hrmis membantu membentuk perjawatan sektor awam dengan efektif

16
1 Buletin Berita Semasa B i l . 3 / 2 0 1 0 SEPTEMBER - DISEMBER ISSN NO.: 2229-8215 HRMIS MEMBANTU MEMBENTUK PERJAWATAN SEKTOR AWAM DENGAN EFEKTIF D alam konteks ini, hala tuju Bahagian Pembangunan Organisasi (BPO) adalah untuk merangka dasar perjawatan dan perskiman yang relevan dan fleksibel bagi mewujudkan saiz perkhidmatan awam yang optimum berdasarkan keperluan Negara. Selaras dengan objektif dan hala tuju tersebut, BPO bertanggungjawab untuk melaksanakan fungsi-fungsi penyusunan semula organisasi, pewujudan, pemansuhan dan penggredan jawatan di agensi awam di samping penyelidikan serta kajian perskiman. Skop fungsi beban tugas BPO merangkumi 279 Skim Perkhidmatan dan 722 agensi terdiri daripada Perkhidmatan Awam Persekutuan (PAP), Perkhidmatan Awam Negeri (PAN), Badan Berkanun Persekutuan (BBP), Badan Berkanun Negeri (BBN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Dalam usaha memastikan setiap agensi awam berfungsi berdasarkan matlamat penubuhannya, BPO sentiasa melaksanakan kajian perjawatan dan perskiman dengan memberi penekanan kepada usaha-usaha untuk memantap dan memperkemas struktur hierarki perkhidmatan sektor awam serta pengukuhan struktur organisasi. Hal ini adalah supaya organisasi sektor awam terus kekal kemas dan relevan seterusnya meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan selaras dengan saranan YAB Perdana Menteri iaitu “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” dan pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara (National Key Result Areas [NKRA]) serta Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicators [KPI]). Dalam pada itu, peningkatan peruntukan dalam emolumen akan menyebabkan pengurangan peruntukan bagi sektor- sektor lain khususnya sektor pembangunan, secara tidak langsung akan memberi implikasi kepada pembangunan negara. Berikutan arahan Perbelanjaan Berhemat yang telah dikeluarkan melalui Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9 Tahun 2008, BPO sebagai custodian data perjawatan telah menggariskan beberapa tindakan bagi mengawal saiz perkhidmatan awam. Antaranya adalah mengawal pewujudan jawatan dengan memberi tumpuan kepada sektor- sektor kritikal seperti pendidikan, kesihatan, keselamatan dan agensi yang menjana hasil negara serta pemansuhan jawatan-jawatan jumud yang tiada penyandang. bersambung di halaman 3... Y.Bhg Datuk Farida bt. Mohd. Ali Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam D Jabatan Perkhidmatan Awam merupakan agensi pusat yang bertanggungjawab untuk memastikan perkhidmatan awam bergerak maju ke arah merealisasikan hasrat Kerajaan untuk mencapai Wawasan 2020.

Transcript of hrmis membantu membentuk perjawatan sektor awam dengan efektif

Page 1: hrmis membantu membentuk perjawatan sektor awam dengan efektif

1Buletin

Berita Semasa

B i l . 3 / 2 0 1 0 SEPTEMBER - DISEMBER ISSN N O . : 2 2 2 9 - 8 2 1 5

hrmis membantu membentuk perjawatan sektor awam dengan efektif

Dalam konteks ini, hala tuju Bahagian Pembangunan Organisasi (BPO) adalah untuk merangka dasar perjawatan dan perskiman yang relevan dan fleksibel bagi mewujudkan saiz perkhidmatan awam yang optimum berdasarkan

keperluan Negara. Selaras dengan objektif dan hala tuju tersebut, BPO bertanggungjawab untuk melaksanakan fungsi-fungsi penyusunan semula organisasi, pewujudan, pemansuhan dan penggredan jawatan di agensi awam di samping penyelidikan serta kajian perskiman. Skop fungsi beban tugas BPO merangkumi 279 Skim Perkhidmatan dan 722 agensi terdiri daripada Perkhidmatan Awam Persekutuan (PAP), Perkhidmatan Awam Negeri (PAN), Badan Berkanun Persekutuan (BBP), Badan Berkanun Negeri (BBN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Dalam usaha memastikan setiap agensi awam berfungsi berdasarkan matlamat penubuhannya, BPO sentiasa melaksanakan kajian perjawatan dan perskiman dengan memberi penekanan kepada usaha-usaha untuk memantap dan memperkemas struktur hierarki perkhidmatan sektor awam serta pengukuhan struktur organisasi. Hal ini adalah supaya organisasi sektor awam terus kekal kemas dan relevan seterusnya meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan selaras dengan saranan YAB Perdana Menteri iaitu “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” dan pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara (National Key Result Areas [NKRA]) serta Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicators [KPI]).

Dalam pada itu, peningkatan peruntukan dalam emolumen akan menyebabkan pengurangan peruntukan bagi sektor-sektor lain khususnya sektor pembangunan, secara tidak langsung akan memberi implikasi kepada pembangunan negara. Berikutan arahan Perbelanjaan Berhemat yang telah dikeluarkan melalui Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9 Tahun 2008, BPO sebagai custodian data perjawatan telah menggariskan beberapa tindakan bagi mengawal saiz perkhidmatan awam. Antaranya adalah mengawal pewujudan jawatan dengan memberi tumpuan kepada sektor-sektor kritikal seperti pendidikan, kesihatan, keselamatan dan agensi yang menjana hasil negara serta pemansuhan jawatan-jawatan jumud yang tiada penyandang.

bersambung di halaman 3...

Y.Bhg Datuk farida bt. Mohd. AliPengarah

Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam

DJabatan Perkhidmatan Awam merupakan agensi pusat yang bertanggungjawab untuk memastikan perkhidmatan awam bergerak maju ke arah merealisasikan hasrat Kerajaan untuk mencapai Wawasan 2020.

Page 2: hrmis membantu membentuk perjawatan sektor awam dengan efektif

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh dan salam bahagia kepada seluruh pembaca Buletin HRMIS.

Sekali lagi kita bertemu melalui Buletin HRMIS Bil. 3/2010 yang merupakan edisi akhir bagi tahun ini. Bagi mengakhiri lembaran, edisi kali ini memaparkan hasrat Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam untuk turut mengambi l pe luang dar i faedah pelaksanaan HRMIS, iaitu kesediaan maklumat jawatan dari Modul ED dan kemudahan penjanaan maklumat menerusi EIS. Semoga pandangan yang diutarakan akan menyuntik semangat peneraju-peneraju HRMIS khasnya dan penjawat-penjawat awam amnya dalam memastikan kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan HRMIS.

Seperti edisi-edisi sebelumnya, Buletin terus memaparkan beberapa peristiwa yang berlaku sepanjang tempoh fasa ketiga tahun ini. Di antaranya adalah Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu HRMIS Bil. 2/2010, Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Bil. 2/2010 di peringkat Pusat, Dialog HRMIS Bil. 2/2010 serta Makmal Penamatan Perkhidmatan. Kita semua maklum dengan cabaran-cabaran yang berterusan yang dihadapi untuk menjayakan pelaksanaan penuh HRMIS, justeru program-program yang dijalankan adalah sebagai close monitoring dalam memastikan keperluan-keperluan dari aspek infrastruktur, prosedur, keperluan kompetensi, budaya dan dasar pengurusan sumber manusia.

Tidak ketinggalan di dalam Buletin ini turut dimuatkan satu artikel mengenai pengayaan maklumat HRMIS melalui Sistem Maklumat Eksekutif (EIS).

Akhir kata diharapkan Buletin HRMIS ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca.

TUAN HAJI KAMARUDIN BIN TAHIRPENGARAHBAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT JPA

Sekapur Sirih

Intro

Assalamualaikum.

En. Kamarudin,

S a y a m e r u p a k a n p e g a w a i s e d a n g c u t i b e l a j a r d i b a w a h t a j a a n H L P 2 0 1 0 d i U S A . S a y a i n g i n m e n g u c a p k a n t e r i m a k a s i h d a n t a h n i a h k e p a d a p i h a k J PA k e r a n a t e l a h b e r j a y a m e l a k s a n a k a n H R M I S s e h i n g g a k e p e r i n g k a t i n i . S a y a b e r a s a a m a t s e n a n g h a t i d a n g e m b i r a k e r a n a d a p a t m e n j a l a n k a n a k t i v i t i H R M I S w a l a u p u n s e d a n g b e r a d a d i U S A . K e r j a m e n g e m a s k i n i m a k l u m a t y a n g b e r k a i t a n d e n g a n H R M I S t e r u t a m a p e n i l a i a n p r e s t a s i t a h u n 2 0 1 0 d a p a t d i l a k u k a n d e n g a n j a y a n y a t a n p a s e b a r a n g m a s a l a h d i s i n i . K a p a s i t i k e m u d a h a n I n t e r n e t d i s i n i a d a l a h s e b e s a r 1 0 M b p s m e n g g u n a k a n b r o a d b a n d d i r u m a h m e m b a n t u a k s e s t e r h a d a p H R M I S t a n p a s e b a r a n g m a s a l a h k e l e w a t a n (slow).

S a y a b e r h a r a p H R M I S a k a n t e r u s d i j a y a k a n d a n J P A d a p a t m e m b e r i k a n l e b i h b a n y a k p e r k h i d m a t a n k e p a d a p e g a w a i - p e g a w a i p e r k h i d m a t a n a w a m t i d a k k i r a

HRMIS Membantu Membentuk Perjawatan Sektor Awam Dengan Efektif

1

Sekapur Sirih 2Mesyuarat JawatankuasaPemandu HRMIS Bil. 2/2010 4-5

Mesyuarat JawatankuasaPelaksanaan HRMIS Bil. 2/2010

6-7

Dialog HRMIS Bil. 2/2010 8-9LNPT Online 10-11Sistem Maklumat Eksekutif/Executive Information System (EIS) – Menambah baik ProsesPembuatan Keputusan

12-13

Trend Bilangan Pengguna,Log-in, dan Transaksi HRMIS Bagi Kementerian dan PSUK

14

FAQ 15Tahukah AndaSidang Redaksi 16

Kandungan

d i m a n a d a n b a g a i m a n a ( a n y w h e r e a n d a n y w a y ) m e r e k a m e n g a k s e s n y a . B e b e r a p a a s p e k b e r k e n a a n k e s e l a m a t a n d a n s k r i n p e n g g u n a / r e k a b e n t u k s k r i n ( U s e r I n t e r f a c e ( U I ) o r s c r e e n d e s i g n ) p e r l u d i p e r b a i k i d a r i s e m a s a k e s e m a s a s e r t a p r e s t a s i s e d i a a d a d a p a t d i k e k a l k a n b a g i m e m a s t i k a n HRMIS terus relevan dalam perkhidmatan awam.

Sekian, Tahniah!

Adi Azlan Mohd AliMaster in Telecommunication and Network Management 2012Syaracuse UniversityNew York, USA.

2 Buletin

Penghargaan Daripada Pengguna HRMIS

Page 3: hrmis membantu membentuk perjawatan sektor awam dengan efektif

3Buletin

Sambungan

...sambungan dari halaman pertamaBPO juga secara berterusan melaksanakan program, aktiviti dan tindakan pembangunan keupayaan ke arah memastikan jumlah perkhidmatan awam yang bersesuaian dengan jumlah penduduk. Antara program utama ialah pemantauan trend pewujudan jawatan yang bertujuan untuk mengkaji pewujudan jawatan dalam perkhidmatan awam dari semasa ke semasa bagi memastikan saiz perkhidmatan yang optimum.

Melalui hasrat Kerajaan bagi menerapkan budaya ICT dan inovasi, pelaksanaan HRMIS dilihat sebagai satu langkah memudahkan lagi pengurusan sumber manusia sektor awam. Dengan usaha ini, BPO telah terlibat secara langsung sebagai pemilik proses bagi empat (4) modul/submodul HRMIS yang berkaitan dengan perjawatan iaitu:

• DataPerjawatan(EstablishmentData[ED]),• PembangunanOrganisasi(Organisation Development [OD]),• PenilaianPenggunaanSumberManusia (Assessment Utilisation of Manpower [AUM]); dan• NormaPerjawatan(PositionsNorms[PN]).

Dalam melaksanakan fungsi BPO, tidak dinafikan ICT banyak menyumbang ke arah peningkatan keberkesanan penyampaian perkhidmatan khasnya dalam pelaksanaan kajian perjawatan dan perskiman. Sistem aplikasi yang digunakan ialah MyPost yang berfungsi merekod dan meverifikasikan data perjawatan melalui waran perjawatan yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan Malaysia. Sistem aplikasi tersebut telah dapat membantu BPO dalam menganalisis data, mengkaji dan memantau perjawatan di sektor awam.

Dalam konteks HRMIS, Modul ED telah menampung keperluan MyPost. Bagi memastikan data perjawatan HRMIS melalui Modul ED ini tepat dan selaras dengan Waran Perjawatan, Jawatankuasa Pemandu HRMIS telah bersetuju untuk menjadikan MyPost sebagai rujukan dalam pengemaskinian maklumat perjawatan melalui aplikasi HRMIS untuk semua Kementerian dan menjadikannya sebagai KPI bagi 32 Pegawai Pengurusan Tertinggi Sektor Awam.

Apabila data perjawatan di dalam HRMIS lengkap dan sejajar dengan waran perjawatan di MyPost, maka Submodul OD yang melibatkan proses penyediaan, penyemakan, perakuan dan kelulusan cadangan perjawatan dapat dilaksanakan. Pelaksanaan sepenuhnya submodul ini bermakna segala bentuk permohonan perjawatan yang melibatkan penstrukturan semula, pengukuhan perjawatan dan penubuhan agensi baru dapat dilakukan secara dalam talian.

Dalam memastikan agensi sektor awam mempunyai struktur organisasi dan skim perkhidmatan yang sesuai

dan mantap, naziran perjawatan dilaksanakan oleh BPO. Ini adalah bertujuan untuk mengkaji keperluan dan tahap penggunaan optimum sumber manusia di samping memastikan pematuhan agensi terhadap penggunaan sumber manusia selaras dengan struktur organisasi, fungsi dan perjawatan yang diluluskan. Dalam konteks ini, pelaksanaan Submodul AUM yang berfungsi merekod maklumat naziran perjawatan akan dapat membantu dan memudahkan lagi proses merancang, melaksana dan memantau aktiviti naziran perjawatan.

Bagi memastikan sebuah agensi awam berfungsi dengan berkesan dan mempunyai perjawatan dan struktur organisasi yang seimbang dengan saiz dan peranan, BPO akan menjadikan norma perjawatan yang diwujudkan hasil dari penyelidikan dan kajian perjawatan berpandukan kepada kriteria, dasar kerajaan dan perkembangan semasa sebagai salah satu kriteria dalam menentukan perjawatan yang sesuai bagi satu-satu agensi. Melalui HRMIS, Submodul PN menampung keperluan mengurus penyediaan norma perjawatan sebagai salah satu asas penentuan perjawatan dan struktur organisasi yang diperlukan agensi di mana berkenaan.

HRMIS sebagai enabler dalam proses pengurusan sumber manusia sektor awam dilihat sebagai satu Pangkalan Data Nasional Pengurusan Sumber Manusia yang menjadi rujukan dalam sesuatu urusan dan kajian perancangan dan pembangunan sektor awam.

Pelaksanaan modul/submodul HRMIS berkaitan perjawatan sentiasa membantu BPO dalam melaksanakan kajian perjawatan dan perskiman khususnya melalui Sistem Maklumat Eksekutif (EIS), HRMIS yang membantu dalam menjana maklumat perjawatan dan pengisian sektor awam.

Dalam konteks BPO amnya dan JPA khasnya HRMIS bukan sahaja sebagai sumber rekod dan maklumat semata-mata namun ianya menjadi satu medan dan wacana berpusatnya data sektor awam yang merangkumi data perjawatan, penyandang (pengisian), penempatan, agensi, fungsi, struktur, hierarki perjawatan, maklumat Skim Perkhidmatan dan taburan perjawatan serta penjawat awam di serata agensi awam. Keseluruhan data melalui modul-modul HRMIS ini pada dasarnya menjadi rujukan utama dalam melaksanakan kajian perjawatan, dasar perjawatan dan kajian perskiman dan seterusnya menjadi medan rujukan dalam perancangan dasar dan pembangunan sektor awam.

Secara keseluruhannya, BPO menyambut baik pelaksanaan HRMIS di seluruh 722 agensi awam, yang mana ianya sejajar dengan saranan kerajaan dalam menjadikan perkhidmatan awam lebih efektif dan inovatif berteraskan pembudayaan ICT ke arah menjayakan Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Page 4: hrmis membantu membentuk perjawatan sektor awam dengan efektif

4 Buletin

Mesyuarat ini yang diadakan pada 3 September 2010 (Jumaat), bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) telah dipengerusikan oleh Y.Bhg Dato’ Dr. Ismail bin Alias, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi).

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Ketua Pengarah/Ketua Jabatan yang terlibat dalam menjadikan pelaksanaan HRMIS sebagai ukuran prestasi (KPI) Ketua Jabatan serta wakil unit HRMIS Kementerian dan Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri.

Di antara perkara yang telah dibentangkan pada mesyuarat kali ini adalah mengenai status pelaksanaan HRMIS di agensi-agensi. Y.Bhg Dato’ Pengerusi turut menegaskan kepentingan maklumat yang dapat dijana melalui Sistem Maklumat Eksekutif (EIS). Ia dapat membantu Ketua Setiausaha Kementerian dan Setiausaha Kerajaan Negeri dalam pembuatan keputusan berhubung pengurusan sumber manusia.Justeru pelaksanaan HRMIS sepenuhnya oleh segenap sektor awam amat signifikan bagi mencapai faedah sebenar dari pelaksanaan HRMIS.

Di mesyuarat ini juga turut dibentangkan kertas-kertas pemakluman seperti berikut:

• PermohonanPengecualian Penamatan Perkhidmatan Melalui Sistem HRMIS; dan

• PindaanKPIHRMIS2010.

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu HRMIS Bil. 2/2010

Berita Semasa

Page 5: hrmis membantu membentuk perjawatan sektor awam dengan efektif

Berita Semasa

Sekitar Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu

HRMIS Bil. 2/2010

5Buletin

Page 6: hrmis membantu membentuk perjawatan sektor awam dengan efektif

6 Buletin

Berita Semasa

Mesyuarat ini telah diadakan pada 21 Oktober 2010, bertempat di JPA, Putrajaya. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg Dato’ Dr. Ismail bin Alias, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), ini antara lain adalah untuk menimbang dan meluluskan garis panduan pelaksanaan HRMIS, memantau peluasan pelaksanaan HRMIS, melaksanakan cadangan perubahan bagi bidang-bidang penyesuaian tugas, struktur organisasi, prosedur, latihan, mindset dan kompetensi.

Pada sesi mesyuarat kali ini, antara isu yang telah diutarakan adalah keperluan talian EG*Net di Pejabat Pendidikan Daerah untuk kegunaan sekolah-sekolah. Selain itu isu-isu yang timbul dalam pelaksanaan Submodul Perisytiharan Harta, keperluan pengesahan maklumat peribadi oleh Jabatan Pendaftaran Negara telah turut dibincangkan.

Berita Semasa

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan HRMIS

Bil. 2/2010

Page 7: hrmis membantu membentuk perjawatan sektor awam dengan efektif

7Buletin

Berita SemasaBerita Semasa

Sekitar MeSyuarat JawatankuaSa PelakSanaan HrMiS BIl. 2/2010

Page 8: hrmis membantu membentuk perjawatan sektor awam dengan efektif

8 Buletin

Berita Semasa

Dialog HRMIS Bil. 2/2010telah diadakan pada 8 November 2010 di Hotel Royale Bintang, Seremban. Dialog HRMIS pada kali ini melibatkan Unit-unit HRMIS dari 15 buah jabatan dan 9 buah kementerian yang berkaitan sebagaimana berikut:

The world is three days: As for yesterday, it has vanished. As for tomorrow, you may never see it. As for today, it is yours, so work on it.

- Hassan al-Basri

JABATAN KEMENTERIAN

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani

Jabatan Pertanian Kementerian Sumber Manusia

Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Jabatan Bomba Dan Penyelamat Kementerian Dalam Negeri

Jabatan Imigresen Kementerian Kewangan

Jabatan Pendaftaran NegaraKementerian Pembangunan Wanita,

Keluarga Dan Masyarakat

Jabatan Penjara Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan

Jabatan Kastam Diraja Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar

Jabatan Kebajikan Masyarakat Kementerian Pengangkutan

Jabatan Penerangan

Perpustakaan Negara

Jabatan Pengairan Dan Saliran

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan)

Jabatan Ukur Dan Pemetaan

Jabatan Pengangkutan Jalan

YBhg. Dato’ Dr. Ismail bin Alias, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) telah merasmikan Sesi Dialog HRMIS Bil. 2/2010 ini.

Hasil perbincangan di Dialog HRMIS ini diharapkan dapat membantu menyelesaikan masalah bagi memastikan

kelancaran pelaksanaan HRMIS di peringkat lebih bawah iaitu di jabatan-jabatan. Selain itu, semua Unit HRMIS yang terlibat dalam mesyuarat kerja ini diharap dapat bertukar-tukar pendapat dan strategi melaksanakan HRMIS di agensi masing-masing.

Mutiara Kata

Page 9: hrmis membantu membentuk perjawatan sektor awam dengan efektif

9Buletin

Berita SemasaBerita Semasa

Page 10: hrmis membantu membentuk perjawatan sektor awam dengan efektif

10 Buletin

Berita Semasa

hrmiseg*net

hrmisinternet

lnpt online sistem lnpt online•http://www.eghrmis.gov.my•http://www.jpa.gov.my

Borang lnpt softcopy•http://www.eghrmis.gov.my

Hrmis internethttps://internet.eghrmis.gov.my

Hrmis eg*nethttps://hrmis.eghrmis.gov.my

Satu sesi taklimat memaklumkan kaedah pelaksanaan pengurusan prestasi ini telah diberi kepada wakil-wakil Kementerian dan PSUK iaitu dari pengurusan sumber manusia dan juga Unit HRMIS Kementerian dan PSUK pada 3 Disember 2010 di Hotel Palm Garden, Putrajaya.

JPA kini telah memutuskan bahawa

pelaksanaan sepenuhnya

pengurusan prestasi secara

online bermula pada 15 Disember 2010.

Ini berikutan kemudahan capaian kepada

Submodul LNPT HRMIS bukan setakat melalui

EG*Net tetapi juga melalui internet. Malah

kemudahan pelaksanaan pengurusan prestasi

ini telah juga disediakan kepada mereka yang

masih belum dapat menggunakan HRMIS.

Sistem LNPT online turut dibangunkan bagi

kemudahan ini dan juga turut diberikan

kemudahan untuk memuat turun borang

LNPT.

Sehubungan dengan itu pengurusan prestasi

secara online kini boleh dicapai di URL seperti

berikut:

capaian aplikasi Bagi pelaksanaan lnpt

lnptonline

Page 11: hrmis membantu membentuk perjawatan sektor awam dengan efektif

11Buletin

Berita Semasa

Sekitar Taklimat Pelaksanaan lnPT HRMIS

Page 12: hrmis membantu membentuk perjawatan sektor awam dengan efektif

12 Buletin

Berita SemasaRencana

Sistem Maklumat EksekutifExecutive Information System (EIS)Menambah baik proses pembuatan keputusan

Disediakan: Intan Nazira bt. Mohd Idris

Sistem Maklumat Eksekutif (EIS) merupakan satu sistem maklumat pengurusan yang dapat memudahkan dan menyokong keperluan kepada maklumat untuk pembuatan keputusan

eksekutif. Bantuan ini membolehkan capaian yang mudah kepada maklumat-maklumat yang relevan dalam pembuatan keputusan strategik.

Fungsi utama EIS ialah penyediaan laporan sama ada untuk dianalisis atau dibuat perbandingan. Manakala ciri utama EIS ialah ia boleh digunakan secara dinamik di mana data boleh diolah dengan mudah dari pelbagai dimensi atau dengan kriteria yang ditentukan oleh pengguna. Selain daripada itu, melalui EIS juga, sesuatu maklumat dapat dipersembahkan dalam laporan yang mempunyai pelbagai format dan ia juga dapat memperincikan maklumat dengan kaedah drill-down.

Penggunaan EIS di dalam HRMIS banyak membantu dari segi penjanaan laporan dalam masa yang singkat. Sejarah membuktikan bahawa mulai tahun 1990 hingga 2000, pengumpulan maklumat perjawatan dan pengisian di sektor awam adalah melalui Sistem SISPEN. Maklumat di dalam SISPEN hanya dikemas kini pada setiap 6 bulan sekali. Ini menyebabkan data adalah tidak kemas kini malah penjanaan laporan secara adhoc memerlukan masa yang panjang. Apabila HRMIS diperkenalkan mulai tahun 2000, pangkalan data adalah secara berpusat dan ini memudahkan pemantauan oleh agensi pusat ke atas maklumat-maklumat perjawatan, pengisian dan juga kekosongan serta lain-lain. Walau bagaimanapun, penjanaan laporan secara adhoc masih mengambil masa yang panjang kerana laporan hanya dapat dikeluarkan melalui penggunaan SQL Script.

Pada tahun 2007, EIS mula diperkenalkan untuk membolehkan maklumat-maklumat yang ada di dalam HRMIS diguna dengan lebih berkesan. Pada peringkat awal, EIS untuk HRMIS menggunakan tool Cognos Power Play untuk mengeluarkan laporan-laporan

yang diperlukan. Kemudiannya pada 1 Mac 2008 tool Proclarity Desktop Profesional diperkenalkan dengan ciri-ciri yang lebih lancar dan penggunaan yang lebih mesra pengguna.

Sistem ini berkeupayaan mengeluarkan pelbagai laporan yang dikehendaki dalam masa yang singkat. Kesemua laporan adalah merangkumi maklumat-maklumat yang terdapat di dalam HRMIS. Sistem ini telah banyak membantu mengeluarkan laporan yang dikehendaki secara adhoc dan dengan pelbagai format. Dalam tempoh Januari hingga 30 September 2010, sebanyak 24,102 laporan telah dikeluarkan, termasuklah laporan-laporan berkenaan maklumat rekod peribadi, profil perkhidmatan, dan maklumat-maklumat lain yang menjadi input untuk mesyuarat-mesyuarat utama yang memerlukan maklumat dalam masa yang singkat untuk membantu pembuatan keputusan. Turut disediakan adalah laporan yang diperlukan oleh 722 agensi sektor awam mengikut kehendak dan keperluan setiap agensi, dan juga laporan untuk menjawab soalan yang dibangkitkan di Parlimen, sebagai contohnya butiran terperinci anggota perkhidmatan awam dari segi maklumat bangsa, etnik dan sebagainya.

Bagi memenuhi keperluan maklumat sumber manusia sektor awam ini, sebanyak 1412 pengukuran dengan 302 dimensi atau perspektif maklumat telah dibangunkan yang melibatkan 71 kiub atau secara teknikal disebut sebagai multidimensional database. Melalui kemudahan ini para pengurus sumber manusia dan pengurusan atasan agensi tidak lagi menghadapi masalah untuk mendapatkan maklumat sumber manusia apabila diperlukan. Ini bukan sahaja dapat membantu keputusan dibuat dengan berkesan berdasarkan fakta sebenar tetapi yang lebih penting tindakan segera dapat diambil.

Dua carta di bawah adalah sebagai contoh maklumat dalam HRMIS yang diperoleh melalui EIS.

Page 13: hrmis membantu membentuk perjawatan sektor awam dengan efektif

13Buletin

Berita SemasaRencana

3.39%0.83%

Ahad

Isnin

Selasa

Rabu

Khamis

Jumaat

Sabtu

Contoh maklumat yang dikeluarkan melalui EIS:Peratus CO Bercuti Mengikut Hari Bagi Tahun 2010 (Cuti Sakit Swasta):

Peratus CO Mengambil Cuti Sakit Swasta Mengikut Tempoh Perkhidmatan

Rujukan:

“HRMIS – Transformasi Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam Malaysia Abad ke-21”, Mei 2009, Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia

Page 14: hrmis membantu membentuk perjawatan sektor awam dengan efektif

Only those who can see the invisible can accomplish the impossible.

Patrick Snow, Author of ‘Creating Your Own Destiny’

21,645 16,010 50,742137,789 326,683 435,838138,749 180,206

1,140,435

3,370,900

13,729,250

21,319,434

117,975 179,061595,222

1,616,060

5,097,929

9,759,604

0

5,000,000

10,000,000

15,000,000

20,000,000

25,000,000

2005 2006 2007 2008 2009 2010

Bil

. R

ek

od

Tahun

BIL. PENGGUNA HRMIS

BIL. TRANSAKSI HRMIS

BIL. LOGIN HRMIS

11,675 7,611 26,716 104,859280,232 363,500137,433 189,183

1,191,603

3,986,592

8,327,483

7,641,766

42,804 62,352 253,293 1,021,803

3,606,516

5,949,763

0

1,000,000

2,000,000

3,000,000

4,000,000

5,000,000

6,000,000

7,000,000

8,000,000

9,000,000

2005 2006 2007 2008 2009 2010 (JAN 2010 -2/11/2010)

Tahun

BIL. PENGGUNA HRMIS

BIL. TRANSAKSI HRMIS

BIL. LOGIN HRMIS

Bil

. R

ek

od

TREND BILANGAN PENGGUNA, LOG IN DAN TRANSAKSI HRMIS BAGI KEMENTERIAN DAN

PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERISEHINGGA

2 NOVEMBER 2010 (TERKUMPUL)

TREND BILANGAN PENGGUNA, LOG IN DAN TRANSAKSI HRMIS BAGI KEMENTERIAN DAN

PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI SEHINGGA

2 NOVEMBER 2010 (MENGIKUT TAHUN)

Status

14 Buletin

Page 15: hrmis membantu membentuk perjawatan sektor awam dengan efektif

15Buletin

FAQ

15Buletin

Pelaksanaan Submodul LNPT menyebabkan kesukaran ketika latihan diberi kepada CO kerana sebelum ini SKT secara manual tidak memerlukan KPI. Bagaimanapun dalam HRMIS setiap projek/aktiviti memerlukan sekurang-kurangnya satu KPI.

Jawapan:

Agensi boleh merujuk kepada contoh pengisian sasaran kerja tahunan dan laporan pencapaian yang terdapat di dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2009 iaitu Pemantapan Pengurusan Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam bertarikh 6 Mac 2009.

Terdapat kesukaran bagi CO melupuskan harta (bagi harta yang telah diisytiharkan secara manual sebelum HRMIS diperkenalkan).

Jawapan:

Jika CO hendak melupuskan harta yang diisytiharkan CO perlu isytihar dahulu harta tersebut dalam HRMIS kerana maklumat bagi harta tersebut belum dimasukkan ke dalam HRMIS. Setelah harta tersebut diambil maklum, CO bolehlah membuat pelupusan harta melalui HRMIS.

Bagi pegawai yang telah mengisytiharkan harta secara manual, maklumat tarikh mula atau tarikh tamat bayar dan bayaran ansuran bulanan tidak dicatatkan / disertakan. Sukar untuk memasukkan maklumat melalui data sejarah.

Jawapan:

Maklumat yang diperlukan untuk dimasukkan melalui data sejarah adalah 3 perkara sahaja iaitu tarikh diambil maklum, no. rujukan dan tarikh surat pemakluman dikeluarkan.Pegawai adalah digalakkan mengisytiharkan harta melalui HRMIS dari semasa ke semasa.

Page 16: hrmis membantu membentuk perjawatan sektor awam dengan efektif

Sumbangan & Maklum Balas

Info

Bahan/ Peralatan Yang Perlu Dibawa• Dokumen-dokumenberkaitanuntuk rujukankes• Notebook

Pegawai Untuk Dihubungi

Urusan tempahan dan sebarang kemusykilan bolehlah dikemukakan melalui e-mel kepada:

1. Cik Wan Fazidatul Eza binti Wan Hussein E-mel: [email protected] 2. Cik Siti Azura binti Khairruddin E-mel: [email protected]

TAHUKAH ANDA...

MAKMAL MODUL PENAMATAN PERKHIDMATAN HRMIS

Kemudahan makmal disediakan bagi membantu agensi melaksanakan proses penamatan perkhidmatan melalui submodul Penamatan Perkhidmatan di dalam HRMIS. Makmal ini disediakan secara berjadual bagi memenuhi permintaan agensi yang menghadapi kesukaran mengakses capaian ke HRMIS. Keutamaan diberi kepada agensi yang mempunyai bakal pesara yang ramai. Makmal ini diadakan di Bahagian Pengurusan Maklumat JPA, Cyberjaya.

Bagi melaksanakan proses penamatan perkhidmatan ini di makmal yang disediakan agensi hendaklah terlebih dahulu memastikan maklumat data asas dan data-data kritikal pemilik kompetensi tersedia, betul dan kemas kini. Kes persaraan yang dibawa ini mestilah telah lengkap untuk melaksanakan proses penamatan perkhidmatan.

Sidang RedaksiPenaung YBhg Tan Sri Ismail Adam Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

Malaysia

Penasihat YBhg Dato’ Dr. Ismail bin Alias Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi)

Ketua Editor Tn. Hj. Kamarudin bin Tahir Pengarah Bahagian Pengurusan Maklumat

Pasukan Editorial En. Hairul Rashidan bin Md Rashid En. Mohd Yusuf bin Chek Mat En. Ab. Razak bin Safii En. Muhamad Sade bin Mohamad Amin En. Mohd Sahar bin Mohd Noor En. Sarpin bin Nawawi En. Yaacob bin Yusof En. Mohd Hazli bin Ahmad @ Adnan Pn. Mazni bt Ahmad Cik Rosnani bt Saion Pn. Marina bt Said En. Hasim bin Zainal Abidin

Penasihat Teknikal En. Shukri bin Hamat En. Abdul Hamid bin Ahmad

Jurugambar Cik Ayu Salmee bt Salamon Cik Maya Azren bt Nathan En. Mohd. Fairuznizam bin Nor Razali

Pengurusan dan Pn. Fairuz Eliza bt Mohamed NorawiEdaran Cik Syarifah Haiza Farhana bt Sayed

Kamar

Penerbitan Bahagian Pengurusan Maklumat, Jabatan Perkhidmatan Awam

Percetakan Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB)

Buletin HRMIS akan menjadi saluran komunikasi dua hala yang lebih berkesan dengan penglibatan yang aktif dari para pembaca. Sumbangan anda sangatlah dialu-alukan. Sama ada anda memberikan buah fikiran, pandangan, cadangan atau pertanyaan, penulisan anda hendaklah tidak melebihi 2000 patah perkataan dan ia berkaitan dengan pengurusan sumber manusia. Segala sumbangan hendaklah dialamatkan kepada:

Bahagian Pengurusan Maklumat,Jabatan Perkhidmatan Awam,

Bangunan MKN-Embassy Techzone,Blok A, No. 3200, Jalan Teknokrat 2,

63000 Cyberjaya, Sepang,Selangor Darul Ehsan.

E-mel: [email protected]