HUBUNGAN ANTARA KERJA RUMAH DENGAN PENCAPAIAN … · i hubungan antara kerja rumah dengan...

27
HUBUNGAN ANTARA KERJA RUMAH DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH HARIAN BIASA LIM WAI WAI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of HUBUNGAN ANTARA KERJA RUMAH DENGAN PENCAPAIAN … · i hubungan antara kerja rumah dengan...

i

HUBUNGAN ANTARA KERJA RUMAH DENGAN PENCAPAIAN

AKADEMIK DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

HARIAN BIASA

LIM WAI WAI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

.

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS P

JUDUL : HUBUNGAN ANTARA KERJA RUMAH DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK

DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH HARIAN BIASA

SESI PENGAJIAN : 2007/2008

Saya LIM WAI WAI

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara

institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Alamat Tetap: LIM WAI WAI, 27, LALUAN BERCHAM UTARA 1, TAMAN UTAMA, BERCHAM, 31400 IPOH, PERAK Tarikh: 30 APRIL 2008 Tarikh: 30 APRIL 2008

DR YEO KEE JIAR (Nama Penyelia)

(TANDATANGAN PENULIS)

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

iii

“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)”.

Tandatangan :

Nama Penyelia : DR YEO KEE JIAR

Tarikh : 30 APRIL 2008

i

HUBUNGAN ANTARA KERJA RUMAH DENGAN PENCAPAIAN

AKADEMIK DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

HARIAN BIASA

LIM WAI WAI

AP 040084

4SPN

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai

Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil penulisan saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :

Nama Penulis : LIM WAI WAI

Tarikh : APRIL 2008

iii

DEDIKASI

Buat istimewa bagi,

Buddha, dhamma dan sangka.

Ibu dan bapa yang tersayang dan tercinta,

Ng Ah Kang

Lim Han Chee

Terima kasih tidak terhingga ke atas segala pengorbanan dan didikanmu yang

mendorong anakmu berjaya di dunia dan akhirat..

Sekalung budi dan penghargaan juga untuk tiga orang abang yang disayangi,

Lim Kin Voon , Lim Kim Yen dan Lim Kim Seng

Serta rakan-rakan yang memberi tunjuk ajar dan bantuan,

Bertuah dan bersyukur dapat mengenalimu.

Dan buat kepada para pensyarah yang dihormati dan kasihi.

Terima kasih atas segala jasa, bimbingan, komitmen dan dorongan yang dihulurkan.

iv

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Buddha, Dhamma dan Sangka, kerana

dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan projek ini dengan baik dan lancar.

Pelbagai pihak telah terlibat langsung ataupun tidak langsung dalam usaha

membantu penyelidik melengkapkan Projek Sarjana Muda ini. Di sini, penyelidik

ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada

penyelia saya iaitu Dr. Yeo Kee Jiar yang telah memberikan pelbagai tunjuk ajar,

bimbingan, penjelasan dan kesudian meluangkan masa serta tenaga untuk membantu

saya apabila saya menghadapi masalah atau kesulitan dalam menyiapkan projek ini.

Penghargaan turut ditujukan kepada Prof Madya Aziz Bin Nordin yang memberi

cadangan kepada saya dalam penulisan Bab 3.

Setinggi-tinggi penghargaan juga dirakamkan kepada pihak sekolah dan juga

semua responden kajian iaitu pelajar-pelajar tingkatan dua di SMK Sri Tebrau, SMK

Tun Aminah dan SMK Taman Johor Jaya 2 yang telah memberi kerjasama dalam

sesi menjawab kertas soal selidik ini. Tidak lupa juga kepada ahli-ahli keluarga

terutamanya, ibu saya yang telah memberikan sokongan dari segi kewangan dan

moral serta sahabat handai yang turut membantu penyelidik dalam menjayakan

Projek Sarjana Muda ini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada mereka atas segala

nasihat, dorongan serta motivasi yang diberikan.

Tanpa sokongan, dorongan, bimbingan serta bantuan yang dihulurkan oleh

pihak-pihak yang dinyatakan di atas, sudah tentu Projek Sarjana Muda ini tidak dapat

dilengkapkan dalam masa yang ditetapkan. Maka, sekali lagi penyelidik dengan

ikhlas mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang terlibat. Semoga

mereka hidup bahagia.

v

ABSTRAK

Kerja rumah telah menjadi komponen yang penting dalam persekolahan di

Malaysia. Walaupun terdapat banyak laporan yang menyatakan bahawa amaun kerja

rumah yang diterima oleh pelajar agak berlebihan, tetapi dari sudut lain, kerja rumah

dianggap berfaedah kerana dapat menyumbang kepada pencapaian yang tinggi.

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti hubungan antara

peruntukan masa responden dalam menyiapkan kerja rumah, jenis kerja rumah

(latihan dan persediaan) dan cara pengelolaan guru (semasa dan selepas kerja rumah

diberikan) dengan pencapaian akademik bagi mata pelajaran Matematik, Bahasa

Inggeris dan Sejarah. Sampel kajian terdiri daripada 120 orang pelajar tingkatan dua

dari tiga buah sekolah menengah harian biasa yang dipilih secara rawak iaitu Sekolah

Menengah Kebangsaan Sri Tebrau, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun

Aminah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Johor Jaya 2. Satu set soal

selidik terdiri daripada dua bahagian, iaitu Bahagian A mengenai latar belakang

responden dan Bahagian B terdiri daripada 30 soalan yang berbentuk skala Likert

digunakan sebagai instrumen kajian ini. Data daripada soal selidik dianalisis secara

deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisian komputer Statistical Packages

For Social Sciences 11 for Windows (SPSS 11 for Windows). Nilai kebolehpercayaan

kajian ini ialah α = 0.8561. Hasil kajian menunjukkan bahawa hubungan yang

signifikan tetapi lemah dengan pencapaian akademik terdapat dalam dua aspek: (1)

antara peruntukan masa dalam kerja rumah Bahasa Inggeris dan Sejarah dengan

pencapaian dalam subjek ini; (2) cara pengelolaan guru dalam kerja rumah Bahasa

Inggeris (selepas kerja rumah diberikan) dengan pencapaiannya. Dapatan kajian juga

menunjukkan tidak terdapat korelasi yang signifikan dengan pencapaian akademik

dalam tiga aspek: (1) peruntukan masa dalam kerja rumah Matematik; (2) kerja

rumah jenis latihan dan persediaan dalam Matematik, Bahasa Inggeris dan Sejarah;

(3) cara pengelolaan guru (semasa dan selepas kerja rumah diberikan) bagi

Matematik dan Sejarah dan cara pengelolaan guru (selepas kerja rumah diberikan)

bagi Bahasa Inggeris.

vi

ABSTRACT

Homework has become an important component in schooling in Malaysia.

Although there have been numerous reports in the papers that the amount of

homework children receive seem excessive, but on the other hand homework is

viewed as beneficial as it contributes towards higher achievement. The purpose of

this study was to investigate the relationship between time spent by respondents in

homework, types of homework (practice and preparation) and supervision method of

teacher in homework (during and after teacher assigned homework) towards the

achievement in Mathematics, English and History. The sample consists of 120 Form

Two students from three secondary schools randomly selected which are Sri Tebrau

Secondary School, Taman Tun Aminah Secondary School and Taman Johor Jaya 2

Secondary School. A set of questionnaire consists of two parts where Part A involves

respondents’ personal particulars and Part B involves 30 questions in Likert scale

form was used as a research instrument to get the data. Data collected through the

questionnaires’ survey was analyzed by descriptive and inferential statistics using

software Statistical Packages For Social Sciences 11 for Windows (SPSS 11 for

Windows).The reliability analysis of this research is α = 0.8561. The findings of this

study showed significantly weak correlation in two aspects: (1) between time spent

in English homework and History homework to achievements in these subjects; (2)

teachers’ supervision method in English homework (after teacher assigned

homework) to its achievement. Meanwhile, no significant correlation with

achievement was found in three aspects: (1) time spent in Mathematics homework;

(2) types of homework (practice and preparation) for Mathematics, English and

History; (3) teachers’ supervision method in Mathematics, History homework

(during and after teacher assigned homework) and teachers’ supervision method in

English homework (after teacher assigned homework).

vii

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB TAJUK

BAB 1 PENGENALAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Penyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Hipotesis Kajian 6

1.7 Rasional Kajian 8

1.8 Kepentingan Kajian 8

viii

1.8.1 Pelajar Sendiri 9

1.8.2 Pihak ibu bapa 9

1.8.3 Guru 10

1.8.4 Pihak Sekolah 10

1.8.5 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) 11

1.9 Skop Kajian 11

1.10 Batasan Kajian 12

1.11 Kerangka Teori 12

1.11.1 Teori Behavourisme 13

1.11.2 Teori Kognitif 13

1.11.3 Teori Konstruktivisme 13

1.12 Kerangka Konsep 14

1.13 Definisi Istilah Kajian 14

1.13.1 Kerja Rumah 15

1.13.2 Pencapaian Akademik 15

1.14 Penutup 16

BAB 2 SOROTAN KAJIAN 17

2.1 Pengenalan 17

2.2 Perkembangan yang berkaitan dengan 17

Kerja Rumah

2.2.1 Kajian Lepas dalam Luar Negeri 18

2.2.1.1 Peruntukan Masa dalam 18

Kerja Rumah dengan

Pencapaian Pelajar

2.2.1.2 Jenis Kerja Rumah dengan 23

Pencapaian Pelajar

2.2.1.3 Cara Pengelolaan oleh Guru 26

dalam Kerja Rumah dengan

Pencapaian Pelajar

2.2.2 Kajian Lepas dalam Negeri 30

2.2.2.1 Peruntukan Masa dalam 30

Kerja Rumah

ix

2.2.2.2 Jenis Kerja Rumah 31

2.2.2.3 Cara Pengelolaan oleh Guru 31

dalam Kerja Rumah

2.2.3 Kajian Lepas dalam Universiti yang 32

Berkaitan dengan Kerja Rumah /Homework

2.3 Teori yang digunakan dalam kajian 34

2.3.1 Teori Behavourisme 34

2.3.2 Teori Kognitif 36

2.3.3 Teori Konstruktivisme 37

2.4 Penutup 38

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 39

3.1 Pengenalan 39

3.2 Reka bentuk Kajian 39

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 40

3.4 Instrumen Kajian 41

3.4.1 Bahagian A 42

3.4.2 Bahagian B 42

3.5 Prosedur Kajian 44

3.6 Kajian Rintis 47

3.7 Analisis Data 48

3.7.1 Analisis Deskriptif 48

3.7.2 Analisis Inferensi 48

3.8 Penutup 49

BAB 4 ANALISIS DATA 50

4.1 Pengenalan 50

4.2. Analisis Deskriptif 51

4.2.1 Analisis Latar Belakang Responden 51

4.2.1.1 Taburan Responsen Mengikut 51

Jantina

4.2.1.2 Taburan Responsen Mengikut 52

Bangsa

4.2.1.3 Taburan Markah Responden 53

x

bagi Mata Pelajaran Matematik,

Bahasa Inggeris dan Sejarah

4.2.1.4 Taburan Peruntukan Masa oleh 54

Responden untuk Menyiapkan

Kerja Rumah Matematik,

Bahasa Inggeris dan Sejarah

4.2.2 Analisis Jenis Kerja Rumah dan Cara 55

Pengelolaan Guru dalam Mata Pelajaran

Matematik, Bahasa Inggeris dan Sejarah

4.3. Analisis Inferensi 67

4.3.1 Analisis Hubungan antara Peruntukan 67

Masa Menyiapkan Kerja Rumah

dengan Pencapaian bagi mata pelajaran

Matematik, Bahasa Inggeris dan Sejarah

4.3.2 Analisis Hubungan antara Kerja Rumah 69

Jenis Latihan dengan Pencapaian

bagi mata pelajaran Matematik,

Bahasa Inggeris dan Sejarah

4.3.3 Analisis Hubungan antara Kerja Rumah 70

Jenis Persediaan dengan Pencapaian

bagi mata pelajaran Matematik,

Bahasa Inggeris dan Sejarah

4.3.4 Analisis Hubungan antara Cara 72

Pengelolaan Guru (Semasa Kerja

Rumah Diberikan) dengan Pencapaian

bagi mata pelajaran Matematik,

Bahasa Inggeris dan Sejarah

4.3.5 Analisis Hubungan antara Cara 73

Pengelolaan Guru (Selepas Kerja

Rumah Diberikan) dengan Pencapaian

bagi mata pelajaran Matematik,

Bahasa Inggeris dan Sejarah.

4.4 Penutup 75

xi

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 77

5.1 Pengenalan 77

5.2 Perbincangan Kajian 77

5.2.1 Hubungan antara Peruntukan Masa 78

dalam Kerja Rumah dengan Pencapaian

5.2.2 Hubungan antara Jenis Kerja Rumah 81

dengan Pencapaian

5.2.3 Hubungan antara Cara Pengelolaan 82

Guru terhadap Kerja Rumah dengan

Pencapaian

5.3 Rumusan Kajian 83

5.4 Cadangan 84

5.4.1 Pelajar Sendiri 84

5.4.2 Pihak Ibu Bapa 86

5.4.3 Guru 87

5.4.4 Pihak Sekolah 88

5.4.5 Kementerian Pelajaran Malaysia 89

(KPM)

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 89

5.6 Penutup 90

RUJUKAN 91

LAMPIRAN A 102

LAMPIRAN B 104

LAMPIRAN C 105

LAMPIRAN D 110

LAMPIRAN E 111

LAMPIRAN F 112

xii

SENARAI JADUAL

NO. TAJUK HALAMAN

3.1 Pengelasan item soalan berdasarkan tiga pembolehubah dalam

set soal selidik

42

3.2 Klasifikasi kekuatan korelasi menurut Rowntree (1981) 49

4.1 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut jantina 52

4.2 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut bangsa 52

4.3 Taburan kekerapan dan peratusan markah peperiksaan akhir

tahun tingkatan satu responden bagi Matematik Bahasa

Inggeris dan Sejarah

53

4.4 Taburan peruntukan masa oleh responden dalam setiap

minggu untuk menyiapkan kerja rumah Matematik, Bahasa

Inggeris dan Sejarah.

54

4.5 Taburan bilangan dan peratusan responden bagi jenis kerja

rumah (latihan) bagi Matematik, Bahasa Inggeris dan Sejarah

56

4.6 Taburan bilangan dan peratusan responden bagi jenis kerja

rumah (persediaan) bagi Matematik, Bahasa Inggeris dan

Sejarah

58

4.7 Taburan bilangan dan peratusan responden bagi jenis kerja

rumah (tambahan) bagi Matematik, Bahasa Inggeris dan

Sejarah

60

4.8 Taburan bilangan dan peratusan responden bagi cara

pengelolaan guru (semasa kerja rumah diberikan) bagi

Matematik, Bahasa Inggeris dan Sejarah

62

4.9 Taburan bilangan dan peratusan responden bagi cara

pengelolaan guru (selepas kerja rumah diberikan) bagi

Matematik, Bahasa Inggeris dan Sejarah

64 - 65

4.10 Analisis hubungan antara peruntukan masa untuk menyiapkan 68

xiii

kerja rumah dengan pencapaian bagi mata pelajaran

Matematik, Bahasa Inggeris dan Sejarah

4.11 Analisis hubungan antara jenis latihan dengan pencapaian

bagi mata pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris dan Sejarah

70

4.12 Analisis hubungan antara jenis persediaan dengan pencapaian

bagi mata pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris dan Sejarah

71

4.13 Analisis hubungan antara cara pengelolaan guru (semasa kerja

rumah diberikan) dengan pencapaian bagi mata pelajaran

Matematik, Bahasa Inggeris dan Sejarah

72

4.14 Analisis hubungan antara cara pengelolaan guru (selepas kerja

rumah diberikan) dengan pencapaian bagi mata pelajaran

Matematik, Bahasa Inggeris dan Sejarah

73

4.15 Keputusan penuh hipotesis dalam hubungan antara kerja

rumah dengan pencapaian akademik pelajar

75

xiv

SENARAI RAJAH

NO. TAJUK HALAMAN

1.1 Kerangka konsep kajian 14

2.1 Konsep kerangka pengajaran terancang oleh Skinner 35

3.1 Carta aliran: Prosedur kajian pelaksanaan Projek Sarjana

Muda

45

xv

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN NAMA PENUH

AFL Assessment for Learning

BPS Boston Public Schools

ERPD Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

PMR Penilaian Menengah Rendah

NAEP National Assessment of Educational Progress

PIBG Persatuan Ibu Bapa dan Guru

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

SPSS Statistical Packages For Social Sciences

TIMSS Trends in International Mathematics and Science Study

TIPS Teachers Involve Parents in Schoolwork

UTM Universiti Teknologi Malaysia

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Sumber dari “Less Homework, Higher Scores” 102

B Surat Pengesahan Item Soal Selidik 104

C Borang Soal Selidik Hubungan antara Pencapaian

Akademik dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah

Harian Biasa

105

D Surat kebenaran Pengesahan Pelajar untuk

Menjalankan Kajian daripada Fakulti Pendidikan

UTM

110

E Surat Kebenaran untuk Menjalankan Kajian daripada

Jabatan Pelajaran Johor.

111

F Surat Kebenaran untuk Menjalankan Kajian di

Sekolah daripada Kementerian Pelajaran Malaysia

112

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan Kerja rumah merupakan sebahagian kehidupan pelajar mahupun mahasiswa

yang tidak dapat dielakkan. Isu kerja rumah telah lama diperdebatkan antara para

pendidik, ibu bapa dan pelajar sendiri di luar negara mahupun negara kita sendiri.

Kerja rumah telah dibahaskan secara putaran sejak hujung 1800, apabila pelajar dari

sekolah rendah (gred satu hingga gred empat) jarang menerima kerja rumah dan

grammar school (gred lima hingga lapan) secara tipikalnya menerima kerja rumah

dua hingga tiga jam setiap malam (Gill dan Schlossman, 2004).

Hagan (1927) adalah penyelidik pertama dari Amerika yang menentukan

kesan kerja rumah terhadap pencapaian akademik berbanding dengan kesan kajian

seliaan yang dilakukan dalam sekolah. Malangnya, hasil kajian dapatan ini adalah

tidak diketahui. Daripada akhir abad 19 iaitu di antara 1940, kesihatan kanak-kanak

dan peralihan pendidikan yang progresif telah membawa ancaman terhadap kerja

rumah bagi pelajar dari sekolah rendah dan sekolah menengah rendah. Sesetengah

juga menuduh kerja rumah berkaitan dengan kadar mortaliti kanak-kanak (Gill dan

Schlossman, 1996) sementara seorang penulis telah menyatakan bahawa kerja rumah

sebagai “legalizes criminality” ( Nash 1930, 7).

2

Pada tahun 1957 pula, didapati bahawa kerja rumah telah menjadi satu alat

yang diperlukan dalam pembelajaran proses (meskipun bukan untuk pelajar sekolah

rendah). Pada awal tahun 1960, ibu bapa lebih menitikberatkan bahawa sama ada

anak-anak mereka diberikan kerja rumah yang mencukupi memandangkan mereka

mempercayai kerja rumah adalah keperluan untuk mencapai akademik yang

cemerlang (Gill dan Schlossman, 2004). Sehingga pertengahan 1970, kerja rumah

telah dipandangkan sebagai satu contoh tekanan berlebihan terhadap pelajar untuk

dicapai (Cooper et al.1998). Sementara dari tahun 1980 sehingga tahun 1990,

kebanyakan orang menyokong kerja rumah sebagai binaan keperibadian dan faedah

daripada akademik.

Walau bagaimanapun pada masa kini, tidak hanya terdapat ketidaksetujuan

terhadap nilai kerja rumah tetapi tentang sama ada pelajar diberikan kerja rumah

yang terlalu banyak ataupun terlalu sedikit. Sesetengah penyelidik telah melaporkan

bahawa sungguhpun orang ramai membangkang terhadap kerja rumah, akan tetapi

kebanyakan daripada ibu bapa dan pendidik menyokong kerja rumah. Menurut data

yang diperolehi daripada National Assessment of Educational Progress (NAEP),

didapati bahawa kebanyakan pelajar dalam semua tahap gred memperuntukkan masa

kurang sejam secara puratanya untuk melaksanakan kerja rumah.

1.2 Latar Belakang Masalah Meskipun kebanyakan ibu bapa memberi sokongan terhadap kerja rumah,

namun juga terdapat segelintir ibu bapa adalah membangkang pemberian kerja

rumah ke atas sebab kerja rumah akan memberi tekanan terhadap anak-anak mereka.

Oleh itu, adalah sukar untuk kita mengetahui sama ada bandul dengan wajarnya

mengayun balik kepada ketidaksetujuan dengan kerja rumah ataupun guru adalah

perlu memberikan kerja rumah yang banyak dan akhirnya orang ramai

membangkang lagi terhadap desakan kerja rumah dalam kehidupan pelajar.

Persoalan kini adalah sama ada kerja rumah sebenarnya membantu pembelajaran dan

pencapaian pelajar.

3

Beberapa kajian yang berkaitan dengan hubungan amalan kerja rumah

dengan pencapaian akademik dijalankan. Menurut Gill dan Schlossman (1996), kerja

rumah adalah diperlukan untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Satu

kajian lagi yang dijalankan oleh Harris Copper telah menunjukkan pelajar yang

melaksanakan kerja rumah mempunyai pencapaian skor yang lebih tinggi berbanding

dengan pelajar yang tidak melaksankan kerja rumah. Menurut artikel “ Does

Homework Improve Academic Achievement,” oleh Harris Copper dan rakannya turut

menyatakan bahawa pelajar yang membuat kerja rumah dalam gred kedua didapati

mempunyai pencapaian yang lebih baik.

Kerja rumah dapat dijadikan peringkat persediaan kepada para pelajar untuk

menghadapi mata pelajaran yang dianggap sukar dilaksanakan di bilik darjah di

samping mengukuhkan lagi pelajaran yang dipelajari semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran. Dengan itu, National Commission telah mencadangkan supaya amaun

kerja rumah ditambah daripada yang telah sedia ada. Perkara yang sama juga

dicadangkan pada tahun 1986 dalam kajian yang dijalankan oleh United States

Department of Education.

Adalah tidak dinafikan bahawa sememangnya kerja rumah dapat

mengalakkan pembelajaran dan meningkatkan pencapaian akademik pelajar di

samping mendisiplinkan diri, namun demikian kerja rumah juga akan membawa

kesan negatif kepada pelajar. Kuantiti kerja rumah yang banyak atau

memperuntukkan masa yang banyak dalam kerja rumah selalunya akan

menyebabkan pelajar mudah hilang minat dan berasa bosan terhadap mata pelajaran

tersebut. Bukan itu saja, pelajar akan berasa mudah letih dari segi fizikal mahupun

emosi. Sebagai contohnya, mereka akan rasa tertekan apabila mereka tidak sanggup

menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru.

Sehubungan itu, adakah kerja rumah memberi manfaat kepada pelajar? Kesan

positif dan negatif kerja rumah terhadap pelajar yang telah dinyatakan adalah sukar

untuk kita membuat satu kesimpulan tentang nilai kerja rumah. Oleh itu, adalah

wajar lebih kajian terhadap pelbagai aspek seperti peruntukan masa, kuantiti kerja

4

rumah, jenis kerja rumah, cara pengelolaan guru terhadap kerja rumah, penglibatan

ibu bapa dalam kerja rumah pelajar dan sebagainya dilaksanakan.

1.3 Penyataan Masalah Peruntukan masa dalam kerja rumah dengan pencapaian selalunya hangat

dipertikaikan oleh orang ramai. Walaupun banyak kajian yang dilakukan

menunjukkan peruntukan masa yang banyak dalam kerja rumah mempunyai

hubungan positif dengan pencapaian pelajar. Namun demikian, satu kajian

menyatakan bahawa pelaksanaan kerja rumah adalah suatu amalan yang

membazirkan masa.

Menurut kumpulan penyelidik dari Australian dalam artikel “Australian

Principle : Homework a waste of time,” pada 28 Julai 2004 telah menyatakan

bahawa pelajar di Malaysia memperuntukkan purata sebanyak 3.8 jam dalam sehari

untuk menyiapkan kerja rumah dianggap suatu tindakan yang membazir masa. Ini

disebabkan daripada kajian yang dilakukan oleh Australian Council for Educational

mendapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara peruntukan masa

yang banyak dalam menyiapkan kerja rumah dengan pencapaian mereka.

Rentetan daripada itu, adalah wajar lebih kajian dijalankan untuk mengenal

pasti sejauh mana hubungan peruntukan masa dalam kerja rumah dengan pencapaian

pelajar. Pencapaian juga dikaitkan secara tidak langsung dengan jenis kerja rumah

yang dilaksanakan, cara guru mengelolakan kerja rumah iaitu semasa dan selepas

kerja rumah diberikan.

Dalam kajian ini, penyelidik akan mengkaji hubungan peruntukan masa oleh

pelajar untuk melaksanakan kerja rumah, jenis kerja rumah, cara pengelolaan guru

dalam pemberian kerja rumah dengan pencapaian memandangkan terdapat

kontroversi dalam peruntukan masa dengan pencapaian dan juga kurangnya kajian

5

yang dijalankan ke atas hubungan jenis kerja rumah dan juga cara pengelolaan guru

terhadap kerja rumah dengan pencapaian.

1.4 Objektif Kajian

Secara umumnya, kajian yang akan dijalankan ini bertujuan untuk mengkaji

hubungan antara kerja rumah dari aspek peruntukan masa, jenis dan cara pengelolaan

guru bagi mata pelajaran tertentu sahaja dengan pencapaian akademik pelajar

tingkatan dua dalam mata pelajaran tersebut di sekolah menengah harian biasa.

Secara lebih spesifik, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti:

i) hubungan antara peruntukan masa dalam kerja rumah dengan

pencapaian akademik pelajar bagi mata pelajaran Matematik, Bahasa

Inggeris dan Sejarah.

ii) hubungan antara kerja rumah jenis latihan dengan pencapaian

akademik pelajar bagi mata pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris dan

Sejarah.

iii) hubungan antara kerja rumah jenis persediaan dengan pencapaian

akademik pelajar bagi mata pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris dan

Sejarah.

iv) hubungan antara cara pengelolaan guru terhadap kerja rumah (semasa

kerja rumah diberikan) dengan pencapaian akademik pelajar bagi

mata pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris dan Sejarah.

v) hubungan antara cara pengelolaan guru terhadap kerja rumah (selepas

kerja rumah diberikan) dengan pencapaian akademik pelajar bagi

mata pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris dan Sejarah.

6

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk menjawab beberapa persoalan. Persoalan kajian

adalah seperti berikut:

i) Adakah terdapat hubungan antara peruntukan masa dalam kerja

rumah dengan pencapaian akademik pelajar bagi mata pelajaran

Matematik, Bahasa Inggeris dan Sejarah di sekolah menengah harian ?

ii) Adakah terdapat hubungan antara kerja rumah jenis latihan dengan

pencapaian akademik pelajar bagi mata pelajaran Matematik, Bahasa

Inggeris dan Sejarah di sekolah menengah harian ?

iii) Adakah terdapat hubungan antara kerja rumah jenis persediaan

dengan pencapaian akademik pelajar bagi mata pelajaran Matematik,

Bahasa Inggeris dan Sejarah di sekolah menengah harian?

iv) Adakah terdapat hubungan antara cara pengelolaan guru terhadap

kerja rumah (semasa kerja rumah diberikan) dengan pencapaian

akademik pelajar bagi mata pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris

dan Sejarah di sekolah menengah harian?

v) Adakah terdapat hubungan antara cara pengelolaan guru terhadap

kerja rumah (selepas kerja rumah diberikan) dengan pencapaian

akademik pelajar bagi mata pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris

dan Sejarah di sekolah menengah harian?

1.6 Hipotesis Kajian

Berdasarkan objektif kajian, sebanyak l5 hipotesis telah dibentuk iaitu :

Ho1 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara peruntukan masa

untuk menyiapkan kerja rumah Matematik dengan pencapaian

Matematik.

7

Ho2 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara peruntukan masa

menyiapkan kerja rumah Bahasa Inggeris dengan pencapaian Bahasa

Inggeris.

Ho3 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara peruntukan masa

untuk menyiapkan kerja rumah Sejarah dengan pencapaian Sejarah.

Ho4 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara jenis latihan

Matematik dengan pencapaian Matematik.

Ho5 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara jenis latihan Bahasa

Inggeris dengan pencapaian Bahasa Inggeris.

Ho6 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara jenis latihan Sejarah

dengan pencapaian Sejarah.

Ho7 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara jenis persediaan

Matematik dengan pencapaian Matematik.

Ho8 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara jenis persediaan

Bahasa Inggeris dengan pencapaian Bahasa Inggeris.

Ho9 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara jenis persediaan

Sejarah dengan pencapaian Sejarah.

Ho10 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara cara pengelolaan guru

(semasa kerja rumah Matematik diberikan) dengan pencapaian

Matematik.

Ho11 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara cara pengelolaan guru

(semasa kerja rumah Bahasa Inggeris diberikan) dengan pencapaian

Bahasa Inggeris.

Ho12 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara cara pengelolaan guru

(semasa kerja rumah Sejarah diberikan) dengan pencapaian Sejarah.

Ho13 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara cara pengelolaan guru

8

(selepas kerja rumah Matematik diberikan) dengan pencapaian

Matematik.

Ho14 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara cara pengelolaan guru

(selepas kerja rumah Bahasa Inggeris diberikan) dengan pencapaian

Bahasa Inggeris.

Ho15 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara cara pengelolaan guru

(selepas kerja rumah Sejarah diberikan) dengan pencapaian Sejarah.

1.7 Rasional Kajian

Pembelajaran bermakna hanya berlaku sekiranya pelajar sentiasa berfikir dan

mencari jawapan sendiri daripada latihan-latihan kerja rumah yang diberikan oleh

guru. Tamir (1985) telah menyeneraikan kesan pemberian kerja rumah kepada para

pelajar. Antaranya ialah kerja rumah memberi peluang kepada pelajar memperbaiki

kelemahan mereka di bilik darjah di samping pelajar dapat mempelajari kemahiran

dan teknik penyelesaian masalah. Dengan kata lain, pelajar dapat menguasai isi

pelajaran dengan baik melalui latihan-latihan kerja rumah yang diberikan oleh guru.

Memandangkan kerja rumah memainkan salah satu peranan dalam

pengajaran dan pembelajaran secara langsung, maka kajian ini adalah diperlukan

untuk meninjau sejauh manakah hubungan peruntukan masa, jenis dan cara

pengelolaan guru terhadap kerja rumah dengan pencapaian akademik pelajar dalam

mata pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris dan Sejarah.