How to Improve Your English

5
Faedah-faedah Membaca Amalan membaca merupakan salah satu tabiat yang amat bermanfaat.Semua lapisan masyarakat haruslah berusaha mengamalkan budaya membaca kerana Membaca Jambatan Ilmu. Antara kebaikan membaca termasuklah dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Kita dapat mengetahui tentang perkara- perkara baru yang tidak kita ketahui sebelum ini. Pengetahuan am kita akan bertambah luas dan kita akan menjadi lebih bijak. Selain itu, kita dapat mengetahui tentang isu-isu atau perkembangan semasa yang berlaku di dalam negeri dan di luar negara . Contohnya isu kegawatan ekonomi, bencana dan peperangan, krisis air dan pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh dunia. Justeru, kita tidak lagi ketinggalan zaman atau dianggap "seperti katak di bawah tempurung". Membaca dapat mematangkan fikiran kita juga. Dengan membaca, kita dapat mengetahui tentang kebaikan dan keburukan sesuatu perkara. Oleh itu, kita didorong untuk berfikir secara lebih baik dalam membuat penilaian terhadap sesuatu perkara itu. Masa adalah emas dan perlu digunakan dengan bijak .Membaca buku-buku seperti ini amat bermanfaat.Kita haruslah tanamkan sikap suka membaca buku.Jadikanlah amalan membaca buku amalan harian. Sesungguhnya banyak kebaikan atau faedah yang dapat diperoleh dengan membaca. Justeru, tabiat membaca harus dijadikan amalan seharian. Kita perlu mencontohi sikap masyarakat di negara maju seperti Jepun yang menjadikan membaca sebagai budaya hidup mereka.

Transcript of How to Improve Your English

Faedah-faedah Membaca

Amalan membaca merupakan salah satu tabiat yang amat bermanfaat.Semua lapisan masyarakat haruslah berusaha mengamalkan budaya membaca kerana Membaca Jambatan Ilmu. Antara kebaikan membaca termasuklah dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Kita dapat mengetahui tentang perkara-perkara baru yang tidak kita ketahui sebelum ini. Pengetahuan am kita akan bertambah luas dan kita akan menjadi lebih bijak.

Selain itu, kita dapat mengetahui tentang isu-isu atau perkembangan semasa yang berlaku di dalam negeri dan di luar negara. Contohnya isu kegawatan ekonomi, bencana dan peperangan, krisis air dan pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh dunia. Justeru, kita tidak lagi ketinggalan zaman atau dianggap "seperti katak di bawah tempurung".

Membaca dapat mematangkan fikiran kita juga. Dengan membaca, kita dapat mengetahui tentang kebaikan dan keburukan sesuatu perkara. Oleh itu, kita didorong untuk berfikir secara lebih baik dalam membuat penilaian terhadap sesuatu perkara itu.

Masa adalah emas dan perlu digunakan dengan bijak.Membaca buku-buku seperti ini amat bermanfaat.Kita haruslah tanamkan sikap suka membaca buku.Jadikanlah amalan membaca buku amalan harian.

Sesungguhnya banyak kebaikan atau faedah yang dapat diperoleh dengan membaca. Justeru, tabiat membaca harus dijadikan amalan seharian. Kita perlu mencontohi sikap masyarakat di negara maju seperti Jepun yang menjadikan membaca sebagai budaya hidup mereka.

1. Apakah kepentingan warisan sejarah kepada masyarakat dan Negara?Bangunan bersejarah mempunyai nilai sejarah yang tidak ternilai dan diwarisi sejak zaman-berzaman seperti A-Famosa, Tugu Negara, bangunan stesen keratapi Kuala Lumpur dan Stadium Merdeka. Sungguhpun begitu, generasi muda pada masa kini semakinmemandang sepiterhadapnya kerana tahap kesedaran mereka terlalu rendah. Warisan sejarah perlu dipertahankan untuk generasi akan datang.

Antara kepentingan warisan sejarah adalah menjadi daya tarikan pelancong sama ada pelancong domestik mahupun antarabangsa. Pengekalan bahan-bahan tinggalan penjajah telahmenggamit hatipara pelancong untuk melihat sendiri tentang keunikan ciptaan masyarakat terdahulu.Ini bermakna, warisan kebangsaan merupakan salah satu penyebab utama industri pelancongan begitu rancak sekaligus menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara.

Di samping itu, generasi muda dapat mempelajari sejarah tanah air. Warisan sejarah juga dapat memupuk semangat patriotik dalam jiwa generasi pada masa kini. Semangat ini akan lahir dengan sendirinya apabila generasi muda dapat merasakan semangat perjuangan pahlawan-pahlawan negara dalam mempertahankan tanah air yang tercinta. Nama-nama pejuang yang telah terkorban ada tercatat di Tugu Negara untuk tatapan semua.

Seterusnya, tempat-tempat bersejarah dapat menjadi destinasi pelancongan terkenal kerana mempunyai nilai seni dan estetika juga berupaya dikekalkan. Bangunan-bangunan lama seperti Stesen Keretapi Kuala Lumpur mempunyai nilai seni yang tinggi dan tidak terdapat pada bangunan-bangunan sekarang. Seni binanya sangat unik dan indah serta menggambarkan cita rasa arkitek pada ketika itu.

Lebih penting lagi, usaha memelihara warisan negara ini dapat mengenang sejarah penting yang berlaku di negara kita. Bangunan lama yang diberi nafas baru dapat mengembalikannostalgiayang sungguh bermakna buat semua. Contohnya, Stadium Merdeka telah menjadisaksi bisuterhadap kemerdekaan negara. Laungan kemerdekaan yang diketuai oleh Y.T.M Tunku Abd. Rahman Putra Al-Haj pada 31 Ogos 1957 telah berlangsung di stadium ini. Sekiranya bangunan ini tidak dipelihara kemungkinan besar generasi muda akan melupakan sejarah-sejarah penting negara.

Tuntasnya, masyarakat Malaysia perlu peka akan kepentingan pemeliharaan warisan kebangsaan. Justeru, segala usaha perlu dipergiat untuk memastikan khazanah negara initak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Boleh dikatakan bahawa pemeliharaan dan pengekalan warisan ini dapat mempertingkatkan imej dan identiti negara dipersada dunia.

How to improve your English language?1. Listen to the radio in English. If there are no English radio stations where you live, listen to one on the internet.2. Watch TV and movies in English. If you have English channels on your TV, watch them. If they have subtitles (the words written in your language) underneath the picture, see if they can be turned off. Some people even tape paper across the bottom of the screen so they can't see the words. Most DVD's are great because you can choose the language you want to hear.3. Speak English to your friends. Get a conversation buddy (friend) and speak in English as much as possible. If it is a person whose native language is the same as your own, you may feel silly speaking in English at first. But don't worry. Continue to do it and it will become more natural to you. Finding friends whose native language is English is even better. Ask your friend to correct you when needed.4. Take an English class5. Read English magazines or read newspaper. Do whatever you can to immerse yourself in the language.