat Al-Baihaqi & Al-Khatib)

    Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang beriman kepada

    Allah s.w.t. dan hari akhirat, maka hendaklah ia bercakap baik ataupun diam" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang benar beriman kepada Allah s.w.t. dan hari kemudian

    maka janganlah mengganggu jirannya dan berpesan-pesan baiklah kamu terhadap jiran" (Riwayat Bukhari)

  • 7/30/2019 HIMPUNAN HADIS

    3/50

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang mempunyai anak perempuan dan tidak

    membunuhnya hidup-hidup, tidak menghinakannya dan tidak sayang anak lelakinya melebihi anak

    perempuan, nescaya akan dimasukkan dia kedalam syurga" (Riwayat Abu Daud & Al-Hakim)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Berapa banyak jiran yang memegang tetangganya pada hari

    kiamat untuk diajukan kepada Allah s.w.t. lalu berkata: Ya Allah orang ini telah menutup pintunya daripadaku

    dan tidak membantu aku" (Riwayat Bukhari)

    Dari Aisyah, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Saya tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w.

    menyempurnakan puasa satu bulan cukup kecuali bulan Ramadhan dan saya juga tidak melihat Baginda

    s.a.w. berpuasa pada bulan lain lebih banyak dari bulan Syaaban" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

    Dari Ayub al-Ansari, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Jangan kamu mengadap kiblat dan jangan

    membelakangi ketika membuang najis atau air kencing, tetapi hendaklah kamu menhalakan diri kearah timur

    atau barat" (Riwayat Abu Daud)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Seorang Mukmin melihat dosanya bagaikan seorang duduk

    dibawah gunung dan takut kejatuhan gunung itu" (Riwayat Bukhari)

    Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Firman Allah s.w.t. {Dalam

    Hadis Qudsi} "Wahai anak Adam belanjakanlah harta kamu, nescaya akan digantikan semula oleh Allah

    kepadamu" (Riwayat Bukhari & Muslim)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Keberkatan sesuatu makanan itu ialah dengan berwuduk sebelum

    dan selepas makan" (Riwayat Ahmad, Daud, Al-Tarmizi & Hakim)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya dari sedekah dan silaturrahim itu Allah s.w.t. akan

    menambah dengan keduanya itu lanjut umur dan menolak dengan keduanya kematian yang tidak baik dandihindarkan dengan keduanya semua yang tidak sesuai dan dikhuatirkan" (Riwayat Abu Ya'la dari Anas r.a.)

    Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya Allah s.w.t. akan

    merahmati seorang yang lapang dadanya ketika menjual,membeli dan menagih hutang" (Riwayat Bukhari dari

    Jabir r.a.)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada seorang Muslim yang tiba padanya waktu sembahyang

    fardhu lalu dia menyempurnakan wuduk dan khusyuk serta rukuk,sujudnya melainkan sembahyang itu

    menjadi penebus dosanya yang telah lalu selama dia tidak berbuat dosa besar dan yang demikian itu

    sepanjang masa" (Riwayat Muslim dari Uthman r.a.)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada dua malaikat yang mencatat amal itu menghadap Allah s.w.t.

    membawa sembahyang seorang dua kali sembahyang, melainkan Allah s.w.t. berkata pada dua malaikat itu:

    Aku persaksikan kepada kamu bahawa Aku telah mengampunkan pada hamba-Ku dosa-dosa yang telah

    terjadi diantara dua sembahyang itu" (Riwayat Al-Baihaqi)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang belajar ilmu agama yang seharusnya untuk mencapai

    keredhaan Allah s.w.t. tiba-tiba dipelajarinya hanya untuk mencapai tujuan dunia, maka dia tidak akan dapat

    bau syurga pada hari kiamat" (Riwayat Al-Nasai dari Abu Hurairah r.a.)

    Daripada Kaab bin Iyad r.a. katanya, aku mendengar bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:

    "Sesungguhnya bagi tiap-tiap umat itu ada ujian dan ujian bagi umatku ialah harta" (Riwayat Al-Tarmizi)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiap orang yang diberikan Allah s.w.t. ilmu agama, lalau

    disembunyikan maka Allah s.w.t. mengendalikan mulutnya pada hari kiamat dengan kendali dari api neraka"

  • 7/30/2019 HIMPUNAN HADIS

    4/50

    (Riwayat Al-Tabrani dari Ibn Mas'ud r.a.)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada dosa yang lebih layak untuk disegerakan Allah s.w.t.

    seksanya didunia disamping apa yang disediakan kelak diakhirat daripada aniaya dan memutuskan hubungan

    kekeluargaan" (Riwayat Al-Tarmizi & Ibn Majah dari Abu Bakar Al-Siddiq r.a.)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sembahyang berjemaah itu lebih afdal daripada sembahyang

    bersendirian dua puluh tujuh darjah" (Riwayat Bukhari & Muslim)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Jika berdiri bulu roma seorang hamba Allah, maka akan

    berguguran daripadanya dosa-dosanya bagaikan gugurnya daun dari pokok yang telah kering" (Riwayat Abu

    Syaikh & Al-Baihaqi dari Abbad bin Abdul Muttalib r.a.)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang membaca (Surah Al-Ikhlas) dalam kesakitan dan

    matinya ,tiadalah dia akan menderita fitnah didalam kubur, terpelihara dari tekanan kubur dan dihari kiamat

    kelak dia akan dipapah oleh malaikat dengan telapak tangan hingga terlepas dari titian (sirat) dan selamat dia

    memasuki syurga" (Riwayat Al-Tabrani)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Dan perumpamaan orang yang datang terlebih dahulu (ke Masjidpada hari Jumaat) bagaikan orang yang sedekah unta, kemudian bagaikan yang sedekah lembu, kemudian

    bagaikan sedekah kambing, kemudian bagaikan sedekah ayam, kemudian bagaikan sedekah telur" (Riwayat

    Bukhari & Muslim)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Ketika Allah s.w.t. telah selesai menjadikan semua makhluk, maka

    menulis tulisan yang ada diatas Arsy yang berbunyi:Rahmat-Ku mendahului murka-Ku (Rahmat-Ku

    mengalahkan murka-Ku)" (Riwayat Bukhari, Muslim & Ibn Majah)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Seandainya seorang kamu keluar membawa tali (kehutan) lalu

    pulang membawa seberkas kayu api lantas kayu itu dijualnya dimana dia dapat kehormatannya, makaperbuatan itu adalah lebih baik daripada dia meminta-minta, sama ada diberi ataupun tidak" (Riwayat Bukhari)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tidak dihalalkan seorang Muslim memulau sesama Muslim lebih

    dari tiga hari tiga malam, maka siapa yang memulau lebih dari tiga hati tiga malam lalu mati akan masuk

    kedalam api neraka" (Riwayat Abu Daud & Al-Nasai)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa wuduk pada hal dia masih berwuduk maka dicatat untuknya

    sepuluh hasanat (kebajikan)" (Riwayat Abu Daud dari Ibn Umar r.a.)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang berwuduk pada hari Jumaat maka menyempurnakan

    wuduknya kemudian pergi kemasjid untuk solat Jumaat dan mendengarkan khutbah dan memperhatikannya,

    maka diampunkan baginya dosa-dosa yang terjadi antara Jumaat itu dengan Jumaat yang sebelumnya"

    (Riwayat Muslim & Ahmad)

    Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Orang Mukmin yang paling

    sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya..."(Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sembahyang sunat dua rakaat ditengah malam dapat

    menghapuskan dosa-dosa" (Riwayat Ad-Dailami dari Jabir r.a)

    Dari Ummu Mukminin Aisyah r.a. "Pilihlah tempat air mani kamu dan nikahilah orang-orang yang sepadan"

    (Riwayat Ibnu Majah daripada Imam Al-Hakimi)

    Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sebaik-baik saf bagi orang lelaki

    ialah dihadapan dan seburuk-buruknya ialah dibelakang. Sebaik-baik saf bagi orang perempuan ialah

  • 7/30/2019 HIMPUNAN HADIS

    5/50

    dibelakang dan seburuk-buruknya dihadapan" (Riwayat Muslim)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada dosa yang lebih besar disisi Allah s.w.t. sesudah syurik

    daripada titisan mani yang diletakkan didalam rahim yang haram baginya" (Riwayat Ibn Abid Dunya)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya yang berzina atau minum khamar maka terlepaslah

    iman daripadanya sebagaimana orang melepaskan gamis (baju) dari kepalanya" (Riwayat Al-Hakim)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya Rejab adalah bulan Allah s.w.t. Sya'aban bulankudan Ramadhan bulan umatku" (Riwayat Abu Al-Fatah bin Abu Al-Fawaris)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri sembahyang

    Jumaat adalah sudah baik (memadai) akan tetapi siapa yang mandi,maka adalah terlebih baik" (Riwayat Abu

    Daud)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap malam, maka

    tidak akan menderita kemiskinan untuk selamanya" (Riwayat Al-Baihaqi dari Ibn Mas'ud r.a)

    Dari Anas r.a. katanya bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang tidur atau terlupahingga luput sembahyang hendaklah dia menunaikan (sembahyang) sebaik-baik sahaja dia ingat (sedar)

    kembali" (Riwayat Al-Bukhari)

    "Wanita-wanita yang buruk itu untuk lelaki yang buruk dan lelaki-lelaki yang buruk untuk wanita yang buruk,

    sedangkan wanita-wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik" (Surah

    An-Nur : 26)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Pedagang yang amanah, yang jujur, yang Muslim, kelak pada hari

    kiamat akan berkumpul dengan para syuhada (orang-orang yang mati syahid)" (Riwayat Al-Hakim & Ibn Majah

    dari Ibn Umar r.a)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada seorang Muslim yang mati pada hari atau malam Jumaat

    melainkan Allah s.w.t. akan menyelamatkannya dari ujian kubur" (Riwayat Ahmad & Al-Tirmizi)

    Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Apabila manusia membaca

    ayat Syajadah kemudian sujud, terhindarlah syaitan laknatullah seraya menangis dan berkata,'celakalah aku,

    disuruh manusia (anak Adam) sujud, sujudlah dia, balasannya syurga. Saya juga disuruhnya sujud,tetapi saya

    enggan maka balasannya bagi saya ialah neraka" (Riwayat Muslim)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Pilihlah untuk tempat nuthfah kamu atau air mani kamu, kerana

    pembuluh darah ini merupakan sinar pancaran" (Riwayat Ibn Majah dan Ad-Dailami)

    "Carilah tempat-tempat yang sepadan untuk air mani kamu kerana seseorang itu boleh jadi akan lebih

    menyerupai keluarga pihak isteri" (Mutiara Kata)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada dosa yang lebih layak untuk disegerakan oleh Allah s.w.t.

    seksanya didunia disamping apa yang disediakan kelak diakhirat daripada aniaya dan memutuskan hubungan

    kekeluargaan" (Riwayat Al-Tarmizi & Ibn Majah dari Abu Bakar Al-Siddiq r.a.)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bukan seorang Mukmin orang yang kenyang sedangkan tetangga

    disebelahnya kelaparan (sedang dia mengetahui)" (Riwayat Al-Hakim & Al-Baihaqi)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Kahwinilah wanita-wanita yang berada didalam lingkup/naungan

    yang baik kerana pembuluh darah itu laksana cahaya" (Riwayat Ibn-'Adi)

  • 7/30/2019 HIMPUNAN HADIS

    6/50

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sebaik-baik puasa selepas Ramadhan ialah puasa dalam bulan

    Muharam" (Riwayat Muslim, Bukhari, Abu Daud, Tarmizi,Nasai & Ibn Majah)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Janganlah engkau nikahi orang-orang yang masih berkerabat

    kerana anak dicipta laksana cahaya. Carilah wanita-wanita yang jauh dan janganlah engkau memilih yang

    dekat hubungannya" (Riwayat Ahmad, Malik & Al-Nasai)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi sama mengutuk orang

    yang selalu berzina dan bau kemaluan pelacur didalam neraka dapat mengganggu ahli neraka lainnya keranasangar busuk" (Riwayat Al-Bazzar)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiap mata pasti akan menangis pada hari kiamat kecuali mata yang

    dipejamkan dari segala yang haram dan mata yang berjaga malam dalam jihad fisabilillah dan mata yang

    menitiskan air mata walaupun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah s.w.t." (Riwayat Abu Naim)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bukanlah kemuliaan itu dengan memakai pakaian cantik dan

    bersegak tetapi ia adalah dengan ketenangan (sopan santun) dan merendah diri" (Riwayat Ad-Dailami)

    Usamah bin Zaid r.a. berkata bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yangmeninggalkan sembahyang Jumaat hingga tiga kali tanpa uzur,maka akan dicatat dari golongan orang

    munafik" (Riwayat Al-Tabrani)

    Dari Abu Dzar al-Ghifari r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Wahai Abu Dzai, jika

    engkau hendak berpuasa tiga hari sebulan puasalah pada 13,14 dan 15"(Riwayat Ahmad & Al-Nasai)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Empat (macam manusia) tidak Allah s.w.t. masukkan merka ke

    syurga dan tidak akan merasai kenikmatannya, peminum arak, pemakan riba, menzalimi (memakan) harta

    anak-anak yatim dengan tiada hak dan derhaka pada ibu bapanya" (Riwayat Al-Hakimi)

    Dari Abu Qatadah ketika Nabi Muhammad s.a.w tentang hari Asyura bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w

    menjawab: "Puasa hari Asura boleh menghapuskan dosa satu tahun yang lalu" (Riwayat Muslim)

    Allah s.w.t. berfirman: "Harta dan anak-anak itu perhiasan penghidupan dunia tetapi amal-amal soleh yang

    tinggal (buahnya) itu lebih baik disisi Tuhanmu tentang ganjarannya dan tentang harapannya" (Surah

    Kahfi:46)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang memelihara sembahyang lima waktu dengan

    sempurna wuduknya dan diwaktunya, adalah baginya cahaya dan tanda pada hari akhirat dan barangsiapa

    mensia-siakan, nescaya dikumpulkan ia (kelak dineraka) dengan Firaun dan Hamam" (Riwayat Ahmad)

    Allah s.w.t. berfirman: "Dan orang-orang yang berkata'Ya Tuhan, anugerahkan lah kepada kami isteri-isteri

    kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami dari golongan orang-orang yang

    bertakwa" (Surah Furqan:74)

    Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Kewajipan seorang Muslim

    keatas Muslim yang lain iaitu lima perkara, menajwab salam, melawat orang sakit, mengiringi jenazah,

    menerima undangan dan mendoakan orang yang bersin" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Setiap isteri yang minta cerai dari suaminya tanpa apa-apa (tanpa

    alasan yang dapat dibenarkan) maka haram atasnya bau syurga" (Riwayat Abu Daud & Al-Tirmizi)

    Dari Ibn Umar r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Ingatlah tiap sesuatu yang

    memabukkan itu khamar (arak) dan tiap khamar itu haram" (Riwayat Ahmad & Abu Ya'la)

  • 7/30/2019 HIMPUNAN HADIS

    7/50

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang menjadi saksi untuk merugikan seseorang dengan

    persaksian yang tidak benar, maka hendaklah menyiapkan tempatnya dalam neraka" (Riwayat Ahmad dari

    Abu Hurairah r.a.)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang mebuat ibubapanya gembira (memberi keredhaan)

    maka sesungguhnya ia mendapat redha Allah s.w.t. Sesiapa yang menyakiti hati ibubapanya, maka

    sesungguhnya ia mendapat kebencian Allah s.w.t." (Riwayat Bukhari)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bila tertusuk seorang dengan jarum kecil atau jarum besar daribesi, maka baik baginya daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya" (Riwayat Al-Tabrani dari Ma'qil

    bin Yasar r.a.)

    Allah s.w.t. berfirman: "Dia bersembunyi dari manusia lantaran kejahatan yang dikhabarkan kepadanya,

    apakah dia akan pelihara dia dalam kehinaan ataukah dia akan sumbat dia dalam tanah? Sungguh jelek apa

    yang mereka hukumkan" (Surah An-Nahl:59)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Semua dosa-dosa dilambatkan Allah s.w.t. (pembalasannya)

    sesukanya dari akhirat melainkan derhaka kepada kedua ibubapa maka sesungguhnya Allah

    s.w.t.menyegerakan (bala siksaan) bagi yang bersangkutan sewaktu hayatnya didunia ini sebelum matinya"(Riwayat Al-Tabrani)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Orang yang mencekik dirinya sendiri sampai mati akan

    mencekiknya juga didalam neraka, dan orang yang menikam dirinya juga akan menikam dirinya dalam neraka

    dan orang yang melemparkan diri dari tempat tinggi untuk membunuh diri maka akan selalu dia melemparkan

    dirinya didalam neraka" (Riwayat Bukhari & Abu Hurairah r.a.)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Andaikan kamu berbuat dosa hingga dosamu mencapai langit,

    kemudian kamu bertaubat, nescaya Allah s.w.t. memberi ampun kepada kamu" (Riwayat ibn Majah)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tidak akan berzina seorang pelacur semasa berzina jika dia

    beriman, dan tidak akan minum khamar (arak) ketika meminumnya jika beriman dan tidak akan mencuri

    seorang pencuri jika dia beriman" (Riwayat Bukhari & Muslim)

    Allah s.w.t.. telah berfiman "Dan sesungguhnya telah datang utusan-utusan Kami kepada Ibrahim dengan

    (membawa) khabar gembira sambil mereka berkata: "Selamatlah"Dia menjawab: "Selamat" Surah Hus:69)

    Berkata Umar Ibn Abdul Aziz bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sembahyang itu

    membawa kamu menempuh ketengah jalan,puasa memajukan kamu kehadapan pintu dan sedekah (saling

    membantu) memasukkan kamu kedalamnya."

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sembahyang sunat dua rakaat ditengah malam dapat

    menghapuskan dosa-dosa" (Riwayat Ad-Dailami dari Jabir r.a.)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Semua anak Adam (manusia) itu sering membuat kesalahan (dosa)

    dan sebaik-baik manusia yang membuat kesalahan (dosa) itu ialah orang-orang yang suka bertaubat"

    (Riwayat Al-Tirmizi)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya kamu sekelian pada hari kiamat akan dipanggil

    dengan nama kamu sendiri dan nama bapa kamu,kerana itu hendaklah kamu perindahkan nama kamu"

    (Riwayat Abu Daud)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang menyiapkan keperluan orang yang berjihad fisabillah

    maka bererti dia telah berjihad dan siapa yang menjaga keluarga orang yang pergi berjihad dengan baik maka

    bererti dia telah ikut berjihad fisabilillah" (Riwayat Bukhari & Muslim dari Zaid bin Khalid al-Juhani)

  • 7/30/2019 HIMPUNAN HADIS

    8/50

    Dari Abu Qatabah bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Puas pada hari Arafah itu boleh

    menghapuskan dosa yang dikerjakan selama dua tahun iaitu tahun yang telah lalu dan tahun yang akan

    datang" (Riwayat Muslim)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Dosa yang paling besar ialah syirik, derhaka pada ibu bapa dan

    membunuh orang tanpa hak" (Riwayat Anas r.a.)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sebaik-baik puasa ialah puasa Nabi Daud Alai-His-Salam, iaberpuasa sehari dan berbuka sehari..."(riwayat Al-Tirmizi & Al-Nasai)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Gunakanlah lima sebelum tibanya lima iaitu gunakan masa

    mudamu sebelum masa tuamu, masa sihatmu sebelum masa sakitmu, masa kayamu sebelum masa

    miskinmu, masa lapangmu sebelum masa sibukmu dan masa hidupmu sebelum masa matimu" (Riwayat Al-

    Hakim & Al-Baihaqi)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Setiap bayi tergadai pada akidahnya, disembelih pada hari ketujuh

    dan pada hari itu pula dicukurkan dia dan diberi nama" (Riwayat Ahmad)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Untuk bayi lelaki dua ekor kambing kibas dan untuk bayi

    perempuan seekor kambing kibas dan tidaklah merugikan kamu yang jantan atau pun yang betina" (Riwayat

    Ahmad dan Al-Tirmizi)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menutup Surah Al-Baqarah

    dengan dua ayat yang diberikan kepadaku dari perbendaharaan dibawah Arsy, amka pelajari olehmu dan

    ajarkan pada isteri dan anak-anakmu sebab itu sebagai solat dan basaan serta doa" (Riwayat Al-Hakim dari

    Abu Dzar r.a.)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang menjual sesuatu yang ada aibnya lalu tidakdijelaskan kepada pembelinya maka tetap berada dalam murka Allah s.w.t. dan selalu dikutuk oleh malaikat"

    (Riwayat Ibn-Majah)

    Allah s.w.t. berfirman "Para ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang

    ingin menyempurnakan penyusuan" (Surah Al-Baqarah:233)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Pakailah antara pakaianmu yang putih, kerana sesungguhnya

    pakaian putih itu lebih suci dan lebih baik dan kapanlah orang-orang mati kamu dengan kain putih" (Riwayat

    Ahmad)

    Dari Kaab bin Iyad r.a. berkata bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya bagi

    tiap-tiap umat itu ada ujian dan ujian bagi umatku ialah harta" (Riwayat Al-Tirmizi)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "SesungguhnyaAllah s.w.t. tetap menerima taubat seorang hamba

    selama dia belum nazak dan mati" (Riwayat Al-Tirmizi dari Ibn Umar r.a.)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang berperang untuk menegakkan khalimat Allah s.w.t.

    maka itu fisabi lillah" (Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Musa al-Asyari r.a.)

    Allah s.w.t. telah berfirman "Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita kerana apa yang telah Allah

    lebihkan sebahagian mereka diatas yang lain dan kerana belanja yang telah mereka keluarkan daripada harta

    mereka" (Surah An-Nisa:34)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang beriman kepada Allah s.w.t. dan hari kemudian maka

    janganlah mengganggu jirannya dan berpesan-pesan baiklah kamu terhadap jiran" (Riwayat Bukhari) Nabi

  • 7/30/2019 HIMPUNAN HADIS

    9/50

    Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tidak akan masuk neraka orang yang didalam hatinya ada seberat biji

    sawi daripada iman dan tidak akan masuk syurga yang didalam hatinya ada seberat biji sawi dari sombong"

    (Riwayat Muslim & Abu Daud)

    Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Kalau tidak kerana ada wanita

    dan anak-anak didalam rumah sedangkan aku bersembahyang isya, nescaya aku suruh pemudaku

    membakar rumah-rumah (yang penghuninya tidak hadir berjemaah itu)" (Riwayat Ahmad)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Lima macam dosa yang tidak ada tebusannya iaitu Syirik terhadapAllah s.w.t., membunuh orang tanpa hak, membuat tuduhan palsu terhadap seorang Muslim, lari dari barisan

    Muslimin dalam peperangan dan sumpah palsu untuk mengambil hak orang lain" (Riwayat Ahmad)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang membaca seratus ayat (dari Al-Quran) pada suatu

    malam, maka akan dicatat pahalanya seperti pahala sembahyang semalam" (Riwayat Ahmad dari Tamim r.a.)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Orang yang memulakan memberi salam adalah terlepas daripada

    sifat sombong dan takabbur" (Riwayat Al-Baihaqi & Al-Khatib)

    Allah s.w.t. berfirman "Wahai orang-orang yang beriman!janganlah kamu mengangkat suara kamu keatassuara Nabi" (Surah Al-Hujurat:3)

    Allah s.w.t. berfirman "Sesungguhnya Allah tiada menyukai orang yang sombong lagi mengangkat diri" (Surah

    Luqman:18)

    Allah s.w.t. berfirman "Wahai jiwa yang tenang tenteram!kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan redha

    dan diredhai, maka masuklah kedalam golongan hamba-hambaKu. Dan masuklah kedalam syurga" (Surah Al-

    Fajr:27-30)

    Ali bin Abu Talin k.w.j berkata Allah s.w.t. berfirman "Allah yang mengambil jiwa (manusia) ketika wafatnyadan ketika tidurnya sebelum wafat, lalu ditahan-Nya jiwa yang telah wafat, serta dilepaskan-Nya jiwa yang lain

    sampai kejanji yang ditentukan" (Surah Az-Zumar:42)

    Nabi Muhammad s.a.w membaca firman Allah s.w.t. bermaksud: "Barangsiapa yang mempersekutu Allah,

    maka seolah-olah dia jatuh dari langit, lalu disambar oleh burung, ataupun dia akan menjunam dibawa angin

    ketempat yang paling jauh" (Surah Al-A'araf:40)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada dibunuh jiwa secara aniaya,melainkan keatas anak Adam

    yang pertama jaminan darahnya, disebabkan dialah orang pertama yang memulakan pembunuhan itu"

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Apabila kamu bersembahyang keatas si mati, hendaklah kamu

    mengikhlaskan doa kepadanya" (Riwayat Abu Hurairah r.a.)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Salam sejahtera keatas kamu, wahai penghuni kubur dari kaum

    Mukminin dan Muslimin, dan kamu Insya-Allah akan mengikuti kamu, kami memohon keselamatan untuk kami

    dan kamu juga!" (Riwayat Buraidah bin Al-Khushaib)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Apabila mati seseorang hamba, maka terputuslah amalannya

    kecuali dari tiga: Sedekah yang jariyah (terus-menerus manfaatnya), ataupun anak yang soleh mendoakan

    baginya, ataupun ilmu yang dimanfaatkan sesudah itu"

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada boleh seorang bersolat bagi pihak yang lain, dan tiada boleh

    seseorang berpuasa bagi pihak yang lain, akan tetapi dia hendaklah memberi makanan setiap satu mud

    (gantang Baghdad) dari gandum"

  • 7/30/2019 HIMPUNAN HADIS

    10/50

    Allah s.w.t. berfirman "Barangsiapa yang membuat perbuatan baik sebesar atom akan dilihat-Nya, Dan

    barangsiapa yang membuat perbuatan jahat sebesar atom akan dilihat-Nya juga" (Surah Az-Zalzalah:7-8)

    Allah s.w.t. berfirman "Walai manusia, sesungguhnya engkau mesti bekerja keras dengan bersungguh-

    sungguh menuju kepada Tuhanmu yang akan engkau menemui-Nya" (Surah Al-Insyiqaq:6)

    Allah s.w.t. berfirman "Jika kamu bertelingkah pendapat pada sesuatu, maka kembalilah dia kepada Allah dan

    Rasul, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat, kerana itulah yang lebih baik, dan lebih bagus

    kesudahannya" (Surah An-Nisa:59)

    Allah s.w.t. berfirman "Dan ketika Tuhanmu menjadi keturunan anak-anak dari punggungmu, dan Tuhan

    mengambil kesaksian dari mereka, kata-Nya, Bukankah aku ini Tuhan kamu? Mereka menjawab: Ya! Kamu

    menjadi saksi" (Surah Al-Araf:172)

    Allah s.w.t. berfirman "Maka hadapkanlah wajahmu kepada agama dengan betul, ciptaan Tuhan yang telah

    menjadikan manusia sesuai dengan agama itu, tiada pertukaran bagi ciptaan Tuhan itu" (Surah Ar-Rum:30)

    Allah s.w.t. berfirman "Maka hadapkanlah wajahmu kepada agama dengan betul, ciptaan Tuhan yang telah

    menjadikan manusia sesuai dengan agama itu, tiada pertukaran bagi ciptaan Tuhan itu" (Surah Ar-Rum:30)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Kamu akan dapati sejahat-jahat orang itu ialah yang bermuka dua,

    yang datang kesini dengan satu muka dan kesana dengan satu muka lain" (Riwayat Bukhari & Muslim)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Orang iktikaf itu bererti mengurangkan dosa-dosa dan berlaku

    pahala untuknya bagaikan pahala orang yang melakukan semua hasnat (kebajikan)" (Riwayat Al-Baihaqi &

    Ibn Majah dari Ibn Abbas r.a.)

    Allah s.w.t. berfirman "Wahai manusia! Kalau kamu masih ragu tentang hari kebangkitan, maka ketahuilah

    bahawa Kamilah yang mencipta kamu dari tanah, kemudian dari setitik air mani" (Surah Al-Hajj:5)

    Allah s.w.t. berfirman "Dan ketika kamu mengatakan: Hai Musa! Kami tidak akan percaya kepada kamu

    sehingga kami melihat Allah secara terang-terang, lalu kerana itu kamu disambar petir, sedangkan kamu ada

    melihatnya" (Surah Al-Baqarah:55)

    Allah s.w.t. berfirman "Sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia dari sari ranah. Kemudian kami jadikan

    dari tanah itu air mani yang tersimpan didalam tempat simpanan yang teguh" (Surah Al-Mukminun:12-13)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya telah datang kepada manusia suatu masa, ketika

    itu dia belum ada sesuatu apa pun yang dapat disebut" (Riwayat Al-Baihaqi dan Al-Hassan bin Ali r.a.)

    Allah s.w.t. berfirman "Dan Tuhan mengeluarkan kamu dari perut-perut ibu kamu, sedangkan kamu tiada

    mengetahui apa pun, lalu dijadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati moga-moga kamu berterima

    kasih" (Surah Al-Nahl:78)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang tidak meninggalkan kata dusta (bohong semasa puasa)

    maka Allah s.w.t. tidak berhajat padanya untuk meninggalkan makan minumnya" (Riwayat Bukhari)

    Allah s.w.t.. berfirman "Katakanlah, bahawa Malaikat Maut yang telah diserahi perkara kamu akan

    mewafatkan kamu, kemudian itu kamu akan kembali pada Tuhan kamu" (Surah As-Sajadah:11)

    Allah s.w.t. berfirman "Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan keterangan Kami, dan memandang

    rendah terhadapnya, tidak akan dibukakan pintu-pintu langit kepada mereka" (Surah Al-Araf:40)

    Allah s.w.t. berfirman "Diatas orang yang berpengetahuan itu ada lagi yang Maha Tahu" (Surah Yusuf:78)

  • 7/30/2019 HIMPUNAN HADIS

    11/50

    Allah s.w.t.. berfirman "Dan diantara kamu ada yang disampaikan Allah kepada usia tua bangka, supaya dia

    tiada ketahui lagi sesuatu yang dahulunya dia katahui" (Surah Al-Nahl:70)

    Allah s.w.t. berfirman "Orang-orang yang beriman itu akan menjadi tenteram hati mereka. Ingatlah dengan

    mengingati Allah itu hati akan menjadi tenteram" (Surah Ar-Rad:28)

    Allah s.w.t. berfirman "Tiadalah terjadi sesuatu bencana itu melainkan dengan kehendak Allah, dan siapa yang

    percaya kepada Allah nescaya dipimpin Allah hatinya" (Surah At-Taghabun:11)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bukan dari umatku orang yang percaya nasib pada burung atau

    diusahakan dengan burung atau berdukun atau didukunkan atau menyihir atau disihirkan untuknya. Dan siapa

    yang datang kepada dukun lalu yakin kepadanya bererti telah kafir terhadap apa yang diturunkan pada Nabi

    Muhammad s.a.w "(Riwayat Al-Bazzar dari Imran bin Hushain)

    Allah s.w.t. berfirman "Kalau tiada kerana kemurahan dan rahmat Allah kepada kamu, nescaya tiada seorang

    pun diantara kamu yang suci buat selama-lamanya" (Surah An-Nur:21)

    Allah s.w.t. berfirman "Syaitan itu menjanjikan kemiskinan kepada kamu, dari menyuruh kamu mengerjakanperbuatan yang keji" (Surah Al-Baqarah:268)

    Allah s.w.t. berfirman "Hanyasanya Allah akan menerima amalan itu daripada orang-orang yang bertakwa"

    (Surah Al-Maidah:27)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya saat yang paling mustajab (berdoa) itu diantara

    duduk imam antara dua khutbah hingga selesai sembahyang Jumaat" (Riwayat Muslim & Abu Daud)

    Allah s.w.t. berfirman "Jika engkau membaca Al-Quran, maka mohonlah perlindungan Allah daripada syaitan

    yang terkutuk" (Surah An-Nahl:98)

    Allah s.w.t. berfirman "Dan kalau syaitan (orang jahat) membisikkan kepada engkau sesuatu kejahatan, maka

    berlindunglah kepada Allah, sesungguhnya dia itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" (Surah As-

    Sajadah:36)

    Allah s.w.t. berfirman "(Mereka bersumpah):Kami hanya mengkehendaki niat baik dan taufik! Mereka itulah

    orang-orang yang diketahui Allah akan isi hati mereka" (Surah An-Nisa:62-63)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada dikira Mukmin yang sempurna keimanannya, orang yang

    tidak menganggap bala itu nikmat dan kemewahan itu musibah (bala)" (Riwayat al-Tabrani)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa pada suatu malam dia mengalami kesakitan dimana dia

    bersabar dan redha kepada ketentuan Allah s.w.t. maka terkeluarlah dia daripada dosa-dosanya seperti

    keadaan dikala dia dilahirkan ibunya" (Riwayat Al-Hakim)

    Allah s.w.t. berfirman "Dan katakanlah:Tuhanku!Aku berlindung diri kepada Engkau daripada bisikan syaitan.

    Dan aku berlindung diri kepada Engkau, Tuhanku, supaya mereka tiada mendekatiku" (Surah Al-

    Mukminun:97-98)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang mati tidak sempat menqadha'kan puasanya

    hendaklah keluarganya (walinya) menggantikan puasa tersebut" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

    Dari Imam Ahmad bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Seburuk-buruk yang terdapat

    pada jiwa manusia iaitu sifat pengecut yang menanggalkan dan sifat kikir yang melampau" (Riwayat Amru bin

    al-Ash r.a.)

  • 7/30/2019 HIMPUNAN HADIS

    12/50

    Allah s.w.t. berfirman "Dan janganlah engkau menjadikan tanganmu terbelenggu ketengkukmu, dan jangan

    pula bentangkannya seluas-luasnya, sehingga engkau duduk tercela dan sensara" (Surah Al-Isra:29)

    Allah s.w.t. berfirman "Dan mereka yang apabila membelanjakan hartanya melampaui batas, dan tiada pula

    bersifat kikir, tetapi pertengahan antara keduanya" (Surah Al-Furwan:67)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa menghulurkan kepadamu suatu kebaktian maka balaslah

    dia, jika kamu tiada apa-apa balasan, maka hendaklah kamu doakan kepadanya" (Riwayat Al-Tabrani)

    Allah s.w.t. berfirman "Sesungguhnya manusia itu dicipta sentiasa gelisah. Jika disinggung bahaya dia

    berkeluh kesah, Dan jika disinggung kebaikan dia kikir pula" (Surah Al-Maarif:19-21)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Takutlah firasat orang Mukmin kerana sesungguhnya dia melihat

    dengan cahaya daripada Allah s.w.t."

    Allah s.w.t. berfirman "Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu

    berhati-hatilah dengan Tuhan" (Surah Al-Baqarah:235)

    Allah s.w.t. berfirman "Dan kenanglah kurnia kepada kamu dan ingatlah perjanjian yang telah kamu ikat

    dengan Dia ketika kamu mengatakan:kami dengar dan kami taat" (Surah Al-Maidah:7)

    Daripada Anas r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiga perkara yang mengiringi

    jenazah iaitu keluarganya, hartanya dan amalannya. Maka dua perkara akan kembali dan yang kekal hanya

    satu sahaja, iaitu keluarga dan hartanya akan pulang danyang tinggal hanyalah amalannya sahaja" (Riwayat

    Al-Bukhari & Muslim)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Apabila tetamu masuk kerumah maka dia masuk dengan rezekinya

    dan jika keluar, dia membawa pengampunan dosa orang-orang rumah itu" (Riwayat Ad-Dailami dari Anas r.a.)

    Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sembahynng fardhu lima

    waktu, sembahyang Jumaat ke Jumaat, puasa Ramadhan ke Ramadhan akan menghapuskan dosa-dosa

    diantara jarak-jarak tersebut sekiranya dijauhkan daripada dosa-dosa besar" (Riwayat Muslim)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang pada petang harinya berasa letih dari amal usaha yang

    dilakukan dengan kedua tangannya sendiri, maka dia pada petang itu telah diampunkan dosanya" (Riwayat

    Al-Tabrani dari Ibn Abbas r.a.)

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya dari sedekah dan silaturrahim itu Allah s.w.t. akan

    menambah dengan keduanya itu lanjut umur dan menolak dengan keduanya kematian yang tidak baik dan

    dihindarkan dengan keduanya semua yang tidak disukai dan dikhuatirkan" (riwayat Abu Ya'la dari Anas r.a.)

    Allah s.w.t. berfirman "Dan kalau engkau tanya mereka: Siapakah yang menciptakan langit dan bumi dan

    menjadikan matahari dan bulan, nescaya mereka akan mentakan 'Allah', jadi bagaimana pula kamu berputar

    dari kebenaran" (Surah Al-Ankabut:61)

    Allah s.w.t. berfirman "Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, kemudian Kami bentuk rupa kamu,

    kemudian Kami katakan kepada Malaikat: Sujudlah kepada Adam" (Surah Al-A'raf:11)

    Nilai Seorang ManusiaHadith :

    Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

    Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya

    memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.

  • 7/30/2019 HIMPUNAN HADIS

    13/50

    Riwayat Muslim

    Kunci Kemurahan Rezeki

    Hadith :

    Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Berilah (belanjalah) dan jangan kamu selalu menutupi

    kepunyaanmu, kerana dengan itu nanti Allah akan menutupi rezekimu.

    Riwayat Bukhari & Muslim

    Islam Dan Ekonomi Saling Memerlukan

    Hadith :

    Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Pada akhir zaman kelak manusia harus menyediakan harta

    untuk menegakkan urusan agama dan urusan dunianya.

    Riwayat at-Thabrani

    Ingin Melihat Tuhan?

    Hadith :

    Dari Abdullah bin Syaqiq, katanya: Kataku kepada Abu Zar: Sekiranya saya berjumpa dengan Rasulullah

    s.a.w. nescaya kutanyakan kepada beliau suatu soalan. Kata Abu Zar: Tentang apa? Jawab Abdullah:

    Apakah tuan melihat Allah? Kata Abu Zar: Itu pernah ku tanyakan kepada beliau, dan dijawabnya: Saya

    hanya melihat sinar (nur).

    (Muslim)

    Qanaah

    Hadith :

    Dari Abdullah bin Amru bin Ash r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:Sungguh amat beruntunglah orang

    yang Islam (berserah diri) dan merasa cukup dengan apa yang direzekikan Allah serta berpada dengan apa

    yang diberikan-Nya.

    (Muslim)

    Kerana Jihad

    Hadith :

    Dari Jundub bin Sufyan r.a katanya: Jari Rasulullah s.a.w berdarah kerana luka dalam suatu peperangan.

    Maka bersabda Rasulullah s.a.w :Bukankah engkau hanya sebatang jari yang berdarah. Dan ini terjadi ketika

    engkau ikut berjihad fisabilillah.

    (Muslim)

  • 7/30/2019 HIMPUNAN HADIS

    14/50

    Kembali Ke Asalnya

    Hadith :

    Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:Allah Taala menjadikan Adam pada permulaan

    kejadiannya ialah seperti rupanya di bumi, tingginya enam puluh hasta. Setelah dia selesai tercipta, Allah

    Taala berfirman kepadanya:Pergilah kepada kelompok malaikat yang sedang duduk. Dengarkan jawapan

    mereka menjawab salammu. Begitulah cara kamu dan cara anak cucumu nanti memberi salam

    (penghormatan). Maka pergilah Adam kepada kelompok malaikat itu, lalu diucapkannya

    salam:Assalamualaikum (selamat sejahtera ke atasmu). Jawab para malaikat:Assalamualaika

    warahmatullah (selamat sejahtera ke atas kamu juga dan beroleh rahmat Allah). Firman Allah:Setiap orangyang masuk syurga bentuknya seperti Adam. Tingginya enam puluh hasta, sekalipun makhluk kemudian

    semakin pendek hingga sekarang.

    (Muslim)

    Kemudahan Dalam Bermusafir

    Hadith :

    Dari Ibnu Umar r.a katanya:Rasulullah SAW bersabda Sesungguhnya Allah suka (redha) supaya rukhsah -rukhsah yang diberikannya diamalkan sebagaimana ia tidak suka perkara-perkara maksiat dilakukan.

    (Ahmad)

    Nazar Tidak Dapat Mengubah Takdir

    Hadith :

    Dari Abu Hurairah katanya, nabi s.a.w bersabda:Sesungguhnya nazar itu tidak dapat mendekatkan

    seseorang kepada sesuatu yang ditakdirkan Allah belum akan menjadi miliknya. Tetapi nazar itu sesuai

    dengan qadar. Dengan nazar dapat dipungut pembayaran dari orang-orang bakhil yang sebelumnya tidak

    bersedia membayarnya.(Muslim)

    Berlindung Dari Mala Petaka

    Hadith :

    Daripada Ubai bin Kaab r.a. katanya: Adalah Rasulullah s.a.w. apabila sampai 1/3 malam baginda pun

    bangun lalu bersabda, Wahai sekalian manusia ingatlah kamu semua kepada Allah, telah datang goncangan

    yang pertama (gegaran/tiupan pertama) yang diikuti dengan peristiwa yang amat dahsyat (golombang/tiupan

    kedua) telah datang maut dengan bermacam-macam kesengsaraan, telah datang mati dengan bermacam-

    macam bentuk kesusahan (ketika datangnya sakaratul maut). Aku berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya aku

    akan memperbanyakkan selawat ke atasmu, maka sebanyak manakah yang aku perlu berselawat ke

    atasmu? Baginda menjawab Seberapa yang banyak kamu kehendaki. Aku bertanya lagi, 1/4? Beliau

    menjawab, seberapa banyak yang kamu kehendaki maka jika kamu tambah ianya menjadi kebajikan

    (selamat) kepada kamu. Aku bertanya lagi, Bagaimana jika separuh? beliau menjawab, Seberapa banyak

    yang kamu kehendaki, maka jika kamu tambah menjadi kebajikan kepada kamu. Aku bertanya lagi,

    Bagaimana jika 2/3? Baginda menjawab seberapa banyak yang kamu kehendaki, maka jika kamu tambah

    ianya menjadi kebajikan kepada kamu. Aku bertanya lagi, bagaimana jika aku jadikan sepenuhnya untuk

    berselawat kepada mu? Baginda menjawab, Oleh yang demikian segala kehendakmu akan dipenuhi dan

    diampuni segala dosamu.

    (Hassan)

    Kelebihan Menyegerakan Berbuka Puasa

    Hadith :

    Daripada Sahal bin Said r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Orang yang menyegerakan berbuka puasa

  • 7/30/2019 HIMPUNAN HADIS

    15/50

    setelah masuk waktunya akan mendapat kebaikan yang berterusan.

    (al-Bukhari dan Muslim)

    Syurga Ar-royyan Untuk Orang Yang Berpuasa

    Hadith :

    Daripada Sahl bin Saad berkata: Bersabda Nabi s.a.w. Sesungguhnya di syurga ada pintu yang bernama ar-

    Rayyan tempat masuk orang-orang yang berpuasa di hari qiamat. Tidak dapat masuk daripada pintu itu

    kecuali orang yang berpuasa, dipanggil oleh penjaganya:Dimanakah orang orang yang telah berpuasa?Dan tidak dapat masuk ke situ kecuali mereka yang berpuasa sahaja, dan jika semuanya telah selesai masuk,

    maka pintu itu ditutup, dan tidak masuk melaluinya melainkan mereka yang berpuasa sahaja.

    (Bukhari & Muslim)

    Pantang Menyerah Sebelum Ajal

    Hadith :

    Dari Anas bin Malik r.a, nabi s.a.w bersabda:Janganlah sekali-kali salah seorang daripada kamu

    mengharapkan kematian kerana suatu malapetaka yang menimpanya. Jika ia tidak dapat berbuat sesuatu

    (sudah puas berubat atau berikhtiar) maka hendaklah ia berdoa:Wahai Tuhanku, hidupkanlah akuseandainya kehidupan itu lebih baik bagiku, tetapi matikanlah aku seandainya kematian itu lebih baik bagiku.

    (Bukhari)

    Wanita Solat Di Belakang Lelaki

    Hadith :

    Abu Naim mennyampaikan kepada kami katanya, Ibnu Uyainah menyampaikan kepada kami, daripada Ishaq

    katanya:Nabi s.a.w solat di rumah Ummu Sulaim lalu berdiri dan seorang anak yatim di belakang baginda dan

    Ummu Sulaim di belakang kami.

    (Bukhari)

    Kewajiban Berpuasa Dibulan Ramadhan

    Hadith :

    Daripada Abi Hurairah r.a. berkata bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; Berpuasalah kamu apabila

    melihat anak bulan (hilal) dan berbukalah kamu (berhari raya) kerana melihat hilal. Apabila hilal terlindung

    awan daripada pandangan kamu, maka sempurnakanlah bulan tersebut (tiga puluh hari).

    Perbandingan Antara Orang Yang Pemurah Dengan Orang Yang Kedekut

    Hadith :

    Dari Abu Hurairah r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:Perumpamaan orang yang kedekut

    dengan orang yang pemurah seperti dua orang yang memakai baju besi yang menutupi dadanya sampai ke

    leher. Orang yang pemurah, bajunya lapang dan sempurna menutupi badannya hingga ke anak-anak jarinya

    dan menghapus jejaknya (dosanya). Sedangkan orang yang kedekut disebabkan ia tidak mahu menafkahkan

    hartanya, maka tiap-tiap cantuman bajunya sendat di tempatnya; ia berusaha mahu melonggarkannya tetapi

    tidak pula longgar.

    (al-Bukhari)

    Cara Malaikat Mengambil Nyawa Manusia

    Hadith :

    Rasulullah s.a.w bersabda: "..Dan apabila seseorang mukmin sampai masa matinya ia digembirakan oleh

    Malaikat yang hendak mengambil nyawanya: Bahawa ia akan beroleh rahmat Allah dan keredhaan-Nya serta

    Syurga-Nya, maka pada ketika itu tidaklah ada sesuatu yang dicintai oleh orang itu lebih daripada menerima

  • 7/30/2019 HIMPUNAN HADIS

    16/50

    apa yang dihadapinya, lalu ia suka dan ingin mengadap Allah, dan Allah juga redha menerimanya dengan

    sebaik-baik sambutan; dan apabila seseorang yang kafir atau yang berdosa didatangi oleh Malaikat yang

    hendak mengambil nyawanya, ia diberitahu bahawa ia akan beroleh azab seksa Allah dan kemurkaan-Nya,

    maka ketika itu tidaklah ada sesuatu yang dibencinya lebih daripada yang dihadapinya; dengan sebab itu

    maka ia merasa gerunan tidak suka mengadap Allah, dan Allah juga tidak redha ia mendekati rahmat-Nya

    apalagi mengadap-Nya."

    Dari Sebilangan Sahabat r.a

    Beribadat Dalam Suasana Huru-hara

    Hadith :

    Daripada Mukkil bin Yasar r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, Beribadat dalam keadaan kekacauan

    (huruhara/malapetaka) sama kelebihannya dengan berhijrah kepadaku

    (Muslim)

    Pembesar Melalaikan Solat

    Hadith :

    Dari Abu Dzar r.a katanya:Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku:Bakal terjadi sesudahku, di mana parapembesar melalaikan solat. Kerana itu solatlah kamu tepat pada waktunya. Jika kamu solat kembali bersama

    mereka, maka itu adalah suatu keuntungan (sunat) bagimu. Jika tidak maka sesungguhnya kamu sudah

    menjaga solatmu.

    (Muslim)

    Muslim Yang Terpelihara

    Hadith :

    Dari Abdullah r.a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya,

    kafir.(al-Bukhari)

    Dakwah Yang Berhikmah

    Hadith :

    Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Seorang Arab Badwi telah membuang air kecil di dalam masjid, lalu

    orang ramai pun bangun hendak bertindak ke atasnya. Maka rasulullah s.a.w bersabda (yang maksudnya):

    Biarkan dia (hingga selesai ia membuang air kecil) dan siramkan sebaldi atau segayung air ke atas

    kencingnya itu. Sesungguhnya kamu diperintah untuk memberi kemudahan, bukan untuk mendatangkan

    kesusahan.

    Riwayat al-Bukhari

    Keistimewaan Khadijah

    Hadith :

    Dari Aisyah r.a katanya:Saya tidak cemburu kepada seorang perempuan seperti cemburunya saya kepada

    Khadijah. Sesungguhnya Tuhan telah menyuruh Nabi untuk menyampaikan berita gembira kepada Khadijah

    akan memperoleh rumah di dalam syurga.

    (Bukhari)

    Terima Undangan Dan Menerima Hadiah

    Hadith :

    Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksid: Sekiranya aku dijemput menghadiri sesuatu majlis mahupun

    kecil atau besar nescaya aku menerima jemputan tersebut dan sekiranya aku dihadiahkan sesuatu barang

  • 7/30/2019 HIMPUNAN HADIS

    17/50

    yang bernilai atau tidak nescaya aku menerimanya juga

    Riwayat Hadith Al-Bukhari

    Asal Usul Azan

    Hadith :

    Dari Abdullah bin Umar katanya:Adalah kaum muslimin ketika baru sampai di kota Madinah, berkumpulmenunggu waktu sembahyang kerana belum ada cara untuk memberitahu. Pada suatu hari mereka itu

    bermesyuarat tentang cara pemberitahuan waktu; ada yang mengatakan supaya menggunakan loceng seperti

    Nasrani dan ada pula yang mengatakan supaya menggunakan trompet seperti Yahudi. Maka berkata Umar

    bin al-Khattab r.a: Bukankah lebih baik menyuruh seseorang meneriakkan atau memberitahukan waktu

    sembahyang? Bersabda Rasulullah s.a.w:Hai Bilal, pergilah dan ajaklah orang-orang bersembahyang.

    (Muslim)

    Muliakanlah Anak Yatim

    Hadith :Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus

    anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak. Dan

    baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan).

    (Bukhari)

    Kecelakaan zina

    Hadith :

    Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi sama mengutuk orang

    yang selalu berzina dan bau kemaluan pelacur di dalam neraka dapat mengganggu ahli neraka kerana sangatbusuknya.

    Riwayat al-Bazzar

    Isteri Jangan Tolak Permintaan Suami Untuk 'bersama'.

    Hadith :

    Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda maksudnya:Apabila seorang suami memanggil

    isterinya ke tempat tidur, tetapi tidak diendahkan oleh isterinya, lalu malam itu suaminya marah kepadanya

    maka isteri itu mendapat kutukan malaikat sehingga Subuh.

    (Muslim)

    Tambahi pahala jauhi Dosa

    Hadith :

    Daripada Wabisah bin Makbud

    Rasulullah saw. Bersabda bermaksud:

    Adakah engkau datang kerana hendak bertanya mengenai kebajikan? Aku menjawab ia maka sabdanya lagi

    mintalah fatwa (pertimbangan) hatimu sendiri, kebajikan itu ialah apa yang membawa ketenangan kepada jiwa

    dan ketenangan hati. Dosa ialah perasaan bimbang dalam jiwa serta perasaan ragu-ragu didalam dada (hati)

    sekalipun orang ramai telah memberi fatwa kepadamu dan sekalipun kamu telah diberi fatwa oleh mereka

    Riwayat Ahmad & ad-Darami

  • 7/30/2019 HIMPUNAN HADIS

    18/50

    Pekerja Bukan Hamba

    Hadith :

    Dari Khaitsamah r.a katanya: Ketika kami sedang duduk (belajar) dengan Abdullah bin Umar tiba-tiba datang

    bendaharanya, lalu dia masuk ke dalam majlis. Kata Abdullah kepadanya: Sudahkah kamu memberi makan

    kepada para hamba sahaya? Jawab bendahara:Belum tuanku! Kata Abdullah selanjutnya:Bahawasanya

    Rasulullah SAW telah bersabda:Alangkah besar dosanya orang yang menahan-nahan makan (upah dan

    sebagainya) terhadap orang yang menjadi tanggungjawabnya.(al-Bukhari)

    Mehnah Dalam Kehidupan Bermasyarakat

    Hadith :

    Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Mukmin yang mencampuri manusia dan bersabar atas penyiksaan

    mereka adalah lebih mulia daripada mukmin yang tidak bercampur dengan manusia dan tidak bersabar atas

    penyiksaan mereka."

    Riwayat Ahmad

    Mani; Najis Atau Tidak?

    Hadith :

    Dari Amar bin Maimun r.a katanya:Aku bertanya kepada Sulaiman bin Yasar perihal mani apabila mengenai

    pakaian seseorang; apakah cukup dengan membersihkan yang terkena mani itu sahaja ataukah harus

    mencuci kain itu seluruhnya? Jawabnya:Aisyah pernah mengkhabarkan kepadaku bahawa Rasulullah SAW

    hanya membersihkan bahagian yang kena mani itu sahaja; kemudian beliau pergi solat dengan memakai kain

    itu. Aku memang melihat bekas cucian di kain itu.

    (Muslim)

    Menghayati

    Hadith :

    Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:Bacalah al-Quran dan menangislah, dan jika tidak boleh

    menangis buat-buatlah menangis

    (at-Tabrani)

    Menyamaratakan Kasih Sayang

    Hadith :

    Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:Persamakan antara anak-anak kamu dalam pemberian.

    (At-Tabrani)

    Sempurnakan Sujudmu!

    Hadith :

    Dari Anas RA katanya, Rasulullah SAW bersabda:Sempurnakanlah sujud mu! Jangan membentangkan dua

    siku seperti anjing (tidur).

    Imam Mahadi Pembawa Rahmat

    Hadith :

  • 7/30/2019 HIMPUNAN HADIS

    19/50

    Rasulullah s.a.w telah menyebut satu bala bencana akan menimpa umat ini sehingga seseorang tak dapat

    tempat untuk berlindung daripada kezaliman; maka Allah Taala lahirkan seorang dari keturunanku dan ahli

    rumahku, serta Tuhan penuhkan bumi dengan kejujuran dan keadilan disebabkan pemerintahannya,

    sebagaimana bumi sebelum itu penuh dengan kezaliman dan kecurangan; penduduk langit dan bumi puas

    hati dengan pemerintahannya; langit pula tidak meninggalkan sedikit pun dari hujannya melainkan

    dicurahkannya dengan lebat, dan bumi juga tidak meninggalkan dari tumbuh-tumbuhannya melainkan

    dikeluarkan dengan sebanyak-banyaknya, sehingga orang yang hidup suka kalau orang-orang matinya hidup

    semula (supaya mereka dapat menikmati kemakmuran itu bersama); Mahadi itu akan hidup dalam keadaan

    yang tersebut selama tujuh atau lapan, atau pun sembilan tahun."

    Abu Sa'id Al-Khudri r.a

    Lima Nama Rasulullah

    Hadith :

    Dari Jubair bin Muthin, katanya:Aku mempunyai lima nama. Aku Muhammad (dipuji), aku Ahmad (amat

    terpuji), aku Mahi (penghapus) yang Tuhan menghapuskan kekafiran dengan usahaku, aku Hasyir

    (pengumpul) di mana dikumpulkan manusia di belakangku dan aku Aqib (penghabisan).

    (Bukhari)

    Banyakkan Bersabar

    Hadith :

    Daripada Anas r.a. katanya, Aku berjalan bersama- sama Rasulullah s.a.w. Baginda memakai selendang

    kasar tepinya buatan Najran. Baginda bertemu dengan seorang Arab badwi lalu direntapnya selendang

    baginda dengan rentapan yang kasar sehingga aku melihat kesan di tengkuk baginda akibat rentapan yang

    kasar itu. Kemudian orang arab itu berkata: Wahai Muhammad perintahkanlah supaya diberikan kepadaku

    daripada harta Allah apa yang ada pada kamu, Maka rasulul lah s.a.w berpaling kepadanya sambil ketawa.Kemudian baginda memerintahkan supaya diberikan sedekah kepadanya.

    Riwayat al-Bukhari dan Muslim

    Bakhil Meskipun Kaya

    Hadith :

    Dari Abdullah bin Masud, katanya: Bersabda Rasulullah s.a.w. Tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada

    di dalam hatinya seberat zarah (atom) dari sifat takbur (sombong). Berkata seorang laki-laki: Sesungguhnya

    semua orang ingin agar pakaiannya bagus dan sandalnya bagus. Berkata Rasulullah s.a.w. Sebenarnya

    Allah itu bagus dan cinta kepada kecantikan); takbur itu ialah menolak kebenaran dan tidak menghargai orang

    lain.

    (Muslim)

    kasi Vs kahwin

    Hadith :

    Dari Saad bin Abi Waqas r.a katanya:Rasulullah SAW pernah melarang Usman bin Mazhun untuk

    membujang selamanya kerana semata-mata hendak melakukan ibadah kepada Allah. Andaikan Rasulullah

    SAW mengizinkan tentunya kami sudah mengebiri (mengkasikan) diri kami.

    (Muslim)

  • 7/30/2019 HIMPUNAN HADIS

    20/50

    Ihsan majikan

    Hadith :

    Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:Apabila hamba sahayamu membuatkan makanan

    bagimu, kemudian makanan itu dibawanya ke hadapanmu dalam keadaan panas dan berasap, suruhlah ia

    duduk dan makanlah bersama-sama dengannya. Jika makanan itu hanya sedikit, letakkan di tangannya

    sesuap atau dua suap.

    (Muslim)

    Bidah

    Hadith :

    Dari Aisyah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:Siapa yang mengamalkan suatu amal (ibadat) yang tidak

    pernah kami lakukan maka amalnya itu ditolak.

    (Muslim)

    Usah Pentingkan Diri SendiriHadith :

    Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Bersabda Rasulullah SAW: Tiga macam orang bukan saja tidak akan

    mendapat layanan dan ampunan pada hari kiamat kelak, bahkan akan mendapat seksa yang pedih, iaitu

    seorang yang mempunyai kelebihan air di tengah padang pasir, sedangkan ia tidak mahu memberikannya

    kepada orang yang kehausan, seorang yang menjajakan barang dagangannya sesudah lewat waktu Asar

    sambil bersumpah dusta bahawa pokoknya sekian-sekian dan dipercayai oleh si pembeli dan seorang lagi

    yang membaiat pemimpin hanya untuk maksud manfaat keduniaan; apabila kelak maksudnya tercapai, ia

    patuh dan jika tidak, ia mungkir (berpaling tadah).

    (Muslim)

    Orang Gaji Dan Majikan

    Hadith :

    Dari Jarir r.a katanya:Rasulullah SAW bersabda:Apabila seseorang hamba sahaya lari dari majikannya,

    lepaslah tanggungjawab majikan daripadanya.

    (Muslim)

    Keharusan Menziarahi Orang Kafir Yang Sakit

    Hadith :

    Anas r.a berkata:Seorang anak Yahudi yang berkhidmat dengan nabi s.a.w telah jatuh sakit, maka baginda

    s.a.w telah datang melawatnya. Baginda duduk di sisi kepala serta berkata kepada anak itu:Terimalah Islam

    (iaitu masuklah kamu ke dalam agama Islam). Anak itu melihat kepada bapanya yang berada di sisinya, lalu

    bapanya itu berkata kepadanya:Patuhlah kepada seruan Abu al-Qasim ini. (mendengar bapanya berkata

    demikian) dia terus menerima agama Islam (dengan mengucapkan dua kalimah syadahadah). Selepas itu

    nabi s.a.w keluar dari tempat itu lantas bersyukur kepada Allah dengan ucapan:Segala puji bagi Allah yang

    telah menyelamatkan dari api neraka.

    (Bukhari)

    Pemimpin Yang Adil Mendapat Kedudukan Tinggi Disisi Allah

    Hadith :

  • 7/30/2019 HIMPUNAN HADIS

    21/50

    Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:Sesungguhnya orang-orang yang berlaku adil di sisi Allah akan

    menduduki beberapa mimbar yang diperbuat daripada cahaya. Mereka ialah orang-orang yang berlaku adil di

    dalam pemerintahan, ke atas keluarga dan apa-apa yang ditadbir oleh mereka.

    Riwayat Muslim

    Memelihara Hubungan

    Hadith :

    Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga ia suka

    saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang ia sendiri suka mendapatnya.

    Riwayat Bukhari dan Muslim

    Kelebihan Menuntut Ilmu

    Hadith :Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai

    memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang

    penuntut itu lakukan."

    Abu ad-Darda' r.a

    Mempercayai Ramalan Bintang

    Hadith :

    Dari Zaid bin Khalid, katanya: Kami bersembahyang subuh dengan Rasulullah s.a.w di Hudaibaiah,sedangkan pada malamnya hujan turun. Setelah selesai, beliau menghadapkan mukanya kepada orang

    banyak seraya berkata: Tahukah anda apa yang telah dikatakan Allah? Jawab mereka itu: Allah dan Rasul -

    Nya yang mengetahui. Kata Rasulullah s.a.w.: Allah telah berkata: Pada pagi ini ada di antara hamba-

    hamba-Ku yang percaya kepada-Ku dan ada pula yang ingkar; adapun yang menyatakan: Kita telah

    didatangkan hujan dari kurniaan Allah dan rahmat-Nya, maka orang itulah yang beriman kepada-Ku dan

    ingkar kepada bintang-bintang; adapun yang berkata, kita telah dituruni hujan sebab bintang Anu dan bintang

    Anu, maka orang itulah yang ingkar kepada-Ku dan percaya kepada bintang-bintang.

    (Muslim)

    Jauhi Arak Untuk Keselamatan Negara

    Hadith :

    Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Dalam persoalan arak ada sepuluh orang yang dikutuk

    kerananya iaitu pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya,

    penjualnya, pemakan hasil wangnya, pembayarnya dan pemesannya

    Riwayat Anas

    Keikhlasan Dalam Menuntut Ilmu

    Hadith :

    Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:Sesiapa yang mempelajari ilmu yang boleh mendapatkan

  • 7/30/2019 HIMPUNAN HADIS

    22/50

    keredhaan Allah, sedangkan dia mempelajarinya kerana ingin mendapatkan habuan dunia, dia tidak akan

    dapat mencium bau syurga di hari akhirat kelak.

    Riwayat Abu Daud

    Kewajipan Suami Memberi Nafkah

    Hadith :

    Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: Sesiapa yang memberi nafkah kepada isterinya, anaknya dan ahlikeluarganya, maka ia(iaitu nafkah) yang diberikan adalah sedekah.

    Riwayat Ibn Majah

    Cara Azan Yang Dilakukan Oleh Muazzin (bilal)

    Hadith :

    Daripada Abu Juhaifah r.a. katanya, Aku telah melihat Bilal sedang Azan dan aku memerhatikan mulutnya,kepalanya kekanan dan kekiri dan dua jarinya didalam telinganya. Diriwayatkan oleh Ahmad dan Tarmizi,

    beliau menganggap hadith ini panjang. Hadith yang diriwayatkan oleh ibnu majah pula menyebut, meletakkan

    dua jarinya kedalam dua telinganya Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud menyebut (Bilal) telah

    memalingkan tengkuknya ketika menyebut Haiya alassolahkekanan dan kekiri, tanpa berpusing badannya.

    Asal hadith ini didalam soheh al-Bukhari dan soheh muslim.Dan daripada Abu Mahzurah r.a. bahawa Nabi

    s.a.w. perkenan suaranya lalu diajarkan Azan kepadanya.

    Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

    Hakikat kebijaksanaan

    Hadith :

    Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh

    Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam

    (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut

    dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan

    berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk

    melakukan zina, lalu ia menjawab, Aku takut kepada Allah, seseorang yang bersedekah dengan sesuatu

    sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang

    dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air

    matanya.

    Riwayat at-Tirmidzi

    Jauhi Daripada Perbuatan Yang Mendatangkan Bala

    Hadith :

    Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya apabila manusia melihat manusia lain

    melakukan kezaliman lalu tidak melarangnya, (maka dikhuatiri Allah akan menimpakan azab-Nya secara

    umum tanpa ada yang terselamat sama ada yang melakukan kezaliman atau yang melihatnya tanpa

    mencegahnya.

    Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi

  • 7/30/2019 HIMPUNAN HADIS

    23/50

    Banyak Cara Untuk Bersedekah

    Hadith :

    Dari Abu Dzar r.a katanya:Beberapa orang sahabat Nabi SAW pernah berkata kepada beliau,:Kaum

    hartawan memperolehi pahala yang lebih banyak. Mereka solat seperti kami solat, puasa seperti kami puasa

    dan bersedekah dengan sisa harta mereka. JawabRasulullah SAW:Bukankah Allah telah menjadikan

    berbagai macam cara untuk kamu bersedekah? Setiap kalimah tasbih adalah sedekah; setiap kalimah takbir

    adalah sedekah; setiap kalimah tahmid adalah sedekah; setiap kalimah tahlil adalah sedekah; amar makrufdan nahi mungkar (menagajak kepada kebaikan dan melarang kepada yang mungkar) adalah sedekah;

    bahkan pada kemaluanmu pun terdapat pula unsur sedekah. Mereka bertanya:Kalau begitu, adakah kami

    mendapat pahala jika kami memuaskan nafsu syahwat kami? JawabRasulullah SAW Jika kamu

    melakukannya dengan yang haram, tentunya kamu berdosa. Sebaliknya jika kamu melakukannya dengan

    yang halal, kamu mendapat pahala.

    (al-Bukhari)

    Jenazah Yang Tidak Disolatkan Oleh Rasulullah S.a.w

    Hadith :

    Dari jabir bin Samurah r.a katanya,Dibawa orang kepada nabi s.a.w jenazah seorang lelaki yang membunuh

    diri dengan anak panah. Tetapi jenazah itu tidak disolatkan oleh baginda.

    (Muslim)

    Hukum Menziarah KuburHadith :

    Daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w melarang kami (kaum wanita) menziarahi kubur tetapi

    kemudian beliau membolehkan dan mengizinkan kami.

    Riwayat Al- Hakim

    Dukacita Rasulullah

    Hadith :

    Dari Anas r.a katanya,:Rasulullah s.a.w pernah qunut selama sebulan iaitu ketika ahlul qurra (ahli-ahli

    membaca al-Quran) ramai yang tewas dalam peperangan. Belum pernah saya melihat Rasulullah s.a.w

    berdukacita seperti itu.

    (al-Bukhari)

    Sujud tilawah

    Hadith :

    Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda:Apabila anak Adam membaca ayat

    Sajdah, lalu dia sujud; maka syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud,

    maka dia sujud, lalu mendapat syurga. Aku disuruh sujud, tetapi aku menolak maka untukku neraka.

    (al-Bukhari dan Muslim)

  • 7/30/2019 HIMPUNAN HADIS

    24/50

    Binatang Yang Boleh Dibunuh

    Hadith :

    Dari Aisyah r.a, dari nabi s.a.w sabdanya: Terdapat lima jenis binatang merbahaya yang boleh dibunuh di luar

    tanah haram ataupun di dalam tanah haram iaitu ular, gagak, tikus, anjing gila dan helang.

    (Muslim)

    Syurga Orang Kafir; Penjara Orang MukminHadith :

    Dari Abu Hurairah r.a katanya:Rasulullah s.a.w bersabda:Dunia penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi

    orang kafir.

    (Muslim)

    Cantik Dan Anggun

    Hadith :

    Dari Anas bin Malik, katanya: Rasulullah SAW menentukan waktu kepada kami tentang menggunting kumis,mengerat kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur ari-ari supaya jangan dibiarkan lebih dari empat puluh

    hari.

    (Muslim)

    Tiga Golongan Yang Dilaknat

    Hadith :

    Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Bersabda Rasulullah s.a.w.: Tiga macam orang bukan saja tidak akan

    mendapat layanan dan ampunan dari Allah pada hari kiamat, bahkan akan mendapat siksa yang pedih; iaitu situa bangka yang berzina, raja atau kepala negara atau penguasa yang pendusta dan fakir yang sombong.

    (Muslim)

    Pahala berganda

    Hadith :

    Dari Aisyah r.a katanya:Rasulullah s.a.w bersabda:Orang (mukmin) yang mahir membaca al-Quran, maka

    kedudukannya di akhirat ditemani para malaikat yang mulia. Dan orang yang membaca al-Quran padahal dia

    gagap sehingga sulit baginya membaca, maka dia mendapat pahala ganda.

    (Muslim)

    Solat ghaib

    Hadith :

    Dari Abu Hurairah r.a katanya:Pada hari kematian raja Najasyi (Raja Habsyah), rasulullah s.a.w

    mengumumkannya kepada orang ramai. Sesudah itu baginda pergi ke tempat solat, lalu baginda takbir empat

    kali (solat ghaib).

    (Muslim)

    Jangan membangga Diri

    Hadith :

  • 7/30/2019 HIMPUNAN HADIS

    25/50

    Rasulullah saw. Bersabda bermaksud:

    Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada Aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat

    tawadduk sehingga tidak ada seseorang pun merasa dirinya megah (lebih bangga diri) dari orang lain dan

    tidak boleh seseorang itu menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain.

    Riwayat Muslim

    Mengkafankan mayatHadith :

    Dari Abu Salamah r.a katanya:Dia bertanya kepada Aisyah r.a isteri Rasulullah s.a.w katanya:Berapa

    lapiskah kafan Rasulullah s.a.w? Jawab Aisyah:Tiga lapis kain kapas (putih).

    (Muslim)

    Mengelak Penyakit Berjangkit

    Hadith :

    Dari Abu Salamah bin Abdur Rahman r.a katanya dia mendengar Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullahs.a.w bersabda:Tidak ada penularan, kemudian ditambahkannya pula, Jangan mendekatkan yang sakit

    kepada yang sihat.

    (Muslim)

    Adab Buang air

    Hadith :

    Dari Salman r.a katanya dia ditanya oleh seseorang:Bukankah Rasulullah SAW telah mengajarkan kepada

    kamu segala-galanya hingga masalah buang air juga? Jawabnya,Benar! Beliau melarang kita mengadapkiblat ketika buang air besar atau kecil. Beliau juga melarang beristinja dengan tangan kanan, beristinja

    kurang dari tiga biji batu dan istinja dengan kotoran ternak yang telah keras atau dengan tulang.

    (Muslim)

    Tinggalkan Perkara Yang Meragukan

    Hadith :

    Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:

    Tinggalkan apa yang membimbangkan kamu kepada apa yang tidak membimbangkan kamu

    Hadith ini Hadith Hasan soheh yang bermakna: Tinggalkan perkara yang engkau ragu dan ambillah perkara

    yang engkau tidak ragu.

    Riwayat At-Tarmizi

    Riddah

    Hadith :

    Dari Ibnu Abbas r.a katanya:Bahawa rasulullah S.A.W bersabda:Sesiapa yang menukar agama Islamnya

    maka hendaklah kamu membunuhnya.

    (Jamaah kecuali Muslim)

    Pemimpin Silih Berganti

  • 7/30/2019 HIMPUNAN HADIS

    26/50

    Hadith :

    Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud: Kaum Bani Israel biasanya dipimpin oleh para nabi. Setiap kali

    meninggalnya seorang nabi akan diganti pula oleh seorang nabi yang berikutnya. Sesungguhnya tiada nabi

    sesudahku. Ada beberapa orang pemerintah sebagai penggantiku dan banyaklah bilangan mereka itu,

    Baginda bersabda, Lakukanlah baiah yang pertama, dan hendaklah patuh kepada pemerintahan mereka.

    Kamu juga hendaklah memerangi mereka yang menentang mereka, dan mohonlah kepada Allah apa-apa

    yang menjadi hak bagimu, Allah akan bertanya kepada khalifah-khalifah itu mengenai cara mereka mentadbir

    pemerintahan mereka.

    Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

    Kemuliaan budi pekerti

    Hadith :

    Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

    Allah Azzawajalla berfirman, Kemuliaan adalah sarungku dan kesombongan itu adalah selendangku,

    sesiapa yang mencabut daripadaku salah satu daripada keduanya nescaya Aku akan menyiksanya.

    Riwayat Muslim

    Amalan Yang Dituntut

    Hadith :

    Nabi s.a.w bersabda: "Apabila Allah hendak membahagiakan seseorang hamba-Nya, Allah Taala menyeru

    Jibril dengan firman-Nya: "Sesungguhnya Allah kasihkan si anu maka hendaklah engkau mengasihinya"; Jibril

    pun mengasihinya; kemudian Jibril mengisytiharkan kepada sekalian penduduk langit katanya: Sesungguhnya

    Allah kasihkan si anu maka hendaklah kamu sekalian mengasihinya; dengan itu penduduk langit pun

    mengasihinya; setelah itu orang yang tersebut dikasihi dan diberi sambutan di bumi. Dan apabila Allah Taala

    bencikan seseorang hamba-Nya, Allah memanggil Jibril serta berfirman: "Sesungguhnya Aku bencikan si anumaka hendaklah engkau bencikan dia". Jibril pun membencinya; kemudian Jibril mengisytiharkan kepada

    sekalian penduduk langit, katanya: "Sesungguhnya Allah bencikan si anu maka hendaklah kamu sekalian

    membencinya"; dengan itu penduduk langit pun membencinya; setelah itu orang yang tersebut dibenci dan

    dipulaukan di bumi."

    ii) Orang yang mempunyai sifat dan amalan yang baik sesungguhnya amat dikasihi oleh Allah S.W.T. Dia juga

    disayangi oleh sekalian makhluk yang ada di langit dan bumi.

    iii)Pengisytiharan kasih mahupun benci oleh Allah terhadap seseorang itu adalah sebagai memberi nilai yang

    sewajarnya agar kesan kebaikan dan kejahatan tersebut dapat dirasai oleh pelakunya di dunia sebelum ia

    menerima balasan sepenuhnya di hari akhirat.

    iv)Kita selaku manusia biasa adalah tidak layak untuk menilai tentang buruk baiknya seseorang apalagi

    menghukum dan membenci manusia yang lain kerana hanya Allah sahaja yang berhak berbuat demikian.

    Abu Hurairah r.a

    Solat Minta Hujan

    Hadith :

    Dari Anas bin Malik r.a katanya:Nabi s.a.w tidak pernah mengangkat tangan tinggi-tinggi ketika berdoa,

    melainkan ketika berdoa minta hujan sehingga kelihatan putih ketiaknya.

    (Muslim)

    Menjaga akhlak

    Hadith :

  • 7/30/2019 HIMPUNAN HADIS

    27/50

    Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka

    hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari

    Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian

    maka hendaklah ia memuliakan tetamunya.

    Riwayat Bukhari dan Muslim

    Syaitan Lari !Hadith :

    Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari

    terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula

    apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa

    menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:Ingatlah apa yang belum kamu ingat!

    Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.

    (al-Bukhari)

    Berakhlak Baik Dan Meninggalkan Perkara Yang Tidak Bersangkutan Dengannya

    Hadith :

    Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Orang-orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah

    mereka yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik manusia daripada kalangan kamu ialah mereka yang

    paling baik kepada isterinya.

    Riwayat Abu Daud

    Dengki

    Hadith :

    Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidak berkumpul di dalam hati seorang manusia antara iman dan

    dengki"

    Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi

    Pertahankan Keamanan

    Hadith :

    Dari Abdullah bin Aufa r.a, Rasulullah s.a.w pada suatu hari menanti musuh sehingga matahari condong.

    Kemudian baginda berdiri di hadapan orang ramai lalu bersabda: Wahai saudara-saudara! Janganlah

    mengharap-harapkan menemui musuh, mintalah kesejahteraan kepada Allah! Tetapi jika kamu bertemu

    dengan musuh, sabarlah (berhati teguh)! Ketahuilah, sesungguhnya syurga itu terletak di bawah bayangan

    pedang. Kemudian baginda berkata:Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, yang menjalankan awan dan

    mencerai-beraikan pasukan musuh! Cerai-beraikanlah mereka dan bantulah kami melawan mereka.:

    Bukhari

    Jangan Meratapi Jenazah

    Hadith :

    Dari Abdullah r.a katanya, Nabi SAW bersabda: Tidak termasuk golongan kami orang yang menampar

    nampar pipi, mengoyak-ngoyak baju dan berteriak-teriak seperti teriakan jahiliyyah (kerana meratapi mayat) .

  • 7/30/2019 HIMPUNAN HADIS

    28/50

    (al-Bukhari)

    Mendirikan masjid

    Hadith :

    Dari Muhammad bin Labid r.a katanya:Ketika Usman bin Affan bermaksud hendak merombak masjid

    (Madinah), orang ramai tidak setuju. Mereka lebih suka membiarkannya sebagaimana adanya. Maka berkata

    Usman bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda:Sesiapa yang membangunkan masjid keranaAllah, maka Allah akan membuatkan untuknya rumah seperti itu di syurga.

    (Muslim)

    Tatacara berkhutbah

    Hadith :

    Dikhabarkan dari Ibnu Umar r.a katanya:Nabi s.a.w berkhutbah dengan berdiri. Kemudian baginda duduk dan

    setelah itu berdiri semula sebagaimana dilakukan orang sekarang ini.

    (al-Bukhari)

    Bersumpah

    Hadith :

    Dari Abdullah r.a, Nabi SAW bersabda:Sesiapa yang bersumpah hendaklah bersumpah dengan nama Allah

    atau hendaklah diam sahaja.

    (al-Bukhari)

    Kepentingan Berakhlak Mulia

    Hadith :

    Daripada Abdullah bin Amru bin al-As r.a, katanya, Bukanlah rasulullah s.a.w seorang yang bersifat keji dan

    baginda tidak pernah melakukan perkara-perkara yang keji. Baginda bersabda, Sesungguhnya orang-orang

    yang terpilih antara kamu ialah orang-orang yang mulia akhlaknya.

    Riwayat al-Bukhari dan Muslim

    Bernazar Dengan Maksiat

    Hadith :

    Dari Imran bin Hushain r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:Tidak boleh melaksanakan nazar yang berupa

    maksiat dan tidak boleh orang melaksanakannya.

    (al-Bukhari)

    Kasih Sayang Dan Kebencian Allah Mengatasi Segalanya

    Hadith :

    Daripada Abdullah ibn Abbas r.ahuma, bahawa rasulullah pernah berdoa, ya Allah aku berserah kepada

    engkau, aku beriman kepada engkau, aku bertawakal kepada engkau, aku kembali kepada engkau dan aku

    berjuang kerana engkau. Ya Allah ,aku berlindung dengan kemuliaan dan kekuatan engkau, tiada Tuhan yang

  • 7/30/2019 HIMPUNAN HADIS

    29/50

    aku sembah melainkan engkau, janganlah aku disesatkan . Engkau yang hidup dan tidak akan mati

    sedangkan jin dan manusia semuanya akan mati ( Muttafiqun alaih)

    Riwayat al-Bukhari dan Muslim

    Dunia Hanya Sementara

    Hadith :

    Dari Ibnu Ibnu Umar r.a katanya: rasulullah S.A.W memegang bahuku lalu ia bersabda: Hendaklah engkauberada dalam dunia seolah-olah engkau orang berdagang atau orang yang sedang melalui di jalan

    (pengembara). Dan adalah Ibnu Umar r.a berkata:Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah

    engkau menunggu pagi; dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu

    petang. Dan gunakanlah dari sihat engkau bagi masa sakit engkau dan dari hidup engkau bagi masa mati

    engkau.

    (al-Bukhari)

    Larangan berkhalwatHadith :

    Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:Mana-mana lelaki tidak akan berdua-duaan (berkhalwat)

    dengan perempuan, melainkan pasti syaitan akan menjadi yang ketiga.

    (at-Tirmidzi)

    Allah Melaknat Orang Yang Makan Riba

    Hadith :

    Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Allah akan melaknat pemakan riba, yang memberi makan, duaorang saksinya dan juru tulisnya.

    Mendahulukan Yang Kanan

    Hadith :

    Dari Aisyah r.a katanya:Rasulullah SAW lebih suka mandahulukan yang kanan dalam segala keadaan

    (perbuatan) seperti memakai terompah, bersikat, berwudhuk dan mandi.

    (Muslim)

    Sabar

    Hadith :

    Daripada Abu Malik al-Harith bin A`sim al-Asya`ri r.a , katanya, telah bersabda rasul s.a.w , kesucian zahir

    dan batin sebahagian daripada iman, ucapan alhamdulillah memenuhi neraca, subhanallah serta

    alhamdulillah memenuhi neraca, subhanallah serta alhamdulillah keduanya memenuhi apa yang ada di antara

    langit dan bumi, sembahyang sebagai cahaya, sedekah pula bukti iman, sabar itu sebagai sinaran, al-Quran

    itu sebagai bukti untukmu atau atasmu dan setiap manusia dipagi lagi ada yang menjual dirinya ( memelihara

    diri daripada siksaan Allah) dan ada juga yang membinasakan dirinya sendiri ( tidak ingin keredaan Allah)

    Riwayat Muslim

    Membersihkan Najis Mughallazah

    Hadith :

  • 7/30/2019 HIMPUNAN HADIS

    30/50

    Dari Abu Hurairah r.a katanya:Bersabda Rasulullah s.a.w;Membersihkan bejana yang dijilat anjing, adalah

    dengan membasuhnya tujuh kali dan basuhan yang pertama dicampur dengan tanah."

    (Muslim)

    Beramal Dengan surah Al-kahfi

    Hadith :

    Daripada al-Barra r.a katanya : Di kala seorang lelaki membaca surah al-Kahfi tiba-tiba ia melihat binatangpeliharaannya berlari dan ia melihat bagaikan sekumpulan mega atau awan lalu ia datang menemui

    Rasulullah SAW dan menyebutkan mengenainya kepada Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW bersabda :

    Itu adalah as-Sakinah (ketenangan) yang turun bersama al-Quran atau turun di atas al-Quran. (al-Bukhari,

    Muslim dan at-Tirmidzi)

    al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi

    Menguburkan Jenazah

    Hadith :Dari Uqbah bin Amir al-Juhhani r.a katanya:Ada tiga macam waktu, di mana Rasulullah SAW melarang kita

    solat atau menguburkan jenazah pada waktu-waktu tersebut. Pertama, saat matahari terbit hingga ia agak

    meninggi. Kedua, saat matahari tepat berada di pertengahan langit (tengah hari tepat) hingga ia telah

    condong ke Barat. Ketiga, saat matahari hampir terbenam sehingga ia telah tenggelam sama sekali.

    (Muslim)

    Kelebihan Sembahyang Di Masjid Nabi S.a.w

    Hadith :Dari Abu Hurairah, r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Satu sembahyang di masjid ku ini lebih afdhal

    daripada seribu sembahyang di masjid-masjid yang lain, kecuali masjid al-haram di Mekah

    (al-Bukhari dan Muslim)

    Kelebihan Bulan Ramadhan

    Hadith :

    Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu -pintu syurga dibuka,

    manakala pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan.

    Riwayat Bukhari & Muslim

    Minta Izin Suami Untuk Ke MasjidHadith :Musaddad menyampaikan kepada kami (katanya), daripada Yazid bin Zari, daripada Mamar, daripada az-Zuhri, daripada Salim bin Abdullah, daripada bapanya, daripada nabi s.a.w bersabda baginda:Apabila isteriseorang kamu meminta izin (ke masjid) maka janganlah ia menegahnya.(Bukhari)

    RibaHadith :Dari Usamah bin Zaid r.a, katanya Nabi s.a.w bersabda:Sesungguhnya riba itu boleh berlaku pada jual belisecara hutang (kredit).(Muslim)

  • 7/30/2019 HIMPUNAN HADIS

    31/50

    Sifat perikemanusiaanHadith :Dari Ibnu Abbas r.a katanya:Rasulullah s.a.w melarang perbuatan melagakan binatang.

    (Tirmidzi dan Abu Daud)

    Alangkah Ruginya!Hadith :Kaab bin Ujrah menceritakan suatu kisah menarik daripada Rasulullah S.A.W di mana baginda bersabda:Hampiri mimbar! Lalu kami semua menurutinya, ketika baginda melangkah ke tangga yang pertama bagindamengatakan:Amin. Apabila baginda melangkah tangga yang kedua baginda mengatakan:Amin, begitulahapabila baginda melangkah tangga yang ketiga. Lalu kami bertanyakan tentang maksud perbuatannya itu,baginda menjawab:Aku didatangi Jibrail a.s mengatakan kepadaku:Jauhlah (rugilah orang yang sempatdengan Ramadhan tetapi tidak mendapat pengampunan. Aku pun menyahut dengan berkata:Amin. Ditangga yang kedua Jibrail mengatakan:Jauhlah orang yang apabila disebut namamu (Muhammad) dia tidakmengucapkan selawat ke atasmu, aku pun menyahut:Amin. Di tangga yang ketiga Jibrailmengatakan:Jauhlah orang yang sempat dengan kedua-dua orang tuanya yang sudah uzur atau salah

    seorang mereka, tetapi mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga. Aku pun mengatakan:Amin.

    Adab Menziarahi Orang SakitHadith :Dari Ibnu Abbas r.a nabi s.a.w masuk ke dalam rumah orang Arab Dusun untuk melihat di sakit. Kata IbnuAbbas:Pernah Nabi s.a.w apabila dia masuk ke rumah orang yang sakit untuk melihatnya, bagindabersabda:Tidak mengapa! Sembuh, insya Allah. Ucap nabi kepada orang sakit itu. Tidak mengapa,sembuh, insya Allah! Jawabnya:Tuan katakan:Sembuh . Sebenarnya itu demam panas yang sedangmeluap dan mengancam orang yang sangat tua dan akan membawa maut. Nabi s.a.w bersabda:Ya, benarkatamu itu.(al-Bukhari)

    Haji Untuk Orang LainHadith :Daripada IbnuAbbas r.a. menceritakan bahawa ada seorang wanita bertanya, Ya Rasulullah, sesungguhnyaAllah telah mewajibkan ke atas semua hambanya mengerjakan haji, adakah boleh aku kerjakan haji untukayahku, apakah pahala haji tersebut dapat dimiliki olehnya? Baginda menjawab:Ya boleh(al-Bukhari dan Muslim)

    Memakan Belalang

    Hadith :Dari Abdullah bin Abi Aufa r.a katanya:Kami berperang bersama-sama Rasulullah s.a.w dalam tujuhpeperangan di mana kami pernah memakan belalang.(Bukhari)

    Bawang Putih Dan Bau MulutHadith :Abu Ayyub r.a meriwayatkan katanya: Adalah Rasulullah SAW apabila baginda didatangkan makanan makabaginda memakan sebahagiannya dan yang lebihnya dikirim kepada ku. Pada suatu hari bagindamengirimkan kepada ku makanan yang lebih yang tidak pun dimakan sebahagiannya kerana padanya adabawang putih. Saya bertanya kepada beliau: Apakah ia haram? Baginda bersabda: Tidak. Tetapi aku tidak

    menyukainya kerana baunya. Abu Ayyub berkata: Sesungguhnya saya tidak menyukai apa yang anda tidakmenyukainya.Muslim

    Mati Dengan Mata Terbeliak

  • 7/30/2019 HIMPUNAN HADIS

    32/50

    Hadith :Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:Tidakkah kamu lihat apabila seorang manusia mati,matanya terbeliak ke atas? Jawab mereka, Ya kami melihatnya, ya Rasulullah. Sabda baginda lagi:Hal ituterjadi kerana penglihatannya mengikut rohnya ketika roh itu pergi. (Muslim)

    Hadith :Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Arak ialah setiap yang merosakkan akal fikiran.

    Riwayat al-Bukhari dan Muslim

    KeadilanHadith :Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:Sesungguhnya binasalah orang-orang yang sebelum kamu disebabkan orang-orang atasan apabila mencurimereka membiarkannya , dan apabila orang lemah mencuri mereka menjatuhkan hukuman ke atasnya.Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

    BertayammumHadith :Dari Huzaifah r.a, katanya : Rasulullah s.a.w bersabda: .dan (diantara keistimewaannya yang diberikanAllah kepada kami ialah) dijadikan bumi ini seluruhnya sebagai tempat sembahyang untuk kami dan tanahnyapula dijadikan untuk kami sebagai alat untuk bersuci apabila kami tidak mendapat air.

    Riwayat