Hospi sa

11
“Menghadapi pesakit dan kematian” Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani . PANDANGAN ISLAM DALAM MENGHADAPI NAZAK DAN KEMATIAN oleh : Ustaz Zhulkeflee Hj Ismail (PERGAS) Muqaddimah IN-NAA LIL-LAA-HI WA IN-NAA ILAY-HI RAA-JI- ‘UUN “Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada Nya-lah kami kembali.” (Qur’an : al-Baqarah : 2 : 156 ) Untuk mengetahui hakikat kematian itu, kita perlu memahami hakikat penghidupan didunia ini dahulu. - apakah ertinya hidup ? dari mana kah kita datang ? mengapa kita di ciptakan ? dan kemanakah kita akan pergi sesudah penghidupan didunia ini ? dan sebagai nya. Bagi seorang Muslim kita telahpun di beri asas atau landasan yang mengandungi jawaban dan pengertian pada soalan-soalan tersebut melalui apa yang disebut “Arkaanul Iiman (rukun Iiman)”. Untuk mula memahami erti hidup ini, kita wajib sedar hakikat wujud nya Tuhan yang Maha Esa, sebagai Pencipta segala sesuatu. Hanya Dia sahaja yang sedia ada (tanpa dicipta), kekal dan kepada Nya bergantung segala sesuatu. Hanya Dia lah Pencipta dan selain Dia semuanya adalah ciptaan Nya. Lanjutan dari beriman kepada Allah itu, kita dididik untuk juga beriman dengan malaikat, kita-kitab, rasul-rasul, hari pembalasan dan Qadha’ qadar. Dari asas inilah seorang Muslim akan sedar bahwa kematian itu adalah suatu hakikat dari penghidupan dunia yang sementara ini - sebagai tahap laluan yang setiap orang pasti akan lalui dalam perjalanan kita kepada Tuhan yang menciptakan kita. Dan penghidupan itu adalah sebagai tempat untuk kita membuktikan nilai kita yang sebenarnya. Tempat ujian untuk menentukan siapakah yang baik atau yang buruk penghidupan nya. Kita semua pasti akan di nilai mengenai ‘amalan dalam hidup kita ini. “(Allah lah)Yang telah menciptakan mati dan hidup, supaya Dia manguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” Ustaz Zhulkeflee Hj Ismail(1997) 1

description

 

Transcript of Hospi sa

Page 1: Hospi sa

“Menghadapi pesakit dan kematian”

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

PANDANGAN ISLAM DALAM

MENGHADAPI NAZAK DAN KEMATIAN

oleh : Ustaz Zhulkeflee Hj Ismail (PERGAS)

Muqaddimah

IN-NAA LIL-LAA-HI WA IN-NAA ILAY-HI RAA-JI- ‘UUN“Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada Nya-lah kami kembali.”

(Qur’an : al-Baqarah : 2 : 156)

Untuk mengetahui hakikat kematian itu, kita perlu memahami hakikat penghidupan didunia ini dahulu. - apakah ertinya hidup ? dari mana kah kita datang ? mengapa kita di ciptakan ? dan kemanakah kita akan pergi sesudah penghidupan didunia ini ? dan sebagai nya. Bagi seorang Muslim kita telahpun di beri asas atau landasan yang mengandungi jawaban dan pengertian pada soalan-soalan tersebut melalui apa yang disebut “Arkaanul Iiman (rukun Iiman)”. Untuk mula memahami erti hidup ini, kita wajib sedar hakikat wujud nya Tuhan yang Maha Esa, sebagai Pencipta segala sesuatu. Hanya Dia sahaja yang sedia ada (tanpa dicipta), kekal dan kepada Nya bergantung segala sesuatu. Hanya Dia lah Pencipta dan selain Dia semuanya adalah ciptaan Nya. Lanjutan dari beriman kepada Allah itu, kita dididik untuk juga beriman dengan malaikat, kita-kitab, rasul-rasul, hari pembalasan dan Qadha’ qadar. Dari asas inilah seorang Muslim akan sedar bahwa kematian itu adalah suatu hakikat dari penghidupan dunia yang sementara ini - sebagai tahap laluan yang setiap orang pasti akan lalui dalam perjalanan kita kepada Tuhan yang menciptakan kita. Dan penghidupan itu adalah sebagai tempat untuk kita membuktikan nilai kita yang sebenarnya. Tempat ujian untuk menentukan siapakah yang baik atau yang buruk penghidupan nya. Kita semua pasti akan di nilai mengenai ‘amalan dalam hidup kita ini.

“(Allah lah)Yang telah menciptakan mati dan hidup, supaya Dia manguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.”

(Qur’an : al-Mulk : 67 : 2)

Jadi kematian bukanlah sesuatu yang mesti ditakuti oleh seorang Muslim, kerana setiap usaha didunia semuanya adalah untuk mempersiapkan diri kita untuk menghadapiNya. Kita wajib memanfa’atkan keseluruhan penghidupan kita itu dan menggunakan segala pemberian Tuhan untuk kita merealisasikan atau menjadikan diri kita sebagai ciptaan yang terbaik diantara ciptaan-ciptaan yang lain. Walaupun kita mempunyai banyak kelemahan-kelemahan atau kesilapan serta kesalahan sekalipun, dan kita merasakan sedikit sekali kebaikan pada diri kita (di bandingkan dengan keburukan) janganlah ini

Ustaz Zhulkeflee Hj Ismail(1997) 1

Page 2: Hospi sa

“Menghadapi pesakit dan kematian”

membuat kita merasa putus asa. Selagi kita masih hidup, kesempatan masih lagi terbuka untuk kita dapat pengampunan Allah yang maha Pengasih, lagi maha Penyayang. Pintu taubat senantiasa terbuka luas bagi kita, maka berusahalah untuk mendapatkan pengampunan dan rahmat dari Allah. Apabila Allah mengampunkan kita, maka segala dosa akan terhapus dan inilah yang sangat-sangat kita harapkan. Kita perlu menyampaikan khabar gembira ini dengan selalu menunjukkan sifat Pengasih dan Penyayangnya Allah s.w.t., terutama kepada setiap Muslim yang sakit. Terangkanlah selalu kepada mereka tentang maqsud ayat Allah s.w.t. yang terkandung dibawah ini :

“Katakanlah : ‘Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (yakni yang berdosa), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

(Qur’an : az-Zumar : 39 : 53)

Dan ahadith dari Rasulullaah s.a.w. yang berkenaan seperti sabdanya :

“Tiada sesuatu kepayahan, kesakitan, kesedihan, kesusahan. penderitaan dan kesukaran, sampai pun duri yang menyakitkan itu mengenai kepada seorang muslim melainkan dengan itu semua Allah akan menutupi dosa-dosanya.”

(Hadith riwayat Bukhary dan Muslim)

Berkenaan dengan “mati”

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu.”

(Qur’an : al-Imran : 3 : 185)

“Misteri” kematian itu disingkapkan oleh Allah kepada kita sebagai pintu laluan yang pasti setiap kita yang hidup ini akan merasakan atau pasti melaluinya. Sebagaimana kita telah pun melalui ‘alam bayi dalam rahim ibu, kemudian keluar hadhir didunia ini melalui proses kelahiran, dengan pastinya kematian itu juga adalah tahap yang mesti di lalui untuk menyampaikan kita kepada Allah. Namun bagi seorang Muslim, kita yang sedar betapa perlunya berusaha agar senantiasa menyerah kepada tuntutan dan kehendak Allah dengan selalu berjihad dijalanNya, kematian itu adalah tahap penemuan dengan Nya dan adalah berupa kerehatan untuk kita dari pancaroba kehidupan didunia yang fana ini. Kita dikehendaki agar kembali ke ‘alam barzakh dengan ketenangan.

“Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhan mu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah kedalam jama’ah hamba-hambaKu, dan masuklah kedalam syurga Ku.”

(Qur’an : al-Fajr : 89 : 27-30)

Jadi walaupun kita menghargai penghidupan ini, kita juga mesti menyedari bahawa ianya akan berakhir dengan kematian. Allah lah yang menghidupkan dan Allah jugalah yang telah menentukan kematian itu. Kesakitan atau apa yang dianggap sebagai “penderitaan” didunia ini mesti diyakini sebagai ujian Allah bagi diri kita. Islam mengajarkan kita secara positif supaya berprasangka baik terhadap Allah s.w.t. dalam

Ustaz Zhulkeflee Hj Ismail(1997) 2

Page 3: Hospi sa

“Menghadapi pesakit dan kematian”

kita menghadapi ujian ini kerana Allah menghendaki agar hamba-hamba nya senantiasa berharap kepada Nya dan memohon kemaafan Nya. Jadi kesakitan dan kesukaran itu hanyalah untuk mendekatkan kita kepada “maghfirah”(ampunan) Allah itu.

Menghadapi pesakit dan yang sedang nazak

‘Amalan yang sangat tinggi nilainya disisi Allah diantara ‘amalan ” fardhu kifaayah”, adalah melawat atau mengunjungi pesakit dan membantu mereka-mereka yang menghadapi kesukaran dan kematian.Walaupun kita semua sedar akan perkara ini, tapi sayangnya kebanyakkan kita tidak dibekalkan dengan cukup ‘ilmu dari Islam tentang bagaimanakah cara-cara menghadapi pesakit atau yang sedang nazak. Perkara-perkara yang perlu ada bagi kita didalam mengunjungi pesakit adalah :

[1] Ikhlash

Setiap perkara mesti bermula dengan niat yang juga menentukan sikap kita. Untuk mendapat keredhaan Allah, setiap ‘amal bergantung kepada niat. Dengan keikhlashan, yakni “melaksanakan hanya kerana Allah atau untuk mendapatkan keredhaan Allah semata”, segala apa yang dilaksanakan akan digolongkan sebagai ‘ibadah serta di berkatiNya. Dan kerana ‘ibadat yang ikhlash itulah yang dikatakan ‘baik(ihsan)’, maka ini menghampirkan kita kepada Rahmat Allah.

IN-NA RAH-MATALLAA-HI QA-RII-BUM-MINAL MUH-SI-NIIN“Sesungguhnya Rahmat Allah amat dekat kepada

orang-orang yang berbuat baik (ihsan).” (Qur’an Surah al-A’raf : 7 :56)

[2] Senantiasa berjiwa tenang dan menjadi penghubung kepada Rahmat Allah

Ketenangan dalam diri dan pada wajah kita amatlah memberi kesan kepada orang lain, terutama yang sakit atau yang menghadapi maut. Kita, yang akan menghadapi mereka dianjurkan untuk senantiasa berusaha “bertaqarrub” kepada Allah - melalui beberapa cara seperti; bersih lahir dan batin, kemas, senantiasa berdo’a, berwirid, bertawakkal kepada Allah dan sebagainya. Keyakinan dan “husnuz-zan”(baik sangka kepada Allah) amatlah diperlukan.

Persiapan diatas adalah perlu kerana peranan kita yang penting, apabila berdampingan dengan orang-orang sakit, adalah sebagai penghubung kepada Allah dan Rahmat-Nya. Anjurkan pada pesakit agar senantiasa berdo’a dan cuba sentiasa melaksankan solat-solat yang fardhu, ssedaya mungkin. Tetapi hendaklah kita lakukan ini dengan lembut, menunjukkan penuh rasa kasih sayang, bukan dengan cara memerintah dan menghukum, mengancam atau berceramah. Kita harus selalu ingat bahwa Kasih Allah meliputi segala sesuatu. Kalau mereka tidak tahu, tunjuki cara-cara bersolat bagi yang sakit, yakni memilih cara yang termudah dengan kelonggaran-kelonggarannya. Dan amatlah rugi kalau hubungan mereka kepada Allah melalui solat itu dicuaikan,terutama didalam keadaan merekaa ini yang amat memerlukan santunan dari Ilahi. Dan kerana keadaan mereka itu berbeza dari orang yang sehat, tuntutan hukum-hukum Islam kepada mereka

Ustaz Zhulkeflee Hj Ismail(1997) 3

Page 4: Hospi sa

“Menghadapi pesakit dan kematian”

juga akan berbeza kerana Qa’idah fiqh menyebutkan : Al-masyaq-qatu taj-libut-tay-siir (Kesulitan itu membawa kepada kemudahan).

[3] Berkata dengan perkataan yang baik

Hendaklah kita selalu menjaga perkataan kita kerana segala perkataan kita itu akan di aminkan para malaikat. Selang-selikan percakapan dengan do’a untuk pesakit. Adalah juga baik kalau diperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur’an di samping mereka agar mereka sama-sama disirami Rahmat Allah itu.

[4] Bantu mengatasi perasaan patah hati (putus asa)

Sebagaimana kita tahu bahwa Allah amat dekat kepada kita terutama kepada mereka yang ditimpa sesuatu musibah. Malah ada hadith qudsi yang memberi gambaran bahwa Allah berserta disisi orang yang sakit, maka dari itu melawat pesakit adalah seumpama mengunjungi Allah.Walau bagaimanapun, mereka yang sakit selalunya tidak ingat atau tidak tahu tentang perkara ini maka kita harus senantiasa mengingatkan mereka. Berilah galakkan supaya mereka senantiasa bersabar, berdo’a dan hindarkanlah mereka dari merasakan putus asa.

[5] Berdo’a dan mendo’akan ( Beberapa contoh ucapan do’a kepada yang sakit dari Sunnah Rasuulullaah s.a.w.)

Diantara cara menunjukkan simpati dengan secara positif dan berkesan adalah dengan berdo’a dan mendo’akan sisakit itu. Rasuulullah s.a.w. banyak menunjukkan cara demikian kerana do’a itu adalah senjata para mu’min. Dan ini lebih mengukuhkan lagi hubungan kita dengan Allah s.w.t. Jika sekalipun kita tidak dapat berdo’a dalam bahasa Arab sebagaimana yang ditunjuki dalam ahadith, kita boleh berdo’a dalam apa bahasa pun. Yang perlu adalah kita laksanakan nya dengan ikhlash, sungguh-sungguh, dan penuh keyakinan dan harapan kepada Allah s.w.t. Diantara do’a-do’a ma’tsurat dari Rasullullah s.a.w. adalah :

ALLAAH-HUMMAA RAB-BAN-NAS, ADz-HIBIL BA’-S, ASY-FI ANTA SYAA-FII, LAA-SYIFAA-’A- IL-LA SYIFAA-UK,

SYI-FA-’AN LAA-YU-GHAA-DIRU SA-QA-MAA.

(Ya Allah ! Tuhan dari semua manusia, hilangkanlah segala penyakit, sembuhkanlah! Hanya Engkau yang dapat menyembuhkan, tiada kesembuhan kecuali dari padaMu, kesembuhan yang tidak dihinggapi penyakit lagi.) (Riwayat Bukhary & Muslim)

ALLAAHUM-MASY-FI (sebut nama pesakit), ALLAAHUM-MASY-FI (sebut nama pesakit) ALLAAHUM-MASY-FI (sebut nama pesakit).

“Ya Allah ! Sembuhkanlah (pesakit tersebut), Ya Allah ! Sembuhkanlah (pesakit tersebut) Ya Allah ! Sembuhkanlah (pesakit tersebut) “ (Riwayat Muslim)Ustaz Zhulkeflee Hj Ismail(1997) 4

Page 5: Hospi sa

“Menghadapi pesakit dan kematian”

AS-ALULLAAH- HAL AZEEM RAB-BIL ‘ARSYIL AZEEM AN-YASY-FII-K (7 x )“Aku mohon kepada Allah yang Maha Agung, Tuhan yang mempunyai ‘arasy yang besar, semoga Allah menyembuhkan engkau” - [sebutkan sebanyak tujuh kali ]

(Riwayat Abu Dawud, Tirmidzi dan Hakim)

[6] Mentalqinkannya (mengajarkannya) dengan kalimah “Laa-ilaaha il-lallaah”

Kalau kita menghadapi mereka yang sedang nazak, hendaklah kita laksanakan ajaran Rasuulullah s.a.w. seperti di dalam ahadith :

“Siapa yang akhir kalimat yang keluar dari lidahnya kalimat “Laa-ilaaha-il-lallaah” pasti masuk syurga.” (Riwayat Abu Daud dan Hakim)

“Ajarkan (talqinkan) kepada orang mati diantara kamu kalimat “Laa-ilaaha il-lallaah.”(Riwayat Muslim)

Ajarkanlah nya dengan tidak terburu-buru, atau berterus-terusan - tapi selang-seli. Biarlah seorang sahaja yang melakukannya tanpa diganggu oleh yang lain. Bisikanlah kalimah itu sekali-sekali, dan berilah kesempatan untuk ia menyambutnya. Yang lain kalau ingin membantu bolehlah membacakan Al-Qur’an, Surah Yasin atau harapan dan do’a agar Allah menunjukkan Rahim (Kasih) Nya kepada yang sedang nazak itu. Ada beberapa tanda-tanda nazak. Adakalanya mereka yang tenat itu akan mula bernafas dengan keras, dan matanya tertumpu keatas atau kehadapan seolah-olah melihat kejauhan.Tubuhnya akan terasa sejuk bermula dari ujung kaki, terus naik keatas. (Perlu di ingat bahawa dalam menghadapi urusan kematian, setiap perkara yang dilihat adalah amanah, jadi kalau ada ke’aiban janganlah di ceritakan kepada orang lain).

[7] Sunnah memejamkan mata simati dan iringilah dengan do’a

Apabila berlalunya sakaratul maut (yakni ianya telah menghembuskan nafas yang akhir) kadangkala matanya masih terbuka, maka di sunnatkan kita untuk memejamkan nya sambil membacakan do’a untuknya seperti :

AL-LAAHUM-MAGH-FIR LAHU(LAHA) WARFA’-DARO-JAA-TAHU(HA) FIL-MAH-DIY-YINA, WAKHLUF-HU(HA) FII-’AQIIBIHI FIL-QAA-BIRIIN, WAGHFIRLANA-WALAHU(HA), YAA-ROB-BAL ‘AA-LAMEEN.“Ya Allah ! Ampunkanlah ia dan tinggikanlah darajatnya ketingkatan golongan orang-orang yang mendapat hidayat, dan berilah ganti dari turunannya sesudah perginya dia, dan ampunkanlah kami serta dia, Wahai Tuhan sekelian ‘alam”

(Riwayat Muslim)

[8] Belasungkawa kepada keluarga simati

Kita juga wajib menumpukan perhatian kepada keluarga simati kerana mereka juga sedang menghadapi ujian Allah. Kita dianjurkan agar senantiasa berkata dengan perkataan yang baik, dan disunatkan agar sebutan-sebutan kita tentang simati berupa

Ustaz Zhulkeflee Hj Ismail(1997) 5

Page 6: Hospi sa

“Menghadapi pesakit dan kematian”

do’a-do’a memohonkan kebaikan keatas ruhnya. Rasuulullah s.a.w. pernah apabila dikhabarkan tentang kematian seorang sahabat, beliau berdo’a dan berkata :

ALLAA-HUM-MAGH-FIRLII WALAHU, WA- A’QIB-NI MIN-HU ‘UQ-BA HASANAH

“Ya Allah! Ampunkanlah saya dan dia, dan gantikan kepada saya gantian yang baik.”(Riwayat Abu Dawud)

“Tiada seorang yang ditimpa bala’ musibah lalu berkata ‘IN-NAA-LIL-LAAHI WA-IN-NAA ILAY-HI RAA-JI-’UUN, ALLAA-HUMMA A’ - JURNI FII-MU-SII-BATII, WA-AKH-LIF-LII KHAY-RAN MIN-HA.’ melainkan pasti Allah akan beri pahala padanya dalam musibah itu dan menggantikan baginya yang lebih baik dari apa yang telah hilang.”(Makna sebutan Arab bermaksud : “Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNya-lah kami kembali.Ya Allah ! Berilah pahala bagi kami dalam musibah ini dan gantikan bagi kami yang lebih baik dari apa yang telah hilang.”)

(Riwayat Muslim)

Kalaupun kita tidak dapat berdo’a dalam bahasa Arab, dalam bahasa apapun boleh sahaja, asalkan maksud tuturan kita kepada keluarga simati itu mengandungi kata-kata yang menganjurkan kesabaran dan permohonan kebaikan untuk mereka.

[8] Bantuan penyelenggaraan jenazah

Sebagaimana kita maklum, jenazah seorang Muslim wajib di uruskan - yakni dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan dimakamkan. Ganjaran bagi mereka yang dapat melaksanakan perkara ini untuk simati adalah amat besar disisi Allah. Setiap Muslim perlu bersedia untuk dapat melaksanakan nya.

Walau bagaimanapun, ada beberapa badan yang bertugas didalam bidang penyelenggaraan jenazah. Di bawah ini adalah senari badan-badan tersebut yang boleh dihubungi :

Persatuan Khairat Kematian Telok Kurau Tel : 3448398

S’pore Muslim Casket Tel : 4407259

MTFA (Muslim Trust Fund Association) Tel : 7465729

Muhammadiyyah Tel : 2427388

Senarai diatas ini tidak lengkap. Kita boleh juga menghubungi MUIS (Majlis agama Islam S’pura) atau mana masjid atau badan-badan Islam yang lain untuk mendapatkan bantuan.

Ustaz Zhulkeflee Hj Ismail(1997) 6

Page 7: Hospi sa

“Menghadapi pesakit dan kematian”

“Fardhu kifaayah” - Urusan yang terbengkalai

Dengan perubahan sistem kehidupan sosial, dari perkampungan kepada perbandaran, banyak cabaran-cabaran menghadapi ummat Islam yang hidup berselerak di merata Singapura ini. Namun haq tiap Muslim untuk disantuni apabila mereka menghadapi masa’alah, wajib dilaksanakan dan jangan sampai ianya terabai. Para pesakit yang menghadapi ajal, janganlah dibiarkan terlantar di rumah sakit ataupun di rumah-rumah asuhan ataupun dirumah mereka sendiri, tanpa mendapat santunan sosial yang Islami. Kerja-kerja merawat, melawat, menyantuni para pesakit, adalah dituntut oleh Islam dan menjadi “fardhu kifaayah”. Kekata “ kifaayah” adalah dari kata “kafa’a” yang bererti “cukup, atau secukupnya, atau sepadan” (yakni sepadan dengan yang diperlukan). Jadi kita mesti bertanya kepada diri kita :

“Adakah kerja ini telah dilaksanakan dengan secukupnya oleh kita semua ?”

Anggapan bahwa “fardhu kifaayah” dikira telah terlaksana bila hanya seorang Muslim telah melakukannya” itu, adalah tidak tepat dengan makna “kifaayah”. Yang perlu ditekankan adalah soalan : “cukup-kah dan sepadankah usaha kita dalam menangani isu ini ? dari segi jumlah mereka yang melaksanakan ataupun dari segi qualiti khidmat perlaksanaan nya ?” Janganlah kita mahu lagi bersikap seperti dulu yang mana kita “mengandaikan (assumption)” bahwa “tentu perkara ini telah ada orang Islam lain yang melakukannya. Kalau dah ada seorang yang buat, lepaslah sudah tanggung-jawab kita !” Padahal belum memadai. Setiap Muslim wajib mempunyai keazaman untuk mahu berusaha kepada kerja-kerja dibidang “Fardhu Kifaayah” ini tanpa menunggu-nunggu atau terlalu disibukkan kepada perkara ‘amalan untuk diri sendiri, yang kebanyyakan nya pula adalah perkara yang hukum-nya hanya ‘sunnat’ sahaja. Dan perkara “Fardhu” ini wajib diutamakan dari yang “Sunnat”. Kita wajib mengingati seruan Allah s.w.t. :

WALTAKUM-MINKUM UM-MATUNYAD-’UUNA ILAL-KHAYR, WA YA’MURUUNA BIL-MA’ARUUFI WA YAN-HAU-NA- ‘ANIL MUNKAR

“Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan yang menyeru kepada segala kebaikan, menyuruh kepada yang ma’aruf dan mencegah dari yang munkar.”

(Qur’an : al-’Imraan : 3 : 104)

Prinsip hidup sosial yang wajib menjadi dasar masyarakat kita adalah seperti yang tersebut di dalam ayat :

ILAL-LAdzIINA- AA-MANUU WA- ‘AMILUSwAA-LIHAATI WATA- WAA SwAW-BIL-HAQQ- WATA-WAA SwAW-BISw-wsWABR

“Melainkan (yakni orang yang tidak rugi itu adalah) mereka yang beriman dan ber’amal solih dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.”

(Qur’an : wal-’AswR : 103 : 3)

Ustaz Zhulkeflee Hj Ismail(1997) 7

Page 8: Hospi sa

“Menghadapi pesakit dan kematian”

Dalam konteks melaksanakan tanggung-jawab menjaga dan merawat pesakit Muslim ini, yang mesti-nya mempunyai unsur “at-tawaswaubil-Haqq wat-tawa-swaubiswabr” (berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran), masih belum memadai dan mencukupi.

KEMUSYKILAN “Antara menghantar kerumah penjaagaan atau bawa balik kerumah ?”

Ada pesakit dan kelurganya mengajukan kemusykilan : “Doktor telah mengatakan bahawa pesakit tidak ada harapan sembuh dan memberikan tempoh 6 bulan. Ada yang rekomen supaya dhantarkan kerumah tumpangan khusus. Saya juga dinasihati untuk bawa balik pesakit kerana ini lebih dikehendaki Islam. Ini membuat saya menjadi bingung. Tolong beri jawaban, pandangan atau anjuran dari pandangan Islam ?

Konsep rawatan kepada pesakit dalam Islam adalah menyeluruh kepada dua segi - menjaga kesehatan physical (jasmani) dan juga kesehatan spiritual (kerohanian). Sejak dulu lagi, rawatan banyak dilaksanakan di rumah dan menjurus kepada dua segi ini. Akan tetapi dengan perkembangan perubatan moden (yang hanya mengkhususkan kepada satu segi - phyical), rawataan jasmaniyyah terkini dan sesuai adalah dihospital. Maka kita yang sakit diwajibkan untuk berusaha mencari rawatan kepada pakar, yakni mendapatkan rawatan dihospital itu. Ini bermakna, rawatan untuk juga menjaga kesehatan spiritual yang dituntut Islam itu, kadangkala dilupakan atau terabai. Kita tidak salahkan hospital kerana mereka tidak memahami konsep Islam ini, dan yang wajib mengadakan penjagaan kerohanian pesakit ini adalah familinya yang terdekat dan masyarakat Islam itu sendiri. Kitalah yang wajib memperlengkapkan cara rawatan yang dipandang kurang oleh Islam.

Sebagai orang yang beriman, kita wajib percaya bahwa ajal dan maut itu hanya diketahui Allah s.w.t. Perkataan doktor ini hanyalah suatu pengakuan jujurnya bahawa menurut ‘ilmu perubatan nya (yang tentu terhad), tidak ada lagi yang dapat mereka usahakan untuk menyembuhkan pesakit. Jadi tidaklah kita harus jadikannya sebab untuk berputus asa. Tetaplah kita senantiasa meletakkan harapan kepada Allah s.w.t. dan terus tabah berushaha untuk hidup. Kalau pun belum menemui penawar, penderitaan yang ditanggungi pesakit wajib kita ringankan. Ini boleh di adakan dimana sahaja, baik di rumah atau ditempat penjagaan yang khusus. Oleh kerana kita juga wajib menjaga ehwal kerohanian (keimanan) pesakit Muslim, agar mereka terus mendapat bimbingan dan kalau pun ajalnya tiba, di harapkan ia mati didalam Iman dan Islam, (kita bimbangkan jikalau ia nya terlantar bersendirian dihospital atau dirumah tumpangan perkara menjaga ehwal kerohanian mereka ini akan diabaikan) maka selalunya kita dinasihati agar pesakit tersebut dibawa pulang kerumah. Tetapi kerana cara rawatan bagi sesetengah pesakit sekarang ini adalah lebih khusus (dan banyak orang awam jahil tentang nya) , yang dikhawatirkan pula ialah pesakit itu akan menjadi lebih sengsara kalau dirumah oleh sebab kurang mendapat layanan dengan sebaiknya kerana ahli keluarganya sibuk atau jahil tentang kaedah rawatan yang terkini dan sebagainya. Ini juga boleh mengakibatkan pesakit ini menjadi lebih parah, bukan saja jasmaninya tetapi aqidah-nya juga terjejas (yakni kerana sengsara ia mungkin putus asa dan berperasaan buruk sangka kepada Allah). Inilah dilema yang selalu dihadapi keluarga pesakit Muslim.

Ustaz Zhulkeflee Hj Ismail(1997) 8

Page 9: Hospi sa

“Menghadapi pesakit dan kematian”

Jalan keluar nya adalah, tidak kira di rumah tumpangan atau di rumah sendiri, kaedah penjagaan kepada dua segi ini (ehwal jasmani dan ehwal rohani) wajib ada atau diadakan oleh kelurga atau masyarakat Islam. Ini memerlukan kepada suatu usaha tarbiyyah (pendidikan dan latihan) kepada ahli keluarga pesakit dan penyusunan para sukarelawan Islam agar, dengan latihan tersebut, mereka dapat memberi khidmat yaang diwajibkan oleh Islam - Insya Allah !

Penutup

Semoga penerangan yang serba ringkas ini dapat memberi sesuatu untuk membantu ummat Islam dalam rangka mengendalikan ‘urusan “Fardhu Kifaayah” ini. Mudah-mudahan Allah meredhai dan merestui segala ‘amalan kita semua - Aa-min.

Wal-laahu a’lam. Wabil-laahi-tau-fiq-wal hidaa-yah. Was-salaa-mu’alay-kum w.b.

Ustaz Zhulkeflee Hj Ismail(1997) 9