Hsa 3033 asia tenggara abad ke-19-siap

30
HSA 3033: ASIA TENGGARA ABAD KE-19 TUGASAN KUMPULAN SOALAN 4: IMPERIALISME, KOLONIALISME DAN MERKANTALISME MULA AKTIF SEJAK ABAD KE-14. BERIKAN TAKRIF DAN SETAKAT MANAKAH DASAR TERSEBUT BERJAYA MENGUBAH SISTEM POLITIK DI NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA. NAMA NO MATRIK MARY LEONIE ANAK PETER D20111048410 AMELIANA ANAK GERUKA D20111048602 AGATA ANAK DAIM D20111048470 NOR ANATIF BT ABD AZIZ D20091035668 MASA KULIAH : SELASA (2.00-4.00 PETANG) SEMESTER : 4 1

description

kump pnya!

Transcript of Hsa 3033 asia tenggara abad ke-19-siap

Page 1: Hsa 3033 asia tenggara abad ke-19-siap

HSA 3033: ASIA TENGGARA ABAD KE-19

TUGASAN KUMPULAN SOALAN 4:

IMPERIALISME, KOLONIALISME DAN MERKANTALISME MULA AKTIF SEJAK ABAD KE-14. BERIKAN TAKRIF DAN SETAKAT MANAKAH DASAR TERSEBUT BERJAYA MENGUBAH SISTEM

POLITIK DI NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA.

NAMA NO MATRIKMARY LEONIE ANAK

PETERD20111048410

AMELIANA ANAK GERUKA

D20111048602

AGATA ANAK DAIM D20111048470NOR ANATIF BT ABD

AZIZD20091035668

MASA KULIAH : SELASA (2.00-4.00 PETANG)

SEMESTER : 4

NAMA PENSYARAH : PN. RABAAH BT ABDULLAH

1

Page 2: Hsa 3033 asia tenggara abad ke-19-siap

1.0 PENGENALAN

Asia Tenggara merupakan kawasan yang luas yang terbahagi kepada dua kawasan iaitu

kawasan Tanah Besar dan Kepulauan Asia Tenggara. Antara kerajaan awal yang muncul di

kawasan Tanah Besar seperti kerajaan Funan, Angkor, Sukhotai dan Ayuthia manakala

kerajaan awal di kawasan Kepulauan pula seperti kerajaan Srivijaya, Majapahit, Langkasuka,

Kedah Tua dan Mataram. Dalam istilah moden, Asia Tenggara terdiri daripada wilayah-wilayah

terletak disebelah selatan negeri India dan timur negeri China yang merangkumi Vietnam,

Kemboja, Laos, Negeri Thai, Burma, Tanah Melayu, Singapura, Indonesia, Timur wilayah milik

Portugis dan Filipina.1

Sebelum kedatangan Barat, kebanyakan negara di Asia Tenggara mengamalkan sistem

pemerintahan sistem beraja yang mana raja sebagai ketua kerajaan. Misalnya di Burma (Dinasti

Konbaung) dan Siam (Dinasti Chakri). Namun, selepas kedatangan penjajahan Barat, semuanya

berubah mengikut kehendak dan keperluan Barat setelah dasar imperialisme, kolonialisme dan

merkantilisme menjadi di negara Asia Tenggara. Hal ini bermula dengan kedatangan orang

Portugis ke Tanah Melayu (Melaka) pada 1511 untuk kepentingan perdagangan. Dengan itu,

maka munculnya kuasa Barat lain, Perancis, Belanda, Britain dan Sepanyol datang menguasai

negara di Asia Tenggara yang kaya dengan hasil buminya.

Faktor kedatangan penjajah ke Asia Tenggara berdasarkan teori perkembangan keadaan

di Eropah. Seiringan dengan itu, terdapat tiga faktor utama yang mendorong penjelajahan dan

penjajahan ke Asia Tenggara, antaranya ialah peranan ahli politik, pandangan orang awam

Eropah dan keperluan perdagangan negara-negara Eropah. Peranan politik ini merujuk kepada

Putera Henry yang menggalakkan rakyatnya menjelajah ke luar Eropah bagi aktiviti

perdagangan. Pandangan orang awam ini merujuk kepada sebilangan orang Perancis

bertanggungjawab menyebarkan tamadun mereka kerana mereka merasakan tamadun mereka

yang teragung dan harus menjadi ikutan tamadun lain. Begitu juga peranan mubaligh Kristian

untuk menyebarkan agama Kristian dalam kalangan penduduk luar. Seterusnya, berlaku

1 John Bastin dan Harry J. Benda. 1977. Sejarah Asia Tenggara Moden: Penjajahan Nasionalisma dan Kebijajahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 20.

2

Page 3: Hsa 3033 asia tenggara abad ke-19-siap

keperluan perdagangan negara-negara berikutan berlakunya perkembangan Revolusi

Perindustrian pada abad 17 disebabkan perkembangan industri tekstil.2

2.0 KONSEP

2.1 Imperialisme

Menurut Nadel dan Perry Curtis, imperialisme merupakan perkembangan kuasa atau

kawalan, sama ada secara langsung atau tidak, politik atau ekonomi, oleh sesuatu kerajaan,

bangsa atau masyarakat ke atas bangsa atau masyarakat lain.3 Manakala menurut Profesor D.K

Fieldhouse, imperialisme merupakan satu kecenderungan sesuatu masyarakat atau pemerintahan

untuk mengawal masyarakat lain, biar apa pun cara dan tujuan tindakan itu.

Imperialisme terbahagi kepada dua, iaitu imperialisme lama dan imperialisme baru.

Imperialisme lama cuba menonjolkan sifat-sifat keunggulan (hegemony) oleh satu-satu bangsa

ke atas bangsa-bangsa lain. Empayar-empayar ini berupaya mengembangkan satu budaya dan

membentuk satu rupa bangsa di kalangan penduduk di bawah kawalannya. Menurut Hobson,

imperialisme Rom seperti imperialisme Eropah dibawah pemerintahan Charlemagne (Jerman),

Perancis semasa Napoleon mendukung cita-cita internasionalisme (antaranbangsa). Mereka cuba

mewujudkan satu persekutuan dan keperibadian yang sama bagi bangsa-bangsa atau negeri-

negeri di bawah keunggulan satu bangsa.

Sebaliknya, imperialisme baru tidak berteraskan cita-cita antarabangsa. Serangan dan

penindasan terhadap bangsa yang lemah menjadi kebiasaan dalam imperialisme ini. Hal ini yang

mencetuskan perasaan benci-membenci dalam kalangan rakyat jelata yang menyumbang kepada

kebangkitan pejuang nasionalisma yang mewujudkan peperangan. Dalam imperialisme ini,

berlaku juga persaingan dalam kalangan empayar. Selepas tahun 1870, imperialism baru berlaku

sepenuhnya. Contoh, Britain menyerang Burma dan berjaya menguasai Burma pada 1886.

2 Paul Kennedy. 1988. Kebangkitan dan Kejatuhan Kuasa-kuasa Besar: Perusahaan Ekonomi dan Konflik Ketenteraan dari tahun 1500 ke 2000. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 192.3 Cheah Boon Kheng dan Abu Talib Ahmad. 1990. Kolonialisme di Malaysia dan Negara-negara lain. Selangor: Fajar Bakti Sdn.Bhd. hlm 2.

3

Page 4: Hsa 3033 asia tenggara abad ke-19-siap

2.2 Kolonialisme

Kolonialisme merupakan sesuatu bangsa atau negeri mengembangkan kuasa atau pengaruhnya

melalui penghijrahan rakyatnya kepada sesuatu kawasan atau penjajahan baru di seberang laut.

Menurut Nadel dan Curtis, kolonialisme merujuk kepada aktiviti penindasan, penghinaan atau

eksploitasi orang-orang peribumi di tanah jajahan. Kolonialisme sering dikaitkan dengan aktiviti

untuk menerangkan imperialisme Barat di sesebuah empayar. Misalnya, Sepanyol menindas

golongan petani untuk bekerja lebih masa di Filipina.

2.3 Merkantilisme

Merkantilisme merupakan istilah yang berasal dari kata merchant yang membawa erti

perdagangan. Mengikut fahaman merkantilisme, sesebuah negara yang menginginkan kemajuan

haruslah melakukan kegiatan ekonomi yang berasaskan kepada aktiviti perdagangan yang mana

perdagangan tersebut hendaklah dilakukan dengan negara-negara yang lain. Berdasarkan kepada

dasar merkantilisme ini, sumber kekayaan sesebuah negara itu akan diperoleh melalui

perdagangan luar negeri yang kebanyakkannya diterima dalam bentuk emas dan perak. 4

Merkantilisme merupakan suatu sistem politik ekonomi yang sangat mementingkan

aktiviti perdagangan internasional dengan tujuan untuk memperbanyakkan modal serta aset yang

dimiliki oleh sesebuah negara. Dasar merkantilisme ini juga menggalakkan aktiviti eksport

tetapi mengurangkan atau menghadkan aktiviti import. Antara negara yang menggunakan serta

mengamalkan konsep atau dasar merkantilisme ini adalah Portugis, Sepanyol, Inggeris, Perancis

dan Belanda. Negara-negara ini kemudiannya telah memperluaskan tanah jajahan mereka

sekaligus membawa masuk pengaruh serta fahaman yang telah diguna pakai ke tanah jajahan

terutamanya ke negara-negara Asia Tenggara.

Dasar merkantilisme sangat kuat pengaruhnya sehingga pada abad ke-18, ideologi ini

telah berkembang menjadi politik ekonomi di negara-negara Eropah Barat khasnya dan

kemudiannya telah meresap masuk ke Asia Tenggara ekoran daripada perluasan kuasa. Dasar

merkantilisme ini bertujuan untuk melindungi perkembangan industri perdagangan disamping

melindungi kekayaan negara masing-masing. Hasil daripada pengamalan dasar merkantilisme

4 Heraeni Tanuatmodjo, Aristanti Widyaningsih, Bambang Widjajanta. 2002. Mengasah Kemampuan Ekonomi. Jakarta: Cv Citra Praya. hlm 54.

4

Page 5: Hsa 3033 asia tenggara abad ke-19-siap

ini, negara serta pemerintah iaitu individu yang merupakan penguasa ekonomi akan memperoleh

kekayaan yang banyak bagi membiayai negara mereka.

Antara cara yang digunakan dalam rangka memperkaya negara adalah dengan

menumpukan kekayaan berupa logam mulia iaitu emas dan perak. Mana-mana negara yang

banyak memiliki emas dan perak merupakan negara yang kaya dan mempunyai kemampuan

untuk memperluaskan serta memperkembangkan kekuatannya sehingga dapat memperkuat

armada perangnya.5 Negara-negara yang kaya ini juga sekaligus mengalami kemajuan

perdagangan khasnya yang mana melalui dasar merkantilisme ini, hasil produksi eksport

ditingkatkan, sebaliknya barang-barang import dihadkan dan dikenakan bayaran yang tinggi.

Melalui dasar mekantilisme juga, Revolusi perdagangan melalui campurtangan kerajaan

negara bangsa pada abad ke-16 dan abad ke-17 telah menggalakkan lagi pertumbuhan kekayaan

dalam negara bangsa. Selain itu, menerusi dasar ini, kerajaan berusaha untuk mewujudkan

sektor pertanian dan perindustrian yang produktif dan pasaran yang luas disamping mengadakan

dasar melindungi pelabur dan pedagang tempatan. Ratu Elizabeth merupakan antara pemerintah

yang mengamalkan konsep merkantilisme dengan memperkenalkan akta seperti akta perantis

1563, undang kemiskinan 1600 dan akta perkapalan 1650.6

3.0 SISTEM POLITIK DI NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA MENGIKUT

NEGARA PENJAJAH

3.1 PERANCIS DI INDOCHINA

Kampuchea merupakan sebuah negara Asia Tenggara yang bersempadan dengan Thailand di

bahagian barat, Vietnam di bahagian timur dan Teluk Siam di bahagian Selatan. Kampuchea

merupakan negara pengganti Kerajaan Khmer yang telah mengalami zaman kegemilangannya

pada abad ke-11 hingga abad ke-14. Agama utama yang diamalkan di Kampuchea ialah agama

Buddha Thevarada dan agama lain termasuklah agama Islam yang kebanyakkannya dianuti oleh

penduduk Cham serta animisme di kalangan kaum peribumi.7

5 Ulrich Duchrow. 1999. Mengubah Kapitalisme Dunia : Tinjauan Sej-alkitabiah Bagi Aksi Politis. Jakarta: Gunung Mulia. hlm 35.6 Teguh Suhono. 2008. Perkembangan Pemikiran Ekonomi. Jakarta: Cv Citra Praya. hlm 4. 7 Abu Talib Ahmad. 1991. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Pulau Piang: Universiti Sains Malaysia. hlm 51.

5

Page 6: Hsa 3033 asia tenggara abad ke-19-siap

Kemasukan pengaruh Perancis di Kampuchea boleh dilihat berdasarkan kepada

dua aspek penting. Aspek yang pertama adalah manfaat yang boleh diberikan oleh Perancis

kepada penduduk-penduduk tempatan dalam mengukuhkan kedudukan dan juga dalam usaha

untuk melepaskan diri daripada kongkongan kerajaan Siam dan Vietnam. Aspek yang kedua

pula ialah berkaitan dengan peranan penting yang dimainkan oleh individu-individu daripada

bangsa Perancis yang mana turut dikenali juga sebagai Imperialis.

Paderi Katolik Perancis telah mula datang ke Kampuchea pada tahun 1644 dan usaha-

usaha mereka mula menampakkan sedikit kejayaan pada pertengahan abad ke-19. Pada saat

Kampuchea sedang menghadapi ancaman dari Bangkok dan ekoran kebimbingan kedudukan

Raja Ang Duong tidak begitu kukuh pada ketika itu, maka baginda telah menyambut kedatangan

dua orang paderi daripada Perancis. Oleh yang demikian, Miche iaitu merupakan salah seorang

daripada paderi tersebut telah memberi jaminan untuk mendapatkan perlindungan politik

Perancis dan telah meminta Raja Ang Duong mengutus surat kepada raja Perancis ketika itu

Napoleon III.

Perutusan yang telah dihantar pada tahun 1853 menerima jawapan yang mengecewekan

Raja Ang Duong kerana Perancis pada ketika itu belum menunjukkan minat terhadap kerajaan

Kampuchea. Walau bagaimanapun, pada tahun 1862, Perancis mula berminat terhadap Phnom

Penh dan telah membuat satu perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Saigon. Melalui

perjanjian tersebut, Perancis telah berjaya mendapatkan tiga provinsi Vietnam di bahagia selatan

dan turut berjaya mendapatkan persetujuan Nguyen untuk melepaskan hak ketuanannya ke atas

Kapuchea. 8

Selepas kematian Raja Ang Duong pada tahun 1859, berlaku perebutan kuasa di antara

putera-putera Ang Duong. Hal ini telah memberi peluang yang luas kepada Perancis untuk

campur tangan dan menguasai sistem pentadbiran Kampuchea pada ketika itu. Walau

bagaimanapun pada tahun 1860, Ang Voley iaitu anak sulung Raja Ang Duong telah ditabalkan

sebagai Raja Norodom. Pada bulan Julai 1863, Lagrandiere telah mencadangkan kepada Raja

Norodom untuk menandatangani satu perjanjian perlindungan politik. Hal ini kerana Perancis

tidak menyenangi ketuanan Siam ke atas Kampuchea. Siam telah cuba untuk menggagalkan

perjanjian tersebut dengan memujuk Raja Norodom untuk mengakui kedudukannya sebagai di

8 Ibid. hlm: 53

6

Page 7: Hsa 3033 asia tenggara abad ke-19-siap

bawah naungan Bangkok. Ketika Raja Norodom dijemput ke Bangkok, pemergiannya telah

dihalang oleh Residen Perancis di Phnom Penh dan baginda telah diugut. Ekoran daripada

peristiwa tersebut, Raja Norodom bersetuju dan telah menandatangani perjanjian tersebut pada

bulan April 1864.9

Perancis telah mewujudkan dualisme dalam pentadbiran Kampuchea selepas tahun 1864

yang mana ia bertujuan untuk menjimatkan serta mengurangkan perbelanjaan dari segi

pengurusan ( Osborne, 1969: 219 ). Dasar ini masih mengekalkan jawatan para pembesar daerah

dan golongan bangsawan, namun fungsi mereka sahaja dihadkan iaitu hanya bertugas sebagai

pemungut cukai dan memastikan setiap rakyat menunaikan kewajipan kerah setiap tahun.

Perancis telah gagal melakukan perubahan di Kampuchea pada tahun 1885, namun telah berjaya

melakukan perubahan yang besar selepas tahun 1904.10

Pelaksanakan pentadbiran baru di Vietnam menyebabkan Perancis terpaksa

menggunakan penterjemah yang mana merupakan lepasan sekolah Katolik, bagi mengisi jawatan

pentadbiran di peringkat rendah ataupun di peringkat lebih tinggi. Pegawai-pegawai di peringkat

lebih tinggi terdiri daripada pegawai tentera Perancis. Hal ini bertujuan untuk memudahkan

urusan pentadbiran. Pada peringkat awal kebolehan berbahasa Vietnam telah dijadikan syarat

perkhidmatan tetapi syarat ini telah diketepikan dan mereka terus bergantung kepada usaha

menambahkan golongan penterjemah yang amat dibenci oleh rakyat. Pada tahun 1880 sebuah

Majlis Tempatan dan Majlis Kolonial telah diperkenalkan tetapi penubuhannya hanya bertujuan

untuk mempertahankan kepentingan orang Perancis di Vietnam yang juga dikenali sebagai

colon.11 Namun begitu, pentadbiran Perancis pada peringkat awal di Vietnam khususnya di

Cochin-China menghadapi masalah kerana tidak disenangi oleh penduduk Vietnam.12 Bonard

yang merupakan Gabenor Perancis di Vietnam pada ketika itu pula tidak dapat menyelesaikan

masalah ini dan Admiral La Grandiere telah dilantik sebagai gabenor yang baru bagi

menggantikan Bonard. Namun. beliau juga menghadapi masalah yang sama kerana tidak

mendapat kerjasama daripada pegawai tempatan dan para sarjana.13

9 Abu Talib Ahmad. 1989. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. hlm 54.10 Ibid. hlm 107.11 Ibid. hlm 78-79.12 Ibid. hlm 81.13 Yusoff Iskandar dan Khalil Yusoff. 1979. Diskusi Sejarah. hlm 260.

7

Page 8: Hsa 3033 asia tenggara abad ke-19-siap

Dengan itu, untuk menjalankan pentadbiran dengan lancar pihak Perancis telah

menggunakan dasar asimilasi dan dasar asosiasi. Dasar asimilasi bermakna usaha untuk

memperanciskan rakyat yang dijajah dari segi bahasa, adat dan idealisme. Namun, dasar ini

kurang berhasil, umpamanya dalam aspek pengajian bahasa Perancis yang mana dimansuhkan

kerana memerlukan belanja yang banyak dan digantikan dengan dasar asosiasi. Dasar asosiasi

pula merupakan satu dasar yang akan mengekalkan sistem pentadbiran tradisi sebaik mungkin,

seperti membenarkan pemimpin-pemimpin tempatan memungut cukai atau dijadikan alat kepada

pihak pemerintah pada ketika itu. Oleh itu, institusi raja dan mandarin masih dikekalkan di

Annam dan Tongking, walaupun kedua-duanya telah diubahsuai untuk dijadikan alat kepada

pentadbiran kolonial. Namun begitu, pelaksanaannya hanya mendapat sokongan kerajaan ketika

Albert Sarraut menjadi Gabenor Jeneral dari tahun 1911-1914.14 Kuasa raja telah dihapuskan dan

raja kini hanya menjadi alat kepada penasihat-penasihat Perancis di Hue serta mandarin yang

bekerjasama dengan Perancis. Selepas tahun 1885, Perancis telah menempatkan residennya di

semua wilayah di Annam dan pada tahun berikutnya pula, raja telah bersetuju memberikan kuasa

yang luas kepada wakilnya di Tongking yang dinamakan khin luoc (wizurai).15 Selain itu, untuk

melemahkan pentadbiran tradisional Vietnam, Vietnam dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu

Tongking, Annam dan Cochin-China.16

Pada tahun 1887, Vietnam yang meliputi Cochin-China, Annam dan Tongking

digabungkan dengan Kemboja dan Laos untuk membentuk Persekutuan Indo-China. Ketua

persekutuan ini ialah Gabenor Jeneral. Cochin-China adalah salah satu daripada lima bahagian

tersebut yang bertaraf tanah jajahan di bawah kawalan secara langsung. Annam, Kemboja, Laos

dan Tongking merupakan negeri naungan. Cochin-China di bawah tangan seorang gabenor

yang dibantu oleh Majlis Privy dan Majlis Tanah Jajahan. Majlis Privy adalah sama dengan

Majlis Kerja, sedangkan Majlis Tanah Jajahan serupa dengan Majlis Mesyuarat Undangan dalam

sesebuah tanah jajahan Inggeris.17 Annam dan Tongking yang merupakan negeri naungan yang

ditadbir oleh Residen-General dibantu oleh Majlis Privy dan Majlis Naungan. Tiap-tiap negeri

naungan ini telah dibahagikan kepada beberapa buah wilayah di bawah kawalan Residen-residen

14 Abu Talib Ahmad. 1989. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. hlm 79.15 Ibid. hlm 80.16 Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd.Dali, Azhar Hj.Md Aros, et.al. 2003. Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. (Edisi Kedua). hlm 309.17 D.G.E Hall. 1981. Sejarah Asia Tenggara. (terj). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 925.

8

Page 9: Hsa 3033 asia tenggara abad ke-19-siap

bangsa Perancis.18 Namum begitu, kedudukan Perancis di negeri-negeri naungan ini adalah atas

nama sahaja kerana urusan pentadbiran dikendalikan oleh pegawai tempatan di bawah pimpinan

pegawai-pegawai Perancis.

Semua perkara penting seperti keselamatan, kewangan, kerja raya, awam, pos, pertanian,

kesihatan, perdagangan dan lain-lain di bawah kuasa orang Perancis. Pentadbiran Gabenor

Jeneral pula dibantu oleh Majlis Mesyuarat Tertinggi Indo-China yang ahlinya terdiri daripada

gabenor-gabenor wilayah tadi dan residen-residen yang bertanggungjawab dengan beberapa

perkhidmatan di Indo-China. Ahli-ahli bumiputera dalam Majlis Mesyuarat Tertinggi Indochina

pula terhad kepada empat orang sahaja. Malahan majlis ini bertanggungjawab dalam

merumuskan dasar belanjawan umum, mengawal hasil-hasil tempatan dan menjalankan kuasa

membuat undang-undang tempatan dan juga berkuasa dalam mengendalikan hal ehwal tentera

dan tentera laut, kerjaraya, keretapi, perdagangan dan pertanian. Dalam usaha untuk melicinkan

urusan hal ehwal ini, jabatan-jabatan dan biro-biro telah ditubuhkan dan diselenggarakan oleh

Gabenor-Jeneral yang bertanggungjawab kepada Menteri Tanah-tanah Jajahan Perancis.

Tugas Khin Luoc di Tongking pula selepas tahun 1897 telah diambil alih oleh residen.

Sementara di Annam pula, ketua residen di Hue mengambil alih tugas sebagai pengerusi co-mat

vien yang masih diteruskan. Ini bermakna semua keputusan yang dibuat mandarin Hue dan raja

mesti mendapat kelulusan daripada seorang pegawai Perancis terlebih dahulu sebelum

dilaksanakan. Selepas tahun 1897, raja dan kerajaan Vietnam tidak lagi berkuasa ke atas soal-

soal ketenteraan dan diplomasi, sementara dalam bidang pentadbiran, kuasanya amat terhad.19

Malahan semasa pentadbiran Gabenor Jeneral Doumier (1897-1902) terdapat banyak

perubahan telah berlaku yang melibatkan Vietnam, antaranya pengenalan cukai-cukai baru ke

atas garam, alkohol dan candu serta meningkatkan cukai kastam bagi membiayai rancangan

kolonialnya.20 Beliau turut menyatupadukan angkatan perkhidmatan pentadbiran awam dan

menyatukan semula pentadbiran Tongking. Di Tongking juga, Doumier telah, menghapuskan

kesan-kesan otonomi lama dengan memansuhkan jawatan wazir-wazir, Tong-doc dan Tuan-

Phn21 dengan menukarkannya sebagai tanah jajahan. Tanah jajahan di sini bermaksud segala

18 Ibid. hlm 926.19 Ibid. hlm 81.20Abu Talib Ahmad. 1989. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. hlm 81.21 D.G.E Hall. 1981. Sejarah Asia Tenggara. (terj). hlm 923.

9

Page 10: Hsa 3033 asia tenggara abad ke-19-siap

urusan pentadbiran berada di bawah pengawasan pihak Perancis melalui Residen dan pegawai-

pegawai yang dilantik.

Justeru itu, di Vietnam, struktur pentadbirannya dikawal oleh Gabenor di Cochin-China

yang merupakan tanah jajahan secara langsung. Raja-raja pula masih terus mentadbir kerajaan

atau wilayah bersama-sama dengan ketua Residen Perancis umpamanya di Annam dan Tongking

yang dikenali sebagai negeri naungan. Namun, pada tahun 1899, pentadbiran Perancis telah

melarang pentadbiran diraja mengutip cukai. Oleh itu, walaupun Perancis masih menggunakan

khidmat para maharaja dalam pentadbiran Perancis di Vietnam namun ia hanya secara teori

sahaja seperti apa yang telah berlaku di Tanah Melayu. Sistem pentadbiran Perancis ini tidak

banyak berubah sehingga tamatnya pemerintahan kolonial Perancis di Vietnam.

Di Laos pada peringkat awalnya, pihak Perancis telah melakukan pelbagai pembaharuan

dalam sistem politik di Laos dan memberi kesan positif kepada sistem politik di Laos yang lebih

teratur. Sebagai contohnya, pada Disember 1895, Konvensyen 3 telah diadakan antara Raja

Zakarine dan Ketua Residen Perancis iaitu Boulloche yang hanya bertujuan untuk menentukan

pentadbiran dalam negeri Laos. Seterusnya Konvensyen kedua telah dipersetujui pada 26

Februari pada tahun 1914 antara Raja Sisavang Vong dan Ketua Residen Bourcier de Saint-

Chaffray. Namun demikian, perlaksanaannya pula digantung dan hakikat sebenarnya Luang

Prabang juga masih belum disahkan oleh kerajaan Perancis. Pada 24 April 1917, Konvensyen

ketiga ditandatangani antara Raja Sisavang Vong dan Gabenor Jeneral Albert Sarraut.

Konvensyen ini menjadi peraturan kerajaan Luang Prabang sehingga tahun 1941. Dalam

persetujuan pada 21 September 1933, Laos telah mendapat wilayah Houa Phan (Samneua).

Selain itu, sebuah Dewan Perhimpunan Peribumi telah dibentuk dalam tahun 1923 di Vientiane.

Dewan dipilih dalam satu pengundian terhad dan tugas utama dewan ialah membincangkan

belanjawan tahunan bagi Laos. Seterusnya, pada tahun 1927, telah berlaku pemisahan kuasa

pentadbiran dan perundangan. Satu sistem perundangan telah dibentuk dan taraf pentadbir-

pentadbir Khoueng (wilayah) dan Moung juga diselaraskan. Selain itu, organisasi wilayah juga

telah disusun semula. Manakala, dalam tahun1928 pula telah muncul sebuah sekolah undang-

undang dan pentadbiran telah ditubuhkan di Vientiane dan ia bertujuan melatih pegawai tadbir

dan pegawai undang-undang moden. Satu generasi baru golongan pegawai kerajaan Laos yang

yang terdiri daripada keluarga yang kaya ataupun golongan bangsawan. Latihan ini perlu

10

Page 11: Hsa 3033 asia tenggara abad ke-19-siap

ditubuhkan kerana terdapat kesukaran daripada pegawai Perancis untuk berkhidmat di Laos.

Keadaan ini telah memberi kesan yang positif kepada golongan banagsawan di Laos namun

secara tidak langsung ia juga telah menarik golongan bangsawan untuk berkhidmat di bawah

Perancis.22

Perancis telah menubuhkan Majlis Pentadbiran Tertinggi yang secara tidak langsung

telah membuka peluang kepada golongan bangsawan dalam mendapat peluang pekerjaan seperti

menjadi guru, doktor dan pembantu kerajaan. Manakala, juru bahasa, kerani, pencuci dan lain-

lain lagi dilakukan oleh rakyat Laos dan juga Vietnam. Walaupun, Laos memperolehi pelbagai

pembaharuan di negara mereka, namun tetap tidak berpuas hati dengan pentadbiran Perancis

yang jelas bukan untuk membantu Laos. Mereka juga dipaksa membayar cukai langsung seperti

cukai kepala dan juga caj-caj yang dikenakan dalam pentadbiran. Seterusnya, kehadiran Perancis

di Laos telah mengembalikan sesetengah wilayah Laos yang berada dibawah naungan Siam,

walaupun begitu, niat Perancis bukanlah untuk memerdekakan Laos tetapi hanya untuk

memudahkan urusan mereka sahaja.

Selain kesan positif yang dapat kita lihat terhadap pembaharuan yang dilaksanakan oleh

Perancis, ia juga telah menjerat masyarakat Laos berada dibawah bumbung mereka selama

berabad-abad dan menyebabkan kuasa pemerintah hanya sebagai bahan bualan sahaja.

Walaupun, Perancis melaksanakan pembaharuan, namun pembaharuan yang terdapat di Laos

hanyalah untuk kepentingan pihak mereka sahaja bukan niat untuk memajukan sistem politik di

Laos.23 Hal ini jelas menunjukkan yang pihak barat hanya mementingkan diri mereka sahaja

dalam melakukan setiap tindakan. Pembaharuan yang telah dilaksanakan di Laos menyebabkan

pemerintah Laos tidak boleh bertindak sesuka hati dan juga perlu membayar ufti kepada

Perancis. Kekuasaan mereka kian luntur dan hanya perlu berada di bawah ketiak Perancis sahaja.

Setiap pembaharuan yang dilakukan, pihak pemerintah hanya perlu bersetuju sahaja tanpa

dibawa berunding terlebih dahulu, hal ini secara realitiknya menampakkan bahawa peranan

mereka tidak penting walau sedikit pun. Mereka hanya diperlukan kerana, rakyat akan

mendengar setiap arahan yang dikeluarkan oleh mereka. Oleh itu, Perancis mengambil

kesempatan di atas ketaatan rakyat terhadap golongan pemerintah untuk melaksanakan apa-apa

sahaja pembaharuan di Loas. Selain itu, pembaharuan yang dilakukan oleh Perancis adalah tidak

22 Abu Talib Ahmad. 1989. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. hlm 111.23 Ibid. hlm 112.

11

Page 12: Hsa 3033 asia tenggara abad ke-19-siap

menyeluruh, terdapat juga di kawasan-kawasan pedalaman, rakyat masih terpinggir dan tidak

mendapat pelbagai manfaat. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa sistem politik di Laos semasa di

bawah pemerintahan Siam mahupun Perancis tidak lah berubah begitu ketara.24 Hal ini kerana,

peranan golongan pemerintah tidak jauh bezanya jika dibandingkan mereka berada di bawah

Siam atau Perancis. Laos boleh diibaratkan seperti keluar mulut buaya dan masuk mulut

harimau.

3.2 BELANDA DI INDONESIA

Di Indonesia pula setelah runtuhnya VOC, pemerintah kerajaan Belanda mengambil alih

seluruh wilayah kekuasaanya, terutama di kepulauaan Indonesia yang berpusat di Batavia, Jawa.

Bagi menangani peralihan dan serangan Inggeris, Raja Belanda Lodewjik Napolean telah

menghantar gabenor ke Batavia iaitu Wilhem Herman Daendels. Dia telah menyusun kembali

sistem pemerintahan dan membangunkan pertahanan.25 Langkah penting yang harus

dilakukannya ialah membangunkan birokrasi dan tentera yang profesional dengan meniru model

Revolusi Perancis, mengubah sistem politik tradisional dan melakukan kerahan tenaga tentera.26

Daendels juga telah mengubah hubungan politik dan ekonomi dalam sistem politik tradisional

dengan menghapuskan penyerahan wajib terhadap hasil tanah dan kerja wajib untuk para bupati.

Dengan berpusat di Betawi, penjajah Belanda secara beransur-ansur menawan Kepulauan

Indonesia satu persatu. Di bawah pentadbiran Kerajaan Hindia Belanda, kuasa politik dipegang

oleh Gabenor-Jeneral Belanda dan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Pulau-pulau Hindia Timur.27

Wilayah-wilayah yang diperintah oleh Gabenor Jeneral dan Majlis Mesyuarat dibahagikan

kepada tanah kerajaan dan rakyat dikehendaki angkat sumpah setia terus kepada kerajaan pusat

dan negeri-negeri Kepulauan Indonesia.28 Rakyat hendaklah taat setia kepada raja dari kalangan

bumiputera yang mengiktiraf Belanda. Kedatangan Belanda ke Indonesia telah menggabungkan

beberapa kerajaan berasingan seperti Mataram, Bantam dan juga Jawa. Kerajaan ini pada

mulanya memiliki raja dan pembesar-pembesar diraja. Setelah penguasaan Belanda di Indonesia

24 Abu Talib Ahmad. 1989. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. hlm 111.25 Marwati Djoened Poesponegoro & Nugroho Notosusanto. 2008. Sejarah Indonesia V (Zaman Kebangkitan Nasional dan Masa Hindia Belanda). Jakarta : Balai Pustaka. hlm 1.26 Ibid. hlm 2.27 John Bastin dan Harry J. Benda. 1977. Sejarah Asia Tenggara Moden-Penjajahan, Nasionalisme dan kebijajahan. Zaharah Bt Ahmad (terj). hlm 73.28 Ibid. hlm 73.

12

Page 13: Hsa 3033 asia tenggara abad ke-19-siap

pentadbiran Indonesia dibahagikan kepada dua iaitu pentadbiran tempatan dan pentadbiran pusat.

Dari segi teori, wilayah-wilayah ini diambil alih sepenuhnya oleh jentera politik Belanda. Dari

segi praktiknya ada perbezaan besar antara penggunaan dan cara pemerintahan secara langsung

dan tidak langsung. Hal ini kerana Tanah Kerajaan rakyat dibawah kawalan penghulu-penghulu

bumiputera secara tidak langsung dan secara langsung diselia oleh pegawai Belanda.

Belanda lebih suka mentadbir dengan cara pentadbirannya. Misalnya pentadbiran di

Jawa dimana dalam sistem pentadbiran di wilayah-wilayah kecil merupakan asas sistem

penjajahan British di India dan Burma.29 Di Jawa pula, Belanda meneruskan pentadbiran tentera

selama beberapa abad.30 Pentadbiran di Jawa juga terdapat golongan pertengahan yang

berpendidikan Barat dan muncul sebagai golongan yang berpengaruh dan menggantikan ketua-

ketua tradisional. Mereka ini dikenali sebagai priyayi. Golongan priyayi tradisi terpaksa

menerima peranan baru dalam pentadbiran Belanda. Selain itu, Belanda juga telah

menghapuskan ketua-ketua feudal seperti thungyi dan mewujudkan kelompok baru. Perubahan

ini semakin jelas selepas perjanjian Yandabo ditandatangani pada tahun 1826.31

Pihak kerajaan Belanda cuba untuk mengawal bahagian pentadbiran daerah. Hal ini dapat

dilihat apabila pihak Belanda meletakkan kedudukan pegawai mereka diperingkat tertinggi.

Keadaan ini menyebabkan kedudukan pemerintah tempatan tertinggi Jawa adalah dibawah

pengawasan Residen. Di Jawa, Belanda meletakkan dua orang Residen untuk mengawal

pemerintah. Tugas Residen pertama ialah mengawasi Susuhunan dan Dinasti Mangkunegara.32

Manakala Residen kedua ditugaskan mengawal Sultan dan Dinasti Pakualam. Melalui

penyerapan pegawai Belanda dalam pentadbiran tempatan, ia memudahkan Belanda menguasai

pentadbiran Indonesia seperti di Mataram, Jawa dan Bantam. Selain itu, semasa Pulau Jawa

diserahkan kepada Raffles, beliau telah membahagikan Pulau Jawa menjadi 16 residen dan setiap

residen dibentuk badan keadilan (laadraad) dan kemudian telah dikurangkan.33

29 Ibid. hlm 74.30 Ibid. hlm 109.31 Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohamed Dali, Suffian Mansor et al. 2000. Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur : 1800-1963. hlm 94.32 Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohamed Dali, Suffian Mansor et al. 2000. Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur : 1800-1963. hlm 301.33 Marwati Djoened Poesponegoro & Nugroho Notosusanto. 2008. Sejarah Indonesia V (Zaman Kebangkitan Nasional dan Masa Hindia Belanda). hlm 37.

13

Page 14: Hsa 3033 asia tenggara abad ke-19-siap

Perubahan dalam pentadbiran merupakan tujuan utama Belanda. Hal ini kerana campur

tangan dalam politik dan pentadbiran akan menentukan kepentingan ekonomi kepada Belanda.34

Sebagai contoh, Belanda menambahkan otonomi tempatan dengan memberi rakyat tempatan

peluang untuk mengambil peluang dalam kerajaan tempatan. Belanda kemudian menukar

kampung kepada perbandaran kecil pada tahun 1908 dengan kuasa untuk menetapkan perkara

yang berkaitan dengan tanah dan harta. Ini jelas memperlihatkan bahawa rakyat tidak diberi

peluang untuk berkerajaan sendiri. Pada tahun 1918, Majlis Mesyuarat rakyat atau Volksraad

telah ditubuhkan bagi menguruskan hal ehwal tempatan.35 Walau bagaimanapun, dengan adanya

penubuhan ini, banyak aspek telah diperkenalkan tetapi rakyat masih tidak mendapat hak

sepenuhnya. Kuasa yang terdapat dalam Volksraad ini masih di tangan pihak penjajah kerana

majoriti ahli Volksraad ini terdiri daripada orang Belanda dan orang Cina. Hal ini menunjukkan

masyarakat tempatan tetap menjadi golongan minoriti dalam majlis yang ditubuhkan itu.

Dalam aspek pentadbiran sistem perundangan, Daendels telah mengubah sistem

kehakiman dan mahkamah. Beliau berhasrat untuk mendirikan mahkamah-mahkamah disetiap

daerah dan bahagian dimana keadilan akan dilaksanakan mengikut adatrecht.36 Dalam sistem

keadilan ini, terdapat persamaan dengan sistem keadilan dengan Belanda. Anggota yang

mengendalikan mahkamah rendah bumiputera ialah pegawai dan ulama-ulama bumiputera. Bagi

mahkamah daerah pula dipimpin oleh landdrost bersama dengan seorang pegawai Belanda yang

ditugaskan sebagai setiausaha serta beberapa orang pembantu yang terdiri daripada orang

bumiputera.37

Walau bagaimanapun, umumnya, semua dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Belanda

misalnya Dasar Etika atau Ethical Policy serta Sistem Kultur atau Culture System memberi

keuntungan kepada pihak Belanda sahaja, sebaliknya, kebajikan rakyat terus diabaikan dan

ditindas.38 Hal ini menyebabkan munculnya anti-kolonial dan pemberontakan menentang

penjajah. Dasar politik Raffles terutamanya berdasarkan ideologi liberal bertujuan untuk

34 Kobkua Suwannathat Pian. 2003. Asia Tenggara-Hubungan Tradisional Serantau. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 153.35 John Bastin dan Harry J.Benda. 1977. Sejarah Asia Tenggara Moden- Penjajahan, Nasionalisme dan kebijajahan. Zaharah Bt Ahmad (terj). hlm 75.36 D.G.E Hall. 1979. Sejarah Asia Tenggara. (terj). hlm 582.37 D.G.E Hall. 1979. Sejarah Asia Tenggara. (terj). hlm 583.38 David Joel Steinberg. 1981. Mengenali Sejarah Asia Tenggara Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 291.

14

Page 15: Hsa 3033 asia tenggara abad ke-19-siap

meningkatkan kesejahteraan rakyat dengan memberikan kebebasannya. Akibat pelaksanaan

politik liberal itu, maka struktur tradisional dan feudal dirombak dan diganti dengan sistem baru

yang berdasarkan pada prinsip legalrasional.39

3.3 SEPANYOL DI FILIPINA

Pemerintahan Sepanyol di Filipina yang berlangsung lebih daripada

300 tahun telah membawa kesan berkaitan undang- undang yang dijalankan

ke atas Filipina. Filipina dalam beberapa tempoh seperti dari 1810- 1813,

1820- 1823 dan 1834- 1837 tidak langsung mendapat faedah di atas

undang- undang yang dijalankan oleh pemerintah Sepanyol ini.40 Hal ini

disebabkan Perlembagaan Sepanyol 1837 yang telah memperuntukkan

bahawa semua tanah jajahan Sepanyol yang terletak jauh darinya

termasuklah Filipina hendaklah diperintah dengan undang- undang khas.

Oleh itu, Filipina telah diperintah dengan undang- undang khas yang terdiri

daripada dikri- dikri diraja, pengisytiharan perintah gabenor dan juga

undang- undang negara Sepanyol.41

Antara undang- undang Sepanyol yang mempunyai kuasa

perundangan tambahan di Filipina ialah Leyes de las Indias (Laws of the

Indies- Undang-undang Pulau-pulau Hindia Timur). Selain itu terdapat juga

kanun undang-undang penjajahan Sepanyol Siete Partidas (Tujuh Bahagian.

Tidak ketinggalan juga prinsip Undang- undang Sivil yang juga dibawa masuk

ke dalam pemerintahan di Filipina. Contohnya Codigo de Comercio (Kanun

Perniagaan) dan Ley de Enjuiciamiento Civil (Kanun Perbicaraan Sivil 1889).

Berdasarkan undang- undang yang dijalankan oleh Sepanyol ini, saya dapat

lihat bahawa sememangnya ianya tidak memberi manfaat kepada Filipina itu

sendiri kerana undang- undang ini berasaskan sistem feudal di mana kuasa

sepenuhnya terletak di tangan pemerintah. Masyarakat Filipina terpaksa

39 A. Kardiyat Wiharyanto. 2008. Masa Kolonial Belanda 1800-1825. Universitas Sumatera Utara. Tesis Doktor Falsafah. hlm 5. 40 Gregorio F. Zaide. 1972. Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 237.41 Raymond Nelson. 1968. The Philippines. Guildford: Billing and Sons. Ltd. hlm 44.

15

Page 16: Hsa 3033 asia tenggara abad ke-19-siap

mengikut apa sahaja yang ditetapkan oleh pemerintah Sepanyol pada ketika

itu.42

Pengasingan kuasa di antara gereja dan pentadbiran sebenar terjadi

apabila pihak gereja iaitu golongan paderi bertindak melampaui batas ke

atas rakyat- rakyat di Filipina. Mereka menjalankan kegiatan memeras ugut,

menindas rakyat dan juga memaksa masyarakat Filipina menjalankan

kegiatan- kegiatan yang berkaitan dengan bidang keagamaan tanpa

kerelaan mereka. Tindakan- tindakan paderi ini telah menimbulkan rasa

tidak puas hati masyarakat Filipina.43 Ketidakpuasan hati mereka mencapai

kemuncaknya apabila berlakunya penyatuan pihak gereja dengan kuasa

politik di dalam pentadbiran. Di dalam penyatuan ini, pihak gereja

mendominasi kedudukan tertinggi di dalam pentadbiran sekali gus menjadi

badan undang- undang di dalam kerajaan. Mereka menjalankan fungsi yang

penting sama ada di dalam politik Filipina dan juga di dalam kegiatan

ekonomi. Berdasarkan kedudukan yang mereka miliki itu, pihak gereja telah

mengambil kesempatan dengan mengamalkan rasuah. Keadaan ini telah

membawa kepada gerakan kebangsaan masyarakat Filipina menentang

pemerintahan Sepanyol.44

Kedatangan Sepanyol ke Filipina ini telah membawa satu perubahan

yang besar di dalam pentadbiran Filipina yang mengamalkan pentadbiran

tradisional. Sepanyol telah memperkenalkan pemerintahan berasaskan

pembahagian kuasa pentadbiran iaitu mengikut tiga kuasa utama iaitu

badan eksekutif, legislatif dan kehakiman. Bagi badan eksekutif, ia

berperanan dalam pentadbiran koloni dan menasihati raja. Di dalam badan

legislatif, Council of Indies berperanan membentuk undang- undang dan

arahan manakala badan kehakiman pula berperanan sebagai mahkamah

42 Gregorio F. Zaide. 1972. Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina. hlm 238.43 Jose S. Aralla. 1971. An Introduction To Phillippine History. Manila: Ateneo Publications Loyala Height. hlm 25.44 Teodoro A. Agoncillo dan Oscar M. Alfonso. 1967. History of The Filipino People. Philiphine: Malaya Books Quezon City. hlm 111.

16

Page 17: Hsa 3033 asia tenggara abad ke-19-siap

tertinggi dalam perbicaraan kes. Menjelang abad ke-19, tugas Council of

Indies digantikan dan diletakkan di bawah Menteri Luar Negara. 45

Pada tahun 1866, Audiencia Daerah Cebu telah ditubuhkan menurut

dikri diraja yang bertarikh 26 Februari 1886. Dikri ini telah memberikan

bidang- bidang kuasa ke atas Pulau Visaya dan Jolo. Audiencia yang telah

ditubuhkan pada 1583 dengan tujuan menyekat kuasa- kuasa Gabenor

Jeneral dan melindungi orang Filipina daripada penyalahgunaan kuasa oleh

pegawai- pegawai telah dimansuhkan pada tahun 1893.46 Pada ketika itu,

mahkamah jenayah tinggi Cebu dan Vigan ditubuhkan. Tiap- tiap mahkamah

ini mempunyai dua orang ketua hakim, dua orang hakim bersekutu, seorang

peguam pendakwa, penolong peguam pendakwa dan setiausaha.47

Mahkamah jenis yang pertama telah ditubuhkan di wilayah- wilayah

sekitar tahun 1886. mahkamah- mahkamah ini dibahagikan kepada tiga

kelas yang dinamakan entrada, ascenso, dan termino. Pada tahun

sebelumnya, mahkamah “justice of the peace” telah diberi kuasa ke atas

tiap- tiap bandar. Mahkamah- mahkamah tempatan inilah yang menjadi asas

sistem pengadilan Sepanyol di Filipina.48 Sepanyol juga telah menubuhkan

satu badan di Filipina dan juga tanah- tanah jajahannya yang lain. Badan ini

bertujuan bertindak sebagai penyekat kepada kuasa- kuasa gabenor dan

pegawai- pegawai lain. Dalam erti kata lain ia merupakan satu badan

penyiasatan kehakiman di atas segala perlakuan mereka sepanjang

berkhidmat sebagai pegawai.49

Kesan lain di sudut politik terhadap pendudukan Sepanyol ini dapat

dilihat dari sudut positif iaitu kesan kepada penduduk- penduduk Filipina.

Jawatan- jawatan rendah di dalam pentadbiran turut disandang oleh ketua-

45 Gregorio F. Zaide. 1963. The Republic of The Phillippiness: History Government and Civilization. Phillipiness: Rex Book Store. hlm 77.46 Gregorio F. Zaide. 1972. Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 241.47 Felix M. Koesing. 1974. The Philipines: A Nation In The Making. New York: Ams Press. hlm 78.48 Gregorio F. Zaide. 1972. Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina. hlm 242.49 Ibid. hlm 243.

17

Page 18: Hsa 3033 asia tenggara abad ke-19-siap

ketua dari kalangan orang Filipina.50 Ketua- ketua ini menjadi golongan

bangsawan tempatan dan mereka menjadi golongan bangsawan tempatan

seterusnya menjadi orang tengah yang sangat penting dalam menyalurkan

maklumat dan tuntutan- tuntutan para pegawai Sepanyol dan paderi- paderi

kepada masyarakat Filipina. Mereka memainkan peranan sebagai jurucakap

bagi masyarakat Filipina dan berfungsi sebagai ketua tempatan dalam

sistem pemerintahan di Filipina.51 Peluang- peluang pekerjaan yang dibuka

ini berlaku disebabkan Sepanyol telah memberi pendidikan kepada

masyarakat- masyarakat Filipina pada masa itu. Namun begitu, golongan

paderi telah melakukan manipulasi terhadap penduduk- penduduk Filipina.

Perkara ini tidak sepatutnya berlaku jika kita melihat dari sudut sosial kerana

mereka mengamalkan agama yang sama.52

3.4 BRITISH DI BURMA

Di Burma, pentadbiran lebih berbentuk paternalistik iaitu berpusat kepada Pesuruhjaya yang

mengetuai divisyen dan Timbalan Pesuruhjaya pula mengetuai daerah.53 Setiap Pesuruhjaya

dibantu oleh jabatan-jabatan khas seperti Jurutera, Pelajaran, Hutan, Kastam serta mempunyai

sekretariatnya sendiri. Burma dibahagikan kepada 8 divisyen dan dipecahkan kepada daerah-

daerah. Aspek-aspek penting dalam pentadbiran termasuklah pengutipan hasil cukai, pentadbiran

undang-undang dan pengawasan pentadbiran tempatan. Timbalan Pesuruhjaya mengetuai

pentadbiran di peringkat daerah dan beliau dibantu oleh Ketua Polis Daerah dan Pengawas

Kesihatan. Pentadbiran kolonial memberi tumpuan kepada institusi myothughi selepas tahun

1826 dan kemudiannya selepas tahun 1886.54 Walaupun myothughi berada di tahap yang paling

rendah dalam hierarki pentadbiran kolonial tetapi mereka tetap diberikan pelbagai tugas berat

seperti mengutip cukai, menubuhkan pertahanan tempatan, mengadili kes jenayah yang kecil,

melaporkan kes-kes penyakit manusia dan haiwan, menyimpan rekod kelahiran, kematian,

suntikan, dan sebagainya. 55 Usaha-usaha untuk meninggikan darjat jawatan ini dengan memberi 50 Raymond Nelson. 1968. The Philippines. Guildford: Billing and Sons. Ltd. hlm 45.51 Raymond Nelson. 1968. The Philippines. hlm 244.52 Gregorio F. Zaide. 1972. Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 244.53 V.S.F Donnison. 1970. Burma. New York: Praeger Publishers. hlm 77-83.54 Abu Talib Ahmad. 1989. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. hlm 65.55 V.S.F Donnison. 1970. Burma. hlm 80.

18

Page 19: Hsa 3033 asia tenggara abad ke-19-siap

ganjaran lebih, dan penggunaan payung merah serta pedang sebagai simbol kuasa. Perubahan

pentadbiran terutamanya di peringkat desa telah memberi kesan seperti cara pungutan cukai

menjadi lebih cekap dan myothughi kehilangan sumber kewangan yang lumayan. Hal ini

menyebabkan golongan myothughi terus bergantung dengan kerajaan untuk menyara kehidupan.

Mereka juga dianggap sebagai alat penguasaan kerajaan ke atas rakyat dan sering kali menjadi

tumpuan berhubung dengan masalah sosial.

British juga memperkenalkan sistem undang-undang Inggeris bagi undang-undang

jenayah dan undang-undang sivil di Burma. Donnison berpendapat bahawa pengenalan undang-

undang Inggeris membawa kesan negatif kepada Burma seperti meningkatkan kes pendakwaan

di mahkamah. Keadaan ini menyebabkan lebih ramai penuntut tempatan memberikan perhatian

kepada undang-undang sedangkan Burma amat memerlukan lebih banyak doktor dan jurutera.

Sementara itu, perbezaan di antara pandangan British dan Burma berkenaan perundangan

seringkali menimbulkan salah faham dari segi pelaksanaan terutamanya kepada Burma seperti

untuk melaksanakan undang-undang kontrak yang telah Berjaya membawa perubahan besar

ekonomi Burma yag pada awalnya bersifat sara diri bertukar menjadi ekonomi kapitalis.56

4.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, kedatangan Barat telah mengubah sistem politik di negara-

negara di Asia Tenggara . Perubahan tersebut telah mengubah corak pentadbiran di negara-

negara Asia Tenggara mengikut sistem birokrasi Barat. Tekanan daripada dasar imperialisme,

kolonialisme dan merkantilisme Barat telah membawa kepada kemerosotan sistem politik

tradisional negara-negara Asia Tenggara. Sistem pentadbiran Barat diperkenalkan bagi

memenuhi tuntutan dan kehendak Barat untuk memonopoli hasil kekayaan bahan mentah yang

terdapat di Asia Tenggara.

56 Joset Silverstein. 1977. Burma: Military Rule and the Politics of Stagnation. Ithaca: Cornell University Press. hlm 23.

19

Page 20: Hsa 3033 asia tenggara abad ke-19-siap

BIBLIOGRAFI

A. Kardiyat Wiharyanto. 2008. Masa Kolonial Belanda 1800-1825. Universitas Sumatera Utara. Tesis Doktor Falsafah.

Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd.Dali, Azhar Hj.Md Aros. 2003. Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. (Edisi Kedua).

Abu Talib Ahmad. 1989. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Aralla, J. S. 1971. An Introduction To Phillippine History. Manila: Ateneo Publications Loyala Height.

Bastin, J. dan Benda, H. J. 1977. Sejarah Asia Tenggara Moden: Penjajahan Nasionalisma dan Kebijajahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Cheah Boon Kheng dan Abu Talib Ahmad. 1990. Kolonialisme di Malaysia dan Negara- negara lain. Selangor: Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Donnison, V.S.F. 1970. Burma. New York: Praeger Publishers.

Duchrow, U. 1999. Mengubah Kapitalisme Dunia : Tinjauan Sej-alkitabiah Bagi Aksi Politis. Jakarta: Gunung Mulia.

Felix M. Koesing. 1974. The Philipines: A Nation In The Making. New York: Ams Press.

Gregorio F. Zaide. 1963. The Republic of The Phillippiness: History Government and Civilization. Phillipiness: Rex Book Store.

Gregorio F. Zaide. 1972. Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hall, D. G. E. 1981. Sejarah Asia Tenggara. (terj). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Heraeni Tanuatmodjo, Aristanti Widyaningsih, Bambang Widjajanta. 2002. Mengasah Kemampuan Ekonomi. Jakarta: Cv Citra Praya.

20

Page 21: Hsa 3033 asia tenggara abad ke-19-siap

Kennedy, P. 1988. Kebangkitan dan Kejatuhan Kuasa-kuasa Besar:Perusahaan Ekonomi dan Konflik Ketenteraan dari tahun 1500 ke 2000. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kobkua Suwannathat Pian. 2003. Asia Tenggara-Hubungan Tradisional Serantau. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Marwati Djoened Poesponegoro & Nugroho Notosusanto. 2008. Sejarah Indonesia V (Zaman Kebangkitan Nasional dan Masa Hindia Belanda). Jakarta : Balai Pustaka.

Nelson, R. 1968. The Philippines. Guildford: Billing and Sons. Ltd.

Silverstein, J. 1977. Burma: Military Rule and the Politics of Stagnation. Ithaca: Cornell University Press.

Steinberg, D. J. 1981. Mengenali Sejarah Asia Tenggara Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Teguh Suhono. 2008. Perkembangan Pemikiran Ekonomi. Jakarta: Cv Citra Praya.

Teodoro A. Agoncillo dan Oscar M. Alfonso. 1967. History of The Filipino People. Philiphine: Malaya Books Quezon City.

21