Hns 2013 kenegaraan esei 2 - sejauhmanakah anda berpendapat penjajahan british

4
SEMESTER 1 SESI 2010/2 KOD & NAMA KURSUS HNS 2013 : KENEGARAAN TAJUK KUMPULAN UPSI A03 A112PJJ DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON AMINAH TUN FAIZAH BT YEOP IBRAHIM D20112053359 0175040997 LAMPIRAN 2 PEMARKAHAN 1 . TUGASAN ESEI 2 – PADA PENDAPAT ANDA, ADAKAH PENDEKATAN 1 MALAYSIA HARI INI MAMPU UNTUK MENYATUKAN MASYARAKAT BERBILANG

Transcript of Hns 2013 kenegaraan esei 2 - sejauhmanakah anda berpendapat penjajahan british

Page 1: Hns 2013 kenegaraan   esei 2 - sejauhmanakah anda berpendapat penjajahan british

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2

KOD & NAMA KURSUS

HNS 2013 : KENEGARAAN

TAJUK

KUMPULAN

UPSI A03 A112PJJ

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID NO. TELEFON

AMINAH TUN FAIZAH BT YEOP IBRAHIM D20112053359 0175040997

NAMA TUTOR E-LEARNING : DR. FAUZIAH BT. CHE LEH

TARIKH SERAH :30 APRIL 2012

LAMPIRAN 2

PEMARKAHAN

1.

JUMLAH

TUGASAN ESEI 2 – PADA PENDAPAT ANDA, ADAKAH PENDEKATAN 1 MALAYSIA HARI INI MAMPU UNTUK MENYATUKAN MASYARAKAT BERBILANG BANGSA DI NEGARA INI.

Page 2: Hns 2013 kenegaraan   esei 2 - sejauhmanakah anda berpendapat penjajahan british

ESEI 2

PADA PENDAPAT ANDA, ADAKAH PENDEKATAN 1 MALAYSIA HARI INI

MAMPU UNTUK MENYATUKAN MASYARAKAT YANG BERBILANG BANGSA DI

NEGARA INI.

PENGENALAN

Konsep 1 Malaysia telah diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’

Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 2 April 2009. Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan

oleh YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak merupakan satu gagasan peribadi beliau.

Matlamat konsep 1 Malaysia ini adalah murni iaitu memupuk dan mengukuhkan perpaduan

nasional satu matlamat yang telah menjadi keutamaan setiap Perdana Menteri Malaysia

semenjak Almarhum Tunku Abdul Rahman lagi.

Bagi melahirkan bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai

cabaran yang dibawa oleh arus globalisasi, termasuk dalam bidang sosial, ekonomi dan politik,

maka diperkenalkan konsep 1 Malaysia yang berpaksikan prinsip “Rakyat Didahulukan,

Pencapaian Diutamakan”. Konsep ini betepatan dengan cita rasa rakyat Malaysia dan sejajar

dengan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-prinsip

Rukunegara.

Rakyat Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan agama. Mereka perlu

menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak kearah mencapai

satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu

diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan

makmur. Intipati gagasan ini merupakan idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-

etnik dan kebudayaan. Pemupukan dan pengukuhan perpaduan ini menjadi keutamaan kepada

Perdana Menteri sekarang dan yang sebelumnya kerana mereka sedar tanpa usaha tersebut tidak

mungkin Malaysia yang bersifat pelbagai kaum akan mampu mengekalkan identitinya sebagai

sebuah negara yang aman dan makmur.

Page 3: Hns 2013 kenegaraan   esei 2 - sejauhmanakah anda berpendapat penjajahan british

Cabaran globalisasi yang melanda seluruh dunia ketika ini, memerlukan setiap negara

menyusun strategi masing-masing agar tidak tersisih daripada arus kemajuan dunia dan menjadi

mangsa penindasan pihak tertentu. Bagi menghadapi keadaan ini, seluruh rakyat Malaysia, tanpa

mengira keturunan dan anutan agama, perlu bertindak sebagai satu bangsa, yakni Bangsa

Malaysia yang berfikir dan bertindak kea rah mencapai matlamat yang sama iaitu membina

sebuah negara yang lebih maju, selamat, aman dan makmur serta mampu bersaing dengan

masyarakat lain di dunia.

Konsep 1 Malaysia bertujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat

pelbagai kaum di negara ini sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan

pengajaran, yang bertujuan menggugat kesejahteraan hidup mereka. Konsep ini juga, jika

dihayati sepenuhnya oleh semua pihak, mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih

aman, stabil dan maju dalam segenap bidang serta disegani oleh seluruh dunia.

Sebagai rakyat Malaysia yang menyokong usaha membawa negara ini menjadi sebuah

negara maju, kuat, bersatu serta dihormati, gagasan 1 Malaysia ini wajar disokong dan didokong

oleh semua pihak. Walaupun ada pihak yang mempertikaikan dan mentafsirkan gagasan ini

sebagai menghakis hak dan keistimewaan orang-orang Melayu dan kaum Bumiputera lainnya,

pandangan cetek begini perlu disangkal. Jelasnya, gagasan 1 Malaysia masih berlandaskan atau

berpaksikan pad perlembagaan dengan memastikan hak-hak istimewa orang Melayu dan kaum

Bumiputera akan terus dipelihara dan dalam masa yang sama hak-hak kaum lain akan terus

dibela dan dihormati.