Himpunan Mutiara Kata

download Himpunan Mutiara Kata

of 3

Transcript of Himpunan Mutiara Kata

  • 8/14/2019 Himpunan Mutiara Kata

    1/3

    Himpunan Mutiara Kata

    Kalau kita berjaya memotivasi diri sendiri, itu hebat. Tetapi andainya kita boleh

    menjadikan orang lain seperti kita, itu baru hebat sangat DR. HM TUAH

    ISKANDAR al-Haj

    Tak mampu buat semua jangan tinggal semua DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

    Jangan fikirkan yang sedap saja, kadang-kadang kita kena juga telan yang pahit sebab

    kadang-kadang yang pahit itu ubat sedang yang sedap itu racun DR. HM TUAH

    ISKANDAR al-Haj

    Tengok awan usah terlupa pada bumi yang dipijak DR. HM TUAH ISKANDAR al-

    Haj

    Air mata untuk kekasih, untuk sedih dan untuk rasa pedih, tentu lebih berharga air

    mata tatkala gembira, berjaya dan ternama DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

    Bila kapal besar lalu, perahu kecil tentu terbuai ombak DR. HM TUAH

    ISKANDAR al-Haj

    Berubah itu mungkin mudah, tapi kekal dengan perubahan yang dibuat itu mungkin

    payah DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

    Lebih baik memandai-mandai daripada langsung tak pandai DR. HM TUAH

    ISKANDAR al-Haj

    Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi

    sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan

    di sebalik suatu kekuatan DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

    Kaya di mata orang belum tentu kaya di mata sendiri DR. HM TUAH ISKANDAR

    al-Haj

    Kaya itu bukan sahaja kerana wang, boleh jadi kaya hutang, kaya anak, kaya musuh

    atau kaya perasaan DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

    Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kaya kata-kata, kadang-kadang itu lebihbererti DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

    "Tidak perlu merayu pada orang yang sudah tiada simpati. Hati kita milik kita.

    Bawalah hati itu dan pergilah dari situ."

    "Ada waktunya, sepi menjadi lebih indah kerana di saat itu kita ada ruang untuk

    mengingati, merindui."

    "Usah sangka kereta jenama paling mahal tidak memberikan masalah. Ada kalanya

    meragam juga. Usah sangka orang yang serba kekurangan itu tidak membahagiakan,

    ada kalanya dia lebih mengerti."

  • 8/14/2019 Himpunan Mutiara Kata

    2/3

    "Usah sangka apa yang belum kita miliki janji pada kebahagiaan kita. Ada kalanya

    setelah kita miliki itulah punca masalah kita. Jangan sangka semua yang cerah kekal

    cerah sampai bila-bila, ada kalanya menjadi hitam dan menyusahkan."

    "Selalu kita menyangka yang di tangan orang indah dan menawan; apa yang di tangan

    sendiri sentiasa kedam. Selalu kita meletakkan impian yang muluk-muluk padakepunyaan orang sedangkan orang turut terliur dengan apa yang kita miliki."

    "Jangan mudah membuang, tambah-tambah lagi jika ia bukan barang tapi orang."

    Boleh diharap merupakan asas pertama peribadi yang baik.

    Sifat peribadi anda dapat ditentukan menerusi rakan-rakan anda

    Reputasi anda ialah apa yang orang lain fikirkan tentang diri anda; sikap peribadi

    anda ialah tingkah laku anda.

    Sifat peribadi yang kukuh adalah aset kita yang paling hebat kerana ia kuasa yang

    membolehkan kita berhadapan dengan kecemasan.

    Apa yang anda fikirkan mengenai diri anda, akan mempengaruhi diri anda sendiri.

    Sesetengah orang menggunakan jam yang murah. Jam seperti ini tidak boleh diharap.

    Jangan serahkan sesuatu yang penting seperti sifat peribadi anda kepada nasib.

    Antara nasib dan takdir adalah suatu yang lebih kurang sama. Mereka akan berubah

    hanya dengan doa kita dan dengan keizinanNya.

    Kemahiran dan ilmu semakin diguna semakin banyak.

    Setiap hari kita adalah manusia yang berbeza. Semalam kanak-kanak. Hari ini remaja.

    Dan esok, hari tua. Semuanya menjadikan kita dan masa sungguh bermakna...

    Seekor singa yang ganas lebih mudah ditentang daripada seorang pemerintah yang

    kejam, dan pemerintah yang kejam lebih mudah dihadapi daripada angkara fitnah

    yang berkekalan.

    Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat

    mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas.

    Jaga-jagalah bergurau, kerana ia membawa kepada keburukan dan menimbulkan rasa

    dendam.

    Jika anda menyayangi seseorang itu kerana Allah, maka janganlah bertengkar dan

    berbalah dengannya, janganlah menanyakan sesiapa tentangnya, kerana orang yang

    ditanya itu mungkin memberitahu anda perkara yang mengelirukan yang boleh

    menghalang perhubungan anda dengan orang itu.

  • 8/14/2019 Himpunan Mutiara Kata

    3/3