hsm 313 (Autosaved)

download hsm 313 (Autosaved)

of 14

Transcript of hsm 313 (Autosaved)

  • 8/2/2019 hsm 313 (Autosaved)

    1/14

    1

    Pendahuluan

    Pendudukan Jepun semasa perang Pasifik (1941-1945) adalah suatu peristiwa yang sangat

    penting penulisan sejarah Malaysia secara langsung kerana peristiwa ini telah mengubah

    landskap politik sosial dan ekonomi Tanah Melayu secara keseluruhannya.1

    Selanjutnya,

    peristiwa ini juga telah memberi kesan terhadap masyarakat serta individu yang mengalami

    kesengsaraan daripada kekerasan jepun semasa pendudukan mereka di Tanah Melayu.

    Namun begitu, di sebalik peristiwa ini, sudah pastinya terdapat individu yang akan

    merakamkan pengalaman mereka semasa peristiwa itu berlangsung secara naratif sejarah

    khususnya bagi di dalam catatan

    catatan mereka melalui penulisan di surat khabar,

    majalah , surat-menyurat, memoir dan diari yang berkaitan langsung dengan peristiwa

    perang dunia kedua itu di samping peranan para sejarawan di dalam mengkaji pendudukan

    jepun di Tanah Melayu dan Singapura semasa perang dunia kedua itu sendiri .2

    Oleh itu,

    penulis akan cuba meneliti pengalaman seorang tokoh politik penting Singapura yang

    menjadi saksi penting di dalam peristiwa pendudukan jepun di Singapura iaitu Lee Kuan

    Yew yang menulis sebuah memoir yang bertajuk Memoir Lee Kuan Yew: The Singapore

    Story dengan memberi fokus terhadap pengalaman beliau semasa pendudukan Jepun . Selain

    itu, esei ini turut membandingkan penulisan ahli sejarah lain sebagai rujukan sampingan agar

    dapat menilai memoir ini secara lebih cermat lagi.3Tetapi , sebelum membicarakan mengenai

    memoir ini, kita harus meneliti tentang maksud sebenar memoir agar perbincangan tentang

    sumber memoir ini menjadi lebih terperinci lagi. Memoir menurut kamus dewan bermaksud

    riwayat hidup yang ditulis oleh individu itu sendiri yang lazimnya merupakan individu

    penting dalam sesebuah negara, pertubuhan dan sebagainya.4

    Di samping itu istilah

    1C.M.Turnbull, (1975) History Of Singapore 1819-1975, Kuala Lumpur: Oxford University Press, hlm 1

    2Ibid

    3

    Lee Kuan Yew (1998) Memoir Of Lee Kuan Yew: The Singapore Story, Singapore: Times Media Private Limited,hlm VIII,4

    Teuku Iskandar (1998) Kamus Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm

  • 8/2/2019 hsm 313 (Autosaved)

    2/14

    2

    pendudukan pula bermaksud perihal menakluki negara lain oleh kuasa yang lain.5

    Tetapi

    secara dasarnya, esei berpendirian bahawa memoir ini memainkan peranan penting

    sebanyak sembilan puluh peratus di dalam mengkaji peristiwa perang dunia kedua di

    Singapura. Secara keseluruhannya, penulis memoir iaitu Lee Kuan Yew telah memberikan

    suatu gambaran sebenar tentang pendudukan jepun di Singapura secara jelas dan tepat.

    Pendudukan Jepun Dalam Memoir Lee Kuan Yew: The Singapore Story

    Penulisan memoir ini dalam konteks pengalaman perang Jepun di Tanah Melayu dan

    Singapura telah dimulakan dengan beliau telah mengatakan bahawa pada 8 Disember 1941,

    Singapura telah dibom oleh tentera udara diraja imperial jepun.6

    Dalam memoir ini, beliau

    telah menggambarkan keadaan dahsyatnya tindakan Jepun di dalam menjalankan

    peperangannya bagi meruntuhkan empayar British di Asia Tenggara dan seterusnya

    menakluki Tanah Melayu dan Singapura bagi kepentingan imperialisme Jepun dalam

    lingkungan persemakmuran Asia timur raya tersebut (LSKATR).7

    Jepun melancarkan

    peperangan bukan sahaja untuk kepentingan sumber bagi perindustrian Jepun tetapi juga

    merupakan sebahagian daripada cit-cita politik Jepun iaitu untuk menjadi ketua bagi kawasan

    Asia sungguhpun akan menyebabkan Jepun bertembung dengan kuasa barat.8

    Bagi Lee Kuan

    Yew, beliau menggambarkan bahawa Jepun memulakan serangan dengan melancarkan

    pengeboman ke atas Singapura pada 8 Disember 1941. Menurut beliau (Lee Kuan Yew)

    serangan udara oleh Tentera Udara diraja Jepun ini telah membunuh 60 orang dan

    5Teuku Iskandar (1998) Kamus Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm

    6Paul.H.Kratoska(1998) The Japanese Occupations In Malaya 1941-1945: A Sosial and Economic History, ST

    Leonard: Allen and Unwind Pte Ltd, hlm 37

    Lee Kuan Yew (1998) Memoir Of Lee Kuan Yew: The Singapore Story, Singapore: Times Media Private Limited

    hlm 13

    8 Ibid

  • 8/2/2019 hsm 313 (Autosaved)

    3/14

    3

    mencederakan 130 orang .9

    Selain itu, serangan jepun di dalam memoir ini juga menunjukkan

    bahawa tentera udara Jepun juga turut memusnahkan limbungan Keppel(Keppel Harbour

    Docks) , kem tentera laut sembawang, tengah dan kem tentera udara Seletar juga turut dibom

    oleh tentera Jepun.10

    Serangan ini jika diteliti mengikut pandangan para sarjana

    sememangnya benar-benar berlaku dan serangan ini merupakan suatu strategi Jepun bagi

    memusnahkan pertahanan British di Tanah Melayu. British yang mengalami kekurangan

    senjata serta peralatan kerana terpaksa menumpukan kepada perang di Eropah menyebabkan

    Jepun mudah melaksanakan pengeboman Singapura dan menakluki tanah Melayu .11

    Dalam

    hal ini, Lee Kuan Yew telah mengatakan dengan tepat tentang peristiwa ini dengan jelas dan

    beliau tidak memperbesarkan peristiwa ini.

    Seterusnya, di dalam mengkaji peristiwa ini, Lee Kuan Yew juga turut menerangkan

    bahawa para pelajar Kolej Raffles ada yang pulang ke kampung halaman masing-masing dan

    ada yang memasuki pasukan perubatan sukarela British iaitu Medical Auxiliary Service

    apabila Jepun menyerang Tanah Melayu . dan beliau ditugaskan bagi kawasan Kolej Raffles

    iaitu tempat beliau melanjutkan pelajaran di Singapura. Beliau secara terus terang

    mengatakan bahawa beliau berbasikal dari Kolej Raffles ke rumahnya di Norfolk Road

    sejauh 3 batu.12

    Beliau bertugas sehingga 12 Februari 1942 sehingga pasukan ini dibubarkan.

    Perkara ini bagi para sarjana sememangnya berlaku semasa perang dunia kedua di Singapura.

    C.M Turnbull misalnya memberitahu bahawa seramai 8000 orang Singapura terlibat di dalam

    pasukan sukarela British di dalam mempertahankan Singapura. Dalam kajian beliau, Turnbull

    menggambarkan bahawa seramai 500 orang terlibat di dalam pasukan perubatan sukarela

    9Lee Kuan Yew (1998) Memoir Of Lee Kuan Yew: The Singapore Story, Singapore: Times Media Private Limited

    hlm 1310

    Ibid

    11C.M.Turnbull(1977)AHistory Of Singapore, 1819-1975, Kuala Lumpur: Oxford University Press, hlm 172

    12

    Lee Kuan Yew (1998) Memoir Of Lee Kuan Yew: The Singapore Story, Singapore: Times Media Private Limitedhlm 14

  • 8/2/2019 hsm 313 (Autosaved)

    4/14

    4

    atau MAS .13

    Lee Kuan Yew merupakan sebahagian daripada anggota pasukan perubatan

    sukarela tersebut. Hal ini membenarkan apa yang ditulis oleh beliau khususnya perang dunia

    kedua itu sendiri serta menunjukkan bahawa beliau jujur di dalam menulis memorinya

    khususnya yang berkaitan dengan zaman pendudukan Jepun itu sendiri.

    Dalam memorinya, khususnya pada bahagian penaklukan Jepun di Singapura, beliau

    menggambarkan bahawa masyarakat British dan Asia khususnya orang china sangat takut

    kepada Jepun. Beliau menerangkan di dalam memorinya bahawa ramai orang barat lari

    daripada tanah Melayu menuju ke Singapura. Di samping itu pula, ramai dalam kalangan

    mereka khususnya orang cina turut terlibat di dalam membantu pihak China di tanah besar

    bagi membantu Kerajaan China di dalam perang China-Jepun semenjak tahun 1937.14

    Ketakutan ini wujud kerana terdapatnya kebimbangan bahawa Jepun akan membalas

    dendam terhadap kaum China kerana membantu Kuomintang China di dalam menghadapi

    peperangan dengan empayar Jepun.15

    Lantas menyebabkan ramai kaum kulit putih dan orang

    China yang lari ke Singapura semasa peperangan tersebut berlaku. Gambaran ini

    menggambarkan pendirian Lee Kuan Yew terhadap Jepun. Beliau menganggap Jepun sebagai

    suatu musuh dan ini adalah pendirian orang cina terhadap jepun itu sendiri.16

    Bagi Victor

    Purcell, pendirian politik orang Cina ini banyak berkaitan dengan masalah yang dihadapi

    kerajaan China seperti peperangan dengan pihak Jepun pada tahun 1937 lantaran kesan

    daripada peristiwa di negara China itu, masyarakat China di Tanah Melayu telah

    mendermakan wang dan menubuhkan The Chinese Distress Relief Fund untuk menyalurkan

    derma orang Cina kepada Kerajaan China bagi menghadapi asakan Jepun. Masyarakat

    China juga turut memulaukan barangan Jepun pada tahun 1937 sebagai tanda protes di atas

    13C.M.Turnbull(1977)AHistory Of Singapore, 1819-1975, Kuala Lumpur: Oxford University Press, hlm 177

    14Ibid

    15

    Lee Kuan Yew (1998) Memoir Of Lee Kuan Yew: The Singapore Story, Singapore: Times Media Private Limitedhlm 1516

    Ibid

  • 8/2/2019 hsm 313 (Autosaved)

    5/14

    5

    kekejaman Jepun di negara China.17

    Oleh itu, apabila berlakunya serangan Jepun ke atas

    Tanah Melayu dan Singapura, telah timbul kebimbangan masyarakat China tentang tindakan

    Jepun terhadap mereka khususnya kebimbangan bahawa Jepun akan bertindak kejam ke atas

    penduduk Cina lalu menyebabkan sebahagian mereka lari ke Singapura bersama-sama

    dengan orang Eropah ke Singapura.

    Kekejaman Jepun di Singapura

    Pada 14 Februari 1942,peperangan di Singapura dan Tanah Melayu telah ditamatkan

    apabila tentera bersekutu yang terdiri daripada tentera British, Australia, India dan Rejimen

    Melayu telah dikalahkan oleh pihak Jepun. A.E.Percival telah menyerah kalah tanpa syarat

    kepada Jeneral Tomoyuki Yamashita pada tahun baru Cina tahun 1942. Bagi masyarakat

    cina khususnya di Singapura, hal ini adalah sesuatu yang agak malang bagi kaum Cina .18

    Dalam memoir Lee Kuan Yew, beliau menggambarkan bahawa beliau cuba untuk

    menyelamatkan dirinya dan memastikan bahawa dirinya tidak disedari oleh tentera Jepun.

    Namun beliau telah ditahan dan kempeitai telah bertindak menghalakan bayonet lalu

    menendang, menampar serta memaksanya melutut.19

    Di samping itu, terdapat sebahagian

    orang yang dipaksa melutut di bawah terik mentari selama berjam-jam. Dalam gambaran

    peristiwa ini terdapat suatu pemahaman bahawa Jepun bertindak zalim terhadap penulis

    sedangkan penulis memoir Lee Kuan Yew tidak bersalah apa pun kepada Jepun. Penulis

    menggambarkan bahawa sebahagian daripada sistem ketenteraan Jepun adalah bersikap

    keras dan kejam terhadap orang lain.20

    Keganasan Jepun jika diteliti daripada berbagai-bagai

    sudut sememangnya adalah sesuatu yang mustahil tidak akan berlaku. Gambaran kekejaman

    Jepun semasa Perang Pasifik(1941-1945) oleh tentera imperial diraja Jepun sememangnya

    17Victor Purcell (1967) Chinese In Malaya, Kuala Lumpur: Oxford University Press, hlm 45

    18Ibid

    19

    Lee Kuan Yew (1998) Memoir Of Lee Kuan Yew: The Singapore Story, Singapore: Times Media Private Limitedhlm 1620

    Ibid

  • 8/2/2019 hsm 313 (Autosaved)

    6/14

    6

    digambarkan oleh sarjana lain. Misalnya Ooi Keat Gin mengatakan bahawa pihak Jepun

    pernah terlibat di dalam operasi yang menindas seperti kawad maut Bataan, kawad maut

    Sandakan dan sebagainya.21

    Kekejaman jepun dalam peperangan Pasifik berlaku ekoran

    daripada semangat imperialisme Jepun yang berusaha meluaskan kuasanya di Asia.

    Selanjutnya, bagi pihak Jepun sendiri khususnya di dalam budaya ketenteraan Jepun , perkara

    ini bukanlah sesuatu yang menghairankan serta diterima oleh orang Jepun terutamanya

    golongan tentera.22

    Bagi masyarakat Asia khususnya di Tanah Melayu dan Singapura, Mereka tidak mampu

    menerima tindakan Jepun ini yang dianggap kejam dan tidak berperikemanusiaan. Dalam

    memoir ini, Lee Kuan Yew yang mengalami peristiwa ini melihatnya daripada perspektif

    masyarakat Asia yang bukan Jepun lalu menganggapnya sebagai kejam dan tidak

    berperikemanusiaan. Oleh sebab itulah, gambaran tentang Jepun adalah kejam di dalam

    memoir ini. Tetapi, secara keseluruhannya, beliau menjelaskan peristiwa ini dengan jelas

    sebagai mewakili ketidakpuasan hati masyarakat di Singapura akan tindakan Jepun ini dan

    beliau tidak mengutuk sekeras nya tindakan Jepun itu .23

    Ini membuktikan bahawa beliau

    menurut seperti mana pengalaman beliau semasa pendudukan Jepun tanpa memperbesarkan

    cerita kekejaman Jepun secara keterlaluan.

    Sook Ching: Pembunuhan Beramai-ramai di Singapura.

    Di dalam memoir Lee Kuan Yew: The Singapore Story ada mengatakan bahawa di

    Singapura, pihak Jepun telah melakukan kekejaman ke atas penduduk Singapura khususnya

    kaum China. Lee Kuan Yew menggambarkan bahawa tentera Jepun telah mengarahkan agar

    21Ooi Keat Gin(2010), Baik Buruk Dan Dahsyat Wajah Peperangan dan Akibatnya Terhadap Asia Tenggara

    Pada Kurun Ke 20, Siri Syarahan Umum Perlantikan Profesor, Pulau Pinang: Penerbitan Universiti Sains

    Malaysia.hlm 6222Ibid

    23Ibid.hlm 61

  • 8/2/2019 hsm 313 (Autosaved)

    7/14

    7

    orang-orang China dikumpulkan dan diperiksa oleh orang yang memakai hud yang mengenal

    pasti individu yang menjadi pembantu negara China semasa berperang dengan Jepun. Beliau

    merupakan antara individu yang terselamat daripada menjadi mangsa pembunuhan beramai-

    ramai itu.24

    Dalam memoir ini juga, Lee kuan Yew turut mengatakan bahawa keadaan di

    Singapura adalah sungguh menakutkan dan terdapat kebimbangan bahawa Jepun akan pergi

    rumah ke rumah untuk membuat serbuan serta menangkap sesiapa sahaja yang di syaki

    sebagai tali barut china . Memoir juga turut menekankan tentang cara kempeitai terhadap

    pemuda cina yang berkumpul akan disyaki sebagai musuh kepada Jepun. Pada akhir bahagian

    ini, beliau mendakwa seramai 50000 orang Cina yang mati semasa peristiwa tersebut.25

    Sebahagian besar sejarawan mengakui bahawa peristiwa pembunuhan beramai-ramai di

    Singapura pada 18 hingga 22 Februari 1942. Istilah Sook Ching adalah istilah Hokkien yang

    bermaksud aktiviti pembersihan. Istilah pembersihan bagi perspektif Jepun adalah bagi

    menghapuskan musuh atau elemen anti Jepun.26

    Penaklukan Singapura telah menyebabkan

    pihak Jepun berasakan bahawa mereka terdedah kepada gerakan penentangan di Singapura

    yang rata-rata penduduknya adalah berbangsa China. Oleh itu, Jepun bertindak melakukan

    Sook Ching bagi mengukuhkan kedudukan tentera Jepun di Asia tenggara dan Singapura

    khususnya. Di samping itu, bagi pegawai Jepun seperti Jeneral Yamashita, Jeneral Tsuji,

    mereka merasakan perlu menghapuskan elemen penentangan itu dengan menumpukan

    kepada kaum China.27

    Tambahan pula, rakyat China di Singapura menunjukkan penentangan

    mereka terhadap Jepun semasa peperangan di negara China pada tahun 1937 yang melibatkan

    Jepun. Semangat patriotik kecinaan orang China di Tanah Melayu dan Singapura telah

    24Lee Kuan Yew (1998) Memoir Of Lee Kuan Yew: The Singapore Story, Singapore: Times Media Private Limited

    hlm 2125

    ibid

    26Kevin Blackburn, The collective Memory Of The Sook Ching Massacre and The Creation of The Civilian War

    Memorial Of Singapore,(2000) dalam Journal Of Malaysia Branch Royal Asiatic Society, Volume LXXiii Part2,hlm 7427

    Ibid

  • 8/2/2019 hsm 313 (Autosaved)

    8/14

    8

    mendorong mereka membantu kerajaan Kuomintang bagi menghadapi imperialisme Jepun di

    China. Oleh itu, Sook Ching adalah suatu strategi bagi menghapuskan penentangan terhadap

    Jepun.28

    Oleh itu, Tentera Jepun bertindak dengan menggerakkan pembunuhan beramai-

    ramai mulai 18 Februari - 22 Februari 1942. Menurut arahan yang dikeluarkan oleh

    pemerintah tertinggi Tentera Jepun, setiap unit diarahkan membunuh golongan yang

    disenaraikan oleh pegawai tentera Jepun dan mereka diberi masa selama lima hari untuk

    melaksanakan tindakan mereka.29

    Pandangan sejarawan ini sememangnya memberikan kita suatu pemahaman penting

    bahawa penulis memoir iaitu Lee Kuan Yew sememangnya telah merasai sendiri pengalaman

    sook ching itu serta merupakan antara individu yang menjadi saksi penting peristiwa itu di

    Singapura .Lantas membuktikan bahawa pihak Jepun pernah melakukannya semasa

    menduduki Singapura semasa perang Pasifik(1941-1945). Namun begitu, di dalam

    mencatatkan pandangannya tentang sook ching, beliau agak berlebihan terutamanya apabila

    memoir membincangkan tentang jumlah kematian orang Cina di Singapura semasa

    berlakunya penyembelihan beramai-ramai tersebut. Jumlah yang dianggarkan oleh Lee Kuan

    Yew sebanyak 50000 korban jiwa itu adalah suatu yang agak mustahil untuk dilaksanakan di

    dalam tempoh yang singkat oleh tentera imperial Jepun (IJA).30

    Hal ini menurut Kevin

    Blackburn , Jepun sedang melaksanakan proses imperialisme di Asia lalu menyebabkan

    sebahagian besar angkatan tentera Jepun perlu di mobilisasi kan bagi peperangan Jepun di

    Asia Tenggara. Tambahan pula, pada Februari 1942, tentera Jepun baru mula menyerang

    28Hayashi Hirofumi, Massacre Of The Chinese Singapore and Its Coverage, dalam New Perspective on The

    Japanese Occupations In Singapore 1941-1942, diselenggarakan oleh Akashi Yoji dan Yoshimura Mako,

    Singapore: National University Of Singapore Press, hlm 236-237.29

    Kevin Blackburn, The collective Memory Of The Sook Ching Massacre and The Creation of The Civilian War

    Memorial Of Singapore,(2000) dalam Journal Of Malaysia Branch Royal Asiatic Society, Volume LXXiii Part2,

    hlm 7430Lee Kuan Yew (1998) Memoir Of Lee Kuan Yew: The Singapore Story, Singapore: Times Media Private Limited

    hlm 22

  • 8/2/2019 hsm 313 (Autosaved)

    9/14

    9

    Indonesia dan mula menumpukan perhatian di Burma.31

    Jika diteliti melalui rekod-rekod

    Jepun, pihak Jepun mengutarakan jumlah korban sook ching sebanyak 5000 orang sahaja.

    Secara keseluruhannya, tiada rekod rasmi yang dapat menjelaskan jumlah sebenar mangsa

    yang dibunuh oleh tentera Jepun semasa peristiwa Sook Ching itu berlaku. Oleh itu, pada

    bahagian ini, pandangan Lee Kuan Yew di dalam memorinya tentang jumlah mangsa

    kekejaman Jepun antara 18 Februari hingga 22 Februari 1942 boleh dipertikaikan .32

    Kekurangan barangan keperluan dan Kewujudan Pasar Gelap.

    Kekurangan makanan merupakan masalah besar yang sering dicatatkan oleh sebahagian besar

    penulisan sejarah mengenai pendudukan Jepun di Singapura. Di dalam tulisannya, Lee Kuan

    Yew juga turut mencatatkan perkara ini. Beliau mengatakan bahawa sepanjang pendudukan

    Jepun di Singapura, sebahagian besar masyarakat bandar Singapura mengalami kekurangan

    barangan keperluan.33

    Antaranya beliau mengatakan bahawa masyarakat Singapura

    mengalami kekurangan beras serta ketiadaan sayur yang bermutu tinggi. Malah, harga daging

    adalah terlalu mahal pada waktu tersebut. Ibu penulis misalnya terpaksa memasak

    menggunakan kentang manis muda. Kekurangan bahan makanan menurut Lee Kuan Yew

    berlaku kerana beliau kekalahan tentera Jepun di dalam perang di Pasifik dan Midway

    menyebabkan koloni Jepun kekurangan makanan.34

    Tindakan ini menyebabkan kesusahan

    kepada masyarakat di Tanah Melayu dan Singapura kerana bahan makanan sememangnya

    amat diperlukan oleh manusia dan keadaan di Singapura adalah sangat meruncing semasa

    31Kevin Blackburn, The collective Memory Of The Sook Ching Massacre and The Creation of The Civilian War

    Memorial Of Singapore,(2000) dalam Journal Of Malaysia Branch Royal Asiatic Society, Volume LXXiii Part2,

    hlm 75

    32Ibid

    33Lee Kuan Yew (1998) Memoir Of Lee Kuan Yew: The Singapore Story, Singapore: Times Media Private Limited

    hlm 26

    34Ibid

  • 8/2/2019 hsm 313 (Autosaved)

    10/14

    10

    pendudukan Jepun. Sungguhpun di dalam memoir beliau menulis tentang usaha untuk

    menternak ayam, tetapi ketidakmampuan keluarga penulis untuk memberikan dedak kepada

    ayam menyukarkan usaha itu.35

    Jika merujuk kepada latar keadaan di Tanah Melayu dan Singapura semasa pendudukan

    jepun itu, sememangnya terdapat kewajaran untuk mengatakan bahawa kekurangan makanan

    semasa pendudukan Jepun adalah sesuatu yang normal di dalam masa pendudukan Jepun.

    Sebagai contoh, keadaan di Pulau Pinang adalah hampir sama seperti di Singapura di mana

    berlakunya kekurangan makanan. Catuan yang dibuat oleh pihak berkuasa jepun iaitu badan

    kawalan makanan tidak begitu berjaya di dalam mengatasi masalah ini.36

    Keadaan ini

    diburukkan lagi oleh masalah inflasi yang berpunca daripada pengeluaran wang yang

    berlebihan. Apabila kekurangan barangan sudah pastinya akan berlaku inflasi yang

    merencatkan kehidupan masyarakat bandar semasa pendudukan jepun. Menurut Paul H

    Kratoska, masyarakat di Tanah Melayu tidak mendapat bekalan beras daripada Siam dan

    Burma secara konsisten kerana kapal-kapal dagangan jepun di tenggelamkan oleh tentera

    berikat. Selain itu, dasar ekonomi kawalan juga menyebabkan masalah kepada penduduk

    bandar. Bagi Jepun, keperluan makanan sewajarnya ditumpukan kepada keperluan

    ketenteraan Jepun yang mendesak serta semua orang harus berkorban untuk keperluan

    ketenteraan Jepun. Kedua-dua faktor ini telah menyebabkan masalah bekalan makanan yang

    meruncing dalam kalangan masyarakat di Tanah Melayu dan Singapura khususnya

    masyarakat bandar.37

    Selanjutnya kajian lain yang dilakukan oleh sarjana lain turut

    mengutarakan hal yang sama. Misalnya Gumbang Putera merujuk kepada masalah inflasi di

    Pulau Pinang telah memperincikan bahawa pihak berikat telah menenggelamkan banyak

    35Ibid, hlm 27

    36Gumbang Pura, (1987) Masalah Inflasi di Pulau Pinang Semasa Pendudukan Jepun, dalam Pendudukan Jepun

    di Tanah Melayu: Kumpulan Esei pelajar diselenggarakan oleh Paul H Kratoska dan Abu Talib Ahmad, PulauPinang: Pusat Pengajian Ilmu kemanusiaan Universiti Sains Malaysia. Hlm 7437

    Ibid

  • 8/2/2019 hsm 313 (Autosaved)

    11/14

    11

    kapal-kapal perdagangan yang menuju ke Tanah Melayu dan Singapura sehingga

    menyebabkan kekurangan makanan. Kekurangan makanan telah menyebabkan harga

    makanan menjadi sangat mahal.38

    Jika diteliti daripada memoir Lee Kuan Yew serta

    perbandingannya dengan pandangan para sejarawan tentang keadaan ini, sememangnya

    memoir ini tidak mengada-adakan cerita tentang masalah kekurangan bahan makanan

    tersebut. Sebaliknya memoir secara jelas telah menerangkan tentang masalah yang berlaku di

    kawasan bandar seperti di Singapura, Pulau Pinang dan sebagainya.39

    Pasar gelap menurut kamus dewan merujuk kepada kawasan perniagaan yang dijalankan

    secara haram tanpa mendapat kelulusan daripada kerajaan dan beroperasi secara haram.40

    Dalam memorinya, beliau terlibat di dalam perniagaan pasar gelap pada pertengahan 1944.

    Sungguhpun beliau menerima bantuan makanan seperti beras, minyak dan sebagainya. Beliau

    berpendapat bahawa gajinya di dalam pentadbiran jepun adalah tidak mencukupi kerana

    inflasi. Penglibatan beliau adalah sebagai penjual permata dan juga pembekal gam bagi

    kegunaan pejabat di Singapura. 41 penglibatan ini dilakukan oleh penulis memoir bersama

    dengan sahabatnya Nyuk Lin. Jika meninjau kepada latar peristiwa yang berlaku semasa

    pendudukan Jepun, sememangnya kewujudan pasar gelap merupakan sesuatu yang penting di

    dalam kajian tentang peristiwa semasa perang Pasifik di Singapura. kewujudan pasar gelap

    berlaku kerana masalah kekurangan makanan semasa pendudukan jepun. Sungguhpun sudah

    ada sistem kawalan makanan melalui kupon yang dikeluarkan jepun, tidak mampu

    menampung permintaan yang meningkat.42

    Lantas sebahagian peniaga mengambil

    38Gumbang Pura, (1987) Masalah Inflasi di Pulau Pinang Semasa Pendudukan Jepun, dalam Pendudukan Jepun

    di Tanah Melayu: Kumpulan Esei Pelajar, diselenggarakan oleh Paul H Kratoska dan Abu Talib Ahmad, Pulau

    Pinang: Pusat Pengajian Ilmu kemanusiaan Universiti Sains Malaysia. Hlm 77

    39Ibid

    40Teuku Iskandar (1998) Kamus Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm

    41Lee Kuan Yew (1998) Memoir Of Lee Kuan Yew: The Singapore Story, Singapore: Times Media Private Limited

    hlm 28-29

    42Ibid

  • 8/2/2019 hsm 313 (Autosaved)

    12/14

    12

    kesempatan ini bagi menjual barangan dengan cara haram dan penyeludupan. Tambahan

    pula, terdapat sesetengah kumiai yang terlibat dengan perkara tersebut serta rasuah dalam

    kalangan pegawai jepun itu sendiri . Kesannya pasar gelap menjadi sesuatu yang penting

    semasa penjajahan jepun atas faktor survival kehidupan masyarakat.43

    Oleh itu, Lee Kuan

    Yew telah menonjolkan suatu gambaran tentang aktivitinya secara jelas tanpa menafikan

    bahawa beliau adalah antara individu yang mengambil kesempatan semasa pendudukan jepun

    bagi meneruskan kehidupan semasa pendudukan jepun di Singapura antara tahun 1941-

    1945.44

    Kesimpulan.

    Penulisan memoir Lee Kuan Yew: The Singapore Story telah mendedahkan tentang keadaan

    yang berlaku semasa pendudukan Jepun di Singapura semasa perang Pasifik antara tahun

    1941-1945 . Oleh itu, secara keseluruhannya, esei merumuskan bahawa penulisan memoir

    Lee Kuan Yew: The Singapore Story ini secara jujur telah menggambarkan keadaan yang

    berlaku di Singapura semasa penjajahan Jepun. Selanjutnya, memoir ini turut berjaya untuk

    membantu para sarjana untuk memahami situasi yang wujud di Singapura semasa

    pendudukan Jepun seperti kekejaman Jepun, Sook Ching, kekurangan makanan , kewujudan

    pasar gelap dan sebagainya. Memoir ini sememangnya bukan sahaja mampu menjelaskan

    keadaan Singapura semasa pendudukan Jepun, tetapi memoir ini juga dapat digunakan

    sebagai bahan penting di dalam mengkaji sejarah Singapura semasa perang Pasifik (1941-

    1945) secara lebih teratur pada masa hadapan.

    43 Gumbang Pura, (1987) Masalah Inflasi di Pulau Pinang Semasa Pendudukan Jepun, dalam Pendudukan

    Jepundi Tanah Melayu: Kumpulan Esei Pelajar, diselenggarakan oleh Paul H Kratoska dan Abu Talib Ahmad,

    Pulau Pinang: Pusat Pengajian Ilmu kemanusiaan Universiti Sains Malaysia. Hlm 77.

    44Ibid

  • 8/2/2019 hsm 313 (Autosaved)

    13/14

    13

    Bibliografi

    Gumbang Pura, (1987) Masalah Inflasi di Pulau Pinang Semasa Pendudukan Jepun, dalamPendudukan Jepundi Tanah Melayu: Kumpulan Esei Pelajar, diselenggarakan oleh Paul H

    Kratoska dan Abu Talib Ahmad, Pulau Pinang: Pusat Pengajian Ilmu kemanusiaan Universiti

    Sains Malaysia.

    Hayashi Hirofumi, Massacre Of The Chinese Singapore and Its Coverage, dalam New

    Perspective on The Japanese Occupations In Singapore 1941-1942, diselenggarakan oleh

    Akashi Yoji dan Yoshimura Mako, Singapore: National University Of Singapore Press

    Kevin Blackburn, The collective Memory Of The Sook Ching Massacre and The Creation of

    The Civilian WarMemorial Of Singapore,(2000) dalam Journal Of Malaysia Branch Royal

    Asiatic Society, Volume LXXIII Part2

    Lee Kuan Yew (1998) Memoir Of Lee Kuan Yew: The Singapore Story, Singapore: Times

    Media Private Limited

    Ooi Keat Gin(2010),Baik Buruk dan dahsyat pelbagai Wajah Peperangan Dan Akibatnya di

    Asia Tenggara Pada Kurun Ke 20, Siri Syarahan Umum Perlantikan Profesor, Pulau Pinang:

    Penerbitan Universiti Sains Malaysia

    Paul.H.Kratoska(1998) The Japanese Occupations In Malaya 1941-1945 : A Social and

    Economic History, ST Leonard: Allen and Unwind Pte Ltd,

    Teuku Iskandar (1998) Kamus Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

    Pustaka

    Victor Purcell (1967) Chinese In Malaya, Kuala Lumpur: Oxford University Press,

  • 8/2/2019 hsm 313 (Autosaved)

    14/14

    14