Hirarki Kognitif Taksonomi Bloom

download Hirarki Kognitif Taksonomi Bloom

of 1

Transcript of Hirarki Kognitif Taksonomi Bloom

Hirarki Kognitif Taksonomi Bloom (Kata Kunci)1. Pengetahuan (Knowledge) Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran yang lepas. 1. Nyatakan, 2. Terangkan, 3. Namakan, 4. Labelkan. 2. Pemahaman (Comprehension) Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan ideaidea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf. 1. Pilih, 2. Terangkan, 3. Tulis semula. 3. Aplikasi (Application) Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Membina graf daripada data, dan lainlain. 1. Selesaikan, 2. Ramalkan, 3. Cari kesilapan, 4. Bina alat. 4. Analisis (Analysis) Memecahkan sesuatu yang kompleks kepada yang kecil, membezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi. 1. Bezakan, 2. Pasti, 3. Pilih. 5. Sintesis (Synthesis) Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi. 1. Bina, 2. Hasilkan, 3. Susun, 4. Kembangkan. 6. Penilaian (Evaluation) Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik 1. Pilih, 2. Berikan alasan, 3. Kritikan, 4. Buktikan.

DISEDIAKAN OLEH : PUAN NORLIZA BINTI JAIS (KP KHB) 2010.