Hubungan Etnik-soalan
-
Upload
selvamani-selva -
Category
Documents
-
view
222 -
download
0
Transcript of Hubungan Etnik-soalan
-
8/12/2019 Hubungan Etnik-soalan
1/5
Takrifkan 3 konsep perpaduan dan integrasidalam hubungan etnik
Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara
supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan
cinta dan banggakan tanah air.
Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang
terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Unsur integrasi yang terdiri
daripada integrasi wilayah, integrasi ekonomi, integrasi kebudayaan, integrasi sosial, integrasi
pendidikan dan integrasi politik.
Integrasi wilayah yang bertujuan mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi dan sosial
antara wilayah yang maju dengan yang mundur. Di Malaysia, tumpuan integrasi wilayah ialah antara
Malaysia Barat dengan Malaysia Timur dan Pantai Timur Semananjung Malaysia dengan Pantai Barat
Semananjung Malaysia.
Integrasi ekonomi yang boleh diertikan sebagai usaha-usaha untuk mengurangkan jurang perbezaanekonomi antara kumpulan etnik.
Integrasi kebudayaan melibatkan usaha membentuk satu kebudayaan kebangsaan.
Integrasi sosial merangkumi usaha-usaha menyatupadukan rakyat melalui program sosial seperti sukan,
pendidikan, perumahan dan kesihatan.
Integrasi pendidikan bertujuan untuk mewujudkan satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan
dan sempurna dari segi intelek, jasmani dan rohani.
Integrasi politik yang merangkumi usaha-usaha menyatukan rakyat melalui kerjasama dan pembahagian
kuasa politik.
Proses mencapai sebuah masyarakat integrasi bukanlah sesuatu yang mudah. Menurut Ting Chew Peh
(1987), integrasi ialah satu proses yang amat kompleks. Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat dari
segi darjah kedekatan bermula dengan hubungan terpisah iaitu segregasi sehinggalah hubungan
berbentuk sebati iaitu amalgamasi. Perhubungan yang lebih rapat antara wilayah dapat mewujudkan
integrasi dalam bidang politik dan nilai. Perhubungan ini seterusnya mampu mengurangkan konflik dan
mengutamakan persefahaman serta mewujudkan perasaan harmonis antara pelbagai etnik.
Konsep Segregasi
Segregasi merupakan pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik
yang lain dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan, antaranya dari segi
kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam. Segregasi wujud
sama ada didasari oleh undang-undang atau sebaliknya seperti Dasar Aparteid di Afrika Selatan yang
dilaksanakan antara tahun 1948-1994.
-
8/12/2019 Hubungan Etnik-soalan
2/5
Konsep Akomodasi
Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati
norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahan budaya hidup masing-masing. Konsep ini
diwakili oleh A+B+C = A+B+C, di sini A, B dan C merujuk kepada budaya ( Ting Chew Peh, 1987). Pelbagai
kumpulan etnik hidup secara harmonis dan menghormati antara satu sama lain. Pada peringkatpemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bidang ekonomi dan pendidikan
dan mereka saling bergantung. Konsep ini begitu meluas diamalkan di Malaysia kerana setiap kumpulan
etnik bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni. Jika dilihat di luar Malaysia,
Switzerland ialah negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik Jerman,
Perancis dan Itali saling membuat penyesuaian antara mereka.
Konsep akulturasi
Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau
kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia
dengan sesuatu kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari sesuatu kebudayaan asingyang
berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri.
Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal
masyarakat penerima.
Dalam sejarah tamadun manusia, sering berlaku penemuan atau pertembungan antara dua atau lebih
kebudayaan. Proses ini menyebabkan berlakunya proses pinjam-meminjam. Pada peringkat awal, unsur
pinjaman digunakan secara langsung dan kemudian diolah serta dijadikan unsur kebudayaan sendiri. Di
Malaysia, beberapa kes boleh dijadikan rujukan seperti penggunaan tali leher, angpau, makanan,
hiburan dan sebagainya. Tetapi, jika unsur budaya yang diambil itu tidak diolah dengan baik, pastinya
tindakan ini akan memberi kesan yang tidak baik kepada sesuatu masyarakat.
Tidak mudah untuk membentuk sesebuah masyarakat yang mencapai tahap akulturasi. Akulturasi lebih
mudah dicapai apabila melibatkan budaya bersifat kebendaan yang mendatangkan manfaat seperti
pakaian Barat. Unsur-unsur budaya yang tidak membentuk kebendaan seperti ideologi dan pemikiran
adalah lebih sukar diterima.
Hubungan etnik tidak wajar dilihat dari sudut luaran sahaja tetapi lebih penting dari sudut konseptual.
Dalam hal ini, aspek-aspek yang menjadi teras kebudayaan kebangsaan sewajarnya dipelihara kerana
kebudayaan kebangsaan berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini. Unsur-unsur
kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur kebudayaan kebangsaan dan Islam
menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan mengikut acuan Malaysia.
Penerimaan unsur kebudayaan lain yang sesuai menunjukkan bahawa kebudayaan kebangsaan itu tidak
meminggirkan kebudayaan lain; sebaliknya, meraikan kepelbagaian yang ada di Malaysia seperti dalam
sambutan Hari Kemerdekaan.
-
8/12/2019 Hubungan Etnik-soalan
3/5
2. Jelaskan ciri-ciri masyarakat di alam Melayu sebelum dan selepas kedatangan penjajahan
Pluralisme budaya bukan fenomena baharu dalam alam Melayu. Integrasi antara pelbagai budaya
seperti Arab pra-Islam, Hinduisme, Buddhisme, Arab Islam dan Eropah( yang diwakili oleh Portugis,
Sepanyol,Belanda dan British) dengan budaya Alam Melayu telah berlaku sekurang-kurangnya sejak
abad ke-5 Masihi lagi. Pertemuan dan pertembungan budaya-budaya besar dunia tersebut telahmelahirkan satu ciri fenomena sosial yang istimewa dalam alam Melayu, iaitu fenomena kepluralitian
budaya. Justeru, bab ini akan menjelaskan hakikat sejarah tersebut yang akan dibahagikan kepada dua
tahap utama, iaitu kepluralitian budaya dalam Alam Melayu dan diikuti dengan kepelbagaian budaya di
Malaysia.
Dua konsep utama yang sering digunakan untuk menjelaskan ciri alam Melayu ialah pluralisme dan
masyarakat pluralistik (plural society). Kedua-dua konsep ini merupakan konstruksi saintifik sosial yang
terhasil daripada kajian empirikal yang dilakukan di wilayah ini. Apabila para sarjana melakukan
penyediaan dan menulis mengenai Alam Melayu sebelum kedatangan Eropah, mereka pasti mengambil
kira realiti kepelbagaian Alam Melayu pada waktu itu sebagai satu wilayah yang menjadi tempat
pertemuan pelbagai tamadun dan budaya utama dunia. Tiupan angin dan arus laut bersatu membawa
manusia dari seluruh manusia dari seluruh dunia yang didorong oleh serampang tiga mata utama, iaitu
pengembangan agama, kekayaan dan kemegahan( Gospal, Gold and Glory). Hasilnya, di Jawa terdapat
seorang raja Hindu yang menggunakan nama Arab dan melayani par pedagang Eropah.
Ciri-ciri masyarakat alam Melayu hidup dalam kepluralitian semula jadi yang terjadi tanpa paksaan oleh
man-mana pihak atau kuasa. Ciri kepluralisme Alam Melayu sebelum kedatangan orang Eropah yang
fleksibel ini dirombak, diubahsuai dan sebagainya terhapus dengan kedatangan kuasa kolonial dan
imperial Eropah. Mereka seterusnya memperkenalkan sistem kerajaan mereka yang menggalakkan
perkembangan masyarakat pluralistik.
Pola masyarakat pelbagai bangsa pada zaman sebelum kedatangan orang Eropah terbentuk melalui
proses semula jadi. Mereka datang berdagang secara sukarela untuk mencari kehidupan dan kekayaan.
Kedatangan mereka disertai bersama oleh ahli keluarga. Jika mereka mengambil keputusan itu
merupakan keputusan berasakan persetujuan sebulat suara bersama ahli keluarga masing-masing.
Keputusan hidup yang terhasil daripada persetujuan tanpa paksaan menjamin ketenangan fikiran dan
perasaan mereka. Hasilnya, mereka berjaya mewujudkan interaksi yang mesra dengan penduduk
tempatan. Terdapat unsur-unsur akomodasi dalam kehidupan masyarakat pluralistik pada zaman
tersebut. Mereka secara sukarela sanggup berkahwin dengan penduduk tempatan. Contohnya,
masyarakat Cina Baba ialah keturunan Cina yang telah berkahwin dengan masyarakat tempatan. Di
samping itu, mereka juga mengamalkan budaya kehidupan orang Melayu. Selain itu, amalan dan adat
resam yang dibawa masuk oleh mereka juga diterima pakai oleh penduduk tempatan. Adat bersanding,
bunga manggar dan bunga telur dalam majlis perkahwinan ialah asimilasi penduduk tempatan dengan
pendatang dari India.
Pembentukan pola masyarakat pluralistik selepas kedatangan orang Eropah berbeza berbanding dengan
zaman sebelum kedatangan mereka. Sebagai contoh, penghijrahan masuk orang Cina dan India ke
-
8/12/2019 Hubungan Etnik-soalan
4/5
Tanah Maleyu digalakkan oleh British untuk memajukan kepentingan ekonomi dan politik mereka.
Tumpuan dan hasrat kedatangan mereka adalah untuk memenuhi keperluan ekonomipolitik British,
maka asimilasi budaya dan cara hidup antara kumpulan etnik tidak berlaku. Masing-masing menjalankan
kehidupan dalam kelompok masyarakat masing-masing. Namun ini tidak bermakna tiada kehidupan
yang harmonis. Kehidupan yang harmonis antara kaum tetap dan terus wujud dalam bentuk akomodasi
sosial. Akomodasi sosial telah membenarkan setiap kaum iaitu Melayu, Cina dan India menjalani
kehidupan berasaskan sistem sosial masing-masing secara harmonis. Keharmonian ini terus berkekalan
sehingga ke hari ini.
Hubungan antara peradaban Alam Melayu dengan peradaban China dan India telah wujud sejak
beratus-ratus tahun dahulu. Oleh itu, dipercayai bahawa pedagang-pedagang India telah datang ke
Gugusan Kepulauan Melayu sejak selewat-lewatnya pada abad pertama Masihi. Hubung perdagangan
secara langsung antara Gugusan Kepulauan Melayu dengan China telah diasaskan pada awal abad ke-5
Masihi. Hubungan tersebut terjadi disebabkan oleh beberapa faktor seperti perdagangan dan
pendidikan. Malahan, Alam Melayu terkenal sebagai pusat pengajian dan penyebaran ilmu pengetahuan
sejak abad ke-7 Masihi lagi. Menurut I-Tsing terdapat lebih 1000 sami Buddha di Srivijaya.
Perkembangan tamadun awal dalam Alam Melayu amat dipengaruhi oleh agama dan kebudayaan India.
Masyarakat alam Melayu telah menerima unsur-unsur agama Hindu dan Buddha yang tidak bercanggah
dengan kepercayaan tempatan. Menurut Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1972) pula, Hinduisme dan
Buddhisme sebenarnya tidak memberi kesan besar dalam kehidupan orang Melayu dalam Alam Melayu.
Pendapat beliau berasaskan hakikat bahawa jarang sekali terdapat nama berunsur Hindu dan Buddha
dalam kalangan anak Melayu daripada kalangan rakyat biasa. Hal ini berbeza dengan agama Islam
kerana hampir kesemua nama orang Melayu diberikan berdasarkan nama Islam. Satu aspek lagi
menurut Al-Attas , tidak terdapat kitab membincangkan idea besar seperti falsafah , ketuhanan,
metafizik dan sebagainya berasaskan Hinduisme dan Buddhisme dalam Alam Melayu sama ada dalambahasa Melayu mahupun bahasa Jawa yang kedua-duanya merupakan bahasa besar dalam Alam
Melayu.
Perlantikan para pegawai kerajaan awal dalam Alam Melayu secara berangka seperti Orang Besar
Empat, Orang Besar Lapan, Orang Besar Enam Belas dan Orang Besar Tiga Puluh Dua dipengaruhi oleh
astrologi Hindu. Menurut, Alam Melayu bahawa institusi raja merupakan sesuatu yang amat besar dan
perlu ditaati secara mutlak sesuai dengan kedudukannya sebagai anak tuhan. Hasilnya raja ialah ketua
kerajaan dan mempunyai kuasa mutlak dalam pentadbiran negeri. Sistem ini terus dikekalkan, walaupun
dengan beberapa perubahan, apabila Islam bertapak dalam Alam Melayu kemudiannya dan berterusan
sehinggalah kedatangan penjajah Eropah, terutamanya British. Penjajahan Eropah telah mengubah
sistem politik Kerajaan yang menyatukan agama dan pentadbiran di bawah satu sistem kepada sistem
politik kerajaan yang memisahkan agama dan pemerintahan dua pentadbiran yang berbeza. Tegasnya,
agama diletakkan di bawah tadbir urus Sultan dan negara pula di bawah tadbir urus kerajaan.
Sebelum kedatangan penjajahan British, ilmu pengetahuan dalam Alam Melayu lebih banyak berasaskan
epistemologi bercorak metafizik. Menurut istilah orang Melayu, ilmu metafizik secara mudahnya ialah
ilmu bersumberkan alam ghaib. Alam ghaib ialah alam bukan material yang wujud di luar pengalaman
-
8/12/2019 Hubungan Etnik-soalan
5/5
pancaindera manusia. Salah satu manifestasi ketara mengenai ilmu metafizik Alam Melayu ialah amalan
perubatan perdukunan atau perbomohan menggunakan jampi serapah ketika berinteraksi dengan
makhluk alam ghaib untuk mengubati sesuatu penyakit.
Kedatangan British mengubah epistemologi metafizik bersifat bukan material kepada epistemologi
fizikal bersifat rasional atau saintifik. Asas kepada epistemologi baharu ini ialah pembuktian sesuatupengetahuan menerusi pancaindera, kemudiannya dipertingkat dengan alam saintifik seperti mikroskop
dan sebagainya. Sesuatu ini hanya diiktiraf kewujudannya jika boleh dibuktikan secara material oleh
pancaindera sama ada menerusi bantuan alatan saintifik atau pun tidak.