hubungan diplomatik

download hubungan diplomatik

of 3

description

hope..........

Transcript of hubungan diplomatik

3.0 Manafaat Yang Boleh Dicapai Melalui Hubungan DiplomatikSeterusnya penulis akan membincangkan manafaat yang boleh diperolehi dari aspek kemakmuran dan kesejahteraan hasil daripada hubungan diplomatik yang dijalin oleh sesebuah negara dengan negara yang lain. Antaranya ialah:

3.1 Aspek Keselamatan dan KeamananHasil daripada jalinan diplomatik yang telah diwujudkan diantara dua negara, aspek keselamatan dapat dicapai dengan strategi mengadakan hubungan berbaik-baik diantara dua negara tersebut. Contohnya dalam kejayaan dan peranan Bismarck mengekalkan keselamatan Jerman dengan mengadakan polisi luar negara dengan mengadakan hubungan diplomasi dengan Rusia, Austria-Hungary. Bismarck juga mempromosikan bahawa Jerman adalah sebuah negara yang sukakan keamanan dengan menawarkan Berlin sebagai hub rundingan damai kepada konflik negara-negara Balkan dengan Kerajaan Uthaminyah di Turki. Hasilnya Bismarck mendapat manafaat hasil daripada usahanya dan strategi beliau dengan dalam menjamin keselamatan Jerman sebagai sebuah negara yang baru diwujudkan selepas penyatuannya pada tahun 1890 an.

3.2 Aspek EkonomiSelepas Peperangan Dunia ke-2, terdapat pertumbuhan ekonomi yang pesat terutama sekali selepas tahun 1973. Pada ketika itu dunia menghadapi krisis minyak yang teruk kesan daripada perang teluk. [10] Oleh sebab permintaan minyak yang menjana kepentingan dan keperluan ekonomi sesebuah negara, maka kerjasama ekonomi dibentuk dengan tujuan untuk mengawal selia kestabilan harga minyak dunia.

Kerjasama ekonomi juga dapat dilihat dengan mengadakan perjanjian Free Trade Agreement (Perjanjian Perdagangan Bebas) diantara negara-negara terbabit. Contohnya Malaysia telah mengecapi pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan dengan mengadakan Perjanjian Perdagangan Bebas dengan negara-negara maju seperti Jepun. Jepun menjadi rakan pelabur yang utama di era Tun Dr. Mahathir Mohamed menjadi Perdana Menteri Malaysia. Berikut adalah senarai-senarai perjanjian yang telah dicapai oleh Malaysia melalui hubungan diplomatik:

Sumber: Kementerian Perdagangan Antarabangsa

3.3 Aspek Pendidikan dan Pemindahan TeknologiUkuran kesejahteraan dan kemakmuran hasil hubungan diplomatik yang baik juga dapat dilihat dengan terdapatnya peluang-peluang melanjutkan pelajaran oleh rakyat daripada negara-negara membangun ke negara-negara maju seperti UK, Australia, Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan. Umpamanya Malaysia telah mengorakkan langkah dengan mengadakan Dasar Pandang Ke-Timur oleh Tun Dr Mahathir Mohamed. Idea Dasar Pandang Ke Timur adalah bertujuan menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai model kejayaan Malaysia. Apatah lagi kedua buah negara tersebut mempunyai ciri-ciri yang seakan sama dengan Malaysia iaitu lokasinya yang terletak di Asia. Negara-negara tersebut juga adalah merupakan negara pertanian pada peringkat awalnya. Melalui evolusi pendidikan, kedua-dua buah negara tersebut telah mampu menyediakan rakyatnya dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan di samping mengubah mereka menjadi lebih progresif. Apa yang menarik ialah sikap taat setia kepada negara yang menjadi sasar pembangunan di samping penghargaan kepada nilai budaya tradisional yang menjadi jati diri kepada kedua-dua bangsa di Timur Jauh itu. [11]

Melalui hubungan baik ini, Jepun dan Malaysia mendapat manafaat bersama dalam bentuk:

a) Jepun mendapat bekalan sumber bahan mentah untuk sektor pembuatannya seperti getah, bijih timah dan petroleum;

b) Malaysia dapat menarik minat pelabur-pelabur Jepun untuk melabur di Malaysia. Manafaatnya, Malaysia dapat meningkatkan pertumbuhnan ekonomi melalui peningkatan KDNK negara dan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia

Hubungan bilateral ini secara tidak langsung melatih rakyat Malaysia untuk mempelajari teknologi Jepun dan Korea Selatan untuk mencapai impian Malaysia menjadi negara maju menerusi wawasan 2020.

3.4 Aspek Membenteras Isu KeganasanDengan adanya hubungan diplomatik yang terjalin erat antara negara-negara di peringkat global, ianya dapat membenteras isu kegananasan. Aspek membenteras kegananasan ini telah dipromosikan oleh Amerika Syarikat bahawa keganasanan perlu dihapuskan. Dengan adanya kerjasama daripada negara-negara yang menyokong idea Amerika Syarikat tersebut ianya dapat dijayakan demi kesemalatan negara tersebut. Idea untuk menyekat kegiatan keganasan ini adalah rentetan daripada peristiwa 11 September iaitu selepas dua bangunan World Trade Center dibom oleh pengganas. Baru-baru ini adalah dilaporkan bahawa agen perisikan Amerika Syarikat telah berjaya membunuh Osama bin Laden yang dikatakan dalang disebalik peristiwa 11 September itu. Osama dikaitkan dengan keganasan sejak pemerintahan Geoge Bush Sr dan dikatakan dibunuh ketika Obama menjadi Presiden Amerika Syarikat. [12] Malahan banyak negara didunia juga menikmati kesejahteraan yang sama. Negara-negara ASEAN contohnya menikmati keamanan daripada lanun ialah dengan adanya perjanjian dengan semua negara ASEAN untuk secara bersama menjaga perairan negara masing-masing daripada masalah lanun dan penceberohan oleh puak pengganas.

3.5 Aspek Menanggani Isu Imigrasi dan Aliran Tenaga Buruh AsingMendepani isu imigrasi diperingkat antarabangsa adalah amat rumit. Antara faktor yang menyebabkan aliran imigrasi adalah kerana tarikan peluang pekerjaan oleh negara-negara maju. Malaysia umpamanya mengalami masalah kedatangan golongan imigran yang tidak mendapat passport perjalanan yang sah ataupun imigran yang tinggal melebihi tempoh yang ditetapkan. Ini termasuklah kepada warga asing terutamanya dari Indonesia dan Bangladesh yang menyalahgunakan pas perjalanan sebagai pelancong untuk bekerja di Malaysia. Masalah kedatangan warga asing tanpa permit yang sah ini dapat diselesaikan dengan wujudnya hubungan dua hala yang baik diantara kedua-dua pihak. Demi menjaga keamaanan negara, Malaysia telah mengambil pendekatan dengan berunding dengan kerajaan Indonesia bagi menanggani isu ini. [13]