HUBUNGAN KEPIMPINAN KERJA BERPASUKAN KETUA BIDANG … · Dapatan kajian menunjukkan terdapat...

23

Transcript of HUBUNGAN KEPIMPINAN KERJA BERPASUKAN KETUA BIDANG … · Dapatan kajian menunjukkan terdapat...

Page 1: HUBUNGAN KEPIMPINAN KERJA BERPASUKAN KETUA BIDANG … · Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan kerja berpasukan ketua bidang dengan keeratan
Page 2: HUBUNGAN KEPIMPINAN KERJA BERPASUKAN KETUA BIDANG … · Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan kerja berpasukan ketua bidang dengan keeratan
Page 3: HUBUNGAN KEPIMPINAN KERJA BERPASUKAN KETUA BIDANG … · Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan kerja berpasukan ketua bidang dengan keeratan

HUBUNGAN KEPIMPINAN KERJA BERPASUKAN KETUA BIDANG

DENGAN KEERATAN AHLI PANITIA JABATAN SAINS DAN

MATEMATIK DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH PONTIAN, JOHOR.

ISMADAFAIE BIN SELAMAT

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April, 2006

Page 4: HUBUNGAN KEPIMPINAN KERJA BERPASUKAN KETUA BIDANG … · Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan kerja berpasukan ketua bidang dengan keeratan

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandantangan : ........................................................

Nama Penulis : ISMADAFAIE BIN SELAMAT

Tarikh : ........................................................

Page 5: HUBUNGAN KEPIMPINAN KERJA BERPASUKAN KETUA BIDANG … · Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan kerja berpasukan ketua bidang dengan keeratan

iii

DEDIKASI

Khas buat Allahyarhamah Normah Binti Patik

dan ayahanda, Selamat Bin Hj Wahir

yang dikasihi..

Terima kasih atas sokongan dan doamu..

Semoga Allah memberkati kalian..

Buat kakanda dan adinda yang disayangi....

Abg Long, Abg Man, Kak Leha, Kak Eton, Kak Nida, Kak Ning,

dan Adik Ijan,

Terima Kasih Di atas Sokongan dan Dukungan Kalian....

Buat penyeliaku yang dikasihi...

Tn.Hj Mohd Anuar Abdul Rahman,

Jutaan terima kasih diucapkan..

Di atas segala pertolongan dan tunjuk ajar..

Mohon dihalalkan segala ilmu yang telah diberikan..

Ku mohon maaf jika terdapat kesilapan...

Dalam usaha menyiapkan tesis ini

Buat sahabat seperjuangan yang diingati...

Terima kasih di atas segala sokongan dan bantuan yang diberikan.

Semoga kalian terus cemerlang mengharungi layar kehidupan di dunia dan

dirahmati kehidupan di akhirat.

Page 6: HUBUNGAN KEPIMPINAN KERJA BERPASUKAN KETUA BIDANG … · Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan kerja berpasukan ketua bidang dengan keeratan

iv

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas nabi

junjungan, Muhammad S.A.W. Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-

Nya, dapat juga akhirnya penulis menyiapkan projek sarjana muda ini.

Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia

projek sarjana muda, Tuan Haji Mohd Anuar Abdul Rahman atas bimbingan dan

dorongan yang diberikan sepanjang tempoh penyelidikan projek sarjana muda ini.

Banyak informasi dan maklumat yang diberikan kepada penghasilan projek sarjana

muda ini. Tanpa tunjuk ajar beliau, penulis tidak mampu untuk menyiapkan projek

penyelidikan ini.

Ribuan terima kasih kepada ketua-ketua panitia Sains dan Matematik di

daerah Pontian, Johor atas kerjasama yang telah diberikan dan kesudian mereka

menjawab soalselidik kajian ini. Penglibatan mereka amat bermakna dan sangat

dihargai.

Tidak lupa juga kepada ibu bapa dan keluarga yang disayangi atas sokongan

dan semangat yang diberikan. Tanpa mereka, penulis sukar untuk menyiapkan kajian

ini. Akhir sekali, kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak

langsung dalam menjayakan projek penyelidikan ini.

Page 7: HUBUNGAN KEPIMPINAN KERJA BERPASUKAN KETUA BIDANG … · Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan kerja berpasukan ketua bidang dengan keeratan

v

ABSTRAK

Kajian berbentuk deskriptif ini bertujuan meninjau hubungan kepimpinan

kerja berpasukan ketua bidang dengan keeratan ahli panitia Sains & Matematik.

Selain itu, kajian ini juga ingin melihat tahap kepimpinan ketua bidang, tahap

keeratan ahli panitia dan mengenalpasti elemen kerja berpasukan yang paling

dominan diamalkan oleh ketua bidang. Seramai 40 ahli ketua panitia Sains &

Matematik daripada 13 sekolah menengah gred A di Daerah Pontian, Johor dipilih

sebagai sampel kajian. Instrumen kajian ini menggunakan soalselidik berdasarkan

Teamwork KSAs oleh Diane L. Miller (2001) dan Chin (2004). Nilai keboleh

percayaan alat kajian yang diperolehi daripada kajian rintis adalah α = 0.82. Analisis

kajian ini adalah menggunakan perisian Statistical Package Science Social (SPSS

13.0) dan secara manual. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang

signifikan antara kepimpinan kerja berpasukan ketua bidang dengan keeratan ahli

panitia Sains & Matematik. Bagi tahap kepimpinan ketua bidang dan tahap keeratan

ahli panitia pula berada pada tahap yang tinggi. Komunikasi dipersepsikan sebagai

elemen paling dominan, manakala penyelesaian konflik pula merupakan elemen

kurang dominan dalam kepimpinan kerja berpasukan.

Page 8: HUBUNGAN KEPIMPINAN KERJA BERPASUKAN KETUA BIDANG … · Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan kerja berpasukan ketua bidang dengan keeratan

vi

ABSTRACT

The aim of this descriptive study is to seek the relation between leadership of

head Science and Mathematic department with cohesiveness of Science &

Mathematic panel’s. Beside that, it also aims to look the leadership level of head

Science & Mathematic Department and the level of cohesiveness Science &

Mathematic panel’s and to identify the most dominant teamwork element practised

by head of Science & Mathematics department. 40 Science & Mathematic panel’s

from 13 grade A secondary school in Daerah Pontian, Johor were selected as sample

of this study. The instrument of this study is questionnaire based on Teamwork KSA

by Diane L. Miller (2001) and Chin (2004). The alpha Cronbach coefficient

reliability obtained from the pilot study was α = 0.82. Data analysis was done by

using the SPSS 13.0 and it was also manually analyzed. Based on the finding, it

showed that there was a significant correlation between leadership and Science &

Mathematic panel’s cohesiveness. The level of leadership and level of cohesiveness

are at high level. The study also found that the communication element is the most

dominant and conflict solving element is less dominant in teamwork leadership.

Page 9: HUBUNGAN KEPIMPINAN KERJA BERPASUKAN KETUA BIDANG … · Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan kerja berpasukan ketua bidang dengan keeratan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Hipotesis Kajian 7

1.7 Kepentingan Kajian 7

1.8 Batasan Kajian 8

1.9 Kerangka Kajian 9

1.10 Definisi Termonologi 9

1.10.1 Jabatan Sains dan Matematik 9

Page 10: HUBUNGAN KEPIMPINAN KERJA BERPASUKAN KETUA BIDANG … · Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan kerja berpasukan ketua bidang dengan keeratan

viii

1.10.2 Ketua Bidang 10

1.10.3 Ketua Panitia 10

1.10.4 Kerja Berpasukan 11

1.10.5 Kepimpinan dalam Kerja Berpasukan 11

1.10.6 Penyelesaian Konflik 12

1.10.7 Penyelesaian Maslah Secara Kolaboratif 12

1.10.8 Komunikasi 12

1.10.9 Penetapan Matlamat dan Pengurusan 13

Prestasi

1.10.10 Perancangan dan Penyelarasan Tugas 13

1.10.11 Keeratan 14

1.11 Penutup 14

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Pengurusan Bidang Mata Pelajaran di Sekolah 15

2.2.1 Panitia Mata Pelajaran 16

2.3 Pasukan Kerja 19

2.3.1 Pasukan Kerja yang Efektif 20

2.3.2 Kepimpinan Dalam Kerja Berpasukan 22

2.3.3 Kepimpinan Pasukan Kerja Ketua Bidang 23

2.4 Keeratan Ahli dalam Kerja Berpasukan 31

2.5 Kajian-Kajian Lepas Berhubung Dengan 36

Pasukan Kerja Di Sekolah

2.6 Penutup 36

Page 11: HUBUNGAN KEPIMPINAN KERJA BERPASUKAN KETUA BIDANG … · Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan kerja berpasukan ketua bidang dengan keeratan

ix

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 37

3.2 Reka Bentuk Kajian 37

3.3 Populasi dan Sampal Kajian 38

3.4 Instrumen Kajian 38

3.5 Kajian Rintis 40

3.6 Prosedur Kajian 40

3.7 Kaedah Manganalisis Data 41

3.8 Penutup 42

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 43

4.2 Latar Belakang Responden 43

4.2.1 Jantina 44

4.2.2 Bangsa 44

4.2.3 Pengalaman Mengajar 45

4.2.4 Pengalaman Menjadi Ketua Panitia 45

4.3 Persoalan Kajian Pertama 45

Tahap Kepimpinan Kerja Berpasukan

Ketua Bidang

4.4 Persoalan Kajian Kedua 46

Elemen Kepimpinan Kerja BerpasukanPaling

Dominan Diamalkan Oleh Ketua Bidang

4.4.1 Komunikasi 47

4.4.2 Penetapan Matlamat dan Pengurusan 48

Prestasi

4.4.3 Perancangan dan Penyelarasan Tugas 50

4.4.4 Penyelesaian Masalah Secara Kolaboratif 51

4.4.5 Penyelesaian Konflik 52

Page 12: HUBUNGAN KEPIMPINAN KERJA BERPASUKAN KETUA BIDANG … · Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan kerja berpasukan ketua bidang dengan keeratan

x

4.5 Persoalan Kajian Ketiga 53

Tahap Keeratan Ahli Panitia Sains dan

Matematik

4.6 Hipotesis Kajian 54

4.6.1 Hipotesis Kajian Pertama 55

4.6.2 Hipotesis Kajian Kedua 55

4.7 Penutup 56

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 57

5.2 Rumusan 57

5.3 Perbincangan dan Kesimpulan 58

5.3.1 Tahap Kepimpinan Kerja Berpasukan 58

Ketua Bidang

5.3.2 Elemen Kepimpinan Kerja Berpasukan 59

Paling Dominan Diamalkan Oleh

Ketua Bidang

5.3.3 Tahap Keeratan Ahli Panitia 63

Sains dan Matematik

5.3.4 Hubungan Kepimpinan Kerja Berpasukan 64

Dengan Keeratan Ahli Panitia Sains dan

Matematik

5.3.5 Perbezaan keeratan ahli dalam panitia 65

berdasarkan jantina ketua panitia.

Panitia Sains Dan Matematik Berdasarkan

Jantina

5.3.6 Kesimpulan Perbincangan 65

5.4 Cadangan Kajian 66

5.4.1 Cadangan Tindakan 66

5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 67

5.5 Penutup 68

Page 13: HUBUNGAN KEPIMPINAN KERJA BERPASUKAN KETUA BIDANG … · Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan kerja berpasukan ketua bidang dengan keeratan

xi

BIBLIOGRAFI 70

LAMPIRAN 74

Page 14: HUBUNGAN KEPIMPINAN KERJA BERPASUKAN KETUA BIDANG … · Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan kerja berpasukan ketua bidang dengan keeratan

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Susunan Item dalam Soal Selidik 39

3.2 Tahap Analisis Min 41

3.3 Klassfikasi Kekuatan Kolerasi (Rowntree, 1981) 42

4.1 Latar Belakang Responden 44

4.2 Kepimpinan Kerja Berpasukan Secara 46

Keseluruhan

4.3 Elemen –elemen kepimpinan kerja berpasukan 47

Mengikut Kedudukan Paling Dominan

4.4 Item Komunikasi 48

4.5 Item Penetapan Matlamat dan Pengurusan 49

Prestasi

4.6 Item Perancangan dan Penyelarasan Tugas 50

4.7 Item Penyelesaian Masalah secara Kolaboratif 51

4.8 Item Penyelesaian Konflik 53

4.9 Item Keeratan 54

4.10 Analisis Korelasi Antara Kepimpinan Kerja 55

Berpasukan Ketua Bidang Dengan Keeratan

Ahli Panitia

4.11 Ujian-T Terhadap Perbezaan Keeratan Ahli 56

Berdasarkan Jantina

Page 15: HUBUNGAN KEPIMPINAN KERJA BERPASUKAN KETUA BIDANG … · Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan kerja berpasukan ketua bidang dengan keeratan

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kerangka Kajian 9

2.1 Kedudukan Ketua Panitia Sains dan 17

Matematik dalam Organisasi Sekolah

2.2 Perbezaan Berkerja secara Individu dengan 20

Berpasukan

2.3 Perbezaan Jenis Konflik 24

2.4 Komunikasi dan Interaksi Pelbagai Arah 27

Dalam Organisasi

2.5 Proses Komunikasi Dalam Pasukan Kerja 28

2.6 Tiga Kawasan yang Diperlukan dalam 33

Kerja Berpasukan

2.7 Keeratan Pasukan Kerja: Sebab dan Akibat 35

Page 16: HUBUNGAN KEPIMPINAN KERJA BERPASUKAN KETUA BIDANG … · Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan kerja berpasukan ketua bidang dengan keeratan

xiv

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Surat Kebenaran daripada Kementerian 74

Pendidikan Malaysia

B Surat Kebenaran daripada Pejabat Pendidikan 75

Daerah Pontian

C Surat Pengesahan Diri daripada Fakulti 76

Pendidikan

D Borang Soal Selidik 77

E Hasil Analisis Kajian Dengan SPSS 84

Page 17: HUBUNGAN KEPIMPINAN KERJA BERPASUKAN KETUA BIDANG … · Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan kerja berpasukan ketua bidang dengan keeratan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kerja berpasukan telah lama dijadikan budaya kerja dalam tamadun manusia,

baik di Barat atau di Timur, dengan sasaran utamanya untuk membolehkan mereka

bekerjasama di antara satu sama lain sebagai satu unit yang harmoni.Sejarah budaya

kerja ini sebenarnya mula diamalkan di British sejak awal tahun 1940 lagi dan

berkembang ke Amerika Utara pada sekitar tahun 1970 ( George dan Wilson, 1997 ).

Malah pepatah melayu ada mengatakan berat sama dipikul, ringan sama dijinjing,

begitu juga dengan bersatu kita teguh, bercerai kita roboh telah menggambarkan

budaya atau konsep kerja berpasukan ini juga telah lama bertapak dan diguna pakai

dalam masyarakat Melayu. Sehingga ke hari ini, budaya kerja ini masih lagi

diamalkan di seluruh dunia dalam pelbagai bidang. Kepentingan kerja berpasukan

atau kerja bersama-sama memang amat digalakkan dalam Islam. Ini ditegaskan oleh

Allah Subhanahu Wataala melalui Surah At-Taubah, ayat 71 yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, sebahagian mereka

menjadi penolong bagi sebahagian yang lain".

(At-Taubah, ayat 71)

Menurut Sulaiman (1991) pula, kejayaan sesebuah organisasi bergantung

pada seberapa baiknya pekerja yang dapat bekerja secara berpasukan. Ini jelas

menunjukkan bahawa kepentingan kerja berpasukan ( team work ) tidak boleh di

Page 18: HUBUNGAN KEPIMPINAN KERJA BERPASUKAN KETUA BIDANG … · Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan kerja berpasukan ketua bidang dengan keeratan

2

sangkal lagi. Dalam konteks sebuah organisasi, khususnya Jabatan Kerajaan

kemampuan untuk sentiasa bersedia berkerjasama di kalangan pihak pentadbiran,

rakan sejawatan dan kakitangan bawahan amatlah mustahak. Untuk mencapai

matlamat ini, ciri-ciri berfikiran terbuka, bertolak ansur, sedia mendengar dan

memahami orang lain perlu dijadikan budaya kerja di dalam agensi. Bersedia

menerima kesilapan dan menjaga hubungan silaturahim akan berjaya menambah

anggota pasukan, serta sekaligus mewujudkan pasukan yang kuat.Pasukan yang kuat

di dalam organisasi akan berjaya menerapkan nilai-nilai Islam yang diakui sebagai

nilai-nilai seperti amanah, ikhlas, tekun dan sanggup berkorban. Di sini di lihat

bahawa pengaruh keeratan ahli antara pengaruh yang penting dalam mewujudkan

suatu kerja berpasukan yang kuat dan mantap.

1.2 Latar Belakang Masalah

Dunia pendidikan Negara sekarang melalui pelbagai rombakan selaras

dengan peredaran zaman yang semakin mencabar dan bersifat global bagi

melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang yang sering dilaungkan

oleh YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi perdana menteri Negara kita.

Penggunaan Bahasa Inggeris dalam pendidikan Matematik dan Sains pada tahun

2003, antara salah satu rombakan besar yang di buat bagi melahirkan generasi baru

yang dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Bagi merealisasikan matlamat

ini para guru adalah orang yang bertanggungjawab menyiapkan diri dengan pelbagai

aspek samada dari segi fizikal, mental mahupun rohani supaya dapat memenuhi

hasrat bekas perdana menteri kita untuk menjadi sebuah negara maju menjelang 2020

tercapai. Tidak dapat dinafikan Sains dan Matematik sememangnya merupakan teras

utama dalam membentuk sebuah negara maju yang banyak diaplikasi dalam bidang

perindustrian dan teknologi. Guru Sains dan Matematik seharusnya tidak perlu

memandang dan memikirkan perubahan yang di buat sebagai beban kerja sebaliknya

semua guru hendaklah berganding bahu membentuk satu kerja berpasukan yang kuat

bagi menjayakan misi ini menjadi tidak mustahil.

Page 19: HUBUNGAN KEPIMPINAN KERJA BERPASUKAN KETUA BIDANG … · Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan kerja berpasukan ketua bidang dengan keeratan

3

Kenapa perlunya kerja berpasukan? Persoalan ini akan terungkap dengan

hujah yang di kemukakan oleh Mokhtar (1999), kerja berpasukan diperlukan kerana

itu sahaja cara kita bekerja ( the only way to work ) dimana ahli-ahli sosiologi

mengatakan manusia ialah makhluk ( homo sapien ) sosial dan tidak ada manusia

yang boleh hidup sendirian. Kita saling memerlukan antara satu sama lain, malah

kita juga memerlukan identiti kumpulan seperti;

a. kekeluargaan ( the family )

b. teman sepermainan ( peer group )

c. ahli jemaah masjid ( the congregation group )

d. ahli kelab

e. kumpulan kerja dan sebagainya.

Dalam organisasi sekolah juga, mempunyai identiti kumpulan tertentu yang

terdiri daripada pelbagai jabatan termasuklah jabatan Sains dan Matematik yang

bertindak sebagai merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti yang berkaitan

dengan mata pelajaran matematik dan sains. Jabatan Sains dan Matematik

sebenarnya terdiri daripada tujuh ahli panitia iaitu Matematik, Matematik Tambahan,

Fizik, Kimia , Biologi, Sanis dan Sains Tambahan. Ahli -ahli panitia Matematik dan

Sains telah dipertanggungjawab dengan tugas bagi jurusan masing-masing. Namun

secara rutin harian yang dibebani dengan pelbagai tugas menyebabkan ahli panitia

berhadapan dengan tekanan atau ketegangan. Oleh itu, kerja berpasukan amat

mustahak dalam panitia Sains dan Matematik bagi mengurangkan ketegangan

tersebut. Ketua bidang Sains dan Matematik hendaklah mempengaruhi ahli panitia

lain bekerja bagi mencapai matlamat organisasi dan mengekalkan hubungan mesra

antara ahli-ahli dalam pasukan ini. Hubungan keeratan atau kejeleketan haruslah

diwujudkan agar ahli-ahli dapat bersatu dan saling bergantungan antara satu sama

lain.

Menurut Mokhtar (1999) lagi, kerja berpasukan diperlukan kerana organisasi

moden lebih kompleks. Setiap organisasi mempunyai dua unsur iaitu :

a) Sistem : struktur organsasi peraturan dan undang-undang, ‘ hardware’ dan

‘software’

b) Orang : Untuk mengurus dan menjayakan sistem.

Page 20: HUBUNGAN KEPIMPINAN KERJA BERPASUKAN KETUA BIDANG … · Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan kerja berpasukan ketua bidang dengan keeratan

4

Sistem dan orang sentiasa saling bergantung antara satu sama lain. Orang

tidak boleh menyumbang dengan berkesan di dalam sistem yang tidak teratur atau

yang tidak di urus dengan baik. Sistem tidak berkesan jika tidak jelas, tidak difahami

dan tidak dipersetujui sama oleh orang.Wawasan ( vision), matlamat ( goals) dan

objektif , sering kali mengalami perubahan dari semasa ke semasa yang lebih

mencabar. Dalam konteks organisasi sekolah, kedua-dua unsur ini terdapat dalam

institusi sekolah di mana sistem merujuk kepada organisasi sekolah yang mempunyai

peraturan dan undang-undang, manakala orang pula merujuk kepada guru-guru yang

bertindak mengurus dan menjayakan organisasi tersebut. Oleh itu, kerja berpasukan

amat diperlukan dalam institusi sekolah bagi mencapai wawasan, matlamat dan

objektif sesebuah sekolah.

Menurut Shamsuddin (2002), menyatakan bahawa amalan pengurusan

sekolah masih kurang berpusatkan kepada pasukan kerja. Malah menurut beliau lagi,

pasukan kerja yang wujud di sekolah berbentuk pasukan fungsi yang diwujudkan

kerana memenuhi tuntutan organisasi itu sahaja. Ini juga disokong oleh Pushpalata

(2003), dalam kajiannya menyatakan bahawa walaupun guru-guru bekerjasama

dalam panitia ada kala mereka hanya menjadi pelaksana arahan tanpa komitmen dan

kerelaan sendiri.

Untuk mengerakkan jentera kerja berpasukan ia memerlukan kepimpinan

yang berkaliber yang mampu memimpin panitia mencapai matlamat untuk

melahirkan generasi alaf baru yang cemerlang dalam bidang Sains dan Matematik.

Mengikut Maimunah (1985) dalam Chin (2004), intipati proses kepimpinan ialah

bagaimana tiap-tiap individu saling bekerjasama dalam sesuatu kumpulan supaya

kumpulan itu mempunyai identitinya sendiri, berasa puas dengan prestasi pasukan

dan yang paling penting pasukan itu dapat mencapai matlamatnya.

Rahmad dan Noraini ( 1995 ) dalam seminar Kebangsaan Pendidikan Guru

(Ke 10) pula, telah membentang beberapa masalah antaranya ialah isu kekurangan

guru yang semakin serius dan gawat di Malaysia. Ia membincangkan tentang faktor

menyebabkan guru sekolah meninggalkan profesion keguruan atau mengambil

pesaraan awal adalah kerana perasaan ketidakpuasan hati telah menjalar di sanubari

Page 21: HUBUNGAN KEPIMPINAN KERJA BERPASUKAN KETUA BIDANG … · Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan kerja berpasukan ketua bidang dengan keeratan

5

guru sekolah. Keadaan ini berpunca disebabkan kekurangan keeratan antara ahli

panitia mengakibatkan mereka meninggalkan panitia tersebut.

Suberi (1998) telah membuat satu kajian untuk meninjau persepsi guru

terhadap faktor penentu kejayaan kerja berpasukan dalam organisasi sekolah di

daerah Kulim, Kedah. hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat kesedaran di

kalangan guru tentang perlunya pasukan kerja, namun hanya responden dari

kumpulan pengurusan sahaja yang mempunyai tahap kesedaran tinggi tentang

perlaksanaan kerja berpasukan di sekolah.Kajian tersebut juga mendapati bahawa

dalam menjayakan pasukan kerja di sekolah, faktor kepimpinan pasukan merupakan

faktor yang paling dominan(89.2%) diikuti oleh pengendalian konflik (78.4%) dan

faktor komunikasi (67.5%).

1.3 Penyataan Masalah

Menurut Gray & Starke dalam M. Viveknanda (1999), kelemahan

pengurusan akan terlindung sekiranya pekerja-pekerja bersatu hati menyokong

pengurusan. Ini menunjukkan betapa pentingnya kerja berpasukan di kalangan

jabatan Sains dan Matematik. Walau bagaimanapun, kekuatan sesuatu pasukan boleh

ditentu oleh sejauh mana keeratan atau kesepaduan ahli-ahli dalam pasukan tersebut.

Lantaran itu, kajian ini dijalankan bagi melihat sama ada wujudnya hubungan

kepimpinan kerja berpasukan dengan keeratan ahli dalam jabatan Sains dan

Matematik di sekolah menengah. Secara tidak langsung kajian ini juga dapat

meninjau tahap kepimpinan kerja berpasukan, elemen kerja berpasukan paling

dominan diamalkan oleh ketua bidang dan tahap keeratan ahli dalam jabatan.

Page 22: HUBUNGAN KEPIMPINAN KERJA BERPASUKAN KETUA BIDANG … · Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan kerja berpasukan ketua bidang dengan keeratan

6

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk memenuhi beberapa objektif kajian. Antara

objektif kajian ini ialah :

1.4.1 Melihat tahap kepimpinan kerja berpasukan jabatan Sains dan

Matematik.

1.4.2 Mengenal pasti elemen kerja berpasukan yang paling dominan

diamalkan oleh ketua bidang.

1.4.3 Melihat tahap keeratan kerja berdasarkan kepada persepsi ahli ( ketua

panitia) Sains dan Matematik.

1.4.4 Melihat hubungan kepimpinan kerja pasukan ketua bidang dengan

keeratan ahli panitia Sains dan Matematik.

1.4.5 Melihat jika terdapat perbezaan keeratan ahli panita berdasarkan

jantina ketua panitia.

1.5 Persoalan kajian

Berdasarkan objektif-objektif kajian yang dikemukakan di atas, antara

persoalan kajian ini ialah :

1.5.1 Apakah tahap kepimpinan kerja berpasukan ( ketua bidang ) jabatan

Sains dan Matematik?

1.5.2 Apakah elemen kerja berpasukan yang paling dominan diamalkan

oleh ketua bidang Sains dan Matematik?

1.5.3 Apakah tahap keeratan ahli dalam Jabatan Sains dan Matematik?

Page 23: HUBUNGAN KEPIMPINAN KERJA BERPASUKAN KETUA BIDANG … · Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan kerja berpasukan ketua bidang dengan keeratan

7

1.5.4 Apakah terdapat hubungan antara kerja berpasukan dengan keeratan

ahli dalam Jabatan Sains dan Matematik?

1.5.5 Adakah terdapat perbezaan keeratan ahli panitia berdasarkan jantina

ketua panitia?

1.6 Hipotesis Kajian

Hipotesis yang ingin diuji dalam kajian ini ialah seperti berikut :

1.6.1 H 0 : Tidak terdapat hubungan antara kerja berpasukan dengan

keeratan ahli dalam panitia Sains dan Matematik.

H 1 : Terdapat hubungan antara kerja berpasukan dengan keeratan ahli

dalam panitia Sains dan Matematik.

1.6.2 H 0 : Tidak terdapat perbezaan keeratan ahli dalam panitia Sains dan

Matematik yang signifikan berdasarkan jantina ketua panitia.

H 1 : Terdapat perbezaan keeratan ahli dalam panitia Sains dan

Matematik yang signifikan berdasarkan jantina ketua panitia.

1.7 Kepentingan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan kepimpinan kerja berpasukan

dengan keeratan guru-guru panitia Sains dan Matematik. Berikut adalah antara

kepentingan kajian ini dijalankan :

a) Kajian ini diharap dapat dijadikan sebagai maklum balas kepada Pejabat