HUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah Melayu

27
Soalan: Jelaskan usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh British untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

Transcript of HUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah Melayu

Page 1: HUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah Melayu

Soalan:

Jelaskan usaha-usaha yang telah dilaksanakan olehBritish untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

Page 2: HUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah Melayu

Pengenalan

Kemerdekaan bagi sesebuah negara bermaksud negara

berkenaan bebas daripada kongkongan dan cengkaman kuasa

asing yang menekan, khususnya dikenali sebagai penjajah.

Kebebasan bermakna rakyat negara tersebut berhak mengatur

dan memilih corak kehidupan mereka, seperti mempunyai sistem

pemerintahan dan perlembagaan sendiri tanpa terikat dengan

kuasa asing yang menjajah.

Page 3: HUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah Melayu

Malayan Union

Di tubuhkan 1 april 1946.

Terdiri dari negeri-negeri melayu bersekutu,negeri-

negeri Melayu x bersekutu dan negeri-negeri selat

kecuali Singapura.

Presiden pertama Sir Edward Gent.

Faktor penubuhan Menjimatkan kos pentadbiran.

Persediaan membentuk kerajaan sendiri.

Mewujudkan pentadbiran yang seragam.

Mengawal kuasa politik orang Melayu.

Membentuk bangsa Malayan Union.

Page 4: HUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah Melayu

Ciri-ciri perlembagaan Malayan

Union. Negeri-negeri Melayu bersekutu, negeri-negeri

melayu tidak bersekutu dan dua buah negeri-negeri

selat iaitu P.Pinang dan Melaka telah digabungkan

jadi satu unit pentadbiran.

Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union

dibentuk.

Di ketuai oleh seorang gabenor british yang dilantik

oleh ratu England.

Kewarganegaraan sama rata berdasarkan prinsip Jus

Soli.

Raja-raja menjadi ahli majlis raja-raja Melayu yang

hanya membincangkan soal agama islam dan adat

istiadat Melayu.

Page 5: HUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah Melayu

Faktor-faktor penentangan orang

Melayu

Terhapusnya kedaulatan dan kuasa raja-raja Melayu.

Tamadun orang Melayu terhakis.

Bantahan terhadap cara Harold Mac Micheal

mengancam raja-raja melayu.

Kerakyatan yang liberal. (Jus Soli)

Page 6: HUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah Melayu

Cara penentangan orang Melayu

terhadap Malayan Union.

a) CARA INDIVIDU.

Dato Onn Ja’afar. Menulis surat kepada Utusan Melayu.

Raja-raja Melayu. Menghantar surat bantahan kepada Setiausaha Tanah Jajahan

kerana dipaksa menerima gagasan Malayan Union.

Bekas pegawai British. Bekas pegawai British yang telah berkhidmat di Tanah Melayu

turut membantah penubuhan Malayan Union melalui akhbar The Times di London.

Page 7: HUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah Melayu

b) MELALUI PERSATUAN-PERSATUAN.

1. Kongres Melayu Pertama.2. Kongres Melayu Ke2.3. Rapat Umum.4. Peranan Kaum Wanita.

Page 8: HUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah Melayu

Persekutuan Tanah Melayu

1948. Persekutuan Tanah Melayu merupakan sebuah

persekutuan 11 negeri di Tanah Melayu.

21 januari 1948- perjanjian Persekutuan Tanah

Melayu telah ditandatangani.

Kesan dari perjanjian ini Malayan Union telah

dimansuhkan dan menyatukan negeri-negeri Melayu

dalam sebuah persekutuan.

Di ketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British yang

mempunyai kuasa eksekutif.

Dibantu dan dinasihati oleh Majlis Mesyuarat Kerja

Persekutuan Tanah Melayu dan Majlis Undangan

Persekutuan Tanah Melayu.

Page 9: HUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah Melayu

Ciri-ciri Persekutuan Tanah

Melayu. Syarat kerakyatan diperketatkan.

Konsep raja berperlembagaan diperkenalkan.

Membentuk sebuah persekutuan.

Majlis raja-raja diperkenalkan.

Pesuruhjaya Tinggi British menjadi ketua persekutuan

yang dibantu oleh Majlis Eksekutif dan Majlis

Mesyuarat Perundngan Persekutuan.

Page 10: HUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah Melayu

Golongan Yang Menentang

PTM.Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

Mokhtaruddin Lasso (presiden pertama) Oktober

1946 (pengaruh komunis)

Kesatuan Melayu Muda (KMM) bergabung dengan

PKMM

Dr Burhanuddin Al-helmy. Telah menjadi presiden

PKMM yang kedua. Dr. Burhanuddin membawa

PKMM ke arah pembentukan Melayu Raya iaitu

gabungan Indonesia dan Tanah Melayu.

Page 11: HUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah Melayu

Jawatan Kuasa Antara Kaum ( CLC )

Dato’ Onn Jaafar, beliau telah mencadangkan supaya

rakyat Tanah Melayu membentuk satu pertubuhan

iaitu CLC.

Ditubuhkan pada tahun 1949 untuk mewujudkan

perpaduan dan menyelesaikan sebarang

permasalahan yang timbul ketika itu.

Dianggotai oleh pemimpin daripada pelbagai kaum

seperti :

1. Dato’ Onn Bin Jaafar

2. Tan Cheng Lock.

3. E.E.C Thuraisingham.

Page 12: HUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah Melayu

Cadangan CLC.

Orang Melayu diberi kemudahan untuk menceburi

bidang perniagaan .

Orang bukan Melayu diberi hak politik.

Mengambil inisiatif Contohnya, kerjasama

UMNO, MCA dan ini diikuti dengan MIC untuk

bertanding dalam pilihanraya, dan seterusnya

membentuk gabungan parti besar yang dinamakan

Perikatan

Page 13: HUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah Melayu

SISTEM AHLI

Pada tahun 1951, kerajaan British telah memperkenalkan

Sistem Ahli dalam Mesyuarat Kerja Persekutuan.

Bertujuan untuk melatih orang Melayu dan bukan Melayu

dalam mentadbir Tanah Melayu serta mengukuhkan lagi

perpaduan.

Merupakan satu sistem kabinet

Mereka yang dilantik terdiri daripada beberapa warganegara

Persekutuan Tanah Melayu untuk menjadi ahli Majlis ,serta

diberi portfolio bertaraf menteri. Berikut adalah senarai

menteri dan jawatan yang disediakan dalam Sistem Ahli.

Page 14: HUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah Melayu

MENTERI JAWATAN

1. Dato’ Onn bin Jaafar Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri

2. EEC Thuraisingham Ahli Pelajaran

3. Tunku Yaakob Ahli Pertanian dan Perhutanan

4. Lee Tian Keng Ahli Kesihatan

5. Dato’ Mahmud Mat Ahli Tanah, Perlombongan dan

Perhubungan

6. J.D. Mead Ahli Kerja Raya dan Perumahan

7. J.D. Hodgkinson Ahli Perindustrian dan Perhubungan Sosial

8. O.A. Spencer Hal Ehwal Ekonomi

Page 15: HUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah Melayu

Ciri-ciri Sistem Ahli

Satu sistem kabinet bayangan yang terdiri daripada

beberapa orang pegawai dan tokoh masyarakat.

Anggotanya dikenali sebagai ahli.

Perlantikan dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British

dengan persetujuan majlis raja-raja.

Ahli-ahli diletakkan dalam bidang kuasa Pesuruhjaya

Tinggi British.

Page 16: HUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah Melayu

Pilihanraya1) Tahun 1951. (1 Disember)

Merupakan pilihan raya pertama di semenanjung Tanah Melayu yang

diadakan di Pulau Pinang untuk memilih ahli-ahli Majlis Perbandaran George

town.

1) Tahun 1952.

Merupakan pilihan raya perbandaran Kuala Lumpur untuk memilih ahli-ahli

majlis perbandaran Kuala Lumpur.

1) Tahun 1955.

Diadakan 27 julai 1955.

Merupakan pilihan raya umum yang tunggal di Persekutuan Tanah Melayu.

Dalam pilihan raya ini, parti perikatan terdiri daripada :

i. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ( UMNO )

ii. Persatuan Cina Malaya ( MCA )

iii. Kongres India Se-malaya (MIC )

81% telah dimenangi oleh tiga kaum utama di Tanah Melayu daripada

jumlah undi. (perikatan)

Page 17: HUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah Melayu

Misi Kemerdekaan ke London

Satu rombongan merdeka telah dibentuk pada tahun1956 ekoran kemenangan parti perikatan dalampilihan raya umum pada tahun 1955.

Diketuai oleh Tunku Abdul Rahman

bertujuan untuk berunding dengan pegawai-pegawaiBritish sebagai usaha menuntut kemerdekaan Tanah

Melayu.

Hasil daripada rundingan tersebut, Perjanjian London telah ditandatangani pada 8 Februari 1956.

Page 18: HUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah Melayu

Perjanjian London.

o Rundingan London berlangsung dari 18 januari hingga 8 Februari 1956.

o Rundingan ini dipengerusikan oleh Lord Lennox Boyd iaitu Setiausaha Tanah Jajahan British.

o Perjanjian tersebut adalah :

a) Sebuah suruhanjaya bebas yang dilantik untuk menggubal perlembagaan merdeka.

b) Parti perikatan tidak akan mengambil alih perniagaan British atau kepentingan barat di Tanah Melayu.

c) Satu perjanjian pertahanan dengan British akan ditandatangani.

d) Tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ditetapkan pada 31 Ogos 1957.

e) Institusi raja berperlembagaan dikekalkan.f) Pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dan negeri.

Page 19: HUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah Melayu

Suruhanjaya Reid.

o Dibentuk pada bulan Mac 1956.o Dipengerusikan oleh Lord William Reid.

Peranan/tugas suruhanjaya Reid.

o Merangka sebuah perlembagaan bagi PTM yang akan merdeka.o Membentuk dan menentukan kuasa kerajaan pusat dan negeri.o Menjamin kedudukan khas raja-raja melayu.o Mewujudkan satu rupa bangsa PTM

Suruhanjaya tersebut telah menyerahkan draf kerja atau laporan pada Februari 1957 yang telah diperhalusi oleh jawatankuasa kerja.

Perbincangan mengenai laporan yang dikeluarkan mengambil masa dua bulan dan apabila pindaan telah diterima, rang perlembagaan itu dirujuk kepada majlis raja-raja untuk di sahkan.

Cadangan Suruhanjaya Reid diterima oleh Parlimen British pada Jun 1957.

Pada 5 Ogos 1957, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani oleh Raja-raja Melayu dan Pesuruhjaya Tinggi British bersetuju menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu mulai 31 Ogos 1957. Dalam tahun itu juga Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan Ordinan Perlembagaan Persekutuan 1957.

Page 20: HUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah Melayu

Pengisytiharan Kemerdekaan

Persekutuan Tanah Melayu 1957

o Pengistiharaan kemerdekaan Tanah Melayu merupakan

peristiwa pengumuman kemerdekaan Tanah Melayu pada 31

Ogos 1957.

o Tarikh ini dipilih dalam mesyuarat antara ketua pemuda UMNO

Tun Sardon Jubir dan timbalannya Haji Ahmad Badawi di

Kepala Batas, Pulau Pinang pada 1956.

o Tepat pukul 12 tengah malam pada 30 Ogos 1957 di hadapan

padang kelab Selangor, Kuala Lumpur Bendera Union Jack telah

diturunkan dan bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan.

o pada pagi 31 Ogos 1957 bertempat di stadium yang baru

dirasmikan iaitu Stadium Merdeka, Kuala Lumpur Tuanku

Abdul Rahman telah mengisytiharkan kemerdekaan PTM.

Page 21: HUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah Melayu

Penubuhan Malaysia

Tunku Abdul Rahman

Mengaggaskan penubuhan negara Malaysia yang terdiridaripada PTM , Singapura, Brunei, Sabah dan Serawak.

Tujuan

Menyekat pengaruh komunis

Mengimbangi jumlah penduduk

Meningkat kemajuan ekonomi

Mempercepatkan proses kemerdekaan , Singapura, Brunei, Sabah dan Serawak.

Singapura menyambut baik, Brunei enggan, manakalaSerawak dan Sabah mula2 enggan , tetapi setuju selepasdiberi jaminan mengenai pemerintahan sendiri.

Page 22: HUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah Melayu

Suruhanjaya Cobbold

o Merupakan suruhanjaya yang dibentuk pada tahun

1962 untuk memungut dan menentukan pandangan

rakyat Sabah dan Sarawak sama ada menyokong

cadangan untuk membentuk persekutuan Malaysia

yang terdiri daripada PTM,Singapura,Sabah Dan

Sarawak.

o Suruhanjaya ini juga bertangungjawab di atas

penyusunan semula perlembagaan berikutnya untuk

dijadikan perlembagaan Malaysia.

Suruhanjaya ini diketuai oleh bekas gabenor bank England, Lord Cobbold

Page 23: HUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah Melayu

Ahli-ahli Suruhanjaya

Cobboldo Lord Cameron Cobbold, bekas gabenor bank

England.

o Tan Sri Wong Pow Nee, ketua menteri Pulau

Pinang.

o Tun Mohd Ghazali Shafie, setiausaha tetap

kementerian luar negeri.

o Anthony Abell, bekas gabenor Sarawak.

o David watherston, bekas setiausaha utama

Malaya.

Page 24: HUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah Melayu

Sambungan….

Sepanjang Februari – April 1962 suruhanjaya ini telah

menemui 4000 org dan menerima 2200 memorandum

drpd pelbagai pihak parti2 politik ahli-ahli mesyuarat

kerajaan dan undangan, pembesar-pembesar, anak-anak

negeri dan pemimpin kaum, majlis bandaran, pemimpin-

pemimpin agama dan kesatuan sekerja

Secara keseluruhan, lebih 80% bersetuju dengan

gagasan tersebut dan pada 21 Jun 1962, laporan

tersebut telah diserahkan kepada kerajaan British.

Page 25: HUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah Melayu

Sambungan…

Kata sepakat telah dicapai .

Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia ini telahditandatangani oleh wakil-wakil Kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak danSingapura.

Kerajaan British telah diwakili oleh Perdana MenteriEncik Harold Macmillan, Encik Ducan Sandys dan Lord Landsdowne.

Perancangan sebenar pengisytiharan akan dibuat pada31 Ogos 1963 tetapi ditangguhkan.

Diganti, pada 16 September 1963, gagasan tersebuttelah menjadi kenyataan dan lahirlah sebuah kesatuanyang dikenali sebagai Malaysia.

Page 26: HUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah Melayu

Kronologi

1. MALAYAN UNION

2. PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

3. CLC

4. SISTEM AHLI

5. PILIHAN RAYA

6. MISI KE LONDON (Perjanjian London)

7. SURUHANJAYA REID

8. PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN PERSEKUTUAN

9. PENUBUHAN MALAYISA

10. SURUHANJAYA COBBOLD

11. PENGISYTIHARAN PENUBUHAN MALAYSIA

Page 27: HUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah Melayu

Kesimpulan..

Kemerdekaan bererti tamatnya tempoh penjajahan di Tanah

Melayu dan rakyat boleh memerintah mengikut corak

kehidupan mereka sendiri tanpa terikat lagi kepada kuasa

asing. Kemerdekaan yang diperolehi adalah melalui proses

perundingan dengan pihak Inggeris. Orang Melayu pula telah

menunjukkan tolak ansurnya yang paling maksimum

sehingga mengorbankan Hak ketuanan mereka di bumi

sendiri.