Hubungan Antara Agama Dalam Pengamalan Demokrasi Di Malaysia

13
KONSEP TASAUF MENURUT PANDANGAN ORIENTALIS Syed Haashim Bin Syed Abdul Rahman No Matrik: P78833 Penyelia Tugasan: Profesor Dato’ Zakaria Stapa FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

description

ok

Transcript of Hubungan Antara Agama Dalam Pengamalan Demokrasi Di Malaysia

KONSEP TASAUF MENURUT PANDANGAN ORIENTALIS

Syed Haashim Bin Syed Abdul RahmanNo Matrik: P78833

Penyelia Tugasan: Profesor Dato Zakaria Stapa

FAKULTI PENGAJIAN ISLAMUNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA2015KONSEP TASAUF MENURUT PANDANGAN ORIENTALISAbstrakTasauf merupakan salah satu daripada cabang ilmu Islam. Tasauf merupakan perbincangan dan perbahasan mengenai ilmu kejiwaan, akhlak dan ilmu berkenaan dengan sifat-sifat dan amalan untuk penyucian hati (Tazkiyah al-Nufus). Intisari ajaran tasauf ini adalah untuk membentuk asas dan kefahaman yang sebanar dengan segala bentuk pengamalan yang diajarkan di dalam al-Quran dan yang ditunjukkan oleh Nabi SAW. Islam merupakan agama yang menekankan aspek pembangunan yang seimbang di antara fizikal dan pembangunan spiritual. Keinginan nafsu manusia kepada bentuk materialistik merupakan satu perasaan yang harus dikawal dan dibatasi segala kehendaknya supaya diri manusia ini tidak tenggelam di dalam arus keduniaan dan membawa kepada kerosakkan akhlak dan budi pekerti. Ajaran dan pengamalan ilmu tasauf ini amat mendapat tempat juga kepada orang bukan Islam atau Orientalis. Mereka membuat penilaian dan mengambil faedah daripada ilmu ini dan diterapi di dalam kehidupan mereka. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk mengkaji apakah yang dimaksudkan dengan ilmu tasauf pada pandangan Orientalis dan apakah sumber pengambilan ilmu ini pada mereka. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa persamaan dan perbezaan dalam membentuk definisi dan pengambilan sumber ilmu ilmu tasauf ini. Kata Kunci: Kejiwaan, Penyucian Jiwa, Orientalis PendahuluanOrientalis merupakan satu pendekatan oleh cendiakwan orang eropah yang mengkaji dan menganalisis segela bentuk disiplin ilmu seperti politik, sosio-budaya dan segala bentuk tulisan dan pengamalan yang dilakukan oleh masyarakat Asia. Ajaran Islam yang menjadi antara anutan terbesar di Asia ini, menjadi fokus utama kepada para cendiakwan barat ini untuk mengkaji dan mendalami secara langsung segala bentuk ajaran, amalan dan kepercayaan yag dianuti oleh umat Islam. Ajaran tasauf atau ilmu berkenaan dengan kejiwaan ini amat mendapat tempat dikalangan para cendiakwaan barat ini. Perkara ini kerana, di samping membuat penilaian berkenaan dengan ilmu kejiwaan ini, mereka turut mencari model yang terbaik untuk mengisi kekosongan jiwa yang melanda negara barat yang terkesan daripada pembangunan materialistik secara melampau dan meninggalkan agama secara menyeluruh hanya semata-mata memenuhi keperluan kehidupan seharian mereka. Dalam sejarah orientalis, istilah Sufism pertama kali diperkenalkan dan dogunakan oleh seorang pengkaji ilmu-ilmu ketimuran yang ebrasal dari benua eropah yang bertugas di India, Sir Wiliam Jones, dalam karyanya On the Mystical Poetry Of The Persian And Hindus yang diterbitkan pada 1807. Bagi para orientalis Barat, istilah sufi lebih merujuk kepada penulisan dan kajian berkenaan dengan pehamanan dan intisari daripada ajaran dan pemikiran yang mistik, khususnya yang ditampilkan dalam bentuk puisi dan syair. Maka banyak dikalangan orientalis barat ini merujuk dan cenderung mengkaji dan memberi perhatian sepenuhnya berkenaan syair-syair dan punjangga ahli sufi seperti Dwan Hafiz, Rubiyyat Umar al-Khayyam dan Mathnawi Jalaluddin ar-Rumi. (Syamsuddin Arif, 2008:58). Pendekatan kaedah kajian yang dijalankan oleh sebahagian orientalis berkenaan dengan ilmu kesufiaan ini hanya melibatkan kajian teks tanpa memahami bentuk amalan yang diamalkan, simbol yang digunakan dan lafaz-lafaz yang diucapkan serta zikir-zikir yang menjadi kelaziman mereka. Segala bentuk dan makna yang terkandung di dalam teks tulisan para ahli sufi, tidak mampu untuk difahami secara mendalam tentang makna-makna yang diungkapkan oleh mereka tanpa mendalami dan memahami segala bentuk amalan dan pratikal para ahli sufi ini. Namun secara umumnya, kajian orientalis mengenai sufisme sebenarnya dapat dilihat kepada pendekatan mengkaji dan menganalisis teks dan tulisan para ahli tasauf. Mereka mengkaji teori dan doktrin kaum sufi secara meluas dan mendalam. Dalam menganalisis dan mengkaji doktrin dan teks berkenaan tasauf ini, mereka mencari naskah yang ditulis tangan atau manuskrip, kemudian diedit dan diterjemahkan serta diulas secara panjang lebar. Antara contoh yang dapat dilihat adalah kajian dan terjemahan Nicholson berkaitan Mathnawi karya Jalaluddin al-Rumi, Asrar al-Khudi karya Muhammad Iqbal. (Syamsuddin Arif, 2008:65)Kajian dan analisa yang dilakukan oleh para orientalis dapat dilihat dalam pelbagai kaedah dan wacana ilmu seperti kajian teks, penerjemahan dan pengamalan oleh sesetengah pihak, da nada di kalangan cendiakwan ini menerima hidayah dalam penerokaan dan kajian mencari kebenaran ini. Dalam mendalami dan menganalisis ilmu tasauf ini, pelbagai kaedah pendekatan yang dilakukan, maka melahirkan idea dan hasil dapatan yang berbeza antara satu dengan yang lain. Oleh itu penentuan definisi dan pemahaman konsep berkenaan tasauf ini merupakan aspek utama yang perlu difahamai oleh para pengkaji dalam menentukkan sesuatu dan hasil dapatan sesuatu jenis ilmu, khususnya yang berkaitan dengan aspek rohani dan tasauf. Definisi Ilmu Tasauf Menurut OrientalisPendekatan dan kajian yang dilakukan oleh sebahagian orientalis telah menghasilkan beberapa pandangan dan melahirkan kerangka kefahaman yang berbeza dalam memahami tentang ilmu berkenaan dengan kesufian ini. Hasil daripada kefahaman yang telah dibentuk oleh para orientalis ini, maka sebahagian daripada kerangka ini telah menjadi satu kepercayaan dan pegangan oleh orang yang terkemudian, iaitu mereka yang mengikuti pandangan beberapa orang tokoh dalam mengembangkan idea dan kajian mereka. Maka, dalam mendekati sebahagian kajian berkenaan dengan ilmu kesufian ini menurut sebahagian orientalis, telah menetapkan beberapa bentuk dan definisi berkenaan dengan ilmu tasauf ini. Sebahagian mereka bersikap objektif dalam menuangkan idea mereka yang di dapati daripada hasil kajian mereka. The etymology of the Arabic word suf, wool: there is a theory that a group of especially devoted followers of the Prophet Muhammad wore woollen cloaks, which were in those in general use. The word Sufis come from suffa, a rised platform or step, and refer to a group of particularly devoted Muslims who used to assemble on a platform outside the house of the Prophet. (Mark J. Sedwick. 2003:5) Dalam menetapkan dan membentuk kefahaman daripada hasil kajian berkenaan dengan ilmu tasauf ini, sebahagian mereka meletakkan asas kepada pengertian yang bersifat etimologi, mengambil pendekatan menggunakan kata asas dalam membentuk kerangka bagi mendalami secara langsung berkenaan dengan tasauf ini. Pengertian dan makna tasauf ini, merupakan sebahagian daripada pakaian mereka dan menjadi amalan kepada sesetengah sahabat Nabi Muhammad yang sentiasa mengikuti jejak langkahnya dan tinggal berhampiran dengan rumah dan masjid Baginda SAW. Pendekatan dan penghasilan yang dilihat dari sudut etimologi ini, menghasilkan dan menampakkan bahawa terzahir dengan jelas dan nyata bahawa, para pengamal dan orang yang mengikuti tasauf ini secara lansung, telah melatih diri mereka untuk menahan segala keperluan dunia yang berlebihan, hanya sekadar keperluan untuk diri mereka sahaja. Penglibatan mereka dengan Rasulullah SAW secara langsung dalam menerima suruhan dan larangan daripada wahyu. Oleh itu, keseimbangan yang terwujud di dalam jiwa mereka adalah hasil daripada latihan sepanjang pengamalan dan ikutan Mursyid mereka iaitu Rasulullah SAW, mampu mehamami hakikat kehidupan di dunia ini. Allah SWT berfirman: Maksudnya: Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (Surah al-Hadid, 57:20)Penilain dan kefahaman dalam ilmu tasauf akan membawa seseorang itu memahami tujuan dan tanggungjawab dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Hubungan di antara dimensi fizikal dan dimensi spiritual amat berkait rapat dan terwujud hubungan yang berkadar langsung. Kelakuan dan akhlak yang terzahir dalam dimensi fizikal adalah hasil daripada pembentukkan dimensi spiritual. In Islam the two domains-outward and inward-remain more or less distinct, though they bear a very definite relationship to one onother. This relationship can perhaps best be described as follows: the outward religion or exoterism (shariah). The inner Truth or esoterism, that lies at the heart of the religion (haqiqah). The radius proceeding from circumference to the centre represent the mystical or initiatic path (tariqa) the leads from outward observance to inner conviction, from belief to vision, from potency to act. (William Stoddart. 1976: 20) Kewujudan hubungan di antara dimensi fizikal dan spiritual ini, membentuk dan membawa manusia itu mampu mengawal segala perlakuannya menurut undang-undang yang digariskan oleh agama dan bertepatan dengan nilai dan sifat kemanusiaan. Aktiviti dan kelakuan fizikal adalah merupakan segala fikiran dan bentuk tabiat yang kita semaiankannya di dalam jiwa kita. Seperti sabda Nabi SAW: Maksudnya: Ketahuilah bahwa pada jasad terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya, jika ia buruk maka buruklah seluruh jasadnya, ketahuilah itu adalah hati. (Shahih Bukhari)Nilai kehidupan seseorang manusia di dunia ini, amat berkait dengan segala kelakuan dan akhlaknya. Pembentukkan akhlak dan pekerti yang baik memerlukan kepada ilmu dan mujahadah secara berterusan atau istiqmah. Kelakuan yang baik adalah hasil daripada didikan spiritual dan hati yang disemai dengan ilmu, hikmah dan sifat-sifat mahmudah. Oleh itu segala bentuk tindakan dan kelakuan merupakan hasil daripada sejauh mana kefahaman dan penyemaian hati kita terhadap perkara-perkara yang bersifat kebaikkan.Pembentukkan atau jalan untuk melatih jiwa supaya terbentuk nilai dan budi berkerti yang bertepatan dengan jalan yang ditinggalkan oleh Rasulullah, memerlukan satu kaedah atau manhaj yang bersifat sistematik. Jalan ini atau dipanggil sebagai Tariqah merupakan satu keperluan yang amat penting dalam membawa jiwa atau hati menuju kepada jalan yang benar dan disulami dengan nilai-nilai yang baik. Oleh itu, segala sumber dan pendekatan yang diperlukan mestilah mempunyai dasar yang jelas dan asas yang tidak menyalahi syarat-syarat agama. Sumber Ilmu Tasauf Menurut OrientalisPengambilan sumber ilmu di dalam pengamalan ilmu tasauf merupakan asas yang terpenting untuk mengamalkan dan memahami intisari dan konsep tasauf yang sebenar. Hal ini kerana, disiplin mempelajari ilmu tasauf mestilah daripada sumber wayhu dan jalan yang ditinggalkan oleh Rasulullah. Jalan atau tariqah yang salah, akan membawa kepada penyelewengan dan pengamalan yang menyalahi tuntutan agama, dan membawa kepada pembentukkan diri yang menuruti nafsu semata-mata. Sabda Rasulullah SAW: Maksudnya: Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya selagi berpegang dengan keduanya, iaitu Kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah RasulNya". (Riwayat Muslim)Kepentingan dalam pengambilan sumber ilmu dan memahami segala maksud al-Quran dan hadis serta tafsirannya memerlukan kepada kelausan ilmu dan seorang guru yang mmapu untuk menjelaskan kehendak dan maksud daripada nas syarak tersebut. Oleh itu, sumber dan asas kepada ilmu tasauf adalah merupakan elemen yang paling utama bagi seluruh penganut, pengkaji dan pengamal ilmu tasauf, kerana sumber pengambilan ilmu membentuk dan melahirkan segala amalan dan kefahaman kita terhadap agama dan melahirkan amalan kita. Menurut Massignon mengatakan benih-benih tasauf bertaburan di dalam al-Quran. Memang benar, terdapat puluhan ayat di dalam al-Quran yang mengajarkan berkenaan zuhud, zikir, redha, tawakkal, mengutamakan akhirat, pertemuan dengan Allah SWT dan sebagainya. (Syamsuddin Arif, 2008:63) Sebahagian para pengkaji ilmu tasauf ini yang terdiri daripada mereka yang tidak menganut agama Islam, amat begitu teliti dalam membuat dan menganalisa perkara-perkara yang berkaitan dengan spiritual atau kejiwaan. Perkara sebegini, amat sukar untuk dianalisa hanya melalui kajian teks tanpa pengamalan dan penghayatan terhadap budaya dan amalan spiritual seperti amalan zikir, puasa, solat dan sebagainya.Segala bentuk dan sifat yang diamalkan oleh ahli tasauf adalah merupakan intisari dan kehendak daripada al-Quran dan sunnah itu sendiri. Para pengamal ahli tasauf ini, mereka sebenarnya menjadi penterjemah kepada kehendak wahyu untuk di amalkan di dalam kehidupan mereka. Allah SWT berfirman: Maksudnya: "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Surah al-Rad, 13:28)Sufism is the spirituality or mysticism of the religion of Islam. Mysticism makes its appareance, as an inward dimension, in very religion, and to attempt to separate the mystical element from the religion which is its aoutward support is an arbitrary act of violence which cannot but be fatal to the mysticism, or spiritual path, concerned. (William Stoddart. 1976: 18)Sufi atau dikenali sebagai ilmu yang berkaitan dengan kejiwaan, adalah merupakan satu ajaran yang menjadi asas kepada agama Islam. Pembentukkan dan penjalinan antara hubungan fizikal dan spiritual adalah satu jalinan yang memerlukan dan melengkapkan antara satu dengan yang lain. Kehidupan di dunia merupakan satu tempat persinggahan ke akhirat. Oleh itu segala kelakuan yang dilakukan semasa di dunia merupakan natijah yang terhasil daripada didikan jiwa sama ada membawa kepada ajaran Islam yang benar atau menyeleweng dari tuntutan agama. KesimpulanPengkajian dan pendekatan dalam mendalami ilmu tasauf ini merupakan satu pelayaran yang memerlukan ilmu dan mujahadah yang tinggi. Dalam memahami serta menghayati inti daripada ajaran tasauf ini mestilah melalui jalan yang yang ditunjukki oleh Nabi SAW. Di samping itu juga, ilmu tasauf ini merupakan satu cabang daripada ilmu Islam yang menekankan aspek kerohanian dan pembersihan jiwa. Konsep dan perkara terpenting kepada pembentukkan asas ilmu tasauf yang benar adalah sumber yang di ambil berkenaan dengan ilmu tersebut. Wahyu dan penerangan daripada Nabi SAW adalah perkara wajib yang perlu di dahulukan dan menjadi asas utama dalam pembentukkan kerangka tasauf.Para penganalisis dan pengkaji memerlukan satu kefahaman yang tinggi, pengetahuan tentang budaya dan amalan serta kesungguhan dalam membentuk kerangka idea berkenaan dengan tasauf ini.

BIBILIOGRAFICarl W. Ernst. 1994. Words Of Ecstasy In Sufism. New York. S. Abdul Majeed & Co. Lloyd Ridgeon.2008. Sufism: Critical Concept In Islamic Studies. London. Routledge Taylor & Francis Group. Mark J. Sedwick. 2003. Sufism: The Essentials. Cairo. The American University In Cairo Press. Nathaniel P. Archer. 1980. The Sufi Mystery. London. The Octogon Press. Syamsuddin Arif. 2008. Orientalisme Dan Diabolisme Pemikiran. Jakarta. Gema InsaniTood Lawson. 2005. Reason And Inspiration In Islam: Theology, Philosophy And Mysticsim In Muslim Thought. London. The Institute Of Ismaili Studies. William Stoddart. 1976. Sufism: The Mystical Doctrinws And Methods Of Islam. United Kindom. Thorson Publisher Limited.