HUBUNGAN ETNIK- Politik Di Sabah Dan Sarawak

8
PERKEMBANGAN PARTI POLITIK DI SABAH Perkembangan politik di Sabah hanya bermula apbila Gagasan Malaysia dikemukakan pada Mei 1961 yang telah mendorong kumpulan etnik menubuhkan parti masing-masing bagi melindungi dan mempertahankan hak dan kebajikan mereka dalam negara baharu mereka. Parti politik pertama yang ditubuhkan adalah sebuah parti kaum Kadazan , iaitu Unaited Nasional Kadazan Organisation (UNKO) pada Ogos 1961, diikuti oleh Parti Bumiputera Islam , Unaited Sabah Nasional Momogon Organization ( Pasok Momogun ) oleh kaum Murut pada tahun 1962 , Borneo Utara Nasional Parti (BUNAP) yang kemudian ditukar kepada Sabah Nasional Parti (SANAP ) hasil gabungan United Party dan Democratic Party yang ditubuhkan oleh orang Cina pada tahun 1962. Demi memastikan kepentingan setiap kumpulan etnik di Sabah tidak diabaikan dalam pembentukan Malaysia ,UNKO, USNO, Pasok Momogun dan SANAP telah bersetuju bekerjasama membentuk Parti Perikatan Sabah supaya setiap kumpulan etnik utama mempunyai perwakilan dalam proses politik Negara.Pada Jun 1964, dua kumpulan etnik utama , iaitu Kadazan –Dusun dan Murut yang diwakili oleh UNKO dan Pasok Momogun telah mencapai persetujuan kerjasama bagi mempertahankan kepentingan kaum Bumiputera bukan islam di sabah dengan membentuk Unaited Pasok Momogum Kadazan Organization (UPKO). Dari tahun 1963 hingga 1967 , persaingan politik antara penduduk Bumiputera Islam yang diwakili USNO di bawah Tun

description

HUBUNGAN ETNIK

Transcript of HUBUNGAN ETNIK- Politik Di Sabah Dan Sarawak

Page 1: HUBUNGAN ETNIK- Politik Di Sabah Dan Sarawak

PERKEMBANGAN PARTI POLITIK DI SABAH

Perkembangan politik di Sabah hanya bermula apbila Gagasan Malaysia

dikemukakan pada Mei 1961 yang telah mendorong kumpulan etnik menubuhkan parti

masing-masing bagi melindungi dan mempertahankan hak dan kebajikan mereka dalam

negara baharu mereka.

Parti politik pertama yang ditubuhkan adalah sebuah parti kaum Kadazan , iaitu

Unaited Nasional Kadazan Organisation (UNKO) pada Ogos 1961, diikuti oleh Parti

Bumiputera Islam , Unaited Sabah Nasional Momogon Organization ( Pasok Momogun )

oleh kaum Murut pada tahun 1962 , Borneo Utara Nasional Parti (BUNAP) yang

kemudian ditukar kepada Sabah Nasional Parti (SANAP ) hasil gabungan United Party

dan Democratic Party yang ditubuhkan oleh orang Cina pada tahun 1962.

Demi memastikan kepentingan setiap kumpulan etnik di Sabah tidak diabaikan

dalam pembentukan Malaysia ,UNKO, USNO, Pasok Momogun dan SANAP telah

bersetuju bekerjasama membentuk Parti Perikatan Sabah supaya setiap kumpulan etnik

utama mempunyai perwakilan dalam proses politik Negara.Pada Jun 1964, dua

kumpulan etnik utama , iaitu Kadazan –Dusun dan Murut yang diwakili oleh UNKO dan

Pasok Momogun telah mencapai persetujuan kerjasama bagi mempertahankan

kepentingan kaum Bumiputera bukan islam di sabah dengan membentuk Unaited Pasok

Momogum Kadazan Organization (UPKO).

Dari tahun 1963 hingga 1967 , persaingan politik antara penduduk Bumiputera

Islam yang diwakili USNO di bawah Tun Mustapha dengan golongan bumiputera bukan

Islam di bawah USNO/UPKO di bawah Datuk Donal Stephen telah mendominasi

perkembangan parti politik diSabah. Perlantikan Datuk Donal Stephen dari UNKO

sebagai Ketua Menteri Sabah yang pertama pada tahun 1963 telah mendatangkan

kritikan daripada yang Dipertua Negeri, Tun Mustapha yang tidak puas hati dengan

perlantikan itu kerana jawatan itu sepatutnya diisi oleh calon dari USNO berdasarkan

keputusan pilahan raya 1962/1963 dimana USNO mendapat 16 kerusi dan UNKO 12

kerusi.

Kerajaan UNKO dan Donal Stephen tidak dapat menjalankan pentadbiran

dengan baik kerana tiada sokongandaripada Yang Dipertua Negeri dan kerjasama

dengan golongan Bumiputera Islam dengan Bumiputera Bukan Islam tidak dapat

dicapai. Turut berlaku perselisihan kaum antara Bumiputera bukan Islam dan bukan

Page 2: HUBUNGAN ETNIK- Politik Di Sabah Dan Sarawak

Bumiputera apabila UPKO membuka cawangan di kawasan SCA ( dikenali SANAP

sebelum 1965) dan USNO seperti di Sandakan dan Semporna yang menyemarakkan

lagi krisis dalam kerajaan Donald Stephens dengan orang Cina Sabah dan akhirnya

membawa kepada pakatan SCA (orang Cina ) dengan USNO ( orang Melayu ).

Perselisihan antara dua pemimpin Bumiputera, Donal Stephens dengan Tun

Mustapha atas isu kelulusan permit dan lessen balak, isu penggantian setiausaha

kerajaan negeri dan dasar Donal Stephens yang dianggap lebih mengutamakan

kepentingan masyarakat Kadazan-Dusun telah membawa kepada campur tangan

kerajaan persekutuan . Krisis itu berakhir dengan Donal Stephens diminta melepaskan

jawatannya dan Peter Lo dari SCA dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah Buat

sementara.

Selepas pilihan raya umum tahun 1967 , atas kerjasama USNO dengan SCA

Tun Mustapha telah berjaya mendapat kuasa pentadbiran dan menjadi Ketua Menteri

Sabah yang baharu, maka sebuah kerajaan dibawah pimpinan Bumiputera Islam

dengan kerjasama orang Cina (SCA) berjaya diwujudkan.

Bagaimanapun , kerajaan USNO-SCA di bawah Tun Mustapha telah

mencetuskan hubungan tidak sihat dengan kerajaan Persekutuan memberikan

sokongan kepada parti berbilang kaum yang ditubuhkan pada 15 Julai 1975 iaitu Parti

Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA) dibawah pimpinan Tun Fuad Stephens( nama

Islam bagi Donald Stephens). BERJAYA dengan sokongan padu daripada penduduk

berbilang kaum kerana kejayaan membawa pembangunan politik , sosial dan ekonomi

kepada Sabah serta adanya sokongan daripada kerajaan persekutuan telah

membolehkan BERJAYA memenangi pilihan raya pada tahun 1976 dan layak

membentuk kerajaan.

Pada Mac1985, kepimpinan BERJAYA di bawah pimpinan Datuk Harris Salleh

telah dicabar oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) yang ditubuhkan oleh Datuk Joseph Pairin

Kitingan. Ini adalah kesan daripada pengeseran antara Datuk Joseph Pairin Kitingan

dengan Datuk Harris Salleh ( Ketua Menteri Sabah dari 1976-1985) atas perbezaan

perlaksanaan dasar antara dua pemimpin. Gaya pimpinan datuk Harris keras dan

dakwaan beliau menyalahgunakan kuasa berserta isu pemansuha taraf kedaerahan

bagi Tambunan dan isu penyerahan Labuan kepada kerajaan Persekutuan.

Isu-isu tersebut telah mengocak kepopularan BERJAYA dan sokongan

penduduk dan mewujudkan hubungan genting antara masyarakat Islam ( USNO dan

BERJAYA ) dengan masyarakat Kristian (PBS) Namun akhirnya PBS memenangi

Page 3: HUBUNGAN ETNIK- Politik Di Sabah Dan Sarawak

Pilihan Raya Negeri pada April 1985. USNO dan BERJAYA mengadakan konspirasi

untuk menyekat Datuk Joseph Pairin Kitingan sebagai Ketua Menteri Sabah. Politik

perkauma mewarnai senario politik di Sabah ketika pemerintahan PBS di Sabah .

Walaupun PBS merupakan parti multietnik namun jelas kepimpinan jelas dimonopoli

oleh Bumiputera bukan Islam.

PBS berjaya memerintah Sabah dari 1985-1994 dan seterusnya pentadbiran

sabah diambil alih oleh UMNO Sabah dan Barisan Nasional yang dilihat membawa satu

perubahan besar kepada politik Sabah memelalui sistem penggiliran Ketua Menteri

Sabah oleh tiga etnik utama , iaitu Bumiputera Islam, Bumiputera bukan Islam dan Cina

yang diamalkan sehingga dibubarkan pada Mac 2004. Keruntuhan PBS telah

melahirkan beberapa parti politik oleh pemimpin utama daripada PBS yang telah

meninggalkan parti itu seperti Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) oleh Joseph Kurup,

Parti Demokratik Sabah (PDS) oleh Tan Sri Bernard Dompok dan Parti Progresif Sabah

(SAPP) yang dipimpin oleh Datuk Yong Teck Lee. Penubuhan Parti ini menunjukkan

sikap perkauman masih mewarnai parti politik Sabah.

Sebagai memenuhi janji Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri 1994, di

bawah sistem penggiliran Ketua Menteri Sabah , setiap kelompok etnik utama akan

mendapat peluang yang sama untuk memerintah Sabah sebagai Ketua Menteri secara

bergilir-gilir selama dua tahun yang mencerminkan setiap etnik utama mempunyai

peluang yang sama dalam proses politik. Penyatuan pelbagai etnik mula kelihatan

apabila kumpulan etnik Bumiputera dan bukan Bumiputera yang beragama Islam,

Kristian dan lain-lain berjaya disatukan di bawah UMNO yang mula bertapak pada awal

tahun 1990an dan kemudian kemasukan semula PBS dalam Barisan Nasional pada

tahun 2003 dan kemunculan PKR pada beberapa tahun akhir ini merupaka satu

pencapaian penting kerjasama pelbagai etnik di Sabah. Walaupun parti-parti politik Di

Sabah membentuk kerajaan di bawah komponen Barisan Nasional namun mereka

masih bersuara untuk kepeentingan kumpulan etnik masing-masing.

Hal ini mula dikesan apabila timbul masalah pelantikan Ahli Majlis Daerah,

pembahagian projek pembangunan dan pembahagian kerusi yang sentiasa

menimbulkan persoalan kuota dalam kalangan parti komponen Barisan Nasional di

Sabah.

Page 4: HUBUNGAN ETNIK- Politik Di Sabah Dan Sarawak

PERKEMBANGAN PARTI POLITIK DI SARAWAK

Perkembangan parti politik di Sarawak pada awalnya sangat unik,kerana sifat keetnikan

sangat ketara dalam penubuhan parti politik dan setiap kumpulan etnik telah

menubuhkan dua buah pari politik bagi memajukan menyuarakan aspirasi kaum masing-

masing. Walaupun kecendeungan parti tidak menghadkan keanggotaannya kepada

sesuatu kaum tetapi parti itu sebenarnya didominasikan oleh etnik tertentu sehingga

lama kelamaan parti itu menjadi parti yang mewakili kepentingan kumpulan etnik

tertentu.

Pembentukan, pembubaran , penggabungan dan penukaran rakan politik

merupakan satu perubahan yang lumrah dalam politik Sarawak.Pemimpin politik di

Sarawak sedar akan kepentingan kerjasama dalam kumpulan etnik dalam mengekalkan

dan memelihara hubungan parti politiknya serta kepentingan kumpulan etnik yang

diwakili. Unaited People Party (SUPP) adalah parti politik pertama yang ditubuhkan

pada Jun 1959 yang diusahakan oleh sekumpulan orang Cina dengan diketuai oleh Ong

Kee Hui , diikuti oleh parti Bumiputera Islam ( Melayu ), iaitu Parti Negara Sarawak

(PANAS) pada tahun 1960 oleh golongan parabangan dari Kuchingdan parti Bumiputera

bukan Islam , iaitu Sarawak Nasional Parti (SNAP) pada tahun 1961 oleh beberapa

orang pemimpin Dayak dari kawasan Skrang-Saribas.

Senario politik di Sarawak menjadi lebih menarik pada tahun 1962 apabila orang

Melanau dari Lembah Rejang menubuhkan sebuah lagi parti yang dikenali sebagai

Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA) , Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) oleh

beberapa orang pemimpin Iban dari kawasan Rejang dan penubuhan Sarawak Chinese

Association (SCA) oleh sekumpulan ahli perniagaan Cina yang kaya.

Dalam memastiakan suara setiap etnik utama di Sarawak mendapat tempat

dalam perkembangan politik menjelang pembentukan Malaysia , PANAS ,SNAP,

PESAKA, BARISAN BERJAYA dan SCA telah bersetuju membentuk satu pakatan yang

dikenali sebagai Parti Perikatan Sarawak pada 22 Oktober 1962 dengan SUPP sebagai

parti pembangkang. Walaupun pembentukan parti perikatan Sarawak amat perludalam

sebuah masyarakat berbilang etnik demi mencapai keharmonian etnik namun rasa

kecurigaan antara dua parti Bumiputera Islam iaitu PANAS dengan BERJASA telah

menyebabkan PANAS akhirnya keluar dari Parti Perikatan Sarawak pada 15 April 1963

dan seterusnya berjuang sebagai parti pembangkang bersama SUPP.

Page 5: HUBUNGAN ETNIK- Politik Di Sabah Dan Sarawak

Disember 1966 parti politik orang melayu dan melanau iaitu PANAS dan

BERJASA bergabung membentuk Parti Bumiputera . Seterusnya kerjasama politik kaum

Dayak melalui PESAKA membentuk Parti Pesaka Bumiputera.Bersatu. Selepas pilihan

raya 1970 , semua parti politik di Sarawak bersetuju menyertai Parti Perikatan Sarawak

termasuklah SUPP.Kesepakatan parti politik di Sarawak telah membolehkan Perikatan

Sarawak menjadi anggota Barisan Nasional.Penerimaan SUPP oleh golongan

Bumiputera untuk menubuhkan kerajaan campuran Sarawak selepad Pilihan Raya 1970

mencermin kompromi politik antara etnik.

Selepas pembentukan Malaysia Stephen Kalong Ningkan dari SNAP telah

dilantik sebagai ketua menteri Sarawak yang pertama pada tahun 1963, kepimpinan

Ningkan dicabar oleh komponen Parti Perikatan Sarawak atas isu tanah, iaitu

pengenalan undang-undang yang membenarkan kaum Cina membeli tanah masyarakat

Bumiputera. Hubungan tegang antara Ningkan dengan Kerajaan Persekutuan mengenai

pencagahan dasar mengenai isu penggantian pegawai British dengan pegawai dari

Semenanjung dan isu pengekalan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi

Sarawak.

Krisis tahun 1966 berakhir apabila Ningkan dipecat daripada jawatan Ketua

Menteri dan digantikan oleh penghulu Twi Sli. Krisis ini menyebabkan SNAP keluar dari

Perikatan dan PANAS menyertai perikatan semula.Persainganparti politik dan

perselisihan antara parti Bumiputera dengan PESAKA dalam Parti Perikatan Sarawak

terus berlaku kerana PESAKA ingin mengetuai parti komponen masyarakat Bumiputera

dalam Perikatan dimana kedua-dua parti telah meletakkan calon menentang antara satu

sama lain.

Selepas Pilihan Raya 1970, Tun Abdul Rahman Ya’kub dari Parti Bumiputera

telah dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak dan di bawah pimpinan beliau ,

kesetabilan politik serta keamanan dapat diwujudkan di Sarawak. Tahun

1970merupakan titik peralihan penting dalam politik Sarawak yang memperlihatkan

kenaikan hegemoni Bumiputera Islam (Melayu dan Melanau ) dan sejak itu pucuk

pimpinan Sarawak dikuasai oleh Bumiputera Islam, Iaitu Tun Abdul Rahman Ya’kub dan

kemudian Tun Abdul Mutalib Mahmud pada Mac 1981 hingga ke hari ini.

Pada tahun 1983, perpaduan etnik iban tergugat apabila terbentuknya parti

baharu , iaitu Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS)pada Julai 1983 oleh kumpulan

Dayak di bawah pimpinan Leo Moggie yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan

SNAP di bawah seorang pemimpin yang bukan Iban iaitu James Wong Kin Min.PBDS

Page 6: HUBUNGAN ETNIK- Politik Di Sabah Dan Sarawak

bertekad menubuhkan sebuah parti yang diketuai oleh orang Iban dan berjuang

memulihkan semula hegemoni orang Iban dalam politik dan kerajaan Sarawak melalui

pengembalian jawatan Ketua Menteri Sarawak pada orang Iban.

Persaingan ini telah mengeruhkan hubungan antara kumpulan Bumiputera Islam

dengan Dayak di bawah pimpinan Leo Moggie. Namun begitu Tun Abdul taib Mahmud

berjaya mengekalkan kedudukannya di Sarawak sehingga kini. Pepecahan etnik Dayak

berakhir apabila PBDS diharamkan pada 1990. Pada hari ini parti Pesaka Bumiutera

Bersatu (PBB) , SNAP dan SUPP bernaung di bawah Barisan Nasional. Manakala DAP

sebagai pesaing kepada SUPP. Akhir-akhir ini PKR juga bertapak bagi

memperjuangkan kepentingan sebilangan kecil yang dianggap tidak mendapat perhatian

sewajaaarny daripada Barisan Nasional. Penubuhan Barisan Nasional telah banyak

dapat menyelesaikan masalah etnik. Setiap komponen pari bersedia berkongsi kuasa

dan bekerjasama erat dalam Barisan Nasional.

`