HR

8
 TUGASAN INDIVIDU TAJUK : Minimum Wages in Malaysia-HR Perspective KOD KURSUS BBP 20102 NAMA KURSUS PENGURUSAN SUMBER MANUSIA FAKUL TI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL NAMA PELAJAR NADI A AZIRA BINTI JASNI SEKSYEN NAMA PENSY ARAH DR. JOHNSON LIM SOON T ARIKH HANT AR 24 NOVEMBER 2013 MARKAH TUGASAN Isi Kandungan 1

description

human resourses

Transcript of HR

  • TUGASAN INDIVIDUTAJUK : Minimum Wages in Malaysia-HR Perspective

    KOD KURSUS BBP 20102

    NAMA KURSUS PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

    FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

    NAMA PELAJAR NADIA AZIRA BINTI JASNI

    SEKSYEN

    NAMA PENSYARAH DR. JOHNSON LIM SOON

    TARIKH HANTAR 24 NOVEMBER 2013

    MARKAH TUGASAN

    Isi Kandungan

    1

  • BIL PERKARA MUKASURAT

    1 Pengenalan3

    2 Positif dan Negatif penetapan gaji minimum4

    3 Pandangan Sumber Manusia Mengenai Gaji Minimum5

    4 Pendapat individu6

    5 lampiran7

    6 Rujukan8

    2

  • Perintah Gaji Minimum telah diwartakan pada 16 Julai 2012 dan akan berkuatkuasa mulai 1 januari

    2013 bagi majikan yang menggaji enam orang pekerja atau lebih dengan. Gaji minimum mengikut definisi

    International Labour Organization (ILO) ialah upah minimum yang patut dibayar kepada pekerja untuk

    kerja atau perkhidmatan yang dilakukan dalam tempoh tertentu, sama ada dikira berdasarkan masa atau

    output, yang tidak boleh dikurangkan sama ada oleh individu atau menerusi perjanjian kolektif, dijamin

    oleh undang-undang dan ditetapkan bertujuan untuk menampung keperluan minimum kehidupan pekerja

    dan keluarganya berasaskan keadaan sosio-ekonomi sesebuah negara.[1]

    Gaji minimum ini meliputi semua sektor pekerja di negara ini

    Kecuali tenaga kerja domestik seperti pembantu rumah

    Dan tukang kebun - DS Najib Razak

    Gaji minimum yang berkuatkuasa bukan hanya melibatkan sektor kerajaan. Sektor swasta juga turut

    terlibat. Kadar gaji minimum yang telah ditetapkan bagi pekerja swasta adalah sebanyak RM900 sebulan

    untuk Semenanjung. Manakala di Sabah dan Sarawak sebanyak RM800 sebulan. Kebanyakkan

    masayarakat beranggapan bahawa pekerja tempatan tidak mahu bekerja dengan syarikat swasta kerana gaji

    yang ditawarkan adalah agak rendah. Selain itu, kita juga sering mendengar atau melihat berita bahawa

    pekerja ditidas dan dianaiya. Majikan dikatakan masih membayar gaji yang rendah dan tidak selaras

    dengan kos hidup. Ada hujah yang mengatakan bahawa "biarlah kuasa pasar (market forces) yang

    menentukan paras gaji" seharusnya tidak boleh lagi diguna pakai. Ia hanya akan membuatkan para pekerja

    ditidas malah akan memburukkan lagi taraf hidup kehidupan mereka

    Pewartaan gaji minimum ini dilihat dapat melegakan pekerja sektor swasta dan juga golongan yang

    berpendapatan rendah. Peningkatan kos sara hidup masa kini terutamanya harga barang keperluan harian

    yang semakin meningkat, akan mebebankan golongan ini. Mereka pastinya menhadapi kesulitan bagi

    memenuhi keperluan hidup mereka terutamanya di kawasan bandar. Cuba bayangkan bagaimana keadaan

    kehidupan pekerja nanti jika subsidi beberapa barangan dan perkidmatan ditarik balik. Tanpa gaji atau

    pendapatan yang munasabah sudah tentulah kehidupan mereka yang berpendapatan rendah akan menjadi

    lebih teruk. Cadangan gaji minimum ini dikatakan dapat mengurangkan pemasalahan ini.

    ______________________________________________________________________________________1. Kementerian Sumber Manusia (tanpa tarikh). Gaji minimum (atas talian)

    http://www.mohr.gov.my/index/gaji-minimum

    3

  • Pelbagai kebaikan yang diperoleh daripada perwartaan gaji minimum ini. Jika diukur daripada takrifan

    (ILO) ia jelas menunjukkan bahawa dasar gaji minimum dapat digunakan bagi menangani masalah

    kemiskinan seterusnya dapat meningkatkan pendapatan pekerja yang bergaji rendah. Secara tindak lansung,

    ianya juga dapat meningkatkan kualiti hidup seorang pekerja serta ahli keluarga pekerja tersebut. Dasar ini

    bukan sahaja menyumbang kebaikan kepada pekerja semata-mata, malahan ia juga memberi impak positif

    kepada pembangunan ekonomi sesebuah negara[2]. Ini adalah kerana dasar gaji minimum boleh

    meningkatkan kuasa beli dan kadar belanjawan pekerja. Selain itu, kebergantungan pekerja terhadap

    kerajaan juga akan berkurangan apabila diberi pendapatan yang sesuai dengan keadaan semasa ekomoni

    serta sosial negara, maka pekerja dapat mengatasi beban kewangan yang ditanggung serta tidak bergantung

    kepada dasar kebajikan kerajaan semata-mata.

    Sungguhpun dasar gaji minimum ini dikatakan banyak membawa kesan positif terdapat juga persepsi

    negatif yang diutarakan apabila pengumuman gaji minimum ini di laksanakan. Segelintir masyarakat juga

    mempertikaikan mengapa kadar penetapan gaji berbeza antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

    Perbezaan gaji antara dua wilayah ini mungkin terpaksa dilakukan kerana perbezaan kos sara hidup yang

    ketara. Tidak kurang juga yang berpendapat bahawa gaji minimum ni akan menjejaskan daya saing.

    Perniagaan yang dijalankan berkait rapat dengan senario persaingan dan kos untuk menjalankan perniagaan

    adalah faktor penting dalam menjalankan urusniaga. Sekiranya kos buruh meningkat, ini akan

    menyebabkan sesetengah majikan bersedia menutup perniagaan mereka dan berpindah ke negara lain yang

    menawarkan kos buruh yang lebih munasabah.

    Terdapat juga beberapa pihak yang membantah perlaksanaan gaji minimum ini. Persekutuan Majikan

    Malaysia(MEF) seumpamanya, berpendapat bahawa penetapan gaji para pekerja di sektor swasta berkait

    rapat dengan prestasi syarikat [3]. Pastinya, bagi sesebuah syarikat, produktiviti serta keuntungan syarikat

    menjadi aspek penting yang mempengaruhi kadar pemberian gaji. Tetapi, adakah wajar kita melihat atas

    dasar produktiviti dan prestasi, maka pekerja swasta diberi ganjaran yang rendah. Bagaimana agaknya

    mereka berupaya menampung pembelanjaan yang kian meningkat jika mereka ini tidak diberi kadar

    pendapatan yang wajar. Seharusnya, majikan perlu peka dan sensitif terhadap para pekerjanya terutamanya

    mereka yang terlibat dengan persekitaran kerja yang berbahaya, sukar serta kotor.

    Selain itu, pelbagai persoalan yang ditimbulkan mengenai penetapan gaji minimum ini. Antaranya,

    bagaimana sesebuah perusahaan membiayai kenaikan kos buruh setelah akta gaji mewajibkan membayar

    gaji yang lebih tinggi berbanding sebelum ini. Adakah dengan mengurangkan keuntungan mereka dan

    disalurkan kepada pekerja yang berpendapatan rendah? Idea ini akan membuatkan keuntungan sesuatu

    firma itu merudum.

    4

  • Apabila gaji minimum ini berkuatkuasa, pelbagai perspektif yang timbul dalam pengurusan sumber

    manusia. Pengurusan dalam sumber manusia juga akan berubah apabila gaji minima ini diumumkan.

    Antara kriteria penetapan gaji minimum ini ialah, keperluan asas pekerja dan isi rumahnya, upah umum,

    kos sara hidup, tahap produktiviti dan faktor ekonomi. Sebenarnya penetapan gaji minimum ini tidak

    melibatkan kos yang besar kepada syarikat. Tetapi sebenarya kenaikan gaji yang sedikit ini akan melibatkan

    beberapa kos kakitangan yang lain seperti : [4]

    1) Gaji kakitangan bukan eksekutif bagi jawatan yang hampir dengan kedudukan jawatan pekerja

    yang mendapat pelarasan gaji.

    2) Kenaikan gaji pokok pekerja

    3) Kenaikan caruman KWSP majikan

    4) Kenaikan caruman PERKESO majikan

    5) Kenaikan bayaran kerja lebih masa

    6) Kenaikan jumlah gaji pada tahun hadapan

    Sumber Manusia turut berpendapat bahawa gaji ialah faktor utama bagi menarik pekerja yang lebih

    berkualiti. Masa kini, segelintir pekerja gemar betukar kerja. Bagi mereka, trend bertukar pekerjaan ini bagi

    memajukan kerjaya, menambah kemahiran atau bosan dengan pekerjaan terdahulu dan berbagai-bagai

    alasan lagi. Penetapan gaji minimum ini diharap dapat menjadi faktor utama bagi menarik pekerja yang

    lebih berkualiti.

    Tidak kurang juga ada yang mengatakan dengan menaikkan kadar gaji akan meningkatkan penyertaan

    lebih ramai individu yang menganggur mula ke pasaran kerja. Hal ini kerana kerana insentif gaji yang

    diberi lebih tinggi. Tetapi, apabila difikirkan kembali, kaedah motivasi melalui upah ini akan lenyap dengan

    cepat. Kajian telah menunjukkan bahawa kenaikan gaji boleh menyebabkan kepuasan pada ketika itu, tetapi

    perasaan itu tidak akan bertahan lama.[5] Ini kerana tuntutan kos sara hidup yang sentiasa berubah dan

    tinggi menyebabkan kenaikan gaji itu diserap kepada penyesuaian semula pembelanjaan harian pekerja.

    ______________________________________________________________________________________

    4. Kementerian Sumber Manusia (tanpa tarikh). Gaji minimum (atas talian) http://www.mohr.gov.my/index/gaji-minimum

    5.(tanpa tarikh) rencana gaji minimum.pdf (atas talian) http://www.bnm..gov.my/filespublication

    5

  • Saya melihat penetapan gaji minimum ini dari sudut positif. Banyak kebaikan yang akan pekerja dapat

    melalui skim gaji minimum ini. Terutamanya bagi golongan yang berpendapatan rendah. Ini kerana,

    peningkatan kos sara hidup masa kini yang tinggi, terutamanya harga barang keperluan harian yang

    semakin meningkat. Golongan ini sudah tentu menghadapi kesulitan dalam memenuhi keperluan hidup

    mereka terutamanya jika mereka tinggal di bandar. Penentapan gaji minimum ini dilihat sebagai mekanisme

    yang membantu golongan berpendapatan rendah keluar dari belenggu kemiskinan. Gaji yang sedikit tinggi

    daripada gaji asal akan membolehkan mereka memperoleh kehidupan yang lebih berkualiti dan

    menyumbang kepada perkembangan keluarga.

    Saya juga merasakan gaji minimum yang telah ditetapkan di Malaysia adalah langkah baik untuk

    mengalakkan rakyat kita bekerja. Apabila gaji yang ditawarkan perusahaan sedikit tinggi, tentulah ianya

    akan menarik minat rakyat untuk bekerja bagi memenuhi tuntutan pembelanjaan kehidupan mereka.

    Walaupun persaingan perkerjaan yang begitu ketara dengan pekerja asing dalam jangka masa yang panjang,

    diharap lebih ramai lagi rakyat negara ini akan bekerja kerana jumlah pendapatan yang diterima akan dapat

    membantu mereka mengakses pelbagai aspek kehidupan.

    Tetapi, saya juga merasakan banyak perkara yang perlu diambil kira dalam penetapan gaji minimum.

    Antaranya ialah kuasa pasaran, produktiviti kerja dan kos hidup. Penetapan gaji minimum ini juga harus

    mengambil kira kemampuan majikan untuk membayar dalam tempoh panjang. Jika majikan tidak

    berkemampuan untuk mengaji pekerja, mungkin majikan akan mengambil keputusan untuk menutup

    perniagaan. Kesannya, pekerja akan hilang pekerjaan dan menyumbang kepada penganguran.

    Selain itu, penetapan gaji minimum ini perlu dikaji sedalam-dalamnya. Ianya boleh dibuat

    berdasarkan faktor wilayah yang mempengaruhi kos sara hidup dan kualiti hidup dikalangan pekerja.

    Walaupun kita membayar barangan dengan harga yang sama walau dimana kita tinggal, hakikatnya kos

    hidup di bandar lebih tinggi berbanding luar bandar. Justeru, jika kita hendak menetapkan nilai gaji

    minimum untuk seluruh Malaysia adalah kurang sesuai. Dan penetapan nilai gaji yang diberi untuk sektor

    yang pelbagai seperti perladangan, pembuatan, perkidmatan dan pembinaan adalah kurang relevan. Kerana,

    pada hakikatnya setiap sektor mempunyai fokus serta cabaran perniagaan tersendiri.

    Dan akhir sekali, Objektif penetapan gaji minimum ini juga hanya boleh dicapai sekiranya

    perkembangan ekonomi negara memberangsangkan. Ekonomi yang sentiasa kukuh dan berkembang

    maju akan turut meningkatkan kadar penerimaan upah. Sebagai kesimpulannya, terdapat impak positif

    dan negatif mengenai gaji minimum ini. Sememangnya, penentapan gaji yang minimum di Malaysia

    adalah langkah baik bagi membasmi kemiskinan seiring dengan kemajuan negara ini. Tetapi, ianya

    juga perlu dikaji dari masa ke semasa bagi mengimbangi ekonomi negara yang kian memcabar.

    6

  • Lampiran

    Rujukan

    7

  • [2] (tanpa tarikh). Kementerian sumber manusia (2012) gaji-minimum-satu-permulaan-yang-baik

    (atas talian) http://blog.mohr.gov.my/

    [3] (tanpa tarikh).Penetapan gaji minima pekerja swasta (atas talian)

    http://cuepacs.blogspot.com/2012/05/penetapan-gaji-minima-pekerja-swasta.html(2 Mei 2012)

    [4] (tanpa tarikh) diskusi-gaji-minimum (atas talian) http://www.radio informasi.com/diskusi-gaji-minimum (2011)

    [5] (tanpa tarikh) perlaksanaan-gaji-minimum-di-malaysia (atas talian) http://www.malaysiakiri.wordpress.com

    [6] Harian Metro (2012)

    8