Homework

4
SOALAN 3 Experiential Activities Planner (EAP) merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkan beberapa pedagogi dan bermakna. Nyatakan aspek-aspek pembelajaran dalam EAP. EAP ialah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkan perkongsian idea, strategi dan pendekatan Multiple Intelligences (MI) . 5 Aspek Pembelajaran EAP Belajar dengan gembira Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif Pembelajaran Koperatif(CL) Penglibatan komuniti Proses pembelajaran individu dan kecerdasan pelbagai (MI)

description

nmA Xa

Transcript of Homework

SOALAN 3Experiential Activities Planner (EAP) merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkan beberapa pedagogi dan bermakna. Nyatakan aspek-aspek pembelajaran dalam EAP. EAP ialah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkan perkongsian idea, strategi dan pendekatan Multiple Intelligences (MI) .5 Aspek Pembelajaran EAP Belajar dengan gembira Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif Pembelajaran Koperatif(CL) Penglibatan komuniti Proses pembelajaran individu dan kecerdasan pelbagai (MI)

SOALAN 4

Penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) dapat membantu guru menghidupkan suasana pembelajaran Sejarah yang sekaligus boleh meningkatkan minat murid. Ini membolehkan murid menjadi lebih kritis, kreatif dan inovatif. Jelaskan asas Kemahiran Pemikiran Sejarah yang perlu dikuasai oleh murid di peringkat sekolah rendah. Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) merupakan satu proses berfikir bagi membolehkan murid-murid meneroka idea yang kompleks dan abstrak dengan bimbingan guru. Kemahiran Pemikiran Sejarah ini dapat dilaksanakan di dalam dan luar bilik darjah. Guru yang baik adalah guru yang berupaya mewujudkan rasa minat terhadap Sejarah dalam diri murid. Apabila murid mempunyai minat dan seronok mempelajari subjek Sejarah, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan senang. Dengan pengetahuan tentang Sejarah, murid dapat berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif. Oleh yang demikian, murid perlu menguasai beberapa asas atau kemahiran yang telah ditetapkan dalam Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS). Asas yang pertama adalah murid haruslah memahami kronologi. Kronologi bermaksud turutan sesuatu peristiwa. Memahami kronologi bermaksud melihat masa lalu, kini dan masa akan datang mengikut urutan sesuatu peristiwa sejarah yang berlaku. Sebagai contoh, buku teks Tahun 4 memuatkan tajuk Zaman Prasejarah dalam tajuk pertamanya. Jadi, murid Tahun 4 yang telah belajar tentang zaman pra sejarah, dapat melakar carta masa yang menunjukkan kehidupan zaman pra sejarah seperti Paleolitik, Neolitik dan Logam. Melalui pemahaman kronologi ini para pelajar dapat membuat perkaitan antara masa lalu dengan masa kini.Kedua, murid perlu diterapkan dengan kemahiran meneroka bukti. Kemahiran ini adalah untuk mengenalpasti sumber pertama dan kedua. Murid juga dapat belajar membuat perbandingan antara kedua-dua sumber tersebut, di samping mendapat maklumat daripadanya. Antara aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru bagi menerapkan kemahiran meneroka bukti ialah dengan mengarahkan pelajar berfikir dan meneroka bukti tentang mengapa kerajaan-kerajaan maritim wujud di tepi pantai. Guru juga perlu mengajar murid bagaimana untuk menentukan signifikan, tarikh, tokoh, lokasi peristiwa serta bagaimana peristiwa itu berlaku. Di samping itu, murid juga perlu mahir membuat interpretasi. Interpretatsi bermaksud membuat tafsiran terhadap sesuatu peristiwa dengan memberi ulasan dan kupasan. Dengan itu, pelajar akan lebih memahami perkaitan antara fakta Sejarah dan tafsiran Sejarah dengan baik. Kemahiran membuat interpretasi ini juga bermakna masa lalu yang boleh difahami melalui pemerhatian dan interpretasi yang sistematik dapat membantu kita hidup dengan lebih baik pada masa hadapan. Sebagai contoh pelajar dikehendaki membuat tafsiran tentang konsep tamadun mengikut pandangan Barat dan Islam. Dengan membandingkan kedua-dua pandangan ini pelajar telah membuat tafsiran dan ulasan serta perbandingan tentang perbezaan kedua-dua pandangan Barat dan Islam.Murid juga perlu mahir berimaginasi. Imaginasi merupakan kemahiran pemikiran Sejarah. Ia merupakan satu usaha melibatkan pelajar dengan sesuatu situasi dalam peristiwa Sejarah yang dikaji. Kemahiran imaginasi ialah secara visual dan empati. Empati misalnya merujuk kepada seseorang yang menilai sejarah menurut kacamata sumber atau subjek sejarah yang terlibat. Contohnya, untuk menilai tindakan kenapa Tunku Abdul Rahman mengeluarkan Singapura dari Malaysia, maka kita perlu meletakkan diri kita pada tempat Tunku pada ketika keputusan penting tersebut hendak diambil. Cara ini boleh menjelaskan kepada kita mengapa tindakan itu diambil.Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) terakhir yang perlu dikuasai oleh murid adalah membuat rasionalisasi. Kemahiran membuat rasionalisasi elibatkan penggunaan akal dalam membuat pertimbangan yang wajar dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Para pelajar perlu mempunyai kemahiran mengumpul data, membuat hipotesis, menentukan signifikan bukti dan membuat inferens daripada data yang dikumpul. Kemahiran ini membolehkan kita mendapat pengetahuan yang penting daripada kajian masa lalu yang seterusnya membimbing kita untuk membuat keputusan yang lebih baik pada masa hadapan. Contoh yang boleh diambil untuk membuat rasionalisasi ialah mengarahkan pelajar untuk membincangkan tentang Perang Dunia Kedua yang membawa banyak kemusnahan atau mengapa Rancangan Malaya Pertama diperkenalkan.Kelima-lima kemahiran tersebut adalah kemahiran-kemahiran yang melibatkan proses-proses Sejarah atau kemahiran prosedural guru dan pelajar. Para guru akan membimbing pelajar untuk membuat perkaitan antara masa lalu dan masa kini, menganalisis, menyelidik dan memproses bukti-bukti,membuat hipotesis, memahami dan memberi penerangan serta membuat pertimbangan. Seterusnya, ia pula akan terlaksana apabila guru Sejarah melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran Sejarah. Dengan itu, secara tidak langsung para pelajar akan memperoleh kelima-lima kemahiran yang dinyatakan.