HUBUNGAN ETNIK

25
HUBUNGAN ETNIK (MPU 2133) TUGASAN BERKUMPULAN TAJUK : AGAMA SEBAGAI PERANAN HIDUP. TERANGKAN BAGAIMANA AGAMA MEMAINKAN PERANAN DALAM HUBUNGAN ETNIK

description

AGAMA SEBAGAI PERANAN HIDUP. HUBUNGAN ETNIK

Transcript of HUBUNGAN ETNIK

PowerPoint Presentation

HUBUNGAN ETNIK (MPU 2133)TUGASAN BERKUMPULANTAJUK : AGAMA SEBAGAI PERANAN HIDUP. TERANGKAN BAGAIMANA AGAMA MEMAINKAN PERANAN DALAM HUBUNGAN ETNIK

Takrif agama Dari perspektif antropologi, agama merupakan set peraturan yang mengatur hubungan manusia dengan kuasa ghaib, khususnya dengan Tuhan.Agama bolehlah ditakrifkan sebagai hubungan antara manusia dengan sesuatu kekuasaan luar biasa yang dianggap dapat memberikan perlindunganAGAMA AGAMA DI MALAYSIAAGAMA ISLAMSeseorang yang beragama Islam bererti berserah diri dan mengikuti perintah Allah SWT serta mencontohi Nabi Muhammad SAW. Penganut Islam perlu memberi kesaksian bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan-Nya.

Sumber ajaran Islam utama ialah al-Quran.Sumber kedua ialah al-Sunnah yang merangkumi ucapan, tindakan serta sifat-sifat Rasulullah SAW dalam bentuk manifestasi ajaran Islam yang juga dikenali sebagai hadis. Sumber ketiga ialah ijtihad, ijmak, qiyas, syura dan sebagainya yang diinstitusikan juga sebagai respons ulama terhadap perubahan dan kemajuan dalam kehidupan harian. Bagi Islam, Allah telah menentukan jalan yang perlu dilalui sebagai panduan kepada manusia dalam bentuk Syariah. Syariah adalah prinsip Islam yang tertinggi, mengatur kehidupan harian Muslimin yang meliputi segala aspek kehidupan manusia daripada urusan ibadat sampai kepada urusan ekonomi, pemerintahan dan kemasyarakatan.AGAMA BUDDHAMajoriti penganut Buddha di Malaysia terdiri daripada etnik Cina yang berpegang kepada mazhab Buddha Mahayana. Manakala terdapat juga yang mengamalkan Buddha Theravada terutama bagi komuniti Thai yang kebanyakannya tinggal di utara Semenanjung Malaysia.

Kemunculan agama Buddha merupakan suatu reaksi terhadap kekerasan dan penindasan oleh golongan Brahman yang menyebabkan golongan lain bangkit menentang terutama golongan Kshatriya yang terdiri daripada anak-anak raja dan perajurit. Agama ini diasaskan oleh Siddhartha Gautama yang selalu memikirkan punca penderitaan dan kemelaratan. Antara ajaran moral Buddha yang terpenting adalah menghormati kehidupan, sama ada manusia, tumbuhan ataupun haiwan. AGAMA HINDUAgama yang wujud sejak awal abad ke-8 S.MAgama ini merupakan agama yang berevolusi daripada ajaran Veda yang muncul sebelum penaklukan bangsa Arya ke atas India. Terdapat beratus-ratus malah beribu-ribu buah kitab suci Hindu. Walau bagaimanapun, pada umumnya kitab suci mereka yang terbesar adalah terdiri daripada Veda, Undang-Undang Manu, Mahabharata, Gita, Yoga Vasishtha dan Ramayana.

Kitab Veda adalah yang terbesar malah dianggap sebagai ensiklopedia agama Hindu.Kitab Veda terdiri daripada empat jenis, iaitu Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda dan Atharva Veda. Setiap Veda yang empat ini mengandungi empat bahagian pula iaitu Samhita, Brahman, Aranyaka dan Upanishads.

Gambar rajah menunjukkan sebahagian keratan daripada Kitab Vedas .

http://www.hinduhumanrights.info/does-the-rig-veda-mention-reincarnation-or-not-part-2/AGAMA KRISTIANAgama Kristian asalnya merupakan mazhab daripada kepercayaan Yahudi yang menerima Jesus daripada Nazaret sebagai messiah atau kristus.Sesetengah penganut Kristian menggelar Jesus sebagai penyelamat orang Yahudi seperti yang dijanjikan dalam Kitab Perjanjian Lama.

Orang Kristian menganggap Jesus sebagai jelmaan tuhan iaitu tuhan yang mengambil rupa manusia; mempunyai sifat-sifat manusia. Bagi orang Kristian, Jesus meninggal dunia untuk menyelamatkan manusia daripada dosa. Kitab suci Kristian iaitu Bible mengandungi Kitab Perjanjian Lama atau Bible Ibrani dan Perjanjian Baru. Kitab tersebut mencatatkan riwayat hidup dan ajaran Jesus, perkembangan gereja pada peringkat awal dan menerangkan pengertian kepercayaan mengikut Jesus.AGAMA SIKHAgama Sikh diasaskan oleh Guru Nanak pada tahun 1469M. Ajaran agama ini kemudiannya diteruskan dan dikembangkan oleh sembilan orang Guru lain.

Guru Nanak

http://gurunanakgirlscollege.com/gnmessage.htmlKitab suci agama Sikh dikenali sebagai Sri Guru Granth Sahib Ji yang menjadi the living Guru dan sumber rujukan utama dalam kehidupan penganut Sikh terdapat di setiap gurdwara, iaitu pusat ibadat dan kediaman orang Sikh. Kandungannya meliputi ajaran agama Sikh dan juga mazmur (hymn) bagi tujuan upacara keagamaan serta nasihat untuk panduan hidup. Lima simbol utama dalam Agama Sikh yang dikenali umum sebagai

AJARAN KONFUCIUSKonfucius ialah seorang ahli falsafah China yang terkenal pada Dinasti Chou.Konfucianisme tidak dianggap sebagai satu agama yang berunsurkan ketuhanan tetapi merupakan prinsip-prinsip hidup yang baik.Ajaran Konfucius menekankan perasaan perikemanusiaan terhadap orang lain dan harga diri.Ringkasnya, ajaran Konfusius mementingkan kesopanan dan kesusilaan dalam kehidupan seseorang.

KonfuciusAJARAN TAO Taoisme berasaskan ajaran lao Tze yang menyarankan supaya manusia menarik diri daripada duniawi dan mencari jalan bahagia secara mengasingkan diri daripada peraturan duniawi dan upacara yang merugikan.Perkara yang ideal bagi pengikut ajaran Tao ialah manusia seharusnya bebas daripada peraturan ciptaan manusia. lao Tze mengatakan bahawa perasaan tamak dan nafsu seseorang mendorongnya bertindak dengan kurang bijak dan tidak rasional.

PERANAN AGAMA Secara keseluruhan, agama mempunyai peranan dalam :-

Menimbulkan keberanian kepada manusia ketika dicengkam ketakutan, memberikan kegigihan dalam kesukaran, kekuatan pada saat- saat manusia dalam keadaan lemah dan meringankan beban jiwa dalam menghadapi kekecewaan

Peranan agama dalam kehidupan sosial adalah sebagai asas moral, kesenian, kebudayaan, kesusasteraan dan kewujudan tamadun bagi sesuatu bangsa dan masyarakat Peranan agama dilihat dalam konteks yang lebih luas21Rujukan Ainulshahman.Blogspot.Com/.../hubungan-etnik-antara

Straightbrainradar.Blogspot.Com/.../hubungan- Etnik.Htstraightbrainradar.Blogspot.Com/.../hubungan-etnik.Ht

Www.Ikim.Gov.My/.../6633-agama-perantara-penting

Buku Hubungan etnikTERIMA KASIH!!!!