hiu 226

download hiu 226

of 13

Transcript of hiu 226

Pendahuluan. Imam Al Ghazali bukan sahaja dikenang sebagai seorang hujjatul Islam yang bermaksud pembela akidah Islam khususnya ahli sunah wal jemaah tetapi juga merupakan sebahagian daripada pakar terunggul di dalam kajian berkaitan ilmu tasawuf iaitu ilmu yang berkaitan dengan akhlak Islam secara keseluruhannya yang berpaksikan kesempurnaan akhlak dan kemurnian jiwa berasaskan ajaran Islam yang berpaksikan Al Quran dan Sunah Nabi Muhammad S.A.W. 1 Karya-karya beliau khususnya yang berkaitan dengan akhlak secara asasnya menerangkan tentang suatu usaha penting bagi mencapai kemurnian akhlak agar dapat membawa manusia kepada akhlak yang berasaskan Islam .Tambahan pula agama Islam sememangnya merupakan suatu ajaran agama yang bukan sahaja menekankan tentang aspek spiritual semata-mata, tetapi juga turut menekankan keperluan manusia untuk mendapatkan akhlak yang baik 2. Sepintas lalu berkaitan dengan tajuk perbincangan kita tentang akhlak Islam, Menurut kitab Al munqidh, Al Ghazali semasa bertugas di Nizamiyah telah mengalami suatu krisis di dalam kehidupan beliau iaitu beliau mengalami suatu krisis kerohanian iaitu beliau mula merasakan bahawa beliau mempunyai kekosongan tentang jiwanya sendiri. Beliau merasakan bahawa beliau tidak lagi menjalankan tugasnya dengan penuh jujur dan beliau juga merasakan bahawa beliau tidak lagi dapat melaksanakan tugas kerana Allah. Bagi beliau, beliau mula ragu bahawa beliau jalan yang beliau hadiri ini adalah suatu jalan untuk beliau mendapatkan sumber bagi jalan menuju ke akhirat. Dalam hal ini, beliau cuba untuk mendapatkan suatu cara bagi mendapatkan kebenaran hakiki dan beliau berazam untuk mengubah dirinya daripada akhlak yang bersifat mazmumah kepada akhlak mahmudah serta memastikan al Qalb dapat mengingati Allah dan kembali kepada fitrah

1

Noor Shakirah Mat Akhir,(2009) Al Ghazali: Theory Of The Soul, Pulau Pinang: Penerbitan Universiti Sains Malaysia. Hlm 47 . 2 Ibid

1

asalnya. 3 Daripada krisis kerohanian ini, esei ini akan cuba untuk mendapatkan suatu kesimpulan khusus berkaitan dengan kaitan antara krisis kerohanian Al ghazali ini dan kaitannya dengan langkah-langkah mencapai pemurnian akhlak berasaskan ajaran Islam yang akhirnya dapat membentuk Muslim yang mengingati dan mengenal Allah itu sendiri. Akhlak dan Kemurniannya Al Ghazali di dalam menerangkan tentang konsep akhlak Islam telah menerangkan bahawa akhlak Muslim secara asasnya adalah berpandukan kepada keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Maksudnya adalah, bagi mencapai kemurnian akhlak adalah dengan melakukan iktikad bahawa keimanan adalah sendi kepada kepatuhan kepada perintah Allah. 4 Lantas

melalui perkara tersebut, manusia itu akan dapat menjadi seseorang yang sempurna akhlak dan peribadi lalu menjadi individu yang baik. Misalnya, seseorang yang takut kepada Allah SWT tidak akan tergamak melakukan perbuatan yang tidak sewajarnya. Hal ini telah dijelaskan oleh firman Allah yang bermaksud: Bertakwa lah kamu kepada Allah dan jadilah diri kamu dalam kalangan orang yang benar5

(Surah At Taubah:119) Selanjutnya , sebuah hadis juga turut menerangkan kedudukan ini berdasarkan sepertimana yang berikut.

3

Zakaria Stapa (2007) Al Quran dan Sunah, Teras kejayaan Imam Al Ghazali , Kertas kerja yang dibentangkan di dalam Seminar Al ghazali: Tokoh Mujahid Agung, anjuran Muafaklat, UIAM, Gombak Selangor. Hlm 6.4 5

Ibid Tafsir Al Quran Pimpinan Ar rahman

2

Malu dan iman adalah dua sifat sebagai teman seiring sejalan. Jika ditarik salah satunya nescaya yang suatu lagi itu akan turut sama 6 ( riwayat Al hakim Al Tabrani)

Kedua dua dalil naqli ini turut menjadi bukti bahawa iman dan akhlak adalah sesuatu yang sangat berkaitan antara suatu sama lain bagi mewujudkan kesempurnaan akhlak Islam di dalam diri manusia itu sendiri. Oleh itu, antara proses yang berkaitan dengan mencapai kemurnian spiritual atau hati yang mengingati Allah (kembali kepada fitrah) yang boleh diperhatikan melalui krisis kerohanian ini sedari adalah : A. Konsep Tazkirah Al nafs: jalan taqarrub kepada Allah

Didalam usaha Al ghazali untuk mencapai kemurnian akhlak melalui jalan tasawwuf agar dapat menyelesaikan masalah krisis kerohanian beliau agar dapat menyempurnakan kebaikan akhlak daripada akhlak mazmumah kepada mahmudah, beliau telah memperkenalkan konsep Tazkiyat al-nafs yang merupakan proses penyucian jiwa manusia yang perlu ditempuh untuk

mengembalikannya kepada asal kejadiannya yang suci bersih daripada kekotoran dan pencemaran rohani.7 Jiwa manusia pada asal kejadiannya berada pada naluri (fitrah) yang bersih dengan memiliki makrifat ketuhanan, keyakinan dan sifat kemuliaan. Namun pengaruh tertentu telah mencemarkan naluri yang bersih ini sehingga ia menjadi kotor dan perlu dibersihkan kembali. Para rasul diutuskan antara lain adalah untuk melaksanakan tugas menyucikan jiwa manusia dan mengembalikannya kepada naluri asal ini. Ia adalah sebahagian daripada tugas

6

Imam Al Ghazali , (1980) Akhlak Muslim, Kuala Terengganu: Penerbitan Yayasan Islam Terengganu Sdn bhd. Hlm 7 7 Abdul Manam bin Mohamad al-Merbawi, Konsep Tazkirah Al nafs: jalan taqarrub kepada Allah , Jabatan Mufti Negeri Sembilan. http://www.muftins.gov.my/component/content/article/60-koleksi-kertas-kerja/320tazkiyat-al-nafs-jalan-taqarrub-kepada-allah-swt. tarikh akses 12November 2011

3

utama kerasulan. 8 Bagi Al Ghazali, bagi mencapai kemurnian

Akhlak agar

beliau dapat

mencapai kebahagian yang sesuai untuk menuju akhirat dan mencapai kesempurnaan rohani, beliau sedar bahawa proses ini haruslah dilakukan oleh beliau dengan matlamat akhirnya adalah bagi mencapai agar qalb (hati) manusia agar dapat mengingati Allah serta mencapai kekuatan rohaninya lalu dapat membentuk seorang muslim yang mampu menjadi insan yang sempurna perilaku dan menjadi muslim yang sejati.9 Didalam proses mencapai makrifat atau keimanan kepada Allah, manusia seharusnya berusaha untuk menyucikan hati dan memandu hati ( Al Qalb) kearah kebaikan dengan berusaha untuk menjalankan proses penyucian jiwa agar mempunyai ciri-ciri mahmudah ini . kesannya kita akan lihat, seseorang manusia muslim khususnya akan mencapai keagungan nilai hidup berasaskan akhlak mulia serta selari dengan tahap pengetahuannya terhadap Allah SWT.10

Selanjutnya, didalam falsafah tasawwuf al ghazali khususnya usaha beliau untuk mencapai kesempurnaan rohani yang sempurna agar al Qalb itu akan sentiasa mengingati Tuhannya (kembali kepada fitrah ketuhanan ), Beliau telah memecahkan lagi konsep itu kepada beberapa perincian penting sebagai proses untuk mendapatkan hati yang mengingati Allah lantas

mendapat akhlak yang sempurna kesan daripada hati (al qalb ) yang mengingati Allah. 11 Bagi Al Ghazali, konsep tazkiyah al nafs ini adalah satu cara didalam menyuburi hati agar nilai hati manusia dapat mengingati Tuhan serta kembali kepada fitrah manusia yang sebenarnya.12 Oleh itu, bagi mengatasi akhlak yang tercela manusia hendaklah cuba sedaya upaya untuk mengawal diri daripada melakukkan perkara-perkara yang merosakkan hati seperti mencaci orang, khianat, membuang masa dan sebagainya dan digantikan dengan sifat sifat yang baik yang dapat mendekatkan hati kepada Allah SWT lantas mencapai kesempurnaan rohani serta menjadi8 9

Ibid Imam Al-Ghazali ,(1977) Kimia Kebahagiaan( Kimiyaus Saadah) , Kota Bharu : Pustaka Aman Press. Hlm 32 10 Ibid 11 Imam Al-Ghazali,(1987) Membina kebahagian Hidup, Gombak: Syarikat Nurhalis Sdn Bhd, hlm 157 12 Ibid

4

amalan yang membawa kebaikan kepada manusia di akhirat kelak.13 Disamping itu, kita boleh melakukan perkara-perkara wajib dan kemudiannya amalan sunat yang dilakukan kerana Allah SWT. Firman Allah SWT : Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatnya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun diantara kamu menjadi bersih daripada dosa selama-lamanya14

(surah al Nur:21)

Selanjutnya, Allah SWT juga telah berfirman seperti mana berikut: Demi jiwa serta penyempurnaannya(ciptaannya) maka Allah telah mengilhamkan kepada jiwa itu(jalan) kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan jiwa itu dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.15( Al syams:10)

Di dalam menjalankan proses penyucian hati seperti yang dilakukan oleh imam Al ghazali semasa beliau menghadapi proses krisis kerohanian itu, beliau melakukan proses tazkiyatul nafs itu dengan cara mengingati bahawa Allah Taala adalah Tuhan Yang Patut disembah serta wajib ditaati secara keseluruhannya. Maksudnya ialah kita juga yakin bahawa manusia dan segala amalannya adalah dilihat oleh Allah SWT dan segala amalan kita akan diperhitungkan oleh Yang Maha Esa di akhirat nanti. Kita menyedari bahawa setiap perbuatan kita akan dinilai dan diketahui oleh Tuhan(Allah) yang maha berkuasa.16 Proses ini juga seterusnya di gerakkan oleh hati dengan berusaha untuk memelihara anggota badan daripada segala perbuatan yang boleh mncelakakan diri serta boleh merosakkan hati. Proses ini, menurut imam al ghazali lagi mestilah dilakukan dengan kadar yang sempurna agar hati menjadi lebih suci dan seterusnya mencapai al13 14 15

Imam Al-Ghazali ,(1977) Kimia Kebahagiaan( Kimiyaus Saadah) , Kota Bharu : Pustaka Aman Press. Hlm 32

Imam Al Ghazali , (1980) Akhlak Muslim, Kuala Terengganu: Penerbitan Yayasan Islam Terengganu Sdn bhd. Hlm 27 16 Nur Hickmah (1966) Keajaiban Hati, Jakarta: Penerbitan Tintamas. Hlm 36

5

falah. 17 Proses ini tidak berlaku secara buatan

tetapi melalui suatu usaha yang gigih serta

memerlukan tumpuan yang tinggi bagi melaksanakan proses tersebut. Di dalam proses tazkiyatul nafs ini, Imam Al ghazali menyimpulkan bahawa nafsu manusia adalah cenderung untuk melakukan kejahatan serta selalu merosakkan diri manusia. Tambahan pula, gangguan syaitan menambah lagi masalah di dalam kerohanian manusia agar manusia jauh daripada mengingati Allah. Melalui mengingati Allah dengan hati yang ikhlas, di samping melakukan usaha untuk mengawal diri daripada melakukan kemaksiatan kepada Allah SWT dan melakukan perbuatan yang tercela, manusia akan mampu untuk mencapai kesempurnaan rohani serta hati ( Al Qalb) yang kembali kepada fitrah manusia yang suci bersih dan mengingati Allah SWT serta mencapai makrifat( mengenal Tuhannya). 18 Imam Al Ghazali semasa mengalami proses uzlah selama sepuluh tahun ini boleh dipecahkan kepada Al takhalli iaitu proses untuk mendapatkan akhlak mulia serta membasmi kemudaratan akhlak iaitu al tahalli. Kesan daripada tindakan ini akhirnya nanti akan mewujudkan seorang insan yang berjaya mencapai al falah serta menjadi seorang yang berakhlak mulia dalam kalangan masyarakat serta mempunyai iman yang teguh terhadap khalikNYA iaitu Allah SWT.19

Dalam usaha manusia agar menjadi lebih taat kepada Allah

dengan hati dan perbuatan , konsep tazkiyyah al nafs adalah jalan bagi menyelamatkan manusia daripada kufur kepada Allah dan melakukan perbuatan yang melanggar fitrah manusia itu sendiri yang boleh ditafsirkan sebagai kerosakan akhlak Muslim itu sendiri. Kesannya, melalui penyucian spiritual ( Tazkiyah Al nafs), seseorang Muslim akan dapat menikmati nilai-nilai murni didalam kehidupan itu sendiri.

17 18

Ibid Imam Al-Ghazali ,(1977) Kimia Kebahagiaan( Kimiyaus Saadah) , Kota Bharu : Pustaka Aman Press. Hlm 27 19 ibid

6

Mujahadatul Nafs

Mujahadatul Nafs merupakan usaha bagi menentang hawa nafsu serta mengawal nafsu daripada perbuatan yang tercela. Mujahadatul Nafs berasal daripada istilah Jahada iaitu berusaha dan bekerja keras.20 Di dalam menghadapi krisis kerohanian, Imam Al Ghazali turut menekankan tentang keperluan untuk mendapatkan hati yang mengingati Allah dengan jalan Mujahadatul nafs. Al ghazali menyedari bahawa semasa menghadapi krisis kerohanian, beliau mengalami

tarik tali antara keperluan nafsu keduniaan dengan keperluan bagi mencapai kemurniaan akhlak serta jalan menuju akhirat. Lalu beliau menyedari bahawa realiti ilmu dan kesempurnaan rohani tidak hanya wujud melalui ilmu semata-mata. Tetapi melalui amal serta usaha mencapai jalan kerohanian melalui tasawwuf. 21 Di dalam penelitian beliau, bagi mencapai kesempurnaan

rohani, manusia mestilah berjuang bagi mengawal mengawal kecenderungan jahat dan mengubahnya kearah kecenderungan yang lebih baik. kecenderungan ini22

Pertentangan nilai antara kedua-dua semasa

dihadapi oleh imam Al ghazali berlaku selama enam bulan

menghadapi krisis kerohanian di Madrasah Nizamiyyah di Baghdad. Lalu beliau menekankan konsep mujahadatul nafs sebagai alat untuk mencapai kesempurnaan akhlak.23

Kepentingan

Mujahadatul nafs yang dapat membantu manusia kembali kepada fitrahnya yang asal menurut imam AlGhazali boleh dibuktikan didalam firman Allah yang bermaksud: Pada hari setiap jiwa mendapati segala kebaikan yang dilakukannya dihadirkan dan juga segala kejahatan yang dilakukannya. Ia ingin ada penghalang yang panjang antara dia dan

20

Imam Al Ghazali,(1985) Timbangan Amal menuju Akhirat. (terj) , Semarang: Penerbit CV. Toha. Putera. Hlm 34 21 Ibid22

Imam Al-Ghazali, Membina kebahagian Hidup, Gombak: Syarikat Nurhalis Sdn Bhd, hlm 69 Ibid

23

7

kejahatannya. (Surah Ali Imran: 30)24

Oleh itu, Al Ghazali menekankan bahawa untuk mencapai kesempurnaan akhlak serta mencapai hati yang sentiasa mengingati Allah itu, beliau telah menangankan beberapa aspek bagi mencapai tahap kerohanian tertinggi yang mampu menjadikan manusia lebih elok akhlaknya yang selaras dengan tahap keimanan kepada Allah SWT itu sendiri. Antaranya, bagi mencapai taraf kesempurnaan rohani itu, manusia mestilah melakukan aspek penting mujahadat Al nafs iaitu Al uzlah.25 Imam Al Ghazali mengambil jalan beruzlah selama sepuluh tahun dengan meninggalkan madrasah nizamiyyah untuk mencapai kesempurnaan qalb yang mengingati Allah . Konsep

Uzlah mengikut imam Al Ghazali adalah meninggalkan atau mengasingkan diri daripada kehidupan dan masyarakat yang tidak bermoral bagi menyelamatkan akhlak dan keimanan kepada Allah. Malah konsep ini tidak bertentangan dengan Rasulullah yang beruzlah di Gua Hirak bagi mengelakkan diri daripada masyarakat jahiliah yang mengalami krisis moral pada ketika pengutusan Rasulullah itu.26

Al Ghazali menyatakan bahawa konsep uzlah ini boleh

dilakukan apabila berhadapan dengan masyarakat yang teruk serta mengalami krisis moral yang meruncing. Di dalam kehidupan akhlak Islam, proses uzlah boleh dilakukan dengan cara tidak pergi menghadiri konsert-konsert hiburan yang melalaikan, tidak menghampiri rumah-rumah pelacuran dan sebagainya. Sebaliknya, menukarkan uzlah ( menjauhkan diri) daripada tempattempat yang tidak sepatutnya menuju ke tempat yang lebih mulia seperti majlis ilmu, rumah

ibadat (masjid) dan sebagainya.27 Dalam hal ini, seseorang manusia Muslim itu di samping boleh mengawal dirinya daripada terlibat dengan perkara yang boleh merosakkan akhlak, tetapi juga mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan melakukan perkara-perkara yang lebih berfaedah24 25

Tafsir Al Quran pimpinan Al rahman Imam Al Ghazali,(1985) Timbangan Amal menuju Akhirat. (terj) , Semarang: Penerbit CV. Toha. Putera. Hlm 61 26 Ibid27

Imam Al-Ghazali, Membina kebahagian Hidup, Gombak: Syarikat Nurhalis Sdn Bhd, hlm 139

8

yang pastinya diberikan ganjaran pahala oleh Allah lalu mendekatkan diri kepada iman. Kesannya, akhirnya menjadi manusia yang berjaya di dalam mencapai kesempurnaan hati yang sentiasa mengingati Allah serta mencapai makrifat ( mengenal Allah).28 Firman Allah SWT: Dan apabila kalian meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah selain Allah, maka carilah tempat berlindung ke dalam gua itu nescaya Tuhan kalian akan melimpahkan semaian rahmatnya kepada kalian dan menjadikan sesuatu yang berguna bagi kalian dalam urusan kalian.29(Surah Al Kahfi: 16)

Selanjutnya di dalam membahaskan tentang konsep Mujahadah nafs dan kaitan rapat antara krisis kerohanian Al ghazali dengan konsep akhlak menurut ajaran Islam, beliau telah

menekankan bahawa konsep yang seterusnya adalah dengan menjaga anggota badan daripada melakukan perbuatan yang terkutuk serta membawa mudarat kepada hati yang akan menyebabkan hati semakin jauh daripada fitrah ketuhanannya lantas melakukan perbuatan yang boleh merosakkan akhlak yang sememangnya menunjukkan tanda kelemahan iman manusia Muslim itu sendiri.30

Oleh itu, bagi mencapai kesempurnaan hati agar kembali kepada dan mencapai tahap ketakwaan dan mencapai makrifat ( mengenal Allah) yang akhirnya membentuk nilai manusia yang berakhlak, antara anggota yang boleh dijaga adalah seperti menjaga lidah, mata, tangan dan sebagainya . Sebagai contoh, Manusia Muslim hendaklah menjaga lidahnya daripada mencaci orang, mencela orang mengadu domba, membesarkan dunia dengan bercakap hal sia-sia dan sebagainya.31 Dalam konteks pemikiran Al Ghazali, menurut Nur Hikmah, akhlak yang tercela adalah tanda kelemahan iman dan kelemahan iman akan membawa kepada hawa nafsu amarah28 29

Ibid Tafsir Al Quran Pimpinan Al Rahman. 30 Nur Hickmah (1966) Keajaiban Hati, Jakarta: Penerbitan Tintamas. Hlm 27 31 Al Ghazali (1980) Akhlak Muslim, kuala Terengganu : Penerbitan Yayasan Islam Terengganu Sdn Bhd. Hlm 119

9

yang akhirnya akan menyebabkan manusia jauh daripada mengenal Allah lantas mendapat balasan buruk di akhirat kelak. Oleh itu, anggota badan seperti al Sumtu (lidah) dan lain-lain anggota mestilah dipelihara dengan sebaik-baiknya. Kesan daripada tindakan ini boleh dilihat melalui akhlak Islam sendiri. Akhlak Islam berasaskan kepada keimanan kepada Allah akan menyebabkan manusia tidak melakukan perkara yang melanggar fitrah. Contohnya, apabila seseorang itu berbicara, secara spontan akan mengatakan hal-hal yang baik serta menjaga tutur kata agar tidak menyakiti orang. Hendaklah dijaga dengan elok agar manusia mendapat rahmat dan hidayah daripada Allah dan tidak tercela hatinya yang akan menghalang manusia daripada mengingati Allah S.W.T32

32

Ibid

10

Kesimpulan.

Perbincangan secara khusus telah mendedahkan bahawa krisis kerohanian Al ghazali telah menjadi suatu asas kepada ilmu akhlak Islam secara keseluruhannya. oleh itu, sememangnya keimanan dan akhlak adalah saling berkaitan rapat dengan usaha mencapai kemurnian akhlak yang menjadi tanda bahawa seseorang Muslim itu telah mencapai taraf mengenal Allah dan mengingatinya setiap masa. Selanjutnya, proses mencapai hati yang bersih yang tidak menjadi hijab kepada usaha untuk mengingati Allah adalah melalui proses menyucikan jiwa ( tazkiyatun nafs) dengan melakukan proses pembenihan akhlak murni melalui takhali dan tahalli itu sendiri. Bagi melengkapkan proses itu, mujahadatul nafs adalah salah satu cara di dalam mengukuhkan penyucian jiwa itu sendiri agar mencapai matlamat akhir iaitu taqarrub kepada Allah itu sendiri.

11

Bibliografi

Buku dan Artikel

Al Ghazali (1980) Akhlak Muslim, kuala Terengganu : Penerbitan Yayasan Islam Terengganu Sdn Bhd

Imam Al Ghazali,(1985) Timbangan Amal menuju Akhirat. (terj) , Semarang: Penerbit CV. Toha. Putera. Imam Al-Ghazali ,(1977) Kimia Kebahagiaan( Kimiyaus Saadah) , Kota Bharu : Pustaka Aman Press Noor Shakirah Mat Akhir,(2009) Al Ghazali: Theory Of The Soul, Pulau Pinang: Penerbitan Universiti Sains Malaysia Nur Hickmah (1966) Keajaiban Hati, Jakarta: Penerbitan Tintamas.

Tafsir Al Quran Pimpinan Al Rahman Zakaria Stapa (2007) Al Quran dan Sunah, Teras kejayaan Imam Al Ghazali , Kertas kerja yang dibentangkan di dalam Seminar Al ghazali: Tokoh Mujahid Agung, anjuran Muafaklat, UIAM, Gombak Selangor. InternetAbdul Manam bin Mohamad al-Merbawi, Konsep Tazkirah Al nafs: jalan taqarrub kepada Allah Jabatan Mufti Negeri Sembilan. http://www.muftins.gov.my/component/content/article/60-koleksikertas-kerja/320-tazkiyat-al-nafs-jalan-taqarrub-kepada-allah-swt. tarikh akses 12November 2011

12

13