Hiperaktif
-
Upload
halil-chik -
Category
Education
-
view
1.114 -
download
3
Transcript of Hiperaktif
KANDUNGANMUKA SURAT
1.0 PENGENALAN 1
1.1 KECACATAN HIPERAKTIF PADA KANAK-KANAK 2
1.2 CIRI-CIRI KANAK-KANAK HIPERAKTIF 3
1.3 PUNCA KECACATAN HIPERAKTIF 4
1.4 CARA PENGENDALIAN KANAK-KANAK HIPERAKTIF 6
1.5 LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH HIPERAKTIF 7
1.6 KESIMPULAN 8
1.7 RUJUKAN 9
1.0 PENGENALAN
Dewasa ini, kita sering terbaca atau terlihat keratan-keratan akhbar yang memaparkan
pelbagai kes yang melibatkan kecacatan yang berlaku pada kanak-kanak dari segi mental
dan juga fizikal. Kecacatan-kecacatan yang kebiasaannya berlaku pada kanak-kanak adalah
seperti Sindrom Down, hiperaktif, autisme, masalah penglihatan, masalah pendengaran dan
lain-lain kecacatan lagi. Dalam konteks pendidikan, golongan kanak-kanak yang mengalami
kecacatan-kecacatan seperti ini akan mengikuti program pendidikan khas yang digubal oleh
kerajaan negara kita bagi bertujuan untuk memberikan peluang pendidikan kepada kanak-
kanak ini sama seperti kanak-kanak normal. Jika dilihat dan dikaji dengan teliti, program
pendidikan khas untuk kanak-kanak yang megalami kecacatan ini telah diubahsuai dan
telah melalui proses penambahbaikan supaya kanak-kanak daripada golongan ini
memperoleh ilmu dengan berkesan dan optimum. Contoh penambahbaikan dan
pengubahsuaian yang telah dilakukan adalah dari segi isi kandungan pelajaran serta
kaedah perlaksanaan aktiviti-aktiviti semasa sesi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
oleh guru-guru semasa berhdapan dengan kanak-kanak tersebut. Dengan adanya
pengubahsuaian dilakukan pada program pendidikan bagi golongan kanak-kanak ini,
mereka juga akan memperoleh impak serta manfaat yang sepenuhnya seperti golongan
kanak-kanak yang normal.
Walaupaun terdapat pelbagai kecacatan yang berlaku pada kanak-kanak, di sini saya ingin
membincangkan salah satu daripada kecacatan tersebut yang mana merupakan salah satu
jenis kecacatan iatu kecacatan hiperaktif. Menurut kajian-kajian lepas, kecacatan hiperaktif
ini bukan sahaja tertumpu kepada golongan kanak-kanak malah ia juga turut dialami oleh
gologan dewasa. Kanak-kanak yang mengalami kecacatan ini kebiasaannya akan
mengalami masalah-masalah seperti kesukaran untuk menumpukan perhatian di dalam
pembelajaran di sekolah dan juga di rumah. Sekiranya kanak-kanak daripada golongan ini
diteliti dari segi kelakuan dan sikap mereka, mereka akan kelihatan lebih aktif dan impulsif
daripada apa yang biasa bagi usia mereka. Oleh kerana itu, kanak-kanak yang mangalami
kecacatan hiperaktif ini dirujuk sebagai kanak-kanak yang degil dan menyusahkan oleh
guru-guru malah oleh ibu bapa mereka sendiri. Menurut beberapa kajian yang telah
dijalankan oleh pakar kanak-kanak, didapati kecacatan hiperaktif ini kebiasaanya berlaku
lebih tinggi daripada pada kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan. Ia
adalah penting bagi ibu bapada adan guru untuk mengesan akan kehadiran kecacatan ini
pada diri kanak-kanak supaya mereka diajar dan dididik serta dibimbing dengan cara yang
lebih baik dan efektif. Di dalam bahagian seterusnya, saya akan membincangkan tentang
kecacatan hiperaktif ini dengan lebih mendalam dan jelas.
1.1 KECACATAN HIPERAKTIF PADA KANAK-KANAK
Kanak-kanak yang hiperaktif juga dikenali sebagai Attention Deficit Hyperactive Disorder
(ADHD) adalah meruapakan istilah perubatan yang digunakan bagi golongan kanak-kanak
dan remaja yang mempunyai masalah daripada segi tingkah laku dan kognitif dalam aspek
penting kehidupan mereka seperti dalam keluarga dan hubungan peribadi di sekolah malah
turut mengalamai masalah di tempat kerja. Menurut pakar Pediatrik, kanak-kanak ADHD
gemar bertindak sebelum berfikir, terlalu aktif dan sukar menumpukan perhatian terhadap
sesuatu tugas. Kanak-kanak ini boleh memahami dan berfikir, tetapi tidak
mengendahkannya. Kanak-kanak hiperaktif selalu bergerak dan tidak pernah merasakan
asyiknya permainan atau mainan yang disukai oleh anak-anak lain seusia mereka yang
mana disebabkan oleh perhatian mereka suka beralih dari satu fokus ke fokus yang lain.
Kanak-kanak hiperaktif juga merujuk kepada sikap mereka yang tidak mempunyai
pengendalian diri, contohnya dalam mengambil keputusan atau kesimpulan tanpa
memikirkan akibat-akibat terkena hukuman atau mengalami kecelakaan. Sememang lumrah
semua kanak-kanak bersikap begini namun bagi golongan kanak-kanak ADHD, perangai
mereka agak luar biasa nakal daripada kebiasaannya, terutama jika berminat terhadap
sesuatu perkara baru. Kelemahan bagi kanak-kanak ini ialah mereka sukar bergaul dengan
masyarakat serta lemah dalam akademik.
Secara keseluruhannya, kanak-kanak yang mengalami masalah kecacatan hiperaktif atau
ADHD ini boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan utama iatu kekurangan tumpuan
perhatian, mengikut dorongan hati dan berkelakuan terlalu aktif. Dalam kategori kanak-
kanak kekurangan tumpuan perhatian, mereka memiliki sikap di mana suka untuk beralih
titik fokus mereka semasa membuat sesuatu perkara. Contohnya, kanak-kanak tidak akan
bermain permainan yang sedang dimainnya itu untuk tempoh masa yang lama seperti
kanak-kanak normal dan sekiranya ditegur atau dipanggil mereka tidak akan
mempedulikannya. Kategori yang kedua adalah golongan kanak-kanak yang lebih
cenderung untuk mengikut dorongan hati di mana mereka kebiasaannya tidak akan
membuat sebarang perancangan sebelum membuat sesuatu perkara. Sikap kanak-kanak ini
menyebabkan golongan guru-guru malah ibu bapa sukar untuk mengawal tindakan mereka
kerana tidak menurut arahan. Dan yang terakhir adalah kank-kanak yang berkelakuan
terlalu aktif. Ia dapat dilihat dengan jelas daripada tindakan-tindakan golongan kanak-kanak
ini yang lebih gemar untuk berlari-lari, memanjat-manjat di atas perabot-perabot dan sukar
untuk duduk diam di suatu tempat yang mana merunsingkan ibu bapa dan juga golongan
guru-guru. Di dalam bahagian seterusnya, saya akan membincangkan tentang ciri-ciri ada
pada diri seseorang kanak-kanak yang mengalami kecacatan hiperaktif.
1.2 CIRI-CIRI KANAK-KANAK HIPERAKTIF
Secara keseluruhannya,terdapat dua ciri-ciri utama yang boleh diperhatikan di dalam diri
seorang kanak-kanak yang memiliki masalah hiperaktif di dalam diri mereka iatu sensory
hyperactive yang mana melibatkan deria dan ciri-ciri motor hiperaktif yang mana melibatkan
motor halus dan motor kasar. Dalam ciri-ciri sensory hyperaktif, kanak-kanak secara
kebiasaannya akan menghadapi masalah dari beberapa aspek yang mana meliputi masalah
seperti lemah dan gagal memberi tumpuan, mudah hilang tumpuan, hanya dapat
memberikan tumpuan perhatian dengan melihat dan mendengar berulang kali, tidak boleh
membuat gambaran, pengasingan dan menyatakan kaitan atau perhubungan dan lemah
dalam hal-hal yang berkaitan dengan ruang. Secara lazimnya, kanak-kanak hiperaktif akan
menunjukkan ciri-ciri seperti lemah di dalam pelajaran dan lebih cenderung untuk bermain
dan membuat perkara-perkara yang menghiburkan tetapi meraka hanya akan melakukan
aktiviti-aktiviti tersebut untuk satu tempoh masa yang singkat sahaja. Sekiranya kanak-
kanak hiperaktif ini diajar di dalam kelas, mereka secara lazimnya mereka akan gagal untuk
memberikan tumpuan yang optimum pada masa itu. Kanak-kanak ini hanya akan
memberikan tumpuan di dalam pelajaran untuk suatu tempoh masa yang singkat sahaja dan
seterusnya tumpuan mereka akan hilang dan mereka akan membuat sesuatu yang perkara
yang lain yang lebih menghiburkan diri mereka.
Jika dilihat dengan teliti, golongan kanak-kanak yang mengalami masalah hiperaktif ini akan
hanya akan mampu menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara sekiranya ia
dilakukan secara berulang kali. Dan mereka juga didapati menghadapi masalah-masalah
dari aspek imiginasi seperti ketidakupayaan untuk membayangkan sesuatu objek,
membezakannya dan menghuraikan sesuatu perkara yang ada hubung kait. Contohnya
seperti kesukaran untuk membezakan di antara huruf q dan p. Selain itu, kanak-kanak
hiperaktif juga dikatakan mengalami masalah untuk membezakan suasana dan keadaan
persekitaran dari segi saiz, jarak dan keadaan ruang. Salah satu lagi ciri-ciri yang tedapat
pada kanak-kanak hiperaktif ialah motor hiperaktif yang mana boleh dilihat daripada
tindakan-tindakan mereka yang terlalu aktif dan bersikap agresif serta tidak mampu untuk
mendiamkan diri yang juga mampu mencederakan kanak-kanak normal yang lain. Kanak-
kanak hiperaktif juga dilihat mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi yang mana boleh
diperhatikan daripada gerak-geri mereka yang suka menghentak, memukul dan membaling
bahan-bahan yang dilihat dan disentuh itu ke arah kanak-kanak yang lain atau objek lain di
sekeliling mereka. Di dalam bahagian seterusnya, saya akan membincangkan tentang
punca-punca yang menyebabkan berlakunya kecacatan hiperaktif di dalam diri kanak-
kanak.
1.3 PUNCA KECACATAN HIPERAKTIF
Daripada kajian-kajian lepas, secara amnya terdapat beberapa faktor yang menyumbang ke
arah berlakunya kecacatan hiperaktif ini pada seseorang kanak-kanak. Di antara punca-
punca yang telah dapat dikenalpasti adalah faktor neurologik, faktor toksik, faktor genetik
dan yang terakhir sekali ialah faktor persekitaran. Dalam faktor neurologik, kecacatan
hiperaktif dikatakan berlaku apabila bayi-bayi yan dilahirkan menghadapi masalah-masalah
prenatal seperti pengambilan masa yang lama untuk bersalin, distres fetal, persalinan
dengan cara ekstraksi forcep, toksimia gravidarum atau eklamsia dibandingkan dengan
kehamilan dan persalinan normal. Selain itu, faktor-faktor neurologik yang lain seperti bayi-
bayi yang dilahirkan dengan mempunyai berat badan yang rendah, usia ibu yang terlalu
muda serta tabiat negatif ibu-ibu mengandung seperti merokok dan pengambilan
minumanberalkohol juga turut menyebabkan berlakunya kecacatan hiperaktif dengan kadar
yang tinggi pada kanak-kanak. Hiperaktif juga terjadi pada kanak-kanak apabila berlakunya
kecederaan otak sama ada semasa di dalam kandungan ibu atau ketika sedang dilahirkan
yang mana disebabkan oleh penggunaan forsep atau alat bantu yang digunakan oleh doktor
untuk membantu ibu mengandung untuk melahirkan bayi tersebut.
Dalam faktor toksik pula, terdapat beberapa senarai zat-zat makanan yang terkandung di
dalam makanan yang diambil oleh ibu semasa hamil atau oleh kanak-kanak seperti salisilat
dan bahan-bahan pengawet memiliki potensi untuk menyumbang ke arah berlakunya
kecacatan hiperaktif pada diri kanak-kanak. Di samping itu, kadar timah di dalam serum
darah anak yang meningkat, tabiat negatif ibu yang hamil seperti merokok dan meminum
minuman beralkohol, terkena sinar X pada saat hamil juga dapat melahirkan kanak-kanak
mengalami kecacatan hiperaktif. Salah satu faktor lagi yang menyumbang ke arah
berlakunya kecacatan hiperaktif turut dipengaruhi oleh faktor genetik. Menurut kajian-kajian
lepas, kanak-kanak yang mengalami simptom hiperaktif biasanya mempunyai ibu atau bapa,
adik beradik, nenek moyang ataupun saudara rapat yang mempunyai masalah atau
simptom hiperaktif semasa kanak-kanak. Hasil kajian oleh Friend (2006) juga turut berjaya
membuktikan bahawa sifat dan ciri ibu bapa, adik beradik atau ahli keluarga yang rapat
mempengaruhi kecacatan. Individu yang mengalami kecacatan hiperaktif selalunya
dipengaruhi oleh faktor keturunan atau genetik. Kanak-kanak yang mempunyai sejarah
keluarga yang mempunyai kecacatan hiperaktif adalah tiga kali ganda lebih berpotensi
mengalami kecacatan hiperaktif berbanding mereka yang tidak mempunyai sejarah
kecacatan hiperaktif. Beliau juga turut melakukan kajian terhadap sepasang kembar di mana
kedua-dua adik-beradik kembar ini dibesarkan dalam dua persekitaran yang berbeza.
Namun setelah membuat penelitian daripada kajiannya, beliau telah mendapati bahawa
kanak-kanak kembar ini tetap menunjukkan sindrom kecactan hiperaktif berlaku pada diri
mereka walaupun mereka dibesarkan di kawasan dan suasana yang berbeza.
Faktor terakhir yang menjadi punca untuk berlakunya kecacatan hiperaktif di dalam diri
kanak-kanak ialah faktor psikososial dan persekitaran. Pada anak hiperaktif sering
ditemukan hubungan yang dianggap keliru antara orang tua dengan anaknya. Anak
hiperaktif dan impulsif lebih banyak pada keluarga tanpa ayah. Selain itu, racun atau limbah
pada lingkungan sekitar turut menyebabkan hiperaktif terutama keracunan timah hitam
banyak terdapat pada asap berwarna hitam kendaraan bermotor yang menggunakan solar.
Ia dapat dilihat sekiranya ibu yang hamil tinggil di sutu tempat di mana terdapat kilang-kilang
yang mengeluarkan asap yang banyak akan mendorong kepada kelahiran bayi yang
hiperaktif. Menurut Sandra (2005), hiperaktif juga berlaku disebabkan kekurangan aktiviti
dan tahap metabolisma yang rendah di bahagian otak yang tertentu. Kajian juga
menunjukkan bahawa mereka yang mengalami kecacatan hiperaktif menghadapi masalah
kekurangan aktiviti di bahagian otak berbanding dengan mereka yang tidak mengalami
kecacatan hiperaktif di mana aktiviti ini mengawal perjalanan bahagian otak yang lain.
Bahagian ini akan mengawal tahap aktiviti otak, dorongan dan perhatian seseorang.
1.4 CARA PENGENDALIAN KANAK-KANAK HIPERAKTIF
Tedapat beberapa kaedah atau pendekatan yang perlu dilakukan semasa berhadapan atau
berinterksi dengan kanak-kanak yang dikesan mengalami kecacatan hiperaktif di dalam diri
mereka. Perkara yang utama perlu diberikan perhatian adalah bimbingan daripada ibu bapa
dan golongan guru yang mengendalikan kanak-kanak tersebut di sekolah. Ia adalah penting
untuk membimbing kanak-kanak ini dari peringkat awal agar dapat mengubah sikap kanak-
kanak tersebut apabila meningkat dewasa. Seperti mana yang dikatakan, terdapat beberapa
kaedah yang perlu ibu bapa dan guru-guru ikuti di dalam mengendalikan kanak-kanak
hiperaktif ini iatu dengan mendapatkan perhatian anak-anak sebelum bercakap dengannya
sebagai permulaan. Kemudian, ia adalah penting untuk memastikan kanak-kanak hiperaktif
ini menumpukan sepenuh perhatiannya kepada percakapan yang dibuat oleh ibu bapa atau
guru dengan bertentangan mata. Kanak-kanak yang mengalami memerlukan bimbingan
yang khas dan mereka ini dikatakan kurang memahami sesuatu perkara kerana tabiat
kurang memberikan perhatian. Untuk itu, ia adalah penting untuk ibu bapa dan guru-guru
untuk memberikan arahan yang jelas dan tepat kepada mereka.
Kanak-kanak hiperaktif juga boleh dikendalikan secara efektif dan berkesan dengan
menyediakan satu jadual yang direka untuk mereka dan ibu bapa seharusnya memastikan
anak-anak mereka yang hiperaktif itu menurut aktiviti-aktiviti yang ditetapkan di dalam jadual
tersebut dengan betul. Kemudian setelah mendapati mereka menurut arahan tersebut, ibu
bapa seharusnya menyuruh mereka untuk mengulangi bahagian untuk diingati oleh mereka.
Dan sekiranya mereka memberikan suatu respon yang positif, ibu bapa seharusnya
memberikan ganjaran kepada mereka untuk memupuk semangat di dalam diri kanak-kanak
tersebut untuk menuruti jadual tersebut. Ibu bapa juga seharusnya memberikan masa
kepada kanak-kanak hiperaktif untuk berhat dan menyegarkan diri mereka semasa
membuat kerja-kerja sekolah kerana ia akan membuatkan mereka berasa lebih baik dan
segar selepas mendapat rehat. Ia adalah penting untuk mengawasi kanak-kanak hiperaktif
dan ibu bapa tidak seharusnya menggalakkan permainan kasar dan tidak membiarkan
mereka untuk menonton rancanan-rancangan di televisyen yang memaparkan keganasan
dan sentiasa di bawah penyeliaan ibu bapa pada setiap masa. Ibu bapa juga boleh
menggalakkan anak-anak mereka yang hiperaktif itu untuk berkomunikasi dengan guru-guru
di sekolah. Ibu bapa juga boleh bertindak menyediakan perkhidmatan daripada guru-guru
pakar di dalam mengendalikan kanak-kanak hiperaktif ini untuk membantu mereka
menguasai isi kandungan kurikulum pendidikan di sekolah sepenuhnya agar tidak tercicir di
dalam pembelajaran.
1.5 LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH HIPERAKTIF
Menurut kajian pakar kanak-kanak yang lepas, secara keseluruhannya tiada rawatan yang
boleh digunakan untuk merawat kecacatan hiperaktif di kalangan kanak-kanak. Namun
begitu, terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan di dalam usaha untuk mencegah
daripada berlakunya masalah kecacatan hiperaktif ini di dalam diri kanak-kanak. Yang
pertamanya tertumpu kepada ibu yang mengandung. Seseorang ibu yang sedang
mengandung seharusnya mengamalkan cara hidup yang sihat pada tempoh masa ini agar
menjamin kelahiran bayi yang sihat dan bebas daripada kecacatan-kecacatan dari segi
fizikal dan mental seperti kecacatan hiperaktif. Semasa mengandung, ibu-ibu seharusnya
memakan makanan yang seimbang di mana ia mengandungi kesemua zat-zat yang
diperlukan bagi perkembangan bayi di dalam kandungan seperti protein, karbohidrat,
vitamin dan mengelakkan pengambilan makanan yang berlemak serta yang mengandungi
bahan-bahan pewarana dan perasa tiruan. Selain itu, ibu-ibu juga seharusnya mengelakkan
tabiat-tabiat negatif seperti merokok dan meminum minuman beralkohol semasa
mengandung kerana ia dikatakan merupakan salah satu faktor atau punca yang
menyumbang ke arah berlakunya kecacatan pada diri kanak-kanak.
Walaupun telah terbukti dari segi perubatan bahawa kecacatan hiperaktif tidak mempunyai
suatu bentuk rawatan yang khas yang mampu mengubatinya, sebagai ibu bapa yang
bertanggunjawab terdapat beberapa perkara yang boleh dilaksanakan bagi mengatasi
masalah pembelajaran dan tumpuan di dalam pelajaran dengan mempelajari dan
mengaplikasikan cara-cara penjagaan dan kemahiran sebagai ibu bapa yang mana
menekankan had tetapan tingkahlaku yang konsisten. Selain daripada itu, ibu bapa juga
boleh bertindak untuk memaksimumkan pembelajaran anak-anak mereka di peringkat
prasekolah dengan memberikan aktiviti-aktiviti kepada anak-anak mereka yang meliputi
kemahiran-kemahiran asas yang meliputi kemahiran untuk membaca, menulis dan mengira
serta kemahiran yang menyediakan pengalaman pembelajaran yang baru kepada anak-
anak mereka seperti soalan-soalan teka-teki dan juga permainan-permainan papan seperti
catur,dan snake and ladder. Ibu bapa juga seharusnya mengawal anak-anak mereka dari
peringkat kecil lagi daripada menonton rancangan-rancangan television tanpa pengawasan
mereka. Hal ini adalah kerana pembangunan kemahiran perhatian juga boleh ditingkatkan di
dalam diri kanak-kanak dengan melakukan aktiviti-aktiviti tertentu dariapda menonton
television sahaja. Untuk itu, di sini dapat disimpulakan bahawa ibu bapa memainkan
peranan penting di dalam pencegahan dariapda berlakunya kecacatan hiperaktif di kalangan
kanak-kanak.
1.6 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, daripada perbincangan saya di atas dapat memaparkan dengan
jelas akan kesan kecacatan hiperaktif dan juga punca-punca yan menyebabkan berlakunya
kecacatan ini di kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak hiperaktif akan menunjukkan
beberapa simptom atau tanda yang mana boleh dilihat daripada kelakuan dan gerak-geri
mereka. Kebiasaannya golongan kanak-kanak hiperaktif boleh memahami dan berfikir tetapi
sukar untuk memberi tumpuan atau perhatian. Oleh sebab itu kanak-kanak ini sukar untuk
bergaul dengan masyarakat serta lemah di dalam bidang akademik. Dengan mengambil
beberapa langkah tertentu, saya berpendapat bahawa risiko untuk seseirang kanak-kanak
untuk mengalami kecacatan ini mampu dikurangkan dan akan dapat dicegah. Ia adalah
penting bagi ibu yang mengandung untuk mengamalkan cara hidup yang sihat bagi
mencegah daripada berlakunya kecacatan hiperaktif pada diri bayi yang bakal dilahirkannya
itu. Dan guru-guru di sekolah juga turut memainkan peranan yang penting di dalam
menangani kanak-kanak yang mengalami kecacatan hiperaktif ini secara profesional dan
menggunakan kaedah atau pendekatan yang tertentu semasa berhadapan dengan mereka.
1.7 RUJUKAN
Abdul Halim Abdul Jalil (1987) Panduan Kesihatan Kanak-Kanak, Kuala Lumpur : Berita
Publishing Sdn Bhd.
Abdul Rahim b. Talib, (2006). Pengenalan Pendidikan Kanak-kanak Masalah Pembelajaran:
Open University Malaysia (OUM). Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.
Baharudin Omar (2002), Asas penjagaan Kesihatan Kanak-Kanak, Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Khairul Anwar Bin Sharin. 2009. Kanak-kanak Autisme: Ciri-ciri dan Implikasi Dalam Proses
Pengajaran dan Pembelajaran.