HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN · PDF file1.10.2 Harga Diri Tinggi 11 1.10.3 Harga diri...

26
HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN PENCAPAIAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AZMI BIN MAHMOOD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN · PDF file1.10.2 Harga Diri Tinggi 11 1.10.3 Harga diri...

Page 1: HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN  · PDF file1.10.2 Harga Diri Tinggi 11 1.10.3 Harga diri Rendah 11 1.10.4 Pencapaian 11 1.10.5 Kemahiran hidup 12 1.10 Penutup 13 2 SOROTAN

HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN PENCAPAIAN MATA

PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

AZMI BIN MAHMOOD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN  · PDF file1.10.2 Harga Diri Tinggi 11 1.10.3 Harga diri Rendah 11 1.10.4 Pencapaian 11 1.10.5 Kemahiran hidup 12 1.10 Penutup 13 2 SOROTAN

` PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN PENCAPAIAN

MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya AZMI BIN MAHMOOD

( HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran

antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan SULIT atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam akta rahsia rasmi 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: DR. YEO KEE JIARLOT 566 KG JENERAK TAWANG, 16020 BACHOK KELANTAN Tarikh: APRIL 2009 Tarikh: APRIL 2009

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/

organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 3: HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN  · PDF file1.10.2 Harga Diri Tinggi 11 1.10.3 Harga diri Rendah 11 1.10.4 Pencapaian 11 1.10.5 Kemahiran hidup 12 1.10 Penutup 13 2 SOROTAN

PENGESAHAN PENYELIA

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya ini adalah

memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup)

Tandatangan : …………………………………………………..........

Nama Penyelia : DR. YEO KEE JIAR

Tarikh : APRIL 2009

Page 4: HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN  · PDF file1.10.2 Harga Diri Tinggi 11 1.10.3 Harga diri Rendah 11 1.10.4 Pencapaian 11 1.10.5 Kemahiran hidup 12 1.10 Penutup 13 2 SOROTAN

HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN PENCAPAIAN MATA

PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

AZMI BIN MAHMOOD

Laporan Projek Ini Dikemukakan sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2009

Page 5: HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN  · PDF file1.10.2 Harga Diri Tinggi 11 1.10.3 Harga diri Rendah 11 1.10.4 Pencapaian 11 1.10.5 Kemahiran hidup 12 1.10 Penutup 13 2 SOROTAN

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ………………………………………………….

Nama Penulis : AZMI BIN MAHMOOD

Tarikh : APRIL 2009

Page 6: HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN  · PDF file1.10.2 Harga Diri Tinggi 11 1.10.3 Harga diri Rendah 11 1.10.4 Pencapaian 11 1.10.5 Kemahiran hidup 12 1.10 Penutup 13 2 SOROTAN

iii

DEDIKASI

Dengan Nama ALLAH yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dengan keizinanNya jua, Ku bersyukur atas rahmatNya,

Dengan keizinanNya jua maka dapatlah ku siapkan

laporan Projek Sarjana Muda ini.

Khas buat,

Arwah ibu dan ayah serta ibu mertua yang disanjungi dan di kasihi,

Doa dan pengorbanan kalian amat ku hargai.

Teristimewa buat isteriku,

Noor Ziram Binti Che Ismail

Anak-anak tersayang,

Azrin, Azyan, Azfar dan Azza,

Dorongan, pengorbanan, dan kesabaran mu sentiasa mengiringiku.

Buat kawan-kawan…

Teruskan jalan yang kurintis ini sehingga ke puncak jaya

Jadikanlah kejayaan ini sebagai pendorong buat kalian.

Buat ahli keluargaku,

Bantuan dan sokongan kalian takkan ku lupakan

Semoga ALLAH akan sentiasa memberikan limpah rahmat serta

hidayahNya kepada kalian

Page 7: HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN  · PDF file1.10.2 Harga Diri Tinggi 11 1.10.3 Harga diri Rendah 11 1.10.4 Pencapaian 11 1.10.5 Kemahiran hidup 12 1.10 Penutup 13 2 SOROTAN

iv

PENGHARGAAN

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA

MENGASIHANI

Assalamumualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Segala puji bagi Allah S.W.T pemilik sekalian alam dan selawat serta salam

ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarganya, sahabat-sahabat

dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah ke hari kiamat. Syukur

kepada Allah S.W.T kerana dengan taufik dan hidayahnya, telah mengizinkan saya

menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini.

Di kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ikhlas

kepada Dr. Yeo Kee Jiar selaku pensyarah pembimbing projek ini yang telah banyak

memberi tunjuk ajar, panduan dan kerjasama yang sepenuhnya. Berkat dedikasi serta

kesungguhan beliau segala komitmen dapat diatasi. Juga penghargaan dan terima

kasih kepada Jabatan Negeri Kelantan, pengetua-pengetua, guru-guru serta pelajar-

pelajar di Negeri Kelantan yang sudi memberi kerjasama yang sangat

memberangsangkan.Tidak lupa juga kepada rakan-rakan terutamanya Zulkarnain,

Yarol dan lain-lain lagi yang banyak membantu dan memberi idea kepada saya

semasa membuat tugasan ini. Akhir kata semoga Allah S.W.T melimpahkan rahmat

ke atas mereka yang telah menyumbang kerjasama untuk menyiapkan Laporan Projek

Sarjana Muda ini.

Terima kasih yang tidak terhingga.

Page 8: HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN  · PDF file1.10.2 Harga Diri Tinggi 11 1.10.3 Harga diri Rendah 11 1.10.4 Pencapaian 11 1.10.5 Kemahiran hidup 12 1.10 Penutup 13 2 SOROTAN

v

ABSTRAK

Pelajar yang mempunyai harga diri tinggi biasanya melibatkan diri dalam

strategi pengukuhan atau peningkatan kendiri dan melihat diri secara positif. Kajian

ini bertujuan untuk mengenal pasti korelasi antara harga diri dengan matamata

pelajaran Kemahiran Hidup dalam kalangan 100 orang pelajar dari dua buah sekolah

menengah. Setiap pelajar diberi satu set borang soal selidik yang telah diuji

kebolehpercayaannya dengan nilai alfa Cronbach 0.821. Data kajian telah dianalisis

dengan menggunakan perisian SPSS versi 15.0 untuk menentukan frekuensi, peratus,

dan min. Kaedah korelasi Pearson digunakan untuk menentukan korelasi antara harga

diri dengan pencapaian dalam Kemahiran Hidup. Di samping itu, ujian-t digunakan

untuk menganalisis perbezaan antara harga diri dengan pencapaian merentas jantina

dan tahap pencapaian yang tinggi dan rendah. Dapatan kajian menunjukkan

kebanyakan pelajar mempunyai tahap harga diri yang sederhana. Seterusnya, analisis

juga menunjukkan tidak terdapat korelasi antara harga diri dengan pencapaian dalam

Kemahiran Hidup. Ujian-t pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang

signifikan antara harga diri dengan pencapaian dalam Kemahiran Hidup antara pelajar

lelaki dan perempuan. Beberapa cadangan telah dikemukakan untuk terus

meningkatkan harga diri pelajar, dan secara tidak langsung dapat mengukuhkan

pencapaian mereka.

Page 9: HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN  · PDF file1.10.2 Harga Diri Tinggi 11 1.10.3 Harga diri Rendah 11 1.10.4 Pencapaian 11 1.10.5 Kemahiran hidup 12 1.10 Penutup 13 2 SOROTAN

vi

ABSTRACT

Students with high self-esteem are most likely to engage in self-enhancing

strategies and view themselves favorably. This study aimed to evaluate the

correlation between self-esteem with subject achievement of secondary school

students in the subject of Living Skills. Respondents constitute 100 students from

two selected schools. Each student was given a set of questionnaire where the

reliability was 0.821 at Cronbach’s Alpha. Data was analyzed by using SPSS’s

software 15.0 to determine frequency, percentage and mean. Pearson correlation

method had been used to look at the correlation between self-esteem and achievement

in the subject of Living Skills. Apart from this, t-test was carried out to analyzed the

difference in self-esteem across gender and high and low achievers in the subject.

Result indicated that most students have moderate level of self-esteem. It was also

found that there was no correlation between self-esteem and achievement in Living

Skills. Result from t-test also indicated that there was no significant difference

between self-esteem and achievement in Living Skills between male and female

students. However, some suggestions have been proposed to further improve the self-

esteem of students, and indirectly may enhance students achievement.

Page 10: HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN  · PDF file1.10.2 Harga Diri Tinggi 11 1.10.3 Harga diri Rendah 11 1.10.4 Pencapaian 11 1.10.5 Kemahiran hidup 12 1.10 Penutup 13 2 SOROTAN

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

BORANG PENGESAHAN STATUS

PENGESAHAN PEMBIMBING

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH ` xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

Page 11: HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN  · PDF file1.10.2 Harga Diri Tinggi 11 1.10.3 Harga diri Rendah 11 1.10.4 Pencapaian 11 1.10.5 Kemahiran hidup 12 1.10 Penutup 13 2 SOROTAN

viii

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Hipotesis Kajian 7

1.7 Rasional Kajian 7

1.8 Kepentingan Kajian 8

1.8.1 Pelajar 8

1.8.2 Ibu bapa 9

1.8.3 Guru-guru Kemahiran Hidup 9

1.8.4 Pihak sekolah 9

1.9 Batasan Kajian 10

1.10 Definasi Operasional 10

1.10.1 Harga Diri 10

1.10.2 Harga Diri Tinggi 11

1.10.3 Harga diri Rendah 11

1.10.4 Pencapaian 11

1.10.5 Kemahiran hidup 12

1.10 Penutup 13

2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 Konsep Harga Diri 14

2.3 Hubungan antara harga diri dengan

pencapaian mata pelajaran Kemahiran Hidup. 16

2.4 Teori Pembelajaran 17

2.4.1 Teori humanistik 17

2.4.2 Teori Erikson 19

2.4.3 Teori Perkembangan Kognitif Jean

Piaget 22

2.4.4 Teori Tingkah Laku 24

Page 12: HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN  · PDF file1.10.2 Harga Diri Tinggi 11 1.10.3 Harga diri Rendah 11 1.10.4 Pencapaian 11 1.10.5 Kemahiran hidup 12 1.10 Penutup 13 2 SOROTAN

ix

2.5 Kajian Lepas 25

2.5.1 Kajian Lepas Luar Negara 26

2.5.2 Kajian Lepas Dalam Negara 28

2.6 Penutup 30

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 31

3.2 Rekabentuk Kajian 31

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 32

3.4 Instumen Kajian 33

3.5 Kajian Rintis 34

3.6 Prosedur Kajian 35

3.7 Analisis Data 36

3.7.1 Ringkasan Kaedah Analisis Data 36

3.7.2 Analisis Deskriptif 37

3.7.3 Analisis Inferensi 38

3.8 Penutup 39

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 40

4.2 Analisis Bahagian A 41

4.2.1 Jantina 41

4.2.2 Bangsa 42

4.2.3 Pekerjaan Bapa 42

4.2.4 Markah 43

Page 13: HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN  · PDF file1.10.2 Harga Diri Tinggi 11 1.10.3 Harga diri Rendah 11 1.10.4 Pencapaian 11 1.10.5 Kemahiran hidup 12 1.10 Penutup 13 2 SOROTAN

x

4.3 Analisis Bahagian B 44

4.3.1 Persoalan Kajian Pertama 44

4.3.2 Persoalan Kajian Kedua 48

4.3.3 Persoalan Kajian Ketiga 49

4.3.4 Persoalan Kajian Keempat 50

4.4 Penutup 51

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 52

5.2 Perbincangan Hasil Kajian 53

5.2.1 Perbincangan Latar Belakang Pelajar 53

5.2.2 Perbincangan Hasil Analisis Bagi

Tahap Harga Diri Pelajar Dalam Mata

Pelajaran Kemahiran Hidup. 54

5.2.3 Perbincangan hasil analisis sama ada

terdapat hubungan yang signifikan

antara harga diri dengan pencapaian

mata pelajaran Kemahiran Hidup. 55

5.2.4 Perbincangan hasil analisis sama ada

terdapat perbezaan yang signifikan

antara harga diri pelajar yang mendapat

pencapaian tinggi dengan pencapaian

rendah dalam mata pelajaran Kemahiran

Hidup. 56

5.2.5 Perbincangan hasil analisis sama ada

terdapat perbezaan yang signifikan

antara harga diri pelajar lelaki dengan

pelajar perempuan. 57

5.3 Rumusan 58

5.4 Cadangan Kajian 59

Page 14: HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN  · PDF file1.10.2 Harga Diri Tinggi 11 1.10.3 Harga diri Rendah 11 1.10.4 Pencapaian 11 1.10.5 Kemahiran hidup 12 1.10 Penutup 13 2 SOROTAN

xi

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 60

5.6 Penutup 61

RUJUKAN 62

LAMPIRAN A 67

Page 15: HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN  · PDF file1.10.2 Harga Diri Tinggi 11 1.10.3 Harga diri Rendah 11 1.10.4 Pencapaian 11 1.10.5 Kemahiran hidup 12 1.10 Penutup 13 2 SOROTAN

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

2.2 Peringkat Perkembangan Kognitif Mengikut Jean Piaget 21

3.1 Latar Belakang Responden. 30

3.2 Tahap Harga Diri Pelajar Dalam Mata Pelajaran

Kemahiran Hidup 30

3.3 Jadual Skala Likert 31

3.4 Jadual Ringkasan Kaedah Analisis Data 33

3.5 Tahap Penilaian Min 34

3.6 Tahap Pencapaian Pelajar 35

3.7 Jadual Nilai Korelasi dan Interpretasi 36

4.1 Taburan Frekuensi dan Peratusan Pelajar

Mengikut Jantina 38

4.2 Taburan Frekuensi dan Peratusan Pelajar

Mengikut Bangsa 38

4.3 Taburan Frekuensi dan Peratusan Pelajar

Mengikut Pekerjaan Bapa 39

4.4 Taburan Frekuensi dan Peratusan Pelajar

Mengikut Markah Peperiksaan Akhir Tahun

di Tingkatan satu 40

4.5 Rumusan Analisis Tahap Harga Diri Pelajar

Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 41

4.6 Analisis Hubungan Korelasi Antara Harga Diri

Dengan Pencapaian Mata Pelajaran Kemahiran

Hidup 45

Page 16: HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN  · PDF file1.10.2 Harga Diri Tinggi 11 1.10.3 Harga diri Rendah 11 1.10.4 Pencapaian 11 1.10.5 Kemahiran hidup 12 1.10 Penutup 13 2 SOROTAN

xiii

4.7 Analisis Ujian-t Antara Harga Diri Pelajar

Yang Mendapat Pencapaian Tinggi Dengan

Pencapaian Rendah Dalam Mata Pelajaran

Kemahiran Hidup 46

4.8 Analisis Ujian-t Terhadap Harga Diri Pelajar Lelaki

dan Pelajar Perempuan 51

Page 17: HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN  · PDF file1.10.2 Harga Diri Tinggi 11 1.10.3 Harga diri Rendah 11 1.10.4 Pencapaian 11 1.10.5 Kemahiran hidup 12 1.10 Penutup 13 2 SOROTAN

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Hieraki Keperluan Maslow 16

Page 18: HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN  · PDF file1.10.2 Harga Diri Tinggi 11 1.10.3 Harga diri Rendah 11 1.10.4 Pencapaian 11 1.10.5 Kemahiran hidup 12 1.10 Penutup 13 2 SOROTAN

xv

SENARAI SINGKATAN

Bil. : Bilangan

PIPP : Program Induk Pembangunan Pendidikan

KPM : Kementerian Pelajaran Malaysia

SMK : Sekolah Menengah Kebangsaan

FPN : Falsafah Pendidikan Negara

EPRD : Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

JPNK : Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan

UTM : Universiti Teknologi Malaysia

SPSS : Standard Package For Social Sciences

STS : Sangat Tidak Setuju

TS : Tidak Setuju

TP : Tidak Pasti

S : Setuju

SS : Sangat Setuju

SP : Sisihan Piawai

Page 19: HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN  · PDF file1.10.2 Harga Diri Tinggi 11 1.10.3 Harga diri Rendah 11 1.10.4 Pencapaian 11 1.10.5 Kemahiran hidup 12 1.10 Penutup 13 2 SOROTAN

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Set Soal Selidik 63

B Surat Akuan Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia 68

C Surat Kebenaran (EPRD) 69

D Surat Kebenaran, Jabatan Pendidikan Negeri

Kelantan (JPNK) 70

Page 20: HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN  · PDF file1.10.2 Harga Diri Tinggi 11 1.10.3 Harga diri Rendah 11 1.10.4 Pencapaian 11 1.10.5 Kemahiran hidup 12 1.10 Penutup 13 2 SOROTAN

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi, dan

jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan

untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara (Pusat Perkembangan Kurikulum,

2006).

Bagi memperkasakan tahap pendidikan di Malaysia, pelbagai usaha telah

dijalankan antaranya ialah memperkenalkan subjek Kemahiran Hidup. Reka bentuk

mata pelajaran Kemahiran Hidup merupakan satu subjek yang menggabungkan teori

dan kemahiran asas bagi membolehkan pelajar mengendalikan kehidupan seharian

secara produktif di dalam dunia teknologi dan perdagangan yang komplek dan sering

berlaku perubahan. Kebanyakan komponen mata pelajaran Kemahiran Hidup ini

melibatkan kerja amali.

Page 21: HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN  · PDF file1.10.2 Harga Diri Tinggi 11 1.10.3 Harga diri Rendah 11 1.10.4 Pencapaian 11 1.10.5 Kemahiran hidup 12 1.10 Penutup 13 2 SOROTAN

2

Kemahiran Hidup adalah satu mata pelajaran amali yang ditawarkan di

peringkat sekolah rendah dan menengah yang berhasrat untuk memupuk celik

teknologi, kesedaran ekonomi dan pengurusan diri. Kemahiran yang dibekalkan

adalah merupakan aktiviti yang amat berguna dalam kehidupan seharian seperti

membuka pasang, menyelenggara, membaiki kerosakan kecil, mengusaha niagakan

barang, menanam, menternak, memasak, menjahit mengurus diri dan kerja.

Mata pelajaran Kemahiran Hidup bertujuan untuk membentuk sebuah

masyarakat yang berorientasikankan teknologi selaras dengan hasrat negara dan

perkembangan industri elektronik yang pesat berkembang di negara ini. Secara tidak

langsung akan menimbulkan kesedaran kepada murid-murid agar peka terhadap

perkembangan dan perubahan teknologi dengan harapan untuk melahirkan

masyarakat yang cenderung dengan perkembangan baru berasaskan kepada Sains

dan Teknologi.

Dengan adanya mata pelajaran yang bercorak amali dan praktis,

membolehkan murid-murid menggunakan alat-alat tangan untuk membuat perkakas

yang mudah, mengendali, menyelenggara dan membaik pulih alat atau mesin yang

mudah. Penguasaan kemahiran ini dapat membantu murid-murid mengatasi masalah

dalam kehidupan harian yang banyak bergantung kepada kemajuan teknologi.

Dalam pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup di

sekolah memerlukan kesediaan, kebolehan, kemampuan dan kecekapan pelajar untuk

memahami mata pelajaran tersebut. Dalam konteks ini kemampuan yang diperlukan

oleh pelajar tidak terbatas pada kebolehan kognitif sahaja, malah faktor-faktor

psikologi seperti minat, motivasi, persekitaran, konsep kendiri dan harga diri turut

menyumbang kepada pencapaian pelajar.

Untuk memantapkan lagi usaha tersebut, maka sifat-sifat psikologi juga perlu

diberi penekanan. Kajian mengenai hubungan antara harga diri dengan pencapaian

pelajar perlu dilakukan. Menurut Paul Lewis (1993) dalam Chai Pik Yee (2006),

harga diri merupakan pandangan dan keyakinan yang ada dalam batin seseorang.

Pandangan dan keyakinan seseorang individu itu akan terserlah apabila menganggap

dirinya berharga, mempunyai kemampuan dan disukai.

Page 22: HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN  · PDF file1.10.2 Harga Diri Tinggi 11 1.10.3 Harga diri Rendah 11 1.10.4 Pencapaian 11 1.10.5 Kemahiran hidup 12 1.10 Penutup 13 2 SOROTAN

3

Harga diri atau gambaran diri sendiri didefinisikan sebagai pandangan

seseorang individu itu terhadap keupayaan, kebolehan serta penampilan fizikal diri

sendiri, juga melibatkan pendapat dan persepsi orang lain terhadap individu itu.

Sama ada positif atau negatif konsep harga diri seseorang banyak bergantung pada

persepsi sendiri yang dipengaruhi oleh motivasi dalaman atau luaran. Jika dengan

menilai diri sendiri sebagai positif, ini jelas menunjukkan individu tersebut berjaya

menampilkan motivasi dalaman yang tinggi yang ada dalam diri individu itu.

Dengan pergaulan sosial yang positif serta mendapat banyak dorongan dari faktor

luaran untuk berbuat sesuatu, seseorang individu itu dikatakan bermotivasi

disebabkan oleh ganjaran, pengukuhan dan peneguhan yang diberikan oleh

persekitaran.

Menurut William James (1983), harga diri bermaksud satu konsep dalam

psikologi yang melibatkan mental. Menurut Tafarodi, Marshall & Milne (2003),

dalam Ridi Anak Juri (2008), harga diri dibahagikan kepada dua jenis, iaitu harga

diri tinggi dan harga diri rendah. Bagi mereka yang mempunyai harga diri tinggi

memaparkan ciri-ciri yang membantunya mempelajari sesuatu dengan lebih yakin.

Begitu juga sebaliknya akan berlaku jika pelajar memiliki harga diri yang rendah.

Kajian telah menunjukkan bahawa kemampuan seseorang menguasai

pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu mata pelajaran dipengaruhi oleh banyak

faktor seperti persekitaran, baka, sosial, emosi, konsep kendiri, harga diri dan

sebagainya. Harga diri yang tinggi memainkan peranan untuk meningkatkan

semangat dan keyakinan seseorang pelajar. Menurut Coopersmith (1968), harga diri

mempunyai pengaruh yang besar terhadap pencapaian seseorang. Pencapaian

akademik sering kali dikaitkan dengan harga diri yang tinggi manakala harga diri

yang rendah dikaitkan dengan kegagalan (Burns, 1982). Menurut J. Maurus (1996),

menyatakan bahawa setiap pelajar mesti memiliki harga diri untuk berjaya.

Sekiranya harga diri pelajar terlalu rendah, maka mereka tidak yakin dalam

menjalani kehidupan.

Page 23: HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN  · PDF file1.10.2 Harga Diri Tinggi 11 1.10.3 Harga diri Rendah 11 1.10.4 Pencapaian 11 1.10.5 Kemahiran hidup 12 1.10 Penutup 13 2 SOROTAN

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah atau secara

ringkasnya dikenali sebagai mata pelajaran Kemahiran Hidup (KH) ialah mata

pelajaran teras berunsurkan teknologi dalam Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Mata

pelajaran ini digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dirancang untuk

meningkatkan lagi daya pengeluaran negara melalui penglibatan masyarakat dan

tenaga kerja secara produktif berlandaskan teknologi sejajar dengan dasar dan

keperluan negara selaras dengan Wawasan 2020.

Kurikulum Kemahiran Hidup bertujuan untuk melahirkan pelajar dan

generasi yang mempunyai kemahiran asas yang baik bagi membolehkan mereka

mengendalikan kehidupan dengan lebih produktif dalam dunia yang canggih dan

berteknologi. Dalam mata pelajaran ini juga tumpuan utama adalah kepada

penguasaan kemahiran dalam Bidang Reka Bentuk dan Teknologi, Perniagaan dan

Keusahawanan. Kemahiran dalam Bidang Reka Bentuk dan Teknologi membolehkan

pelajar mengeluarkan idea yang kreatif, inovatif dan inventif (Kurikulum Bersepadu

Sekolah Rendah, 2002). Untuk merealisasikan kejayaan pelaksanaan mata pelajaran

Kemahiran Hidup, komitmen semua pihak yang terlibat amat diperlukan. Di

samping itu, penyertaan secara serius oleh pelajar dalam proses pengajaran dan

pembelajaran adalah aspek penting bagi memastikan pelajar benar-benar dapat

menguasai kemahiran yang ingin disampaikan oleh guru (Noriah Kamaruddin, 2006)

dalam Atar Anak Ghiret (2008). Selain daripada memperolehi ilmu pengetahuan dan

kemahiran, pendidikan yang diterima oleh pelajar juga seharusnya dapat

menimbulkan minat dan keyakinan mereka untuk menimba ilmu.

Dari aspek pedagogi pula, guru yang mengajar Kemahiran Hidup harus

mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya pelajar tidak bosan dan dapat menarik

minat pelajar. Antara kaedah pengajaran dan pembelajaran adalah seperti

demonstrasi, projek, media, syarahan, simulasi, penyelesaian masalah, inkuiri

penemuan dan juga kaedah perbincangan. Keberkesanan pengajaran juga

bergantung kepada kebolehan dan sikap seseorang guru itu sendiri.

Page 24: HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN  · PDF file1.10.2 Harga Diri Tinggi 11 1.10.3 Harga diri Rendah 11 1.10.4 Pencapaian 11 1.10.5 Kemahiran hidup 12 1.10 Penutup 13 2 SOROTAN

5

Walau bagaimana pun nilai murni, sikap positif dan budaya kerja yang baik

diterapkan semasa menjalankan aktiviti amali agar kesepaduan dalam mata pelajaran

ini dapat diwujudkan. Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah

untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi serta

kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah

untuk kehidupan harian (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2002).

Menurut Ee Ah Meng (1991), bagi memupuk nilai dan sikap yang positif

dalam kalangan murid-murid, guru hendaklah cuba menerapkan nilai-nilai bagi

setiap pelajaran yang disampaikan. Langkah kerajaan memperkenalkan mata

pelajaran Kemahiran Hidup bagi memberikan kemahiran asas adalah satu langkah

yang bijak dan tepat. Namun kejayaan atau kegagalan dalam sesuatu sistem

pendidikan yang diperkenalkan bukanlah bergantung pada pihak kerajaan sahaja.

Kerjasama dari semua pihak, termasuk guru, ibu bapa dan masyarakat umum sangat

perlu dalam merealisasikan kejayaan ini.

Dalam kajian ini, pengkaji dapat melihat hubungan antara harga diri dengan

pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup sekolah menengah.

Dalam hal ini, pengkaji juga ingin mengenal pasti perbezaan antara harga diri pelajar

yang mendapat pencapaian tinggi dan pencapaian rendah serta perbezaan antara

harga diri pelajar lelaki dan pelajar perempuan.

1.3 Penyataan Masalah

Selaras dengan Wawasan 2020, peranan pendidikan adalah untuk membantu

merealisasikan hasrat Malaysia menjadi sebuah negara maju sepenuhnya. Para

pelajar bertanggungjawab melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan bersedia

untuk menempuh apa jua dugaan dan halangan yang bakal mendatang. Oleh yang

demikian faktor perbezaan latar belakang keluarga, personaliti, harga diri serta corak

pengajaran dan pembelajaran di sekolah perlu dikaji dari segi perkaitannya dengan

pencapain akademik pelajar.

Page 25: HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN  · PDF file1.10.2 Harga Diri Tinggi 11 1.10.3 Harga diri Rendah 11 1.10.4 Pencapaian 11 1.10.5 Kemahiran hidup 12 1.10 Penutup 13 2 SOROTAN

6

Dalam meninjau hubungan pelbagai faktor dengan pencapaian pelajar, maka

salah satu faktor yang menjadi minat pengkaji ialah harga diri. Oleh yang demikian,

penyelidik ingin ingin mengkaji hubungan antara harga diri dengan pencapaian mata

pelajaran Kemahiran Hidup pelajar sekolah menengah.

1.4 Objektif Kajian

Penyelidik menggariskan empat objektif untuk dicapai menerusi kajian ini.

Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti:

i) Tahap harga diri pelajar dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup.

ii) Hubungan antara harga diri dengan pencapaian dalam Mata Pelajaran

Kemahiran Hidup.

iii) Perbezaan antara harga diri pelajar yang mendapat pencapaian tinggi

dan pencapaian rendah dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup.

iv) Perbezaan antara harga diri pelajar lelaki dan pelajar perempuan.

1.5 Persoalan Kajian

Untuk mencapai tujuan dan objektif kajian, penyelidik akan mendapatkan

jawapan kepada persoalan berikut :

i) Apakah tahap harga diri pelajar dalam mata pelajaran Kemahiran

Hidup?

ii) Adakah terdapat hubungan antara harga diri dengan pencapaian dalam

mata pelajaran Kemahiran Hidup?

Page 26: HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN  · PDF file1.10.2 Harga Diri Tinggi 11 1.10.3 Harga diri Rendah 11 1.10.4 Pencapaian 11 1.10.5 Kemahiran hidup 12 1.10 Penutup 13 2 SOROTAN

7

iii) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara harga diri pelajar

yang mendapat pencapaian tinggi dan pencapaian rendah dalam mata

pelajaran Kemahiran Hidup?

iv) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara harga diri pelajar

lelaki dan pelajar perempuan?