HIV & AIDS: Setiap anak dilindungi

32
HIV & AIDS: Setiap anak dilindungi panduan media

Transcript of HIV & AIDS: Setiap anak dilindungi

Page 1: HIV & AIDS: Setiap anak dilindungi

HIV & AIDS: Setiap anak dilindungipanduan media

Page 2: HIV & AIDS: Setiap anak dilindungi

“ Setiap kanak-kanak dan orang muda berhak hidup di dunia yang bebas daripada HIV dan AIDS. Kamilah warisan anda. Kamilah masa depan anda.”

Nur Syakirin Husnal “Az” Hari, 16- Pelancaran kempen Bersatu demi Kanak-Kanak, Bersatu menentang AIDS di Malaysia, 2005

Page 3: HIV & AIDS: Setiap anak dilindungi

Mukadimah

Kanak-Kanak: Wajah HIV dan AIDS yang Tercicir

Hak Kanak-Kanak dan HIV

AIDS di Malaysia

Rentetan AIDS

Bersatu demi Kanak-Kanak, Bersatu menentang AIDS

Bagaimana Media membuat liputan HIV dan AIDS sepanjang 20 tahun yang lalu

Bagaimana HIV patut dilaporkan?

Apa yang boleh dilakukan oleh Pemberita untuk Menghapuskan Stigma dan Menghentikan Diskriminasi?

Bagaimana Pemberita boleh mengelakkan berita AIDS dan HIV semakin lama menjadi semakin tidak menarik dan menjanakan minat baru?

Garis Panduan Terminologi UNAIDS

Sumber

Tarikh Tindakan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Pihak Lain Yang Berkaitan

Direktori

Penghargaan Media

02

03

05

07

08

10

11

13

16

18

23

24

26

27

28

Kandungan

Page 4: HIV & AIDS: Setiap anak dilindungi

2

Sudah 27 tahun berlalu sejak dunia dikejutkan oleh realiti AIDS. Kejutan itu menyebabkan kebangkitan untuk melancarkan usaha global yang belum pernah dilakukan untuk menghentikan penyebaran HIV, virus yang menjadi puncanya.

Namun, sudah terlalu lama inisiatif berkaitan HIV dan AIDS – sama ada di peringkat masyarakat, negara atau antarabangsa – melupakan bahawa kanak-kanak dan anak muda terjejas dalam cara yang berbeza. Hidup mereka terjejas bukan sahaja dengan pendedahan secara langsung kepada HIV tetapi juga oleh kehilangan yang ditinggalkan oleh AIDS.

Selalunya, kanak-kanak menderita secara senyap dalam bayang-bayang AIDS. Kemungkinan terlepas peluang, dieksploitasi dan risiko jangkitan HIV meningkat berkali-kali ganda akibat kepercayaan karut dan kebimbangan yang menebalkan stigma dan diskriminasi dalam masyarakat.

Maklumat tidak mencukupi, tidak betul atau mengelirukan sering menyebabkan kanak-kanak yang hidup dengan HIV dipandang rendah. Sebagai contoh, ramai masih menyangka bahawa HIV boleh disebar menerusi sentuhan, bermain atau gigitan nyamuk.

Justeru, matlamat panduan media ini ialah untuk menjadikan wartawan rakan kami dalam usaha menonjolkan keperluan khusus kanak-kanak dan anak muda dalam respons Malaysia terhadap HIV dan AIDS. Menerusi laporan atau tulisan yang tepat, bertanggungjawab dan original, media dapat membantu mengubah tanggapan terhadap penyakit dan memecahkan kesepian yang menyelubunginya. Semua ini boleh membantu mencegah penyebaran virus.

Kita berupaya melakukan lebih banyak lagi untuk golongan muda kita. Malah, dalam respons kita terhadap HIV dan AIDS, kita bersama-sama bertanggungjawab untuk memastikan kanak-kanak diberi layanan yang sewajarnya – sebagai pendukung harapan kita.

Mukadimah

Youssouf Oomar Wakil UNICEF, Malaysia

Page 5: HIV & AIDS: Setiap anak dilindungi

Kanak-Kanak: Wajah HIV dan AIDS yang Tercicir

Respons global terhadap HIV dan AIDS membabitkan kerajaan dan penyokong, doktor dan pakar sains. Usaha mereka telah mewujudkan rangka undang-undang untuk melindungi hak mereka yang hidup dengan HIV dan membaiki pilihan perubatan mereka.

Namun, dalam segala kemajuan yang dicapai mereka, satu kumpulan terus terdedah dan amat memerlukan perlindungan: iaitu Kanak-Kanak.

• 1dalam16orangyanghidupdenganHIVialahkanak-kanak bawah umur 15 tahun• Setiapjam,42kanak-kanakbawahumur15tahundijangkitiHIV• Setiaphari,740kanak-kanakbawahumur15tahunmeninggaldunia kerana AIDS• WanitamembentukseparuhdaripadaorangyanghidupdenganHIV di seluruh dunia• Golonganmudaberumur15–24tahunmeliputi45%daripadajangkitan baru pada 2007.

Apabila HIV dan AIDS menjelma dalam hidup kanak-kanak, akibatnya jauh lebih dalam daripada kesan perubatan yang dijangkakan. Ia bukan sahaja boleh mendatangkan tekanan psikososial kerana kehilangan ibu atau bapa atau kedua-duanya, tetapi juga menyebabkan mereka kehilangan peluang untuk ke sekolah, menghadapi kesusahan ekonomi dan meningkatkan risiko pendedahan kepada HIV.

Pendek kata, ia menyebabkan kehilangan harapan dan kehidupan yang produktif dan bermakna bagi seluruh generasi manusia.

¹ Report on the global AIDS epidemic 2008, UNAIDS, August 2008. Additional statistics and the full report is available in the accompanying CD.

3

Page 6: HIV & AIDS: Setiap anak dilindungi

Kanak-Kanak di Barisan Depan HIV

Bagi memastikan kanak-kanak tidak terkecuali daripada inisiatif antarabangsa, respons barisan depan terhadap HIV dan AIDS yang lain mesti dikaji semula.

Situasi budak perempuan lebih mendesak kerana mereka selalunya lebih terdedah kepada kesan HIV secara langsung dan tidak langsung berbanding budak lelaki. Sebagai contoh, diskriminasi sosial terhadap hak mereka untuk mendapatkan pendidikan, atau kemungkinan mereka menjadi sasaran eksploitasi seks, meletakkan budak perempuan pada tahap risiko yang lebih tinggi.

Mencegah jangkitan HIV daripada ibu kepada anak adalah inisiatif penting yang memerlukan penilaian bagi kanak-kanak. Di Malaysia, peratusan jangkitan baru daripada ibu kepada anak meningkat daripada 0.2 peratus pada 1991 kepada dua peratus pada 2007. Oleh yang demikian, pendidikan dan perlindungan wanita ternyata adalah sebahagian penting daripada usaha melindungi keselamatan kanak-kanak daripada HIV.

Penjagaan pediatrik untuk bayi dan kanak-kanak yang hidup dengan HIV adalah satu lagi aspek yang memerlukan lebih perhatian, kerana rawatan perubatan yang tepat pada masanya berkesan melengahkan kemaraan AIDS dan membolehkan mereka kekal sihat untuk jangka waktu yang lebih lama. Meskipun kanak-kanak mendapat rawatan percuma di Malaysia, lebih banyak perlu dilakukan untuk menggalakkan syarikat farmaseutikal mengeluarkan ubat antiretrovirus yang sesuai untuk keperluan khusus kanak-kanak. Stigma juga boleh membatasi peluang seseorang kanak-kanak untuk mendapatkan rawatan kerana keluarga mereka mungkin khuatir mereka akan dipulaukan sekiranya keadaan anak mereka diketahui umum.

Selain jangkitan daripada ibu kepada anak, kanak-kanak dan golongan muda juga menghadapi risiko HIV menerusi hubungan seks tanpa perlindungan sama ada secara sukarela atau tidak. Jadi, pendidikan seks dan perlindungan kanak-kanak adalah dua lagi keutamaan penting.

Penggunaan dadah dan alkohol adalah satu lagi amalan yang boleh mendatangkan bahaya. Sebagai contoh, pengguna dadah suntikan meningkatkan tahap pendedahan mereka secara langsung kepada HIV, manakala alkohol boleh menjejaskan keupayaan golongan muda untuk membuat keputusan yang selamat dan mendorong kelakuan yang mengundang risiko.

Meskipun pencegahan adalah aspek penting dalam sebarang respons terhadap HIV dan AIDS, melindungi hak kanak-kanak dan golongan muda yang dijangkiti dan terjejas oleh HIV dan AIDS tidak boleh diabaikan. Rangka undang-undang dan mekanisme proaktif mesti ditetapkan untuk memastikan hak kanak-kanak dan golongan muda yang dijangkiti dan terjejas – untuk mendapatkan penjagaan kesihatan terkini tepat pada masanya, pendidikan, rawatan dan perlindungan – disediakan.

4

Page 7: HIV & AIDS: Setiap anak dilindungi

Hak Kanak-Kanak dan HIV

Hak untuk Hidup, Mengecap Pembangunan dan Mendapat Perlindungan

Kerajaan bertanggungjawab untuk melindungi kanak-kanak dan golongan muda, termasuk dengan menyediakan rawatan, kaunseling, penjagaan untuk mereka dan memberi mereka keupayaan untuk melindungi diri mereka sendiri dan orang lain daripada HIV.

Hak untuk Tidak Didiskriminasikan

Sama seperti hak kanak-kanak yang seharusnya dilindungi tanpa mengira bangsa, keturunan, agama, bahasa, kekurangan upaya atau faktor lain, hak ini mesti tetap dilindungi jika mereka positif-HIV. Mereka tidak seharusnya tertakluk kepada sebarang bentuk diskriminasi

yang boleh memencilkan mereka daripada masyarakat, atau menafikan peluang mereka untuk mendapatkan penjagaan kesihatan, pendidikan, rawatan dan perkhidmatan sosial dan penjagaan lain.

Hak untuk Melindungi Kepentingan Mereka

Sebarang program, rawatan, dasar atau mekanisme berkaitan HIV seharusnya disesuaikan dengan keperluan kanak-kanak dan golongan muda. Sebagai contoh, rawatan HIV, yang biasanya dihasilkan untuk orang dewasa, hendaklah juga dihasilkan dalam formula dan dos yang sesuai untuk keperluan kanak-kanak dan golongan muda.

Hak untuk Turut Serta

Kanak-kanak berhak untuk menyertai respons terhadap HIV dengan menyuarakan pendapat mereka, membantu meningkatkan kesedaran, dan meminta pandangan dan pengalaman mereka diambil kira dalam perumusan dasar dan program yang berkaitan.

Hak untuk Mendapatkan Penjagaan Kesihatan dan Pendidikan Sebaik Mungkin

Penjagaan kesihatan membantu menghentikan penyebaran HIV di kalangan kanak-kanak dan golongan muda, dan akan juga memberi mereka pilihan rawatan jika mereka hidup dengan HIV.

5

Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC), yang disahkan oleh Malaysia pada 1995, mengiktiraf hak kanak-kanak untuk mengecap keamanan, kebebasan dan keadilan sebagaimana orang dewasa. Prinsip utama CRC diguna pakai dalam agenda global bagi HIV dan AIDS, termasuk:

Page 8: HIV & AIDS: Setiap anak dilindungi

6

Hak untuk Hidup, Mengecap Pembangunan dan Mendapat Perlindungan

Kerajaan bertanggungjawab untuk melindungi kanak-kanak dan golongan muda, termasuk dengan menyediakan rawatan, kaunseling, penjagaan untuk mereka dan memberi mereka keupayaan untuk melindungi diri mereka sendiri dan orang lain daripada HIV.

Hak untuk Tidak Didiskriminasikan

Sama seperti hak kanak-kanak yang seharusnya dilindungi tanpa mengira bangsa, keturunan, agama, bahasa, kekurangan upaya atau faktor lain, hak ini mesti tetap dilindungi jika mereka positif-HIV. Mereka tidak seharusnya tertakluk kepada sebarang bentuk diskriminasi yang boleh memencilkan mereka daripada masyarakat, atau menafikan peluang mereka untuk mendapatkan penjagaan kesihatan, pendidikan, rawatan dan perkhidmatan sosial dan penjagaan lain.

Hak untuk Melindungi Kepentingan Mereka

Sebarang program, rawatan, dasar atau mekanisme berkaitan HIV seharusnya disesuaikan dengan keperluan kanak-kanak dan golongan muda. Sebagai contoh, rawatan HIV, yang biasanya dihasilkan untuk orang dewasa, hendaklah juga dihasilkan dalam formula dan dos yang sesuai untuk keperluan kanak-kanak dan golongan muda.

Hak untuk Turut Serta

Kanak-kanak berhak untuk menyertai respons terhadap HIV dengan menyuarakan pendapat mereka, membantu meningkatkan kesedaran, dan meminta

pandangan dan pengalaman mereka diambil kira dalam perumusan dasar dan program yang berkaitan.

Hak untuk Mendapatkan Penjagaan Kesihatan dan Pendidikan Sebaik Mungkin

Penjagaan kesihatan membantu menghentikan penyebaran HIV di kalangan kanak-kanak dan golongan muda, dan akan juga memberi mereka pilihan rawatan jika mereka hidup dengan HIV. Pendidikan adalah satu lagi alat pencegahan yang penting, bukan sahaja pencegahan daripada pendedahan kepada HIV tetapi juga diskriminasi terhadap mereka yang hidup dengan HIV. Kanak-kanak beribu bapa positif-HIV memerlukan sistem sokongan tambahan untuk melindungi mereka daripada kemudaratan dan eksploitasi. Ini termasuk melindungi hak pewarisan mereka dan hak untuk mendapatkan penjagaan kesihatan dan pendidikan secara berterusan.Hak untuk Dilindungi daripada Penculikan, Perdagangan Kanak-Kanak, Keganasan, Penderaan Seksual dan Eksploitasi

Apabila keselamatan peribadi kanak-kanak tergugat, risiko pendedahan kepada HIV meningkat.

Hak untuk Mendapat dan Berkongsi Maklumat Penyebaran maklumat terkini mengenai HIV dan AIDS secara

Page 9: HIV & AIDS: Setiap anak dilindungi

Menurut perangkaan 2007 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, 80,938 orang diuji positif-HIV sejak 1986 dan 10,334 telah meninggal dunia akibat jangkitan oportunis yang berkaitan AIDS.

• Secarapurata12orangdiujipositif-HIVmanakala3orangmeninggalkeranaAIDSsetiapharipada2007.

• 4,549kesHIVbarudilaporkanpada2007,manakala1,179orangmeninggaldisebabkanAIDS.

• Padaakhirtahun2007,70,604orangdiMalaysiadiketahuihidupdenganHIV

• Empatdalam10kesbaruHIVyangdilaporkanpada2007adalahdikalanganmerekayangberumur 13 hingga 29 tahun. Jangkitan HIV mungkin telah dikesan di kalangan beberapa orang daripada mereka hanya di peringkat permulaan penyakit; ini bermakna mereka mungkin mendapat jangkitan pada usia awal 20-an atau semasa remaja.

• Terdapatpeningkatanjangkitanyangmembimbangkandikalanganwanitadangadismenerusihubungan heteroseksual. Pada 1998, hanya enam peratus daripada kes baru HIV yang dilaporkan adalah di kalangan wanita dan gadis. Pada 2007, kes baru yang dilaporkan di kalangan wanita meningkat kepada 16 peratus. Ini amat membimbangkan kerana pendedahan wanita dan kanak-kanak kepada HIV dikaitkan secara langsung kepada satu sama lain.

AIDS DI MALAYSIA

Perangkaan lain daripada Kementerian Kesihatan termasuk:

7

2º30´ North - 112º30´ East

Page 10: HIV & AIDS: Setiap anak dilindungi

8

Rentetan AIDS

Nota: Rentetan yang lebih terperinci boleh didapati dalam CD yang dilampirkan.

UNAIDS melaporkan bahawa golongan muda berusia 15-24 tahun membentuk kira-kira 45 peratus daripada jangkitan baru HIV di seluruh dunia.

Di Seluruh Dunia:

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat mengeluarkan amaran tentang satu bentuk pneumonia luar biasa yang membabitkan komuniti lelaki pengamal seks sejenis di Los Angeles. Penyakit itu kemudian disahkan berkaitan AIDS.

1981:

1985:

2005: 2007: 2008:

1991: 1996:

1982: 1984:CDC secara rasmi menetapkanistilahAcquiredImmune Deficiency Syndrome (AIDS) atau Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit.

HIV dikenal pasti sebagai virus yang menyebabkan AIDS.

Ujian antibodi HIV pertama mula didapati.

Reben merah diperkenalkan sebagai simbol antarabangsa bagi kesedaran AIDS dan menjadi kuasa menyatukan individu dan organisasi yang terlibat dalam respons terhadap HIV dan AIDS.

Perencat protease (PIs), yang digunakan dalam campuran antiretrovirus, membawa revolusi ke dalam rawatan HIV. Sungguhpun bukan penawar, PIs menukar HIV menjadi keadaan yang kronik tetapi boleh dirawat.

UNICEF dan UNAIDS melancarkan kempen global “Bersatu demi Kanak-Kanak, Bersatu menentang AIDS” untuk memastikan kanak-kanak dimasukkan ke dalam agenda HIV dan AIDS.

Mesyuarat Parlimen Global pertama mengenai AIDS menggesa supaya respons terhadap epidemik dirumuskan berasaskan hak dan menghentikan sekatan perjalanan berkaitan HIV.

8

Page 11: HIV & AIDS: Setiap anak dilindungi

9

Kementerian Kesihatan merangka Rancangan Strategik HIV dan AIDS Kebangsaan yang pertama dan memperkenalkan ubat antiretrovirus.

Kerajaan menganjurkan program pengurangan mudarat untuk pengguna dadah, termasuk terapi penggantian dadah metadon, pengedaran jarum dan kondom percuma, khidmat bantuan dan kaunseling.

Kementerian Kesihatan memulakan Program

Pencegahan Penyebaran Daripada Ibu kepada

Anak (PMTCT). Di bawah program ini, wanita

yang datang ke klinik ibu mengandung

Kerajaan dikehendaki menjalani ujian HIV.

Mereka yang diuji positif diberi kaunseling

dan rawatan antiretrovirus percuma,

manakala bayi juga menerima rawatan

selepas lahir untuk mencegah penyebaran

virus daripada ibu kepada anak.

Persatuan Ubat HIV dan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia buat julung kalinya menganjurkan Persidangan AIDS Kebangsaan, dengan sokongan Kementerian Kesihatan dan UNICEF. Sempena Persidangan itu, UNICEF menganjurkan Forum HIV kebangsaan yang pertama untuk belia Malaysia.

Di Malaysia:

Dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Pasukan Petugas AIDS Kebangsaan ditubuhkan untuk menggubal dasar dan menyelaraskan aktiviti pencegahan dan kawalan AIDS.

Kes HIV pertama disahkan di Malaysia.

Malaysia mencadangkan program darah selamat. Menjelang 2003, 53 pusat pemeriksaan di seluruh negara memeriksa semua darah yang didermakan.

1985: 1986: 1986:

1998: 2005:1998:

2007:

1992: 1992: 1996:Kerajaan Malaysia menubuhkan Jawatankuasa Antara Kementerian untuk menasihatkan Kabinet tentang dasar, isu dan strategi berkaitan HIV dan AIDS.

Majlis AIDS Malaysia (MAC) ditubuhkan, sebagai badan yang menaungi Pertubuhan Bukan Kerajaan untuk mempelopori usaha menentang HIV dan AIDS.

Kementerian Kesihatan memulakan

program pendidikan secara besar-besaran

mengenai HIV dan AIDS dinamakan Hidup

Sihat Tanpa AIDS untuk Belia (PROSTAR),

disasarkan kepada mereka yang berusia

13 hingga 25 tahun.

9

Page 12: HIV & AIDS: Setiap anak dilindungi

Mencegah penyebaran HIV daripada ibu kepada anak

Rawatan perubatan tepat pada masanya boleh mengurangkan penyebaran HIV daripada ibu kepada anak yang belum lahir. Namun, banyak negara tidak mempunyai sumber atau kekuatan politik untuk memberikan rawatan penjagaan ini.

Matlamat: Untuk memastikan bahawa 80 peratus ibu yang memerlukan akan mendapat rawatan yang perlu.

Memberi rawatan pediatrik

Kanak-kanak lebih terdedah kepada HIV, tetapi ubat kos rendah yang mencegah jangkitan dan

melengahkan keperluan untuk rawatan antiretrovirus boleh didapati. Kos cotrimoxazole adalah serendah US$0.03 (10 sen) sehari dan antibiotik ini mencerahkan peluang hidup kanak-kanak HIV.

Matlamat: Untuk memberikan sama ada rawatan antiretrovirus atau cotrimoxazole, atau kedua-duanya, kepada 80 peratus kanak-kanak yang memerlukan menjelang 2010.

Mencegah jangkitan di kalangan remaja dan golongan muda

Strategi bersepadu yang tepat pada masanya, menyeluruh dan praktikal boleh membantu golongan muda melindungi diri mereka dan orang lain daripada HIV.

Bersatu demi Kanak-Kanak, Bersatu menentang AIDS

Bersatu demi Kanak-Kanak, Bersatu menentang AIDS adalah kempen global yang dilancarkan oleh UNICEF pada 2005 untuk menjamin generasi yang bebas daripada AIDS. Kempen ini mempunyai empat objektif:

Matlamat: Untuk mengurangkan peratusan global golongan muda yang hidup dengan HIV sebanyak 25 peratus menjelang 2010.

Melindungi dan menyokong kanak-kanak yang hidup dengan HIV dan AIDS

Satu strategi bersepadu – yang antara lain membabitkan pendidikan, bantuan ekonomi, dan sokongan psikososial – diperlukan untuk melindungi dan menyokong kanak-kanak yang hidup dengan HIV dan AIDS.

Matlamat: Menghulurkan tangan kepada 80 peratus daripada kanak-kanak yang paling memerlukan menjelang 2010

10

Page 13: HIV & AIDS: Setiap anak dilindungi

Tinjauan kaji selidik yang dijalankan di Amerika Syarikat dan United Kingdom pada 2003 menunjukkan bahawa hampir 70 peratus responden menyatakan televisyen, radio dan akhbar sebagai sumber utama maklumat yang diperoleh mereka mengenai HIV dan AIDS.

Pada sekitar waktu yang sama, tinjauan kaji selidik penting di India juga menunjukkan bahawa saluran utama 70 peratus responden mendapat fakta tentang HIV dan AIDS ialah televisyen – bukan doktor, keluarga dan kawan. Ini dengan jelas menunjukkan bahawa organisasi media memainkan peranan penting dalam mendidik dan memperkasakan individu untuk melindungi diri mereka daripada jangkitan HIV, dan meletakkan tanggungjawab di bahu pembuat dasar dan pemimpin pendapat (kerajaan, kumpulan agama dan sebagainya). Bagaimanapun, untuk melakukannya dengan berkesan memerlukan kefahaman tentang cabaran dan rintangan terhadap pendidikan pencegahan HIV secara meluas dan berkesan.

Di Malaysia, audit media oleh UNICEF dan pasukan bekas pengarang daripada Salt Media Consultancy Sdn Bhd menunjukkan kefahaman yang semakin meningkat tentang isu dan kebimbangan terhadap HIV dan AIDS. Contoh 80 berita dan rencana yang dikumpulkan daripada pelbagai akhbar dari 1985 hingga Julai tahun ini yang melaporkan tentang HIV dan AIDS sepanjang lebih kurang 25 tahun yang lalu telah menunjukkan perubahan yang positif. Secara beransur-ansur, media mula memberikan laporan yang lebih sensitif tentang isu ini.

11

Bagaimana Media membuat liputan HIV dan AIDS sepanjang 20 tahun yang lalu?

Page 14: HIV & AIDS: Setiap anak dilindungi

12

Tinjauan kaji selidik yang dijalankan di Amerika Syarikat dan United Kingdom pada 2003 menunjukkan bahawa hampir 70 peratus responden menyatakan televisyen, radio dan akhbar sebagai sumber utama maklumat yang diperoleh mereka mengenai HIV dan AIDS.

Pada sekitar waktu yang sama, tinjauan kaji selidik penting di India juga menunjukkan bahawa saluran utama 70 peratus responden mendapat fakta tentang HIV dan AIDS ialah televisyen – bukan doktor, keluarga dan kawan. Ini dengan jelas menunjukkan bahawa organisasi media memainkan peranan penting dalam mendidik dan memperkasakan individu untuk melindungi diri mereka daripada jangkitan HIV, dan meletakkan tanggungjawab di bahu pembuat dasar dan pemimpin pendapat (kerajaan, kumpulan agama dan sebagainya). Bagaimanapun, untuk melakukannya dengan berkesan memerlukan kefahaman tentang cabaran dan rintangan terhadap pendidikan pencegahan HIV secara meluas dan berkesan.

Di Malaysia, audit media oleh UNICEF dan pasukan bekas pengarang daripada Salt Media Consultancy Sdn Bhd menunjukkan kefahaman yang semakin meningkat tentang isu dan kebimbangan terhadap HIV dan AIDS. Contoh 80 berita dan rencana yang dikumpulkan daripada pelbagai akhbar dari 1985 hingga Julai tahun ini yang melaporkan tentang HIV dan AIDS sepanjang lebih kurang 25 tahun yang lalu telah menunjukkan perubahan yang positif. Secara beransur-ansur, media mula memberikan laporan yang lebih sensitif tentang isu ini.

Umumnya, bahasa yang digunakan lebih bertimbang rasa, khususnya dalam ruangan rencana media bahasa Inggeris. Meskipun bahasa yang digunakan dalam laporan berita semakin baik, wartawan secara tidak disedari masih menggalakkan diskriminasi dengan menggunakan terma seperti “penagih dadah”, “pelacur” dan “mangsa AIDS”.

Page 15: HIV & AIDS: Setiap anak dilindungi

Bagaimana HIV patut dilaporkan?

Elemen paling penting dalam cerita ini ialah ketepatan, penggunaan bahasa yang wajar dan tidak berat sebelah, dengan menyelitkan HIV ke dalam isu harian lain seperti kesihatan, pendidikan dan sains. Cerita tidak sepatutnya merendahkan martabat atau memperkecilkan orang yang hidup dengan HIV, tetapi sebaliknya mengiktiraf keberanian mereka menanganinya dalam kehidupan mereka sehari-hari, seperti ibu bapa yang menjaga anak mereka yang positif-HIV. Cerita yang menghina orang yang hidup

Cerita tentang kanak-kanak dan golongan muda yang dipaparkan dari

sudut kemanusiaan boleh menarik perhatian ramai dan membantu

meyakinkan mereka tentang perlunya perubahan positif.

dengan HIV boleh mendatangkan kesan buruk kepada semua orang dalam hidup mereka, termasuk anak mereka. Adalah juga penting untuk menyiarkan cerita tentang HIV dan AIDS secara kerap, kerana tulisan sekali-sekala berbentuk sensasi tidak akan mengubah pandangan umum atau dasar yang boleh membawa faedah. Wartawan juga mesti berhati-hati apabila memaparkan kanak-kanak dan golongan muda dalam cerita mereka, kerana ia boleh mempengaruhi tanggapan dan layanan orang ramai terhadap mereka.

13

Melindungi hak kanak-kanak adalah paling penting dalam semua liputan mengenai HIV dan AIDS. Setiap wartawan mesti memastikan imbangan antara nilai berita dan kepentingan individu dan masyarakat – tetapi hak kanak-kanak, dan mana-mana individu yang terjejas dengan publisiti, sama sekali tidak boleh diabaikan. Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Kanak-Kanak bertindak sebagai dokumen panduan dalam soal ini.

Page 16: HIV & AIDS: Setiap anak dilindungi

Antara perkara lain yang perlu diberi pertimbangan apabila menemu bual kanak-kanak:

• Elakkanmengajarmerekaapa yang hendak dikatakan. Galakkan mereka menyatakan apa yang ingin dikatakan mereka.

• Mendengarmemangsatukemahiran penting bagi pemberita, tetapi kemahiran ini menjadi lebih penting apabila melaporkan tentang kanak- kanak dan golongan muda.

• Tanyasoalanyangjelassupaya kanak-kanak atau anak muda yang anda temu bual boleh memahami anda.

• Hormatihakmerekauntukmenyatakan ‘TIDAK’ jika mereka ingin berbuat demikian.

• Dudukatauberdiriditahapyangsama dengan mereka. Jangan sesekali lebih tinggi daripada mereka.

Anak muda tidak suka mendengar khutbah. Mereka lebih mudah memberi respons positif bila isu dijelaskan kepada mereka dalam bahasa mereka sendiri. Biarkan mereka belajar daripada rakan sebaya mereka yang berjaya mencapai matlamat mereka selepas mengatasi pelbagai rintangan.

Mereka juga berkeupayaan penuh untuk memahami kerumitan isu yang diberikan, jika dijelaskan kepada mereka dalam bahasa mereka. Apabila anak muda tahu bagaimana dan di mana mereka

Apabila melaporkan tentang kanak-kanak dan golongan muda, sentiasa berpandukan Sumpah Hippocrates dan Jangan Datangkan Keburukan. UNICEF dan organisasi lain telah menetapkan garis panduan etika bagi melaporkan tentang kanak-kanak untuk memastikan hak mereka sentiasa dihormati. Antaranya ialah:

• PersetujuanTermaklum: Kanak-kanak dan golongan muda mungkin tidak memahami potensi risiko bekerjasama dengan anda untuk sesuatu cerita. Oleh itu, kanak-kanak atau anak muda dan ibu atau bapa, penjaga atau orang dewasa lain yang boleh melindungi kepentingan mereka dengan sebaik mungkin, hendaklah memberi persetujuan termaklum untuk sebarang temu bual, pengambilan gambar dan sebagainya. • Kerahsiaan: UNICEF menggesa anda supaya jangan sekali-kali mendedahkan pengenalan mereka yang mengalami penganiayaan atau eksploitasi seks, mereka yang melakukan penderaan fizikal atau seksual, mereka yang dituduh atau disabit melakukan kesalahan jenayah, atau kanak-kanak dan anak muda yang hidup dengan HIV (melainkan mendapat persetujuan termaklum sepenuhnya). Fikirkan risiko yang dihadapi mereka jika identiti mereka didedahkan. • Keadilan: Jangan mendiskriminasikan kanak-kanak atau anak muda disebabkan bangsa, agama, jantina, status sosioekonomi, fahaman politik, atau sebab lain.

Membenarkan Mereka Bersuara Mendekati Kanak-Kanak dan Belia

Garis Panduan Etika

Realitinya, terdapat hanya segelintir kanak-kanak positif-HIV yang boleh bercakap di khalayak ramai dan dengan cara yang berasaskan pengetahuan tentang situasi mereka. Tetapi suara golongan muda – sekalipun mereka sendiri tidak hidup dengan HIV – boleh menjadi alat yang berpengaruh dalam usaha mencegah penyebaran virus.

Mereka juga boleh memberikan pandangan yang lebih mendalam dan menarik tentang bagaimana kanak-kanak yang hidup dengan HIV patut dilindungi. Media, yang lazimnya dikendalikan oleh orang dewasa, lebih kerap menumpukan kepada masalah yang ditimbulkan oleh golongan muda, bukan masalah yang dihadapi mereka, dan mengapa.

14 15

boleh mendapatkan bantuan dan sokongan, mereka boleh mengubah hidup mereka sendiri untuk kebaikan.

Usaha menormalkan HIV, dan melahirkan wira positif-HIV boleh membantu mengatasi diskriminasi. Sebagai contoh, pada bulan September 2002, Sesame Street Afrika Selatan (Takalani Sesame)

mencipta boneka positif-HIV yang dinamakan Kami (Tswana bermakna “penerimaan”) untuk mencabar stigma berkaitan HIV dan AIDS. Jalan ceritanya antara lain menunjukkan bagaimana Kami dipulaukan di sekolah disebabkan statusnya, tetapi dia berjaya menangani diskriminasi kawannya dengan mengajar mereka tentang nilai toleransi.

Page 17: HIV & AIDS: Setiap anak dilindungi

Antara perkara lain yang perlu diberi pertimbangan apabila menemu bual kanak-kanak:

• Elakkanmengajarmerekaapa yang hendak dikatakan. Galakkan mereka menyatakan apa yang ingin dikatakan mereka.

• Mendengarmemangsatukemahiran penting bagi pemberita, tetapi kemahiran ini menjadi lebih penting apabila melaporkan tentang kanak- kanak dan golongan muda.

• Tanyasoalanyangjelassupaya kanak-kanak atau anak muda yang anda temu bual boleh memahami anda.

• Hormatihakmerekauntukmenyatakan ‘TIDAK’ jika mereka ingin berbuat demikian.

• Dudukatauberdiriditahapyangsama dengan mereka. Jangan sesekali lebih tinggi daripada mereka.

Anak muda tidak suka mendengar khutbah. Mereka lebih mudah memberi respons positif bila isu dijelaskan kepada mereka dalam bahasa mereka sendiri. Biarkan mereka belajar daripada rakan sebaya mereka yang berjaya mencapai matlamat mereka selepas mengatasi pelbagai rintangan.

Mereka juga berkeupayaan penuh untuk memahami kerumitan isu yang diberikan, jika dijelaskan kepada mereka dalam bahasa mereka. Apabila anak muda tahu bagaimana dan di mana mereka

Apabila melaporkan tentang kanak-kanak dan golongan muda, sentiasa berpandukan Sumpah Hippocrates dan Jangan Datangkan Keburukan. UNICEF dan organisasi lain telah menetapkan garis panduan etika bagi melaporkan tentang kanak-kanak untuk memastikan hak mereka sentiasa dihormati. Antaranya ialah:

• PersetujuanTermaklum: Kanak-kanak dan golongan muda mungkin tidak memahami potensi risiko bekerjasama dengan anda untuk sesuatu cerita. Oleh itu, kanak-kanak atau anak muda dan ibu atau bapa, penjaga atau orang dewasa lain yang boleh melindungi kepentingan mereka dengan sebaik mungkin, hendaklah memberi persetujuan termaklum untuk sebarang temu bual, pengambilan gambar dan sebagainya. • Kerahsiaan: UNICEF menggesa anda supaya jangan sekali-kali mendedahkan pengenalan mereka yang mengalami penganiayaan atau eksploitasi seks, mereka yang melakukan penderaan fizikal atau seksual, mereka yang dituduh atau disabit melakukan kesalahan jenayah, atau kanak-kanak dan anak muda yang hidup dengan HIV (melainkan mendapat persetujuan termaklum sepenuhnya). Fikirkan risiko yang dihadapi mereka jika identiti mereka didedahkan. • Keadilan: Jangan mendiskriminasikan kanak-kanak atau anak muda disebabkan bangsa, agama, jantina, status sosioekonomi, fahaman politik, atau sebab lain.

Membenarkan Mereka Bersuara Mendekati Kanak-Kanak dan Belia

Garis Panduan Etika

Realitinya, terdapat hanya segelintir kanak-kanak positif-HIV yang boleh bercakap di khalayak ramai dan dengan cara yang berasaskan pengetahuan tentang situasi mereka. Tetapi suara golongan muda – sekalipun mereka sendiri tidak hidup dengan HIV – boleh menjadi alat yang berpengaruh dalam usaha mencegah penyebaran virus.

Mereka juga boleh memberikan pandangan yang lebih mendalam dan menarik tentang bagaimana kanak-kanak yang hidup dengan HIV patut dilindungi. Media, yang lazimnya dikendalikan oleh orang dewasa, lebih kerap menumpukan kepada masalah yang ditimbulkan oleh golongan muda, bukan masalah yang dihadapi mereka, dan mengapa.

14 15

boleh mendapatkan bantuan dan sokongan, mereka boleh mengubah hidup mereka sendiri untuk kebaikan.

Usaha menormalkan HIV, dan melahirkan wira positif-HIV boleh membantu mengatasi diskriminasi. Sebagai contoh, pada bulan September 2002, Sesame Street Afrika Selatan (Takalani Sesame)

mencipta boneka positif-HIV yang dinamakan Kami (Tswana bermakna “penerimaan”) untuk mencabar stigma berkaitan HIV dan AIDS. Jalan ceritanya antara lain menunjukkan bagaimana Kami dipulaukan di sekolah disebabkan statusnya, tetapi dia berjaya menangani diskriminasi kawannya dengan mengajar mereka tentang nilai toleransi.

Page 18: HIV & AIDS: Setiap anak dilindungi

Apa yang boleh dilakukankan oleh Pemberita untuk Menghapuskan Stigma dan Menghentikan Diskriminasi?

Bahasa menjana kepercayaan dan mempengaruhi kelakuan. Oleh itu, penggunaan bahasa yang sesuai boleh mencorakkan respons yang betul terhadap HIV dan AIDS.

Ada kalanya cerita yang baik berkaitan HIV dan AIDS dirosakkan oleh terminologi berkaitan kematian, kemusnahan, dan kegiatan tidak bermoral yang digambarkan oleh perkataan dan frasa seperti kesengsaraan, penyakit pembawa maut, pembunuh, orang yang berdosa, mangsa, tidak bersalah dan pesakit (kecuali dalam konteks perubatan). Begitu juga dengan cerita televisyen yang sering mengaitkan HIV dengan kepunahan harapan, dan laporan berulang kali yang memberikan idea bahawa “mangsa” berada di ambang maut.

Sebaik-baiknya, kekalkan ketepatan tanpa komplikasi keterlaluan: Epidemiologi kompleks atau terminologi perubatan membawa pengertian sains, tetapi pembaca atau penonton mungkin tidak memahami sesetengah terma.

16

Page 19: HIV & AIDS: Setiap anak dilindungi

17

Cerita berkaitan HIV dan AIDS sering dicelarukan oleh penilaian, hukum agama dan masalah moral. Pengguna dadah suntikan, pekerja seks, dan mereka yang melakukan hubungan seks tanpa perlindungan melakukan perbuatan yang berisiko tinggi, tetapi kita tidak boleh menentukan siapa “baik” atau “jahat”. Hanya kerana seseorang adalah pengguna dadah suntikan tidak menjadikannya positif-HIV. Perlu diingat bahawa bukan kumpulan seseorang yang menjadikannya terdedah kepada jangkitan HIV, tetapi kelakuan mereka dan situasi sosial atau ekonomi mereka.

Untuk membantu pemberita, UNAIDS telah menyediakan senarai terma dan frasa yang lebih sesuai untuk laporan mengenai HIV dan AIDS. Garis panduan ini, yang sedang diterjemahkan ke dalam banyak bahasa lain, dihasilkan pada 2007 untuk kakitangan dan rakan setugas di UNAIDS dan 10 organisasi penaja bersama, termasuk UNICEF. Terminologi yang lebih sesuai ini telah juga diguna pakai oleh rakan kerjasama lain dalam respons global terhadap HIV.

Bahasa Pilihan UNAIDS adalah dokumen ‘hidup’ yang sentiasa disemak semula dan dikemas kini. Sila lihat senarai penuh pada Muka Surat 32. Anda boleh memberikan pendapat dan cadangan kepada [email protected]

Penggunaan terma dan frasa yang betul pada prinsipnya bermakna bahawa orang ramai tidak akan dikelirukan tentang virus dan mereka yang hidup dengan HIV tidak akan dipulaukan dan dihina.

Page 20: HIV & AIDS: Setiap anak dilindungi

Bagaimana Pemberita boleh mengelakkan berita AIDS dan HIV semakin lama menjadi semakin tidak menarik dan menjanakan minat baru?

Pemberita adalah salah satu pelindung terbaik kanak-kanak yang hidup dengan HIV atau berisiko mendapat HIV. Menerusi berita, rencana dan dokumentari, pemberita boleh merangsang dan menggalakkan perbincangan terbuka dan terus-terang mengenai topik ini.

Pemberita boleh menyediakan saluran untuk mereka yang paling terjejas oleh epidemik untuk menyuarakan kebimbangan dan pandangan mereka, terutama sekali orang yang hidup dengan HIV.

Dengan menulis laporan secara bertanggungjawab dan memaparkan gambaran positif dan contoh baik orang yang dijangkiti dan terjejas, pemberita mempunyai peluang yang terbaik untuk menukar tanggapan degil dan melenyapkan diskriminasi yang merosakkan terhadap orang yang hidup dengan HIV.

18

Page 21: HIV & AIDS: Setiap anak dilindungi

19

Cara paling biasa kanak-kanak mendapat jangkitan virus ini ialah menerusi penyebaran menegak. “Kelahiran seorang bayi positif-HIV sekalipun bermakna campur tangan sudah terlalu lambat,” kata Dr Kamarul, “dan kita sudah mempunyai Program Pencegahan Penyebaran Daripada Ibu-kepada-Anak (PMCT). Di bawah program ini, pemeriksaan antenatal dijalankan, dan rawatan diberikan, untuk mengurangkan risiko penyebaran daripada ibu yang diuji positif-HIV.

“Bagaimanapun, golongan muda lebih berisiko mendapat jangkitan mendatar, daripada virus yang disebarkan menerusi hubungan seks tanpa perlindungan dan tabiat yang membawa risiko akibat salah guna bahan.

“Inilah yang benar-benar membimbangkan. Kita melihat kes sumbang muhrim dan pendedahan kepada perlakuan seks tanpa perlindungan, yang pada asasnya adalah masalah sosial yang menjelma secara klinikal,” kata Dr Kamarul.

Langkah pasti dan kreatif untuk memberikan perhatian yang sewajarnya kepada epidemik ini dalam agenda berita akan membantu mengelakkan berita AIDS semakin lama menjadi semakin tidak menarik.

Tetapi malangnya, cerita kesihatan mesti bersaing dengan cerita jenayah, politik, ekonomi dan bencana – yang kesemuanya mempunyai nilai berita yang kukuh. Melainkan cerita penting dan menarik mengenai HIV dan AIDS yang boleh dimuatkan di muka depan, besar kemungkinan ia disiarkan di muka dalam akhbar atau ke udara bukan dalam berita perdana.

Pemberita yang rapat dengan pemimpin dan pencetus pendapat juga boleh menggalakkan individu ini supaya mengambil tindakan, dan memastikan pembuat dasar dan pembekal perkhidmatan sentiasa mengikuti perkembangan.

“Terdapat kekurangan pendidikan seks yang tepat dan kena pada masanya, yang sebaik-baiknya diperkenalkan pada tahun akhir persekolahan rendah,” kata Dr Kamarul Azhar Mohd Razali, Pakar Perunding Pediatrik dan Penyakit Berjangkit di Hospital Kuala Lumpur.

“Tujuannya bukan untuk membesar-besarkan perlakuan seks, tetapi untuk menerangkan kepada kanak-kanak tentang hak dan tanggungjawab seks. Terlalu ramai anak muda Malaysia, termasuk pelajar universiti, percaya bahawa kita hanya boleh mendapat HIV jika kita tergolong dalam kumpulan kasta lebih rendah. Sedangkan virus ini tidak mengenal kasta – ia tidak peduli siapa kita.”

Page 22: HIV & AIDS: Setiap anak dilindungi

20

Untuk mengelakkan ini, pemberita mesti mempengaruhi pengarang mereka supaya menyertai kempen untuk memaklumkan dan mendidik orang ramai. Terdapat banyak cara kreatif untuk menulis cerita HIV dan AIDS. Renungkan idea berikut:

• Semakdengantelitirisalah berita dan warta kerajaan – lazimnya butir-butir paling menarik tersembunyi dalam bahasa birokratik.

• Telitistrategikesihatanawam di pelbagai negara seperti ujian wajib, kuarantin, atau penyingkiran orang positif-HIV daripada pekerjaan atau pendidikan. Pengalaman menunjukkan bahawa strategi sedemikian menjejaskan keberkesanan usaha kerajaan atau awam menentang HIV dan AIDS. Malah, strategi kesihatan yang memaksa dan menyusahkan sebenarnya mengurangkan penyertaan dalam program pencegahan, merenggangkan orang ramai daripada

• PadaHariRaya,TahunBaruCina, Deepavali, Krismas atau Tahun Baru, tunjukkan bagaimana keluarga yang hidup dengan HIV menyambutnya dan makan bersama kerana tiada risiko penyebaran HIV menerusi perkongsian dan pemberian makanan.

• Carisudutbarudalamlaporan dan perangkaan saintifik.

• Beriperhatianrapikepada seminar atau persidangan yang membentangkan kertas penyelidikan terkini berkaitan penyakit.

Page 23: HIV & AIDS: Setiap anak dilindungi

perkhidmatan kesihatan dan sosial, dan meningkatkan pemencilan dan penderitaan.

• TelitiprogramsepertiHarm Reduction yang terbukti berkesan di beberapa negara.

• Kenalpastipakartempatanyang boleh membantu menjelaskan salah faham dan kepercayaan karut yang dikaitkan dengan HIV dan AIDS. Sebagai contoh, di Timur Timor, terdapat kepercayaan bahawa gigitan ular boleh menyebarkan HIV. Di Afrika Selatan, hubungan seks dengan gadis yang masih dara dipercayai dapat memberi perlindungan daripada virus. Semua ini tidak benar. Bagaimanapun, disebabkan kekurangan maklumat yang tepat mengenai HIV dan AIDS, kepercayaan sedemikian mengakibatkan penderaan seks ke atas budak perempuan dan lelaki di banyak negara. Untuk memperbetulkan fakta mengenai penyakit, bermakna kita perlu belajar bagaimana HIV disebarkan dan bagaimana penyakit merebak.

• Pemantauanpergerakan epidemik adalah juga satu idea cerita yang menarik. Ini boleh dilakukan dengan memantau cerita di semua benua pada sepanjang masa. Bajet

persekutuan, peruntukan bagi penjagaan kesihatan dan jumlah yang diperuntukkan kepada HIV dan AIDS dalam setahun akan memberi kesan serta-merta dan pada tahun-tahun seterusnya.

• MenyiasatbagaimanaHIVdan AIDS menjejaskan individu setiap hari juga boleh menghasilkan bahan cerita yang menarik. Sebagai contoh, bila seorang wanita menjadi isteri, adakah risiko dia dijangkiti meningkat? Apabila setiap anggota keluarga menghidap AIDS, bagaimana nasib kanak-kanak?

• Gunakanenjinpencarianseperti Google Alerts untuk mengikuti berita dan cerita mengenai HIV dan AIDS di negara lain. Pengarang anda, pegawai kesihatan dan rakan setugas akan menyedari kepakaran anda dalam bidang ini dan tanpa anda sedari, segala bentuk maklumat mengenai HIV dan AIDS akan berada di atas meja anda!

• Inovasiteknologijugamembantu mengekalkan kesegaran cerita. Sebagai contoh, sempena Hari AIDS Sedunia 2003, BBC World Service menarik minat dunia menerusi siaran program selama dua minggu, termasuk berita, laporan, dokumentari dan liputan dalam talian seperti bual bicara web dengan tokoh terkenal.

21

Page 24: HIV & AIDS: Setiap anak dilindungi

Menurut perangkaan 2007 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, 80,938 orang diuji positif-HIV sejak 1986 dan 10,334 telah meninggal dunia akibat jangkitan oportunis yang berkaitan AIDS.

• Secarapurata12orangdiujipositif-HIVmanakala3orangmeninggalkeranaAIDSsetiapharipada2007.

• 4,549kesHIVbarudilaporkanpada2007,manakala1,179orangmeninggaldisebabkanAIDS.

• Padaakhirtahun2007,70,604orangdiMalaysiadiketahuihidupdenganHIV

• Empatdalam10kesbaruHIVyangdilaporkanpada2007adalahdikalanganmerekayangberumur 13 hingga 29 tahun. Jangkitan HIV mungkin telah dikesan di kalangan beberapa orang daripada mereka hanya di peringkat permulaan penyakit; ini bermakna mereka mungkin mendapat jangkitan pada usia awal 20-an atau semasa remaja.

• Terdapatpeningkatanjangkitanyangmembimbangkandikalanganwanitadangadismenerusihubungan heteroseksual. Pada 1998, hanya enam peratus daripada kes baru HIV yang dilaporkan adalah di kalangan wanita dan gadis. Pada 2007, kes baru yang dilaporkan di kalangan wanita meningkat kepada 16 peratus. Ini amat membimbangkan kerana pendedahan wanita dan kanak-kanak kepada HIV dikaitkan secara langsung kepada satu sama lain.

AIDS DI MALAYSIA

Perangkaan lain daripada Kementerian Kesihatan termasuk:

7

2º30´ North - 112º30´ East

Objektif liputan media secara profesional seharusnya bertujuan untuk mencabar, atau sekurang-kurangnya mengelakkan, kepercayaan karut dan salah faham terhadap orang yang hidup dengan HIV. Matlamat wartawan seharusnya untuk memberi suara dalam media kepada orang yang positif-HIV, dan bukan sama sekali menyiarkan butir-butir yang meletakkan mereka dalam risiko.

Perdebatan yang menyokong dan membina hendaklah digalakkan antara profesional media, dengan tumpuan kepada cara untuk melaporkan tentang HIV dan AIDS, dan penggunaan imej orang yang hidup dengan HIV, termasuk kanak-kanak. Pengarang dan pengurus media seharusnya menjelaskan pendirian mereka yang menentang liputan berunsur diskriminasi dan sensasi dengan menetapkan garis panduan pelaporan dan kod etika.

Media boleh memainkan peranan penting dalam memecahkan kebisuan yang menyelubungi HIV dan AIDS, dan mencabar diskriminasi yang melanggar hak asasi manusia dan menafikan bantuan dan sokongan kepada mereka yang memerlukan.

Menerusi laporan yang bertanggungjawab, media boleh mewujudkan persekitaran yang dapat mempertahankan hak kanak-kanak dan melindungi mereka daripada diskriminasi dan stigma berkaitan HIV dan AIDS yang masih menebal dalam kebanyakan masyarakat hari ini.

22

Menggalakkan liputan secara profesional

Page 25: HIV & AIDS: Setiap anak dilindungi

23

Jangan gunakan ini -- HIV/AIDSUse this -- Gunakan HIV melainkan secara khusus merujuk kepada AIDS. Contohnya termasuk orang yang hidup dengan HIV, epidemik HIV, penyebaran HIV, pencegahan HIV, ujian HIV, penyakit berkaitan HIV; diagnosis AIDS, kanak-kanak terdedah kepada HIV, kanak-kanak beribu bapa positif-HIV, respons AIDS. Epidemik HIV dan epidemik AIDS boleh diterima.

Jangan gunakan ini -- Virus AIDS Use this -- Virus yang dikaitkan dengan AIDS dinamakan Human Immunodeficiency Virus, atau HIV. Sila ambil perhatian: tidak perlu gunakan virus HIV. Gunakan HIV.

Jangan gunakan ini -- Dijangkiti AIDSUse this -- Gunakan Orang Yang Hidup dengan HIV atau orang positif-HIV. Orang boleh dijangkiti HIV tetapi tiada siapa boleh dijangkiti AIDS kerana AIDS bukan virus. AIDS adalah sindrom jangkitan dan penyakit oportunis yang boleh menjelma pada peringkat akhir keselanjaran penyakit HIV.

Jangan gunakan ini -- Ujian AIDS Use this -- Tiada ujian bagi AIDS. Gunakan ujian HIV atau antibodi HIV.

Garis Panduan Terminologi UNAIDS

Jangan gunakan ini -- Penghidap atau mangsa AIDSUse this -- Perkataan “mangsa” melemahkan. Gunakan orang yang hidup dengan HIV. Gunakan terma AIDS hanya apabila merujuk kepada seseorang yang secara klinikal disahkan menghidap AIDS.

Jangan gunakan ini -- Pesakit AIDS Use this -- Gunakan terma pesakit hanya apabila merujuk kepada seseorang yang dimasukkan ke hospital atau sedang mendapatkan rawatan ataupun dalam konteks perubatan. Lebih sesuai gunakan: orang dengan penyakit berkaitan HIV.

Jangan gunakan ini -- Risiko AIDSUse this -- Gunakan risiko jangkitan HIV; risiko pendedahan kepada HIV.

Jangan gunakan ini -- Kumpulan berisiko tinggi; kumpulan mudah terdedahUse this -- Golongan masyarakat yang lebih terdedah kepada risiko HIV (epidemik dan juga respons)

Jangan gunakan ini -- Pekerjaan seks komersialUse this -- Khidmat seks atau perdagangan seks atau jualan perkhidmatan seks

Jangan gunakan ini -- PelacurUse this -- Gunakan hanya dalam konteks pelacuran juvenil; jika tidak, gunakan pekerja seks.

Jangan gunakan ini -- Pengguna dadah suntikan IntravenaUse this -- Pengguna dadah suntikan. Dadah boleh disuntik secara subkutaneus, intraotot atau intravena.

Jangan gunakan ini -- Perkongsian (jarum, picagari)Use this -- Gunakan peralatan suntikan tidak steril jika merujuk kepada risiko pendedahan; gunakan peralatan suntikan tercemar jika peralatan diketahui mengandungi HIV atau jika penyebaran HIV sudah berlaku.

Jangan gunakan ini -- Perjuangan menentang AIDSUse this -- Respons terhadap AIDS

Jangan gunakan ini -- Pembawa AIDS/ HIVUse this -- Daripada menumpukan perhatian kepada status penyakit seseorang, adalah penting untuk menekankan bahawa penyakit HIV boleh diuruskan. Gunakan ‘orang hidup dengan HIV’ atau orang positif-HIV.

Ringkasan terminologi pilihan

Nota: Penjelasan selanjutnya bagi pelbagai terma yang berkaitan boleh didapati dalam CD yang dilampirkan.

23

Page 26: HIV & AIDS: Setiap anak dilindungi

LAMAN WEB

United Nations Joint Program on HIV/AIDS (UNAIDS)

http://www.unaids.org/en/default.asp

Bersatu demi Kanak-Kanak, Bersatu menentang AIDS

http://www.uniteforchildren.org/index.html

Kementerian Kesihatan Malaysia (bahagian AIDS/STI)

http://www.dph.gov.my/aids/

UNICEF Malaysia – Respons terhadap HIV

http://www.unicef.org/malaysia/hiv_aids.html

Suara Belia – HIV dan AIDS

http://www.unicef.org/voy/explore/aids/explore_aids.php

SUMBER

24

Page 27: HIV & AIDS: Setiap anak dilindungi

PENERBITAN

UNAIDS – AIDS EPIDEMIC UPDATEPerangkaan dan laporan tahunan global dan serantau dari 2001-sekarang.

http://www.unaids.org/en/KnowledgeCentre/HIVData/EpiUpdate/EpiUpdArchive/

UNICEF – CHILDREN AND AIDS: SECOND STOCKTAKING REPORTLaporan 2008 mengenai tindakan dan kemajuan sejak gesaan tindakan bersama UNICEF-UNAIDS 2005.

www.unicef.org/publications/files/ChildrenAIDS_SecondStocktakingReport.pdf.

UNICEF – EAST ASIA: CHILDREN AND AIDS CALL TO ACTIONGesaan tindakan asal 2005 mengandungi penilaian situasi, laporan impak dan cadangan pada masa hadapan.

http://www.unicef.org/aids/files/EastAsiaFinal.pdf. See http://www.uniteforchildren.org/

knowmore/files/U77HIV_letter.pdf untuk gesaan tindakan global.

PANDUAN MEDIA HIV AIDS Panduan media dan laporan penyelidikan mengenai laporan media tentang HIV/AIDS Persekutuan Wartawan Antarabangsa

www.ifj.org/pdfs/IFJ%20media%20guide%20FINAL%20low%20res.pdf

GETTING THE MESSAGE ACROSS: THE MASS MEDIA AND THE RESPONSE TO AIDSKoleksi UNAIDS mengenai amalan terbaik media massa dikumpulkan pada 2005.

data.unaids.org/publications/irc-pub06/jc1094-mediasa-bp_en.pdf

THE MEDIA AND HIV/AIDS: MAKING A DIFFERENCELaporan yang disediakan oleh UNAIDS pada 2004

data.unaids.org/Publications/IRC-pub06/JC1000-Media_en.pdf

GLOBAL MEDIA AIDS INITIATIVE: PARTICIPATING MEDIA COMPANIESSenarai keterangan inisiatif yang diambil oleh setiap agensi dalam respons mereka terhadap HIV dan AIDS pada 2004.

data.unaids.org/UNA-docs/globalmedia participatingcompanies_15jan04_en.pdf

25

Page 28: HIV & AIDS: Setiap anak dilindungi

26

Tarikh tindakan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pihak lain yang berkenaan

TARIKH

8 Mac

7 April

15 Mei

Ahad ke-3 Mei

26 Jun

12 Ogos

8 September

16 Oktober

17 Oktober

25 Oktober

19 November

20 November

25 November

1 Disember

10 Disember

HARI TINDAKAN

Hari Wanita Antarabangsa

Hari Kesihatan Sedunia

Hari Keluarga Antarabangsa

Hari Peringatan AIDS Antarabangsa

Hari Antarabangsa Menentang Salah

Guna dan Pengedaran Dadah

Hari Belia Antarabangsa

Hari Celik Huruf Antarabangsa

Hari Makanan Sedunia

Hari Pembasmian Kemiskinan Sedunia

Bersatu demi Kanak-Kanak, Bersatu

menentang AIDS

Hari Pencegahan Penganiayaan Kanak-

Kanak Sedunia

Hari Kanak-Kanak Sejagat

Pembasmian Keganasan Terhadap

Wanita

Hari AIDS Sedunia

Hari Hak Asasi Manusia

IDEA CERITA

Bagaimana dan mengapa wanita dan budak perempuan sentiasa lebih dedah

kepada HIV daripada lelaki dan budak lelaki?

Bagaimana kanak-kanak dan golongan muda terpinggir dalam pembangunan

perubatan untuk rawatan AIDS?

Apa yang dihadapi oleh ibu bapa Malaysia yang terpaksa menjaga anak-anak

positif-HIV?

Bagaimana kanak-kanak Malaysia yang beribu bapa positif-HIV menangani

kehilangan ibu bapa mereka?

Apakah kesan yang boleh dibawakan oleh program pengurangan keburukan

ke atas penyebaran HIV?

Apakah yang akan diperlihatkan oleh tinjauan kaji selidik di kalangan golongan

muda di Malaysia tentang pengetahuan dan sikap mereka terhadap HIV?

Apakah kesan HIV ke atas peluang kanak-kanak untuk mendapatkan pendidikan?

Bagaimana makanan yang tidak terjamin mempengaruhi pendedahan

masyarakat kepada HIV?

Bagaimana sesetengah masyarakat paling miskin berusaha mencegah penyebaran HIV?

Bagaimana golongan muda terlibat dalam membantu mencegah penyebaran HIV?

Apakah antara tanggapan karut seksual berkaitan HIV dan AIDS yang mungkin

merangsang penganiayaan kanak-kanak?

Apakah yang diimpikan oleh kanak-kanak positif-HIV untuk diri mereka sendiri?

Di mana mereka melihat diri mereka berada dalam 10 tahun?

Bagaimana budak perempuan boleh belajar untuk melindungi diri mereka sendiri

daripada eksploitasi seks, termasuk hubungan seks tanpa perlindungan?

Apakah yang dapat dicungkil daripada temu bual dengan orang yang berada

pada peringkat akhir AIDS tentang perjalanan hidup mereka dan keluarga mereka?

Apakah pandangan aktivis hak asasi manusia terhadap hubungan antara

perlindungan hak asasi manusia dan penyebaran HIV?

Page 29: HIV & AIDS: Setiap anak dilindungi

Youssouf Oomar Wakil UNICEF, Malaysia

27

KERAJAAN

Bahagian AIDS/STI Kementerian Kesihatan Tel: (603) 8883 4527Faks: (603) 8888 0643

Dr. Christopher Lee Ketua dan Perunding Kanan Unik Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit Jabatan PerubatanHospital Sungai Buloh Tel: (603) 6145 4333Faks: (603) 6145 4222

Dr. Kamarul Azahar Mohd RazaliPakar Perunding Pediatrik (HIV/AIDS)Jabatan Pediatrik, Institut PediatrikHospital Kuala LumpurTel: (603) 2690 6889Faks: (603) 2694 8187

Kementerian PelajaranTel: (603) 8884 2002Faks: (603) 8888 9917

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Tel:(603) 2694 9519Faks:(603) 2692 4451

Direktori

PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN

Majlis AIDS MalaysiaTel: (603) 4045 1033Faks: (603) 4042 6133E-mEl: [email protected]

Rumah WAKETel : (603) 2692 6861Faks : (603) 2692 6877

The Buddies Society of IpohTel/Faks: (605) 549 9106

Positive LivingTel: (603) 4044 4611Faks: (603) 4044 4622

PrihatinTel: (609) 765 1596Faks: (609) 778 7171

Persekutuan Persatuan Perancang Keluarga MalaysiaTel: (603) 5633 7514 / 7516 / 7528Faks: (603) 5634 6638

AGENSI BANGSA-BANGSA BERSATU

Tabung Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF)Indra Kumari NadchatramPegawai Komunikasi, MalaysiaTel: (603) 2095 9157Faks: (603) 2093 0582E-mel: [email protected]

Page 30: HIV & AIDS: Setiap anak dilindungi

UNICEF ingin mengucapkan terima kasih kepada Dewan Bahasa dan Pustaka kerana bantuan mereka yang sangat berharga dalam menghasilkan Terminologi Pilihan UNAIDS dalam versi Bahasa Malaysia.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada agensi media Malaysia yang menghantar pengarang dan pemberita mereka ke Seminar Bahasa untuk Laporan HIV yang dianjurkan oleh UNICEF pada 1 November 2007 untuk pengarang berita. Seminar itu penting dalam usaha membantu UNICEF merangka dan menterjemahkan Terminologi Pilihan UNAIDS ke dalam bahasa tempatan.

Agensi yang turut serta adalah:

• BeritaHarian• Bernama• HarianMetro• Kosmo• MajalahAl-Islam• MajalahAniqah• MajalahPerempuan• MingguanWanita

• NewStraitsTimes• SinChewDaily• SinarHarian• SundayStar• TamilNesan• TheStar• UtusanMalaysia

Penghargaan Media

Page 31: HIV & AIDS: Setiap anak dilindungi

“ Setiap kanak-kanak dan orang muda berhak hidup di dunia yang bebas daripada HIV dan AIDS. Kamilah warisan anda. Kamilah masa depan anda.”

Nur Syakirin Husnal “Az” Hari, 16- Pelancaran kempen Bersatu demi Kanak-Kanak, Bersatu menentang AIDS di Malaysia, 2005

Page 32: HIV & AIDS: Setiap anak dilindungi

United Nations Children’s FundWisma UN, Block C, 2nd Floor,Kompleks Pejabat Damansara,

Jalan Dungun, Damansara Heights,50490 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: (+603) 2095 9154Fax: (+603) 2093 0582

Email: [email protected] URL: www.unicef.org/malaysia

Hubungi