HUBUNGAN DI ANTARA TAHAP KESIHATAN DAN … di antara tahap kesihatan dan... · Kajian ini...

download HUBUNGAN DI ANTARA TAHAP KESIHATAN DAN … di antara tahap kesihatan dan... · Kajian ini dijalankan untuk mengkaji hubungan di antara tahap kesihatan dan beban tugas dengan faktor-faktor

If you can't read please download the document

Transcript of HUBUNGAN DI ANTARA TAHAP KESIHATAN DAN … di antara tahap kesihatan dan... · Kajian ini...

  • HUBUNGAN DI ANTARA TAHAP KESIHATAN DAN BEBAN TUGAS

    DENGAN FAKTORFAKTOR PEKERJA: KAJIAN DI TELEKOM

    MALAYSIA BERHAD CA W ANGAN KUCHING, SARA WAK

    oleh

    HAJJAR BT. HASSAN

    Projek ini merupakan salah satu keperluan khusus untuk mendapatkan Bacelor

    Sains (Pembangunan Sumber Manusia) dari Fakulti Sains Kognitif dan

    Pembangunan Manusia,

    Universiti Malaysia Sarawak

    T~--'___________________________________

  • ... p = iii

    Abstrak

    HUBUNGAN DI ANTARA TAHAP KESIHATAN DAN BEBAN TUGAS

    DENGAN FAKTOR-FAKTOR PEKERJA: KAJIAN DI TELEKOM

    MALA YSIA BERHAD CAWANGAN KUCHING, SARA WAK.

    HAJJAR BT. HASSAN

    Kajian ini dijalankan untuk mengkaji hubungan di antara tahap kesihatan dan beban tugas dengan faktor-faktor peketja. Faktor-faktor peketja meliputi faktor demografi, persekitaran kerja, kesihatan dan beban tugas. Objektif kajian ialah mengkaji hubungan di antara tahap kesihatan dan beban tugas dengan demografi terpilih iaitu klasifikasi pekerjaan, tempoh perkhidmatan, umur dan jantina serta mengkaji hubungan tahap kesihatan dan tahap beban tugas. Seramai 54 responden daripada Telekom Malaysia Cawangan Kuching merupakan sampel bagi kajian ini. Borang soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian. Borang soal selidik ini terbahagi kepada 6 bahagian iaitu demografi, persekitaran tempat ketja, kesihatan, beban tugas, kekerapan anggota keluarga pekerja yang menggunakan kemudahan perubatan dan cadangan untuk meningkatkan mutu kemudahan perubatan Telekom. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif, ujian Khi Kuasa Dua, ujian t, ANOV A dan Pekali Kolerasi Pearson. Ujian Khi Kuasa Dua digunakan untuk menguji hipotesis pertama dan ketiga. Manakala ujian t dan ANOV A digunakan untuk menguji hipotesis kedua dan keempat. Pekali Kolerasi Pearson digunakan untuk menguji hipotesis kelima. Sebanyak 5 hipotesis telah dikemukakan. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap kesihatan dengan klasifikasi pekerjaan dan terdapatnya perkaitan yang signifikan di antara faktor kesihatan dan faktor beban tugas pada nilai 'r' - 0.322. Dapatan yang diperolehi menunjukkan kebanyakan responden berada pada tahap kesihatan yang sederhana (min =13.26) dan tahap beban tugas yang sederhana (min =16.65).

  • ------ --- --1""'1""'---_>__

    iv

    Abstract

    ...--.--.. ... ...

    RELATION BETWEEN LEVEL OF HEALTH AND WORKLOAD WITH

    WORKER'S FACTORS: A STUDY AT TELEKOM MALAYSIA BERHAD

    CA WANGAN KUCHING, SARA WAK.

    HAJJAR BT. HASSAN

    This research was carried out to study the relation between level of health and level of workload with worker's factors. The factors were demographic characteristics, work environment, health and workload. The objective of this research was to identify the relation between level ofhealth and workload with selected demographic characteristics such as classification ofjob, year join Telekom Malaysia Berhad till 1999, age and sex. It also to identify the correlation between health and workload itself. There were 54 respondents from Telekom Malaysia, Kuching as the sample of this study. Questionnaire was used as instrument of this study. The questionnaire had divided to six parts including demographic of respondent, work environment, health, workload, frequencies of using medical benefits among family's workers and suggestion to improve the quality of Telekom Malaysia Berhad's medical benefits. Data was analyzed using descriptive statistics, Chi square, T test, ANOVA and Pearson's Correlation. Chi square was used to test first and third hypothesis. While T test and ANOVA was used to test second andfourth hypothesis. Pearson's Correlation was used to test the fifth hypothesis. Fifth hypothesis was write. The finding indicated that there was significant difference in level of health with classification of job. Besides that, there were also significant correlation between health and workload with value of 'r' - 0.322. The research had also indicated that level of health among the respondents were moderate (mean = 13.26) and level of workload also moderate (mean = 16.65).

  • v

    PENGHARGAAN

    Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya, saya dapat

    menyiapkan Projek Penulisan Ilmiah Tahun Akhir inL

    Ribuan terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada En. Mohd. Razali

    selaku penyelia saya di atas nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan. Juga kepada Pn.

    Bashirah daripada Bahagian HRD Telekom Malaysia Berhad, En. Zulkifli Othman,

    Penolong Pen gurus Besar Sumber Manusia SabahlSarawak, En. Zaini Bin Maatan,

    Ketua Sumber Manusia Sarawak, En. Zainudin Akup, Pengurus Sumber Manusia

    Telekom Malaysia Berhad Simpang Tiga dan individu perhubungan di Telekom

    Malaysia Berhad Simpang Tiga iaitu Pn. Fatimah Zawawi di atas kerjasama yang

    terjalin.

    Terima kasih juga diucapkan kepada Cik Zaiton, Ketua Program

    Pembangunan Sumber Manusia, semua pensyarah, tutor serta staf sokongan Fakulti

    Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM) di atas ilmu, tunjuk ajar dan

    pengalaman yang ditimba. Juga tidak lupa buat kawan - kawan HRD 9712000.

    Tidak lupa juga buat abah, Hassan Bin Bingkek, emak, Arpah Bt. Abdul

    Aziz dan adik, Hidir di atas dorongan, seman gat dan nasihat yang dihulurkan. Dan

    ucapan teristimewa buat seorang ternan yang ban yak mengajar saya erti ketabahan

    dalam kehidupan ini.

    Sekian, wasalam.

    UNIMAS, Kota Samarahan April, 2000.

  • .,........ ,

    vi

    KANDUNGAN

    SENARAI JADUAL SENARAIGAMBARAJAH

    BAB1:PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan 1.2 Pemyataan Masalah 1.3 Kepentingan Kajian 1.4 Objektif Kajian 1.5 Hipotesis 1.6 Definisi Istilah 1.7 Limitasi Kajian 1.8 Kerangka Konseptual Kajian 1.9 Latar Belakang Organisasi

    BAB 2: SOROTAN KAJIAN LEPAS

    2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 2.7 2.8

    Pengenalan Kesihatan Tekanan Di Organisasi Sumber-sumber Tekanan Persekitaran Kerja Beban Tugas Penyakit Polisi Cuti Sakit

    BAB 3: METODOLOGI KAJIAN

    3.1 Pengenalan 3.2 Bentuk Kajian 3.3 Lokasi Kajian 3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 3.5 Kaedah Pengumpulan Data Dan Maklumat 3.6 Instrumen Kajian 3.7 Kaedah Analisis Data

    BAB 4: HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

    4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6

    4.7 4.8

    Pengenalan Demografi Responden Persekitaran Kerja Kesihatan Responden Beban Tugas Kekerapan Anggota Keluarga Menggunakan Kemudahan Perubatan Cadangan Berkaitan Program Kesihatan Pengujian Dan Ulasan Hipotesis

    Mukasurat

    viii xiii

    1

    1 3 6 7 8 9 10 11 11

    16

    16 16 20 22 28 31 33 35

    39

    39 39 39 40 41 41 44

    47

    47 47 57 60 78

    91 96 100

  • vii

    BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN 118

    5.1 Pengenalan l18 5.2 Rumusan 118

    5.3 Masalah Kajian 126

    5.4 Cadangan 127

    5.5 Kesimpulan 131

    BffiLIOGRAFI 132

    LAMPIRAN 1

    LAMPIRAN2

  • SENARAI JADUAL

    Jadual Tajuk Jadual Mukasurat

    Jadual 1.1 Analisis Jumlah Perbelanjaan

    Kemudahan Perubatan Mengikut Taraf 5

    Jadua12.1 Jenis Pekerjaan Yang Paling Terdedah

    Dan Kurang Terdedah Kepada Tekanan 22

    Jadua12.2 Punca Tekanan Kerja 25

    Jadual2.3 Perbezaan Personaliti Individu Kelakuan

    Jenis Bentuk A Dan Bentuk B 27

    Jadual2.4 Formula Mengira Kadar Ketidakhadiran

    Pekerja 36

    Jadua13.1 Pernyataan Berkaitan Persekitaran Kerja 43

    Jadual4.1 Taburan Responden Mengikut Unit 48

    Jadual4.2 Taburan Klasifikasi Pekerjaan 49

    Jadua14.3 Taburan Responden Mengikut Tempoh

    Perkhidmatan 50

    Jadua14.4 Taburan Responden Mengikut Gred Kerja 51

    Jadua14.5 Taburan Responden Mengikut Lingkungan

    Umur 52

    Jadua14.6 Taburan Responden Mengikut Jantina 53

    Jadua14.7 Taburan Responden Mengikut Taraf

    Perkahwinan 53

    Jadua14.8 Taburan Responden Mengikut Bilangan Anak 54

    Jadual4.9 Taburan Responden Mengikut Lingkungan

    Jarak Tempat Kerja Dengan Tempat Tinggal 56

    Jadua14.10 Taburan Responden Mengikut Kenderaan Ke

    Tempat Kerja 57

    Jadua14.11 Taburan Responden Mengikut Perkara Yang

    Mengganggu Tumpuan Ketja 58

    Jadua14.l2 Taburan Responden Mengikut Simptom

    Penyakit 60

    http:Jadua14.l2http:Jadua14.11http:Jadua14.10

  • IX

    ..

    Jadua14.13 Ringkasan Kepada Pemyataan Kesihatan 61

    Jadua14.14 Taburan Responden Mengikut

    Pemyataan Letih 62

    Jadual4.15 Taburan Responden Mengikut Pemyataan

    Masalah Pemafasan 64

    Jadua14.16 Taburan Responden Mengikut Pemyataan

    Demam 65

    Jadua14.17 Taburan Responden Mengikut Pemyataan

    Masalah Penglihatan 67

    Jadua14.18 Taburan Responden Mengikut Pemyataan

    Penyakit Kulit 68

    Jadual4.19 Taburan Responden Mengikut Jenis

    Penyakit Kulit 68

    Jadua14.20 Taburan Responden Mengikut Pemyataan

    Sakit Kepala 69

    Jadua14.21 Taburan Responden Mengikut Pemyataan

    Tertekan 70

    Jadua14.22 Taburan Responden Mengikut Pemyataan

    Risau Tentang Sakit 71

    Jadua14.23 Taburan Responden Mengikut Pemyataan

    Risau Dan Tidak Dapat Bekerja Dengan Selesa 71

    Jadua14.24 Taburan Responden Mengikut Jenis Penyakit

    Yang Dihidapi 72

    Jadua14.25 Taburan Responden Mengikut Punca Penyakit 73

    Jadua14.26 Taburan Responden Mengikut Kekerapan

    Berjumpa Doktor Dalam Tempoh Sebulan 74

    Jadua14.27 Taburan Responden Mengikut Kos Rawatan

    Per Sesi 75

    Jadua14.28 Taburan Responden Mengikut Kos Bil

    Perubatan Anggota Telekom 76

    Jadual4.29 Tahap Kesihatan Responden 77

    Jadua14.30 Skor Kesihatan 77

    http:Jadua14.30http:Jadual4.29http:Jadua14.28http:Jadua14.27http:Jadua14.26http:Jadua14.25http:Jadua14.24http:Jadua14.23http:Jadua14.22http:Jadua14.21http:Jadua14.20http:Jadual4.19http:Jadua14.18http:Jadua14.17http:Jadua14.16http:Jadual4.15http:Jadua14.14http:Jadua14.13

  • p

    ladua14.31

    ladua14.32

    ladua14.33

    ladual4.34

    ladual4.35

    ladua14.36

    ladual4.37

    ladua14.38

    ladua14.39

    ladua14.40

    ladua14.41

    ladual4.42

    ladua14.43

    ladual4.44

    ladua14.45

    ladua14.46

    ladual4.47

    ..-.-...~----.-~--

    x

    Ringkasan Kepada Pemyataan Beban Tugas 78

    Taburan Responden Mengikut Pemyataan Tugas Yang Banyak 80

    Taburan Responden Mengikut Pemyataan Tertekan Kerana Dipaksa Menyiapkan Tugas Dengan Segera 81

    Taburan Responden Mengikut Pemyataan KetjaLuar 82

    Taburan Responden Mengikut Pemyataan Tertekan Untuk Tidak Melakukan Kesilapan 82

    Taburan Responden Mengikut Pemyataan Kerja Menarik 83

    Taburan Responden Mengikut Pemyataan Bosan 84

    Taburan Responden Mengikut Pemyataan Kerja Terlalu Mudah 85

    Taburan Responen Mengikut Pemyataan Melakukan Tugas Rakan Lain 86

    Taburan Responden Mengikut Pemyataan Menyukai Kerja 86

    Taburan Responden Mengikut Pemyataan Cuti 87

    Taburan Responden Mengikut Pemyataan Cuti Sakit 88

    Tahap Beban Tugas 89

    Skor Beban Tugas 89

    Taburan Responden Mengikut Keutamaan Anggota Keluarga Yang Kerap Menerima Rawatan Kesihatan 90

    Taburan Responden Mengikut Alasan Bagi Keutamaan Anggota Keluarga Yang Menggunakan Kemudahan Perubatan 93

    Taburan Responden Mengikut Klinik Panel Yang Menjadi Pilihan Utama 94

    http:ladual4.47http:ladua14.46http:ladua14.45http:ladual4.44http:ladua14.43http:ladual4.42http:ladua14.41http:ladua14.40http:ladua14.39http:ladua14.38http:ladual4.37http:ladua14.36http:ladual4.35http:ladual4.34http:ladua14.33http:ladua14.32http:ladua14.31

  • ... p

    Iadual4.48

    Iadua14.49

    ladual4.50

    ladua14.51

    ladual4.52

    Iadua14.53

    Iadual4.54

    Iadua14.55

    Iadual4.56

    ladua14.57

    ladual4.58

    ladual4.59

    ladual4.60

    ladua14.61

    ladual4.62

    Xl

    Taburan Responden Mengikut Sebab Ke Klinik Panel 95

    Taburan Responden Mengikut Pandangan Berkaitan Kemudahan Perubatan Kini 96

    Taburan Responden Mengikut Cadangan Untuk Meningkatkan Mutu Kemudahan Perubatan 97

    Taburan Responden Mengikut Cadangan Program Kesihatan Di Tempat Kerja 98

    Taburan Responden Mengikut Cadangan Program Kesihatan Keluarga 99

    Hasil Ujian Khi kuasa dua Terhadap Hubungan Tahap Kesihatan Dengan Demografi Terpilih 102

    Hasil Ujian t Di Antara Tahap Kesihatan Dengan Klasifikasi Pekerjaan 104

    Hasil Ujian ANOVA Di Antara Tahap Kesihatan Dengan Tempoh Perkhidmatan 104

    Hasil Ujian ANOV A Di Antara Tahap Kesihatan Dengan Umur 105

    Hasil Ujian t Di Antara Tahap Kesihatan Dengan 1antina 106

    Hasil Ujian Khi Kuasa Dua Di Antara Tahap Beban Tugas Dengan Demografi Terpilih 107

    Hasil Ujian t Di Antara Tahap Beban Tugas Dengan Klasifikasi Pekerjaan 111

    Taburan Tahap Beban Tugas Responden Mengikut Klasifikasi Pekerjaan 111

    Hasil Ujian ANOV A Di Antara Tahap Beban Tugas Dengan Tempoh Perkhidmatan 112

    Hasil Ujian ANOV A Di Antara Tahap Beban Tugas Dengan Umur 113

    http:ladual4.62http:ladua14.61http:ladual4.60http:ladual4.59http:ladual4.58http:ladua14.57http:Iadual4.56http:Iadua14.55http:Iadual4.54http:Iadua14.53http:ladual4.52http:ladua14.51http:ladual4.50http:Iadua14.49http:Iadual4.48

  • xii P

    Jadua14.63 HasH Ujian t Di Antara Tahap Behan Tugas Dengan Jantina 113

    Jadual4.64 Hasil Ujian Pekali Kolerasi Pearson Di Antara Kesihatan Dan Beban Tugas 114

    Jadua14.65 Tafsiran Pekali Kolerasi Pearson Or' oleh Borg & Gall 115

    Jadua14.66 Ringkasan Pengujian Hipotesis Nul 116

    http:Jadua14.66http:Jadua14.65http:Jadual4.64http:Jadua14.63

  • ,

    xiii

    SENARAIGAMBARAJAH

    Gambarajah Tajuk Gambarajah Muka surat

    Gambarajah 1.1 Kerangka Kerja 11

    Gambarajah 2.1 Punca Punca Tekanan 23

  • BABt

    PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan

    Setiap organisasi mempunyai elemen-elemen sumber manusia sarna ada yang

    berbentuk kewangan dan bukan kewangan. Antara kemudahan yang berbentuk

    kewangan seperti elaun, bonus dan kemudahan yang berbentuk bukan kewangan

    adalah seperti kemudahan perubatan, pengangkutan dan pe]ancongan.

    Kajian oleh Mclean (1979) yang menyatakan bahawa individu dalam alam

    pekerjaan berkemungkinan lebih kerap men gal ami kesihatan tubuh badan dan mental

    yang negatif berbanding dengan individu tanpa pekerjaan. Ini berikutan daripada

    jurnlah masa yang lebih banyak dihabiskan di temp at kerja. Jelas bahawa masalah

    pekerja akan mempengaruhi kesihatan dan seterusnya menyumbang kepada prestasi

    kerja. lni berpunca daripada faktor dalaman pekerjaan atau punca tekanan (stressor)

    dalam pekerjaan.

    Berdasarkan Model Sindrom Adaptasi Am (GAS) yang diperkenalkan oleh

    Han Selye dalam Goldberger & Brenitz (1993) atau dikenali juga dengan Model Han

    Selye, tekanan terdiri daripada tiga tahap. Tahap tersebut ialah tahap terkejut, tahap

    pertahanan dan tahap kelesuan. Model ini dapat dikaitkan dengan kajian di mana

    apabila pekerja pada hari-hari biasa mereka tidak pemah mengalami beban kerja yang

  • ... pa

    2

    berlebihan, dan pada satu ketika berhadapan dengan beban kerja berlebihan sudah

    tentu mereka merasa terkejut dengan keadaan sedemikian.

    Seterusnya apabila tahap terkejut beralih kepada tahap pertahanan, sejauh mana

    mereka mampu bertahan untuk membiasakan diri berhadapan dengan beban kerja

    tersebut. Jika pada kali pertama berhadapan dengan fenomena sedemikian, maka

    apabila fenomena yang sarna berulang, mereka mampu bertahan.

    Jika tidak maka tekanan tadi akan beralih pula pada tahap kelesuan. Pada tahap

    ini, ia sudah memberi kesan kepada kesihatan dalaman iaitu emosi. Menurut Han Selye

    dalam Goldberger & Bemitz (1993), tekanan dikaitkan dengan perasaan yang

    diwujudkan oleh reaksi hormon-hormon yang dikeluarkan dalam badan semasa

    menghadapi tekanan. Menurut Goldberger & Brenitz (1993), tekanan kerja

    sememangnya mengganggu keadaan kesihatan dan kestabilan pekerja.

    Beberapa faktor persekitaran yang menyumbang kepada tekanan individu akan

    dibincangkan di Bab 2. Faktor-faktor persekitaran ini juga menyumbang kepada

    ketidakstabilan emosi, kesihatan dan tingkahlaku. Pekerja di bidang telekomunikasi

    memerlukan penggunanaan keupayaan mental yang paling optimum untuk bersaing

    dengan syarikat telekomunikasi yang lain. Jika terdapat gangguan terhadap sistem

    neuron, ia sedikit sebanyak memberi impak kepada kesihatan fizikal dan mental

    pekerja. Apabila tahap kesihatan pekerja mula menurun, mereka mula menunjukkan

    prestasi yang menurun dan beberapa simptom-simptom tertentu dapat dilihat dan

    sedikit sebanyak memberi impak kepada organisasi.

  • jiO >

    3

    1.2 Pernyataan Masalah

    Telekom Malaysia Berhad kini menghadapi masalah dengan kenaikan bil

    perubatan yang agak tinggi dalam tempoh satu tahun. Daripada data sedia ada

    menunjukkan bahawa pada tahun 1997, bit perubatan kakitangan Telekom berjumlah

    RM18 juta dan tahun berikutnya iaitu pada tahun 1998 meningkat kepada RM24 juta.

    Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 25%. Bahagian HRD Telekom Malaysia

    Berhad mendapati peningkatan bil perubatan ini adalah satu masalah yang serius dan

    ingin mencari punca berIaku masalah ini.

    Bil perubatan yang meningkat secara mendadak ini merupakan salah satu kos

    yang perIu ditanggung oleh organisasi. Menurut CaroH & Miller (1986), pengguna

    yang sakit atau cedera perIu sedar bahawa bil perubatan dibayar bukan sahaja untuk

    rawatan yang diterima kerana kecederaan fizikal tetapi bayaran yang dikenakan oleh

    pihak hospital merangkumi ubat, kos pembekal ubat, perkhidmatan yang ditawarkan,

    prosedur, perkhidmatan pergigian dan perkhidmatan jururawat di rumah (nursing home

    service). Selain itu organisasi juga perlu menanggung kos kehilangan pendapatan

    akibat ketidakhadiran pekerja ke temp at kerja kerana sakit.

    Menurut Smith & Jones (1992), faedah daripada kesihatan boleh dianalisis

    daripada perspektif ekonomi. Kajian yang dibuat pada tahun 1980-an mendapati

    kesihatan yang baik boleh disamakan oleh pemiagaan yang maju. Justeru itu, sebagai

    sebuah organisasi yang berteraskan perkhidmatan, ia memerIukan pekerja-pekerja

    yang sihat, aktif dan produktif untuk membantu organisasi bersama-sama menjana

    operasi untuk pulangan yang lebih baik sarna ada dalam bentuk kewangan, kepuasan

    kerj a dan perkhidmatan cemerIang kepada pelanggan.

  • .. P*'

    4

    Namun begitu, persoalan yang timbul adakah peningkatan bil perubatan yang

    tinggi ini memberi tanda-tanda bahawa pekerja Telekom Malaysia Berhad mengalami

    masalah kesihatan. Masalah kesihatan boleh wujud kerana perubahan biologikal dalam

    badan manusia. Dan harns disedari bahawa perubahan ini berlaku kerana permintaan

    daripada persekitaran dan juga disebabkan oleh individu itu sendiri.

    Individu yang bekerja lebih terdedah kepada bahaya disebabkan persekitaran

    tempat kerja dan persekitaran sosial yang harns dihadapi. Selain itu, beban tugas yang

    harns dipikul oleh seseorang pekerja juga boleh menjadi faktor kepada wujudnya

    tekanan dan seterusnya menyumbang kepada masalah kesihatan. Justeru itu, adalah

    penting untuk mengaitkan antara masalah kesihatan dengan persekitaran tempat kerja.

    Ini kerana persekitaran temp at kerja menjadi penyebab sarna ada tugas yang

    diamanahkan akan menjadi beban atau tidak. Adakah wujud hubungan yang begitu

    kuat antara tahap kesihatan dan tahap beban tugas? Inilah antara tujuan utama kajian

    ini dijalankan.

    Selain itu, peningkatan bil perubatan yang tinggi menjadi inspirasi pengkaji

    untuk melihat masalah ini kepada aspek sampingan lain iaitu sejauh mana penggunaan

    kemudahan perubatan yang disediakan dimanfaatkan oleh pekerja. Ini kerana daripada

    data sekunder yang diperolehi menunjukkan bahawa perbelanjaan kemudahan

    perubatan mengikut taraf adalah tinggi bagi tanggungan.

    Jumlah perbelanjaan kemudahan perubatan bagi pekerja Telekom Malaysia

    Berhad sendiri adalah sebanyak 48.1 % daripada keseluruhan perbelanjaan atau

    berjumlah RM 10, 273, 641.35. Manakala jumlah perbelanjaan kemudahan perubatan

    bagi anak adalah sebanyak 28.29% atau berjumlah RM 6, 033, 822.13. Manakala bagi

    pasangan pula, perbelanjaan kemudahan perubatan mewakiH 23.54% atau

  • P Ii

    5

    RM 5, 020, 897.03. Dan jika dijumlahkan peratusan perbelanjaan kemudahan

    perubatan bagi anak dan pasangan adalah beIjumlah 51.83%. Peratusan ini melebihi

    separuh daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan kemudahan perubatan (seperti

    dalam Jaduall.l).

    Jadual 1.1 : Analisis Jumlah Perbelanjaan Kemudahan Perubatan Mengikut Taraf

    Taraf RM Peratus

    Pekerja 10, 273, 641.35 48.17

    Tanggungan

    Anak 6, 033, 822.13 28.29

    Pasangan 5,020, 897.03 23.54

    Jumlah Tanggungan 11,054, 719.16 51.83

    Jumlah Keseluruhan 21, 328, 360.51 100.00

    Beberapa persoalan yang boleh ditimbulkan ialah:

    i. Adakah bil perubatan yang meningkat menunjukkan pekerja sering

    menghadapi masalah kesihatan?

    11. Adakah panel doktor di mana pekerja mendapatkan rawatan mengenakan

    bayaran yang terlalu tinggi?

    iii. Adakah beban tugas yang keterlaluan menyebabkan pekerja merasa tertekan

    sehingga sering mendapatkan rawatan kesihatan?

    iv. Adakah persekitaran kerja yang mempengaruhi kesihatan pekerja sehingga

    memerlukan mereka mendapatkan rawatan kesihatan?

  • ----.p----------------------------------_._-_.._6

    v. Adakah pekerja berada pada tahap kesihatan dan tahap beban tugas yang

    memuaskan?

    vi. Siapakah yang lebih kerap menggunakan kemudahan perubatan?

    1.3 Kepentingan Kajian

    Masalah yang dihadapi oleh Telekom Malaysia Berhad merupakan masalah

    yang memerlukan langkah penyelesaian segera diambil. Masalah ini melibatkan

    jumlah kewangan yang agak besar akibat peningkatan bil perubatan yang agak tinggi

    untuk kos kemudahan perubatan tersebut. Tetapi perkara yang lebih penting ialah

    mengenalpasti hubungan di antara tahap kesihatan dan beban tugas dengan Faktor

    faktor pekerja seperti klasifikasi pekerjaan, tempoh perkhidmatan, umur dan jantina.

    Jika terdapatnya hubungan di antara kesihatan dan beban tugas, kemungkinan

    hubungan ini menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada masalah yang

    dihadapi oleh pihak Telekom. Penggunaan kemudahan perubatan yang meluas di

    kalangan pekerja, anak atau pasangan juga boleh menjadi penentu kepada

    permasalahan ini.

    Memandangkan kajian ini merupakan kajian rintis bagi Telekom Malaysia

    Berhad terdapat beberapa aspek yang tidak disentuh secara keseluruhannya Ia hanya

    untuk mendapat cetusan idea untuk mengatasi masa]ah ini.

    Walaupun begitu dapatan daripada kajian ini secara tidak langsung diharap

    dapat membantu mengenalpasti tahap kesihatan dan tahap beban tugas yang optimum

    bagi pekerja. Selain itu dapatan kajian ini diharap dapat membantu mengenalpasti

    penggunaan kemudahan perubatan yang lebih meluas oleh pekerja sarna ada oleh

    pekerja sendiri, anak atau pasangan. Senarai klinik panel juga harus dipertimbangkan

  • 7

    agar bayaran yang dikenakan adalah berpatutan. Juga membantu memberi beberapa

    cadangan yang dapat meningkatkan mutu kesihatan pekerja khususnya dan mutu

    kemudahan perubatan Telekom Malaysia Berhad amnya. Di samping dapat membantu

    menyediakan persekitaran kerja yang memberangsangkan.

    1.4 Objektif Kajian

    Objektif kajian ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu objektif umum dan objektif

    khusus.

    1.4.1 Objektif Umum

    Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan tahap kesihatan dan beban

    tugas dengan faktor - faktor pekerja.

    1.4.2 Objektif Kbusus

    Objektif khusus kajian ini ialah:

    1. Mengkaji demografi pekerja iaitu unit, klasifikasi pekerjaan,

    tempoh perkhidmatan, gred kerja, umur, jantina, taraf perkahwinan, bilangan

    anak, jarak tempat kerja dengan tempat tinggal dan kenderaan ke temp at kerja.

    2. Mengkaji hubungan di antara tahap kesihatan pekerja dan demografi

    terpilih iaitu klasifikasi pekerjaan, tempoh perkhidmatan, umur dan jantina.

    3. Mengkaji perbezaan di antara lahap kesihatan dan demografi terpilih

    iaitu klasifikasi pekerjaan, tempoh perkhidmatan, umur dan jantina.

    4. Mengkaji hubungan di antara lahap beban tugas dan demografi terpilih

    iaitu klasifikasi pekerjaan, tempoh perkhidmatan, umur dan jantina.

    3. Mengkaji perbezaan di antara tahap beban tugas dan demografi terpilih

    iaitu klasifikasi pekerjaan, tempoh perkhidmatan, umur dan jantina.

  • 8

    6. Mengenalpasti klinik panel yang sering mendapat sambutan untuk

    mendapatkan rawatan.

    7. Mengkaji perkaitan antara faktor kesihatan dan faktor beban tugas.

    1.5 Hipotesis

    Berdasarkan kepada objektif-objektif yang telah dibentuk, maka hipotesis

    hipotesis ini dikemukakan bagi kajian ini. Hipotesis-hipotesis ini adalah seperti

    berikut:

    HoI Tidak terdapat hubungan di antara tahap kesihatan dan demografi

    terpilih (klasifikasi pekerjaan, tempoh perkhidmatan, umur dan jantina).

    Ho2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap kesihatan dan

    demografi terpilih (klasifikasi pekerjaan, tempoh perkhidmatan, umur

    dan jantina).

    Ho3 Tidak terdapat hubungan di antara tahap beban tugas dan demografi

    terpilih (klasifikasi pekerjaan, tempoh perkhidmatan, umur dan jantina).

    Ho4 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap beban tugas

    dan demografi terpilih (klasifikasi pekerjaan, tempoh perkhidmatan,

    umur dan jantina).

    Ho5 Tidak terdapat perkaitan yang signifikan di antara faktor kesihatan dan

    faktor beban tugas.

  • p

    9

    1.6 Definisi Istilah

    Istilah konsep dan operasional yang digunakan dalarn kajian ini bertujuan untuk

    rnernudahkan kefaharnan terhadap kajian.

    1.6.1 Faktor-faktor

    Konseptua] Menurut definisi Karnus Dewan (1989) faktor-faktor ialah

    unsur atau sebab yang menyumbang kepada sesuatu hasH.

    Operasional :Faktor-faktor yang dikaji ialah faktor pekerja seperti dernografi,

    jenis penyakit dan kesihatan. Sernentara faktor luaran rnerangkumi persekitaran

    kerja dan beban tugas.

    1.6.2 Pekerja

    Konseptual : Menurut French & Saward (1983), pekerja merujuk kepada

    individu yang terikat dengan kontrak atau perjanjian dengan individu lain

    (rnajikan) untuk rnernperlihatkan hasil kerja sarna ada

    1. di bawah kawalan rnajikan atau rnajikan lain

    2. sebahagian daripada perjalanan organisasi yang dikendalikan oleh rnajikan

    untuk rnendapatkan kernbali upah dan gaji atau apa-apa pertirnbangan yang

    bemilai.

    Menurut Karnus Dewan (1989) pekerja didefinisikan sebagai orang yang

    bekerja (lazirnnya untuk rnendapat bayaran atau peroleh pendapatan) orang

    yang rnernegang sesuatu jawatan dalarn perkhidrnatan awarn atau swasta.

  • p

    10

    Operasional : Pekerja merujuk kepada semua individu yang bekerja di

    Telekom Malaysia Berhad Cawangan Kuching, Sarawak. Ini merangkumi

    pekerja yang berkhidmat sebelum tahun 1987 dan selepas 1 J anuari 1987.

    Selain itu, pekerja juga merujuk kepada golongan eksekutif dan bukan

    eksekutif di semua peringkat kerja.

    1.7 Limitasi Kajian

    Di dalam menjalankan kajian ini terdapat beberapa kekurangan yang tidak

    dapat dielakkan iaitu:

    i. Kajian ini merupakan kajian rintis kepada Telekom Malaysia Berhad. Justeru

    itu, kajian hanya melibatkan Telekom Malaysia Berhad Cawangan Kuching

    sahaja. Bilangan responden juga terhad kepada pekerja di Telekom Malaysia

    Berhad Cawangan Kuching sahaja.

    ii. Maklumat berkaitan jenis penyakit tidak dapat diperolehi secara langsung

    daripada panel klinik disebabkan kerahsiaan klinik terbabit. Justeru itu,

    ketepatan jenis penyakit yang dihidapi oleh responden berdasarkan kejujuran

    mereka menjawab soalan soal selidik.

    iii. Kejujuran responden amat penting dalam menentukan ketepatan keputusan

    yang bakal diperolehi. Kejujuran responden penting untuk memastikan

    ketepatan kajian.

    iv. Ketiadaan data sekunder berkaitan bil perubatan secara khusus untuk Telekom

    Malaysia Cawangan Kuching.

  • 11

    1.8 Kerangka Konseptual Kajian

    Tabap Kesibatan

    Demografi Terpilib o Klasifikasi

    pekerjaan o Tempoh

    perkhidmatan o Umur o lantina

    Tabap Beban Tugas

    Gambarajah 1.1: Kerangka Kerja

    1.9 Latar Belakang Organisasi

    Sejarah penubuhan Telekom Malaysia Berhad bermula dengan penubuhan

    labatan Telekom. labatan Telekom ditubuhkan pada April 1946. Walaupun begitu di

    Sabah dan Sarawak telekomunikasi masih ditadbir di bawah labatan Pos & Telekom.

    Sehingga tahun 1967, apabila 1 abatan Pos & Telekom dipisahkan dan 1 abatan Telekom

    Malaysia ditubuhkan pada 1 lanuari 1968. labatan Telekom Malaysia adalah gabungan

    labatan Telekom Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

    Tahun 1987 merupakan tahun yang bersejarah bagi industri telekomunikasi di

  • 12

    negara ini apabila operasi perkhidmatan telekomunikasi telah dipindahkan kepada

    Syarikat Telekom Malaysia Berhad atau lebih dikenali sebagai STM. Perpindahan ini

    mencatat sejarah kerana labatan Telekom Malaysia merupakan organisasi sektor awam

    pertama beroperasi secara komersial untuk tujuan penswastaan. Pada 6 lanuari 1987,

    perasmian Telekom Malaysia atau dikenali sebagai TM. Sehubungan dengan itu,

    Telekom Malaysia telah menjadi sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan

    yang terbaik kepada para pelanggannya.

    Sebagai sebuah organisasi yang bertaraf dunia dan berorientasikan

    perkhidmatan, semestinya Telekom Malaysia Berhad hams menjaga kebajikan

    pekerjanya. Walaupun begitu kerana tuntutan undang-undang terdapat sedikit

    perbezaan antara isi kandungan yang terkandung di dalam Buku Perjanjian Bersama

    antara Telekom Malaysia di Semenanjung dengan Telekom Malaysia di Sabah dan

    Sarawak. Antara lain kemudahan perubatan yang diberi kepada pekerja Telekom

    Malaysia Berhad Cawangan Sarawak adalah seperti berikut:

    Faedah Perubatan Telekom Malaysia Berhad (Telekom)

    Menurut Perjanjian Bersama Keempat Di Antara Telekom Malaysia Berhad

    Dan Kesatuan Pekerja pekerja Telekom Malaysia Berhad Sarawak (UTES) 1998

    2000, di bawah fasal 34 (Faedah Perubatan) adalah seperti berikut:

    34.1 Faedah Pernbatan Yang Ditanggung Oleh Syarikat

    Syarikat akan menyediakan faedah perubatan dan perkhidmatan kepada pekerja

    dan/atau ahli keluarganya seperti berikut:

    a) rundingan perubatan termasuk rawatan yang diberi oleh klinik Panel

    Syarikat atau Pakar Perubatan di Hospital KerajaanlUniversiti atas

    perakuan Klinik Panel Syarikat.

    hajjar bt hassan.pdf